Search This Blog

Friday, April 27, 2012

Lelaki intai jiran mandi

myMetro | Lelaki intai jiran mandi: "AMPANG: Seorang lelaki miang sanggup menceroboh masuk rumah jiran wanita bujangnya di Pandan Indah, di sini semata-mata untuk mengintai jiran wanita terbabit mandi, kelmarin.

Bagaimanapun, sumber berkata, tindakan lelaki terbabit disedari wanita berusia 28 tahun itu yang berasa tidak sedap hati sebaik melihat bayangan hitam dari pintu bilik air rumahnya.


“Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa dipercayai masuk ke bilik air untuk mandi sebelum ke tempat kerjanya. “Namun, ketika mandi, mangsa berasa tidak sedap hati selepas melihat ada satu bayangan hitam di luar pintu bilik airnya. Mangsa kemudian membuka pintu dan terkejut melihat seorang lelaki sedang mencangkung di depan bilik airnya,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang juga jiran mangsa kemudian bertindak melarikan diri.


Katanya, mangsa yang bimbang keselamatannya membuat laporan berhubung kejadian berkenaan di Balai Polis Pandan Indah.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan."

'via Blog this'

'Bagi duit atau aku bakar'

myMetro | 'Bagi duit atau aku bakar':


REMBAU: Satu keluarga termasuk seorang wanita hamil menempuh detik mencemaskan apabila kereta milik mereka dibakar lelaki tidak dikenali di Kampung Chengkau di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi, mangsa, Zulkifli Bidin, 42, dikatakan tidur bersama isterinya, Nor Hadieza Ngah Jais, 21, dan tiga anak mereka masing-masing berusia lima hingga sembilan tahun.

Menceritakan kejadian itu, Zulkifli yang juga peniaga telur ayam, berkata isterinya dikejutkan dengan bunyi deruan motosikal serta tapak kaki manusia di depan rumah mereka.
“Curiga dengan keadaan itu, isteri yang hamil lapan bulan mengejutkan saya untuk meninjau keadaan. Saya bangun dan terkejut melihat kelibat seorang lelaki memakai topi keledar di laman rumah.

“Lelaki itu yang mungkin menyedari dirinya sedang diperhatikan seterusnya menjerit meminta saya menyerahkan duit dan mengugut membakar kereta sekiranya enggan menuruti permintaannya,” katanya. Menurut beliau, bimbang lelaki itu bertindak di luar jangkaan, dia segera masuk semula ke dalam bilik sambil memanggil isteri dan anak supaya berwaspada.

“Tidak lama kemudian, saya menjenguk semula ke tingkap dan mendapati Perodua Kancil yang digunakan selama empat tahun lalu terbakar manakala lelaki terbabit menghilangkan diri.
“Saya menghubungi bomba dan polis untuk meminta bantuan,” katanya.

Zulkifli berkata, ketika kejadian, isteri serta anaknya menangis ketakutan dan dia hanya mampu berdoa supaya mereka sekeluarga selamat.

“Saya bimbang kereta itu meletup dan kami berkurung dalam rumah sehingga polis datang dan cuba memadam kebakaran menggunakan pemadam api, tetapi api semakin marak.

“Bimbang keadaan bertambah buruk, kami keluar dari rumah dan berlari sejauh 30 meter sehingga bomba memadam kebakaran,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Rembau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Geng Susu Kangkang didakwa

myMetro | Geng Susu Kangkang didakwa:

KANGAR: Seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan yang terbabit dalam kegiatan Geng Susu Kangkang bersama sepasang suami isteri, akhirnya didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencuri susu formula dalam dua kejadian berasingan, awal bulan lalu.

Ketiga-tiga mereka iaitu Aminah Abdillah, 24, nelayan, Berman Cruz, 54, dan isterinya, Eda Absarul, 34, mengaku tidak bersalah apabila dituduh secara bersama di hadapan Majistret Zuhair Rosli.


Mereka didakwa mencuri tiga tin susu formula bersama tiga kotak bahan sama di kedai Agrobazar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Taman Sena Indah, di sini, pada jam 4.30 petang, 5 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga-tiga tertuduh didakwa mencuri empat kotak susu berjenama premium dan dua tin bahan sama di Pasaraya Seri Utama, di sini, pada jam 3.30 petang sama.


Semuanya didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda.


Zuhair membenarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Berman dan Eda, manakala Aminah pula dikenakan jaminan RM2,000 bagi setiap pertuduhan.


Beliau menetapkan 28 Mei depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes.


Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Azlly Supuadi, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam bela, Rabiatul Adawiyah Ramli.

Sesi pagi sekolah gempar

myMetro | Sesi pagi sekolah gempar:

SHAH ALAM: Penuntut sesi pagi sebuah sekolah menengah di sini, gempar apabila empat pelajar perempuan diserang histeria dalam surau sekolah berkenaan, semalam.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi itu menyebabkan keadaan menjadi cemas sebelum pelajar terbabit ditenangkan guru.
Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, kejadian histeria tidak pernah berlaku di sekolah berkenaan sebelum ini, namun beberapa minggu kebelakangan ini, berlaku beberapa kejadian histeria.

Dia yang sudah beberapa tahun bekerja di sekolah berkenaan tidak pernah berdepan dengan peristiwa itu dan bingung kejadian histeria sering berlaku tanpa diketahui puncanya.



“Sepanjang saya bertugas, kejadian histeria tak pernah berlaku. Tetapi saya bingung kerana kebelakangan ini berlaku beberapa kejadian histeria dan pelajar perempuan menjadi mangsa.



“Pelajar menjerit seperti dirasuk makhluk halus dan hanya kembali tenang beberapa minit kemudian selepas ditenangkan guru termasuk mereka yang mahir ilmu agama,” katanya sewaktu ditemui semalam.

Bayi belakang rumah

myMetro | Bayi belakang rumah:

'BALIK PULAU: Suara tangisan bayi di lorong belakang sebuah rumah membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki di Taman Permatang Indah, Batu Maung, tengah malam kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku jam 12.30 tengah malam apabila seorang lelaki berusia 30-an bersama isterinya terdengar suara bayi menangis dipercayai akibat kelaparan selepas ditinggalkan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Md Zain berkata, apabila penghuni rumah berkenaan membuat pemeriksaan di kawasan lorong belakang kediaman itu, mereka menemui bayi terbabit.
Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila melihat seorang bayi seberat 2.3 kilogram yang masih bernyawa dalam keadaan berselimut dengan kain batik dan masih bertali pusat.

Katanya, lelaki terbabit membawa bayi berkenaan ke Unit Bersalin Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelak bayi berkenaan menghadapi masalah kesihatan selepas ditinggalkan di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan hospital terhadap bayi berkenaan mendapatinya sihat, tetapi kini dirawat di wad dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan selain mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan mengenai penemuan itu.

Sangka tembak tupai

myMetro | Sangka tembak tupai:


ALOR SETAR: “Selepas terdengar bunyi beberapa das tembakan dari arah istana, saya nampak sebuah kereta dipandu laju keluar dari pintu pagar istana,” kata seorang wanita yang juga saksi kejadian seorang anggota polis ditembak mati di pondok pengawal Istana Anak Bukit, dekat sini, semalam.
Warga emas berusia 70-an berkenaan yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian jam 5.45 petang itu, dia duduk di luar rumahnya yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Saya nampak kereta yang dipandu laju itu menuju ke arah Kepala Batas, namun tidak pasti sama ada ia ada membawa penumpang atau tidak kerana terkejut mendengar bunyi tembakan sebelum itu.
“Pada mulanya saya menyangka bunyi tembakan itu datang daripada aktiviti menembak tupai kerana sebelum ini ada oang menembak tupai di sini, tidak sangka pula berlaku kejadian lain,” katanya.

Seorang lagi saksi, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia tidak menyangka bunyi beberapa das tembakan yang didengarnya adalah kejadian jenayah hingga menyebabkan kematian.

Menurutnya, sejurus mendengar tembakan itu, dia hanya melihat burung berterbangan dan keadaan itu menguatkan lagi naluri hatinya bahawa ia mungkin hanya aktiviti menembak tupai.

Dituduh ceroboh rumah bekas isteri

myMetro | Dituduh ceroboh rumah bekas isteri: "SHAH ALAM: Seorang penganggur dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan menceroboh rumah bekas isterinya di sini, bulan lalu.

Tertuduh, Abdullah Mat, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Syahida Kamal.


Mengikut pertuduhan, Abdullah didakwa melakukan perbuatan itu di No 27, Jalan Ungu U9/29, Sunway Kayangan Seksyen U9, di sini, kira-kira jam 11 pagi, pada 25 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Nurul Syahida membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin. Beliau juga menetapkan kes itu disebut semula pada 24 Mei depan.


Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Zulaimi Zubir."

'via Blog this'

Libas anu penyamun

myMetro | Libas anu penyamun: "KUALA LUMPUR: Senjata makan tuan. Itu gambaran balasan segera diterima seorang lelaki apabila parang digunakannya ketika cuba menyamun dan merogol seorang wanita dirampas mangsa lalu dilibas mengenai kemaluan penjenayah terbabit.

Berikutan kejadian itu yang berlaku di kawasan rumah kedai di Jalan Pandan Indah, di sini, jam 4 petang kelmarin, suspek terbabit yang berusia 20-an mengalami kecederaan serius pada alat kelaminnya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 20 tahun dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.

Menurutnya, mangsa dihampiri suspek yang mengacukan parang ke lehernya sebelum mangsa diheret ke kawasan gelap berdekatan sebuah stor di tingkat dua bangunan rumah kedai itu."

'via Blog this'

Geram janda kahwin lain

myMetro | Geram janda kahwin lain:PETALING JAYA: Jika tidak kerana kereta penculik rosak di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, di sini, sepasang suami isteri warga Indonesia mungkin menemui ajal apabila diculik dua lelaki menyamar polis di rumah mereka di Sungai Chua, Kajang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, pasangan suami isteri warga Indonesia berusia 30-an itu ditemui anggota polis membuat rondaan dalam keadaan tangan diikat manakala tubuh mereka cedera dalam kereta yang ditinggalkan di depan sebuah kondominium di Kampung Sungai Kayu Ara.

Menurut sumber, sebelum itu dua lelaki datang ke rumah mangsa kira-kira jam 10.30 malam dan menyamar sebagai polis sebelum menggari suami isteri itu kerana mereka kononnya akan dibawa ke balai berikutan melakukan kesalahan.

“Mangsa tidak membantah dan mereka dibawa menaiki sebuah kereta. Bagaimanapun, pasangan itu tidak dibawa ke balai polis, tetapi dibawa ke arah Damansara.



“Sejurus tiba di satu kawasan berhampiran masjid Kampung Sungai Kayu Ara, dua suspek terbabit menyerahkan kedua-dua mangsa kepada tiga lelaki lain dan seorang daripada mereka bekas suami mangsa wanita.



“Pasangan suami isteri itu dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta lain dan gari pada tangan mereka dibuka sebelum diikat pula dengan tali. Selepas itu, mangsa wanita dibelasah manakala mangsa lelaki dicekik sehingga pengsan,” katanya.

Dua penjenayah mati ditembak

myMetro | Dua penjenayah mati ditembak:


MATI...suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis.
MATI...suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis.
TEMBAK...keadaan penjenayah yang berada di dalam kereta.
TEMBAK...keadaan penjenayah yang berada di dalam kereta.
AMPANG: Dua lelaki yang disyaki dalam perjalanan ke lokasi tertentu untuk melakukan jenayah ditembak mati sepasukan polis di Jalan Ampang di sini, lewat malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, dua penjenayah berusia 24 dan 26 tahun menaiki sebuah kereta itu dikatakan melepaskan tembakan ke arah anggota polis selepas mereka diekori pasukan peronda (MPV). 
Terdahulu, penjenayah rakyat tempatan yang menaiki kereta Honda Civic itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Desa sebelum pasukan polis bertindak mengarahkan kenderaan suspek berhenti di Jalan Ampang berdekatan Stesen LRT Ampang untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata sejurus diarah berhenti, seorang daripada suspek tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan ke arah MPV menyebabkan anggota polis terbabit terpaksa membalas tembakan.

“Dalam kejadian tembak menembak itu, kedua-dua suspek terkena tembakan dan mati di tempat duduk akibat masing-masing manakala anggota polis tidak mengalami kecederaan,” katanya.


Menurutnya, siasatan awal mendapati seorang daripada lelaki itu mempunyai rekod jenayah namun polis masih menyiasat lokasi kegiatan jenayah yang dituju mereka.

“Suspek warga tempatan itu mati di tempat kejadian dan pemeriksaan kami menemui senjata api yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah mereka,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian awal pagi tadi.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat) yang membawa hukuman mati.

Gadis mati tergantung

myMetro | Gadis mati tergantung:


IPOH: Tindakan seorang gadis mengurung diri di dalam biliknya sejurus pulang dari sekolah, berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati tergantung di rumah keluarganya di sini petang kelmarin.
Lebih memburukkan keadaan, ibu mangsa yang menyedari kejadian itu diserang histeria sebelum nekad cuba membunuh diri dengan mengelar tangan kirinya dengan pisau kerana terlalu sedih dengan kematian anak gadisnya.

Ibu mangsa yang mengalami pendarahan teruk di tangan kirinya terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan kini stabil.
Dalam kejadian jam 6 petang di Taman Pertama itu, remaja berkenaan dikenali sebagai P Piriyah, 14, maut selepas menggantung dirinya menggunakan sehelai selimut yang diikat pada kipas di biliknya.

Difahamkan, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ipoh di sini, itu tidak memaklumkan kepada ahli keluarga selepas pulang dari sekolah sebelum mengunci dirinya dalam bilik itu.

Seorang anggota keluarga mangsa dikenali sebagai Logan berkata, dia tidak menyangka Piriyah bertindak sedemikian memandangkan dia pintar di sekolah selain aktif dalam pelbagai kegiatan sukan dan persatuan. “Sepanjang pengetahuan saya, keluarga mangsa tidak pernah berdepan sebarang masalah dan perselisihan faham. Malah, Piriyah sangat rapat dengan abang dan kedua-dua ibu bapanya.
“Mangsa juga tidak pernah memaklumkan sebarang masalah kepada ahli keluarganya sebelum kejadian itu. Malah, mangsa juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian itu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HRPB di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika di hubungi semalam berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa tiada unsur jenayah dan tidak membabitkan masalah keluarga. Bagaimanapun, kami meneruskan siasatan berhubung kejadian,” katanya

Sangka tembak tupai

myMetro | Sangka tembak tupai:

ALOR SETAR: “Selepas terdengar bunyi beberapa das tembakan dari arah istana, saya nampak sebuah kereta dipandu laju keluar dari pintu pagar istana,” kata seorang wanita yang juga saksi kejadian seorang anggota polis ditembak mati di pondok pengawal Istana Anak Bukit, dekat sini, semalam.

Warga emas berusia 70-an berkenaan yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian jam 5.45 petang itu, dia duduk di luar rumahnya yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.


“Saya nampak kereta yang dipandu laju itu menuju ke arah Kepala Batas, namun tidak pasti sama ada ia ada membawa penumpang atau tidak kerana terkejut mendengar bunyi tembakan sebelum itu.

“Pada mulanya saya menyangka bunyi tembakan itu datang daripada aktiviti menembak tupai kerana sebelum ini ada oang menembak tupai di sini, tidak sangka pula berlaku kejadian lain,” katanya.


Seorang lagi saksi, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia tidak menyangka bunyi beberapa das tembakan yang didengarnya adalah kejadian jenayah hingga menyebabkan kematian.


Menurutnya, sejurus mendengar tembakan itu, dia hanya melihat burung berterbangan dan keadaan itu menguatkan lagi naluri hatinya bahawa ia mungkin hanya aktiviti menembak tupai.


“Setengah jam kemudian, saya lihat beberapa kereta peronda polis berada di hadapan pintu Istana Anak Bukit sebelum orang ramai mengerumuni bahagian depan istana berkenaan,” katanya.

Sembunyi tiga jam

myMetro | Sembunyi tiga jam: "ALOR SETAR: Seorang anggota polis yang melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata M16 hingga menyebabkan kematian rakan setugasnya di balai pengawal Istana Anak Bukit, di sini, hanya sempat melarikan diri kira-kira tiga jam sebelum dicekup di rumahnya di Simpang Empat, Perlis, semalam.

Suspek berusia 25 tahun dan berpangkat Lans Koperal itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, kira-kira jam 9 malam.
Dalam kejadian jam 5.45 petang semalam, mangsa, Konstabel Mohamad Sobri Md Sidik, 22, berasal dari Melaka, mati di tepi pintu pagar Istana Anak Bukit akibat cedera parah di kepala dan badan selepas ditembak dipercayai akibat perselisihan faham.

Difahamkan, mangsa dan suspek bertugas bersama di balai pengawal istana berkenaan dan jadual tugas mereka bermula jam 3 petang hingga 7 malam.


Suspek dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah rakannya hingga mati sebelum melarikan diri dengan menaiki keretanya dan meninggalkan mangsa yang terbaring di tepi pagar di pintu masuk utama ke istana berkenaan."

'via Blog this'

Murid trauma didenda makan cili

myMetro | Murid trauma didenda makan cili:


TAIPING: “Saya kesal dengan tindakan guru berkenaan yang mendenda anak murid mereka dengan memakan cili,” keluh Siti Erna Izura Abd Jamil, 32, ibu kepada Ainul Aiman Hafiz Ainul Azizul Rahman, 10, murid sekolah agama di sini yang dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Taiping akibat Acute Gastritis (gastrik) serta trauma terhadap makanan bercili.
Difahamkan, kanak-kanak berkenaan didenda gurunya selepas mengoyakkan buku sebagai tanda membantah kerana dihalang menghubungi ibunya.

Lebih teruk, kanak-kanak itu mendakwa dia didenda makan cili padi oleh gurunya itu tanpa diberikan setitik air.
Siti Erna ketika dihubungi di sini semalam berkata, guru atau pihak sekolah berkenaan seharusnya mempertimbangkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada murid yang menuntut di sekolah berkenaan. Beliau berkata, lebih dikesalkan apabila pihak sekolah langsung tidak memaklumkan mengenai keadaan anaknya yang mengalami asma selepas memakan cili itu.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan anak lelaki saya yang terlantar dua hari tanpa rawatan dan dibiarkan terbaring di katil asrama sambil menahan sakit. “Mujur saya dimaklumkan salah seorang bapa murid sekolah berkenaan yang kebetulan melihat Ainul Aiman terbaring sambil menekan perut ketika mengambil anaknya di asrama itu,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu, anaknya enggan kembali ke sekolah berkenaan kerana masih trauma dan bimbang perkara itu berulang.
“Hukuman demikian tidak sesuai bagi kanak-kanak.Guru berkenaan yang datang melawat ke hospital juga mengaku memberikan cili padi kepada anak saya dan memaklumkan ia hukuman biasa di sekolah itu,” katanya.

‘Anak saya tidak terbabit dadah’

myMetro | ‘Anak saya tidak terbabit dadah’:



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, polis masih menunggu laporan bedah siasat sama ada mangsa dibakar hidup-hidup atau dibunuh sebelum dibakar dan sehingga kini, tujuh suspek ditahan termasuk seorang wanita.


“Polis masih dalam proses menahan suspek lain bagi membantu siasatan,” katanya.


Che Esah berkata, walaupun sedih mayat anaknya ditemui sedemikian rupa, dia bersyukur anaknya ditemui selepas berdoa sejak kehilangan Nor Ain.

Tiga beradik mangsa dera

myMetro | Tiga beradik mangsa dera: "NUSAJAYA: Sepasang suami isteri yang juga guru muzik tinggal di Gelang Patah di sini, sanggup memukul tiga anak mereka dengan kayu hoki selain membotakkan kepala dua anak perempuan kononnya akibat kenakalan tiga beradik berkenaan, sejak hampir dua tahun lalu.

Akibatnya, tiga beradik berusia 8, 10 dan 15 tahun itu bukan setakat cedera di beberapa bahagian badan, malah trauma dengan hukuman dikenakan bapa serta ibu berasal dari Singapura itu.
Difahamkan, ketiga-tiga beradik itu menjadi mangsa bapa kandung berusia 40 tahun dan ibu tiri, 39, sejak hampir dua tahun iaitu selepas lelaki terbabit bercerai dengan isterinya.

Malah, dalam tempoh itu, tiga beradik itu mendakwa mereka tidak dibenarkan bertemu ibu kandung yang tinggal di daerah lain dalam negeri ini.


Perbuatan pasangan suami isteri terbabit terbongkar apabila anak sulung keluarga itu menceritakan kejadian menimpa mereka tiga beradik kepada guru sekolahnya yang kemudian membuat laporan polis."

'via Blog this'

Muka berdarah mesin pemotong kayu meletup

myMetro | Muka berdarah mesin pemotong kayu meletup:


SUNGAI PETANI: Seorang pekerja kilang warga Myanmar nyaris maut apabila sebuah mesin pemotong kayu yang dikendalikannya meletup menyebabkan serpihannya terkena muka mangsa dalam kejadian di sebuah kilang kayu di Jalan Kuala Ketil, di sini, malam kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika mangsa berusia 30-an bersama seorang lagi rakannya mengendali mesin pemotong kayu sebelum tiba-tiba ia meletup.

Sumber berkata, ketika kejadian hanya mangsa dan rakannya saja yang bekerja di dalam kilang berkenaan dan letupan berlaku dipercayai berpunca daripada gas dalam mesin itu tidak dilepas sepenuhnya oleh kedua-dua pekerja terbabit menyebabkan ia semakin panas lalu meletup.
Katanya, akibat letupan itu mangsa dipercayai melambung dan terjatuh serta mengalami kecederaan pada muka kerana terkena serpihan objek yang berterbangan, bagaimanapun rakan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan kerana berada agak jauh.

“Mangsa diberi rawatan oleh kakitangan ambulans yang tiba sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut. Letupan itu juga tidak menyebabkan berlaku kebakaran di kilang berkenaan,” katanya.

Lemas pertama kali ke sungai

myMetro | Lemas pertama kali ke sungai:



         
SAMARAHAN: “Dia tidak pernah ke sungai sebelum ini dan petang semalam (kelmarin) kali pertama dia mengikut rakannya mandi,” kata Yuk Sulaiman, 30, ibu kepada Muhammad Khairul Azhar, 10, yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Sabang di sini, kelmarin.

Menurutnya, sebab itulah dia terkejut apabila diberitahu anaknya hilang ketika mandi bersama lapan rakan di sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka di Kampung Melayu, Kota Samarahan.


Katanya, seminggu sebelum kejadian, anak lelaki tunggalnya itu menunjukkan kelakuan pelik apabila selera makannya dilihat bertambah, tidak banyak bercakap dan hanya tersenyum apabila ditanyakan sesuatu.

“Sebelum kejadian, dia juga ada minta wang untuk ke kedai dan pulang semula ke rumah, tetapi kira-kira jam 3.30 petang, dia keluar dan terus tidak pulang sehingga seorang daripada rakannya memberitahu yang dia lemas di sungai.


“Rakannya yang datang ke rumah dengan membawa pakaian dipakai anak berkata Khairul dilihat terkapai-kapai meminta pertolongan sebelum tenggelam, tetapi mereka tidak dapat membantu kerana masing-masing tidak pandai berenang,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.


Yuk berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian sebaik diberitahu kejadian itu, tetapi anaknya sudah tiada dan air pasang menyukarkan pencarian.

“Saya menghubungi suami yang bekerja di Sejingkat mengenai kejadian itu dan meminta jasa baik orang kampung untuk mencari Khairul,” katanya.


Namun, hingga petang semalam, usaha mencari mangsa dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) masih gagal menemuinya.


Sementara itu, jurucakap JPAM berkata, keadaan cuaca petang kelmarin yang tidak mengizinkan menyebabkan mereka terpaksa menyambung operasi mencari dan menyelamat, semalam.


Katanya, seramai 10 anggota terbabit dalam operasi bermula jam 8 pagi hingga 5 petang dan disambung hingga jam 9 malam tadi.


“Kami memberi tumpuan di lokasi lemas dan kawasan berhampiran kerana percaya mangsa masih berada sekitar kawasan itu, tetapi anggota JPAM turut melakukan rondaan menyusuri Sungai Sabang bagi mengesan mangsa. Operasi akan diteruskan dengan bantuan orang kampung hingga mangsa ditemui,” katanya.

Helah tumpang tidur

myMetro | Helah tumpang tidur:


         
ALOR GAJAH: Niat murni seorang warga emas membantu warga asing menumpang tidur di rumahnya dibalas tuba apabila lelaki itu lesap bersama wang tunai mangsa berjumlah RM8,000 dalam kejadian di Kuala Sungai Baru, di sini.

Mangsa, Abd Rashid Jamal, 67, berkata, dia mengenali lelaki berusia 50-an itu pada Februari lalu melalui seorang rakannya.
“Saya mengenali lelaki itu yang mendakwa dirinya bomoh ketika menghadiri satu majlis kenduri di sebuah kampung. Dia meminta kebenaran menumpang tidur di rumah saya satu atau dua malam dan saya membenarkannya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sepanjang lelaki itu menginap di rumahnya, dia berasa pelik dengan kelakuan tetamunya itu.



“Pada malam pertama, saya terhidu bau kemenyan, namun tidak mengesyaki sesuatu. Seminggu selepas itu, saya terhidu lagi bau kemenyan dan mengintip perlakuannya.



“Saya melihat dia menjampi sesuatu dengan hanya berkain pelikat dan badannya dipenuhi tatu. Malah, dia turut menghiris jari manisnya hingga luka dan darah dititiskan di atas bara itu,” katanya.

Suara bayi lapar

myMetro | Suara bayi lapar:


BALIK PULAU: Suara tangisan bayi di lorong belakang sebuah rumah membawa kepada penemuan seorang bayi lelaki di Taman Permatang Indah, Batu Maung, tengah malam kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku jam 12.30 tengah malam apabila seorang lelaki berusia 30-an bersama isterinya terdengar suara bayi menangis dipercayai akibat kelaparan selepas ditinggalkan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Md Zain berkata, apabila penghuni rumah berkenaan membuat pemeriksaan di kawasan lorong belakang kediaman itu, mereka menemui bayi terbabit.
Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila melihat seorang bayi seberat 2.3 kilogram yang masih bernyawa dalam keadaan berselimut dengan kain batik dan masih bertali pusat.

Katanya, lelaki terbabit membawa bayi berkenaan ke Unit Bersalin Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelak bayi berkenaan menghadapi masalah kesihatan selepas ditinggalkan di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan hospital terhadap bayi berkenaan mendapatinya sihat, tetapi kini dirawat di wad dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan selain mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan mengenai penemuan itu.

Ibu ‘ghaib’ lepas bersalin

myMetro | Ibu ‘ghaib’ lepas bersalin: "KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari ibu bapa kandung atau waris seorang bayi yang ditinggalkan di Hospital Ampang sebaik dilahirkan tahun lalu.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, Noor Adelin Nordin berkata, bayi berkenaan, Ahmad yang lahir pada 28 Januari tahun lalu dilahirkan wanita berusia 20-an.


Katanya, pihaknya mencari ibu bayi berkenaan, Nur Husna Mohamed Haris yang menghilangkan diri sebaik melahirkan bayi itu. “Orang ramai yang mengenali ahli keluarga bayi itu boleh menghubungi talian 03-87378007,” katanya."

'via Blog this'

| ‘Peragut tendang saya’

myMetro | ‘Peragut tendang saya’:

PUTRAJAYA: “Saya ditumbuk di muka dan ditendang dari belakang,” kata penjawat awam, Sakinah Abdul Aziz, 32, yang menjadi mangsa ragut seorang penjenayah di kawasan parkir kereta bawah tanah Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini.
Dalam kejadian pada jam 3 petang Selasa lalu itu, mangsa yang mengerang kesakitan dan terpinga-pinga selepas ditumbuk cuba bertahan serta nekad melawan mempertahankan dirinya.

Namun, katanya, penjenayah terbabit lebih cepat bertindak, malah selepas mencederakannya lelaki terbabit menyentap gelang emas dipakainya sebelum melarikan diri. “Sebelum kejadian itu saya sudah menghidupkan enjin kereta di parkir berkenaan untuk ke Klinik Kesihatan Presint 9, di sini, bagi menetapkan tarikh temu janji untuk melakukan fisioterapi. Kemudian, teringat mengenai buku temu janji, tetapi saya dapati ia tiada dalam kereta.
“Saya matikan semula enjin kerana mahu ke pejabat untuk mendapatkan buku berkenaan. Saya tinggalkan beg dalam kereta dan hanya bawa kunci serta telefon bimbit.

“Ketika menaiki tangga menuju ke laluan pintu keluar dari kawasan parkir, tiba-tiba tudung saya ditarik dari belakang. Saya ingat orang nak rogol sebab selepas tarik tudung dia raba leher. Saya tepis, tetapi muka pula ditumbuknya,” katanya ketika menceritakan kejadian itu di sini, semalam.

Ibu empat cahaya mata itu berkata, akibat kejadian berkenaan dia kerugian kira-kira RM4,000, selain cedera dan lebam di beberapa bahagian badan termasuk melecet di tangan kanan, gusi pecah, muka bengkak, gigi goyang dan lututnya bengkak.
Sementara itu, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini tiada tangkapan dibuat,” katanya.

Penunggang motor ditembak mati lepas nahas

myMetro | Penunggang motor ditembak mati lepas nahas: "MANILA: Seorang lelaki yang menunggang motosikal terbunuh dan rakan yang memboncengnya cedera selepas ditembak, dipercayai oleh seorang penunggang lain yang melanggar mereka di Lebuh raya McArther di bandar raya Valenzuela tengah malam semalam.

Polis percaya tembakan itu dibuat ekoran mangsa melaporkan kemalangan kepada polis sejurus selepas kejadian itu. Ronald Marinas, 26, mati di tempat kejadian, manakala Albert Marquez, 26, cedera di bahu. Ketua Operasi Jenayah di Balai Polis Daerah Utara, Inspektor Maria Leonora Soriano, berkata, insiden tembakan itu berlaku kira-kira jam 12.50 pagi.


Mangsa menunggang di Jalan Dama de Noche, Marulas ketika dilanggar seorang penunggang yang kemudian dikenal pasti sebagai Daniel Lusung. Mangsa melaporkan kejadian nahas di balai polis Valenzuela.

Polis kemudian menemui motosikal dengan nombor pendaftaran atas nama abang Daniel iaitu Danilo. Tidak dapat dipastikan sama ada Daniel atau abangnya yang menembak kedua-dua mangsa.


Polis masih melakukan operasi untuk memburu dua beradik berkenaan. - Manila Times"

'via Blog this'

Guru, penghibur paling ramai kerja secara haram di China

myMetro | Guru, penghibur paling ramai kerja secara haram di China: "BEIJING: Kebanyakan imigran haram di China bekerja sebagai guru bahasa asing, penghibur atau pembantu rumah, menurut maklumat dikeluarkan Kementerian Keselamatan Awam China, lapor akhbar People's Daily, semalam.

Bilangan pekerja asing di China meningkat sebanyak 10 peratus setiap tahun sejak 2000, kata Naib Menteri kementerian itu, Yang Huanning dalam satu laporan kepada jawatankuasa tetap Kongres Rakyat Kebangsaan.


Kira-kira 37 peratus pekerja asing di China bekerja di syarikat bersama, institusi pendidikan atau wakil cawangan syarikat multinasional di China. Seramai 4,752 pekerja asing memegang permit pemastautin tetap, kata kenyataan laporan itu.

Laporan itu juga menyebut kebanyakan imigran haram memasuki China sebagai pelancong atau pelajar. - AP"

'via Blog this'

Pelajar bersalin dalam tandas sekolah

myMetro | Pelajar bersalin dalam tandas sekolah: "TAIPEI: Seorang pelajar Taiwan yang berusia 14 tahun bersalin dalam tandas sekolah selepas gurunya gagal menyedari pelajar itu hamil, kata polis, semalam.

Pelajar itu yang mengadu sakit perut ketika di dalam kelas kelmarin pergi ke bilik sakit sekolah dan diarahkan jururawat di situ supaya pergi ke tandas, di mana kemudian dia melahirkan anak.


Pihak pentadbiran sekolah berkata, mereka tidak menyedari pelajar itu hamil kerana berat badannya berlebihan. Tidak dapat dipastikan sama ada pelajar terbabit menyedari keadaan dirinya yang hamil. - AP"

'via Blog this'

Kastam AS rampas kokain bernilai RM1.1b

myMetro | Kastam AS rampas kokain bernilai RM1.1b: "MIAMI: Kastam Amerika Syarikat semalam mengumumkan penahanan dua bot laju berkuasa tinggi di perairan Carribean yang dimuatkan lebih 2,200 kilogram kokain bernilai lebih AS$362 juta (RM1.1 bilion).

Pesawat peninjau P-3 yang berpangkalan di Florida mengesan kehadiran dua bot itu pada 20 April lalu kira-kira 190 kilometer di perairan pantai timur Panama dan memberitahu pihak berkuasa tempatan yang kemudian mengejarnya.


“Sebuah bot membuang barang terlarang itu sebelum tiba di pantai, manakala bot kedua ditahan dekat pantai,” kata pegawai peronda pantai.

Menurutnya, pesawat peninjau yang berpangkalan di Florida itu yang pada asalnya direka untuk memburu kapal selam telah membantu merampas kokain bernilai kira-kira AS2.8 bilion (RM8.57 bilion) sejak Oktober tahun lalu. - AFP"

'via Blog this'

3 mayat bayi dalam alat pendingin

myMetro | 3 mayat bayi dalam alat pendingin:

BERLIN: Pendakwa raya Jerman semalam berkata, mereka membuka kertas siasatan ekoran penemuan mengerikan tiga mayat bayi di sebuah blok apartmen dan garaj yang disewakan kepada seorang wanita berusia 40 tahun.
Pendakwa raya dan polis di bandar Giessen, di barat Jerman berkata, dua daripada mayat bayi itu ditemui Selasa lalu dalam alat pendingin di tingkat bawah blok apartmen ketika membersihkan flet yang disewakan kepada wanita itu. Mayat bayi ketiga ditemui kelmarin dalam satu lagi alat pendingin di garaj yang digunakan wanita terbabit.

“Pihak berkuasa berharap dapat menjelaskan punca kematian bayi malang berkenaan melalui bedah siasat,” kata polis dan pendakwa raya dalam kenyataan bersama. “Hanya dengan cara itu saja maklumat mengenai jantina, usia, waktu kematian dan punca kematian dapat diketahui,” kata kenyataan itu.
Jurucakap pejabat pendakwa raya tempatan memberitahu media, sehingga malam kelamrin, tiada waran tangkap dikeluarkan terhadap wanita berkenaan.

Jerman telah menyaksikan beberapa kes sama sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan yang paling mendapat perhatian adalah kes wanita di sempadan Poland yang dijel 15 tahun pada 2006 kerana membunuh lapan daripada bayi yang baru dilahirkannya dan menyembunyikan mayat bayi berkenaan dalam pasu bunga dan tangki ikan. - AFP

Parlimen izin persetubuhan dengan mayat isteri

myMetro | Parlimen izin persetubuhan dengan mayat isteri:


KAHERAH: Seseorang suami akan dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan mayat isteri mereka - sehingga enam jam selepas kematian wanita berkenaan.
Undang-undang kontroversi itu adalah sebahagian daripada langkah baru diambil Parlimen Mesir.

Parlimen turut mencadangkan usia minimum untuk seseorang perempuan bernikah diturunkan kepada 14 tahun, selain mengekang hak wanita mendapat pendidikan serta pekerjaan.
Perubahan itu dibantah Majlis Wanita Kebangsaan (NCW) Mesir dan mereka giat menjalankan kempen bagi mengelak ia diluluskan.

Ketua NCW, Dr Mervat al-Talawi, berkata undang-undang itu merendahkan status wanita dan menjejaskan pembangunan negara. Dr Mervat turut menulis kepada Speaker Parlimen, Dr Saad al-Katatni, bagi menyatakan kebimbangannya. Wartawan akhbar al-Ahram, Amro Abdul Samea, melaporkan usul itu dibentangkan hasil “tafsiran terhadap hukum Islam.” Isu hubungan seks dengan mayat isteri timbul pada Mei tahun lalu apabila seorang ulama Maghribi, Zamzami Abdul Bari, berkata status perkahwinan seseorang kekal walaupun seorang daripada mereka meninggal dunia.

Zamzani berkata, seorang wanita juga berhak mengadakan hubungan seks dengan suaminya walaupun lelaki terbabit meninggal dunia.
Pandangan itu dilaporkan laman sesawang alarabiya.net baru-baru ini.

Usul di Parlimen Mesir itu dibentangkan melalui draf undang-undang digelar “Asmara Selamat Jalan.” Sementara itu, seorang personaliti televisyen Arab, Jaber al-Qarmouty, mengecam cadangan berkenaan.

“Ia tidak boleh diterima.

“Adakah ajaran Islam boleh menerima pandangan itu?” katanya. - DM

Kanak-kanak bawa tiga bungkusan ganja ke tadika

myMetro | Kanak-kanak bawa tiga bungkusan ganja ke tadika:


LONDON: Sekumpulan guru tadika terkejut apabila mendapati sebungkus ganja tiba-tiba terjatuh dari poket seorang budak lelaki ketika dia bermain-main, semalam.
Budak itu - identitinya dirahsiakan atas faktor perundangan - kemudian tidak ragu-ragu lagi turut menunjukkan kepada gurunya dua bungkusan lain yang berisi dadah sama tersimpan dalam poketnya. Apabila ditanya, budak itu berkata, ia adalah bahan untuk membuat rokok bapanya.

Dianggarkan dadah itu bernilai RM100 jika dibeli daripada pengedar.
Guru tadika terbabit kemudian menghubungi polis Salford bagi memaklumkan kejadian berkenaan. Hasil maklumat diberikan, polis menahan bapa tiri budak terbabit dan didakwa di Mahkamah Majistret Manchester.

Lelaki itu mengaku salah atas tuduhan memiliki dadah dan hukuman ke atasnya akan ditetapkan pada 21 Mei ini.

Sementara itu, peguam bela, Abigail Henry, berkata tertuduh menyesal dengan perbuatannya.
“Tertuduh sedar kesan buruk yang boleh menimpa anak tirinya jika dadah berkenaan ditelan atau diberi kepada kanak-kanak lain,” katanya.

Jurucakap polis pula berkata, tertuduh mengaku budak terbabit dan ibunya bermalam di rumahnya kelmarin. Katanya, tertuduh mengaku menghisap ganja dan membiarkan bungkusan dadah itu di sebelah katilnya sebelum keluar bekerja.

“Lelaki itu mendakwa anak tirinya mungkin menemui bungkusan berkenaan dan membawanya ke sekolah tanpa mengetahui apa sebenarnya bahan itu,” katanya. - TS

Polis tembak mati dua penjenayah di Ampang

Berita Harian Online | Polis tembak mati dua penjenayah di Ampang: "KUALA LUMPUR: Dua lelaki mati ditembak setelah berbalas tembakan dengan polis di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dekat sini malam ini.

Menurut sumber, dua suspek warga tempatan itu, yang berumur dalam lingkungan 20-an, dikehendaki polis kerana pelbagai kesalahan jenayah.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, suspek yang memandu kereta Honda Civic putih dikatakan bertembung dengan polis lalu melepaskan tembakan ke arah polis sebelum polis bertindak balas.
Polis masih sedang menyiasat identiti kedua-dua suspek itu, katanya. - BERNAMA "

'via Blog this'

SYABAS rugi RM2.1 juta pemaju curi air

Berita Harian Online | SYABAS rugi RM2.1 juta pemaju curi air:
Syarikat kesan sambungan paip haram di Alam Perdana 

KUALA SELANGOR: Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mengesan kegiatan mencuri air membabitkan kerugian RM2.1 juta oleh sebuah pemaju perumahan di Alam Perdana, Puncak Alam di sini.
Sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguat kuasa SYABAS yang melakukan serbuan kira-kira jam 2 petang di kawasan itu mendapati sambungan paip air dilakukan secara haram, dipercayai untuk mencuri kira-kira dua juta liter air sehari.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS, Abdul Halem Mat Som, berkata SYABAS mengesan kehilangan air tidak berhasil (NRW) yang tinggi berbanding waktu biasa di kawasan Alam Perdana pada Februari dan Mac lalu. 
“Kami juga menerima aduan penduduk di sekitar kawasan berkenaan mengenai masalah tekanan air yang sering turun secara mendadak. 

“Berikutan itu, satu tindakan susulan dijalankan untuk mencari punca utama peningkatan NRW ini. 

“Hasil siasatan lanjut SYABAS mendapati wujud satu sambungan bekalan air tanpa melalui meter menggunakan collar bersaiz 750 milimeter (mm) dan ia dikawal dengan injap sluice valve," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyertai operasi itu di sini, semalam. 
Abdul Halem berkata, hasil semakan mendapati lokasi terbabit adalah kawasan pembangunan Fasa 1, Alam Perdana, iaitu kawasan perumahan baru yang terdiri daripada 1,116 unit rumah teres satu dan dua tingkat. 

“SYABAS juga mendapati kawasan pembangunan ini turut dipasang kepala pili bagi mendapatkan bekalan air untuk menjalankan kerja pembinaan seperti membancuh simen dan kerja pembersihan. 

“Kita memandang serius kes kecurian air dan akan menjalankan pemantauan berterusan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya. 

Beliau berkata, pemaju perumahan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya. 

Sebarang pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 24 jam di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPELaduan/pertanyaan dan hantar ke 39222. Pengguna boleh membuat aduan di laman Facebook atau twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

Berita Harian Online | Pemandu teksi minta tambang lebih didenda

Berita Harian Online | Pemandu teksi minta tambang lebih didenda:

ELANGGO di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam.
ELANGGO di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam.
Dua mengaku tak ikut kadar meter 

KUALA LUMPUR: Dua pemandu teksi masing-masing didenda RM1,000 dan RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku salah meminta tambang melebihi kadar yang dipaparkan pada meter teksi, dua bulan lalu.
Majistret Nurdiana Mohd Nazari menjatuhkan hukuman denda RM1,000 terhadap J Elanggo, 30, individu pertama yang disaman mengikut Seksyen 75(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan turut memerintahkannya menjalani hukuman penjara selama satu bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Tertuduh membayar denda yang dikenakan terhadapnya. 

Elanggo, pemandu teksi Perkhidmatan Awam Teksi Eksekutif HWD 7036 berlesen di bawah Koperasi Integriti Keusahawanan Pengangkutan Kuala Lumpur didakwa menuntut tambang sebanyak RM459.20 daripada dua penumpang warga Britain, melebihi kadar yang dipaparkan pada meter teksi iaitu RM8. 

Tambang yang dikenakan itu melebihi RM451.20 untuk jarak perjalanan dari Jalan Imbi ke Hotel Regency Dorsett, Jalan Raja Chulan di sini, jam 1.59 petang, 8 Februari 2012. 

Bapa dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 75(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 
Terdahulu, Elanggo yang diwakili peguam bela, N Satgurunathan memohon hukuman terhadap anak guamnya diringankan dengan alasan dia adalah penanggung tunggal keluarga serta perlu membayar sewa teksi sebanyak RM2,250 sebulan. 

Mengikut fakta kes dikemukakan pegawai pendakwa, Cif Inspektor Nom Phot Prak Dit, pengadu yang juga warga Britain, Evelyn Irene dan suaminya Rex Alan mendapati Elanggo menutup skrin meter yang menunjukkan RM8 sebaik tiba di persimpangan Chulan Square dan seterusnya meminta bayaran sebanyak RM459.20 secara paksaan. 

Di mahkamah sama, seorang lagi pemandu teksi, Ahmad Osman, 54, didenda RM400 atau penjara empat hari atas tuduhan sama kerana menuntut tambang sebanyak RM8, sedangkan bayaran seperti di paparan meter menunjukkan RM4.80 saja. 

Tertuduh membayar denda berkenaan. 

Ahmad didakwa melakukan kesalahan itu bagi jarak perjalanan dari stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sentul Timur ke Taman Datuk Senu di sini, jam 6.37 petang, 30 November 2011. 

Fakta kes memberitahu tangkapan ke atas Ahmad dibuat selepas empat pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melakukan penyamaran sebagai penumpang teksi.

Polis mati depan Istana Anak Bukit

Kosmo! Online - Negara:



ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat Konstabel yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini semalam ditemui mati dipercayai ditembak rakan setugas di depan pintu gerbang istana itu menggunakan senjata automatik.
Dalam kejadian pukul 5.45 petang, mangsa Mohd. Sobri Mohd. Sidek, 22, terbunuh selepas terkena kira-kira empat das tembakan di anggota badan dan kepala.
Sobri yang menyertai polis pada tahun lalu berasal dari Melaka dan belum berkahwin.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sebelum kejadian, mangsa dan suspek yang berpangkat Lans Koperal sama-sama bertugas mengawal pintu itu bermula pukul 3 petang dan dijadual berakhir pada pukul 7 petang.
“Pada pukul 5.45 petang, penyelia kedua-dua anggota polis itu terdengar bunyi seakan-akan mercun.
“Apabila penyelia itu keluar memeriksa di pintu pagar gerbang istana, penyelia itu menemui mangsa terbaring berlumuran darah di seluruh badan dengan beberapa kelongsong peluru bertaburan di kawasan itu,” kata beliau ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

3 beradik didera guna kayu hoki

Kosmo! Online - Negara:




NOOR HASHIM menunjukkan kayu hoki yang dirampas di rumah pasangan suami isteri yang ditahan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, Johor Bharu semalam.


JOHOR BAHRU – Polis menahan sepasang suami isteri rakyat Singapura dua hari lepas kerana dipercayai mendera tiga anak mereka di Kampung Melayu, Gelang Patah dekat sini.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, bapa kandung dan ibu tiri yang berumur 40 dan 39 tahun itu ditahan pukul 2 petang di rumah mereka di kampung tersebut selepas polis menerima laporan mengenai jenayah berkenaan pada pukul 11 pagi pada hari yang sama.
“Laporan polis dibuat oleh mangsa, seorang pelajar perempuan berumur 14 tahun dengan ditemani guru sekolahnya. Turut dipercayai menjadi mangsa dera itu adalah seorang adik perempuannya yang berumur 12 tahun dan adik lelaki berumur lapan tahun,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya di sini semalam.
Menurut beliau, mengikut keterangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah itu, ketiga-tiga beradik itu menetap di rumah berkenaan bersama ayah kandung dan ibu tiri yang kedua-duanya merupakan guru muzik sejak tahun 2007.

Rogol: Pemuda dijel 25 tahun

Kosmo! Online - Negara:



KHAIRUL IVAN ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya, Ampang atas tuduhan merogol seorang gadis pada Mei 2011.


AMPANG JAYA – Seorang pemuda terpaksa merengkok di dalam penjara sehingga 25 tahun dan dihukum tujuh kali sebatan selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam menyabitkan bekas jurujual itu bersalah merogol seorang pelajar berusia 15 tahun di dalam kenderaan Toyota Alphard pada tahun lalu.
Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan hukuman itu terhadap Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 23, selepas berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.
“Kesalahan dilakukan adalah kejam, kamu tunggu, tangkap dan rogol. Gadis-gadis muda perlu dilindungi daripada kamu. Oleh itu kamu perlu diasingkan daripada masyarakat untuk satu tempoh yang lama sebagai pengajaran,” katanya.
Malang berganda apabila mahkamah turut menolak permohonan peguam Rosnan Hassan yang mewakili Khairul Ivan supaya hukuman penjara ditangguhkan sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.
Sejurus selesai prosiding, ibu tertuduh menitiskan air mata sambil memeluk anaknya yang tidak menunjukkan reaksi sebaliknya hanya berdiam diri di dalam kandang pesalah dengan mulut berkumat-kamit membaca sesuatu.

Tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km

Kosmo! Online - Negara:



Sekitar Jalan Imbi di Kuala Lumpur. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Dua pemandu teksi didenda antara RM400 hingga RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menuntut bayaran tambang melebihi kadar yang ditetapkan semalam.
J. Elanggo, 30, pemandu teksi eksekutif, didenda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana menuntut kadar tambang melebihi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM459.20 daripada dua pelancong Britain berbanding kadar yang ditunjukkan di meter teksi sebanyak RM8 iaitu lebihan RM451.20.
Elanggo didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Imbi berhadapan Hotel Dorsett Regency di sini pada 1.59 petang, 8 Februari lepas setelah membawa pelancong berkenaan dari KLCC.

Polis suraikan bantahan petani, 20 orang ditahan



HANOI 26 April - Polis terpaksa melepaskan dua bom pemedih mata bagi menyuraikan satu bantahan yang diadakan oleh sekumpulan petani dan menyebabkan 20 orang ditahan.
Dalam kejadian tersebut, kira-kira 700 petani yang berkumpul bertindak menyerang pasukan polis dan pihak keselamatan selepas berang terhadap tindakan penguasa yang merampas tanah untuk digunakan sebagai bandar satelit di wilayah Hung Yen di pinggir ibu kota Hanoi.
“Ketika menyuraikan bantahan tersebut, 20 ditahan kerana menghalang penjawat awam untuk melaksanakan tugas dan kini berada di bawah siasatan,’’ lapor media tempatan. - AGENSI

Tentera Filipina-AS 'tawan' pulau



ULUGAN BAY Filipina 25 April - Hampir 7,000 tentera Filipina dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan 'serangan' untuk menawan sebuah pulau kecil berdekatan kawasan pertikaian di Laut China Selatan, hari ini, dalam satu latihan ketenteraan yang dijangka meningkatkan lagi ketegangan dengan China.
Minggu lalu, tentera China memberi amaran terhadap latihan bersama AS-Filipina yang mungkin boleh menyebabkan berlakunya konfrontasi bersenjata berhubung wilayah pertikaian di laut terbabit.
Latihan perang tahunan itu diadakan selama dua minggu di pulau Palawan, barat negara ini ketika konfrontasi berlaku antara China dan Filipina di Scarborough Shoal, baru-baru ini.
Komander tentera Filipina, Leftenan Jeneral Juancho Sabban berkata, China telah dimaklumkan mengenai latihan itu.
Katanya, latihan yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama dan meningkatkan kemahiran tentera Filipina.
"China tidak perlu bimbang tentang latihan ini," katanya.
Empat hari lalu, anggota komando diturunkan dari helikopter AS dan mendarat menggunakan bot getah dalam serangan olok-olok untuk menawan semula pelantar minyak di utara pulau Palawan, 18 kilometer ke pekan El Nido dekat Laut China Selatan.
Latihan tersebut diadakan mengikut Perjanjian Pertahanan Bersama (MDT) 1951, satu daripada jaringan keselamatan sekutu AS yang dibangunkan di Asia dan rantau Pasifik semasa Perang Dingin.
Ia juga merupakan pelan bersama oleh dua sekutu terbabit untuk menangkis sebarang pencerobohan di Filipina.
Beratus-ratus kilometer di utara, sebuah kapal pengawal pantai Filipina berkawal berdekatan kawasan pertikaian Scarborough Shoal yang terletak 181 kilometer di barat pulau Luzon, Filipina.
Dua kapal peninjau maritim China turut ditempatkan beberapa kilometer dari kapal Filipina dan lima kapal nelayan China di kawasan berhampiran. - REUTERS