Search This Blog

Sunday, April 22, 2012

36 pelajar kolej cemas

myMetro36 pelajar kolej cemas: "BEHRANG: Seramai 36 pelajar kolej dan seorang pemandu berdepan saat mencemaskan apabila bas dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki longkang di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), di sini, petang kelmarin.

Bagaimanapun, semua pelajar perempuan Clara International Eesthetic College (CIEC) serta pemandu bas, Azlan Mat Saad, 42, terselamat dan dirawat sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Tanjung Malim.


Dalam kejadian jam 4.27 petang di Kilometer 396.2 bas dipandu Azlan yang dalam perjalanan dari Lost World of Tambun, Ipoh ke Kuala Lumpur tiba-tiba hilang kawalan melanggar tiang jejambat, sebelum bas memasuki longkang serta merempuh bukit kecil di tepi lebuh raya.

Mangsa, Fara Nabila Zulfikar, 23, ketika ditemui berkata, ketika kejadian dia tidur sebelum dikejutkan dengan keadaan bas seperti mahu terbalik sebelum ia terbabas ke dalam longkang."

'via Blog this'

Bakar enjin

myMetroBakar enjin:

KANGAR: Nekad menghapuskan bahan bukti, dua penyeludup membocorkan bot dan membakar enjin sebelum terjun ke laut untuk menyelamatkan diri apabila cubaan menyeludup sejumlah diesel ke negara jiran berjaya dikesan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi, sebuah bot sarat dengan muatan diesel cuba dimusnahkan apabila penyeludup menebuk bahagian bawah bot pancung yang dibawa mereka dan membakar enjin sebelum melarikan diri.

Difahamkan, ia tindakan pertama dilakukan kumpulan penyeludup diesel yang bergiat cergas di perairan sempadan Perlis-Thailand di Kuala Perlis, di sini, sebagai tanda protes dan rasa tidak puas hati terhadap operasi berterusan pihak berkuasa.
Pengarah Operasi APMM Wilayah Utara, Kapten Salim Ahmad berkata, sepasukan anggota APMM terserempak dengan sebuah bot pancung tanpa nombor pendaftaran dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan meluncur laju menuju perairan negara jiran ketika melakukan rondaan di perairan Kuala Perlis.

Katanya, bot membawa 78 tong dengan setiap tong mengandungi 30 liter diesel berkenaan kemudian cuba dipintas bot APMM dinaiki beberapa anggota sebelum terlepas memasuki perairan sempadan.

“Kami cuba menghalang penyeludupan terbabit dengan bertindak memintas bot pancung dipandu dua lelaki dipercayai warga asing. Selepas menyedari terkepung, penyeludup bertindak terjun ke laut.
“Bagaimanapun, sebelum melarikan diri, penyeludup cuba memusnahkan bot bersama muatan dibawanya dengan membakar enjin dan menebuk bot terbabit untuk ditenggelamkan.

“Tindakan terbabit dianggap terlalu drastik dan tidak pernah dilakukan penyeludup diesel,” katanya ketika ditemui di Pejabat APMM di Kuala Perlis, di sini.
Difahamkan, api yang membakar enjin bot berjaya dipadam anggota APMM dan tidak sempat menyambar muatan bagi mengelak kemusnahan lebih besar kerana bot pancung terbabit berisiko meletup.

Beliau berkata, sebahagian tong mengandungi diesel yang dirampas itu didapati terapung di laut apabila bot terbabit sudah dimasuki air, manakala bot berkenaan kemudian ditarik ke pangkalan di Kuala Perlis.

Menurutnya, dua penyeludup yang terjun ke laut dipercayai menghilangkan diri di dalam hutan bakau berhampiran dan usaha mengesan mereka gagal kerana keadaan cuaca gelap ketika itu.

Katanya, siasatan kes berkenaan kini dibuat Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967, dan pihaknya mengesan kedua-dua lelaki terbabit untuk tindakan.

“Semua anggota APMM dinasihatkan sentiasa berwaspada ketika berdepan kumpulan penyeludup bagi mengelak kejadian tidak diingini, termasuk kecederaan ketika bertugas.

“Aspek keselamatan perlu ditekankan. Jika perbuatan memusnahkan bahan bukti seperti membakar enjin dan membocorkan bot sanggup dilakukan penyeludup, mungkin mereka akan bertindak lebih daripada dijangkakan,” katanya.

'via Blog this'

Lihat mayat kawan

myMetroLihat mayat kawan:

MELAKA: “Saya lihat ada kemalangan ketika melintas jalan tadi (semalam) dan mangsa ditutup dengan kain putih. Tak sangka, rupa-rupanya rakan sekuliah saya yang jadi mangsa,” kata mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Mohd Farhaan Kamaruzaman, 23.
Dia berkata demikian ketika berada di sisi mayat rakannya, Muhammad Nabil Wazir, 20, yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Ayer Keroh Lama, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian 3 petang, arwah dalam perjalanan ke Bank Simpanan Nasional (BSN) dari Kolej Kediaman UTeM Murni di Taman Bukit Beruang Murni, Bukit Beruang, dekat sini, sebelum motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dipandu seorang wanita di selekoh berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), dekat sini.
Menurut Mohd Farhaan, mangsa yang berasal dari Taman Rawang Perdana, Selangor mahu memasukkan wang untuk ibunya, namun hasratnya tidak kesampaian apabila terbunuh dalam kemalangan.

“Arwah sempat beritahu dia mahu ke BSN untuk masukkan wang ke dalam akaun ibunya dan mahu meminjam motosikal saya.

“Bagaimanapun, dia meminjam motosikal rakan lain dan keluar dari asrama kolej, jam 2.30 petang sendirian.
“Saya hanya mengetahui dia terbabit kemalangan apabila dihubungi rakan dan terus datang ke sini. Sebetulnya, saya perasan kemalangan ini dan sangkakan arwah berhenti melihatnya kerana saya lihat motosikalnya dalam keadaan bertongkat tegak dan tidak kelihatan seperti ada kerosakan,” katanya.

Menurutnya, dia cuba menghubungi nombor telefon arwah, namun dijawab oleh rakan lain kerana ia ditinggalkan di bilik asrama.
Menurutnya, penuntut tahun pertama semester jurusan Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk dan Pembuatan) itu juga tidak menunjukkan perubahan pelik sebelum kejadian dan dia juga pelajar rajin, warak dan aktif dalam persatuan di universiti.

'via Blog this'

Mangsa dera Mohd Danish Aiman kini stabil setelah jalani pembedahan

myMetroMangsa dera Mohd Danish Aiman kini stabil setelah jalani pembedahan:

KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak malang yang dipercayai mangsa penderaan teman lelaki ibunya selamat menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan pada otak mangsa petang semalam.
Mohd Danish Aiman Abdullah, tiga tahun kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata pihaknya masih giat mengesan suspek berumur 31 tahun yang merupakan teman lelaki ibunya yang berasal dari Kampung Tualang, Manir, di sini.

Pihaknya percaya suspek yang tidak bekerja itu telah menghilangkan diri dan bersembunyi setelah mengetahui pihak polis sedang memburunya.

"Setakat ini kita telah menjalankan siasatan dan turut mengambil keterangan ke atas beberapa orang termasuk ibu mangsa berumur 22 tahun namun belum menemui petunjuk di mana suspek bersembunyi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat berkaitan suspek yang bernama Azhar Jusoh, dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Kanak-kanak itu koma setelah dipercayai didera dengan ditampar oleh teman lelaki ibunya dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham di antara ibu mangsa dengan lelaki berkenaan di rumah milik keluarga suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - BERNAMA

'via Blog this'

Sembunyi dalam tong sampah

myMetroSembunyi dalam tong sampah: "KUALA LUMPUR: Sanggup menyorok dalam tong sampah bagi mengelak ditangkap. Itu yang cuba dilakukan warga asing ketika serbuan pihak berkuasa di Pangsapuri Suria Kip Sri Damansara, di sini, semalam.

Mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan cuba menyembunyikan diri sebelum rumah mereka diserbu dan ada yang terpaksa diumpil dengan besi.


Ada antara mereka enggan membuka pintu sehingga terpaksa dipujuk selama setengah jam. Daripada 199 warga asing yang diperiksa, seramai 66 ditahan kerana tidak mempunyai dokumen sah.

Ketua Unit Risikan dan Operasi Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Amdan Yahaya berkata, 66 warga asing berkenaan termasuk tujuh lelaki dan tujuh wanita Vietnam, 12 lelaki dan enam wanita Myanmar, lapan wanita India, 19 lelaki Bangladesh, seorang lelaki China dan dua lelaki Nepal.


Katanya, mereka disiasat mengikut Akta Imigresen Seksyen 6 (1) (c) kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.


“Tahun ini saja 15 serbuan dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan 400 warga asing ditahan,” katanya pada sidang media selepas menjalankan Ops 6P membabitkan 86 anggota dan pegawai daripada enam agensi."

'via Blog this'

Kereta pusing 10 kali

myMetroKereta pusing 10 kali:

KUANTAN: “Ketika kereta berpusing lebih 10 kali, saya terbayang ajal bakal menjemput,” kata Hazuan Afiqq Hamzah, 21, yang terselamat selepas kereta Proton Gen-2 dinaiki bersama empat rakan terbabas dan melanggar tiang elektrik akibat mengelak motosikal dan kereta Perodua Kancil di Jalan Tanah Putih, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.45 malam, Hazuan Afiqq bersama empat rakannya dikenali sebagai Zarif, 21; Tengku Ahmad, 21, Mohd Hanif, 21, dan Mohd Syafiq, 21, cedera dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan.

Mengimbas semula detik cemas itu semalam, Hazuan yang tinggal di Tanjung Api, di sini, berkata sebelum kejadian, dia yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, selangor, bersama empat rakannya yang menuntut di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam perjalanan pulang ke Kuantan kerana cuti semester.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, Zarif yang memandu cuba mengelak seorang penunggang motosikal yang dikatakan terus masuk ke laluan jalan selepas membuat pusingan U untuk menghala ke Kuantan.

Katanya, ketika cuba mengelak motosikal itu serta sebuah kereta Perodua Kancil di depannya, kereta dinaiki terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar tiang elektrik dan berpusing beberapa kali.

Hazuan berkata, selepas kereta terbabas ke dalam longkang, dia dan Zarif keluar melalui tingkap di tempat duduknya bahagian depan.
“Saya terkejut melihat Tengku Ahmad dan Mohd Syafiq terlentang di rumput, manakala Mohd Hanif terbaring dalam longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana semua rakan saya terselamat dan sudah sedarkan diri, namun Tengku Ahmad dipercayai patah rusuk,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Trafik Negeri, Asisten Superintendan Zainalaibidin Othman berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit dan seorang mangsa sudah membuat laporan polis, pagi semalam.

'via Blog this'

Kelar leher

myMetroKelar leher: "JOHOR BAHRU: Seorang kerani kilang simen ditemui mati mengerikan dengan kesan kelar di leher selain tikaman di dada di depan pintu rumahnya di tingkat tiga Flat Permas Jaya, Bandar Baru Permas Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, penduduk menemui Kum Huey Lan, 46, dalam keadaan berlumuran darah dan menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, siasatan awal mendapati mangsa bertugas di Pasir Gudang."

'via Blog this'

Cekup khalwat

myMetroCekup khalwat: "GEORGETOWN: Seorang lelaki enggan memberi kerjasama bertindak agresif serta cuba melarikan diri daripada ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Kepala Batas, Seberang Perai Utara (SPU), di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, lelaki berusia 22 tahun itu berjaya ditahan walaupun anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) terpaksa bergelut dengannya jam 9.40 pagi.


Pemeriksaan terhadap rumah itu dilakukan selepas JHEAIPP menerima aduan kegiatan maksiat di kediaman terbabit."

'via Blog this'

Rampas ganja RM12,000

myMetroRampas ganja RM12,000: "KUALA PERLIS: Taktik sebuah sindiket penyeludupan menggunakan kayu pancang bertanda kain batik sebagai penanda berakhir apabila pihak berkuasa berjaya menemui tiga ketulan mampat daun kering dipercayai ganja bernilai RM12,000 di perairan Perlis-Thailand, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, penyeludup membuang kayu pacang yang diikat dadah pada bahagian bawahnya ke dalam laut dengan menggunakan kain batik untuk memudahkan anggotanya mengambil barangan terbabit.


Bagaimanapun, kegiatan itu berjaya dilihat sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melakukan rondaan di perairan Kuala Perlis.

Pengarah Operasi APMM Wilayah Utara, Kapten Salim Ahmad berkata, anggota sindiket memecut bot pancung dibawanya memasuki perairan negara jiran selepas menyedari perbuatan membuang kayu pancang dilihat anggota APMM.


“Bagaimanapun, anggota kami berjaya mengenal pasti kayu pancang itu berdasarkan simbol pada bahagian atasnya berbeza iaitu cebisan kain batik,” katanya dalam sidang medianya di Pejabat APMM, di sini, semalam."

'via Blog this'

Dadah dalam ‘biji gajus’

myMetroDadah dalam ‘biji gajus’:

TUMPAS... Siti Baya  menunjukkan biji gajus yang betul (kiri) dan biji gajus yang diperbuat dari plastik yang mengandungi dadah.
TUMPAS... Siti Baya menunjukkan biji gajus yang betul (kiri) dan biji gajus yang diperbuat dari plastik yang mengandungi dadah.
SEPANG: Masukkan dadah dalam biji gajus plastik menjadi taktik terbaru dikesan kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, berikutan tertangkapnya seorang pemuda warga India, Khamis lalu.
Kes itu antara tiga tangkapan berasingan dilakukan unit berkenaan membabitkan rampasan dadah bernilai RM1.41 juta dalam tempoh 10 hari sejak 10 April lalu.

Timbalan Pengarah Kastam KLIA, Siti Baya Berahan berkata, dalam kes pertama, seorang pemuda warga India berusia 23 tahun ditahan di Bangunan Terminal Utama KLIA pada jam 8.30 pagi sebaik melepasi kawalan kastam apabila tiba dari Chennai, India.
Katanya, suspek yang dua kali datang ke Malaysia sebagai pelancong hanya membawa sebuah beg tarik mengandungi beberapa helai pakaian serta beberapa bungkusan makanan seperti kacang dal, kacang kuda, kacang hijau dan lada kering India.

“Ketika begnya diimbas, kita dapati ada imej meragukan dan apabila diperiksa, beg itu mengandungi beberapa bungkusan makanan serta enam bungkusan seakan-akan biji gajus yang diperbuat daripada plastik dicampur dengan biji gajus asli.

“Pemeriksaan lanjut mendapati di dalam biji gajus plastik itu ada serbuk putih dan selepas diuji, ia positif dadah dipercayai jenis ketamin dengan berat kasar 9.557kg bernilai RM373,480.
“Biji gajus tiruan itu juga mempunyai lubang kecil dipercayai bagi memudahkan proses memasukkan dadah ke dalamnya sebelum disumbat dengan kapas bagi mengelakkan serbuk itu terkeluar,” katanya pada sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan di Kompleks Kastam KLIA, di sini, semalam.

Selain itu, Siti Baya berkata, pihaknya juga mengesan satu bungkusan mengandungi biji sagu tiruan dipercayai turut diisi ketamin dengan berat kasar 800 gram di dalam beg suspek.
“Suspek kini direman tujuh hari bermula kelmarin untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Merbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori,” katanya.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun ditahan di KLIA, 16 April lalu, selepas mendapati beg komputer riba dibawanya mengandungi imej meragukan ketika diimbas.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati satu ruangan khas di bawah komputer riba itu mengandungi serbuk putih kristal dipercayai dadah jenis methapetamin (syabu) dengan berat kasar 0.85kg bernilai RM212,500.

Menurutnya, suspek yang tiga kali masuk ke negara ini adalah pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur sejak Jun 2011.

Dalam kes ketiga, seorang lelaki warga Romania berusia 28 tahun yang pertama kali masuk ke negara ini ditahan jam 9.30 malam, 10 April lalu, sebaik cuba melepasi kawalan kastam.

“Suspek menaiki penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke KLIA. Ketika bagasinya diimbas, kami mendapati ada imej meragukan dan selepas pemeriksaan terperinci menemui satu ruang khusus di bahagian bawah beg untuk menyorokkan dadah.

“Kami berjaya menemui syabu dengan berat kasar 3.3kg bernilai RM825,000.

“Suspek ketiga-tiga kes kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Merbahaya 1952, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori,” katanya.

Sementara itu, Siti Baya berkata, sehingga 20 April lalu, pihaknya berjaya melakukan lima tangkapan membabitkan rampasan dadah sebanyak 31.997kg bernilai RM3.68 juta, sementara enam suspek yang semuanya warga asing ditahan untuk disiasat dan dituduh di mahkamah.

'via Blog this'

Tersepit bawah treler

myMetroTersepit bawah treler:

CEMAS... anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan awal pagi semalam.
CEMAS... anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan awal pagi semalam.
ENDAU: Seorang pemuda hampir maut apabila Proton Saga dipandunya terperosok di bawah treler dalam kemalangan di Kilometer 1 Jalan Tanjung Gemuk, Endau–Rompin, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi, Abu Neklah, 32, dikatakan keluar dari Simpang Kampung Pianggu sebelum merempuh treler berkenaan yang gerak dari arah Endau.

Akibatnya, kenderaan berkenaan diseret 50 meter dan dia cedera di badan manakala pemandu treler, Ridzuan Adnan, 24, bersama kelindan, Zulkarnain Arnain, 21, tidak cedera.
Menurut Ridzuan, mereka dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu, dan hanya menyedari kemalangan selepas terdengar dentuman kuat selain terasa treler mengheret sesuatu.

“Sebaik mendengar bunyi dentuman, saya menurunkan tingkap untuk melihat cermin pandang sisi dan terkejut apabila mendapati ada kereta di bawah treler.

“Kami kemudian turun dan cuba membantu mangsa tetapi gagal kerana dia tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.
Berikutan itu, katanya, mereka menghubungi pihak berkuasa sebelum sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Endau dan Rompin tiba 20 minit kemudian.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan,” katanya.

'via Blog this'

5 ditahan bersama 10,000 kg bahan letupan

myMetro5 ditahan bersama 10,000 kg bahan letupan: "KABUL: Pasukan keselamatan Afghanistan semalam berkata, mereka menahan lima pemberontak di bandar raya ini, bersama-sama dengan 10,000 kilogram bahan letupan.

Jurucakap agensi perisikan mendakwa, suspek merancang menggunakan bahan berkenaan dalam serangan di kawasan sesak.


“Jika jumlah bahan letupan itu digunakan, ia pasti menyebabkan banyak kematian.

Jurucakap agensi, Nazari berkata, tiga yang ditahan itu warga Pakistan sementara dua lagi rakyat tempatan. - AP"

'via Blog this'

Kepala pelakon masih tidak ditemui

myMetroKepala pelakon masih tidak ditemui: "MUMBAI: Polis masih mencari kepala aktres Bollywood, Meenakshi Thapa, yang dibunuh dengan kejam di Gorakhpur, utara India, bulan lalu.

Pelakon berusia 26 tahun itu didakwa diculik oleh pasangan Preeti Surin dan kekasihnya, Amit Jaiswal yang menuntut bayaran tebusan sebanyak 1.5 juta rupi (RM89,000).


Pasangan itu kemudian memberi amaran kepada ibu Meenakshi bahawa aktres itu akan dipaksa berlakon dalam filem porno jika wang tebusan itu tidak dibayar.

Ibu pelakon itu dilapor membayar 60,000 rupi (RM3,700) tetapi aktres berkenaan dibunuh dan dipenggal.


Anggota tubuhnya dibuang ke dalam tangki najis sementara kepalanya dicampak dari sebuah bas di jalan raya menuju ke Mumbai.


Meenakshi berkenalan dengan pasangan itu ketika berlakon dalam filem barunya, ‘Heroine.’ Jaiwal dan Surin ditangkap kerana menyimpan kad SIM telefon bimbit pelakon dan mereka mengaku membunuh Meenakshi. - Agensi"

'via Blog this'

60 cedera kereta api bertembung di Amsterdam

Berita Harian Online | 60 cedera kereta api bertembung di Amsterdam:




2012/04/22

THE HAGUE: Sekurang-kurangnya 60 cedera dengan lebih 20 lagi parah selepas dua kereta api bertembung di pinggir Bandaraya Amsterdam, semalam. 

"Setakat ini 60 cedera, antara 15 hingga 20 orang parah," kata jurucakap polis, Ed Kraszewski.
Kejadian berlaku berdekatan stesen Sloterdijk di barat pinggir Bandaraya Amsterdam, jam 6.30 petang waktu tempatan.
Ia membabitkan sebuah kereta api domestik biasa dari Amsterdam, berlanggar dengan sebuah kereta api laju, kata jurucakap Lembaga Kereta Api Belanda, Babet Verstappen. - AFP
'via Blog this'

Dua wartawan antara 15 ditembak mati di Mexico

Berita Harian Online | Dua wartawan antara 15 ditembak mati di Mexico:




2012/04/22

CIUDAD JUAREZ: Kumpulan lelaki bersenjata merempuh masuk sebuah bar di Bandaraya Chihuahua, di utara Mexico sebelum melepaskan tembakan menyebabkan 15 terbunuh, termasuk dua wartawan. 

“Mereka dikenali sebagai Hector Javier Salinas Aguirre dan Javier Moya, kedua-duanya wartawan dari Chihuahua yang bertugas beberapa lama di stesen radia," kata sumber dari pejabat pendakwa raya di Chihuahua.
Sembilan lagi yang maut dalam kejadian keganasan pada malam Jumaat dan awal pagi Sabtu itu ialah membabitkan kumpulan sindiket dadah.
Mereka termasuk empat dari Bandaraya Chihuahua; empat dari Ciudad Juarez dan dari El Paso, Texas manakala seorang dari bandar Madera. - AFP 
'via Blog this'

Satu maut, 15 cedera loji kimia meletup di Jepun

Berita Harian Online | Satu maut, 15 cedera loji kimia meletup di Jepun:




2012/04/22

TOKYO: Satu letupan dilaporkan berlaki di sebuah loji kimia di barat Jepun, awal hari ini mengorbankan seorang pekerja makala 15 lagi cedera. 

Kejadian berlaku di sebuah kilang pembuatan kimia, Mitsui Chemicals di kawasan industri Yamaguchi, kira-kira 700 kilometer di barat daya Tokyo.
Mangsa yang terbunuh berusia 22 tahun, pekerja lelaki dikenali sebagai Shota Sunakawa, demikian lapor Jiji Press.

Sembilan lagi pekerja termasuk pekerja subkontraktor dan empat penduduk yang tinggal berhampiran kilang berkenaan dilaporkan cedera. 

“Api masih marak dan pasukan bomba masih menjalankan kerja menyejukkan loji kilang berkenaan daripada terus terbakar," kata jurucakap polis. - AFP 
'via Blog this'

Menteri Kabinet Sabah cedera kereta terbabas

Berita Harian Online | Menteri Kabinet Sabah cedera kereta terbabas:




2012/04/22

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun cedera selepas keretanya terbabas di dalam longkang di Jalan Kepayan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, Azizah sedang menaiki kereta yang dipandu pemandunya, Yousrie Syah, 33, yang juga cedera manakala pengawal peribadinya, Sairul Hamid, 51, dilaporkan cedera parah di kaki.
Azizah dan Yousrie dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan dan mereka dilaporkan hanya cedera ringan.
'via Blog this'

Pelajar perempuan UPSI maut terjatuh dari tingkat empat

Berita Harian Online | Pelajar perempuan UPSI maut terjatuh dari tingkat empat:




2012/04/22

IPOH: Seorang penuntut perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan universiti itu, petang semalam. 

Dalam kejadian 5 petang itu, penuntut tahun tiga itu dikatakan berada di bangunan E-Learning kampus itu sebelum mayatnya ditemui seorang penuntut lain yang kebetulan melalui kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan ketika dihubungi BHOnline mengesahkan menerima laporan kes itu tetapi enggan mengulas lanjut.
'via Blog this'

Wanita dakwa dipukul polis semasa ditahan

Berita Harian Online | Wanita dakwa dipukul polis semasa ditahan:

Wanita dakwa dipukul polis semasa ditahan


2012/04/22

ALOR SETAR: Seorang wanita mendakwa dipukul sekumpulan anggota polis ketika dalam perjalanan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kerana premis tempatnya bekerja, rumah urut di Taman Rakyat di sini tidak mempunyai lesen sah perniagaan. 

Lay Suet Peng, 42, mendakwa pada 14 April lepas kira-kira 5.30 petang, sembilan anggota polis termasuk seorang wanita telah datang untuk memeriksa tempat kerjanya sebelum menahan Lay kerana mendapati rumah urut itu tidak mempunyai lesen.
Lay yang bekerja sebagai tukang urut kaki di premis itu sejak dua bulan lalu berkata sebagai pekerja dia tidak tahu mengenai status lesen perniagaan kedai itu.
Dia mendakwa telah dipukul dalam keadaan bergari sehingga mengalami kecederaan di bahagian tangan, kepala serta belakang bahu selepas cuba melarikan diri ketika kenderaan polis itu berhenti di lampu isyarat akibat ketakutan kerana ditahan polis. 

"Waktu bergelut nak cuba lari, saya tertepis mulut seorang polis dan luka sikit, kemudian mereka gari saya dan pukul saya banyak kali sambil maki saya ketika berada dalam pajero sampai ke balai," kata Lay kepada pemberita di sini hari ini. 

Lay mendakwa selepas sampai di IPD Kota Setar dia terus dipukul dan ditahan selama lebih kurang lima jam sebelum dibebaskan dan berikutan itu tangannya kebas dan sukar untuknya bekerja. 

"Saya telah dapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah dan telah buat laporan di IPD Kota Setar pada 19 April lalu," katanya. 
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan wanita berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 

"Kita juga akan siasat laporan berkenaan tingkah laku wanita itu yang bertindak menghalang tugas polis semasa serbuan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan. 

"Polis serbu sebuah rumah urut tidak berlesen. Semasa wanita itu hendak dibawa ke balai, dia bertindak agresif dan menyebabkan seorang anggota polis lelaki dan anggota polis wanita yang mengandung cedera ringan," katanya. - BERNAMA
'via Blog this'

Kerani mati ditikam

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


JOHOR BAHRU 21 April - Seorang kerani wanita ditemui mati di hadapan pintu rumahnya di sebuah flat di Jalan Permas 7, Bandar Baru Permas Jaya, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, Kum Huey Lan, 46, yang bekerja di sebuah kilang simen di Pasir Gudang ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di tingkat tiga flat itu kira-kira pukul 8.30 pagi.
"Siasatan awal mendapati, mangsa ditikam di dada dan terdapat kesan kelar di leher dipercayai menggunakan senjata tajam.
"Polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam pembunuhan kejam itu dan sedang mencari saksi yang melihat kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, polis menolak motif kejadian itu sebagai kes samun kerana barangan peribadi mangsa iaitu wang tunai, telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri masih berada bersamanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

'via Blog this'

7 pendaki termasuk kerabat diraja ditemui selamat

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUALA KRAI 21 April - Sekumpulan tujuh pendaki termasuk dipercayai kerabat diraja Kelantan ditemui selamat selepas sesat selama 28 jam ketika mendaki kawasan Taman Negara Gunung Stong dekat sini semalam.
Kesemua mereka termasuk tiga daripadanya perempuan dikatakan hilang selepas berpecah daripada kumpulan asal seramai 11 orang yang mendaki gunung itu sejak kelmarin.
Bagaimanapun, kesemua mereka ditemui pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) lewat petang ini dan usaha untuk membawa mereka turun sedang dijalankan sehingga malam ini.
Tujuh pendaki yang hilang adalah Fauzi Harun; Rosnani Ali; Zulkifli Mohamad; Mohd. Zaidi Musa; Mohd. Rafi Md. Nasir; Tengku Siti Mariam Tengku Yusof dan Tengku Naimah Tengku Mohamad. Kesemua mereka berusia antara 18 hingga 70 tahun.
Sementara itu, seorang peserta, Ibrahim Mohamad berkata, dia bersama 10 lagi pendaki naik ke Gunung Stong pagi kelmarin untuk mengadakan program kerohanian.
"Sebaik sahaja sampai di Kem Baha, saya bersama seorang lagi peserta bertolak dulu untuk membuat tinjauan sebelum pendaki lain naik ke Gunung Ayam.
"Apabila kami berdua turun semula ke kem itu, hanya tinggal dua pendaki manakala yang lain sudah bertolak ke Gunung Ayam," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh 20 anggota JPAM daerah diketuai oleh Pegawai Pertahanan Awam Daerah Khairul Afzan Md. Yassin.
Ibrahim berkata, mereka berempat kemudian cuba mencari mangsa di sekitar Gunung Stong dan Gunung Ayam namun gagal.
"Kami berulang-alik antara kedua-dua gunung ini selama 16 jam untuk mencari mereka tetapi gagal. Setelah berputus asa, kami ambil keputusan turun dulu dan memaklumkan kepada penduduk serta pihak berkuasa," katanya.
Sementara itu, bapa saudara seorang peserta yang hilang, Mohd. Samsuddin Dollah pula berkata, ini kali pertama anak saudaranya, Zulkifli Mohamad, 18, yang memang meminati ilmu keagamaan naik ke Gunung Stong.
"Saya pun tak tahu dia naik Gunung Stong dan hanya tahu mengenainya bila pagi ini orang kampung beritahu ada beberapa penduduk termasuk anak saudara saya hilang di atas gunung," katanya.

'via Blog this'

Ketamin disorok dalam biji gajus tiruan

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

SEPANG 21 April - Pelbagai taktik menyeludup dadah digunakan pihak sindiket untuk membawa masuk bahan larangan itu ke negara ini melalui pintu-pintu masuk utama antaranya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Terbaru, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengesan taktik menyeludup dadah jenis ketamin dalam biji gajus tiruan yang diperbuat daripada plastik.
Ribuan biji gajus tiruan yang bersaiz sama dengan biji gajus sebenar ditebuk lubang kecil bagi menyembunyikan sejumlah 9.33 kilogram ketamin bernilai RM373,480.
Timbalan Pengarah JKDM KLIA, Siti Baya Berahan berkata, penyeludup mencampurkan enam bungkus biji gajus tiruan mengandungi dadah dengan biji gajus sebenar bagi mengaburi mata penguat kuasa.
“Suspek yang merupakan lelaki warga India ditahan di KLIA pada 19 April lalu sebaik sahaja tiba dari Chennai pada pukul 8.30 pagi.
“Kegiatan suspek berjaya dibongkar apabila penguat kuasa menemui lubang kecil pada biji gajus tiruan itu yang disumbat dengan kapas. Sebaik sahaja kapas ditarik, serbuk putih berupa ketamin tercurah keluar dari lubang itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Siti Baya berkata, kes penyeludupan dadah menggunakan biji gajus tiruan tersebut merupakan satu daripada tiga kes yang dikesan dalam tempoh 10 hari di KLIA.
“Sebelum ini, pada 16 April lalu, seorang pelajar lelaki warga Nigeria yang menuntut di kolej swasta di Kuala Lumpur ditahan kerana menyorok 850 gram syabu bernilai RM212,500 dalam komputer ribanya,” katanya.
Beliau berkata, pada 10 April pula, JKDM menahan seorang warga Romania kerana menyeludup masuk sejumlah 3.3 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM825,000.
“Suspek yang berusia 28 tahun tiba dari Amsterdam, Belanda dikesan menyorok dadah itu dalam bagasi yang diubah suai,” katanya.
Tambahnya, sejak 1 April lalu, seramai enam suspek ditahan dan disiasat kerana cuba membawa masuk 31.99 kilogram dadah bernilai RM3.68 juta ke negara ini.

'via Blog this'

Indonesia dilanda dua gempa

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "JAKARTA 21 April - Indonesia dilanda dua gempa bumi hari ini, satu di wilayah Papua dan satu lagi di luar perairan Sumatera.

Satu gempa berukuran 6.6 pada skala Richter menggegarkan wilayah Papua pada pukul 10.16 pagi (9 pagi tadi waktu Malaysia) menyebabkan penduduk panik lari meninggalkan kediaman masing-masing.

Pihak berkuasa berkata, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Kawasan paling teruk terjejas adalah bandar Ransiki di selatan Papua di mana pelajar yang menghadiri kelas lari meninggalkan bangunan sekolah yang bergegar kira-kira seminit.

"Gempa menyebabkan kebanyakan bangunan mengalami kerosakan kecil dan dua buah rumah serta sebuah gereja roboh.

"Setakat ini tidak ada kematian dilaporkan," kata pegawai di Agensi Geofizik dan Meteorologi, Yulson Sineri.

Pusat gempa dikesan kira-kira 83 kilometer ke tenggara Manokwari, 30 kilometer di bawah bumi, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa berukuran 6.1 skala Richet turut menggegarkan luar perairan Sumatera. Tiada kerosakan dan kematian dilaporkan. - AFP"

'via Blog this'

Terengganu kalah, rumah pengurus pasukan diserang

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

KUALA TERENGGANU 22 April - Dek kekalahan demi kekalahan yang dicatatkan oleh pasukan Terengganu, pihak pengurusan skuad Penyu semakin hebat dikecam oleh penyokong setia pasukan itu.
Kali ini rumah Pengurus Pasukan Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh menjadi mangsa diserang oleh kira-kira 100 penyokong pasukan itu.
Dalam kejadian jam 11.30 malam tadi ada penyokong yang bertindak liar dengan membuat kecoh serta membaling batu ke arah kediaman Che Mat di Kampung Panji Alam, di sini.
Serangan itu adalah kemuncak bantahan yang dibuat di luar Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini sebaik selesai perlawanan suku akhir pertama Piala FA malam tadi yang menyaksikan sang penyu tumbang 1-2 di tangan pasukan berstatus kelab, Sime Darby.
Lebih daripada 500 peminat berkumpul sepanjang laluan keluar dari kawasan stadium berkenaan dengan mengangkat kain rentang dan poster yang meminta Che Mat dan jurulatih Mat Zan Mat Aris meletak jawatan.
Bagaimanapun, keadaan itu berjaya dikawal setelah pihak polis ke rumah berkenaan setelah menerima panggilan telefon daripada pengurus pasukan itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Terengganu, ACP K.
Manoharan ketika dihubungi berkata, akibat tindakan agresif itu bumbung rumah pengurus itu rosak akibat dibaling objek dan ada sebahagian daripada mereka bertindak menekan loceng dan menggoncang pintu pagar.
Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat. - BERNAMA

'via Blog this'

Beribu-ribu penduduk Syria anjur bantahan

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

BEIRUT 21 April - Beribu-ribu penduduk Syria mengadakan tunjuk perasaan menentang rejim Bashar al-Assad semalam, sekali gus menguji gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika media kerajaan melaporkan 18 tentera terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak.
Menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, tunjuk perasaan berlaku di bandar Daraa, wilayah Damsyik, Homs dan Hama di tengah Syria, Idlib di barat laut, Aleppo di utara, Deir Ezzo di timur laut dan Latakia di perairan Mediterranean.
Tentera Syria melepaskan gas pemedih mata dan tembakan ke arah beribu-ribu penunjuk perasaan yang berhimpun selepas solat Jumaat menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang awam terbunuh, kata pertubuhan yang beribu pejabat di London itu.
Satu letupan turut menggegarkan wilayah Quneitra semalam, menyebabkan 10 tentera maut, lapor media kerajaan yang mendakwa ia didalangi kumpulan pemberontak.
Menurut agensi berita SANA, letupan itu disasarkan kepada sebuah bas yang mengangkut tentera.
Serangan sama berlaku di Karak, selatan wilayah Daraa mengorbankan lima tentera.
Bagaimanapun di Homs, pertempuran dan bedilan tentera di tengah bandar itu dihentikan ketika pemantau PBB dijadual melawat bandar itu, hari ini.
Seorang aktivis, Salim Qabani yang beribu pejabat di tengah wilayah Homs berkata, tentera rejim menyembunyikan kereta perisai dan kereta kebal diundurkan dari jalan-jalan raya di Homs dan ditempatkan di sebuah pangkalan polis.
Sementara itu, Majlis Keselamatan PBB, semalam mencapai persetujuan sementara berhubung satu resolusi untuk menghantar 300 tentera pemantau gencatan senjata ke Syria yang akan diundi, hari ini. - AGENSI


'via Blog this'

Beribu-ribu penduduk Syria anjur bantahan

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

BEIRUT 21 April - Beribu-ribu penduduk Syria mengadakan tunjuk perasaan menentang rejim Bashar al-Assad semalam, sekali gus menguji gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika media kerajaan melaporkan 18 tentera terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak.
Menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, tunjuk perasaan berlaku di bandar Daraa, wilayah Damsyik, Homs dan Hama di tengah Syria, Idlib di barat laut, Aleppo di utara, Deir Ezzo di timur laut dan Latakia di perairan Mediterranean.
Tentera Syria melepaskan gas pemedih mata dan tembakan ke arah beribu-ribu penunjuk perasaan yang berhimpun selepas solat Jumaat menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang awam terbunuh, kata pertubuhan yang beribu pejabat di London itu.
Satu letupan turut menggegarkan wilayah Quneitra semalam, menyebabkan 10 tentera maut, lapor media kerajaan yang mendakwa ia didalangi kumpulan pemberontak.
Menurut agensi berita SANA, letupan itu disasarkan kepada sebuah bas yang mengangkut tentera.
Serangan sama berlaku di Karak, selatan wilayah Daraa mengorbankan lima tentera.
Bagaimanapun di Homs, pertempuran dan bedilan tentera di tengah bandar itu dihentikan ketika pemantau PBB dijadual melawat bandar itu, hari ini.
Seorang aktivis, Salim Qabani yang beribu pejabat di tengah wilayah Homs berkata, tentera rejim menyembunyikan kereta perisai dan kereta kebal diundurkan dari jalan-jalan raya di Homs dan ditempatkan di sebuah pangkalan polis.
Sementara itu, Majlis Keselamatan PBB, semalam mencapai persetujuan sementara berhubung satu resolusi untuk menghantar 300 tentera pemantau gencatan senjata ke Syria yang akan diundi, hari ini. - AGENSI

'via Blog this'

Terhempas, 110 mayat ditemui

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


Ayesha Ishaque meratap di keranda saudara lelakinya Mohammad Saud Ishaque yang terbunuh dalam nahas Boeing 737 di hospital Institut Sains Perubatan Pakistan di Islamabad, semalam. - REUTERS
HUSSAIN ABAD, Pakistan 21 April - Sebanyak 110 mayat mangsa nahas sebuah pesawat Boeing 737, yang terhempas sebelum sempat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad, petang semalam sudah ditemui lewat malam tadi.
Sebanyak 127 penumpang dan anak kapal dipercayai terbunuh dalam nahas itu yang berlaku dalam keadaan cuaca buruk di kawasan perkampungan Hussain Abad, di sini.
Brigadier Sarfraz Ali yang mengepalai siasatan nahas itu berkata, kebanyakan mayat sukar dikenal pasti berikutan pesawat yang hangus terbakar.
"Sisa pesawat bertaburan dalam radius dua kilometer dan pasukan penyelamat terpaksa bekerja sepanjang malam tadi mencari mangsa yang selamat," katanya.
Menurutnya, berdasarkan keadaan pesawat yang musnah, tiada peluang mangsa terselamat ditemui.
Pesawat milik Bhoja Air itu dalam penerbangan dari Karachi membawa 127 penumpang, termasuk enam anak kapal.
Sumber berkata, pesawat tersebut dijangka tiba di lapangan terbang itu pada pukul 6.50 petang (waktu tempatan), namun terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 6.40 petang dan dipercayai terhempas di kawasan perkampungan Hussain Abad, di sini, selepas itu.
Sementara itu, Setiausaha Pertahanan, Nargis Sethi berkata, satu pasukan siasatan ditubuhkan bagi menyiasat punca nahas.
Ketua Pengarah Penerbangan Awam Pakistan, Nadeem Khan Yusufzai pula berkata, siasatan awal mendapati cuaca buruk dengan ribut petir merupakan punca juruterbang gagal mengemudi pesawat itu. - AFP

'via Blog this'

Dadah: 6 warga asing ditahan

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak: "LAHAD DATU 21 April - Polis menahan enam lelaki warga asing dalam dua serbuan berasingan yang dilakukan di Ladang Sawit Felda Sahabat 22 dan Kampung Tanjung Labian, Tungku kerana dipercayai memiliki dan terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Selain syabu seberat 0.20 gram, turut dirampas dalam serbuan itu ialah beberapa senjata tajam melibatkan sebilah pedang samurai, sebilah barung, enam buah telefon bimbit, tiga buah motosikal dan wang tunai RM700.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Ang Seow Aun berkata, dua daripada enam warga asing yang ditahan itu adalah pendatang asing tanpa izin dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk memasuki negara ini.

"Berdasarkan rekod lampau, suspek juga didapati pernah disabit atas kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dipercayai merupakan pengedar dadah secara kecil-kecilan di kawasan itu berdasarkan barangan rampasan yang dilakukan," katanya di sini semalam."

'via Blog this'

Penunggang motosikal maut

Utusan Malaysia Online - Pahang: "KUANTAN 21 April - Seorang penunggang motosikal maut manakala rakan pemboncengnya parah selepas melanggar sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Kilometer 37, Jalan Temerloh-Jerantut dekat Kampung Seboi Kuala Krau, Temerloh awal pagi tadi.

Mangsa, Edy Surya, 23, maut di tempat kejadian manakala rakannya, Saipul Rahman Marohan, 18, yang cedera parah dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Pegawai Penguat kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian pukul 12.09 pagi itu, kedua-dua mangsa warga Indonesia itu dari Kuala Krau ke Kuala Mai.

"Sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang lori kelapa sawit di bahu jalan sebelah kiri menghala ke Jerantut.

"Penunggang disahkan meninggal dunia di Hospital Jerantut manakala rakannya mengalami kecederaan parah dibawa ke Hoshas untuk rawatan selanjutnya," katanya di sini, hari ini."

'via Blog this'

Pecah rumah, curi kenderaan meningkat

Utusan Malaysia Online - Pahang:

KUANTAN 21 April - Orang ramai diingatkan agar sentiasa meningkatkan tahap keselamatan di rumah dan kenderaan masing-masing kerana jenayah pecah rumah dan kecurian kenderaan semakin kerap dilaporkan kebelakangan ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kosmisioner Mohd. Jasmani Yusof berkata, penduduk di daerah ini juga diminta memaklumkan kepada pihak polis melalui bilik gerakan sekiranya mahu meninggalkan rumah dalam tempoh yang agak lama.
“Selain itu, penduduk boleh memberitahu jiran masing-masing selain meningkatkan keselamatan seperti berhenti melanggan surat khabar, memasang lampu di luar rumah dan sentiasa memastikan pintu rumah dikunci dengan baik.
“Banyak kes kecurian motosikal turut dilaporkan berlaku di pekarangan rumah selain di pusat membeli-belah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Kata Mohd. Jasmani, kebanyakan kes kecurian dan pecah rumah terbabit dilakukan oleh golongan remaja dan penagih dadah.
“Kita percaya mereka menjual motosikal yang dicuri sebagai alat ganti dengan mengambil komponen tertentu pada harga semurah RM200 hingga RM300 sahaja,” katanya lagi.
Tambahnya, walaupun pihak polis kerap menjalankan rondaan dan membuat pemantauan namun kerjasama daripada masyarakat dalam membantu mengurangkan kadar jenayah sangat diperlukan.

'via Blog this'

62 kes kemalangan elektrik tahun lalu

Utusan Malaysia Online - Selatan:

Ho Peng Choong (kanan) bersama Ab. Hamid Omar (dua dari kiri) melihat pameran sempena Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik Tenaga Nasional Berhad di Dewan Kondominium TNB, Port Dickson, kelmarin.
TELOK KEMANG 20 April - Sebanyak 62 kes kemalangan elektrik dicatatkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu yang melibatkan 28 kes maut.
Pengurus Besar Kanan (Senggaraan Aset) Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir. Ho Peng Choong berkata, daripada jumlah itu sebanyak empat kes direkodkan di negeri ini.
Menurutnya, kemalangan berlaku disebabkan pemasangan dan penyelenggaraan elektrik yang tidak sempurna serta prosedur kerja selamat tidak dipatuhi.
"Bagi meningkatkan kesedaran, TNB telah melaksanakan kempen sejak 2007 untuk menyampaikan maklumat dan memupuk kesedaran positif mengenai pentingnya keselamatan elektrik.
"Kempen itu akan diteruskan bagi memantapkan kesedaran tentang bahaya serta cara untuk bertindak jika berlaku sebarang kemalangan," katanya ketika berucap pada Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik di dewan Kondominium TNB, Port Dickson dekat sini semalam.
Kempen itu dirasmikan oleh Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran negeri, Ab. Hamid Omar yang mewakili Pengarah Pelajaran negeri.
Peng Choong menjelaskan, TNB telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menjayakan kempen tersebut.
"Kempen ini diharap dapat memberi pengajaran dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta yang terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak.
"Orang ramai juga perlu membantu TNB dengan memantau dan membanteras perbuatan jenayah dan vandalisme yang boleh mendatangkan pelbagai masalah keselamatan elektrik.
"Jika nampak sesuatu perbuatan yang mencurigakan, mereka perlu memaklumkan kepada polis bagi membantu mengelak kemalangan dan juga gangguan bekalan elektrik," katanya.

'via Blog this'

Wanita ditemui rentung sedang hamil

Utusan Malaysia Online - Kota:

SHAH ALAM 21 April - Wanita yang ditemui rentung bersama kekasihnya dalam kebakaran di rumah kedai empat tingkat di Taman Desa Aberlink, Klang dekat sini semalam didapati hamil selepas bedah siasat terhadapnya dilakukan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat Seh Pei Kim, 34 dan teman lelakinya, Chua Keh Siong, 40, juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan sama ada dalaman atau luaran.
"Polis masih menyiasat punca kejadian ini daripada pelbagai sudut namun setakat ini kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan seorang jurujual lelaki dan wanita yang dipercayai kekasihnya ditemui rentung dalam kebakaran kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.
Pasukan bomba dengan kekuatan 16 anggota dan dua jentera tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas dimaklumkan.
Selepas api berjaya dipadamkan, bomba menemui satu tin dipercayai berisi bahan mudah bakar di dalam bilik berkenaan.
Mohamad bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada pasangan itu mati akibat dibunuh atau membunuh diri kerana siasatan kes ini belum selesai.
Bagaimanapun, kata beliau, berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mangsa dipercayai mati akibat lemas selepas terhidu asap yang banyak.

'via Blog this'

Pemandu treler parah

Utusan Malaysia Online - Kota: "KUALA LUMPUR 21 April - Seorang pemandu nyaris maut apabila treler membawa muatan gelungan besi keluli seberat 50 tan hilang kawalan dan terbalik ketika melalui susur Jalan Mahameru menghala ke Jalan Kuching di sini hari ini.

Kemalangan pukul 11.45 pagi itu mengakibatkan pemandu berkenaan cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Polis juga terpaksa menutup laluan berkenaan kira-kira empat jam bagi membolehkan kerja mengalihkan treler dan gelungan besi keluli yang bertaburan di atas jalan dilakukan.

Ketika kejadian, treler itu dalam perjalanan menghantar lima gelung besi keluli dari sebuah kilang di Johor menuju ke Rawang dekat sini.

Bagaimanapun, kenderaan berat itu dikatakan hilang imbangan dan kawalan semasa melalui susur tersebut menyebabkan ia terbabas sebelum terbalik merintangi jalan.

Kejadian itu turut menyebabkan minyak treler berkenaan tertumpah di atas jalan.

Kerja-kerja mengalih treler dan muatan itu terpaksa menggunakan dua kren termasuk sebuah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, manakala semua kenderaan yang melalui laluan berkenaan dilencongkan ke Jalan Sentul."

'via Blog this'

Warga India didakwa edar 3 kilogram ketamin

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri: "

Oleh YULPISMAN ASLI
KOTA BHARU 22 April - Seorang lelaki warganegara India didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dakwaan mengedar 3,000 gram dadah jenis ketamin pada 8 April lalu.

Tertuduh, Shaikmidhar Yacub, 38, dari Tamil Nadu, India, didakwa melakukan perbuatan itu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Dia didakwa di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 152 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati mandatori. - UTUSAN"

'via Blog this'

Dadah biji gajus diseludup di KLIA

Kosmo! Online - Negara:


BIJI gajus tiruan (kanan) mengandungi dadah yang dirampas daripada seorang warga India di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - Taktik licik sindiket antarabangsa yang cuba menyeludup dadah ke negara ini dengan menyembunyikan bahan terlarang itu di dalam biji gajus tiruan berjaya dikesan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu.
Ia terbongkar selepas petugas Kastam yang melakukan imbasan terhadap sebuah bagasi pakaian curiga dengan isi kandungan enam paket plastik berisi biji gajus di dalam bagasi itu.
Pemeriksaan akhirnya mendapati biji gajus tiruan yang diperbuat daripada plastik itu mengandungi ketamin seberat 9.3 kilogram (kg) bernilai RM373,480.
Ketika pemeriksaan pada pukul 8.30 pagi itu, seorang pemuda berusia 23 tahun yang baru tiba dari Chennai, India membawa bagasi tersebut dan ia turut mengandungi bahan makanan lain seperti kacang hijau dan kacang dal.
Timbalan Pengarah Kastam KLIA, Siti Baya Berahan berkata, pemeriksaan mendapati biji gajus tiruan itu dicampur bersama biji gajus asli bagi memperdaya pihak berkuasa.

'via Blog this'