Search This Blog

Friday, April 20, 2012

Penyerang Oslo akui Perdana Menteri Norway jadi sasaran

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

OSLO 20 April - Pelampau Kristian, Anders Behring Breivik memberitahu mahkamah semalam mengenai niatnya untuk membunuh kesemua penjawat kerajaan, termasuk Perdana Menteri Norway, dalam serangan bom yang dilakukannya di sini pada Julai tahun lalu.

Dalam perbicaraan yang masuk hari keempat, Breivik berkata, serangan yang dilancarkan terhadap bangunan kerajaan itu bertujuan untuk membunuh semua orang di dalam bangunan kerajaan termasuk Perdana Menteri, Jens Stoltenberg.

"Tiada sasaran politik yang lebih bermakna melainkan bangunan kerajaan," katanya. - AFP"

'via Blog this'

Suami iklankan isteri sebagai pelacur melalui SMS

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUALA LUMPUR 19 April - Disebabkan dendam akibat tidak diterima oleh keluarga, seorang suami sanggup menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mengiklankan isterinya sebagai pelacur.
Akibat perbuatannya itu, isteri bersama tiga anaknya yang berusia antara 16 dan 22 tahun kini hidup dalam keadaan tertekan hingga mengganggu emosi mereka kerana dipandang serong oleh keluarga serta jiran-jiran.
Menurut isterinya, Too Yoke Su, 43, suaminya yang berusia 40-an itu telah meninggalkan keluarganya sejak tiga tahun lalu disebabkan ingin hidup bebas dan berfoya-foya.
"Pada mulanya saya tidak mengetahui perbuatan itu, tetapi apabila saya sering menerima panggilan daripada individu tidak dikenali menyatakan ingin melanggan pelacur, saya mula mengesyaki sesuatu.
"Hinggalah seorang sahabat suami yang juga kenalan saya memberitahu dia menerima SMS tersebut daripada suami saya," katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan di Menara PGRM di sini hari ini.
Katanya, selain itu suaminya juga sering mengugut serta membuat kacau seperti mencalarkan kenderaannya di rumah di Kepong, Selangor.
"Kami pernah menasihatinya supaya berubah, tetapi dia tetap mahu berfoya-foya. Saya juga mengesyaki dia menagih pil khayal hingga sanggup berbuat begitu terhadap kami," ujarnya.
Bagi melindungi diri dan keluarga, Yoke Su telah membuat laporan polis berkaitan hal itu.
"Namun setelah empat laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kepong sejak Mei tahun lalu hingga April lalu, suami tetap mengganggu kami," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam Gerakan, Wilson Lau berkata, beliau akan berhubung dengan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan bagi menyelesaikan masalah itu dengan segera.

'via Blog this'

Polis tolak dakwaan tidak bertindak semasa peserta khemah diserang

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUALA LUMPUR 19 April - Polis hari ini menolak dakwaan mengatakan mereka tidak tampil membantu meleraikan serangan yang dilakukan sekumpulan lelaki tidak dikenali terhadap hampir 30 individu yang berkhemah di Dataran Merdeka di sini awal pagi ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dakwaan terbabit bersifat tuduhan melulu dan tidak benar sama sekali.
Katanya, polis telah bertindak seawal lima minit selepas kejadian malah beberapa detektif yang berada di lokasi cuba untuk meleraikan serangan pukul 2.40 pagi itu.
"Dakwaan mengatakan polis tidak membantu mereka yang berkhemah semasa diserang awal pagi ini adalah tidak munasabah sama sekali.
"Terdapat dua detektif yang meronda di situ dan telah membantu ketika kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu.
"Lima kereta peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dikerahkan dan sampai di tempat kejadian kurang enam minit kemudian untuk meleraikan pergaduhan itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Tambahnya, jika polis lambat bertindak mungkin lebih ramai yang akan tercedera dalam kejadian itu.
"Setakat ini hanya seorang mangsa yang berkhemah sahaja dilaporkan tercedera iaitu seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun yang cedera di bahagian mata dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
"Seorang daripada dua detektif yang bertindak awal meleraikan pergaduhan turut tercedera di bahagian belakang. Polis juga difahamkan enam lagi cedera ringan tetapi enggan menerima rawatan," kata Mohmad.
Dalam kejadian itu, difahamkan hampir 30 lelaki tiba-tiba muncul dan cuba mengasari peserta yang mengadakan demonstrasi memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan cara berkhemah di Dataran Merdeka.
Kata Mohmad, setakat ini polis masih belum mengetahui motif sebenar kejadian dan seorang lelaki berusia 28 tahun telah direman selama enam hari bagi membantu siasatan.
"Kami harap mereka yang mempunyai maklumat tampil membantu polis dan tidak membuat spekulasi hingga boleh menjejaskan keamanan masyarakat. Biar polis menjalankan siasatan rapi terlebih dahulu," jelasnya.

'via Blog this'

Sindiket Macau Scam tumpas

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


Antara suspek sindiket penipuan pemindahan wang digelar Macau Scam melibatkan warga tempatan yang ditahan di sebuah kondominium di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 19 April - Sebelum ini ramai menjadi mangsa sindiket Macau Scam apabila ada individu yang menyamar sebagai pegawai polis atau kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM) menghubungi mangsa dan memaklumkan akaun mereka sedang disiasat kerana terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram.
Mangsa yang percaya kemudian diarah memindahkan wang di dalam akaun bank mereka ke akaun pihak ketiga bagi menyelamatkan wang itu sebelum akhirnya menyedari telah ditipu.
Dalam kebanyakan kes mangsa kerugian ribuan ringgit malah ada yang mencecah jutaan ringgit.
Satu daripada sindiket digelar Macau Scam itu bagaimanapun berjaya dibongkar polis dalam serbuan di sebuah kondominium di Bukit Jalil di sini tengah hari ini, ekoran penahanan lima suspek warga tempatan.
Dalam serbuan pada pukul 12 tengah hari, lima suspek itu terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia 23 hingga 33 tahun yang dipercayai dibayar gaji serta komisen bagi melakukan kegiatan haram tersebut.
Mereka dipercayai direkrut oleh sindiket itu yang menawarkan pekerjaan bergaji lumayan melalui iklan di akhbar.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, modus operandi sindiket tersebut adalah membuat panggilan kepada mangsa dengan menyamar sebagai pegawai polis atau kakitangan BNM.
"Sindiket memberitahu mangsa bahawa akaun bank mereka sedang disiasat kerana telah disalah guna seperti terlibat dalam penggubahan wang haram, untuk itu mereka perlu memindahkan wang di dalamnya ke akaun lain.
"Setelah wang itu dipindahkan ke akaun pihak ketiga yang diberi oleh sindiket, kumpulan suspek akan pindahkan pula ke akaun mereka sendiri dan seterusnya lesap begitu sahaja," katanya ketika di temui di lokasi serbuan itu di sini hari ini.
Syed Ismail memberitahu, polis masih menyiasat kerugian sebenar mangsa-mangsa terlibat.
"Polis percaya ia melibatkan jutaan ringgit kerana salah seorang mangsa yang merupakan seorang profesional membuat laporan polis dengan menyatakan kerugian RM3.2 juta," katanya.
Katanya, penangkapan kali ini merupakan kali pertama didalangi warga tempatan kerana sebelum ini melibatkan warga asing.
"Di samping itu, salah seorang suspek lelaki berusia 27 tahun yang ditangkap hari ini pernah ditahan selama 18 bulan di China pada 2010 atas kesalahan sama. Ini bermakna dia memang berpengalaman dalam penipuan seperti ini," katanya.
Katanya, bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, lokasi operasi sindiket tersebut akan berpindah-pindah setiap dua ke tiga bulan dan mereka juga akan memilih premis yang dikawal rapi seperti di kondominium mewah.
Tambah beliau, polis menasihati golongan muda agar jangan mudah terpengaruh dengan iklan pekerjaan di akhbar yang menawarkan pendapatan lumayan tanpa usul periksa.
Katanya, kesemua suspek kini ditahan reman di Pusat Tahanan Sementara, Balai Polis Bukit Jalil dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

'via Blog this'

Lapan kereta dipecah cermin

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


HAMIDAH Osman (kiri) melihat salah sebuah kereta yang dipecahkan oleh kumpulan remaja bermotosikal di Ipoh, semalam.
IPOH 19 April - Penduduk di tiga taman perumahan di Pasir Puteh dekat sini, kerugian ribuan ringgit selepas lapan kereta yang diletakkan di luar pagar rumah mereka dipecahkan cerminnya oleh sekumpulan remaja bermotosikal, malam tadi.
Tiga taman perumahan yang menjadi sasaran kumpulan remaja itu adalah Taman Pinji Mewah, Taman Pangkalan Impian dan Taman Desa Pakatan.
Menurut mangsa, Tung Soo Wan, 42, dari Taman Pinji Mewah, dia menyedari cermin hadapan kereta Toyota Wish miliknya pecah pukul 10 malam tadi.
"Saya terdengar bunyi bising deruman enjin motosikal diikuti bunyi kaca pecah. Saya kemudian keluar untuk melihat dan terkejut mendapati cermin hadapan kereta saya telah pecah.
"Ada jiran yang sempat melihat kejadian itu memaklumkan sekumpulan lelaki bermotosikal membaling batu ke arah kereta saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Seorang lagi mangsa, Yip Yott Leong, 51, dari Taman Desa Pakatan berkata, kejadian tersebut disedarinya selepas dimaklumkan oleh pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu.
"Ini bukan pertama kali kerana sebelum ini, sudah beberapa kali cermin kereta penduduk di sini dipecahkan pihak tertentu yang melakukannya untuk suka-suka," katanya yang bekerja sebagai mekanik kenderaan.
Kedua-dua mangsa itu telah membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai berhubung kejadian itu hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman ketika melawat mangsa berkata, polis diminta melakukan rondaan lebih kerap di kawasan tersebut.
"Bagi mengatasi masalah ini, mungkin kita boleh minta bina pondok polis berhampiran kawasan ini kerana balai polis yang paling hampir hanya di Simpang Pulai dan ini menyusahkan penduduk sekiranya terdapat kecemasan," katanya.

'via Blog this'

Lapan kereta dipecah cermin

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


HAMIDAH Osman (kiri) melihat salah sebuah kereta yang dipecahkan oleh kumpulan remaja bermotosikal di Ipoh, semalam.
IPOH 19 April - Penduduk di tiga taman perumahan di Pasir Puteh dekat sini, kerugian ribuan ringgit selepas lapan kereta yang diletakkan di luar pagar rumah mereka dipecahkan cerminnya oleh sekumpulan remaja bermotosikal, malam tadi.
Tiga taman perumahan yang menjadi sasaran kumpulan remaja itu adalah Taman Pinji Mewah, Taman Pangkalan Impian dan Taman Desa Pakatan.
Menurut mangsa, Tung Soo Wan, 42, dari Taman Pinji Mewah, dia menyedari cermin hadapan kereta Toyota Wish miliknya pecah pukul 10 malam tadi.
"Saya terdengar bunyi bising deruman enjin motosikal diikuti bunyi kaca pecah. Saya kemudian keluar untuk melihat dan terkejut mendapati cermin hadapan kereta saya telah pecah.
"Ada jiran yang sempat melihat kejadian itu memaklumkan sekumpulan lelaki bermotosikal membaling batu ke arah kereta saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Seorang lagi mangsa, Yip Yott Leong, 51, dari Taman Desa Pakatan berkata, kejadian tersebut disedarinya selepas dimaklumkan oleh pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu.
"Ini bukan pertama kali kerana sebelum ini, sudah beberapa kali cermin kereta penduduk di sini dipecahkan pihak tertentu yang melakukannya untuk suka-suka," katanya yang bekerja sebagai mekanik kenderaan.
Kedua-dua mangsa itu telah membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai berhubung kejadian itu hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman ketika melawat mangsa berkata, polis diminta melakukan rondaan lebih kerap di kawasan tersebut.
"Bagi mengatasi masalah ini, mungkin kita boleh minta bina pondok polis berhampiran kawasan ini kerana balai polis yang paling hampir hanya di Simpang Pulai dan ini menyusahkan penduduk sekiranya terdapat kecemasan," katanya.

'via Blog this'

Balvin Kaur dilapor hilang hadir di balai polis

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUANTAN 20 April - Remaja perempuan, Balvin Kaur Raghbir Singh, 17, yang dilaporkan hilang di sini sejak 7 April lepas, sudah ditemui semalam apabila gadis itu hadir ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata pelajar Tingkatan Lima itu datang sendiri ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pukul 3 petang semalam selepas berita kehilangannya tersebar.
"Dia hadir ke Balai Polis Dang Wangi dengan tidak ditemani sesiapa di mana dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan hari ini untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Keluarga remaja perempuan itu membuat laporan polis pada 7 April lalu selepas gadis itu tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumahnya di Bukit Setongkol di sini pada kira-kira 12 tengah hari.
Remaja perempuan itu dipercayai telah mengikut seorang lelaki yang dikenali sebagai Ravi yang berusia 53 tahun dan seorang perempuan berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Sri. - BERNAMA

'via Blog this'

Lagi kontroversi gambar askar AS

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


Sekeping daripada gambar disiarkan akhbar Los Angeles Times, menunjukkan seorang askar Amerika Syarikat bergambar dengan tangan mayat seorang pemberontak Afghanistan diletakkan di bahu kanannya. - Agensi
WASHINGTON 19 April - Amerika Syarikat (AS) mengutuk penyiaran gambar-gambar memaparkan askarnya bersama mayat-mayat pemberontak di Afghanistan, bagi mengehadkan kesan buruk dalam skandal terbaru melibatkan tentera negara ini.
Gambar berkenaan yang bertarikh 2010 tetapi disiarkan akhbar Los Angeles Times semalam, menambah kepada jumlah kejadian yang meningkatkan perasaan anti-Barat dan menyukarkan usaha NATO untuk mengundurkan tenteranya dari Afghanistan pada 2014.
Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta berkata, mereka yang bertanggungjawab akan dihukum, tetapi melahirkan 'kekesalan' terhadap keputusan akhbar itu untuk menyiarkan gambar berkenaan tanpa kebenaran Pentagon.
Beliau memberi amaran gambar berkenaan akan menimbulkan kesan sampingan yang buruk.
"Saya tahu peperangan adalah satu perkara buruk serta ganas dan saya tahu orang muda adakalanya membuat keputusan bodoh. Saya tidak ingin memberi alasan atas kejadian itu tetapi saya tidak mahu imej berkenaan mengeruhkan lagi hubungan dengan rakyat Afghanistan,'' katanya kepada satu sidang media NATO di Brussels, Belgium.
Akhbar Los Angeles Times menyiarkan dua daripada 18 gambar yang diberikan oleh seorang askar yang dipercayai melanggar arahan ketua dan tidak berdisiplin sehingga menjejaskan keselamatan pasukan tentera.
Satu gambar menunjukkan seorang askar dengan tangan mayat seorang pemberontak diletakkan di bahu kanannya.
Satu lagi gambar memaparkan askar-askar tersenyum dan menunjukkan isyarat 'bagus' sambil berdiri di belakang mayat anggota Taliban tidak berkaki.
Akhbar itu berkata, satu set gambar lagi yang masih belum disiarkan, menunjukkan askar dari divisyen sama memegang tangan yang terputus dengan jari tengahnya diluruskan.
Kejadian pertama berlaku pada Februari 2010 ketika askar payung terjun dari Divisyen Udara ke-82, Briged Pasukan Gempur dihantar ke balai polis di Zabul untuk memeriksa saki baki mayat suspek penyerang berani mati.
Arahan mereka adalah untuk mendapatkan cap jari dan memeriksa iris mayat ,tetapi sebaliknya mereka bergambar dengan polis Afghanisan di sebelah mayat berkenaan, lapor akhbar tersebut. - AFP

'via Blog this'

15 maut bas jatuh gaung di kawasan pergunungan Andes

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "15 maut bas jatuh gaung di kawasan pergunungan Andes

LA PAZ 20 April - Seramai 15 penumpang sebuah bas maut selepas kenderaan malang tersebut tergelincir ke dalam gaung di kawasan timur pergunungan Andes, Bolivia kelmarin.

Menurut polis, kemalangan yang turut mengakibatkan 20 penumpang lain cedera itu berlaku di jalan yang menghubungkan La Paz dan pekan La Asunta, Yungas.

Bas yang membawa 40 penumpang tersebut dipercayai tergelincir selepas mengalami masalah teknikal. - AFP"

'via Blog this'

Warga emas, wanita hamil ditangkap urus loteri tanpa lesen RM1.1j

Utusan Malaysia Online - Kota:


KUALA LANGAT 19 April - Kegiatan seorang wanita warga emas dan seorang wanita hamil menjadikan kediaman mereka sebagai markas kegiatan loteri dalam talian tanpa lesen terbongkar apabila kedua-duanya dicekup polis ketika sedang leka menguruskan pertaruhan bernilai RM1.1 juta di sini semalam.
Serbuan kira-kira pukul 7.30 malam di Lot 1117, Jalan Pulau, Kampung Pulau, Banting di sini mendapati rumah setingkat yang terletak di dalam kawasan kelapa sawit itu dijadikan markas judi loteri tanpa lesen itu sejak dua tahun lalu.
Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Deputi Supritendan Rohan Shah Ahmad berkata, serbuan melibatkan lima pegawai dan 12 anggota itu dilakukan selepas pihaknya membuat intipan selama dua minggu.
Beliau berkata, ketika serbuan, kedua-dua suspek leka mengumpul kertas-kertas pertaruhan.
Menurut beliau, sebanyak 334 helai kertas yang tertera nombor loteri, tujuh papan kekunci, komputer riba (4), set pencetak (2), mesin fax (2), set modem (2) dan kalkulator (1) telah dirampas di rumah suspek.
"Suspek warga emas yang ditahan berusia 71 tahun sementara suspek yang mengandung empat bulan dipercayai warga Indonesia berketurunan Cina berusia 35 tahun.
"Kami sedang menyiasat hubungan di antara kedua-dua suspek," katanya selepas serbuan selesai semalam.
Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

'via Blog this'

Mangsa cerita detik cemas rumah dilanda banjir

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:


RUMAH milik sepasang warga emas musnah akibat banjir di Kuala Dipang, Kampar, Perak, baru-baru ini.
KAMPAR 19 April - Bagai mati hidup semula.
Begitulah perasaan sepasang suami isteri warga emas, Osman Ibrahim, 90, dan Azmah Embok, 80, selepas terselamat dalam kejadian banjir besar yang melanda Kampar minggu lalu, walaupun mereka kini tinggal sehelai sepinggang.
Dalam kejadian banjir terburuk sejak 33 tahun itu, rumah mereka di Kampung Baru, Kuala Dipang di sini, rosak teruk apabila sebahagian dinding dihanyutkan arus deras.
"Sebelum ini, hanya banjir biasa paras buku lali dan kami suami isteri sudah biasa dengan keadaan itu. Saya tidak sangka hujan berjam-jam baru-baru ini memusnahkan segalanya yang kami bina sejak berpindah ke sini berpuluh tahun lalu.
"Sebaik sahaja kami lari menyelamatkan diri, dalam sekelip mata rumah kami runtuh dan terbelah dua akibat dilanda air deras," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, baru-baru ini.
Menurut Azmah, walaupun hilang segala harta benda, mereka bersyukur kerana Allah masih memberikan mereka peluang untuk hidup.
"Akibat kejadian itu, suami saya kini menjadi pendiam, mungkin kerana trauma selepas apa yang berlaku," ujarnya.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), Datuk Zainal Abidin Omar berkata, pihaknya akan membantu membaik pulih dan membina semula rumah penduduk di situ yang musnah dilanda banjir.
"Keadaan tanah yang masih basah menyukarkan kerja membaik pulih mahupun pembinaan baru. Oleh itu, kita akan mengambil masa sehingga air surut sepenuhnya sebelum kerja dapat dijalankan.
"Proses baik pulih itu akan hanya dimulakan sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan sehingga tiga bulan," katanya ketika ditemui semasa melawat tempat kejadian di sini.
Menurut beliau, lebih 20 petugas YBUDR telah membantu mangsa dan menyalurkan bantuan kotak makanan kepada mangsa pada hari kejadian.

'via Blog this'

Bapa bertegas mahu saman hospital

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:


MUHAMMAD Firdaus Anuar kelihatan muram ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/GHAZALI BASRI
KUALA LUMPUR 19 April - Bapa kepada remaja yang tangan kanannya terpaksa dipotong akibat lewat mendapatkan rawatan selepas terbabit dalam kemalangan Sabtu lalu, bertegas akan menyaman Kementerian Kesihatan, Klinik Desa Bera dan Hospital Temerloh, Pahang.
Anuar Ramlee, 57, berkata, langkah itu sebagai memberi pengajaran kepada pihak berkenaan yang telah mengakibatkan anak bongsunya cacat seumur hidup.
Menurut Anuar, anaknya, Muhammad Firdaus, 21, terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Bera, Pahang, Sabtu lalu dan telah dimasukkan ke Wad Kecemasan, Hospital Temerloh.
"Malangnya anak saya lewat menerima rawatan dan dibiarkan selama enam jam sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) keesokannya.
"Kami sekeluarga sebelum itu mendesak supaya kakitangan Hospital Temerloh bertindak segera tetapi mereka memarahi dan menyuruh kami bersabar.
"Akibatnya, sekarang anak saya sudah tiada tangan kanan dan berada dalam keadaan murung," katanya ketika ditemui di PPUKM di sini hari ini.
Muhammad Firdaus yang baru menamatkan Sijil Pengajian Ukur Tanah di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak pada 4 April lalu terlibat kemalangan jalan raya bersama tiga rakannya dari Bera ke Felda Triang, Pahang.
Kemalangan pada pukul 10 malam itu berlaku selepas kereta Proton Saga yang dipandu rakannya terbabas apabila cuba mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan yang memasuki laluan mereka.
Ketika kejadian, secara kebetulan sebuah ambulans berada di belakang kereta mereka dan terus membawa Muhammad Firdaus ke Klinik Desa Bera, sebelum dirujuk ke Hospital Temerloh pukul 10.30 malam.
Menurut Anuar, dia yang menerima berita kemalangan itu pukul 11 malam bergegas menuju ke Hospital Temerloh dari rumahnya di Selayang dan tiba pada pukul 12.30 tengah malam.
"Apabila saya sampai di hospital, saya melihat banyak darah keluar dari tangan kanan anak saya. Saya bertanya kepada pihak hospital dan menggesa mereka supaya bertindak segera menyelamatkan anak saya," katanya.
Jelasnya, pada pukul 5.15 pagi keesokan harinya, barulah pihak Hospital Temerloh mengambil keputusan menghantar anaknya ke PPUKM dan tiba di situ pada pukul 7 pagi.
"Bayangkanlah keadaan anak saya yang menderita menahan kesakitan lebih enam jam akibat pihak Hospital Temerloh lambat membuat keputusan.
"Apabila sampai di PPUKM, doktor pakar memberitahu jika dihantar lebih awal keadaan anak saya masih boleh diselamatkan," katanya.
Tambahnya, mereka sekeluarga terpaksa akur keputusan doktor pakar PPUKM untuk memotong tangan kanan anaknya kerana daging anggota itu sudah reput.
"Sehubungan itu, saya sekeluarga tidak teragak-agak lagi mahu mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak terbabit bagi menuntut pampasan atas kecuaian mereka," katanya.
Sementara itu, Pengarah Hospital Temerloh, Datuk Dr. Bahari Awang Ngah ketika dihubungiUtusan Malaysia berkata, pihaknya telah mencuba sedaya upaya bagi menyelamatkan Muhammad Firdaus dengan kepakaran pegawai perubatan di hospital itu.
"Pada masa sama kami turut menghubungi hospital-hospital lain bagi mendapatkan bantuan sebelum PPUKM yang mempunyai kepakaran Unit Tangan dan Mikrosurgeri memberi jawapan pada pukul 3.30 pagi.
"Bagaimanapun, kami tidak boleh menghantar pesakit ketika itu kerana tekanan darahnya rendah dan keadaannya tidak stabil untuk perjalanan jauh," katanya.
Tambah beliau, pihaknya telah menghubungi Anuar untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara itu dengan lebih jelas selain menjangkakan hasil siasatan mengenai kes itu dapat diselesaikan pada minggu hadapan.
Jelasnya, siasatan itu dibuat bagi mengenal pasti punca kesilapan tersebut sebelum dibawa kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

'via Blog this'

Dua maut, sembilan cedera bas kilang rempuh lori

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:


KAMPAR 20 April — Dua pekerja kilang terbunuh manakala sembilan cedera termasuk pemandu bas apabila kenderaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di km 38.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Kampar malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata mangsa yang terbunuh Rohani Ramli, 38, berasal dari Taman Mesra Raya, Kampar dan Russiah Md Yusof, 44, berasal dari Kampung Simpang Tiga Sungai Lesung, Ayer Kuning, Kampar.
Kedua-dua mangsa pekerja kilang elektronik Unisem di Simpang Pulai.
Rohani yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, manakala manakala Russiah yang juga cedera parah di kepala meninggal dunia di Hospital Raja Permasuri Bainun pagi ini ketika sedang dirawat, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Aziz berkata sembilan lagi penumpang termasuk pemandu bas kilang yang mengalami kecederaan turut dirawat di hospital Kampar.
Beliau berkata kejadian berlaku pada pukul 8 malam tadi ketika bas kilang itu yang membawa sepuluh penumpang dari sebuah kilang di Simpang Pulai menuju ke Teluk Intan apabila dirempuh di bahagian tengah oleh sebuah treler membawa muatan sarung tangan getah dari arah bertentangan.
Ketika kejadian treler berkenaan dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan dipercayai melanggar isyarat lampu merah, katanya. - BERNAMA.

'via Blog this'

Wanita putus cinta diancam bekas kekasih

Kosmo! Online - Negara:


KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak berpuas hati selepas hubungan cinta terputus di tengah jalan, seorang lelaki bertindak mengugut untuk mencederakan bekas teman wanitanya.
Kejadian berlaku sejak Februari lalu apabila lelaki yang dipercayai sudah berumah tangga dan berumur dalam lingkungan 50 tahun itu menghantar beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 26, berkata, ugutan menjadi semakin serius apabila lelaki itu mengetahui dia sudah mempunyai kekasih baharu.
“Selepas kami berpisah dia pernah meminta untuk berbaik semula tetapi saya menolak permintaannya dengan baik.
“Apabila dia mengetahui saya mempunyai teman lelaki baharu, dia mula bertindak ganas dengan menghantar SMS berunsur ancaman dan memberi amaran supaya saya dan teman lelaki berhati-hati,” dakwanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam PGRM di sini baru-baru ini.

'via Blog this'

Budak kena petir pengsan 12 jam

Kosmo! Online - Negara:



LIJAH mencium cucunya Khairul yang terselamat daripada menjadi mangsa panah petir di Kampung Kolam, Tok Uban, Pasir Mas semalam.


PASIR MAS – Seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun pengsan 12 jam selepas terpelanting masuk ke dalam baldi dalam kejadian panah petir di Kampung Kolam, Tok Uban di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang kelmarin, Mohd. Khairul Mohd. Rosdi yang cedera ringan di belakang dan telinga kirinya hanya tersedar daripada pengsan pada pukul 3 pagi semalam ketika dirawat di Hospital Lati Pasir Mas.
Kakak mangsa, Nur Zainawati, 11, adiknya, Suzilawani, 7, dan nenek mangsa Lijah Samad, 63, turut cedera ringan di beberapa bahagian badan selepas tercampak ke atas tanah semasa hujan lebat.
Cerita Lijah, sebelum kejadian dia bersama tiga cucunya itu berehat di serambi pondok sebelum dikejutkan dengan bunyi petir yang menyambar tiang pondok tidak jauh dari tempat mereka duduk.

'via Blog this'

Pelajar maut lepas hantar rakan

Kosmo! Online - Negara:


DUNGUN – Seorang pelajar tingkatan empat tidak mungkin melupakan tragedi sahabatnya maut dirempuh kereta Perodua Kancil selepas menghantarnya ke sekolah di Kilometer 73.9, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan semalam.
Dalam tragedi pada pukul 7.20 pagi di hadapan Sekolah Menengah Teknik di sini, Ahmad Zikri Zaharudin, 16, pelajar tingkatan empat itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas menghantar rakan sebayanya, Muhammad Faizal Yusri Mohd. Shaali ke sekolah itu.
Kejadian tersebut berlaku selepas Faizal turun daripada motosikal di depan sekolah manakala mangsa pula sedang membuat pusing U untuk pulang.
Cerita Faizal, mangsa yang tinggal sekampung dengannya di Kampung Balai Besar kira-kira dua kilometer dari sekolah tidak ke sekolah semalam kerana demam. Bagaimanapun, dalam keadaan tidak sihat mangsa berkeras menghantar Faizal ke sekolah.

'via Blog this'

Kondo pusat Macau Scam

Kosmo! Online - Negara:



ANGGOTA sindiket Macau Scam yang diberkas dalam serbuan polis di Bukit Jalil semalam.


KUALA LUMPUR - Jenayah Macau Scam yang sebelum ini didalangi warga China dan Taiwan dilihat berubah arah apabila rakyat tempatan mula dikesan mendalangi sindiket itu sehingga berjaya menipu seorang peguam bergelar Datuk.
Peguam yang bergelar Datuk dari Tawau, Sabah itu kerugian RM3.2 juta pada Februari lalu selepas terpedaya dengan panggilan anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Datuk berusia 50-an itu memindahkan wang miliknya ke dalam akaun sindiket itu selepas pegawai polis palsu yang menghubungi mangsa mendakwa akaun miliknya digodam oleh penjenayah di Hong Kong.
Jenayah penipuan Internet yang pertama kali melibatkan rakyat tempatan itu terbongkar ekoran tertangkapnya lima ahli sindiket tersebut dalam serbuan pada pukul 12 tengah hari di sebuah kondominium di Bukit Jalil di sini semalam.
Salah seorang daripada suspek lelaki itu didapati pernah ditahan selama 11 bulan di China atas kesalahan menjalankan penipuan Internet.

'via Blog this'

Dijual suami dengan harga RM130

Kosmo! Online - Negara:


TOO (kanan) bersama Wilson Lau pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang wanita kini terpaksa hidup dalam keadaan tertekan apabila dia dihujani berpuluh-puluh panggilan telefon daripada lelaki yang tidak dikenalinya setiap hari kerana menyangka dirinya menawarkan perkhidmatan seks sejak 18 Mei tahun lalu.
Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Too, 42, mendakwa, panggilan yang diterimanya itu adalah berpunca daripada tindakan suaminya yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kawan-kawannya dengan menyatakan dirinya menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM130.
“Saya ingatkan pemanggil tersebut tersalah nombor tetapi setelah beberapa kali menerima beberapa panggilan yang sama tujuannya, saya mula mengesyaki sesuatu.
“Perbuatan suaminya terbongkar apabila seorang rakannya memberitahu telah menerima SMS daripada suami saya yang menyatakan saya menyediakan perkhidmatan seks dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya,” dakwanya pada sidang akhbar di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia di sini semalam. Turut serta Pengerusi Biro Pengaduan Awam Gerakan, Wilson Lau.
Too yang hidup bersama tiga orang anaknya setelah ditinggalkan suami sejak tahun 2009 berkata, keadaan itu telah membuatkan dia hidup tertekan apabila ramai jiran turut bertanyakan mengenai perkara tersebut.

'via Blog this'