Search This Blog

Saturday, April 28, 2012

Tipu internet: Lelaki Iraq rugi RM214,000

Utusan Malaysia Online - Jenayah:



KUALA LUMPUR 27 April - Seorang lelaki Iraq kerugian RM214,000 setelah diperdayakan oleh sindiket penipuan didalangi penjenayah warga Afrika yang menawarkan pembelian kertas A4 melalui Internet baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, sindiket itu menyamar sebagai syarikat pembekalan kertas yang kononnya beroperasi di negara ini.
Ujarnya, mangsa yang tertarik dengan tawaran pembelian kertas A4 itu telah membuat pembayaran kira-kira AS$82,000 (RM214,243.60) kepada syarikat itu sebagai tempahan bagi mendapatkan kertas tersebut.
Beliau berkata, lelaki Iraq terbabit yang hanya berhubung dengan suspek melalui Internet telah memasukkan wang tersebut dari North Bank Baghdad di Iraq ke dalam akaun sebuah syarikat di atas nama Zura Camara Enterprise.
"Mangsa bagaimanapun tidak menerima tempahan kertas A4 yang dipesan walaupun sudah membayar wang tempahan yang diminta.
"Sebaik sahaja menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis dan siasatan mendapati akaun Zura Camara Enterprise dibuka di sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong dekat sini adalah milik seorang wanita tempatan berketurunan Melayu," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini hari ini.
Beliau berkata, polis percaya sindiket penipuan Internet didalangi warga Afrika itu telah menggunakan akaun milik wanita berkenaan untuk tujuan pemindahan wang dari luar negara.
Abd. Razak berkata, polis memerlukan kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat bagi mengesan wanita berkenaan, Zuraidah Zainal Abidin (gambar), 36.
Katanya, Zuraidah yang memiliki kad pengenalan bernombor 760715-08-6584 mempunyai alamat terakhir di Blok D-02-18, Pangsapuri Ceria, Taman Kinrara Seksyen 4, 47100 Puchong, Selangor.
Suspek dipercayai sering berpindah tempat tinggal untuk mengelak dikesan oleh pihak polis.
"Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat mengenai wanita itu, boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di talian 03-80742222 sambungan 2298 atau Asisten Supritendan Azani Saupi, 019-5507422 bagi membantu siasatan," katanya.

Kanak-kanak diculik

Utusan Malaysia Online - Jenayah:



NAYATI Shamelin Moodliar yang dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai telah diculik.
KUALA LUMPUR 27 April - Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda dilaporkan hilang dipercayai diculik oleh dua lelaki tempatan ketika berjalan kaki berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara di sini pagi ini.
Mangsa, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang berpakaian seragam sekolah diculik kira-kira pukul 7 pagi.
Menurut bapanya yang bekerja sebagai pengurus konsultan, Sham Moodliar, 41, seorang saksi telah melihat anaknya itu ditarik oleh dua lelaki dipercayai warga tempatan yang menaiki sebuah kereta Proton Gen-2 berwarna hitam.
"Kedua-dua mereka kemudian melarikan diri namun, saksi itu sempat mengambil nombor pendaftaran kenderaan tersebut.
"Ketika kejadian juga, terdapat seorang lagi saksi lain yang melihat anak saya dilarikan. Dia kemudian melaporkannya kepada pengetua sekolah terbabit," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.
Tambahnya, selepas pengetua sekolah terbabit memaklumkan tentang kehilangan anaknya, dia membuat laporan polis di Balai Polis Mont Kiara.
Sham memberitahu, dia tidak mengetahui motif anaknya diculik kerana tidak mempunyai musuh malah baru menetap di negara ini lapan bulan lalu.
"Penculik yang melarikan anak saya pun tidak membuat sebarang panggilan setakat ini untuk meminta tebusan," katanya yang memaklumkan tinggal bersama isteri dan Nayati adalah anak tunggal.
Katanya, risalah mengenai kehilangan Nayati telah diedarkan di kawasan Mont Kiara dan orang ramai yang mempunyai maklumat diharapkan dapat membantu mengesan anaknya itu.

Wanita tikam perut suami

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


JOHOR BAHRU 27 April - Seorang wanita bertindak menikam perut suaminya dengan gunting dalam satu pertengkaran sebelum meninggalkan lelaki itu di rumah kedai tiga tingkat yang didiami mereka di Jalan Sutera, Taman Sentosa di sini hari ini.
Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu berlaku semasa mangsa, Oon Choon Soon, 38, seorang pekerja di sebuah kedai tayar bertengkar dengan isterinya.
Rakan sekerja yang juga teman serumah mangsa yang mahu dikenali sebagai Salim, 27, berkata, pertengkaran pasangan suami isteri tersebut bermula pukul 7 pagi.
"Ketika mandi, saya terdengar mereka bertengkar dan saya ingat ia biasa sahaja kerana sebelum ini pun mereka selalu bergaduh.
"Apabila saya keluar dari bilik mandi, saya terkejut melihat Choon Soon terbaring dengan badannya berlumuran darah di lantai bilik tidur," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Tambah Salim, dia terus menghubungi ambulans sebelum mendekati mangsa yang mengerang kesakitan dan mendapati terdapat kesan luka sepanjang 15 sentimeter.
Katanya, tidak lama selepas itu, iaitu sebelum ambulans tiba, isteri mangsa bergegas keluar sambil membawa beg baju.
"Saya bertanya kepada isteri Choon Soon punca dia berbuat demikian, wanita itu menjawab bahawa dia hanya mempertahankan diri daripada terus dipukul mangsa," katanya.
Difahamkan, mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan kecemasan dan berada dalam keadaan stabil.
Pasangan tersebut dipercayai mempunyai seorang anak yang tinggal bersama keluarga mangsa di Kedah.

Anggota Rela maut tertembak diri sendiri

Utusan Malaysia Online - Jenayah: "TELOK KEMANG 28 April - Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) maut akibat tertembak diri sendiri ketika keluar memburu ayam hutan di Ladang Sengkang, Pasir Panjang petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang, Midon Idris, 44, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Dipercayai picu senapang patah yang digunakannya untuk memburu tertarik ketika mangsa menunggang motosikal di dalam ladang itu dan menyebabkan pelurunya mengenai kepala mangsa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Abd. Wahab Harun berkata, ketika kejadian mangsa yang juga pegawai Jabatan Pertanian di Pasir Panjang keluar memburu ayam hutan bersama seorang rakan berusia lingkungan 30-an.

Menurutnya, mangsa bersama rakannya menaiki dua motosikal berasingan dan mereka berpecah sebaik sahaja tiba di ladang kelapa sawit itu. - UTUSAN"

'via Blog this'

Gawat angkara geng motor

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



GENG motor atau mat rempit di Jakarta dan bandar lain di Indonesia bukan setakat berlumba haram serta melakukan aksi berbahaya di atas jalan malah keganasan termasuk memukul atau melanggar anggota polis dan orang awam.
JAKARTA - Malaysia sebelum ini pernah digemparkan dengan kegiatan mat-mat rempit yang mengganggu ketenteraman awam, kini giliran negara jiran Indonesia pula berdepan dengan masalah itu.
Apa yang lebih mengejutkan, kegiatan mat-mat rempit di Indonesia atau lebih dikenali sebagai geng motor lebih dahsyat sehingga melibatkan kes jenayah dan menakutkan orang awam untuk keluar malam.
Beberapa anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) juga didapati menyertai kumpulan ini dan setakat ini empat orang telah ditahan.
Sebelum ini, dua anggota TNI yang dipercayai anggota geng motor turut ditembak dalam satu kejadian serangan di Salemba, Jakarta awal minggu lalu.
Di Semarang, Jawa Tengah pula, berpuluh-puluh anggota geng motor menyerbu Hotel Dafam di Jalan Imam Bonjol sehingga menyebabkan beberapa bahagian hotel rosak dan barangan seperti komputer hilang.
Seorang gadis yang berusia 17 tahun turut menjadi mangsa keganasan geng motor itu apabila dirogol bergilir-gilir oleh empat anggota geng tersebut dan dikurung di dalam sebuah bilik semalaman.
Mengikut statistik yang diberikan Ketua Pemantau Polis Indonesia (IPW), Neta S. Pane, seramai 68 anggota geng bermotor maut pada 2009 kerana berlumba atau bergaduh, 62 orang pada 2010 dan 65 orang pada tahun lalu.
Dalam usaha membanteras kegiatan itu di Jakarta khususnya, polis Indonesia (Polri) telah menubuhkan sebuah pasukan peronda bermotor (Patra).
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polri, Komisioner Jeneral Sutarman berkata, gejala itu perlu ditangani segera bagi mengurangkan keresahan masyarakat kerana terlalu banyak masalah yang timbul akibat keganasan geng tersebut.
"Kita ada Patra, kumpulan polis bermotor yang akan melakukan rondaan dalam jumlah yang ramai.
"Ia diwujudkan bagi membantu mengusir dan menyuraikan geng motor yang melakukan keganasan seperti melanggar pengguna jalan raya yang lain," katanya di sini baru-baru ini.
Jelas beliau, unit peronda itu juga melibatkan TNI dan ia akan beroperasi sehingga semua unsur keganasan yang dilakukan geng berkenaan dapat dibendung.
Tambahnya, anggota TNI yang didapati terlibat dengan kegiatan geng bermotor juga boleh terus diserahkan kepada polis tentera TNI memandangkan polis tidak mempunyai kuasa menangkap anggota pasukan keselamatan itu. - AGENSI

Dua penjenayah maut ditembak

Dua penjenayah maut ditembak - Semasa - Sinar Harian:


Salah seorang suspek yang ditembak mati dalam kejadian di Ampang kelmarin.
Salah seorang suspek yang ditembak mati dalam kejadian di Ampang kelmarin.
AMPANG - Dua penjenayah maut selepas ditembak polis dalam kejadian berbalas tembakan di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian berpunca apabila penjenayah menyedari pergerakan mereka diekori polis berhampiran persimpangan lampu isyarat menghala Bandar Baru Ampang pada jam 10.30 malam.

Ketiga-tiga suspek yang menaiki kereta jenis Honda Civic putih itu dipercayai panik dan salah seorang daripadanya mula melepaskan tembakan rambang ke arah polis.

Kemudian, polis bertindak membalas tembakan­ menyebabkan kedua-duanya maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kedua-dua suspek yang berumur antara 24 dan 26 tahun itu dikehendaki polis selepas dipercayai terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah antaranya kes culik, cubaan membunuh dan mencederakan orang.

“Siasatan awal polis menemui sepucuk pistol dan beberapa butir peluru di dalam beg sandang suspek di dalam kereta berkenaan.

“Polis masih teruskan siasatan kes itu. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya.

Skandal seks ejen perisikan AS merebak ke El Salvador

myMetro | Skandal seks ejen perisikan AS merebak ke El Salvador: "WASHINGTON: Agensi Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat semalam berkata, pihaknya sedang menyiasat tuduhan terbaru mengenai salah laku ejennya di El Salvador, di mana anggota pasukan presiden dilaporkan melanggan pelacur di kelab tarian bogel.

Tuduhan itu adalah dakwaan terbaru yang menimpa pasukan keselamatan presiden yang telah dikejutkan dengan skandal seks Colombia yang menyaksikan lapan ejen dipecat, selain disusuli dengan pendedahan tiga anggota marin dan kakitangan Jabatan Negara yang dihukum kerana pembabitan mereka dengan pelacur di Brazil. “Awal minggu ini, Agensi Perkhidmatan Rahsia AS menerima panggilan mengenai tuduhan di El Salvador, kata agensi itu melalui memo kepada anggota Kongres, kata sumber Kongres kepada media.


Stesen Eyewitness News KIRO 7 yang bergabung dengan televisyen CBS di Seattle memetik kenyataan subkontraktor yang bekerja dengan pasukan Perkhidmatan Rahsia dan tinggal bersama ejen berkenaan serta beberapa pakar tentera beberapa hari sebelum kunjungan Presiden Barack Obama ke negara itu Mac tahun lalu. Pekerja itu menyaksikan ejen yang berparti di kelab tarian bogel popular di San Salvador, menurut wartawan penyiasat, Chris Halsne yang mendedahkan cerita itu. - AFP"

'via Blog this'

Penumpang ancam rampas pesawat Pakistan

myMetro | Penumpang ancam rampas pesawat Pakistan: "KARACHI: Sebuah pesawat terpaksa mendarat sejurus selepas berlepas di Pakistan semalam selepas seorang penumpang membuat ancaman merampas pesawat itu, kata pegawai Syarikat penerbangan Pakistan International Airlines (PIA).

Pesawat domestik yang membawa lebih 50 penumpang dan lima kru kabin itu meninggalkan Karachi dalam perjalanan ke Bahawalpur, bandar di timur negara itu, kata jurucakap syarikat penerbangan kebangsaan Pakistan itu.


“Sejurus selepas pesawat berlepas seorang penumpang memberi amaran kepada kru kabin bahawa dia boleh merampas pesawat itu,” kata Sultan Hasan kepada media. “Juruterbang yang dimaklumkan mengenai situasi itu berpatah balik selepas mendapat keizinan menara kawalan,” katanya. Penumpang itu ditahan dan diserahkan kepada kakitangan keselamatan untuk soal siasat. - AFP"

'via Blog this'

36 laman web disita

myMetro | 36 laman web disita:


WASHINGTON: Pihak berkuasa Amerika Syarikat mengarahkan penyitaan 36 laman web yang terbabit dengan penjualan dan pengedaran nombor kad kredit curi, kata pihak berkuasa semalam.
Pengunjung laman berkenaan yang kini di bawah penahanan kerajaan persekutuan, akan disambut dengan tanda penyitaan di bawah operasi kelolaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman dengan kerjasama Agensi Jenayah Terancang Serius Britain (SOCA) serta agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa lain. Di bawah operasi “Wreaking hAVoC”, penguat kuasa undang-undang membuat pesanan palsu nombor kad kredit di laman web disyaki.

Laman itu yang dikenali sebagai Automated Vending Carts (AVC) membenarkan pengunjung memesan nombor kad kredit curi di Internet menerusi “troli beli-belah”. Bank yang mengeluarkan nombor kad kredit itu, termasuk Bank of America, Sun Trust dan Capital One, mengesahkan laman web berkenaan tidak diberi kuasa untuk menjual nombor terbabit. Pihak berkuasa mendapatkan arahan penyitaan daripada hakim magistret di Daerah Timur Virginia. “Laman web yang kami sasarkan hari ini adalah peruncit komersial untuk maklumat kad kredit dicuri,” kata Penolong Peguam Negara, Lanny Breuer dalam satu kenyataan.
“Dengan mendedahkan maklumat ini di Internet, laman web berkenaan memudahkan penipuan pemegang kad kredit di seluruh dunia,” katanya.

Sesetengah laman web AVC membenarkan pembeli memilih jenis nombor kad kredit untuk dipesan bersama akaun negara asal dan negeri pemegang kad tinggal. Melalui laman itu, penjual boleh memberikan maklumat kad kredit curi tanpa berhubung secara langsung dengan pembeli. - AFP

Bekas pengetua mengaku langgan pelacur bawah umur dijel 9 minggu

myMetro | Bekas pengetua mengaku langgan pelacur bawah umur dijel 9 minggu:


SINGAPURA: Seorang bekas pengetua sekolah rakyat tempatan semalam dipenjarakan kerana melakukan hubungan seks dengan pelacur bawah umur, lelaki pertama daripada 48 orang yang dituduh mendapatkan khidmat itu selepas serbuan besar-besaran polis.
Lee Lip Hong, 39, dihukum penjara sembilan minggu selepas mengaku bersalah melakukan hubungan seks bersama remaja terbabit yang berusia 17 tahun ketika itu.

“Dia tidak membuat rayuan dan memulakan hukumannya hari ini,” kata peguamnya Melanie Ho kepada media. Singapura pada 2008 menggubal undang-undang menyatakan bahawa membayar untuk khidmat seks dengan gadis di bawah umur 18 tahun adalah satu jenayah. Kesalahan itu membawa kepada hukuman hingga tujuh tahun penjara.
Sebelum menjalani hukuman, Lee mempertikaikan dia tidak punya sebab untuk mengesyaki pekerja seks itu di bawah umur, kerana iklan di Internet yang dilihat untuk melanggan gadis itu menyenaraikan usianya adalah 18 tahun, lapor akhbar harian Straits Times di laman webnya. Dia kemudian bertemu dengan gadis itu di sebuah motel di mana dia melakukan hubungan seks dengannya dan membayar SG$500 (RM1,230) untuk khidmatnya, termasuk bayaran tip SG$50 (RM123). Suspek lain yang didakwa mendapatkan khidmat gadis itu, termasuk ahli perniagaan profesional berprofil tinggi, selain pegawai kanan polis dan pegawai tentera. Skandal itu dikatakan membabitkan ahli ekonomi dan elit politik negara itu. - Straits Times

Sindiket Malaysia dominasi cubaan seludup dadah

myMetro | Sindiket Malaysia dominasi cubaan seludup dadah: "JAKARTA: Pejabat Kastam dan Eksais mendakwa percubaan penyeludupan dadah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta didominasi oleh sindiket dadah dari Malaysia, diikuti oleh Thailand dan India.

Pejabat itu menegaskan 85 peratus atau 31 daripada 59 percubaan penyeludupan dadah yang ditumpaskan tahun ini adalah dari Malaysia.


“Bilangan suspek ditahan dalam kes itu 55 orang dengan 41 daripadanya rakyat tempatan,” kata Ketua subdirektorat Perisikan pejabat Kastam dan Eksais di lapangan terbang itu, Heru Sulastyono, semalam. “Secara umumnya, sindiket dadah Malaysia menguruskan urus niaga dadah dengan bantuan utusan rakyat tempatan, yang dipercayai dapat membuka laluan untuk menyeludup pelbagai jenis dadah,” katanya. - Jakarta Post"

'via Blog this'

8 pencuri van mini ditahan

myMetro | 8 pencuri van mini ditahan: "BANDUNG: Polis Jawa Barat menangkap lapan orang yang disyaki mencuri daripada penumpang van mini di bandar raya ini.

Seorang daripada suspek didakwa melakukan 24 kes kecurian dalam van mini awam Bandung dalam perjalanan antara Ciburu dan Cicadas.


“Mereka akan menyamar sebagai penumpang dan mengambil kesempatan terhadap penumpang yang leka dengan mencuri barangan,” kata jurucakap Polis Jawa Barat, Komisioner Kanan Martinus Sitompul semalam seperti mana dipetik daripada kenyataan dalam kompas.com. Kelapan-lapan suspek melakukan kegiatan itu di 13 kawasan berbeza di sekitar Bandung, termasuk Pasir Koja dan Gedebage.

Polis turut merampas 14 telefon bimbit curi sebagai bahan bukti. Suspek boleh dikenakan hukuman hingga 15 tahun penjara di bawah Akta Jenayah jika disabitkan bersalah. -kompas.com"

'via Blog this'

Putri ditahan miliki dadah

myMetro | Putri ditahan miliki dadah: "MALANG: Penyanyi dangdut Putri Vinata ditahan polis antinarkotik di sini kerana memiliki dadah jenis syabu Isnin lalu bersama temannya, David Mauris.

Menurut Ketua Polis AntiNarkotik Malang, Adjutan Komisioner Sunardi Riyono anggotanya memberkas Putri hasil maklumat orang ramai. Putri ditahan bersama David dalam kereta ketika berada di depan bangunan BCA di Jalan Borobudur, Blimbing di sini. Polis turut merampas satu plastik berisi syabu yang disimpan dalam kertas pembalut.


“Ekoran penemuan dadah itu, Putri dan temannya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya, semalam.

Sunardi berkata, Putri yang terkenal dengan gelaran Putri Kayang itu mengaku memperoleh dadah berkenaan daripada rakannya di Surabaya.


Polis masih melakukan siasatan lanjut atas kes itu. - DH"

'via Blog this'

Murid diculik

myMetro | Murid diculik:


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda hilang secara misteri selepas dilarikan dua lelaki menaiki Proton Gen 2 di hadapan sekolahnya di Bukit Kiara, semalam.
Malah sehingga kini, ibu bapa kanak-kanak berkenaan belum menerima panggilan daripada lelaki yang melarikan anaknya itu bagi tujuan meminta wang tebusan.

Dalam kejadian jam 7.35 pagi itu, kanak-kanak berkenaan, Nayati Shamelin Moodliar, 12, baru keluar dari kawasan perumahannya yang terletak kira-kira 50 meter dari sekolahnya.
Bapa mangsa, Shamelin Moodliar, 42, berkata, sebelum kejadian, dia menyiapkan anak tunggalnya itu untuk ke sekolah.

Katanya, sebaik anaknya keluar, dia menerima panggilan daripada guru besar sekolah anaknya itu yang memaklumkan anaknya yang berbaju T putih dan seluar pendek hijau dilarikan dua individu tidak dikenali dengan menaiki kereta berwarna hitam yang dipercayai menunggu di lokasi berkenaan sejak awal pagi.

“Saya difahamkan ketika kejadian, anak saya baru tiba di persimpangan Jalan Kiara sebelum didatangi dua lelaki berkulit gelap yang menariknya masuk ke dalam kereta dan melarikan diri ke arah ibu kota.
“Kejadian berkenaan disaksikan orang ramai yang kemudian menghubungi pihak sekolah dan kami juga sudah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium berdekatan yang berjaya merakam kejadian itu ketika membuat laporan polis,” katanya, semalam.

Beliau yang bekerja sebagai perunding kanan sebuah firma pengurusan itu berkata, sehingga kini dia tidak dihubungi kumpulan penculik itu malah menafikan mempunyai musuh perniagaan kerana baru lapan bulan keluarganya tiba di Malaysia.
Menurutnya, kejadian berkenaan nyata sudah dirancang rapi berikutan pengawal keselamatan nampak kereta yang dinaiki penculik itu diletakkan dalam arah bertentangan di Jalan Kiara 1 bagi memudahkan mereka melarikan diri.

“Saya tidak tahu sebab anak saya menjadi pilihan mereka, malah saya tidak pernah berselisih faham mahupun bergaduh dengan sesiapa sejak tiba di negara ini.

“Kami merayu kepada kumpulan penculik itu agar mengembalikan anak kami mahupun menghubungi kami jika memerlukan wang untuk membebaskannya,” katanya yang hadir bersama isterinya, Janice Smith, 40.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis daripada keluarga mangsa dan kes kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang di bawah penjagaan yang sah.

Jenazah anak lemas ditemui terapung

myMetro | Jenazah anak lemas ditemui terapung:


KOTA SAMARAHAN: Mayat Muhammad Khairul Azhar, 10, kanak-kanak yang lemas ketika mandi di Sungai Sabang, petang Rabu lalu ditemui pasukan penyelamat kira-kira 50 kilometer dari lokasi kejadian, semalam.
Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung menemui mayat mangsa terapung tidak jauh dari tempat kejadian, kira-kira jam 9.50 pagi.

Pegawai JPAM Kota Samarahan, Kapten Ahmad Shahfikri Darus berkata, mayat mangsa ditemui penduduk kampung yang bersama-sama menyertai operasi itu sejak malam hari kejadian.
“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna dan dihantar ke Kampung Melayu bagi dikenal pasti ahli keluarga yang kemudian mengesahkan identitinya.

“Atas permintaan keluarga, jenazah mangsa tidak dibawa ke hospital untuk dibedah siasat, sebaliknya dibawa pulang ke rumahnya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan petang tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Rabu lalu, murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Melayu itu lemas ketika mandi bersama lapan rakannya di sungai terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.
Rakan mangsa gagal menyelamatkannya berikutan mereka tidak pandai berenang sebelum memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa yang kemudian melaporkannya kepada JPAM dan polis.

Seramai 15 anggota terbabit dalam operasi yang bermula sejak jam 8 pagi kelmarin dan berakhir kira-kira jam 10 pagi semalam sebaik mayat mangsa ditemui.

Terkilan gagal selamat pelajar lemas

myMetro | Terkilan gagal selamat pelajar lemas:


BACHOK: “Saya melihat mangsa terkapai-kapai meminta tolong dan cuba menyelamatkannya dengan berenang ke arahnya, tetapi arus deras memaksa saya berpatah balik ke darat.
“Saya terkilan apabila gagal menyelamatkannya, hanya mampu melihat dia hilang,” kata nelayan, Mohd Azman Mohd Kamal, 26, saksi kejadian lemas yang mengorbankan pelajar, Mohd Fahmi Yassin, 17, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Mohd Fahmi yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Nipah, Bachok, berjoging di pantai Kampung Pulau Belongan, berdekatan Pantai Irama, Bachok, di sini, sebelum mandi di pantai berkenaan apabila dia lemas dipercayai ditarik pasir jerlus.
Mayat mangsa ditemui pada jam 8.05 pagi 15 meter dari pesisir pantai oleh penduduk kampung serta anggota bomba dan penyelamat sebelum dibawa ke Pusat Kesihatan Bachok. Jenazah Mohd Fahmi dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pulau Belongan, pada jam 3 petang semalam.

Menurut Mohd Azman, selepas gagal membantu mangsa, dia menghubungi bomba.

“Sebelum kejadian, saya dan beberapa rakan menjala ikan di pantai berkenaan sebelum naik ke darat. Saya berselisih dengan mangsa yang dalam perjalanan untuk mandi di pantai selepas berjoging.
“Tidak sampai lima minit saya mendengar mangsa meminta tolong dan melihatnya tenggelam timbul lalu cuba menyelamatkannya,” katanya.

Mengaku cintai bapa mentua

myMetro | Mengaku cintai bapa mentua:

KUALA LUMPUR: “Saya akui, memang saya ada hubungan sulit dengan ayah mentua,” kata Zura, 25, isteri Azmir, 30, ketika ditemui Harian Metro, di sini, sebelum memberi penjelasan bagaimana hubungan ‘Keluarga 69’ itu boleh berlaku.
Menurutnya, dia mengenali ayah mentuanya sejak menuntut di universiti pada 2009, malah mereka pernah terlanjur lebih 10 kali, biarpun dia tahu lelaki itu sudah berkeluarga.

Malah, kata Zura, hasil perhubungan intim itu, sepanjang pengajiannya di universiti, semua perbelanjaan termasuk kos sara diri ditanggung lelaki terbabit mengakibatkan dia berasa terhutang budi.
“Pada mulanya, hubungan kami sekadar sebagai seorang anak dan ayah, namun semuanya berubah apabila bibit cinta mula berputik.

“Saya bukan berasal daripada keluarga senang. Ibu bapa saya menanggung adik-adik lain yang masih bersekolah, jadi perbelanjaan di universiti agak terhad. Pernah satu ketika saya terlintas untuk menamatkan pengajian akibat tekanan kewangan yang sangat hebat,” katanya.

Zura berkata, tanpa dirancang dia berkenalan dengan Azmir yang mempunyai keperibadian lelaki diidamkan tanpa mengetahui lelaki itu anak ‘kekasih gelap’nya.
“Pada mulanya saya mahu memutuskan hubungan dengan Azmir, namun ayahnya yang juga kekasih gelap saya membantah. Katanya, biar hubungan saya dengannya terus menjadi rahsia berikutan dia sudah berkeluarga.

“Malah, ketika itu, ayah mentua saya secara tidak langsung menggalakkan saya berkahwin dengan anaknya kerana dengan cara itu kami berdua dapat lebih sering bertemu,” katanya.

Siasat mayat dalam ladang

myMetro | Siasat mayat dalam ladang: "KUALA SELANGOR: Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mayat seorang lelaki yang dibakar dalam ladang kelapa sawit di Batu 28, Jalan Ijok-Kuala Selangor, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata, polis percaya lelaki yang ditemui dengan mulut dilekat pita pelekat adalah rakyat tempatan berdasarkan penemuan tanda BCG pada bahu mangsa.


Katanya, kes itu bermotifkan jenayah dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor bagi mengecam mayat berkenaan.


“Mayat mangsa masih ditempatkan di Hospital Tanjung Karang (HTK) kerana belum dituntut waris,” katanya ketika dihubungi, semalam."

'via Blog this'

Suami hutang along ugut jual anak

myMetro | Suami hutang along ugut jual anak:


KUALA LUMPUR: Bukan saja disepak terajang, seorang wanita berusia 25 tahun turut diugut bunuh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Cheras, di sini, Ahad lalu.
Lebih membimbangkan apabila suami mangsa berusia lewat 20-an itu turut mendakwa mahu menculik dan menjual dua anak mereka bagi melunaskan bayaran pinjamannya kepada along.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suami mangsa mengugut untuk menyebarkan gambar bogel isterinya yang dirakam ketika bersama jika mangsa tidak memberinya wang.
Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, suami mangsa yang berada dalam keadaan marah meminta wang daripada mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa tidak mempunyai wang menyebabkannya ditumbuk dan diterajang.

“Biarpun dirayu, suami mangsa memukul dan memaksanya menyerahkan wang,” katanya.
Menurut sumber, mangsa yang bertegas tidak mempunyai wang menyebabkan suaminya mengugutnya.

“Lelaki terbabit mendakwa mahu membunuh mangsa, malah akan menjual dua anak mereka bagi melunaskan pinjaman along,” katanya.
Katanya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suaminya sekali lagi mendakwa mahu menyebarkan rakaman video dan gambar bogel mangsa ketika mandi dan bersama dengannya.

“Tersentak dengan ugutan berkenaan, mangsa merayu suaminya itu sebelum diberi tempoh seminggu untuk menyediakan wang.

“Suami mangsa meninggalkan rumah sebelum mangsa menghubungi keluarganya untuk dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Warga emas tembak pencuri

myMetro | Warga emas tembak pencuri:


RAMPAS...barang milik penjenayah (gambar kecil) yang ditembak mati.
RAMPAS...barang milik penjenayah (gambar kecil) yang ditembak mati.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat lelaki yang cuba menyamun sebuah rumah di Bukit Ledang, Brickfields, di sini, bukan saja gagal, tetapi bernasib malang apabila seorang rakan mereka mati ditembak penghuni rumah berkenaan yang berusia 60 tahun, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kejadian berlaku jam 2.30 pagi apabila suspek memecah masuk rumah mangsa sebelum disedari mangsa yang juga ahli perniagaan yang memiliki lesen senjata api apabila terdengar bunyi bising.

“Mangsa memeriksa bunyi bising itu dan sebaik terserempak kumpulan penyamun yang bertopeng terbabit, dia melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai seorang daripada suspek.
“Bagaimanapun, tiga lagi suspek yang terperanjat dengan tindakan itu melarikan diri dan polis kini giat memburu mereka,” katanya.

Katanya, penjenayah yang ditembak mati itu dikenali sebagai Adhitia, 37, yang berasal dari Jakarta, Indonesia, berdasarkan pasport yang ditemui bersama lelaki terbabit.

“Siasatan awal berdasarkan keterangan mangsa, kumpulan penjenayah terbabit memecah masuk rumah menggunakan pemutar skru dan bersenjatakan celoret untuk menyamun mangsa.
“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata dan polis giat memburu ketiga-tiga suspek yang melarikan diri,” katanya.

1. RAMPAS...barang milik penjenayah yang ditembak mati seorang warga emas ketika rumahnya cuba disamun.
2. MAUT...penjenayah warga Indonesia yang maut ditembak ketika cuba menyamun sebuah rumah di Bukit Ledang, Brickfields di sini pagi, semalam.

Mati ditembak

myMetro | Mati ditembak: "SUNGAI GOLOK (Thailand): Seorang lelaki rakyat Malaysia dipercayai berusia 19 tahun ditemui mati dengan lapan kesan tembakan di kepala, dada, kaki dan perut di berhampiran tempat pembuangan sampah di pekan Sungai Golok, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Leftenan Kolonel Tawisuk Thondsongsi berkata, identiti mangsa belum dikenal pasti dan mangsa dihantar ke Hospital Sungai Golok untuk bedah siasat.


“Seorang penduduk mendengar bunyi tembakan pada jam 6 pagi (7 pagi waktu Malaysia) dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui mayat mangsa di kawasan berhampiran tempat pembuangan sampah.

“Penduduk itu memaklumkan penemuan mayat kepada polis dan polis segera ke tempat kejadian. Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sungai Golok.


“Mayat mangsa ada sekurang-kurangnya lapan kesan tembakan di kepala, dada, kaki dan perut,” katanya.


Menurutnya, mangsa dipercayai berasal dari Taman Bakti, Rantau Panjang, Kelantan dan siasatan awal mendapati kemungkinan mangsa ditembak akibat dendam dalam perniagaan."

'via Blog this'

Kelu lihat isteri curang

myMetro | Kelu lihat isteri curang: "ALOR SETAR: “Saya melihat sendiri isteri saya dan ayah berpelukan masuk ke dalam sebuah kondominium. Ketika itu, lidah saya kelu dan tidak dapat digambarkan remuknya perasaan saya.

“Tak sangka ayah melakukan perkara terkutuk dengan menjalinkan hubungan dengan isteri saya,” keluh seorang lelaki selepas membongkar perlakuan jijik dua individu yang amat disayanginya.

Suami itu yang mahu dikenali sebagai Azmir, 30, berkata, amat sukar untuk dia menerima kenyataan pahit itu, namun itu hakikatnya biarpun tidak pernah terlintas di fikirannya perkara sedemikian boleh berlaku.

“Perkara ini sudah terbukti benar. Bukan saja saya melihat sendiri kecurangan mereka berdua, malah isteri saya juga turut membuat pengakuan,” katanya.


Azmir berkata, dia tidak menyangka isterinya yang dinamakannya sebagai Zura, 25, dan bersikap lemah-lembut itu curang, malah melakukan perbuatan keji bersama ayahnya sendiri yang berusia 50-an."

'via Blog this'

Dikerkah 30 monyet

myMetro | Dikerkah 30 monyet:


LEBAM...keadaan muka Zaiton yang berjahit selepas diserang monyet liar.
LEBAM...keadaan muka Zaiton yang berjahit selepas diserang monyet liar.
ALOR GAJAH: “Saya hanya terbayangkan kematian selepas dikerumuni lebih 30 monyet yang menyerang dan menggigit ketika saya jatuh di atas tanah,” kata warga emas yang diserang haiwan itu ketika berusaha menyelamatkan cucunya di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa Zaiton Comel, 83, dikatakan pengsan beberapa minit selepas dikerumuni kumpulan monyet berkenaan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Berikutan kejadian, warga emas itu menerima dua jahitan di mata kiri, tiga jahitan di atas bibir serta sembilan jahitan di bahagian bawah dagunya yang terkoyak sepanjang enam sentimeter selain terdapat beberapa kesan lebam dan calar di bahagian badan.

Menceritakan kejadian yang hampir meragut nyawanya itu, Zaiton berkata, dia yang duduk di pangkin rumahnya tidak jauh dari kediaman seorang anaknya terdengar tangisan cucunya (Umi Amira Syikin Azman, 5) yang ketakutan selepas melihat kumpulan monyet cuba menceroboh masuk ke rumahnya.

“Mulanya saya sangka cucu menangis kerana kehabisan susu kerana ibu dan bapanya tiada di rumah, manakala abangnya pula bersekolah. Bagaimanapun dari jauh saya nampak beberapa monyet sedang berkeliaran di halaman dan ada yang cuba membuka tingkap,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

10 mati akibat banjir di Haiti

Berita Harian Online | 10 mati akibat banjir di Haiti: "PORT-AU-PRINCE: Kerajaan Haiti berkata, sekurang-kurangnya 10 orang mati minggu ini akibat hujan lebat di selatan dan barat negara itu.

Jurucakap Pejabat Perlindungan Awam Haiti, Joseph Edgard Celestin mengeluarkan maklumat terkini mengenai kesan kerosakan kejadian itu.
Banjir melanda lebih 3,000 kediaman di kawasan pantai ibu negara Haiti dan lebih 200 mendapatkan perlindungan di pusat penempatan sementara. - AP"

'via Blog this'

Budak warga Belanda dilarikan dua lelaki

Berita Harian Online | Budak warga Belanda dilarikan dua lelaki:

ANICE menujukkan gambar Nayati
yang dipercayai diculik.
ANICE menujukkan gambar Nayati
yang dipercayai diculik.
 PM harap Nayati tidak dicederakan 

KUALA LUMPUR: Seorang budak lelaki warga Belanda, Nayati Moodliar, 12, dilarikan dua lelaki tidak dikenali menaiki Proton Gen2 berwarna hitam ketika berjalan menuju ke sekolahnya di Jalan Kiara 1, Mont Kiara di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa, murid Mont Kiara International School dihampiri dua lelaki terbabit ketika berjalan menghampiri sekolahnya sebelum dipaksa masuk ke dalam kereta berkenaan.
Datuk Seri Najib Razak berharap Nayati tidak dicederakan dan berdoa agar kanak-kanak itu ditemui semula dalam keadaan selamat. 

Perdana Menteri dalam laman Twitter dan Facebooknya malam tadi berkata, beliau sudah bercakap terus dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, meminta kes berkenaan disiasat. 

“Saya merayu sebagai seorang bapa agar Nayati tidak dicederakan dalam apa juga cara sekali pun. Mari kita berdoa dan menggunakan media sosial untuk membantu usaha pencarian Nayati,” katanya. 

Sementara itu, seorang saksi yang melihat kejadian itu terus memaklumkan kepada pihak sekolah sebelum Pengetua sekolah itu, Walter Morris menghubungi keluarganya. 
Bapa mangsa, Sham Moodliar, 41, yang terkejut mendengar berita itu terus membuat laporan di Balai Polis Mont Kiara kira-kira 10 minit sejurus selepas dimaklumkan pihak sekolah. 

Sehubungan itu, Sham serta isterinya, Janice Smith, 40, berharap orang ramai yang melihat atau menjumpai anaknya itu dapat menghubunginya segera di talian 0123656262 atau memaklumkan kepada pihak polis. 

Beliau juga sudah meletakkan beberapa keping gambar anaknya di papan tanda di sekitar Jalan Kiara 1. 

Jurucakap Balai Polis Mont Kiara ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima laporan kehilangan itu.

Pelajar ambil buku dirogol rakan sekelas

Berita Harian Online | Pelajar ambil buku dirogol rakan sekelas:

KUALA TERENGGANU: Malang menimpa seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di bandar raya ini, apabila tindakannya kembali ke kelas untuk mengambil buku yang tertinggal bertukar tragedi apabila dia dirogol seorang rakan sekelasnya, pada Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, mangsa berusia 16 tahun mendakwa dirogol suspek yang juga berusia 16 tahun di dalam kelasnya.
Sumber berkata, ketika mangsa mengambil buku, empat suspek yang dipercayai menyorok di dalam kelas sebaik menyedari kehadiran mangsa, tiba-tiba keluar.
Mangsa mendakwa seorang daripada mereka merogolnya dan dua lagi mencabulnya, manakala seorang lagi hanya memerhatikan perbuatan terkutuk tiga rakannya. - Sumber
“Mangsa mendakwa seorang daripada mereka merogolnya dan dua lagi mencabulnya, manakala seorang lagi memerhatikan perbuatan terkutuk tiga rakannya.

“Sejurus kejadian itu, mangsa yang biasanya pulang ke rumah ibu bapanya di Kuala Ibai terus ke rumah ibu saudaranya di kawasan sama, selain berubah menjadi pendiam,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang juga anak kelima daripada enam beradik tinggal bersama ibu saudaranya itu, tetapi akan singgah ke rumah keluarganya setiap kali tamat sesi persekolahan.

Sumber berkata, mangsa bukan saja berubah menjadi pendiam, tetapi takut dan trauma apabila berjumpa dengan lelaki. 
Katanya, keluarga mangsa hanya mengetahui kejadian itu Rabu lalu apabila dihubungi sekolah, selepas peristiwa itu menjadi bualan hangat di sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Dae-rah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan berkata, tiga daripada empat suspek berjaya ditahan pagi semalam.

“Semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Berita Harian Online | Kolumnis kena bayar ganti rugi RM500,000

Berita Harian Online | Kolumnis kena bayar ganti rugi RM500,000:

Kes fitnah pertama di Malaysia melalui twitter 

KUALA LUMPUR: Dalam kes saman malu membabitkan kata-kata fitnah melalui twitter pertama di negara ini, kolumnis akhbar theSun, R Nadeswaran diperintahkan membayar ganti rugi RM500,000 kepada pemaju hartanah, Datuk Mohamad Salim Fateh Din selepas didakwa memfitnah ahli perniagaan itu dua tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan berkenaan di sini semalam, selepas membenarkan tuntutan saman malu dikemukakan Mohamad Salim terhadap Nadeswaran yang difailkan pada 31 Januari tahun lalu.
Selain memerintahkan kolumnis Citizen Nades membayar RM300,000 bagi ganti rugi am dan RM200,000 bagi ganti rugi teruk, Amelia turut membenarkan permohonan injunksi dikemukakan Mohamad Salim yang juga Pengarah Urusan Gapurna Sdn Bhd menghalang Nadeswaran daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah terhadapnya. 

Dalam penghakimannya, Amelia berkata, mahkamah turut berpuas hati defendan (Nadeswaran) tidak memfailkan sebarang pernyataan pembelaan dalam tuntutan saman berkenaan sekali gus beliau dianggap mengakui setiap apa yang dikemukakan oleh plaintif (Mohamad Salim) dalam pernyataan tuntutannya. 

Katanya, mahkamah juga tidak teragak-agak menerima kenyataan plaintif adalah seorang individu penting yang mempunyai kedudukan dan memegang jawatan tertinggi dalam dunia perniagaan serta masyarakat menyebabkan reputasinya terjejas teruk dengan penyiaran fitnah itu. 

Mohamad Salim memfailkan saman terhadap Nadeswaran kerana mendakwa kolumnis itu menyiarkan kata-kata fitnah terhadapnya pada 12 Julai 2010 melalui laman twitter, yang bermaksud beliau menyembunyikan status keturunannya dan cuba menipu orang ramai untuk mempercayai dirinya berstatus Bumiputra. 
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa kenyataan dalam twitter itu adalah tidak benar dan beliau adalah Bumiputera berketurunan Pakistan serta tidak pernah menyembunyikan fakta berkenaan. 

Katanya, defendan juga pada 22 Disember 2010 menyiarkan kata-kata fitnah melalui laman twitter ‘TerrencetheSUN’ bagi menjejaskan dirinya, nama baik, kerjaya dan re-putasinya dalam bidang perniagaan.

Peguam buta berjaya larikan diri di China

Kosmo! Online - Dunia:


BEIJING - Seorang peguam yang buta, Chen Guangcheng yang ditahan di rumahnya berjaya melepasi kawalan para pengawal keselamatan, kata beberapa aktivis semalam.
Guangcheng yang berjuang membantah dasar pengguguran bayi secara paksa di China, dikenakan tahanan rumah di kampungnya, Linyi, dalam wilayah Shandong, timur China selepas dia dibebaskan dari penjara pada September 2010.
Presiden pertubuhan hak politik dan agama ChinaAid yang beribu pejabat di Texas, Bob Fu berkata, Guangcheng selamat dan kini bersembunyi di ibu kota China, di sini.
"Terdapat spekulasi beliau sedang bersembunyi di Kedutaan Amerika Syarikat di sini," tambahnya.
Namun, Kedutaan AS dan Kementerian Luar China enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung spekulasi berkenaan.
Dalam satu klip video di laman web YouTube, Guangcheng mengesahkan beliau telah melarikan diri.
Aktivis berkenaan turut meminta Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengarahkan satu siasatan dilakukan berhubung layanan buruk oleh beberapa pegawai tempatan terhadap diri dan keluarganya.
"Ia bukan mudah tetapi saya berjaya melarikan diri," katanya dalam klip video berkenaan.
Namun, dia tidak menyatakan lokasi persembunyiannya atau rancangannya selepas ini.
Guangcheng meloloskan diri dari rumahnya yang dikawal ketat pada Ahad lalu.
"Dia keluar dari rumahnya pada 22 April lalu dan beberapa rakan membawanya ke satu lokasi selamat di luar wilayah Shandong," kata Fu.
Menurutnya, kehilangan Guangcheng diketahui apabila beberapa pegawai pemerintah pergi ke kampung Donggushi untuk menggeledah rumahnya dan rumah abangnya, Chen Guangfu.
Seorang penyokong Guangcheng memberitahu agensi berita AFP bahawa insiden ganas berlaku di perkampungan berkenaan selepas ketibaan pasukan pegawai pemerintah tersebut termasuk seorang gabenor bandar berdekatan.
"Chen Kegui (anak saudara Guangcheng) mencederakan gabenor berkenaan dengan pisau pemotong sayur-sayuran dan beberapa orang lain sebelum dia menyerah diri kepada polis," katanya.
Fu pula berkata, isteri Guangcheng, ibu dan anaknya kini berada di rumah mereka yang dikawal ketat oleh polis manakala keluarga abangnya telah ditangkap.
Seorang lagi penyokong Guangcheng, He Peirong menyatakan dia memandu membawa aktivis berkenaan ke sebuah lokasi yang selamat.
Guangcheng mempelajari undang-undang di sebuah sekolah untuk orang buta.
Dia turut memberikan bantuan guaman percuma kepada penduduk kampung.
Guangcheng dipenjarakan pada tahun 2006 selepas menuduh para pegawai perancang keluarga di wilayah Shandong memaksa kira-kira 7,000 wanita dimandulkan dan menjalani pengguguran. - Agensi

Penyamun maut ditembak Datuk

Kosmo! Online - Negara:




PASPORT milik penjenayah yang ditembak mati di Taman Bukit Ledang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk bertindak berani apabila menembak mati seorang lelaki warga asing yang cuba menyamun dengan memecah masuk banglo miliknya di Taman Bukit Ledang, Jalan Duta di sini semalam.
Lelaki warga Indonesia berusia 37 tahun itu mati di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya dapat melarikan diri.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, empat lelaki terbabit dipercayai baru sahaja memasuki kediaman ahli perniagaan itu, namun, ia disedari oleh mangsa yang ketika itu masih belum tidur.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ahli perniagaan berusia 60-an itu kemudian mengambil pistol miliknya lalu menembak ke arah kumpulan lelaki berkenaan dan mengenai salah seorang daripada mereka.

Pelajar Eropah diculik depan sekolah

Kosmo! Online - Negara:




Bulatan menunjukkan tempat Nayati dilarikan dua lelaki semalam.


KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga Belanda tidak keruan apabila anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun hilang dilarikan dua lelaki di depan Mont Kiara International School di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 7.30 pagi, Nayati Shamelin Moodliar (gambar kecil), 12, anak sulung daripada dua beradik, berjalan kaki seorang diri dari rumahnya yang terletak kira-kira 300 meter dari sekolah.
Belum sempat mangsa melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah, seorang saksi melihat mangsa ditarik oleh dua lelaki berketurunan India masuk ke dalam kereta Proton Gen2 warna hitam bernombor pendaftaran WNH 1356.
Saksi itu mendakwa, kereta itu menunggu mangsa di satu selekoh yang jaraknya hanya 50 meter dari pintu pagar sekolah.
Bagi menyelamatkan diri, Nayati yang merupakan pelajar pintar melemparkan beberapa keping kertas bagi menarik perhatian orang awam.

Terkejut air telaga bertukar merah

Kosmo! Online - Negara:




ORANG ramai mengambil air berwarna merah dari sebuah telaga di Pasir Puteh, Kelantan semalam.


PASIR PUTEH – Sebuah telaga berusia lebih 10 tahun di Kampung Pintu Gerbang, Dalam Ru dekat sini kini menjadi tumpuan orang ramai apabila airnya yang jernih bertukar kepada warna merah seperti sirap.
Pemilik perigi berkenaan, Ramli Mohd. Nor, 47, berkata, air telaga sedalam 3.65 meter itu yang selama ini digunakannya untuk menghasilkan keropok secara kecil-kecilan mengalami perubahan tersebut sejak dua minggu lalu.
Lebih menakjubkannya, walaupun berubah warna sehingga dianggap aneh, air tersebut tidak berbau manakala rasanya tawar seperti air biasa.
“Sudah lama saya gunakan air perigi ini yang sememangnya jernih dan sebab itu saya terkejut apabila warnanya tiba-tiba berubah.
“Saya cuba menyedut telaga ini dengan pam untuk membuang air yang berwarna merah tetapi keadaan tetap tidak berubah,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Berikutan kejadian itu, dia menggali telaga itu sedalam semeter lagi dengan harapan airnya akan kembali jernih tetapi ia tidak berlaku.
Menurutnya, kerja-kerja menggali dan mengepam air perigi itu yang dilakukan sejak tiga hari lepas dengan bantuan penduduk kampung terpaksa dihentikan semalam kerana tiada perubahan.

Tangkal Geng Buyong tak menjadi

Kosmo! Online - Negara:



POLIS memeriksa mayat salah seorang penjenayah Geng Buyong yang ditembak mati di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang malam kelmarin.


KUALA LUMPUR – Dua lagi anggota Geng Buyong yang menjadi buruan kerana bermaharajalela melakukan jenayah di Kelantan ditembak mati di hadapan sebuah bank di Taman Datuk Ahmad Razali di Ampang malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, dua suspek yang terbunuh ialah Mohd. Hazwan Mat Buni dan Mohd. Nasrul Fadil Mat Nasir, kedua-duanya berusia lingkungan 20-an.
Semasa pemeriksaan dibuat ke atas mayat Nasrul, suspek didapati memakai beberapa tangkal di leher dan jari dipercayai bagi mengelak dicekup atau ditembak mati.
Dengan kematian dua penjenayah itu, seramai empat penjenayah Geng Buyong daripada 10 anggotanya telah ditembak mati. Sebelum ini, polis menembak mati dua anggota penjenayah itu di hotel bajet Kencana Lodge di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan pada 18 April lalu.
Dua suspek itu ialah Elezulhelmie Ilias, 24, yang dikenali sebagai Emi Lias dan rakannya, Ahmad Izzudin Che Deraman, 24, yang dipanggil Din Billion.
Berikutan kejayaan menumpaskan Mohd. Hazwan dan Mohd. Nasrul itu, polis memburu enam lagi anggota Geng Buyong termasuk ketuanya yang dikenali sebagai Buyong atau nama sebenarnya Nor Tarmimi Md. Salleh, 29.