Search This Blog

Wednesday, March 28, 2012

Penyelia letak kereta dituduh bunuh isteri

Berita Harian Online | Penyelia letak kereta dituduh bunuh isteri:
KUALA LUMPUR: Seorang penyelia tempat letak kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana dituduh membunuh isterinya minggu lalu. 

Johari Ahmad, 42, dituduh membunuh eksekutif cukai, Suzilah Sabtu, 28, di rumah beralamat No B-8-9, Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi, Cheras di sini antara jam 3.30 petang dan 6.41 petang pada 16 Mac.
Johari, dari Kampung Pandan di sini, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Dia tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin. 

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah menetapkan 29 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat. 

Media melaporkan Suzilah mati ditikam berikutan satu pertengkaran. Bedah siasat menunjukkan mangsa, yang hamil lapan minggu, meninggal dunia akibat ditikam bertubi-tubi. - BERNAMA
'via Blog this'

Jiran ganas

myMetro | Jiran ganas:

KOTA KINABALU: Hanya kerana merakam gambar rumah kongsi untuk dibaik pulih, tiga beranak dibelasah jiran menggunakan topi keledar hingga mengakibatkan tangan kiri seorang daripada mereka hampir putus ditetak di ladang kelapa sawit di Kampung Tandek Asin-Asin, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pertama jam 8 pagi, Mopinshiew Kundihor, 50, dibelasah lima lelaki selepas mereka tidak berpuas hati tindakan mangsa merakam gambar rumah kongsi berkenaan.

Difahamkan, mangsa diarahkan majikan merakam gambar rumah kongsi bagi membolehkan ia dibaik pulih tetapi jiran menyangka ia akan diroboh sebelum nekad menyerang lelaki terbabit menyebabkannya cedera di kepala sebelum membuat laporan polis.
Kejadian itu tidak berakhir di situ apabila kumpulan lelaki terbabit menyerang rumah mangsa lalu mencederakan isteri, Lainah Ajob, 50, dan anak, Zaki Mopinshiew, 19.

Tangan kiri Zaki hampir putus akibat ditetak.

Menurut seorang anak mangsa, Raimah Mopinshiew, 34, dia mengetahui kejadian itu ketika di rumah di Taman Ketiau, Putatan.
“Kumpulan lelaki terbabit cuba menyerang ayah di hospital, tetapi tidak berjaya sebelum menyerang rumah kami dan mencederakan ibu serta adik saya sehingga parah,” katanya ketika ditemui di Hospital Queen Elizabeth II, di sini, semalam.

'via Blog this'

Jiran ganas

myMetro | Jiran ganas:

KOTA KINABALU: Hanya kerana merakam gambar rumah kongsi untuk dibaik pulih, tiga beranak dibelasah jiran menggunakan topi keledar hingga mengakibatkan tangan kiri seorang daripada mereka hampir putus ditetak di ladang kelapa sawit di Kampung Tandek Asin-Asin, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pertama jam 8 pagi, Mopinshiew Kundihor, 50, dibelasah lima lelaki selepas mereka tidak berpuas hati tindakan mangsa merakam gambar rumah kongsi berkenaan.

Difahamkan, mangsa diarahkan majikan merakam gambar rumah kongsi bagi membolehkan ia dibaik pulih tetapi jiran menyangka ia akan diroboh sebelum nekad menyerang lelaki terbabit menyebabkannya cedera di kepala sebelum membuat laporan polis.
Kejadian itu tidak berakhir di situ apabila kumpulan lelaki terbabit menyerang rumah mangsa lalu mencederakan isteri, Lainah Ajob, 50, dan anak, Zaki Mopinshiew, 19.

Tangan kiri Zaki hampir putus akibat ditetak.

Menurut seorang anak mangsa, Raimah Mopinshiew, 34, dia mengetahui kejadian itu ketika di rumah di Taman Ketiau, Putatan.
“Kumpulan lelaki terbabit cuba menyerang ayah di hospital, tetapi tidak berjaya sebelum menyerang rumah kami dan mencederakan ibu serta adik saya sehingga parah,” katanya ketika ditemui di Hospital Queen Elizabeth II, di sini, semalam.

'via Blog this'

Baling rim kereta

myMetro | Baling rim kereta: "SEGAMAT: Rim kereta dijadikan senjata. Itulah terjadi kepada seorang penjenayah yang cedera teruk di muka akibat dilempar dengan rim kereta oleh pelanggan sebuah gudang di Pekan Labis.

Kejadian berlaku apabila beberapa pelanggan bergegas masuk ke gudang sebelum seorang daripada mereka membaling rim berkenaan ke arah penjenayah terbabit menyebabkan dia bersama dua rakan melarikan diri dengan memanjat dinding zink premis berkenaan.
Menceritakan kejadian terbabit, pengusaha gudang komponen kenderaan terpakai itu, Lau Sau Yung, 52, berkata, ketiga-tiga penjenayah bersenjatakan gergaji serta pisau itu bertempiaran lari apabila melihat seorang daripada mereka cedera teruk di muka akibat terkena rim itu.

“Ini kali ketiga gudang saya diceroboh sejak Februari lalu. Lemparan rim daripada pelanggan membantu menyelamatkan saya daripada kerugian,” katanya di sini, semalam.



Dia berkata, tiga penjenayah itu menceroboh gudangnya melalui pintu belakang pada jam 3 petang, Isnin lalu sebelum mengikat seorang saudaranya."

'via Blog this'

Warga emas ditampar kerana RM14

myMetro | Warga emas ditampar kerana RM14: "KAJANG: Hanya kerana RM14, seorang warga emas bukan saja ditampar berulang kali malah ditolak hingga terjatuh dari basikal ditunggangi di depan Klinik Kesihatan Kajang, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang berusia 78 tahun dikatakan sedang menaiki basikal untuk pulang ke kampung di Semenyih sebelum dia ditahan sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, sebaik mangsa memberhentikan basikalnya, suspek terus menampar pipi kanannya dipercayai lebih sekali sebelum dia ditolak hingga terjatuh dari basikalnya.

“Sebaik mangsa terjatuh, suspek yang berusia 27 tahun itu mengambil kesempatan merampas wang saku milik mangsa berjumlah RM14 yang disimpan dalam poket kemeja kiri,” katanya."

'via Blog this'

Terjaga tanpa isteri di sisi

myMetro | Terjaga tanpa isteri di sisi:

SEREMBAN: “Sebaik terjaga daripada tidur, saya berasa pelik apabila mendapati isteri tiada di sisi,” kata Mohd Shukri Mohd Jamil, 40-an, suami kepada seorang pemilik kedai makan yang ditemui mati di tepi Sungai Linggi, Rantau di sini, dipercayai dibunuh, semalam.
Difahamkan, mayat Ruzina Jaafar, 40, ditemui terbaring berpakaian lengkap dalam semak berdekatan sungai itu oleh seorang bidan yang sedang mencari akar kayu, kira-kira jam 8 pagi. 
Ibu kepada lima anak itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke kawasan berkenaan.

Menurut Mohd Shukri, kali terakhir dia menemui isterinya ketika itu sedang berniaga di kedai makan di Simpang Pertang, Jelebu, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

“Saya pulang awal kerana mahu menghantar tiga anak pulang ke rumah untuk bersekolah esoknya. Saya terlelap sebelum terkejut melihat isteri yang hidup bersama selama 20 tahun, tiada di sisi sebaik bangun kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, semalam.

'via Blog this'

Ditelan sungai’

myMetro | ‘Ditelan sungai’:

KOTA TINGGI: “Kami menjerit dan melarangnya daripada terus bergerak ke tengah sungai, namun tidak dihiraukan warga emas itu. Kurang dua minit kemudian, dia hilang ditelan arus Sungai Johor,” kata petugas Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Mohd Ashidi Othman, 26, di sini, kelmarin.
Ashidi saksi kejadian seorang warga emas lelaki berusia 60-an berjalan ke tengah Sungai Johor melalui bawah jambatan bandar berkenaan pada jam 3.10 petang.

Menurut Ashidi yang berasal dari Kampung Kelantan, dia sedang menunggang motosikal ke pusat bandar melalui jalan pintas di bawah jambatan berkenaan sebelum ditahan beberapa individu.
“Mereka memaklumkan seorang warga emas berjalan masuk ke dalam sungai dan meminta saya menghulurkan bantuan.

“Di lokasi berkenaan, ada empat lelaki dewasa dan tiga murid sekolah. Warga emas terbabit pula sudah separas pinggang masuk ke dalam sungai,” katanya.

Menurut Ashidi, mereka memujuk lelaki berkenaan supaya naik ke tebing, namun tidak dihiraukan.
Ashidi berkata, dia menghubungi polis memaklumkan kejadian dan ketika itu, warga emas berkenaan mula hilang imbangan badan.

“Lelaki terbabit dihanyutkan air sebelum hilang daripada pandangan kami.
“Kami tidak berani membantu kerana ketika itu air sungai hampir pasang penuh,” katanya.

Polis yang tiba tidak lama kemudian menemui tongkat dipercayai milik warga emas berkenaan di kawasan semak berhampiran tebing sungai itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Low Hang Seng yang menyelaras operasi mencari dan menyelamat berkata, beliau bersama Ketua Balai Polis Kota Tinggi, Inspektor Mohd Azizi Abd Razak serta anggota lain berusaha mengesan waris mangsa di sekitar kawasan berkenaan, namun hampa.

“Sehingga jam 6 petang semalam, kami belum menerima laporan berkaitan kehilangan ahli keluarga. Identiti mangsa juga belum dikenal pasti,” katanya.


'via Blog this'

Padah ‘nomad’ picit badan

myMetro | Padah ‘nomad’ picit badan:

PETALING JAYA: Rutin seorang ahli perniagaan mengunjungi rumah urut berlainan setiap minggu mengundang padah apabila dia ditahan selepas satu pusat penjagaan kesihatan menawarkan rawatan refleksologi yang dikunjunginya di Jalan SS2/63, Kelana Jaya, di sini, diserbu sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, malam kelmarin.
Ahli perniagaan berusia 39 tahun itu mendakwa sering mengalami kelesuan kerana sibuk bekerja menyebabkannya mendapatkan perkhidmatan urutan badan untuk mengembalikan kesegaran tubuh.

Menurutnya, dia mengunjungi rumah urut berlainan setiap minggu kerana inginkan perkhidmatan tukang urut berbeza berikutan setiap premis menawarkan keistimewaan masing-masing.
“Ini kali pertama saya cuba mendapatkan perkhidmatan urutan badan di pusat kesihatan ini dan tidak menyangka ia diserbu kerana menjalankan operasi tanpa lesen serta tukang urut tidak bertauliah.

“Walaupun saya ditawarkan perkhidmatan urutan ‘tambahan’ pada harga serendah RM50, namun saya menolaknya kerana hanya mahu urutan badan,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Pegawai Operasi D7 Bukit Aman, Cif Inspektor Wiryanty Abdul Wahid berkata, dua pusat refleksologi diserbu kerana menawarkan khidmat urutan badan ke badan (B2B) kepada pelanggan dengan mengenakan bayaran RM135 untuk sekali perkhidmatan.
Menurutnya, premis itu mengaburi polis dengan meletakkan papan tanda kononnya menawarkan rawatan refleksologi dan urutan kaki.

“Siasatan mendapati kedua-dua premis terbabit beroperasi secara haram sejak lebih setahun lalu, malah satu daripadanya diserbu bulan lalu, tetapi pengusahanya tidak serik dan membuka semula perniagaan.
“Serbuan jam 10.30 malam itu menahan 13 wanita warga China dan seorang wanita warga Vietnam dipercayai tukang urut ketika menunggu pelanggan, manakala tiga penjaga premis termasuk dua lelaki warga tempatan ditahan,” katanya.

'via Blog this'

Pesta maksiat rai pengantin

myMetro | Pesta maksiat rai pengantin:

TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi.
TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi.
PARIT: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.
Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai ‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin. 
Majlis yang mendapat jolokan ‘disko desa’ itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.

Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.

Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam.

'via Blog this'

Pesta maksiat rai pengantin

myMetro | Pesta maksiat rai pengantin:

TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi.
TIDAK SENONOH...remaja lelaki dan wanita menari bersama dalam keadaan berahi.
PARIT: Ibarat pesta maksiat apabila ratusan remaja lelaki dan perempuan menjadikan persembahan kugiran sempena majlis perkahwinan di sebuah kampung, di sini sebagai pentas untuk menari dalam keadaan mengghairahkan sambil berpeluk dan bercumbuan.
Lebih menghangatkan suasana apabila pihak penganjur turut menjemput sekumpulan 10 mak nyah sebagai ‘perempuan joget’ bagi merancakkan persembahan di Kampung Parit 13 di sini, malam kelmarin. 
Majlis yang mendapat jolokan ‘disko desa’ itu mendapat sambutan lebih 500 remaja Melayu termasuk sekumpulan Mat Rempit yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Ipoh, Manjung, Batu Gajah dan Kuala Kangsar semata-mata mahu menyertai majlis gila itu.

Lebih memalukan ada sekumpulan remaja menari dalam keadaan mabuk selepas meneguk arak kerana mahu mendapatkan lebih keseronokan ketika menari.

Pengunjung yang hadir dihiburkan dengan lebih 20 lagu dinyanyikan silih berganti oleh beberapa penyanyi wanita dan lelaki kugiran berkenaan tanpa henti selama hampir tiga jam.

'via Blog this'

Tiga maut dalam kemalangan di Tanjung Malim

myMetro | Tiga maut dalam kemalangan di Tanjung Malim: "IPOH: Tiga maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua lori dan sebuah kereta di km 114 Jalan Behrang-Slim River dekat Tanjung Malim awal hari ini.

Mereka yang maut ialah pemandu lori, Abu Bakar Saleh, 51, dan Koy Kay Huang, 34, serta seorang kelindan lori yang identitinya belum dikenalpasti.
Manakala pemandu kereta Abdul Aziz Anthony, 57, dan seorang wanita dipercayai isterinya yang hanya dikenali sebagai Sulistiawati, 40, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supt Othman Nayan berkata, dalam kejadian pada pukul 3.40 pagi itu, lori yang dipandu Abu Bakar yang dalam perjalanan dari Behrang ke Tanjung Malim dikatakan bertembung dengan lori yang dipandu Koy dari arah bertentangan."

'via Blog this'

SPRM siasat semua kes dakwaan rasuah

myMetro | SPRM siasat semua kes dakwaan rasuah: "PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi jaminan semua kes membabitkan dakwaan rasuah akan disiasat, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata selagi kes itu dalam lingkungan Akta Anti Rasuah 2009, ia akan disiasat tanpa rasa takut dan tanpa mengira siapa yang terlibat.
Katanya siasatan tidak hanya terbatas kepada laporan rasmi yang dibuat tetapi suruhanjaya itu juga akan mengumpul dan menilai maklumat daripada saluran lain termasuk akhbar dan Internet bagi dakwaan rasuah.

"Kami akan siasat sebarang maklumat yang kami percaya bahawa kesalahan rasuah itu telah dilakukan. Kita mengalu-alukan sebarang aduan mengenai rasuah."

'via Blog this'

Rompakan di banglo Mawi, 3 ditahan bukan suspek utama

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUALA LUMPUR 27 Mac - Tiga lelaki warga Indonesia yang ditahan polis berhubung kes rompakan di banglo milik artis popular, Asmawi Ani atau Mawi, 31, di Bangi Golf Resort di Bangi dekat sini semalam, bukan suspek utama kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, polis bagaimanapun masih menahan tiga buruh binaan terbabit untuk siasatan lanjut kerana mengesyaki mereka mungkin bertanggungjawab memberi maklumat mengenai kediaman Mawi kepada perompak berkenaan.
"Tiga lelaki terbabit merupakan pekerja binaan di sebuah banglo terletak bersebelahan dengan rumah Mawi.
"Mereka ditahan tiga jam selepas Mawi membuat laporan polis mengenai kejadian rompakan itu. Setakat ini polis mengesyaki mereka mungkin terlibat menyalurkan maklumat mengenai rumah penyanyi tersebut kepada perompak yang juga rakan senegara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 4.30 pagi semalam, rumah banglo dua tingkat milik Mawi di Bangi Golf Resort dimasuki penjenayah yang melarikan wang tunai, seutas rantai leher dan empat telefon bimbit bernilai kira-kira RM10,000 setelah mengikat Mawi bersama isteri, nenek dan ibu mertuanya dalam bilik utama.
Menurut Ab. Rashid, ketiga-tiga buruh binaan berusia 20-an dan 30-an yang ditahan masih lagi disiasat dan akan dibebaskan selepas polis selesai mengambil keterangan mereka.
"Polis sedang berusaha mengesan empat perompak yang juga dipercayai bekerja sebagai buruh binaan dan rakan kepada tiga lelaki yang ditahan semalam.
"Mereka dipercayai bekerja di tapak binaan lain dan mengetahui mengenai rumah Mawi daripada rakan senegara yang bekerja membina banglo jiran penyanyi itu," katanya.

'via Blog this'

Rakyat India seludup 10.05kg syabu ditahan

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


SEPANG 27 Mac - Seorang lelaki warganegara India menjadikan pengalamannya yang pernah bekerja sebagai pencuci di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, selama tiga tahun untuk menyeludup masuk dadah ke negara ini.
Namun perbuatannya itu tidak kesampaian apabila dia diberkas bersama 10.05 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM2.51 juta melalui lapangan terbang itu kelmarin.
Timbalan Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA, Siti Baya Berahan berkata, siasatan mendapati suspek berusia 42 tahun itu pernah bekerja di LCCT kira-kira 10 tahun lalu malah, fasih berbahasa Melayu.
"Dia ditahan bahagian penguatkuasaan selepas tiba dari Kolkata, India pada pukul 12.30 tengah malam.
"Hasil pemeriksaan menemui dadah itu disembunyikan di dalam satu lapisan kotak berisi ketuhar gelombang mikro yang dibawanya," katanya pada sidang akhbar di pejabat JKDM di KLIA di sini hari ini.
Menurut Siti Baya, selain itu, pihaknya turut mengagalkan cubaan seorang lagi lelaki rakyat negara tersebut yang menggunakan pesawat sama untuk menyeludup dadah jenis syabu seberat 5.04 kilogram bernilai RM1.26 juta.
Katanya, hasil siasatan mendapati suspek pertama dan kedua itu tiada kaitan antara satu sama lain dan bergerak secara berasingan.
"Suspek kedua berusia 35 tahun itu pertama kali masuk ke negara ini. Dia ditahan selepas pihak kami menemui satu bungkusan putih yang disyaki syabu disorok di bahagian bawah bagasi miliknya," ujarnya.
Dalam kes berasingan, Siti Baya berkata, pihaknya menumpaskan dua lagi kes penyeludupan dadah dipercayai syabu membabitkan warganegara India dan Nigeria juga di LCCT dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
"Kes ketiga membabitkan lelaki warganegara India itu berusia 51 tahun yang ditahan pukul 2 pagi selepas tiba dari Bangalore di LCCT.
"Hasil pemeriksaan terhadap bagasi miliknya menemui satu bungkusan berwarna putih disyaki syabu seberat 3.98 kilogram bernilai RM995,000 disorokkan di bawah beg tersebut," ujarnya.
Beliau berkata, kes terakhir pula melibatkan seorang lelaki Nigeria berusia 22 tahun yang mengaku sebagai pelajar di salah sebuah akademi pelancongan di ibu negara ditahan selepas menaiki pesawat dari Kaherah-Bangkok-KLIA.
"Suspek ditahan oleh sepasukan anggota kita di unit pemeriksaan penumpang satu (MTB) KLIA dan hasil pemeriksaan menemui satu bungkusan putih disyaki syabu seberat 500 gram bernilai RM125,000 disorok di dalam ruangan khas bagasi itu," katanya.
Katanya, kesemua suspek direman selama 14 hari untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori.

'via Blog this'

Pemilik kedai makan ditemui mati dibunuh

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


SEREMBAN 27 Mac - Seorang pemilik kedai makan ditemui mati dalam keadaan mengerikan selepas dibunuh sebelum mayatnya dicampak di sebatang jalan di Kampung Pasir Lin Sum, Siliau dekat sini semalam.
Jurucakap polis berkata, mangsa, Ruzina Jaafar, 40, ditemui terbaring oleh seorang wanita yang kebetulan melalui jalan tersebut kira-kira pukul 8 pagi.
Jelasnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang memakai baju berwarna gelap dan seluar jean dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di jalan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan awal kita juga dapati ada kesan jerutan di leher mangsa dan terdapat kesan lebam di bahagian kepala mangsa.
"Kita juga percaya mangsa dibunuh dalam tempoh tidak sampai 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya di sini semalam.
Dalam pada itu, abang mangsa, Mohd. Rafi Jaafar, 42, pula menjelaskan, adiknya yang telah berkahwin dan mempunyai enam anak memiliki sebuah kedai makan di Simpang Pertang, Jelebu dekat sini.
Ujarnya, kali terakhir mangsa dilihat menghantar anaknya pulang ke rumah di Simpang Pertang selepas menutup perniagaannya kira-kira pukul 2 pagi.
"Adik saya kemudian keluar seorang diri dengan menaiki sebuah kereta miliknya tetapi dia tidak pulang ke rumah sehinggalah mayatnya ditemui di sini.
"Saya difahamkan suami adik saya ada membuat laporan mengenai kehilangan Ruzina di Balai Polis Simpang Pertang pada pagi ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mohd. Rafi memberitahu, dia tidak tahu sama ada Ruzina mempunyai musuh dan hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan pihak polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

'via Blog this'

Pelajar, guru disimbah asid

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUALA LUMPUR 27 Mac - Seorang pelajar perempuan dan seorang guru wanita cedera selepas kedua-duanya disimbah cecair dipercayai asid ketika sedang menunggu bas untuk ke sekolah di perhentian bas Batu 17, Rawang, dekat sini pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Nuraqilah Osman, 14, dan S. Rani, 46, difahamkan dihampiri dua lelaki tidak dikenali tanpa menaiki apa-apa kenderaan.
Kedua-dua suspek kemudiannya dipercayai meragut seutas rantai emas guru sekolah tersebut sebelum menyimbah cecair berkenaan ke arah mangsa serta pelajar itu lalu melarikan diri.
Difahamkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Selayang.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, pelajar itu melecur di bahagian belakang badan dan menerima rawatan pesakit luar di pusat perubatan berkenaan.
"Sementara itu, guru wanita tersebut pula menerima rawatan kecemasan berikutan keadaannya yang agak kritikal selepas melecur di muka, leher, tangan dan dada.
"Kedua-dua mangsa tidak dapat mengecam suspek-suspek berkenaan bagaimanapun mereka dipercayai berbangsa India," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

'via Blog this'

Pencuri geledah beg penumpang nyenyak tidur

Berita Harian Online | Pencuri geledah beg penumpang nyenyak tidur:
SINGAPURA: Ketika penumpang sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) dari Jakarta ke republik ini leka menonton video atau tidur Ahad lalu, dua lelaki sibuk menggeledah barang berharga dalam beg bimbit mereka. 

Kedua-duanya pencuri warga China itu, menggeledah beg yang diletakkan dalam kabin atas mencari barang berharga. Dalam satu kes, mereka berjaya menemui AS$5,000 (RM15,318.48) dalam sebuah beg komputer riba.
Namun seorang anggota krew yang perasan memerhatikan mereka. Sejurus penerbangan Jakarta-Singapura itu mendarat di Lapangan Terbang Changi di sini, polis sedang menunggu kedua-duanya.
Berapa kejadian kecurian berlaku bulan lalu. Laporan polis sudah dibuat dan syarikat penerbangan dan krew mereka mengambil langkah berjaga-jaga. 

Sebelum ini, seorang krew melihat seorang penumpang mengeluarkan sebuah beg komputer riba dari kabin atas, kemudian duduk di kerusi yang tiada penumpang, menarik sebuah dompet dan mengeluarkan sejumlah wang tunai dan disumbat ke dalam poket jaketnya. – Agensi
'via Blog this'

Gadis termakan pujuk kena rogol

Berita Harian Online | Gadis termakan pujuk kena rogol:
KANGAR: Padah mengikuti seorang lelaki ke Perlis, remaja perempuan berusia 15 tahun dari Alor Setar dikurung sebelum dirogol lelaki terbabit sekurang-kurangnya dua kali sepanjang tiga hari sejak Sabtu lalu. 

Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama datuknya diperlakukan sedemikian oleh suspek berusia 23 tahun, yang turut dikenalinya selepas dikatakan terpedaya pujukan lelaki terbabit ketika keluar bersiar bersamanya, petang Sabtu lalu.
Berdasarkan maklumat diterima, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Alor Setar dikatakan dijemput suspek di rumah datuknya di Kampung Pokok Pauh, Alor Setar, sebelum dibawa ke rumah lelaki itu di Kampung Kenangan, dekat Behor Mali, di sini.
Mangsa kemudian dirogol suspek sekurang-kurangnya dua kali, selain dikurung di rumah itu sebelum mangsa berjaya melepaskan diri petang kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu susulan laporan dibuat datuk mangsa di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin. 

Katanya, mangsa mendakwa dirogol suspek dua kali kira-kira jam 1 pagi Ahad lalu. Malah, mangsa turut dikurung suspek tiga hari selepas dibawa ke rumah tidak bernombor itu. 

"Mangsa nekad melarikan diri sebelum pulang ke Alor Setar dan memaklumkan kejadian itu kepada datuknya,” katanya. 
Polis kini memburu suspek yang dipercayai melarikan diri selepas menyedari mangsa membuat laporan polis. 
'via Blog this'

Gagal seludup dadah RM4.89j

Berita Harian Online | Gagal seludup dadah RM4.89j:
SEPANG: Dalam tempoh 48 jam, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berjaya menumpaskan empat cubaan menyeludup masuk dadah ke negara ini seberat 19.57 kilogram bernilai RM4.89 juta.

Berikutan itu, empat lelaki warga asing berusia antara 22 tahun hingga 51 tahun kini ditahan reman 14 hari mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Timbalan Pengarah KDRM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Siti Baya Berahan, berkata kes pertama membabitkan seorang lelaki warga India berusia 35 tahun yang pertama kali ke negara ini tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), menaiki pesawat dari Kolkata, India, kira-kira jam 12.30 tengah malam, Ahad lalu.
“Hasil pemeriksaan rapi, Bahagian Penguatkuasaan KLIA menemui satu bungkusan warna putih disyaki syabu disorok di bawah beg seberat 5.04 kilogram bernilai RM1.26 juta,” katanya di sini, semalam.

Siti Baya berkata, suspek kedua berusia 42 tahun ditahan menaiki pesawat sama apabila dikesan membawa dadah diletakkan dalam kotak mengandungi ketuhar gelombang mikro.

Katanya, pemeriksaan menemui satu lapisan khas di bawah kotak itu yang diisi serbuk putih disyaki syabu seberat 10.05 kilogram bernilai RM2.51 juta. 

Kes ketiga pula membabitkan seorang warga India berusia 51 tahun yang menaiki pesawat dari Bangalore, India dan ditahan sebaik tiba jam 2 pagi di LCCT kelmarin, selepas menemui satu bungkusan putih disyaki syabu disembunyikan di bawah beg suspek seberat 3.98 kilogram bernilai RM995,000. 
“Kes keempat pula pada hari sama jam 4.50 petang babit rakyat Nigeria berusia 22 tahun menaiki pesawat dari Cairo-Bangkok-KLIA dan imbasan bagasi lelaki itu menampakkan imej meragukan,” katanya.
'via Blog this'

‘Kerajaan Langit’ kembali aktif

Berita Harian Online | ‘Kerajaan Langit’ kembali aktif:
JERTIH: Tapak perkampungan Ayah Pin, pengasas ‘Kerajaan Langit’ di Kampung Batu 13, Hulu Besut, dilihat berkembang semula, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ajaran diisytiharkan sesat pada 1986 itu sudah kembali aktif. 

Tinjauan mendapati kawasan perkampungan itu ada kira-kira 150 rumah berbanding tidak sampai 50 rumah pada zaman kemuncaknya 10 tahun lalu.
Di kawasan itu juga terdapat tiga kubur iaitu kubur isteri pertama Ayah Pin, Che Minah Remeli, 68, seorang bekas pengikutnya serta kubur menantu Ayah Pin, iaitu Hasan Anak Rimau.
Beberapa penduduk di Kampung Batu 13, yang enggan mendedahkan nama mereka mengakui Ayah Pin pulang menziarahi jenazah isterinya, tetapi terus menghilangkan diri menaiki kereta mewah selepas Che Minah dikebumikan. 

Kawasan perkampungan Ayah Pin yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama ke Kampung Keruak di sini, dikawal rapi sekumpulan belia dipercayai anak kepada pengikut setia kumpulan ajaran sesat yang menetap di perkampungan berkenaan. 

“Beberapa pengikut Ayah Pin ada meminta kebenaran untuk mengebumikan jenazah Che Minah di tanah perkuburan Islam berhampiran perkampungan itu, tetapi tidak dibenarkan penduduk kerana arwah dan tiga lagi madunya termasuk Ayah Pin pernah mengisytiharkan keluar daripada Islam pada 1998. 

“Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini. 
“Beberapa belia yang ditugaskan mengawal dan mengawasi orang tidak dikenali daripada memasuki perkampungan itu mengakui Ayah Pin pulang serta mengadakan perjumpaan dengan semua pengikutnya,” katanya. 

Bagaimanapun, usaha Berita Harian untuk merakamkan gambar kawasan terbabit dihalang oleh beberapa belia yang ditugaskan untuk mengawal dan mengawasi perkampungan berkenaan. 

“Jika nak rakam gambar, perlu minta kebenaran daripada Kak Yah, (isteri keempat Ayah Pin, Nik Kamariah Nik Par), tetapi dia tidak ada di rumah ketika ini. 

“Tanpa kebenaran Kak Yah, kami tidak benarkan sesiapapun merakamkan gambar di sekitar perkampungan ini, jika tetap berdegil kami terpaksa merampas kamera,” katanya.
'via Blog this'

‘Saiful Apek disahkan positif ganja’

Berita Harian Online | ‘Saiful Apek disahkan positif ganja’:
PETALING JAYA: Seorang juruteknologi makmal perubatan memberitahu Mahkamah Majistret di sini semalam, ujian pengesanan dadah menunjukkan pelakon dan pelawak, Saiful Apek, positif dadah kanabis. 

Israfel Ismon, 54, dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, berkata bagi mengetahui kandungan dadah itu, pihaknya membuat ujian pengesanan dadah dikenali sebagai TLC iaitu Thin Layer Chromatography.
Selain Saiful Apek, tiga suspek lain iaitu Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24, dan Noremy, 28, didapati positif dadah.
Disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad bila ujian itu dibuat, saksi kelima itu bagaimanapun tidak ingat tarikh dan hanya mengesahkan ia dilakukan Jun 2010. 

“Selepas menerima arahan daripada pegawai perubatan, saya mengambil sampel air kencing yang disimpan dalam peti sejuk dan membuat ujian TLC,” katanya. 

Israfel berkata, sebaik selesai menjalankan ujian, sampel disimpan kembali dalam peti ais, manakala hasil ujian disahkan pegawai perubatan, Rozita Abdullah. 

Israfel memberikan keterangannya pada perbicaraan kes Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42; dan tiga kru produksi, Shah Zainatull, Shaiful Baharom serta Noremy, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil ganja. 
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini, jam 11 malam, 12 Jun 2010. 

Apek serta tiga rakannya itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan. 

Perbicaraan di depan Majistret Ahmad Solihin Abd Walid bersambung 10 Mei ini.
'via Blog this'

Usia 9 hingga 22 tahun paling ramai hilang 2011

Berita Harian Online | Usia 9 hingga 22 tahun paling ramai hilang 2011:
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak dan perempuan berusia sembilan hingga 22 tahun adalah paling ramai dilaporkan hilang oleh ibu bapa atau penjaga mereka sepanjang tahun lalu, membabitkan 726 daripada 1,097 orang.

Statistik Bukit Aman menunjukkan setakat ini, 406 daripada mereka termasuk 273 perempuan sudah ditemui semula, manakala 691 lagi termasuk 453 kanak-kanak dan remaja perempuan masih belum ditemui dan usaha mengesan mereka masih dijalankan.
Hasil soal siasat ke atas mangsa yang sudah ditemui semula dan keluarga mangsa yang masih hilang mendapati kebanyakan mangsa hilang disebabkan lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki selain tinggal berasingan bersama ibu atau ayah selepas berlaku perceraian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, berkata dalam tempoh itu remaja wanita berumur 14 hingga 17 tahun adalah paling ramai dilaporkan hilang, iaitu 333 kes dengan 147 daripada mereka sudah ditemui semula.

“Punca kehilangan kebanyakan kanak-kanak dan remaja perempuan adalah disebabkan lari mengikut teman lelaki sama ada rakyat tempatan atau warga asing, pengaruh rakan serta inginkan kebebasan kerana mahu lari dari masalah keluarga.

“Kejadian ini pasti tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terbabit terutama ibu bapa, penjaga dan masyarakat bersama-sama memainkan peranan dengan memberikan perhatian bagi mendalami permasalahan yang dihadapi kanak-kanak dan remaja masa kini,” katanya.
'via Blog this'

BDua sahabat dihukum gantung sampai mati edar 33.181 gram kanabis

Berita Harian Online | Dua sahabat dihukum gantung sampai mati edar 33.181 gram kanabis:
GEORGETOWN: Dua sahabat dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini atas kesalahan mengedar 33.181 gram dadah jenis kanabis lima tahun lalu. 

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Amin Firdaus Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.
Kedua-dua tertuduh, pekerja trak tunda Ahmad Zhahril Mohd Hussin, 29, dan kerani perkapalan Nazri Abdul Hamid, 35, tenang ketika hakim menjatuhkan hukuman terhadap mereka.
Mereka didakwa mengedar dadah itu di hadapan Pusat Aneka Sukaramai di Taman Sama Gaga, Permatang Pauh pada jam 5 petang, 22 Jun 2007. 

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) yang membawa hukuman mati mandatori. 

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Dhillon manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari. - BERNAMA
'via Blog this'

27,000 liter diesel dirampas

Kosmo! Online - Negara:



AZMI (kanan) bersama anggota pasukan Polis Marin memeriksa bot yang diubah suai untuk mengangkut minyak diesel ke negara jiran di Tok Bali, Pasir Puteh semalam.


PASIR PUTEH – Pasukan Polis Marin Wilayah 3 merampas 27,000 liter minyak diesel bernilai RM48,600 selepas menahan tiga lelaki Thailand dan dua lelaki warga tempatan di pangkalan kecil Tok Bali, dekat sini awal pagi semalam.
Komandernya, Asisten Komisioner Azmi Ibrahim berkata, tiga warga Thailand tersebut ialah seorang tekong bot bersama dua awak-awak manakala dua lelaki tempatan merupakan pemandu dan kelindan lori tangki minyak yang berusia dalam lingkungan 44 hingga 55 tahun.
Menurut beliau, mereka ditahan ketika sedang memindahkan minyak tanpa sebarang dokumen pembelian di pangkalan persendirian yang tersorok daripada pandangan umum pada pukul 1.30 pagi dan dipercayai cuba menyeludup keluar barangan bersubsidi itu ke negara jiran.

'via Blog this'

Usah ganggu Nazatul

Kosmo! Online - Negara:


SHAH ALAM – “Saya tidak mahu komen apa-apa kerana yang penting anak saya selamat.”Demikian kata Norazura Roski, 37, ibu kepada remaja perempuan, Nazatul Fardiana Mohd. Farizwan, 14, yang mendakwa diculik dan dibawa ke Thailand bersama lima remaja warga Myanmar baru-baru ini.
Malah, Norazura yang dihubungi turut tidak membenarkan mana-mana wartawan untuk datang ke rumahnya yang terletak di Seksyen 8 di sini untuk ditemu bual selepas pihak polis mendedahkan kejadian culik itu sebenarnya adalah drama semata-mata.
“Saya tidak mahu apa-apa publisiti, asalkan anak saya selamat, jangan besar-besarkan cerita ini lagi.
“Anak saya tidak ada di rumah, dia sekarang selamat dan berada di tempat lain,” katanya yang terus mematikan telefon bimbitnya.

'via Blog this'

Perompak dicekup selepas terpijak paku

Kosmo! Online - Negara:


PETALING JAYA - Drama cubaan melarikan diri lima perompak yang bersenjata pisau selama dua hari selepas menyamun barang kemas dan wang tunai milik dua beranak di sebuah rumah dekat Jalan 17/3 di sini berakhir dengan empat daripada mereka dicekup polis.
Dalam kejadian pukul 2.45 pagi semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad berkata, suspek cuba melarikan diri dengan melompat sekurang-kurangnya enam buah rumah untuk mengelak di tahan polis.
"Suspek cuba melarikan diri daripada ditahan polis apabila menyedari mereka telah dikepung 26 anggota polis dan 17 buah kereta peronda di situ.
"Suspek yang semakin takut ditahan melompat dari sebuah ke sebuah rumah iaitu tidak kurang dari enam buah rumah untuk elak dicekup," katanya.

'via Blog this'

Duda didakwa tikam janda muda

Kosmo! Online - Negara:


KOTA BHARU – Perbuatan seorang pembantu hospital yang menikam bekas isterinya dengan sebilah gunting di tempat letak kereta sebuah pasar raya pada Jun tahun lalu memasuki episod baharu apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan mencederakan wanita itu.
Muhammad Roofeza Dollah @ Abdullah, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Muhammad Roofeza didakwa telah menyebabkan cedera parah ke atas bekas isterinya, Hazita Mohamed (gambar kecil), 28, dengan menikam wanita itu menggunakan sebilah gunting pada pukul 4 petang, 20 Jun tahun lalu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara 20 tahun atau sebat atau denda.

'via Blog this'

Habuan seks, wang makan diri

Kosmo! Online - Negara:


MELAKA - Perbuatan seorang kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang meminta rasuah berbentuk seks dan wang daripada seorang wanita sebagai upah untuk dilepaskan daripada kes khalwat memakan diri apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Bagaimanapun, Zullias Rasid Manan, 37, yang merupakan pekerja rendah am MAIM mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Mengikut pertuduhan pertama, Zullias didakwa meminta wang RM1,500 daripada wanita itu sebagai upah untuk menyelesaikan kes tangkapan atas kesalahan syariah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak motosikal di belakang Dataran Pahlawan berhadapan dengan sebuah sekolah, Banda Hilir di sini pada pukul 6 petang, 19 Januari 2010 lalu.

'via Blog this'

Mahkamah tutup kes

Kosmo! Online - Negara:



SAFEE bergambar bersama isteri, Sabrina (kiri) dan dua anaknya, Nur Syaza Syaqina (dua dari kiri) serta Nursyasya Safirna.


SHAH ALAM - Jutawan bola sepak negara, Safee Sali yang kini bermain untuk Pelita Jaya FC di Indonesia semalam menarik balik permohonan kembali taat yang difailkan terhadap isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Rendah Syariah di sini November tahun lalu.
Permohonan itu dikendalikan oleh peguam syarie, Norrasyada Osman yang mewakili Safee atau nama sebenarnya, Mohd. Safee Mohd. Sali di hadapan Hakim Syarie Atras Mohamad Zain.
Dalam permohonannya, Norrasyada memberitahu, anak guamnya itu tidak dapat hadir ke mahkamah dan bersetuju untuk menarik balik permohonan tersebut selepas bersetuju menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di luar mahkamah.
Atras kemudian membenarkan permohonan itu dan memutuskan agar kes itu ditutup.
Sabrina yang diwakili peguam syarie, Junaidah Bakar juga tidak hadir pada prosiding semalam dan dia dikatakan berada di Kuching, Sarawak.

'via Blog this'