Search This Blog

Wednesday, April 18, 2012

Pengetua antara pelanggan pelacur

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


SINGAPURA 17 April - Seramai 44 lelaki termasuk seorang pengetua sekolah, pegawai tentera laut dan pegawai kanan kerajaan dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana dituduh melakukan seks dengan pelacur bawah umur.
Kumpulan lelaki yang turut melibatkan ahli perniagaan dan profesional kewangan itu didakwa selepas ditahan lewat tahun lalu dalam satu operasi polis besar-besaran sejak undang-undang menentang pelacuran di bawah umur diketatkan pada 2008, lapor media tempatan hari ini.
Walaupun aktiviti pelacuran dibenarkan di Singapura, melanggan pelacur di bawah umur 18 tahun adalah satu jenayah yang boleh dikenakan hukuman sehingga tujuh tahun penjara.
Senarai suspek turut disiarkan oleh media arus perdana bersama gambar beberapa lelaki yang hadir ke mahkamah semalam atas pelbagai kesalahan.
Hanya seorang suspek yang merupakan bekas pengetua sekolah yang telah meletak jawatan tahun lalu, namun dia masih tidak mengaku bersalah, lapor Straits Times.
Mereka yang dituduh termasuklah bekas ketua perancangan strategi di Pusat Latihan Polis, seorang bekas pegawai kanan penasihat undang-undang di Agensi Alam Sekitar dan seorang pegawai tentera laut.
Mereka dituduh membayar antara SG$450 hingga SG$850 (RM1,102 hingga RM2,082) setiap kali melakukan hubungan seks dengan gadis di bawah umur pada September 2010 hingga Februari 2011.
Perkhidmatan pelacuran di bawah umur itu diiklankan di laman web yang kini telah ditutup. - AFP

'via Blog this'

Wanita niat baik maut ditikam

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


TAWAU 17 April - Niat murni seorang wanita untuk meleraikan pergaduhan berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas ditikam di Kampung Tanjung Pukat, Tanjung Batu Laut di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, mangsa yang tidak dikenal pasti identitinya ditikam di dada dan meninggal dunia di Hospital Tawau.
"Sebelum kejadian, berlaku pergaduhan antara suspek yang berusia lingkungan 30-an dengan seorang lelaki berusia 22 tahun. Suspek kemudian dikatakan mengejar lelaki itu dengan membawa sebilah pisau.
"Mangsa yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya cuba meleraikan pergaduhan itu tetapi tiba-tiba ditikam oleh suspek," katanya di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, polis kemudian menahan seorang lelaki untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, polis sedang memburu suspek dikenali sebagai Kassim Kecik yang melarikan diri sejurus selepas kejadian itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta melaporkan kepada mana-mana balai polis berhampiran, ujarnya.

'via Blog this'

Warga emas rugi RM100,000 akibat percaya 'batu delima sakti'

Utusan Malaysia Online - Jenayah:



Koh Ah Tiam menunjukkan batu delima palsu pada sidang akhbar di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 17 April - Orang ramai khususnya warga emas di negeri ini dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan taktik pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan melalui kegiatan menjual batu delima 'sakti' yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Koh Ah Tiam berkata, tahun lalu sahaja sebanyak 11 kes dikesan manakala sehingga April tahun ini, terdapat lima lagi kes dengan jumlah kerugian sebanyak RM200,000.
Terbaru, katanya, seorang warga emas berusia 70 tahun dari Cukai, Kemaman kerugian kira-kira RM100,000 apabila terpedaya oleh kumpulan yang didalangi tiga suspek yang mendakwa mereka mampu mengubati penyakit menggunakan batu tersebut.
"Mangsa ditunjukkan dengan sejenis batu delima yang boleh mengeluarkan cahaya seolah-olah ia merupakan batu sakti atau mempunyai kuasa ajaib," katanya di sini hari ini.
Percaya dengan kata-kata suspek, warga emas berkenaan menyerahkan wang tunai sebelum menyedari dia telah tertipu dan kemudian membuat laporan polis.
Menurut Ah Tiam, batu delima yang didakwa mengeluarkan cahaya berkenaan hanyalah batu delima palsu yang direka dapat mengeluarkan cahaya apabila bertindak balas kepada air bagi membolehkan mangsa yakin terhadap 'kuasa' batu berkenaan.
"Taktik yang digunakan kumpulan ini memang licik apabila batu itu juga diletakkan di dalam sejenis bekas antik yang menjadikan ia seolah-olah berharga walhal mudah didapati di pasar malam," katanya.
Katanya, kumpulan tersebut yang dikenal pasti terdiri daripada penduduk tempatan dan warga Indonesia menjadikan warga emas yang menghidap penyakit kronik sebagai sasaran dengan mengunjungi rumah mereka dan menyatakan hasrat ingin membantu.
Bagi menyakinkan mangsa, urusan jual beli juga dilakukan hanya melalui bungkusan dan tidak diserahkan secara terang iaitu dengan memasukkan wang dan batu itu ke dalam sampul surat atau kain dan hanya boleh dibuka selepas waktu Maghrib.
"Namun apabila dibuka, ada di antara mangsa yang memperoleh batu-bata, duit syiling serta gelang besi yang langsung tiada nilai sedangkan ada mangsa yang membayar dengan jumlah ribuan ringgit.
"Kebanyakan mangsa mudah terpedaya memandangkan mereka terdesak dan menghidap penyakit yang sukar sembuh selain taktik yang digunakan oleh kumpulan itu meyakinkan mereka," katanya.

'via Blog this'

Sindiket tipu emas palsu tumpas

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


IPOH 17 April - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan melibatkan barangan emas tiruan di daerah ini dengan tertangkapnya tiga suspek dalam serbuan berasingan sejak 2 hingga 8 April lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kesemua suspek berusia antara 55 dan 70 tahun ditahan hasil laporan seorang mangsa yang juga pemilik kedai emas dekat sini, pada 2 April lalu.
Katanya, pemilik kedai emas itu mendakwa didatangi seorang suspek yang menawarkan surat gadai emas menerusi Skim Ar-Rahnu dari sebuah bank tempatan.
"Pengadu bersama suspek ke bank berkenaan untuk menebus barang kemas berupa tujuh biji loket emas bernilai RM32,394.24.
"Selepas barangan itu diserahkan kepada pengadu dan pemeriksaan dibuat dengan memotong salah satu daripada loket, pengadu menyedari bahawa ia merupakan emas tiruan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd. Shukri berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan menggadaikan emas tiruan di bawah Skim Ar-Rahnu dan apabila tamat tempoh gadaian emas tersebut, ia akan dijual kepada pembeli lain.
Katanya, siasatan awal mendapati, dua daripada suspek merupakan bekas pekerja bank tersebut manakala seorang lagi penganggur.
"Hasil tangkapan itu, polis merampas 15 utas rantai tangan dan 15 utas rantai leher yang disyaki tiruan seberat dua kilogram yang dianggarkan bernilai RM360,000," kata beliau.
Menurutnya, daripada semakan yang dibuat, salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah iaitu memalsukan dokumen pada 1985 dan 1986.
"Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sekiranya ada individu yang menawarkan barang kemas untuk dijual kerana disyaki sebagai barangan tiruan.
"Justeru itu, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan tersebut diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya.

'via Blog this'

Jangan tertipu tawaran jualan alat jimat elektrik

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KEPALA BATAS 17 April - Suruhanjaya Tenaga mengingatkan orang ramai agar tidak tertipu dengan tawaran jualan alat penjimatan elektrik yang terdapat di pasaran.
Ketua Suruhanjaya Tenaga Kawasan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, Ir. Md. Zakuan Ibrahim berkata, alat yang dijual pada harga antara RM200 hingga RM400 sebuah itu sebenarnya tidak memberikan penjimatan elektrik seperti didakwa.
"Ada penjual yang mendakwa alat ini mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah sehingga 40 peratus.
"Namun, hasil kajian kita mendapati ia hanya berupaya memberi penjimatan di antara satu hingga lima peratus. Justeru itu, ia tidak berbaloi dengan harga jualannya," kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan semasa sesi dialog bersama masyarakat anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini hari ini.
Md. Zakuan memberitahu, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada semua pembekal peralatan tersebut agar tidak lagi menjualnya kepada orang ramai.
Katanya, mereka yang masih berdegil boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan atas kesalahan menipu.
"Kita juga akan membuat pemantauan dan pemeriksaan bersama penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi memastikan alatan tersebut tidak lagi dijual di pasaran," ujarnya.

'via Blog this'

Sengsara hutang hanya RM1,000, terpaksa bayar RM20,000

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


JOHOR BAHRU 17 April - Seorang penjual tiket bas yang pada mulanya hanya meminjam RM1,000 daripada ah long untuk mengambil alih gerai makan rakannya, kini terpaksa menanggung hutang lebih RM20,000 dalam tempoh dua bulan.
Lebih memburukkan keadaan, Suzana Hassan, 31, meminjam daripada 16 ah long semata-mata untuk melangsaikan hutang yang bermula dengan jumlah kecil.
Keadaan ini berlaku apabila wanita itu tidak mampu membayar bunga RM200 seminggu daripada ah long pertama, menyebabkan dia meminjam daripada ah long kedua untuk menjelaskan bayaran itu.
Kitaran hutang Suzana berulang sehingga dia berhutang dengan seramai 16 ah long, kesemuanya dihubungi menerusi iklan.
Menurut Suzana, masalah itu bermula apabila dia berhasrat mengambil alih gerai makan milik rakannya di Taman Ungku Tun Aminah pada Februari lalu dan mengambil keputusan berhenti kerja.
"Saya terpaksa meminjam daripada ah long selepas bank menolak permohonan saya kerana nama saya disenaraihitamkan ketika masalah pembelian kereta.
"Saya sudah berjaya membayar kira-kira RM15,000 kepada lima ah long, namun masih berhutang RM9,000 dengan 11 ah long," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Biro Aduan Masyarakat MCA Bahagian Johor Bahru, Michael Tay.
Menurutnya, dia terpaksa membayar RM7,600 sebulan hanya untuk duit bunga sedangkan hasil yang diperoleh daripada gerai makan berkenaan kira-kira RM3,000 sebulan sekali gus menyebabkan dia bertindak meminta bantuan daripada Michael.
Suzana memberitahu, dia berharap masalahnya itu dapat diselesaikan segera dan kemudian bercadang untuk berhenti daripada meneruskan perniagaan gerai makannya dan bekerja semula sebagai penjual tiket bas.
"Setiap kali hendak lelap mata saya teringat akan duit yang sudah dipinjam dan khuatir perkara tidak diingini berlaku seperti yang terjadi Jumaat lepas apabila ada ah long ugut untuk memalukan saya jika wang tidak dibayar," ujarnya.
Dalam pada itu, Michael berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak terlibat supaya mereka boleh menimbang untuk mengurangkan jumlah bayaran bunga kerana Suzana memang berhasrat untuk menjelaskan semua hutangnya.
"Saya sudah berjumpa dengan dua daripada 11 ah long itu dan mereka telah bersetuju untuk memberi Suzana lebih masa bagi menjelaskan pinjamannya," katanya sambil menasihatkan orang ramai supaya tidak lagi meminjam daripada ah long.

'via Blog this'

Pesara rugi RM660,000 ditipu lelaki menyamar polis dari Bukit Aman

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


MELAKA 17 April - Seorang pesara kerajaan kerugian RM660,000 selepas ditipu lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang sedang menyiasatnya berhubung tuduhan pengubahan wang haram.
Percaya dengan kata-kata 'polis' yang kononnya boleh membantu mangsa memadamkan rekod tuduhannya, lelaki berusia 66 tahun itu bersetuju memasukkan sejumlah wang sebagai balasan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Supritendan Soh Hock Sing berkata, lebih meyakinkan mangsa, nombor yang digunakan oleh suspek untuk menghubunginya sama seperti nombor dari Bukit Aman.
"Mangsa yang percaya setelah melihat nombor tertera dan diselubungi perasaan takut telah memasukkan sejumlah wang diminta ke dalam akaun suspek.
"Perkara sama berulang dan sejak Januari sehingga awal bulan ini, mangsa membuat 10 kali pemindahan wang tunai berjumlah RM660,000," kata Hock Sing pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka hari ini.
Menurutnya, mangsa sedar telah ditipu apabila melakukan semakan dan mendapati dia tidak disiasat oleh polis berhubung kesalahan yang dilakukan di Hong Kong seperti didakwa suspek.
Pada masa yang sama, katanya, mangsa juga tidak dapat menghubungi semula nombor yang digunakan suspek sebelum ini untuk arahan urusan pemindahan wang.
Katanya, polis yang bertindak selepas mangsa membuat laporan pada 9 April lalu berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 22 dan 28 tahun.
Ketiga-tiga lelaki itu ditahan di Muar, Johor dan Jalan Tun Aminah, Johor Bahru pada 10 April serta Jumaat dan Sabtu lalu.
"Siasatan mendapati, ketiga-tiga suspek juga terlibat dalam kes penipuan lain yang hampir sama iaitu meminta duit mangsanya kononnya untuk menutup kes.
"Dalam kes ini, salah seorang suspek lelaki berusia 26 tahun berjaya memperdaya sebanyak RM202,000 daripada mangsanya itu hanya dengan satu transaksi pemindahan wang," katanya.
Menurut Hock Sing, pihaknya masih menjalankan siasatan kemungkinan ada individu lain terlibat atau mempunyai kaitan dengan tiga suspek lelaki itu.

'via Blog this'

Cedera ditembak ketika cuba mencuri

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUALA TERENGGANU 17 April - Seorang remaja berusia 18 tahun yang disyaki memecah masuk sebuah rumah di Kampung Palas Marang dekat sini tengah malam semalam cedera di kaki akibat ditembak oleh pemilik rumah.
Tembakan senapang patah itu dilepaskan oleh pemilik rumah itu, seorang kontraktor yang bergegas ke premis yang tidak berpenghuni tersebut setelah dihubungi penduduk kampung.
Remaja yang didapati positif dadah ditahan polis di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian pada pukul 7.30 malam semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, hasil pemeriksaan, terdapat tiga butir peluru penabur pada kaki suspek dan dia kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Katanya, remaja berkenaan bersama seorang lagi rakan dipercayai memecah masuk rumah itu pada pukul 12.15 tengah malam.
"Kontraktor berusia 56 tahun itu menerima panggilan yang memaklumkan rumah kosong miliknya telah diceroboh lalu bergegas ke situ bersama empat rakannya.
"Pemilik rumah itu kemudian melepaskan tembakan apabila melihat kelibat dua lelaki berhampiran rumahnya menyebabkan kedua-duanya melarikan diri," katanya.
Manoharan memberitahu, kontraktor berkenaan melaporkan kejadian tersebut kepada polis yang kemudian menahan seorang remaja kira-kira 20 jam kemudian.
Hasil siasatan katanya, remaja terbabit mengaku melakukan jenayah itu selain mendakwa turut ditembak pemilik rumah berkenaan.
Ekoran kecederaan itu, bapa suspek telah membuat laporan polis terhadap pemilik rumah terbabit sejam selepas anaknya ditahan.
"Kita syak suspek kedua yang berjaya melarikan diri itu juga terkena tembakan yang sama dan percaya dia dapat ditahan tidak lama lagi," katanya.

'via Blog this'

10 penyamun lebuh raya

myMetro | 10 penyamun lebuh raya: "SUNGAI PETANI: Sepuluh lelaki bersenjata parang yang menaiki dua kereta menyamun wang tunai RM50,000 daripada seorang lelaki dalam satu kejadian samun di Kilometer (Km) 102, Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran susur masuk Plaza Tol Taman Sejati, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang, kereta yang dinaiki mangsa tiba-tiba dihimpit dua kereta dinaiki 10 lelaki yang mengarahkannya berhenti sebelum melarikan wang tunai berkenaan.


Sumber berkata, ketika kejadian mangsa berusia 40-an dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang ke Sungai Petani, tetapi sebaik tiba di Km 102, dekat Taman Sejati, di sini, keretanya dihimpit dua kereta.

Katanya, mangsa kemudian terpaksa memberhentikan keretanya di tepi lebuh raya itu selepas dihimpit dua kereta suspek."

'via Blog this'

Balasan terajang isteri

myMetro | Balasan terajang isteri:

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja kontrak pelantar minyak yang didapati bersalah menendang isterinya sehingga keguguran diperintahkan melakukan kerja wajib selama empat jam setiap hari bagi tempoh tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Hakim Azman Mustapha mengguna pakai peruntukan Seksyen 5 Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 dan mensabitkan kesalahan mengikut Seksyen 313 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mohd Amran Tullah Salleh, 25, dari Kampung Kolam, Kuala Ibai, di sini, sebelum ini didakwa dengan sengaja menyebabkan keguguran dengan tiada kerelaan apabila menendang perut isterinya, Siti Aishah Alias Saa, 23, yang mengandung tiga bulan selepas berlaku satu pertengkaran.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kampung Padang Luar, Kuala Ibai, di sini, jam 10 malam pada 5 Februari tahun lalu.

'via Blog this'

Terbiar tujuh jam

myMetro | Terbiar tujuh jam:

KUALA LUMPUR: “Masa depan anak saya hancur kerana kecuaian mereka,” kata Anuar Ramlee, 57, yang kesal dengan pihak Hospital Temerloh (HT) yang didakwa lambat mengambil tindakan sehingga menyebabkan tangan anaknya terpaksa dipotong.
Mangsa, Muhammad Firdaus Anuar, 21, dikatakan mengalami luka parah di tangan kanannya selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke Bera dari Felda Triang, Pahang, Sabtu lalu. 
Bagaimanapun, tangan kanannya terpaksa dipotong sebaik saja tiba di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, berikutan lewat mendapatkan pembedahan bagi menyambung semula pembuluh darah yang putus dalam kemalangan berkenaan.

Menceritakan semula kejadian, Anuar berkata, anaknya yang baru saja seminggu menamatkan pengajian dalam bidang Ukur Tanah di Politeknik Ungku Omar, di Ipoh dikatakan keluar makan bersama tiga rakannya sebelum terbabit dalam kemalangan jam 10 malam.

Katanya, Muhammad Firdaus dikejarkan ke HT dan tiba di hospital berkenaan 45 minit selepas itu sebelum menerima rawatan doktor yang bertugas.

'via Blog this'

Penyelia pelayan hotel maut rempuh pokok

myMetro | Penyelia pelayan hotel maut rempuh pokok:

MELAKA: Seorang penyelia pelayan cafe sebuah hotel lima bintang di bandar raya ini maut apabila Perodua Kancil dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Persisiran Pantai Limbongan dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, V Kaminesh, 30, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke hostel penginapannya di Kota Laksamana Utama dan sepatutnya memulakan tugas jam 6 pagi di hotel berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan dari arah Limbongan ke hostelnya di Taman Kota Laksamana Utama.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan dipandu lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh pokok di bahu jalan, sebelum kenderaannya itu berpusing beberapa kali dan masuk ke dalam longkang,” katanya

'via Blog this'

Peniaga derita mahu wajah gebu

myMetro | Peniaga derita mahu wajah gebu:

ALOR SETAR: Impian seorang wanita mendapatkan kulit wajah cantik dan gebu bertukar tragedi apabila kulit wajahnya rosak dan bertompok serta bengkak selepas menjalani rawatan kulit muka di sebuah pusat kecantikan terkenal di kompleks beli-belah, di sini, tahun lalu menyebabkan dia kerugian RM10,000.
Mangsa, Rohhimi Tam, 46, yang menetap di Pokok Sena, dekat sini berkata, dia terpengaruh dengan iklan di televisyen mengenai rawatan di pusat kecantikan berkenaan yang menawarkan promosi rawatan percuma kepada pelanggan menyebabkan dia berminat untuk mecuba.

Rohhimi berkata, sebagai ahli perniagaan, dia mahu menjaga penampilan wajah supaya lebih cantik walaupun sebelum ini pernah mengunjungi butik kecantikan lain untuk menjalani rawatan muka.
“Saya mengunjungi pusat kecantikan itu pada 7 November tahun lalu dan hanya sekadar mahu bertanya mengenai promosi berkenaan, tetapi pakar kecantikan itu memujuk supaya mengikuti 30 sesi rawatan kulit muka dengan bayaran pendahuluan RM4,000, malah turut menjanjikan kesan yang menarik.

“Pakar kecantikan terbabit memujuk berkali-kali untuk mengikuti rawatan kecantikan di situ menyebabkan saya akhirnya bersetuju untuk menyertai pakej rawatan yang disyorkan dan membayar wang pendahuluan RM4,000.

“Bagaimanapun, selepas sehari menjalani rawatan itu, saya dapati kulit muka keluar jerawat yang banyak dan pergi semula ke pusat itu untuk mendapatkan penjelasan, tetapi kakitangan di situ memaklumkan yang ia perkara biasa, malah kesan parut itu hanya akan hilang selepas menjalani beberapa sesi rawatan yang lain,” katanya.
Rohhimi berkata, belum sempat sesi rawatan pertama selesai, pakar kecantikan terbabit menawarkan pakej promosi rawatan kedua yang bernilai RM6,000 apabila selesai 20 sesi rawatan pertama selepas mendapati kulit mukanya dan bermasalah menyebabkan dia terus bersetuju.

Katanya, sejak itu, dia terpaksa berulang-alik ke pusat kecantikan itu seminggu sekali untuk mendapatkan rawatan dan mendapati kulit wajahnya semakin rosak.
“Apabila bertanya, pakar kecantikan terbabit memberitahu produk mereka sesuai untuk semua jenis kulit dan apa yang saya alami adalah kesan biasa, tetapi apabila mendapati keadaan bertambah teruk, saya terpaksa berhenti menjalani rawatan di pusat berkenaan.

“Bayangkan ketika itu saya terpaksa duduk di rumah, malah tidak dapat bertemu pelanggan kerana malu,” katanya.

Rohhimi berkata, dia membuat aduan di pejabat Persatuan Pengguna Kedah (Cake) untuk membantunya mendapatkan semula ganti rugi berkenaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail berkata, sebaik aduan diterima, beliau terus menghantar notis kepada pusat kecantikan itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut, tetapi sehingga sekarang belum mendapat maklum balas.

Sehubungan itu, katanya, kes berkenaan akan dibawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk diselesaikan.

Dalam pada itu, Yusoff berkata, sepanjang tahun ini, beliau menerima 10 kes daripada pengguna yang mengadu mengalami masalah kulit muka selepas menjalani rawatan di pusat kecantikan wajah yang sama.

Sementara itu, pegawai khidmat pelanggan pusat kecantikan terbabit yang hanya dikenali sebagai Vinent berkata, perkhidmatan rawatan wajah yang disediakan di situ tidak menggunakan sinar laser atau suntikan sehingga boleh merosakkan kulit wajah pelanggan.

Beliau berkata, pakar kecantikan di pusat itu juga tidak menggunakan sebarang penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya kerana pihaknya mengutamakan kesesuaian kulit pelanggan sebelum rawatan dilakukan.

Katanya, berkemungkinan pengadu terbabit (Rohhimi) mempunyai masalah kulit wajah sebelum datang ke pusat kecantikan berkenaan menyebabkan berlaku tindak balas ketika menjalani rawatan di sini.

'via Blog this'

Pencuri kasut dipenjara 12 bulan

myMetro | Pencuri kasut dipenjara 12 bulan:

PETALING JAYA: Gara-gara gagal memberi keterangan mengenai lima kasut pelbagai jenama yang ditemui dalam keretanya, seorang penganggur dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Majistret Mohd Nazri Omran menjatuhkan hukuman itu terhadap Afmadi Afmat, 52, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Afmadi didakwa gagal memberi keterangan mengenai kasut berkenaan yang disyaki harta curi di Jalan SS14/2C, Subang Jaya, kira-kira jam 5.40 pagi, Sabtu lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 29(1), Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, Afmadi ditahan anggota polis yang membuat rondaan sebelum kereta dinaikinya diperiksa dan menemui lima kasut pelbagai jenama.

Ketika pemeriksaan, tertuduh gagal menjelaskan mengenai kasut berkenaan sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta mahkamah mengurangkan hukuman dengan alasan sudah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Yahya meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana tertuduh mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan kes curi mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

'via Blog this'

Tak pasal-pasal mati ditikam

myMetro | Tak pasal-pasal mati ditikam:

TAWAU: Niat murni seorang wanita berusia 30 tahun meleraikan pergaduhan membawa padah apabila dia mati selepas ditikam di dada oleh seorang lelaki di Kampung Pukat, Tanjung Batu, malam kelmarin.
Sebelum kejadian, suspek berusia 30-an yang mabuk bergaduh dengan seorang lelaki berusia 22 tahun, kira-kira jam 7.20 malam. 
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin, berkata lelaki berusia 22 tahun itu nekad melarikan diri dan memasuki rumah mangsa selepas dikejar suspek yang memegang pisau.

Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan kehadiran dua lelaki terbabit cuba meleraikan pergaduhan mereka, tetapi suspek tertikam dada kanan mangsa.

“Suspek yang panik dengan kejadian itu melarikan diri, manakala mangsa yang cedera parah dihantar suaminya ke hospital bagi mendapatkan rawatan, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

'via Blog this'

Longgok tanah lolos diri

myMetro | Longgok tanah lolos diri:

SENGAJA...lori hantu diekori petugas JPJ membuang tanah ke atas jalan raya.
SENGAJA...lori hantu diekori petugas JPJ membuang tanah ke atas jalan raya.
IPOH: Seorang pemandu lori hantu nekad merempuh kenderaan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebelum membuang muatan tanah ke atas jalan raya bagi meloloskan diri dalam kejadian berhampiran Taman Gemilang, di sini, pagi semalam.
Tindakan suspek berusia 20-an membuang muatan tanah merah seberat tiga tan itu menyebabkan laluan Jalan Kuala Kangsar menuju ke Sungai Siput di sini, sesak teruk.

Ketua Unit Operasi JPJ Negeri, Hashim Md Ali berkata, kejadian berlaku ketika pihaknya menjalankan operasi pemeriksaan kenderaan awam melalui Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), berhampiran Jelapang, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
Menurutnya, suspek enggan memberi kerjasama memberhentikan lori berkenaan untuk pemeriksaan selepas diarah sepasukan 20 anggota JPJ Perak.

“Tindakan suspek itu memaksa kami mengekori lori berkenaan sejauh lebih empat kilometer sehingga ke jalan Kuala Kangsar.

“Anggota JPJ yang menaiki kenderaan pacuan empat roda cuba memintas dan menghalang lori itu daripada terus melarikan diri. Bagaimanapun, pemandu lori berkenaan bertindak agresif melanggar sisi kanan belakang kenderaan pacuan empat roda model Toyota Fortuner milik JPJ,” katanya. Menurutnya, suspek memberhentikan lori tidak jauh dari lokasi pelanggaran sebelum sengaja menuangkan semua muatan tanah dibawa ke atas jalan raya.
“Tindakan luar biasa suspek menyebabkan laluan dan mencetuskan kesesakan hampir satu kilometer,” katanya.

Menurutnya, pemandu itu kemudian melarikan diri ke kawasan kampung berhampiran dengan meninggalkan lori di lokasi kejadian mengelak daripada ditangkap. “Pihak JPJ percaya, suspek lelaki itu tiada lesen memandu dan lori dipandu dipercayai mempunyai cukai jalan tamat tempoh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharudddin Wan Omar yang ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu jam 9.30 pagi semalam.

'via Blog this'

4 sekeluarga diserang kerana hutang lama

myMetro | 4 sekeluarga diserang kerana hutang lama:

KUALA LUMPUR: Angkara hutang lama, empat sekeluarga diserang keluarga sepupunya ketika berada di sebuah pusat perubatan di ibu kota dipercayai bagi memalukan keluarga mangsa, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.50 malam, mangsa yang juga penjawat awam berusia 30-an membawa ibunya, seorang warga emas untuk menerima rawatan kecemasan di pusat perubatan itu.

Sumber polis berkata, ketika mangsa sekeluarga berada di pintu utama pusat perubatan, mereka didatangi sepupu dan bapa saudaranya.
“Pada mulanya, mangsa menyangka kedua-dua saudaranya itu datang untuk melihat keadaan ibunya, namun terkejut selepas sepupunya menyerang mangsa sebelum menumbuk adik lelaki dan kakaknya.

“Lebih kejam, bapa saudara mangsa turut menumbuk ibu mangsa yang menunggu untuk menerima rawatan,” katanya, semalam.

Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa sekeluarga cedera manakala ibu mangsa mengalami serangan jantung sebelum dibawa masuk ke dalam pusat perubatan.
Katanya, keluarga mangsa pernah diugut keluarga sepupunya kerana hutang berkenaan, bagaimanapun tidak menyangka mereka menyerang mangsa sekeluarga di tempat awam. Bimbang dengan keselamatan mereka sekeluarga, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

'via Blog this'

Facebook Ayah Pin hina Islam

Berita Harian Online | Facebook Ayah Pin hina Islam:

LAMAN facebook didakwa milik Ayah Pin menggunakan perkataan menghina Islam dan negara.
LAMAN facebook didakwa milik Ayah Pin menggunakan perkataan menghina Islam dan negara.
Pihak berkuasa didesak bertindak 

SHAH ALAM: Selepas sekian lama menghilang, nama Arifin Mamat, 69, atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, muncul semula apabila sebuah laman facebook (FB) dipercayai didalangi pihak tidak bertanggungjawab dikesan memuatkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap Islam dan negara.
Laman FB yang dikatakan mula dibuka Sabtu lalu, dipercayai didalangi pihak yang cuba menyebar dan mempengaruhi orang ramai ajaran kerajaan langit yang sebelum ini dibawa Ayah Pin dan difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama negara ini.
Selain penggunaan perkataan menghina agama di laman yang menggunakan gambar Ayah Pin dan baru mempunyai empat pengikut itu, terdapat sesalinan perakuan murtad serta salinan daftar pemilih yang disahkan membabitkan kawasan pilihan raya bagi ketua ajaran sesat kerajaan langit terbabit. 

Kemungkinan laman FB itu digunakan pihak lain untuk menghina Islam juga tidak boleh ditolak berdasarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pos terbarunya jam 6.15 petang kelmarin yang berbunyi “I cant send friend request because fb suspend it for 2 days and fb urge me to cancel friend all request, what the heck! fb is not user friendly la lagu ni”'. 

Semakan Berita Harian terhadap akaun FB itu turut menemui beberapa kata-kata penghinaan seperti ‘Malaysia Babi’ yang dipos pada jam 1.13 tengah hari 15 April lalu serta pos bertarikh 15 April jam 2.24 petang yang berbunyi: “Tidak lama lagi akan mengundi, semoga Dewa Iswara dan Dewa Indra memanjangkan umur saya”. 

Setakat ini laman FB Ayah Pin yang menerima komen daripada lebih 56 pembaca turut memuatkan beberapa perkataan lain yang boleh dianggap menghina antaranya, yang diposkan semalam berbunyi “Alhamdulillah ana sudah murtad!! Bebas dari agama palsu!!” 
Dalang laman FB itu turut memasukkan secara jelas salinan daftar pemilih yang disahkan menerusi semakan komputer mengandungi nama Arifin Mamat, bernombor kad pengenalan 430622035313, bertarikh lahir 23 Jun 1943, tempat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut serta kawasan mengundi di Parlimen Besut. 

Niat buruk pemilik akaun laman itu untuk menghina Islam jelas apabila pada ruangan info pemiliknya memaparkan gambar Ayah Pin dan tertulis perkataan ‘Ayah Pin Islam agama palsu’ sehingga membuatkan orang ramai mendesak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak segera menutup akaun laman FB berkenaan. 

Pengguna, Zaidi Abas, 48, mendesak pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelakkan ia mempengaruhi fikiran terutama generasi muda yang cetek pengetahuan agama. 

“Ini amat keterlaluan terutama perkataan yang digunakan nyata menghina Islam dan negara kita. Sama ada akaun laman ini dibuka pihak lain atau Ayah Pin sendiri, itu menjadi tugas SKMM menyiasatnya. 

“Mungkin ia bukan dibuka oleh Ayah Pin kerana ada pos yang ditulis menggunakan bahasa Inggeris, tetapi kita tidak boleh memandang ringan perkara ini,” katanya.
'via Blog this'

Rusuhan penjara berakhir

Kosmo! Online - Dunia:




GAMBAR oleh pihak berkuasa Brazil menunjukkan beberapa orang banduan berdiri di atas bumbung penjara Advogado Jacinto Filho de Arcaju, Brazil kelmarin.



RIO DE JANEIRO - Satu rusuhan di sebuah penjara di negeri Sergipe, timur laut Brazil berakhir kelmarin selepas kumpulan banduan membebaskan semua 141 tebusan, kata beberapa pegawai wilayah.
Kira-kira 400 orang banduan penjara Advogado Jacinto Filho de Arcaju merusuh ketika waktu lawatan Ahad lalu ekoran tidak berpuas hati atas layanan buruk pengawal penjara, selain isu makanan.
Polis berkata, banduan-banduan terbabit bersenjatakan pisau dan tiga pucuk raifal yang dicuri dari sebuah bilik senjata di penjara berkenaan.
Hampir semua tebusan terdiri daripada saudara-mara banduan terbabit, termasuklah sejumlah wanita dan kanak-kanak yang melawat ketika rusuhan berlaku.
Menurut polis, tiga orang pengawal penjara turut dijadikan tebusan dalam insiden tersebut.
"Selepas rundingan berlangsung selama 24 jam, kumpulan banduan itu akhirnya bersetuju untuk bersurai," jelas satu kenyataan pejabat Keselamatan Awam Negeri Sergipe.
"Kami akan melakukan segala yang termampu dan menyiasat semua aduan mereka," kata Setiausaha Keselamatan Awam, Joao Eloy.
Namun, sebahagian daripada tuntutan tersebut seperti menukar warden penjara tidak dapat dipertimbangkan.
Seperti kebanyakan negara Amerika Latin lain, penjara-penjara di Brazil adalah sesak. Situasi itu diburukkan lagi oleh gejala rasuah dalam kalangan pegawai dan penguasaan kumpulan penjenayah di dalam penjara. - AFP

'via Blog this'

Jenayah siber dilapor meningkat 100 peratus

Kosmo! Online - Negara:



VUI KEONG (kiri) beramah mesra dengan sebahagian peserta forum mengenai jenayah komputer di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Kes berkaitan jenayah siber yang dilaporkan kepada pusat bantuan Cybersecurity meningkat lebih 100 peratus pada tahun lepas iaitu sebanyak 13,173 berbanding 6,204 pada 2010.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, peningkatan sebanyak 112.3 peratus itu membuktikan bahawa jenayah dan ancaman siber semakin membimbangkan dan perlu dibendung.
“Kajian oleh Cybersecurity juga menunjukkan dari tahun 2005 hingga 2010, kerugian akibat jenayah siber telah mencecah RM2.75 bilion, ia satu angka yang besar dan merugikan,” jelasnya ketika berucap merasmikan Forum Undang-Undang: Kajian Semula Akta Jenayah Komputer 1997 di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini semalam.

'via Blog this'

Askar berkelakuan keji dipenjara

Kosmo! Online - Negara:


KUALA LUMPUR – Seorang bekas askar berpangkat Lans Koperal wajar dihukum penjara 15 tahun dan lapan kali sebatan selepas dia bukan sahaja memperdayakan dua pendandan rambut dengan menyamar sebagai anggota polis malah bertindak lebih keji apabila menyamun, merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap mangsanya itu.
Kedua-dua pendandan rambut itu juga diugut akan dipotong kaki dengan pisau pemotong sayur jika kehendaknya tidak dilayan.
Malah sewaktu melakukan kesalahan terhadap dua pendandan rambut tersebut, Hamzi Amni Zamali, 26, sedang dalam jaminan mahkamah kerana berhadapan tuduhan merogol seorang wanita lain.
Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Emelia Kaswati Mohamad Khalid semalam yang menerima pengakuan salah tertuduh atas lima tuduhan berkenaan.

'via Blog this'

Kakitangan JKR mati tergantung

Kosmo! Online - Negara:



ANGGOTA polis dan orang ramai memasukkan mayat Balasubramanium yang ditemui mati ke dalam trak polis di Taman Abadi Indah, Taman Malim Jaya kelmarin.


MELAKA – Seorang ibu yang mahu berjumpa dengan anaknya selepas seharian tidak bertemu, hampir pengsan apabila melihat jasad anaknya itu sudah tidak bernyawa tergantung di siling rumah di Taman Abadi Indah, Taman Malim Jaya di sini kelmarin.
Mayat K. Balasubramanium, 34, yang merupakan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR), Alor Gajah ditemui ibunya, K. Sinamah, 60, pada pukul 3 petang selepas wanita itu masuk ke dalam rumah anaknya yang terletak bersebelahan dengan rumah warga emas itu.
Menurut bapa mangsa, M. Karupiah, 72, selepas melihat badan Balasubramanium tergantung, isterinya menjerit dan meraung kesedihan.
“Saya yang terkejut terus ke rumah anak saya dan turut terperanjat melihat Balasubramanium dalam keadaan tergantung di dalam bilik yang dijadikan tempat sembahyang.
“Saya yang panik terus meminta bantuan seorang menantu yang ada di rumah untuk menurunkan Balasubramanium,” kata warga emas itu ketika ditemui di rumahnya semalam.

'via Blog this'

Batu jalan berharga RM100,000

Kosmo! Online - Negara:



AH TIAM menunjukkan sebutir batu permata palsu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Terengganu di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Orang ramai khususnya warga emas dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan penjualan batu permata atau batu delima yang kononnya berkuasa ajaib sehingga mampu menyembuhkan penyakit mahupun dijadikan ubat pengasih.
Ia ekoran polis menerima 11 kes sepanjang tahun lalu yang melibatkan kerugian RM200,000 melibatkan mangsa yang membeli batu kononnya mempunyai kuasa ajaib.
Pada tahun ini sehingga Mac lalu, polis menerima laporan daripada lima warga emas yang mendakwa terpedaya membeli batu kononnya mempunyai kuasa ajaib.
Siasatan polis mendapati batu-batu yang dibeli mangsa hanya merupakan batu yang dikutip di jalanan. Namun mangsa-mangsa terpedaya selepas batu itu didakwa mempunyai kuasa ajaib selepas batu-batu itu dibalut kertas, diwarnakan atau dibalut dengan wang syiling bagi memperdaya mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Khoh Ah Tiam berkata, kes terbaharu melibatkan penipuan batu ajaib dilaporkan di Chukai, Kemaman pada bulan lalu melibatkan warga emas berusia 70 tahun.
“Warga emas wanita itu bersetuju membeli batu yang didakwa mempunyai kuasa ajaib apabila batu tersebut dapat mengeluarkan cahaya ketika diletakkan di dalam air,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) negeri di sini semalam.

'via Blog this'

SMS jual perempuan

Kosmo! Online - Negara:



Gadis yang menawarkan perkhidmatan seks akan ditempatkan di salah sebuah hotel di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR – Dalang di sebalik sindiket pelacuran kini lebih kreatif apabila mereka didapati menggunakan taktik menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mencari pelanggan baharu terutamanya dalam kalangan orang Cina.
SMS berbahasa Mandarin itu yang dihantar secara rawak turut mengandungi maklumat lengkap senarai gadis yang dibekalkan selain harga dan lokasi urus niaga seks terbabit.
Menurut butiran SMS berkenaan, pelacur yang ditawarkan terdiri dalam kalangan pelajar tempatan. Ia mendakwa sebahagian mereka baru berusia 15 tahun dan boleh dilanggan dengan harga RM298 termasuk sewa bilik.
Seorang wartawan yang menyamar sebagai pelanggan berjaya menghubungi nombor telefon yang tertera dalam SMS berkenaan.

'via Blog this'

10,092 PATI, 292 majikan ditangkap

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:


PUTRAJAYA 16 April - Seramai 70,259 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah diperiksa melalui 3,331 operasi yang melibatkan 18,197 anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen di seluruh negara sejak 20 Oktober lalu sehingga semalam.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, menerusi siri operasi tersebut, seramai 10,092 PATI dan 292 majikan telah ditangkap dan dikenakan pelbagai tindakan.
Berdasarkan pecahan, 50 majikan dan 1,364 PATI telah didakwa di mahkamah, 102 majikan dan 621 PATI dikenakan kompaun dan 1,558 PATI diusir keluar.
"Sementara itu, kes bagi 30 majikan dan 3,058 PATI masih dalam siasatan, manakala baki 110 majikan dan 3,337 PATI telah dibebaskan berikutan tiada kes manakala 154 PATI adalah mangsa Anti Pemerdagangan Orang," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Katanya, sejumlah 493 warga Afrika telah ditahan di bawah penguatkuasaan Program Penyelesaian Menyeluruh PATI (Program 6P) dengan Nigeria mencatatkan statistik tertinggi (462); Uganda (13); Sudan dan Zimbabwe (4); Botswana (3); Zambia (2) dan masing-masing satu bagi D'Ivory Coast; Eritheria; Cameroon, Guinea dan Algeria.
Berdasarkan statistik operasi, menurutnya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendahului jumlah bilangan penguatkuasaan yang dijalankan dengan 1,118 operasi, diikuti Sabah (1,086); Johor (1,034), Negeri Sembilan (907); Pulau Pinang (874); Melaka (856); Selangor, (797); Putrajaya (791); Terengganu (658); Perak (617); Kedah (532); Sarawak (262); Kelantan (255); Perlis (252); Pahang (195); dan Wilayah Persekutuan Labuan (150).
Katanya, seramai 132,424 PATI telah diampunkan dan memilih untuk pulang ke negara masing-masing dengan Indonesia seramai 82,253 orang; diikuti India (10,091); Nepal (9,271); Myanmar (7,850); Kemboja dan (5,121); Bangladesh (4,816).
Warga Vietnam (3,242); Pakistan (2,707); Filipina (2,249); Sri Lanka (1,705); China (1,492) dan lain-lain negara (1,627). Daripada jumlah tersebut seramai 100,133 PATI memilih jalan udara, 31,685 memilih jalan laut dan 424 PATI menggunakan jalan darat.

'via Blog this'

Kilang selimut runtuh, 2 maut

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


AMRITSAR, India 16 April - Sekurang-kurangnya dua terbunuh, manakala lebih 20 orang yang lain dikhuatiri masih terperangkap selepas sebuah kilang selimut runtuh di utara India.
Siaran televisyen menunjukkan, pasukan kecemasan bertungkus lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat di balik runtuhan bangunan, selepas kejadian berkenaan berlaku malam tadi di bandar Jalandhar, negeri Punjab.
Timbalan Pesuruhjaya Pentadbiran Awam Jalandhar, Priyank Bharti berkata, selain penemuan dua mayat itu, tiga orang lagi dilaporkan cedera parah, manakala seramai 51 mangsa telah diselamatkan.
"Kita tidak boleh menganggarkan jumlah mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan, tetapi kita percaya ia melebihi 20 orang,'' katanya.
Seorang saksi memberitahu televisyen CNN-IBN, runtuhan itu berpunca akibat letupan sebuah periuk besar yang digunakan untuk merebus kain.
"Kami mendengar satu letupan kuat dan setiap objek yang ada di sekeliling kami mula jatuh. Kami bernasib baik kerana sempat keluar sebelum bangunan itu runtuh,'' katanya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Jalandhar, Tulsi Ram berkata, pasukan kecemasan percaya, kira-kira 90 orang berada di dalam kilang ketika kejadian.
Jumlah kematian dijangka akan terus meningkat setelah pasukan kecemasan mengesan lebih banyak mayat di tempat kejadian.
Mangsa yang cedera dirawat di hospital tempatan. - AFP/DPA

'via Blog this'

Dua anggota geng samun diberkas

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


BAGAN SERAI 16 April - Polis percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 23 kes samun melibatkan kerugian lebih RM1 juta selepas tertangkapnya dua anggota satu kumpulan penjenayah yang sangat dikehendaki di Ladang Bagan Serai, di sini pada 7 April lalu.
Dalam serbuan kira-kira pukul 11.15 malam itu, kedua-dua suspek berjaya ditahan manakala tiga lagi anggota kumpulan samun itu berjaya melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mohd. Fauzi Nayan berkata, siasatan awal mendapati, kumpulan itu bergiat aktif menjalankan kegiatan samun di sekitar utara Semenanjung termasuk Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Menurut beliau, kejayaan itu diperoleh selepas polis mengumpul maklumat berhubung satu kes samun di sebuah kedai peralatan sembahyang Cina di sini 4 April lalu.
"Modus operandi kumpulan itu adalah dengan memasuki rumah atau premis perniagaan dan mengugut mangsa menggunakan senjata seperti parang supaya menyerahkan harta benda atau wang tunai.
"Dengan penangkapan ini, kita percaya telah menyelesaikan 21 kes samun dan curi di daerah Kerian dan Taiping, Perak serta masing-masing satu kes di Sungai Petani, Kedah dan Seberang Perai, Pulau Pinang.
"Usaha sedang dibuat untuk memburu tiga lagi suspek yang berjaya melarikan diri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pada sidang akhbar tersebut, polis turut mengedarkan gambar tiga lelaki berusia 26 tahun yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes tersebut iaitu S. Devapalan, S. S Ragu, dan S. Suresh Kumar.
Mohd. Fauzi memberitahu, dalam serbuan itu, polis turut merampas sejumlah senjata dan peralatan yang digunakan dalam kegiatan jenayah termasuk tiga bilah parang, dua walkie-talkie, telefon bimbit dan dua buah kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Waja.
Katanya, siasatan polis mendapati, suspek yang ditahan itu memiliki rekod jenayah lampau bersabit kes bunuh.
"Jumlah kerugian melibatkan semua kes berkenaan dianggarkan lebih RM1 juta dan kita sedang menyiasat penglibatan mereka dengan sindiket atau kumpulan penjenayah lain," katanya.

'via Blog this'