Search This Blog

Tuesday, April 3, 2012

‘Ahli’ kelab fotografi tahan pasangan Jerman


PORT DICKSON: Taktik jabatan imigresen menyamar sebagai ahli kelab fotografi untuk ‘mengumpan’ pasangan suami isteri warga asing yang mengusahakan perkhidmatan bot katamaran tanpa permit membuahkan hasil apabila kedua-dua mereka ditahan dalam satu operasi di sebuah marina bot mewah di bandar peranginan ini, kelmarin.
Operasi dilakukan sepasukan enam pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan diketuai Pengarahnya, Faizal Fazri Othman yang terlebih dulu menaiki kapal berkenaan di jeti sebuah hotel, bermula kira-kira jam 6 petang.

Wartawan dan jurugambar akhbar ini yang turut menyertai operasi itu kemudian dibawa lelaki warga Jerman serta wanita Filipina berusia 30 dan 40-an berkenaan menuju ke tengah laut untuk menikmati pemandangan termasuk merakam gambar matahari terbenam.
Sejurus selesai dua jam pelayaran, pihak berkuasa melakukan pemeriksaan lanjut terhadap pasangan itu yang didapati menggunakan pas lawatan sosial tamat tempoh.

Menurut Faizal, operasi dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan pasangan itu menjalankan perniagaan berkenaan tanpa kelulusan.

“Siasatan mendapati mereka melakukan beberapa kesalahan imigresen dan Jabatan Laut.
“Pasangan warga asing itu kerap keluar masuk ke Malaysia sejak hampir dua tahun lalu, dipercayai untuk memperbaharui pas lawatan sosial bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan berkenaan.

“Bagaimanapun, pas berkenaan tidak diperbaharui sejak Disember lalu, bermakna mereka berada di negara ini secara haram,” katanya di sini, semalam.

Polis tahan lelaki miliki pistol, dipercayai untuk peras ugut


GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki sepucuk pistol dipercayai digunakan dalam kegiatan peras ugut, di Jalan Sungai Pinang di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai jurujual DVD itu juga dipercayai anggota kongsi gelap yang aktif di kawasan Farlim, Bandar Baharu.
Lelaki terbabit ditahan dalam satu operasi pada jam 1.30 pagi tadi di tempat letak kereta flat Wisma Lam Hong.

Susulan penangkapan itu, polis dibawa ke rumahnya dan menemui sepucuk pistol jenis Glock dan dua kelopak beserta 10 butir peluru .38 dan 17 butir 9mm di dalam beg pakaian di bilik tidurnya, katanya kepada pemberita, di sini.

Katanya polis turut merampas sebilah parang dan sepasang gari.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api penalti lebih berat 1971 yang boleh membawa hukuman 14 tahun penjara dan disebat tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan, katanya. - Bernama

Penjawat awam antara anggota kumpulan curi diberkas


LABUAN: Polis Labuan menumpaskan tiga kumpulan curi dalam tempoh tidak sampai sebulan setelah menahan 20 anggota dan ketua-ketuanya di sini sejak hujung bulan lepas.
Seorang daripada anggota kumpulan itu ialah penjawat awam dan empat lagi adalah wanita, kata Ketua Polis Labuan Saiman Kasran kepada Bernama hari ini. 
Katanya tangkapan terbaru dibuat di sini pada Ahad lepas apabila polis memberkas 10 orang dalam satu serbuan di sebuah hotel di sini.

Polis merampas barang berharga dan wang yang berjumlah RM30,000 yang dipercayai dicuri daripada pelancong dan rakyat asing yang bekerja di sini.

"Dengan semua tangkapan ini, polis yakin dapat menyelesaikan 29 kes yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan ini," kata Saiman. - BERNAMA

Penunggang motosikal, murid perempuan maut kemalangan


KUANTAN: Seorang penunggang motosikal dan seorang murid perempuan, maut dalam dua kemalangan berasingan di Pahang awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abd Rahim berkata kejadian pertama berlaku di Km126 Lebuhraya Pantai Timur yang membabitkan pelanggaran dua buah kereta dari arah yang sama. 
"Dalam kejadian 4.15 pagi Isnin itu mangsa, Nurul Asyiqin Zulkipli, 11, penumpang belakang sebuah kereta Proton Iswara bersama pemandu dan seorang lagi penumpang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.

"Kereta yang dinaiki mangsa telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta dari arah yang sama menyebabkan mangsa yang cedera parah di badan dan kepala, mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan pula seorang penunggang motosikal maut apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang di Km8.5 Jalan Jerantut-Temerloh pada 6.45 pagi.

Fauzi berkata mangsa, Syed Omar Syed Sulaiman, 65, dalam perjalanan dari Kampung Teming, Jerantut menghala ke Temerloh.

Katanya apabila sampai di tempat kejadian mangsa dirempuh oleh sebuah kereta dari arah yang sama selepas dipercayai mangsa mengubah laluan dari kiri ke tengah laluan berkenaan.

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Jerantut bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan. - Bernama

Pijak kepala dalam kereta


BEGINI...anak mangsa, Nurul Azita Mat Yusof menunjukkan cara ibunya dicekik penjenayah.
BEGINI...anak mangsa, Nurul Azita Mat Yusof menunjukkan cara ibunya dicekik penjenayah.
BACHOK: Seorang warga emas bukan saja disamun sehingga kerugian RM30,000, tetapi turut diperlakukan seperti haiwan apabila dipijak kepala, dicekik serta dicampak ke kebun getah enam kilometer dari rumahnya dalam kejadian di Kampung Gunung, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Mek Mat Dam, 70, didatangi dua lelaki tidak dikenali yang masuk ke dalam rumahnya dan mencekiknya sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah kereta.
Ketika kejadian, cucunya, Mohd Afiq Fakrul Anuar, 5, turut berada di rumah, namun dia tidak diapa-apakan.

Cucunya memaklumkan kejadian itu kepada suami Mek, Mat Yusof Che Lah, 75, yang berada di sebuah kedai berhampiran rumahnya.

Menurut Mek, dua lelaki terbabit membawanya masuk ke dalam kereta Proton Inspira berwarna hitam dan meletakkannya di bahagian bawah kerusi tempat duduk penumpang belakang dalam keadaan kepala dipijak dan lehernya dicekik.

Kaki nyaris putus dilibas parang


PARAH...Lee menunjukkan kakinya yang cedera.
PARAH...Lee menunjukkan kakinya yang cedera.
IPOH: Seorang jurujual bukan saja berdepan saat mencemaskan akibat diserang dua lelaki bersenjata yang memecah masuk premisnya di Taman Pakatan Indah, petang kelmarin, malah kaki kirinya hampir putus akibat dilibas parang panjang.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, Lee Kwee Fah, 57, dari Bandar Baru Pengkalan, di sini, dikejarkan ke hospital dan menerima 13 jahitan akibat tetakan itu.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama isteri, Wong Sew Chan, 50, sedang menutup kedai apabila dikejutkan dua lelaki bersenjatakan pisau dan parang panjang.
yang tiba-tiba muncul.

Katanya, ketika kejadian dia di belakang kedai apabila dikejutkan dengan jeritan isterinya lalu meluru ke hadapan kedai dan mendapati dua lelaki bersenjata sedang mengugut isterinya.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa dan meminta mereka melepaskan isteri. Mereka melepaskannya sebelum dia keluar menyelamatkan diri dan mendapatkan pertolongan.
“Saya mencapai kayu bagi mempertahankan diri kerana seorang daripada mereka menghayun parang panjang ke arah saya,” katanya.

Menurutnya, dia merayu supaya penyamun berkenaan tidak mencederakannya, namun seorang daripada mereka menghayun parang panjang ke arahnya.
Lee cuba menahan serangan itu dengan kayu dipegangnya dan ketika pergelutan, kaki kirinya ditetak.

Dia rebah akibat tetakan itu dan terbaring di atas lantai kedai sambil menutup luka kaki kirinya.

“Pada masa sama, penyamun berkenaan menggeledah meja kaunter dan melarikan sejumlah wang tunai," katanya.

Sementara itu, Penyelia Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) cawangan Lahat Baru, Jimmy Liew berkata dia menerima panggilan daripada isteri mangsa kira-kira jam 7.15 petang lalu bergegas ke tempat kejadian bersama beberapa anggota dan wakil Persatuan Keselamatan Bandar Baru Pengkalan.

Beliau berkata, sebaik tiba pihaknya terserempak dengan empat suspek yang cuba menaiki dua motosikal untuk melarikan diri.

“Beberapa anggota kami berjaya menghalang seorang daripada suspek yang cuba melarikan diri itu dan memberkasnya. Namun, tiga suspek lain berjaya melarikan diri dengan dua motosikal.

"Suspek berusia kira-kira 30-an itu di bawa ke Balai Polis Simpang Pulai,” katanya.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Bekas penyelam nafi noda gadis

myMetro | Bekas penyelam nafi noda gadis: "KUALA TERENGGANU: Seorang bekas penyelam di sebuah pusat peranginan di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga pertuduhan merogol anak saudara tirinya yang berusia 15 tahun pada November lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Sapawi Ismail, 27, dari Kampung Beting Lintang, Kampung Raja, Besut yang berkerusi roda kerana mengalami penyakit saraf tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin. Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Sapawi didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Beting Lintang, Kampung Raja, Besut antara jam 8 hingga 11 malam pada 27 November lalu.


Selain itu, Mohd Sapawi turut mengulang perbuatan sama terhadap mangsa di kampung sama antara jam 8 hingga 11 malam pada 28 November lalu dan pada 29 November lalu antara jam 10 hingga 11 malam."

'via Blog this'

Tiga beranak lalok dicekup

myMetro | Tiga beranak lalok dicekup: "JEMPOL: Memalukan apabila seorang ibu yang sepatutnya menjadi contoh, dicekup ketika sedang khayal dengan dadah bersama suami dan anak gadisnya di sebuah pondok kebun getah berhampiran Felda Palong 15 di sini.

Difahamkan, dalam serbuan jam 6 petang Khamis lalu, tiga beranak berusia antara 30 dan 50-an itu ditahan bersama tiga lelaki lain yang juga berusia lingkungan sama di pondok berkenaan.
Sumber polis berkata, serbuan dilakukan hasil aduan awam dan risikan pihaknya mengenai kewujudan lokasi penagih dadah itu.

“Ketika serbuan, dua lelaki cuba melarikan diri, namun ditahan dan seorang daripadanya mencampakkan kotak rokok.



“Pemeriksaan lanjut menemui empat bungkusan plastik dan satu tiub disyaki berisi dadah jenis heroin seberat 14.58 gram (g) dalam kotak itu,” katanya di sini, semalam."

'via Blog this'

Mangsa melecur warga Myanmar

myMetro | Mangsa melecur warga Myanmar: "HATYAI, SONGKHLA: Tanda tanya mengenai identiti seorang wanita mangsa letupan bom di Hotel Lee Garden Plaza yang sebelum ini dipercayai rakyat Malaysia terjawab apabila dia dikenal pasti sebagai warga Myanmar.

Kelmarin, identiti wanita berusia 30-an berkenaan gagal dikenal pasti kerana hampir 50 peratus badannya melecur tetapi mengungkapkan perkataan ‘Malaysia’ berulang kali sehingga mencetuskan kekeliruan.


Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan mangsa berkenaan berasal dari Myanmar selepas pegawainya bertemu keluarga wanita itu di Hospital Songkhla Nagarind, semalam."

'via Blog this'

Percikan menjulang hingga tingkat tiga

myMetro | Percikan menjulang hingga tingkat tiga: "HATYAI, SONGKHLA: “Percikan api menjulang sehingga tingkat tiga, tempat saya sedang melayari Internet di pusat Internet hotel menyebabkan jantung berdegup kencang kerana terkejut,” kata Yan Chan, 27, dari Kuala Lumpur menceritakan pengalaman mendebarkan kejadian letupan bom di tempat letak kereta B2 Hotel Lee Garden Plaza, Sabtu lalu.

Yan yang bekerja sebagai kerani berkata, sebelum kejadian jam 1 tengah hari itu, dia bercadang keluar bersiar-siar dengan rakannya, Michi Foo, 24, sekitar pekan itu."

'via Blog this'

Bapa cam mayat anak berdasarkan tatu, cincin

myMetro | Bapa cam mayat anak berdasarkan tatu, cincin:

HATYAI, SONGKHLA: “Saya percaya dan yakin 99 peratus mayat yang tidak dikenal pasti ini anak saya selepas melihat tatu di belakang badannya selain mengecam cincin pada jari tangan kirinya,” kata Tan Hee Pong, 63, bapa kepada lelaki warga Malaysia, Tan Peng Chan, 40, yang dilaporkan hilang selepas letupan bom di tempat letak kereta B2 Hotel Lee Garden Plaza di sini, Sabtu lalu.
Hee Pong yang juga pengusaha restoran, berkata dia percaya gambar mayat yang ditunjukkan pihak Hospital Songkhla Nagarind (HSN) kepadanya adalah anaknya dari Kuala Kedah, Kedah, yang hilang dalam kejadian letupan berkenaan.

Menurutnya, pihak hospital tidak membenarkan melihat mayat anaknya, sebaliknya memberinya gambar mayat anaknya itu.
Katanya, dia perlu bersabar walaupun sudah memastikan mayat lelaki itu adalah anaknya, namun perlu mendapat pengesahan daripada pihak hospital yang melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti.

“Saya akan menunggu di Hatyai sehinggalah keputusan DNA dikeluarkan Rabu ini (esok) dan yakin ia sepadan dengan DNA saya yang diambil kira-kira jam 11 pagi semalam (kelmarin) sebaik tiba di HSN,” katanya.

Difahamkan, mangsa maut akibat terbakar hampir keseluruhan badannya apabila berada di kawasan tempat letak kereta yang menjadi lokasi letupan bom terbabit.
Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, jika ujian DNA mangsa dan bapanya sepadan, Peng Chan akan menjadi mangsa kedua rakyat Malaysia maut dalam letupan bom itu.

Menurutnya, keluarga mangsa sudah membuat proses pengecaman mayat lelaki yang rentung, namun tidak dapat memastikan ia ahli keluarga mereka.

'via Blog this'

Mayat ‘ghaib’ di parkir

myMetro | Mayat ‘ghaib’ di parkir: "HATYAI, SONGKHLA: Penduduk tempatan mendakwa ada mayat ‘ghaib’ ditinggalkan dalam kejadian letupan bom kereta di kawasan tempat letak kereta di tingkat bawah Hotel Lee Garden Plaza, di sini.

Seorang lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Noi, 40, berkata penduduk di sekitar bandar ini percaya jumlah mangsa yang maut dalam kejadian itu lebih ramai, bukan hanya tiga orang seperti didakwa pihak berkuasa.
Menurutnya, kereta jenis Honda Jazz yang diisi bahan letupan sebelum diletupkan dipercayai menyebabkan banyak kematian, namun ia cuba disembunyikan pihak berkuasa Thailand.

Katanya, tindakan berkenaan disifatkan bermotif politik, malah tindakan pihak berkuasa masih mengepung bangunan terbabit, termasuk menghalang orang awam memasukinya menguatkan lagi dakwaan itu.


“Kelibat kereta pihak berkuasa keluar masuk dari ruang bawah di bangunan itu setiap awal pagi dan lewat malam menimbulkan tanda tanya, termasuk mungkin tindakan memindahkan mayat secara senyap."

'via Blog this'

Nadia disamun RM20,000

myMetro | Nadia disamun RM20,000:

KUALA LUMPUR: Pelakon drama, Siti Naziyah Sheikh Mustafa atau Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki menaiki motosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Nadia, 35, bersama anak keduanya di dalam kereta Toyota Camry miliknya sebelum seorang lelaki yang masih memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.

Nadia yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berkata, terkejut dengan tindakan dua lelaki itu, dia keluar daripada kereta dan menjerit meminta tolong, namun beberapa orang awam di situ gagal mengejar dua lelaki terbabit yang memecut laju motosikal mereka.
“Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya.

“Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi,” katanya.

Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian itu kerana wang berkenaan hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara.
“Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja,” katanya.

'via Blog this'

Seorang maut, 2 parah ditembak di restoran

myMetro | Seorang maut, 2 parah ditembak di restoran:

SUNGAI BULOH: Akibat dendam, seorang lelaki mati manakala tiga rakannya cedera termasuk dua parah selepas ditembak dua lelaki di sebuah restoran di Matang Pagar, Desa Jaya, Sungai Buloh, lewat malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, S Parameswaran, 23, berada di luar restoran sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal dan seorang daripada mereka melepaskan beberapa das tembakan.

Mangsa mati di tempat kejadian dan dua lagi rakannya yang baru dibebaskan dari penjara minggu lalu, parah terkena tembakan pada dada serta perut. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, seorang lagi rakan mangsa turut terkena tembakan di kaki, namun kecederaannya tidak serius dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sungai Buloh.
Menurutnya, berdasarkan serangan mengejut terhadap semua mangsa, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotif dendam.

“Kami percaya serangan terbabit dilakukan secara terancang kerana suspek sudah menunggu mangsa keluar dari restoran sebelum melepaskan tembakan.

“Selain itu, kita percaya kes ini mungkin bermotifkan dendam atau permasalahan antara kumpulan samseng dan polis turut menyiasat sama ada serangan mempunyai kaitan dengan dua mangsa yang cedera parah itu kerana mereka bekas tahanan polis,” katanya.
Katanya, hasil pemeriksaan yang dijalankan Unit Forensik Polis Selangor di tempat kejadian, enam kelongsong peluru jenis .9 milimeter dari pistol separa automatik yang digunakan suspek ditemui.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222 atau datang ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

'via Blog this'

Dicekup lepas 16 jam menyamun

myMetro | Dicekup lepas 16 jam menyamun: "KUALA LUMPUR: Empat daripada lima lelaki yang dipercayai menyamun sebuah restoran makanan segera di Pasar raya Tesco, Kepong, pagi kelmarin ditahan 16 jam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, suspek berumur 18 hingga 20 tahun ditahan pada 11 hingga 12 malam kelmarin hasil maklumat orang ramai.


Mereka ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Baru, Sungai Buloh. Seorang lagi suspek tiada di rumah itu ketika serbuan.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, suspek melarikan wang RM2,300 ketika kakitangan restoran berkenaan membuat persediaan membuka perniagaan.


“Kami masih mengesan seorang lagi suspek. Identitinya sudah dikenal pasti. Semua suspek lelaki tempatan dan bekas pekerja restoran makanan segera itu,” katanya. — Bernama"

'via Blog this'

Maut rempuh treler berhenti

myMetro | Maut rempuh treler berhenti: "KUALA LUMPUR: Kecuaian seorang pemandu treler yang meletakkan kenderaan di lorong kecemasan tanpa tanda amaran membawa padah apabila ia meragut nyawa seorang penunggang motosikal, di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku jam 6 pagi di Kilometer 436.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah Kuala Lumpur kira-kira 200 meter sebelum susur masuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh belakang treler itu.


Mangsa, Mohd Kamel Omar, 47, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas tercampak beberapa meter sebaik merempuh sisi kanan treler itu.

Difahamkan, pemandu terbabit memberhentikan kenderaan di lorong itu kerana ingin berehat dan melelapkan mata akibat terlalu mengantuk.


Lori yang membawa tiang lampu itu dalam perjalanan dari Ipoh ke Seremban.


Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."

'via Blog this'

Sijil halal barang haram

myMetro | Sijil halal barang haram:

ARAH TANGGAL...anggota penguat kuasa Jakim menunjukkan ayat al-Quran yang ditampal di sebuah kedai makanan yang diserbu di Seksyen 7, Shah Alam.
ARAH TANGGAL...anggota penguat kuasa Jakim menunjukkan ayat al-Quran yang ditampal di sebuah kedai makanan yang diserbu di Seksyen 7, Shah Alam.
SHAH ALAM: Sebuah pasar raya di Seksyen 23, di sini, diarah menanggalkan sijil dan logo halal yang dipamerkan di premis mereka selepas pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati ia tidak diiktiraf pihak berkuasa berkenaan, pagi semalam.
Penolong Pengarah Jakim, Adam Drahman berkata, pasar raya itu dikesan meletakkan sijil dan logo halal bersaiz besar di luar premis, padahal hanya beberapa bahagian jualan makanan di dalam premis itu yang memiliki sijil dan logo halal sah, pada jam 11 pagi.

Beliau berkata, tindakan pemilik premis mempamerkan logo halal bersaiz besar itu seolah-olah menunjukkan semua barang jualan di pasar raya berkenaan dijamin halal, walaupun terdapat barang dijual tidak halal.
“Setakat ini, kami memberi amaran kepada pemilik terbabit, namun tindakan tegas diambil jika mereka dikesan melakukan kesalahan sama pada masa depan.

“Kami kesal dengan sikap segelintir pihak yang mendakwa tidak menyedari peraturan baru itu meskipun Jakim sudah banyak kali mengumumkan sijil dan logo halal yang sah hanya dikeluarkan pihak kami,” katanya ketika ditemui di sini, selepas serbuan berakhir semalam.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan jam 1.30 tengah hari sama, Jakim mengeluarkan surat amaran kepada sebuah kedai makanan di Seksyen 7, di sini, kerana mencabar undang-undang dan gagal mempamerkan sijil serta logo halal selain hanya menampal ayat al-Quran bagi mengaburi pihak berkuasa dan pelanggan.
Katanya, apabila diarahkan menanggalkan ayat berkenaan, pemilik premis enggan, malah mencabar pihak Jakim menyaman mereka.

“Anggota penguat kuasa Jakim menyerbu kedai makan terbabit dan apabila diperiksa premis itu hanya mempunyai sijil halal menyembelih ayam atas nama premis lain.
“Kami sudah mengeluarkan surat amaran. Jika pemilik premis masih berdegil dan gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. “Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua atau berikutnya RM10 juta bagi premis jenis pertubuhan atau perbadanan.

“Manakala, bagi yang bukan pertubuhan atau perbadanan, mereka boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya denda RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, Jakim sudah mengumumkan mengenai tiga fasa baru yang dijalankan iaitu fasa satu pada Januari hingga Mac, pihaknya memberi nasihat dan teguran, fasa dua bermula pada April hingga Jun termasuk memberi surat amaran dan fasa tiga pada Julai tindakan penguatkuasaan dijalankan dengan premis yang didapati masih melakukan kesalahan sama dikenakan tindakan tegas.

'via Blog this'

Safee Sali cerai isteri talak satu


pix_gal0
Capai persetujuan berpisah cara baik, elak wujud sebarang pertikaian 

SHAH ALAM: Pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali, 28, sah bercerai dengan isterinya, Sabarina Yusof, selepas melafazkan talak satu dalam prosiding tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam. Peguam syarie yang mewakili Sabarina, 30, Ezura Nashuha Abdul Hadi, ketika ditemui selepas prosiding, berkata lafaz cerai itu dibuat selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama untuk bercerai secara baik.
Katanya, kedua-dua mereka bersetuju semua tuntutan dan hak penjagaan dua anak mereka, Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nur Syasya Sofirna, 2, selain nafkah dan edah juga diselesaikan dengan cara baik. 

Prosiding itu dijalankan di depan Hakim Syarie Fouzi Mokhtar. 

“Tiada sebarang pertikaian dan ia diselesaikan secara muafakat. Anak guam saya berharap tidak ada berita kurang menyenangkan kerana kedua-dua pihak kerana sudah selesaikan dengan cara baik. 

“Sabarina akan terus pulang ke Kuching, malam ini (malam tadi) dan anak mereka diserahkan kepadanya,” katanya. 
Sementara itu, Sabarina yang ditemui berharap tiada lagi spekulasi timbul selepas kes itu selesai. 

“Sebelum ini, saya tidak pernah buat apa-apa kenyataan. Saya akan teruskan hubungan baik dengan Safee kerana kami ada dua anak dan perlu menjaga perasaan mereka. Saya dan Safee akan buat yang terbaik untuk anak-anak,” katanya. 

Percubaan mendapatkan kenyataan Safee, dan peguam syarie mewakilinya, Ahmad Nazib Johari gagal selepas mereka bergegas meninggalkan mahkamah sejurus kes selesai. 

Pada 27 Mac lalu, permohonan perintah kembali taat difailkan Safee terhadap Sabarina ditarik balik selepas mereka bersetuju menyelesaikan masalah itu di luar mahkamah. 

Pada November tahun lalu, Safee memfailkan permohonan perintah kembali taat terhadap Sabarina di mahkamah rendah di sini. 

Permohonan itu difailkan tiga bulan sebelum penyerang kebangsaan itu memperbaharui kontrak dua tahun dengan kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya FC, awal Februari lalu. 

Sebelum itu, pasangan berkenaan dilaporkan tinggal bersama dua anak mereka di Apartmen Bona Vista, kediaman mewah yang disediakan kelab di negara jiran itu. 

Pada 2 Februari lalu, akhbar ini melaporkan Safee boleh dianggap pemain bola sepak Malaysia pertama bergelar jutawan apabila menyambung kontrak dua tahun bersama Pelita Jaya FC bernilai lebih RM2 juta.

Korban bom dikenali



  • Foto
    YINGLUCK Shinawatra (kiri) melawat rakyat Malaysia, Ooi Fook Chuan, 34, yang masih menerima rawatan di Hospital Songhklanagarid akibat letupan bom di Lee Garden Plaza Hotel.
  • Foto
    LATT Shariman (kanan) bertanya khabar kepada Hee Pong, yang berada di bilik mayat Hospital Songhkhla Nagarind untuk membuat pengecaman mayat anaknya, Peng Chan.
Mayat lelaki dicam bapa mangsa berdasar tatu, cincin

HATYAI (Thailand): Mayat lelaki yang terbunuh dalam kejadian letupan di Hotel Lee Garden Plaza, di sini, Sabtu lalu, disahkan sebagai Tan Peng Chan, 46, yang berasal dari Kuala Kedah. Pengesahan itu diberikan bapa mangsa, Ban Hee Pong, 63, berdasarkan beberapa tanda pada badan Peng Chan terutama tatu yang tertera di bahu dan belakang mangsa.
Walaupun pengesahan penuh masih belum diterima kerana menunggu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan, Hee Pong positif mayat itu 99 peratus adalah anaknya.

“Saya yakin itu anak saya. Walaupun tubuhnya teruk terbakar dan sukar dikenali, saya positif mayat itu Peng Chan.

“Saya kenal benar dengan cincin yang ditunjukkan doktor yang dipakai Peng Chan ketika dibawa ke hospital Sabtu lalu. Selain itu, tatu pada bahu dan badan, kuat mengesahkan dia anak saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Songkhla Nagarind di sini, semalam.

Sementara it, Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan tidak dapat memberikan pengesahan kerana pihaknya terpaksa menunggu keputusan ujian DNA yang dijangka diterima esok. 
Sementara itu, mayat Low Thian Hock, seorang tukang besi dituntut abang sulungnya, Thian Bee, 56, kira-kira jam 10 pagi.

Banjir di Fiji surut selepas lima maut

SUVA: Keadaan banjir di Fiji surut selepas lima orang maut dalam bencana alam dan memaksa beribu-ribu penduduk menyelamatkan diri. 

Negara kepulauan Pasifik itu ditimpa hujan lebat dan ribut yang meranapkan kediaman dan merosakkan kemudahan awam. Bagaimanapun, penduduk bimbang keadaan mungkin bertambah buruk hari ini selepas ribut berkenaan tersasar beberapa ratus kilometer dari pulau berkenaan. - 

Tujuh maut, tiga cedera lelaki lepaskan tembakan di AS

OAKLAND: Tujuh orang maut dan tiga lagi cedera apabila seorang lelaki melepaskan tembakan dalam kolej agama persendirian California, dekat San Francisco. 

Suspek yang kemudiannya ditahan, berdiri di dalam kelas dan menembak seorang mangsa di bahagian dadah sebelum menembak bertalu-talu. "Sekarang ada tujuh keluarga terpaksa berdepan dengan perbuatan yang dahsyat ini," kata Pengerusi Majlis Bandaraya Oakland, Larry Reid selepas kejadian di Universiti Oikos, East Oakland. - REUTERS

Polis cari wanita bantu siasatan kes samun

NIBONG TEBAL: Polis sedang mencari seorang wanita yang dikenali sebagai Zarina Begum Sujaudeen, 32, bagi membantu siasatan berhubung kes samun mengakibatkan kerugian RM125,000 di rumah kakak iparnya di Taman Cempaka, Batu Kawan dekat sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt Shafien Mamat, berkata Zarina bersama seorang lelaki yang tidak dikenali dikatakan pergi ke rumah kakak iparnya pada pukul 8.50 pagi semalam. "Dia (Zarina) tinggal di Nombor 181, Jalan Bendahara, Happy Garden, Ipoh Perak, pergi ke rumah kakak iparnya yang berusia 45 tahun, bagi meminta pertolongan selepas mendakwa keretanya rosak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, sebaik masuk ke dalam rumah, wanita itu menarik kakak iparnya ke dalam salah sebuah bilik di rumah itu dan mengugut mencederakannya jika tidak menyerahkan barang berharga dan wang tunai. 

Katanya, mangsa yang dalam ketakutan kemudiannya menyerahkan dua telefon bimbit, sebentuk cincin, dua utas gelang dan dua utas rantai emas serta wang tunai RM2,500. 

"Wanita terbabit turut mencederakan kakak iparnya dengan menggunakan pemutar skru dan melarikan diri bersama seorang lelaki dengan menaiki kereta jenis Honda CRV milik mangsa," katanya. 

Shafien berkata, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan luka dan lebam di dahi, kepala, tangan serta leher dan masih dirawat di Hospital Sungai Bakap. 
Katanya, semasa kejadian ibu mangsa yang berusia 62 tahun, tidur di dalam salah sebuah bilik. 

Beliau meminta orang ramai yang mengenali wanita berkenaan agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. 

Dalam kejadian berasingan, polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terbabit dengan kegiatan pecah rumah di sekitar SPS sejak awal tahun ini. 

Shafien berkata, tiga lelaki berusia antara 25 hingga 30 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu selepas mereka memecah masuk sebuah rumah di Taman Bestari, di sini pada 1.45 petang. 

"Hasil maklumat awam dan tindakan pantas polis, kita berjaya menahan dua lelaki pertama di pekan Nibong Tebal iaitu tidak jauh daripada tempat kejadian bersama barangan kemas dan wang tunai yang mereka curi manakala seorang lagi ditahan di rumahnya pada malam itu. 

"Modus operandi kumpulan itu ialah membuat intipan sebelum memecah masuk rumah mangsa di waktu siang melalui siling rumah. 

"Kita percaya dengan penahanan mereka, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 11 kes pecah rumah dan merampas pelbagai barangan kemas serta wang tunai bernilai RM7,000," katanya. 

Mereka direman sehingga 13 April ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. 

Polis kini giat mengesan ketua kumpulan mereka yang dikenali sebagai Rajan, berusia 30-an dan berasal dari Nibong Tebal, di sini. - BERNAMA

2 juruwang didakwa rompak 3 sekeluarga bernilai RM10,000

KUALA LUMPUR: Dua juruwang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merompak tiga sekeluarga di sebuah rumah di Sri Petaling di sini, menyebabkan keluarga itu kerugian kira-kira RM10,000, bulan lalu. 

Bagi pertuduhan pertama, Choo Han Wun, 36, dan Yang Kim Fook, 37, didakwa merompak wang tunai RM300, seutas rantai emas, sebuah komputer riba, sebuah head set dan sebuah play station 'PS2' milik Tan Liu Chin, 34. Mereka juga didakwa merompak sebuah telefon bimbit jenis Blackberry, seutas jam tangan jenama Seiko, wang tunai RM1,600, beberapa kad kredit dan lesen memandu milik adik ipar Tan, Cheng Chee Leong, 34.
Bagi pertuduhan ketiga Choo dan Yang didakwa merompak empat utas rantai emas, lima bentuk cincin, empat utas rantai tangan dan kaki, sebuah telefon bimbit, sebuah komputer riba, sebuah note book dan wang tunai RM100 milik isteri Cheng, Loke Show Swee, 33. 

Kedua-dua tertuduh, yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesemua kesalahan itu dengan bersenjatakan sebilah pisau di No 28 Jalan 3/149 H, Sri Petaling, di sini pada jam 12.15 tengah hari, 11 Mac lalu. 

Bagi ketiga-tiga kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. 

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan kedua-dua tertuduh, diikat jamin RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei depan untuk sebutan bagi mereka melantik peguam. 
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amira Sariaty Zainal. - BERNAMA

Jakim arah pasar raya turun iklan mengelirukan



ADAM (tiga dari kanan) memeriksa bungkusan makanan yang tidak mempunyai logo halal semasa melakukan operasi di sebuah pasar raya di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengarahkan sebuah pasar raya besar di Seksyen 23 di sini menurunkan iklan produk barangan di luar premisnya serta-merta setelah mendapati ia mempamerkan logo halal yang mengelirukan semalam.
Penolong Pengarah Jakim, Adam Drahman berkata, iklan produk itu seolah-olah menunjukkan kesemua produk barangan termasuk daging yang dijual mendapat pengesahan halal daripada Jakim.
"Hasil pemeriksaan dalam pasar raya itu mendapati satu produk daging mentah dan siap diproses tidak memiliki logo halal sah dan ia menyalahi peraturan," ujarnya di sini semalam.

Kereta bawa hantaran pertunangan terbakar



Sabri (kanan) nekad menyelamatkan barang hantaran pertunangan semasa keretanya dijilat api di Kampung Kota Tampan, Lenggong semalam.


LENGGONG – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa persiapan hantaran pertunangan adiknya nyaris maut selepas keretanya tiba-tiba terbakar di Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Kota Tampan di sini semalam.
Sabri Ishak, 29, berkata, semasa kejadian pada pukul 3.30 petang itu, dia dalam perjalanan pulang ke Kampung Batu 8, Baling, Kedah dari rumah abangnya di Kuala Lumpur.
“Saya bertolak pada awal pagi untuk menghantar beberapa barang hantaran adik perempuan saya yang dijadual melangsungkan pertunangan di kampung pada Sabtu ini.
“Sewaktu menghampiri pekan Lenggong, saya panik apabila kepulan asap tiba-tiba keluar dari pendingin hawa kereta Proton Wira milik saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.