Search This Blog

Thursday, March 29, 2012

Tiga maut kereta bertembung lori

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


IPOH 28 Mac - Tiga maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua lori dan sebuah kereta di KM 114 Jalan Behrang-Slim River dekat Tanjung Malim, awal hari ini.
Mereka yang maut ialah pemandu lori, Abu Bakar Saleh, 51, dan Koy Kay Huang, 34, serta seorang kelindan lori yang identitinya belum dikenalpasti.
Yang parah ialah pemandu kereta Abdul Aziz Anthony, 57, dan seorang wanita dipercayai isterinya yang hanya dikenali sebagai Sulistiawati, 40.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supt. Othman Nayan berkata, dalam kejadian pada pukul 3.40 pagi itu, lori yang dipandu Abu Bakar yang dalam perjalanan dari Behrang ke Tanjung Malim dikatakan bertembung dengan lori yang dipandu Koy dari arah bertentangan.
Abdul Aziz yang memandu kereta Perodua Viva dan mengekori lori Abu Bakar gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh belakang lori itu, katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, Abu Bakar yang berasal dari Kampung Batu Pancing, Kuantan mati di tempat kejadian manakala Koy yang berasal dari Melaka dan kelindan lori itu mati dalam perjalanan ke Hospital Slim River.
Othman berkata, anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit. - BERNAMA

'via Blog this'

Mati dirempuh ketika bantu polis

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUALA LUMPUR 28 Mac - Niat murni seorang pemuda memberhentikan kenderaannya untuk membantu kemalangan melibatkan seorang anggota polis, bertukar menjadi nahas memilukan apabila pemuda itu maut akibat dirempuh sebuah kereta.
Yasin Husin, 28, maut dalam nahas yang berlaku di Kilometer 42.9, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini.
Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai penghantar surat dalam perjalanan ke rumahnya di Puchong selepas menghantar teman wanitanya di Taman Kinrara dan ternampak seorang anggota polis cedera selepas terlibat dalam kemalangan.
Bagaimanapun, menurut jurucakap polis, mangsa tiba-tiba dirempuh sebuah kenderaan dari arah sama sebaik sahaja keluar dari keretanya untuk membantu anggota polis tersebut.
"Kedua-dua mangsa kemudian dibawa oleh orang ramai ke Pusat Perubatan Universiti Malaya namun Yasin disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari ini selepas mengalami kecederaan parah.
"Sehingga petang ini, pemandu kenderaan yang merempuh pemuda itu belum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Menurut beliau, mangsa dikatakan cuba membantu seorang anggota polis, Hamizan Musnin yang bertugas di Balai Polis Dang Wangi selepas anggota itu dilanggar seorang pemandu kereta.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya segera memaklumkan kepada mana-mana balai polis berhampiran, katanya.

'via Blog this'

Dua mati lemas, pelancong asing hilang

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


BESUT 28 Mac - Dua pelancong tempatan mati lemas manakala seorang pelancong asing dikhuatiri hilang ketika sedang mandi di perairan Pulau Perhentian Kecil berhampiran Pantai Pasir Panjang petang ini.
Mangsa, Ahmad Salman Reza Mohd. Zali, 27, dari Setapak, Kuala Lumpur dan rakannya, Mohd. Nadrul Mohd. Sabani, 26, dari Gombak dipercayai diheret arus dasar laut.
Kejadian berlaku apabila mereka dikatakan berenang ke tengah untuk cuba menyelamatkan seorang pelancong asing yang dalam keadaan kepayahan kira-kira 60 meter dari pantai.
Namun nasib pelancong asing itu dan identitinya masih belum dapat dipastikan sehingga awal malam ini, difahamkan tiada laporan polis diterima.
Seorang rakan mereka, Zulkifli Ali, 28, ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Besut malam ini memberitahu, mereka bertolak dalam kumpulan seramai tujuh orang dengan dua buah kereta dari Kuala lumpur.
Enam daripada mereka merupakan rakan sepejabat di sebuah syarikat yang berkaitan dengan pengendalian laman web kerajaan dan percutian mereka selama tiga hari dua malam diuruskan oleh Mohd. Nadrul.
''Setelah menaiki bot dari Besut, kami tiba di Pulau Perhentian dan mendaftar masuk di Calet Muhsin kira-kira pukul 11 pagi, seterusnya kami makan tengah hari dan menghabiskan masa seketika bermain karom.
''Kira-kira pukul 3 petang, enam daripada kami turun untuk mandi-manda di pantai dan setengah jam kemudian, kedua-dua rakan saya cuba menyelamatkan seorang pelancong asing yang lemas tidak jauh dari mereka.
''Masa itulah arus dasar telah menarik kedua-duanya dan mereka tenggelam timbul. Rakan-rakan nampak dan berusaha berenang untuk membantu," katanya.
Katanya, Mohd. Nadrul berjaya ditarik ke pantai dan usaha menyelamat dilakukan dengan kaedah pemulihan pernafasan dan jantung (CPR) termasuk oleh seorang pelancong asing tetapi tidak berjaya.
''Dalam kekalutan itu, ramai tidak menyedari Ahmad Salman turut tenggelam dan hilang dari pandangan sehinggalah mereka dikejutkan oleh seorang penduduk kampung.
''Penduduk kampung itu menghulurkan jam tangan milik Ahmad Salman sambil memberitahu rakan mereka juga lemas dan tidak dapat diselamatkan," ujarnya.
Dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat kira-kira pukul 7.20 malam ini.

'via Blog this'

Dua mati lemas, pelancong asing hilang

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


BESUT 28 Mac - Dua pelancong tempatan mati lemas manakala seorang pelancong asing dikhuatiri hilang ketika sedang mandi di perairan Pulau Perhentian Kecil berhampiran Pantai Pasir Panjang petang ini.
Mangsa, Ahmad Salman Reza Mohd. Zali, 27, dari Setapak, Kuala Lumpur dan rakannya, Mohd. Nadrul Mohd. Sabani, 26, dari Gombak dipercayai diheret arus dasar laut.
Kejadian berlaku apabila mereka dikatakan berenang ke tengah untuk cuba menyelamatkan seorang pelancong asing yang dalam keadaan kepayahan kira-kira 60 meter dari pantai.
Namun nasib pelancong asing itu dan identitinya masih belum dapat dipastikan sehingga awal malam ini, difahamkan tiada laporan polis diterima.
Seorang rakan mereka, Zulkifli Ali, 28, ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Besut malam ini memberitahu, mereka bertolak dalam kumpulan seramai tujuh orang dengan dua buah kereta dari Kuala lumpur.
Enam daripada mereka merupakan rakan sepejabat di sebuah syarikat yang berkaitan dengan pengendalian laman web kerajaan dan percutian mereka selama tiga hari dua malam diuruskan oleh Mohd. Nadrul.
''Setelah menaiki bot dari Besut, kami tiba di Pulau Perhentian dan mendaftar masuk di Calet Muhsin kira-kira pukul 11 pagi, seterusnya kami makan tengah hari dan menghabiskan masa seketika bermain karom.
''Kira-kira pukul 3 petang, enam daripada kami turun untuk mandi-manda di pantai dan setengah jam kemudian, kedua-dua rakan saya cuba menyelamatkan seorang pelancong asing yang lemas tidak jauh dari mereka.
''Masa itulah arus dasar telah menarik kedua-duanya dan mereka tenggelam timbul. Rakan-rakan nampak dan berusaha berenang untuk membantu," katanya.
Katanya, Mohd. Nadrul berjaya ditarik ke pantai dan usaha menyelamat dilakukan dengan kaedah pemulihan pernafasan dan jantung (CPR) termasuk oleh seorang pelancong asing tetapi tidak berjaya.
''Dalam kekalutan itu, ramai tidak menyedari Ahmad Salman turut tenggelam dan hilang dari pandangan sehinggalah mereka dikejutkan oleh seorang penduduk kampung.
''Penduduk kampung itu menghulurkan jam tangan milik Ahmad Salman sambil memberitahu rakan mereka juga lemas dan tidak dapat diselamatkan," ujarnya.
Dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat kira-kira pukul 7.20 malam ini.

'via Blog this'

GRO utara Thai laris di Malaysia

Utusan Malaysia Online - Jenayah:



SEORANG anggota polis (kiri) memeriksa GRO yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Mac - Jika sebelum ini, kaum lelaki yang ingin mendapatkan hiburan tanpa had perlu menyeberang ke negara jiran untuk menyaksikan aksi ghairah dan tarian gadis pelayan pelanggan (GRO), kini mereka tidak lagi perlu berbuat demikian.
Ini kerana, terdapat segelintir pemilik pusat hiburan di ibu negara yang cuba mengaut keuntungan berikutan permintaan tinggi tersebut untuk membawa masuk GRO berkenaan menghiburkan kaum lelaki di negara ini.
Kegiatan ini terbukti apabila sepasukan polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Solaris, Mont Kiara di sini malam tadi, yang menyediakan khidmat GRO warga asing, khususnya dari utara Bangkok.
Serbuan pada pukul 11.15 malam itu mendapati 11 daripada 18 GRO warga asing yang ditahan berasal dari utara Bangkok dan rata-rata mereka diminati kerana memiliki paras rupa yang cantik berbanding kawasan lain di negara itu.
Menurut Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa, trend kemasukan wanita Thai semakin meningkat dan berjaya dibongkar dalam beberapa operasi polis sejak kebelakangan ini.
"Kebanyakan wanita asing yang ditahan malam ini berasal dari utara Bangkok dan memiliki wajah yang lebih cantik berbanding mereka yang berasal dari selatan Bangkok, menyebabkan permintaan pelanggan semakin bertambah.
"Pemeriksaan awal mendapati mereka memiliki pas lawatan sosial, namun menyalahgunakannya dengan bekerja sebagai GRO. Mereka juga berulang kali keluar masuk ke negara ini," katanya selepas mengetuai serbuan itu, awal pagi ini.
Dalam serbuan tersebut, selain 11 GRO warga Thailand, tujuh wanita yang ditahan merupakan rakyat tempatan dan kesemuanya berusia antara 26 hingga 35 tahun.
Azman memberitahu, pusat hiburan yang beroperasi sejak empat bulan lalu itu dipercayai menawarkan konsep tarian pentas dengan pakaian menjolok mata menggantikan konsep tarian tiang bagi menarik lebih ramai pelanggan.
"Pusat hiburan sebelum ini pernah dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan menyalahgunakan lesen perniagaan dengan menyediakan tarian tiang, bagaimanapun mereka dikesan menukar konsep hiburan kepada tarian pentas.
"Siasatan lanjut turut mendapati pemilik menyediakan laci khas untuk menyimpan pas-pas lawatan sosial selain menggunakan nama samaran atau kod nombor bagi setiap GRO di premis ini," katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau menambah, pemilik pusat berkenaan telah ditahan kerana kesalahan menggaji pekerja asing tanpa permit, menjalankan perniagaan tanpa lesen manakala kesemua wanita warga asing itu dikenakan tindakan kerana menyalahgunakan pas lawatan.

'via Blog this'

Pub degil diserbu lagi

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


PULAU PINANG 28 Mac - Walaupun sudah diserbu tiga kali oleh pihak berkuasa tahun ini kerana beroperasi tanpa lesen, sebuah pub di Komtar Walk di sini seperti tidak pernah serik apabila terus mengulangi kesalahan yang sama.
Malam tadi, pusat hiburan itu sekali lagi diserbu dan kali ini, polis menahan 10 orang termasuk pekerja premis iaitu enam lelaki dan empat wanita berusia antara 20 hingga 46 tahun.
Dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 malam itu, polis turut merampas sebuah mesin muzik yang digunakan di pusat hiburan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng memberitahu, premis berkenan telah beberapa kali diserbu kerana beroperasi tanpa lesen sebelum ini.
"Premis ini beroperasi sejak beberapa bulan lalu dan ia telah beberapa kali diserbu dan pemiliknya juga telah diberi amaran.
"Bagi menghalang daripada ia terus beroperasi, bekalan elektrik dan air ke premis itu dipotong berkuat kuasa serta-merta," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Ops Cegah Jenayah Bersepadu bermula pukul 10 malam hingga 1 pagi.
Menurut beliau, kesemua pekerja yang ditahan dibebaskan selepas keterangan mereka diambil dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
Kong Meng berkata, seramai 60 anggota polis terlibat dalam operasi yang bermatlamat untuk meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
Ini berikutan terdapat beberapa kes jenayah dilaporkan di kawasan tersebut dan sehubungan itu, polis kini berusaha keras dalam memastikan keselamatan di kawasan berkenaan terjamin untuk keselesaan semua pihak, katanya.

'via Blog this'

Tukang urut dakwa tidak dibayar gaji cuba terjun jejantas

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


BALIK PULAU 28 Mac - Sudahlah dipaksa bekerja 364 hari setahun, kecuali diberi kelepasan pada Tahun Baru Cina, seorang wanita warga China yang bekerja di sebuah pusat refleksologi tertekan apabila tidak dibayar gaji kira-kira RM10,000 oleh majikannya.
Berikutan tekanan itu, Wang Li Mei, 38, bertindak nekad untuk terjun dari sebuah jejantas di Jalan Aziz Ibrahim di sini hari ini.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang semalam, wanita tersebut berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.
Ketika ditemui di Pejabat Daerah Barat Daya di sini, Li Mei yang berasal dari Shandong, China mendakwa, dia bersama tiga rakan senegaranya berusia antara 23 hingga 38 tahun datang ke negara ini untuk bekerja di pusat refleksologi itu yang terletak di Queensbay, Bayan Baru.
Menurutnya, majikan mereka memaksa pekerjanya bekerja tanpa cuti kecuali diberi kelepasan pada Tahun Baru Cina.
"Walaupun kami dipaksa bekerja setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 1 pagi, kami tidak pernah membantah namun majikan enggan membayar gaji kami sejak Disember lalu.
"Saya memberitahu majikan melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) untuk berbincang mengenai isu gaji tertunggak kami semalam, jika tidak saya akan bunuh diri.
"Namun, dia suruh saya terjun saja dan kemudian akan membantu saya menghubungi Kedutaan China nanti," dakwanya.
Difahamkan, majikan terbabit yang berusia 36 tahun mempunyai tiga pusat refleksologi di negeri ini hanya membayar gaji sebulan kepada Li Mei dan seorang rakan sekerja manakala dua wanita lain tidak dibayar gaji.
Li Mei yang mempunyai dua orang anak perempuan berusia 4 dan 10 tahun mendakwa, majikannya memaksa mereka menyerahkan pasport dan tidak menyediakan asrama untuk mereka.
"Kami hanya diberi tempat tidur di katil mengurut pelanggan di dalam kedai selepas kedai ditutup. Dia akan mengurung kami sampai kedai dibuka untuk beroperasi pukul 11 pagi keesokan hari," katanya.

'via Blog this'

Jururawat terkejut duit gaji RM2,000 lesap

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUALA KANGSAR 28 Mac - Seorang jururawat yang hendak mengeluarkan wang gajinya sebanyak RM2,000 terkejut apabila mendapati duit itu lesap, dipercayai dicuri melalui perbankan Internet.
Noor Haslina Ngah Awi, 41, menyedari kehilangan wangnya ketika dia ingin mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah cawangan bank berkenaan di sini pada Isnin lalu.
Dia terperanjat apabila mendapati jumlah wang dalam akaunnya hanya berbaki RM11.13.
"Saya bergegas ke pejabat bank tersebut di Kuala Kangsar untuk mendapatkan penyata kewangan dan diberitahu, wang saya dikeluarkan melalui perbankan Internet pada hari gaji saya dimasukkan.
"Saya jadi bingung apabila diberitahu wang itu mungkin dikeluarkan di Kuala Lumpur. Pihak bank pula tidak dapat mengesan siapa yang mengeluarkan wang itu tanpa pengetahuan saya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Noor Haslina memberitahu, tidak berpuas hati dengan penjelasan pihak bank, dia dan suami, Mohd. Jamili Ibrahim, 44, membuat laporan di Balai Polis Kuala Kangsar semalam.
Menurutnya, dia mengesyaki kejadian itu mempunyai kaitan dengan panggilan telefon yang diterimanya daripada seorang lelaki mendakwa pegawai sebuah syarikat telekomunikasi pada Disember lalu yang memberitahu dia memenangi wang tunai RM5,000.
Menurut Noor Haslina, lelaki itu meminta dia ke mesin ATM kononnya untuk proses memasukkan wang yang 'dimenangi' dan dia menuruti permintaan tersebut.
"Sampai satu ketika, saya mula ragu dan tidak meneruskan arahan yang diberi sebelum memberitahu lelaki itu agar memasukkan sahaja wang tersebut ke nombor akaun saya.
"Bagaimanapun, sehingga hari ini, wang RM5,000 yang dijanjikan tidak dimasukkan sebaliknya wang gaji saya pula yang lesap," jelasnya.
Sementara itu, Mohd. Jamili yang juga bekas tentera berkata, pihak bank sepatutnya meningkatkan tahap keselamatan akaun pelanggan supaya tidak mudah terdedah dengan aktiviti penipuan Internet.
Katanya, pengeluaran wang melalui perkhidmatan Internet sepatutnya disahkan terlebih dahulu oleh pelanggan termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pihak bank bagi mengelakkan sindiket penipuan.

'via Blog this'

Kastam rampas syabu RM1.4 juta

Utusan Malaysia Online - Jenayah:



AbdUL Aziz Abdul Latif (dua kiri) bersama pegawainya dari kiri Yusoff Ibrahim, Jayadevan Naidu dan Azizan Abdullah menunjukkan bungkusan (kiri) yang disyaki mengandungi syabu RM1.4 juta dan bungkusan ketamin dianggarkan bernilai RM31,900 pada sidang akhbar di pejabat Kastam Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 28 Mac - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri menahan seorang lelaki warga Filipina kerana dipercayai cuba menyeludup sejumlah 5.65 kilogram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM1.4 juta di Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam di sini kelmarin.
Suspek berusia 28 tahun ditahan kira-kira pukul 1.40 petang ketika melalui laluan bas dan pejalan kaki kompleks itu setelah kandungan beg pakaian yang dibawanya didapati meragukan.
Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, suspek sebelum itu menaiki pesawat dari Manila ke Bangkok dan kemudian menaiki bas menuju ke Hatyai sebelum masuk ke negara ini melalui sempadan Bukit Kayu Hitam.
"Hasil pemeriksaan ke atas beg pakaian lelaki berkenaan, JKDM menemui satu bungkusan berbalut pita pelekat mengandungi hablur kristal disyaki syabu yang disembunyikan pada bahagian dasar beg itu," katanya pada sidang akhbar di Pejabat JKDM di sini hari ini.
Turut hadir Penolong Kanan Pengarah Kastam Penguatkuasa negeri, Yusoff Ibrahim, Penguasa Kastam (narkotik) negeri, Jayadevan Naidu dan Pegawai Kanan Kastam (Narkotik) Alor Setar, Azizan Abdullah.
Menurutnya, harga bagi setiap satu kilogram syabu di negara ini dianggarkan kira-kira RM250,000.
"Suspek juga dikesan pernah masuk ke negara ini tiga kali iaitu melalui Semporna, Sabah dan dua kali melalui Bukit Kayu Hitam namun tidak pernah ditahan.
"Ini merupakan kejayaan dan rampasan JKDM yang terbesar sejak dua tahun lalu," ujarnya.
Dalam pada itu, Abdul Aziz memberitahu, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an ditahan di jeti Pulau Langkawi kerana cuba menjual dadah di pulau pelancongan itu kelmarin.
Katanya, JKDM menemui sejumlah 106 gram dadah jenis heroin dan juga 1 gram syabu bernilai RM13,750 di dalam jaket yang dipakai lelaki terbabit.
Selain dua kes itu, Aziz memberitahu, JKDM turut menahan seorang lelaki warga India di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini kerana cuba menyeludup 2.9 kilogram dadah jenis ketamin bernilai RM31,900 semalam.
Katanya, suspek ditahan pada pukul 4.30 petang setelah ujian imbasan yang dibuat terhadap beg pakaian dibawanya mengandungi imej yang mencurigakan.
"Setelah diperiksa, pihak kami menemui satu lapisan papan pada lantai beg yang mana pada bahagian tengahnya disorokkan bungkusan plastik lutsinar mengandungi serbuk putih disyaki ketamin," ujarnya.
Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

'via Blog this'

Suami isteri didakwa edar dadah

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:


KUALA LUMPUR 28 Mac — Sepasang suami isteri berdepan hukuman mati di tali gantung apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah pelbagai jenis seberat 915 gram, dua minggu lalu.
Yap Chai Soon, 51, dan isterinya, Ng Chew Lan, 46, didakwa mengedar serbuk kristal disyaki syabu dengan anggaran berat 126.6 gram di 54, Jalan Bandaraya di sini kira-kira pukul 2 pagi, 16 Mac lalu.
Pasangan tersebut turut didakwa memiliki ketamine seberat 112.4 gram dan heroin seberat 676 gram pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Timbalan Pendakwa Raya, S. Malini Anne mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Kedua-dua tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.
Tiada pengakuan diambil daripada setiap tertuduh.
Kes tersebut akan disebut semula pada 29 Mei depan.

'via Blog this'

Dijel kerana dera budak hingga mati

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:


KUALA LUMPUR 28 Mac - Dua tahun lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, Nur Hazrieq Naufal Abdullah dilaporkan mati akibat cedera parah di kepala dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya.
Selepas tangkapan dan perbicaraan dijalankan, lelaki tersebut, Mohd. Jamil Teh Kamarudin, 28, hari ini didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian mangsa dan dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim Rosbiahanin Arifin menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.
Tertuduh yang sebelum ini bebas dengan jaminan, menangis teresak-esak sejurus selepas hukuman tersebut dijatuhkan.
Peguam tertuduh, Gerard Lazarus memohon penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Rosbiahanin bagaimanapun tidak membenarkan penangguhan tersebut dan memerintahkan tertuduh yang pernah bekerja di Taman Bunga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihantar ke Penjara Kajang, berkuat kuasa hari ini.
Mohd. Jamil didakwa menyebabkan kematian Nur Hazrieq Naufal di rumah beralamat No.2-12-14, Pangsapuri Seri Gembira, Jalan Trolak 9, Taman Bamboo, Jalan Ipoh, Sentul di sini antara 27 Mei dan 3 Jun 2010.

'via Blog this'

Suami didakwa bunuh Suzila

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:


KUALA LUMPUR 28 Mac - Seorang penjaga tempat letak kereta di Jalan Raja Laut didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh isterinya yang hamil cahaya mata pertama mereka, dua minggu lalu.
Johari Ahmad, 42, didakwa membunuh Suzila Sabtu, 28, di rumah mereka di B-8-9, Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi di sini di antara pukul 3.30 petang dan 6.41 petang, 16 Mac lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, S. Malini Anne mengemukakan pertuduhan ke atas lelaki itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang mengenakan jaket hitam kelihatan tenang dan mengangguk kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Difahamkan tertuduh berkahwin dengan mangsa yang bekerja sebagai Eksekutif Percukaian, September tahun lalu dan mangsa dikatakan sedang mengandung lapan minggu ketika kejadian.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 29 Mei ini sementara menunggu laporan bedah siasat.
Dalam kejadian itu, mangsa ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu, dipercayai dikelar oleh suaminya sendiri.
Sejurus selepas kejadian, lelaki itu juga dipercayai menghubungi salah seorang rakannya untuk memaklumkan bahawa dia telah membunuh isterinya.

'via Blog this'

Dadah: Lelaki Nigeria dihukum mati

Utusan Malaysia Online - Mahkamah: "

ALOR SETAR 28 Mac – Seorang lelaki warganegara Nigeria dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis ganja seberat 11.6 kilogram (kg), dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu setelah mensabitkan Sylvester Okolie (gambar), 35, atas tuduhan mengedar dadah tersebut di Platform 8, Terminal Bas Shahab Perdana di sini kira-kira pukul 9 malam, 7 Oktober 2010.

Dakwaan tersebut dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Naziah Mokhtar mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman mati mandatori.

Okolie yang merupakan penuntut sebuah universiti di Bangkok, Thailand dilihat tenang ketika hukuman dijatuhkan terhadapnya.

Terdahulu, dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, peguam B. Murthy yang mewakili tertuduh menyatakan, tertuduh mempunyai masalah kewangan menyebabkan dia sanggup membawa beg milik rakannya yang ingin menolong menyelesaikan hutang berkenaan."

'via Blog this'

Awas! Lelaki asid kembali

myMetro | Awas! Lelaki asid kembali:

KUALA LUMPUR: Kejadian menyimbah asid yang pernah menggemparkan warga kota, terutama wanita yang dilakukan lelaki bermotosikal tahun lalu muncul semula selepas satu kejadian dikesan di Rawang dan Serdang, kelmarin dan Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 7 pagi di Rawang kelmarin, seorang guru wanita cedera di muka dan separuh badan akibat disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh dua lelaki yang meragut rantai emasnya ketika menunggu bas di pondok menunggu bas di Batu 17, di sini.

Mangsa, S Rani, 47, yang ingin ke tempat kerja tiba-tiba ditegur dua lelaki yang turut bersamanya menunggu bas.
Menurut saksi, Nur Aqilah Osman, 14, ketika kejadian dia menunggu bas untuk ke sekolah apabila ternampak kedua-dua lelaki terbabit bercakap dengan mangsa.

“Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan, tetapi disimbah asid daripada botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu,” katanya.

Dia berkata, lelaki terbabit turut menyimbah sisa asid kepadanya menyebabkan bahagian belakangnya melecur.
“Tanpa menghiraukan tudung, pakaian serta beg sekolah yang terbakar terkena asid, saya terus berlari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu.

Sebelum kejadian, dia berkata, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur.
Malah, gadis itu juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol, tetapi menyangkakan ia minuman. Nur Aqilah ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi, berkata mangsa menjerit meminta tolong sambil memegang mukanya yang kemerahan akibat terbakar manakala dia dan rakan sekolah hanya mampu melihat kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit.

“Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arah kami dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya.

“Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain,” katanya.

Bapa Aqilah, Osman Delisali, 50, menghantarnya ke Hospital Selayang (HS) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dengan bantuan jiran.

Osman berkata, dia sedang bersiap-siap untuk menghantar adik Nur Aqilah ke sekolah apabila tiba-tiba melihat anak keempat daripada lapan beradik itu pulang dalam keadaan tubuh berasap.

“Saya kehairanan dan bertanya kenapa dia balik rumah semula, tetapi Nur Aqilah menjerit sambil menceritakan disimbah asid ketika sedang menunggu bas ke sekolah.

“Tanpa membuang masa, saya segera mencurah air ke tubuhnya bagi mengurangkan kepedihan,” katanya.

Katanya, dia lega apabila doktor yang merawat memaklumkan kecederaan itu tidak serius dan boleh sembuh dengan menyapu krim khas untuk kulit terbakar.

“Mujur anak saya mengelak dan hanya cedera ringan. Saya tidak dapat bayangkan kesakitan dan kesan buruk yang terpaksa dilaluinya jika kecederaannya serius seperti yang menimpa seorang lagi mangsa,” katanya yang bekerja sebagai tukang mesin rumput.

Sementara itu, dalam kejadian di Serdang pula, seorang kontraktor, S Thinagaran, 19, melecur sebelah muka kanan dan rabun sebelah mata selepas terkena asid disimbah dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kinrara Mas, selepas selesai menjalankan tugas di Rawang. “Walaupun dalam keadaan kesakitan selepas muka terbakar akibat dibaling cecair asid dua lelaki bermotosikal, saya sempat memandu kereta sejauh lima kilometer ke klinik di Kinrara untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Dalam kejadian jam 7 malam Isnin lalu, mangsa berkata, dia tidak mengenali dua lelaki berusia 20-an yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss yang tiba-tiba membaling cecair dipercayai asid ke arahnya.

Katanya, dia hanya sempat melihat dua lelaki memakai topi keledar memegang botol mineral sebelum berpaling ketika ke arah mereka selepas namanya dipanggil.

“Sebaik menoleh, mereka terus membaling cecair itu ke muka saya hingga menyebabkan terbakar dan menggelupur kesakitan sebelum berlari masuk ke dapur untuk membasuh muka,” katanya.

Katanya, dalam keadaan kesakitan dan mata sebelah kanan menjadi rabun, dia memandu ke klinik berhampiran manakala ayahnya mengikut dengan kereta lain.

Selepas mendapat rawatan awal, dia dibawa ke Pusat Perubatan Subang Jaya untuk rawatan lanjut yang mengesahkan muka sebelah kanannya terbakar akibat terkena asid.

Thinagaran berkata, dia tidak tahu motif sebenar dua lelaki itu yang berkemungkinan bermusuh dengannya akibat pergaduhan setahun lalu dan masih menyimpan dendam terhadapnya.

“Ayah saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Puchong untuk siasatan lanjut dan mahu dua lelaki itu diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

'via Blog this'

Tahan sakit perkosa janda

myMetro | Tahan sakit perkosa janda: "KUALA KANGSAR: Walaupun kakinya berdarah akibat luka terkena objek tajam ketika memanjat bumbung bagi memecah masuk rumah seorang janda di di Taman Wai Thong, di sini, ia tidak menghalang seorang lelaki merogol wanita berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, suspek yang cedera memecah masuk rumah mangsa melalui siling dan mengejutkan wanita berkenaan yang tidur di dalam bilik sebelum merogolnya.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, mangsa tersedar selepas terdengar suara lelaki mengarahkan dia membuka selimut sambil mengacukan pisau.

“Wanita itu yang tidak berapa sedar kerana terbangun dari tidur enggan mengikut arahan lelaki bertopeng itu, tetapi kerana terlalu takut dengan ugutan, dia akur membuka selimut dan menanggalkan pakaiannya.


“Mangsa juga terdengar lelaki terbabit seperti kesakitan kerana terdapat luka pada tubuhnya, tetapi merogol mangsa tanpa menghiraukan kesakitan dan rayuan mangsa,” katanya di sini, semalam."

'via Blog this'

Suspek bakar kereta meninggal dunia akibat terjatuh motosikal

myMetro | Suspek bakar kereta meninggal dunia akibat terjatuh motosikal: "KUALA LUMPUR: Seorang suspek kes bakar kereta yang terjatuh dari motosikalnya Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur tempat dia dirawat tengah hari ini.

Sumber polis memberitahu Bernama, suspek yang berumur 42 tahun itu meninggal kira-kira 12.15 tengah hari.
Dia dikatakan terjatuh dan cedera ketika cuba melarikan diri dari polis di persimpangan Kampung Pauh, Sentul.

Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menafikan dakwaan bahawa suspek cedera parah akibat dipukul oleh pihak berkuasa dan orang ramai.


Suspek dipercayai terbabit dalam kes membakar lebih 20 buah kereta mewah di sekitar ibu negara.


Kejadian membakar kereta mewah seperti Skoda Octavia, BMW 523i, Kia Sorento dan Honda Accord sebelum ini dilaporkan semakin menjadi-jadi di ibu negara dengan sekurang-kurangnya 23 kes dilaporkan.

Pada 23 Mac lepas, empat buah kereta dilaporkan dibakar di Sentul termasuk satu di Titiwangsa. - Bernama"

'via Blog this'

Dua lelaki disyaki pengedar dadah diberkas polis Pahang

myMetro | Dua lelaki disyaki pengedar dadah diberkas polis Pahang: "KUANTAN: Dua lelaki dipercayai pengedar dadah diberkas polis dalam satu sekatan jalan raya di Km145, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supt Yap Toon Khuan berkata, hasil pemeriksaan ke atas kereta yang dinaiki kedua-dua lelaki berumur 29 dan 35 tahun itu, polis menemui dadah jenis ketamin seberat 100.1 gram bernilai RM1,800.
Kedua-dua suspek juga didapati positif dadah, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. - Bernama"

'via Blog this'

Pelajar lelaki cedera ditetak

myMetro | Pelajar lelaki cedera ditetak:

KULIM: Seorang pelajar lelaki berusia 18 tahun cedera ditetak di Taman Tiong II di sini malam tadi.
Pelajar itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kedua-dua tangannya hampir putus pada pukul 11.45 malam. 
Sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun di sekitar pekan Kulim pagi ini dan memburu dua lagi lelaki berusia 24 dan 27 tahun bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh.

Pelajar yang cedera itu dikatakan ke sebuah rumah kosong untuk menemui sekumpulan lapan lelaki yang dipercayai menjadikan rumah itu sebagai tempat minum arak.

Pelajar yang tinggal di taman yang sama itu dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan lelaki-lelaki berkenaan, katanya.

Beliau berkata, pelajar itu kini dirawat di Hospital Kulim dan keadaannya dilapor stabil. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

'via Blog this'

Ayah Pin halimunan

myMetro | Ayah Pin halimunan:

KOTA BHARU: Pemimpin Kerajaan Langit iaitu Ariffin Muhamad, 75, yang lebih dikenali dengan gelaran Ayah Pin dipercayai belajar ‘ilmu selisih’ bagi mengelakkan dirinya bertembung dengan pihak berkuasa.
Adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, berkata, sebelum ini dia pernah mendengar Ayah Pin belajar ilmu kebal tetapi sukar dipastikan kesahihannya kerana dia sendiri jarang berjumpa dengan abang sulungnya itu.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak tahu sama ada abangnya itu benar-benar mempunyai kebolehan atau berguru dengan orang lain. “Seingat saya, kali terakhir berjumpa dengannya kira-kira dua atau tiga bulan lalu iaitu sebelum Ayah Pin diserang penyakit angin ahmar yang menyebabkan dia lumpuh sebelah badan.
“Mengenai dia belajar ilmu selisih sukar dibuktikan, namun mungkin ada kebenarannya kerana setiap kali dia ingin ditemui pihak berkuasa, kelibatnya tidak kelihatan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Abdul Rahman yang turut dikenali sebagai ‘Pak Da’ di kampungnya memberitahu, setiap kali bertemu abangnya itu, dia kerap kali menasihatkannya supaya kembali ke jalan yang benar tetapi Ayah Pin lebih gemar mendiamkan diri dan tidak marah.

Katanya, dia percaya abangnya itu sukar untuk berubah kerana tertarik dengan segala kemewahan dikecapinya sekarang selaku ‘ketua’ kepada ribuan pengikutnya yang masih setia sehingga menyukarkannya meninggalkan amalan terpesong itu.
Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata, dia percaya Ayah Pin sudah semakin hilang pengaruhnya.

“Jika hendak diikutkan, mengapa dia sanggup datang dari jauh berurut di kampung halamannya dan kenapa tidak hanya memanggil tukang urut ke tempatnya saja,” katanya.
Difahamkan, meskipun markas ‘Kerajaan Langit’ pimpinannya di Batu 13, Hulu Besut, Terengganu sudah berkubur, namun masih ada pengikutnya yang setia.

Menurut maklumat diterima, Ayah Pin juga pernah mendakwa, sebulan yang lalu dia dapat mengumpul RM20,000 hasil sumbangan pengikutnya yang kini dikatakan berada di seluruh negara serta di luar negeri.

'via Blog this'

Meraung kena jel 10 tahun

myMetro | Meraung kena jel 10 tahun:

KUALA LUMPUR: Teman lelaki kepada seorang ibu tunggal yang mendera anak wanita itu, dua tahun lalu, hanya mampu meraung selepas dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
Hakim Rosbiahanin Arifin menjatuhkan hukuman itu juga tidak membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman berkenaan untuk membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Tertuduh, Mohd Jamil Teh Kamarudin, 27, didakwa mendatangkan kecederaan badan menyebabkan kematian kanak-kanak berusia empat tahun, Nur Hazrieq Naufal Abdullah di rumahnya di No 2-12-14, Pangsapuri Seri Gembira, Jalan Trolak 9, Taman Bamboo, Jalan Ipoh, di sini, antara 27 Mei 2010 dan 3 Jun 2010.

'via Blog this'

Janda seksi tinggal anak untuk berkaraoke

myMetro | Janda seksi tinggal anak untuk berkaraoke:

LANGKAWI: Seorang janda sanggup meninggalkan anak tunggalnya berusia setahun dalam jagaan ibunya untuk berhibur di sebuah pusat karaoke bersama adik perempuannya dan rakan sebelum dicekup pihak berkuasa, kelmarin.
Wanita berusia 20-an itu dan adiknya berusia belasan tahun dikatakan baru mengenali seorang lelaki dan berkaraoke dalam bilik tertutup rapat ketika serbuan dilakukan anggota Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal), kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin.

Malah, kedua-dua beradik itu didapati berpakaian seksi sehingga menimbulkan syak mereka berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.
Pegawai Penguat Kuasa Padal, Rosyadah Ramli berkata, wanita berstatus ibu tunggal itu antara lapan orang berusia antara 20 dan 25 tahun yang ditahan dalam operasi cegah maksiat di sebuah pusat karaoke di Kuah, dekat sini.

Beliau berkata, pihaknya yang membuat pemeriksaan di tiga bilik karaoke itu menemui janda terbabit menyanyi bersama adiknya dan seorang lelaki berusia 20-an.

Katanya, pemeriksaan di bilik kedua pula menemui sepasang kekasih bersama seorang rakan dan sebuah bilik lagi terdapat seorang lelaki dan dua wanita.
“Hasil pemeriksaan mendapati mereka mengaku bukan pasangan mahram atau suami isteri menyebabkan semuanya ditahan untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat disiasat mengikut Seksyen 9(3) dan (4) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak, dan turut disiasat mengikut Seksyen 5 enakmen yang sama,” katanya.
Semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuah untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan dan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Langkawi untuk dibicarakan.

Hakim Syarie, Syeikh Bisyamudin Adha Baharom menjatuhi hukuman denda terhadap enam daripada mereka sebanyak RM200 seorang manakala dua lagi dikenakan denda RM280 kerana duduk di bilik gelap dalam keadaan mencurigakan.

'via Blog this'

Lelaki dakwa mati 13 Februari ditemui maut

myMetro | Lelaki dakwa mati 13 Februari ditemui maut:

ALOR GAJAH: Seorang pengurup wang berlesen ditemui mati dengan kepala, hidung dan mulutnya berdarah di Pulau Sebang, dekat sini, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, mayat Utam Singh, 51, ditemui jirannya dikenali Jeevanish, terlentang di tepi jalan dekat tempat meletak kenderaan berhampiran rumahnya.

Menurut Jeevanish, ketika melalui lorong untuk pulang ke rumahnya di depan rumah mangsa, dia terlihat tubuh terlentang berlumuran darah.
“Saya cuba memanggilnya berulang kali namun lelaki itu tidak memberikan sebarang tindak balas.

“Bimbang perkara buruk, saya terus ke rumah mangsa memaklumkan kejadian kepada isterinya sebelum menghubungi polis,” katanya di sini, semalam.

Jeevanish berkata, ketika ditemui, tangan kanan mangsa memegang kunci kereta dan manakala di bawah tangan kiri ada sebuah telefon bimbit, dipercayai mangsa cuba menghubungi seseorang sebelum mati.
Sementara itu, isteri mangsa, Sutminderjit Kaur, 42, berkata sejak empat hari lalu, suaminya berubah sikap apabila banyak termenung dan kurang berbual tidak seperti kebiasaannya.

“Setahu saya suami tiada musuh dan pagi kelmarin sebelum kejadian, dia memeberitahu hendak pergi sembahyang di Bandar Melaka,” katanya.
Sutminderjit berkata, awal Februari lalu, suaminya memberitahu dirinya (mangsa) akan mati pada 13 Februari tetapi menganggap ia hanya gurauan.

Katanya, ketika bersarapan pagi kelmarin, suaminya hanya tunduk mendiamkan diri sebelum ke tempat kerja di Pulau Sebang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata polis masih menunggu keputusan bedah siasat mayat mangsa bagi menentukan punca kematiannya.

'via Blog this'

Jenayah terancang

myMetro | Jenayah terancang: "KUALA LUMPUR: Tindakan berani dua lelaki meragut rantai emas milik mangsa dan menyimbah cecair dipercayai asid boleh dianggap sebagai kegiatan jenayah terancang.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kejadian menimpa S Rani, 47, di pondok menunggu bas Batu 17, kelmarin jelas menunjukkan ciri-ciri jenayah terancang suspek.


“Ada kemungkinan suspek menjangkakan mangsanya akan melawan ketika dirompak dan untuk memudahkan mereka meloloskan diri, asid terbabit dijadikan perisai.

“Ini sekali gus menunjukkan kedua-dua penjenayah terbabit sudah bersedia dengan apa saja kemungkinan yang boleh menggagalkan rancangan jahat mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.


Menurut Lee, selain mengenal pasti modus operandi penjenayah, masyarakat juga perlu meningkatkan keselamatan diri ketika berada di tempat awam."

'via Blog this'

Badan berasap

myMetro | Badan berasap:

KUALA LUMPUR: Kejadian menyimbah asid yang pernah menggemparkan warga kota, terutama wanita yang dilakukan lelaki bermotosikal tahun lalu muncul semula selepas satu kejadian dikesan di Rawang dan Serdang, kelmarin dan Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 7 pagi di Rawang kelmarin, seorang guru wanita cedera di muka dan separuh badan akibat disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh dua lelaki yang meragut rantai emasnya ketika menunggu bas di pondok menunggu bas di Batu 17, di sini.

Mangsa, S Rani, 47, yang ingin ke tempat kerja tiba-tiba ditegur dua lelaki yang turut bersamanya menunggu bas.
Menurut saksi, Nur Aqilah Osman, 14, ketika kejadian dia menunggu bas untuk ke sekolah apabila ternampak kedua-dua lelaki terbabit bercakap dengan mangsa.

“Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan, tetapi disimbah asid daripada botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu,” katanya.

Dia berkata, lelaki terbabit turut menyimbah sisa asid kepadanya menyebabkan bahagian belakangnya melecur.
“Tanpa menghiraukan tudung, pakaian serta beg sekolah yang terbakar terkena asid, saya terus berlari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu.

Sebelum kejadian, dia berkata, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur.
Malah, gadis itu juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol, tetapi menyangkakan ia minuman. Nur Aqilah ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi, berkata mangsa menjerit meminta tolong sambil memegang mukanya yang kemerahan akibat terbakar manakala dia dan rakan sekolah hanya mampu melihat kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit.

“Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arah kami dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya.

“Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain,” katanya.

Bapa Aqilah, Osman Delisali, 50, menghantarnya ke Hospital Selayang (HS) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dengan bantuan jiran.

Osman berkata, dia sedang bersiap-siap untuk menghantar adik Nur Aqilah ke sekolah apabila tiba-tiba melihat anak keempat daripada lapan beradik itu pulang dalam keadaan tubuh berasap.

“Saya kehairanan dan bertanya kenapa dia balik rumah semula, tetapi Nur Aqilah menjerit sambil menceritakan disimbah asid ketika sedang menunggu bas ke sekolah.

“Tanpa membuang masa, saya segera mencurah air ke tubuhnya bagi mengurangkan kepedihan,” katanya.

Katanya, dia lega apabila doktor yang merawat memaklumkan kecederaan itu tidak serius dan boleh sembuh dengan menyapu krim khas untuk kulit terbakar.

“Mujur anak saya mengelak dan hanya cedera ringan. Saya tidak dapat bayangkan kesakitan dan kesan buruk yang terpaksa dilaluinya jika kecederaannya serius seperti yang menimpa seorang lagi mangsa,” katanya yang bekerja sebagai tukang mesin rumput.

Sementara itu, dalam kejadian di Serdang pula, seorang kontraktor, S Thinagaran, 19, melecur sebelah muka kanan dan rabun sebelah mata selepas terkena asid disimbah dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kinrara Mas, selepas selesai menjalankan tugas di Rawang. “Walaupun dalam keadaan kesakitan selepas muka terbakar akibat dibaling cecair asid dua lelaki bermotosikal, saya sempat memandu kereta sejauh lima kilometer ke klinik di Kinrara untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Dalam kejadian jam 7 malam Isnin lalu, mangsa berkata, dia tidak mengenali dua lelaki berusia 20-an yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss yang tiba-tiba membaling cecair dipercayai asid ke arahnya.

Katanya, dia hanya sempat melihat dua lelaki memakai topi keledar memegang botol mineral sebelum berpaling ketika ke arah mereka selepas namanya dipanggil.

“Sebaik menoleh, mereka terus membaling cecair itu ke muka saya hingga menyebabkan terbakar dan menggelupur kesakitan sebelum berlari masuk ke dapur untuk membasuh muka,” katanya.

Katanya, dalam keadaan kesakitan dan mata sebelah kanan menjadi rabun, dia memandu ke klinik berhampiran manakala ayahnya mengikut dengan kereta lain.

Selepas mendapat rawatan awal, dia dibawa ke Pusat Perubatan Subang Jaya untuk rawatan lanjut yang mengesahkan muka sebelah kanannya terbakar akibat terkena asid.

Thinagaran berkata, dia tidak tahu motif sebenar dua lelaki itu yang berkemungkinan bermusuh dengannya akibat pergaduhan setahun lalu dan masih menyimpan dendam terhadapnya.

“Ayah saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Puchong untuk siasatan lanjut dan mahu dua lelaki itu diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

'via Blog this'

Pondan bercoli mengerang

myMetro | Pondan bercoli mengerang: "UCHING: “Sakit...sakit...” itulah rintihan didengari pengguna jalan raya sebaik mendapati kereta Perodua Kancil dinaiki seorang pondan terbabas dan merempuh pagar sebuah kem tentera di Kota Sentosa, di sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, kehadiran orang ramai bagi membantu individu terbabit mengundang kejutan apabila mendapati pondan itu yang hanya memakai coli dan berseluar dalam tersepit di tempat duduk depan dalam kejadian jam 12.20 tengah malam.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa, 26, dari Jalan Pengkalan Kuap, Kota Samarahan berseorangan ke Kota Sentosa.

Sumber berkata, kejadian itu menyebabkan kereta berkenaan nyaris terbalik sebelum orang ramai menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan."

'via Blog this'

Nampak pemandu berdiri tekan brek sekuat hati

myMetro | Nampak pemandu berdiri tekan brek sekuat hati:

SEGAMAT: “Pemandu lori tangki terbabit menekan brek sekuat hati hingga dia dilihat berdiri namun kenderaan itu gagal berhenti sebelum merempuh Proton Saga dinaiki pasangan suami isteri warga emas berkenaan,” kata Zaidi Sajidan, 50, di sini, semalam.
Zaini adalah saksi kejadian kereta Proton Saga dinaiki Mohd Sidin Paijan, 72, dan Natemah Wagimin, 65, dirempuh lori tangki selepas kereta dipandu Sidin cuba membelok ke arah kanan di simpang empat di Bandar Utama Segamat, pada jam 10.15 pagi semalam.

Menurut Zaini, pasangan berkenaan yang berasal dari Kampung Paya Besar bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh kakitangan Hospital Segamat dengan bantuan Bomba dan Penyelamat dari Jalan Abdullah, kira-kira 10 minit kemudian.
Mengimbau kejadian, Zaini berkata, dia serta isteri yang menaiki Proton Exora berhenti di simpang empat berkenaan dan kereta dipandu Sidin pula mahu membelok ke arahnya.

“Kereta Proton Saga itu membelok ke arah saya sebelum lori tangki berkenaan membrek. Bagaimanapun, kerana terlalu hampir, ia gagal mengelak dan merempuh kereta terbabit.

“Akibatnya, kerena berkenaan berpusing beberapa kali sebelum menghentam Proton Exora saya. Saya serta isteri hanya mampu bertawakal kepada Tuhan supaya kami terselamat,” katanya.
Menurut Zaini, kejadian menyebabkan cermin depan Proton Exora berkenaan retak dan isterinya pula trauma.

Zaini berkata, tidak lama kemudian, sekumpulan petugas perubatan serta bomba tiba dan mengeluarkan pasangan warga emas berkenaan yang luka di kepala dan badan akibat terkena serpihan cermin kereta itu.
“Syukur kerana pasangan warga emas itu, saya, isteri serta pemandu lori tangki berkenaan selamat dalam kemalangan itu,” katanya.

Zaini serta pemandu lori itu kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berkaitan kejadian.

Sidin dan Natemah pula dimasukkan ke wad Hospital Segamat dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

'via Blog this'

‘Bomoh patah’ maut nahas

myMetro | ‘Bomoh patah’ maut nahas:

KOTA BHARU: “Naluri saya yang berasakan suami terbabit kemalangan memang benar selepas terdengar dentuman di luar rumah,” kata Makalsom Mohd Razif, 44, isteri kepada Alias Saleh, 65, yang terbunuh dalam kemalangan di Kampung Durian Hijau, dekat Kok Lanas, petang kelmarin.
Dalam kejadian itu, Alias maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal ditunggang seorang pelajar, kira-kira jam 2.30 petang.

Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Klinik Kesihatan Kok Lanas 15 minit selepas itu.
Bagaimanapun, anak bongsunya yang duduk di dalam raga motosikal, Amirah Fauzan, 5, hanya cedera ringan selepas tercampak ke atas jalan.

Menurut Makalsom, arwah membawa anak bongsu mereka ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Kalong terletak dua kilometer dari rumah untuk mengambil anak sulung, Nor Atirah, 10, “Tidak sampai beberapa minit, saya tiba-tiba terdengar dentuman kuat dari arah luar dan gerak hati mengatakan suami terbabit dalam kemalangan.

“Saya yang berada di dapur bergegas keluar dan terkejut apabila melihat suami dalam keadaan berlumuran darah serta sudah tidak sedarkan diri 10 meter dari rumah.
“Saya memangku suami sambil mengajarnya mengucap dan pada masa sama jiran membantu menghantar suami ke klinik sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya. Makalsom berkata, jenazah suaminya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk dibedah siasat.

Katanya, suaminya yang juga seorang ‘bomoh patah’ tidak menunjukkan perubahan ketara, kecuali hanya memberitahu kurang selera untuk makan sehari sebelum kejadian.
“Kami reda pemergiannya,” katanya

'via Blog this'

Drebar patah paha, betis

myMetro | Drebar patah paha, betis:

ANAH MERAH: Seorang pemandu van menahan kesakitan hampir 15 minit apabila van dipandunya remuk akibat bertembung dengan sebuah treler membawa muatan dedak ternakan di Kilometer 79.5, Jalan Kota Bharu-Machang-Gerik berhampiran Masjid Bukit Bunga di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, Rashid Hassan, 42, bersama dua anaknya yang berumur lima dan lapan tahun dikatakan dalam perjalanan dari arah Tanah Merah menghala ke Jeli.

Kejadian dipercayai berlaku apabila treler dipandu seorang lelaki bersama dua pekerja cuba mengelak sebuah kereta sewa yang berhenti mengambil penumpang di tepi jalan.
Ia kemudian terbabas ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan van dinaiki tiga beranak terbabit.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan, Abd Aziz Mahmud berkata kejadian itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Kampung Jedok, di sini, patah pada paha dan betis kanan serta kepala.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Jeli sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah.
“Dua anaknya yang berumur lima dan lapan tahun mengalami cedera ringan dan turut dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Akibat rempuhan itu, van terbabit remuk teruk di bahagian pemandu menyebabkan mangsa tersepit sebelum dikeluarkan oleh orang awam,” katanya.
Katanya, pemandu treler bersama dua pekerja terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

'via Blog this'

6 maut serangan di Pakistan

Berita Harian Online | 6 maut serangan di Pakistan: "QUETTA (Pakistan): Sekumpulan lelaki bersenjata membunuh enam mangsa dalam serangan berkembar di barat daya Pakistan, yang mana sasaran satu daripadanya adalah kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tempatan.

Pegawai polis negara itu, Rustam Khan, berkata kumpulan lelaki bersenjata itu menyerang kereta yang membawa kakitangan PBB bagi Organisasi Makanan dan Pertanian di daerah Baluchistan wilayah Mastung hari ini, mengakibatkan dua mangsa terkorban.
Seorang pegawai PBB berkata, dua yang terkorban adalah pemandu dan petugas projek terbabit, manakala yang lain tercedera."

'via Blog this'

Suspek kes bakar kereta meninggal dunia

Berita Harian Online | Suspek kes bakar kereta meninggal dunia: "KUALA LUMPUR: Seorang suspek kes bakar kereta yang terjatuh dari motosikalnya Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur tengah hari ini.

Menurut sumber polis, suspek yang berumur 42 tahun itu meninggal dunia pada 12.15 tengah hari.

Dia dikatakan terjatuh dan cedera ketika cuba melarikan diri dari polis di persimpangan Kampung Pauh, Sentul."

'via Blog this'

Tiga lemas ribut landa tengah Filipina

Berita Harian Online | Tiga lemas ribut landa tengah Filipina: "MANILA: Tiga lelaki lemas dan seorang lagi dilaporkan hilang di tengah Filipina selepas ribut kencang melanda negara berkenaan sehingga menyebabkan hujan lebat dan laut bergelora, kata pegawai pertahanan awam, hari ini.

Pegawai pertahanan awam wilayah Bicol, Jay Ramos, berkata seorang nelayan maut berdekatan pulau Catanduanes manakala seorang wanita dan anak lelaki berusia enam tahun lemas ketika cuba menyeberangi sungai di bandar Sipocot.

Ketiga-tiga mangsa maut pada Isnin lalu. - AFP"

'via Blog this'

Itali sita AS$1.5 bilion aset keluarga Muammar Gaddafi

Berita Harian Online | Itali sita AS$1.5 bilion aset keluarga Muammar Gaddafi:
ROM: Jabatan kewangan polis Itali mengumumkan penyitaan aset bernilai lebih daripada 1.1 bilion euro (AS$1.5 bilion milik keluarga bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, hari ini. 

Aset itu disita susulan permohonan yang dilakukan Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, yang mana ketika ini sedang menunggu proses ekstradisi anak Gaddafi, Seif al-Islam daripada kerajaan Libya.
Antara aset yang disita termasuk saham kumpulan perbankan terbesar Itali, UniCredit; syarikat minyak, ENI; pengeluar kereta, Fiat; kelab bola sepak, Juventus; bangunan di Rom; 60.7 hektar tanah di Pulau Pantelleria dan dua kereta. - AFP
'via Blog this'

Tiga rakyat Malaysia ditahan tanam pokok ganja di Melbourne

Berita Harian Online | Tiga rakyat Malaysia ditahan tanam pokok ganja di Melbourne: "MELBOURNE: Tiga rakyat Malaysia antara enam yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam beberapa serbuan polis di Melbourne Selasa lalu dan merampas ganja bernilai A$3.7 juta.

Lebih 1,500 pokok ganja turut dirampas dalam serbuan serentak di beberapa buah rumah di pinggir bandar Dandenong, Springvale, Carrum Downs, Clarinda dan Mulgrave."

'via Blog this'