Search This Blog

Sunday, March 25, 2012

Lebih 20 rumah rosak dilanda ribut

Berita Harian Online | Lebih 20 rumah rosak dilanda ribut:KANGAR: Lebih 20 buah rumah rosak terutama pada bahagian bumbung dalam kejadian ribut yang melanda sekitar bandar Kangar hari ini. 

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika hujan lebat.
Antara lokasi terjejas ialah Kampung Bakau dan Taman Hijrah di sini namun JKM masih menjalankan bancian dan nilai kerugian belum diketahui setakat ini.
Turut mengalami kerosakan ialah gerai makanan yang turut terbalik akibat angin kencang manakala beberapa batang pokok turut tumbang. 

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) masih bertungkus lumus mengalihkan pokok yang tumbang berhampiran jalan raya terutama berhampiran Padang Bandaran di sini. 

Akibat kejadian itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memotong sementara bekalan elektrik di kawasan terbabit demi keselamatan orang ramai. - BERNAMA
'via Blog this'

Mangsa serakah abang

myMetroMangsa serakah abang:KUALA LUMPUR: Tidak pernah terlintas di fikiran siswi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 25 tahun ini untuk menjalin hubungan dengan rakan sama jantina, namun memori pahit zaman kanak-kanak ketika menjadi hamba seks kepada abang kandung menghantui diri, sekali gus merubah penampilannya kepada pengkid.
Menjadi mangsa sumbang mahram tatkala usia menjengah lapan tahun adalah igauan ngeri dialami anak keempat daripada enam beradik dikenali sebagai Leen.
“Sejak kecil, penampilan saya macam tomboi. Hubungan rapat dengan sepupu lelaki turut mempengaruhi imej ketika itu.

“Tambahan pula, kedua-dua kakak saya bersekolah di asrama penuh. Malah, mak dan ayah memberi kepercayaan kepada saya untuk melakukan pekerjaan dilakukan lelaki, termasuk berkebun. 
“Namun semuanya berubah apabila satu-satu abang kandung yang sepatutnya bertanggungjawab melindungi adik meragut ‘mahkota’ saya ketika berusia lapan tahun. 
“Kejadian itu berlanjutan enam bulan. Saya kemudian nekad memberitahu mak dan ayah, malangnya mereka seakan-akan tidak percaya, menyebabkan penderitaan saya dibiarkan tanpa sebarang pembelaan.

“Lebih mengecewakan, ayah yang saya hormati curang terhadap mak dan sanggup menjalin hubungan sulit bersama pembantu rumah Indonesia,” katanya. 

'via Blog this'

Penoreh terkejut jumpa mayat

myMetroPenoreh terkejut jumpa mayat:KUALA NERANG: Seorang penoreh getah yang meninjau kawasan ladangnya terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki, dipercayai dibunuh, dengan kesan tikaman pada badannya di sebuah ladang getah di Felda Lubuk Merbau, Naka, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa yang dipercayai warga asing berusia 30-an itu ditemui hampir reput, dipercayai dua hari meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, selain badan, polis menemui kesan tikaman di muka, perut, rusuk dan belakang mangsa serta kesan kelar di leher.
“Berdasarkan laporan bedah siasat dan penampilannya, polis percaya lelaki terbabit adalah warga asing berikutan penemuan tangkal patung di leher mangsa yang mempunyai tulisan bahasa asing.

“Berdasarkan siasatan bahagian forensik, kita percaya mangsa mati lebih daripada sehari sebelum mayatnya ditemui petang semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi, semalam.

'via Blog this'

Lelaki mati dipukul

myMetroLelaki mati dipukul:KLANG: Angkara dendam, seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan kepala dan muka berlumuran darah di depan sebuah kelab malam di Jalan Stesen, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.49 pagi, P Puvanesvaran, 25, ditemui terbaring dipercayai dipukul beramai-ramai dalam pergaduhan di dalam kelab malam itu.

Difahamkan, mangsa pergi ke kelab itu untuk bersuka ria namun sewaktu berhibur, mangsa didatangi sekumpulan lelaki dan berlaku pertengkaran sebelum ia bertukar menjadi pergaduhan.
Ketika dalam keadaan cemas, mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada penyerang namun terjatuh dan ditemui mati, 20 meter dari kelab berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu sebaik orang ramai menemui mangsa terbaring sebelum menghubungi polis yang tiba beberapa minit kemudian.

Katanya, siasatan pasukan forensik mendapati mangsa mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan muka akibat dipukul dengan benda tumpul.
“Pihak forensik turut menemui botol minuman keras berhampiran mangsa selain serpihan kaca.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kejadian dipercayai bermotifkan dendam,” katanya.
Mohamad berkata, polis menahan tiga lelaki berusia 35 tahun hingga 40 tahun untuk membantu siasatan dan polis masih giat memburu suspek lain.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh dan sabit kesalahan boleh dihukum mati.

'via Blog this'

11 kenderaan disimbah cat

Berita Harian Online | 11 kenderaan disimbah cat:SUBANG JAYA: Sebelas kenderaan milik penduduk di Taman Perindustrian UEP di sini, disimbah cat berwarna coklat dipercayai dilakukan pihak tidak bertanggungjawab antara jam 5 hingga 6 pagi, semalam. 

Antara kenderaan yang terjejas akibat kejadian itu adalah jenis Mercedes, Honda CRV, Chevrolet, Hyundai Getz, Perodua Myvi, Proton Gen2, Proton Perdana, Proton Wira dan Perodua Kancil dengan dua daripada kenderaan terbabit diletakkan di dalam pagar rumah.
Pengerusi Persatuan Penduduk, Kenneth Tan, 49, berkata kebanyakan pemilik hanya menyedari kenderaan mereka disimbah cat sekitar jam 6.30 pagi selepas terdengar alat penggera keselamatan daripada beberapa kenderaan.
“Sebanyak lima kereta penduduk di Jalan TP 1/5, Jalan TP 1/6 (tiga) dan Jalan TP 1/7 (dua) di taman ini disimbah cat dan buat masa ini kita tidak pasti siapa yang melakukannya. 

“Kita dapati cat itu diisi dalam plastik kecil sebelum dilempar di depan atau belakang kereta. Ada juga rumah penduduk yang turut terkena cat itu,” katanya. 

Beliau berkata, pihaknya belum pasti punca sebenar kejadian dan sudah pun membuat aduan polis. 

“Pada masa sama, kami mahu syarikat kawalan keselamatan yang diupah meningkatkan kawalan bagi menjamin keselamatan penduduk dan harta benda mereka,” katanya yang turut mengakui kawasan kejiranan yang tidak berpagar mungkin menjadi punca ia senang diceroboh orang luar. 
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian itu. 

Sementara itu, kebimbangan orang ramai berhubung beberapa kejadian khianat bakar kenderaan mewah di sekitar Sentul sejak dua minggu lalu berakhir selepas polis berjaya menahan lelaki disyaki di persimpangan Kampung Puah, Sentul, kira-kira jam 10.30 pagi semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata sejak 10 Mac lalu, lebih 18 kejadian bakar kenderaan dilaporkan di sekitar Sentul selain ada pemilik melaporkan keempat-empat tayar kenderaan mereka dipancitkan.
'via Blog this'

Pembantu Tabika Kemas cedera akibat diragut

Kosmo! Online - Negara:



NURUL FATIHAH yang cedera akibat terjatuh dari motosikal selepas beg tangannya diragut di Baling semalam.


BALING - Seorang pembantu Tabika Kemas cedera akibat terjatuh dari motosikalnya selepas diragut di Jalan Kuala Ketil di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, mangsa, Nurul Fatihah Yahya, 20, membonceng motosikal ditunggang rakannya, Nazira Abdul Manan, 21.
Kedua-dua mangsa yang merupakan ahli Puteri UMNO Bahagian Baling dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kuala Merah di sini selepas menghadiri satu kursus di Alor Setar.
Menurut Nurul Fatihah, dia menyedari seorang lelaki menunggang motosikal menghampiri mereka sebelum menghimpit dan menarik beg tangan yang diletakkan di atas pahanya.

'via Blog this'

Tiga lelaki cuba pecah rumah mati ditembak

Kosmo! Online - Negara:


PORT DICKSON – Hasrat tiga penjenayah warga asing untuk memecah masuk sebuah rumah di Linggi dekat sini mengundang padah apabila mereka mati ditembak polis awal pagi semalam.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, ketiga-tiga lelaki berkenaan masuk ke kawasan rumah berkenaan selepas memotong pagar.
Bagaimanapun, katanya, ketika mahu menghampiri rumah didiami enam penghuni tersebut, mereka terserempak dengan sebuah kereta peronda polis.
Ujarnya, anggota polis yang curiga dengan gerak-geri tiga lelaki terbabit menghampiri mereka dan meminta penjenayah itu menyerah diri.
“Bagaimanapun penjenayah terbabit bertindak nekad menyerang anggota polis terbabit dengan parang

'via Blog this'

12 kereta disimbah cat coklat, hitam

Kosmo! Online - Negara:


Sebuah kereta Proton Perdana V6 yang disimbah cat di Subang Jaya semalam.


SUBANG JAYA - Penduduk di Taman Perindustrian UEP di sini gempar apabila 12 buah kenderaan milik penghuni di kawasan perumahan itu disimbah dengan cat berwarna coklat dan hitam semalam.
Mereka hanya menyedari kejadian itu antara pukul 5.30 pagi dan 6 pagi ketika mahu menggunakan kenderaan masing-masing.
Antara kenderaan yang menjadi sasaran ialah dua buah kereta Proton Gen.2, Proton Perdana V6, Proton Wira, Perodua Myvi, Perodua Kancil, Honda CRV, Hyundai, Chevrolet dan Mercedes Benz.
Hasil pemeriksaan di tempat kejadian membawa kepada penemuan bungkusan plastik lutsinar mengandungi cat.
Suspek dipercayai melempar bungkusan tersebut ke arah kereta mangsa secara rambang.
Dua daripada kenderaan terlibat diletak dalam kawasan berpagar manakala selebihnya di hadapan rumah.
Salah seorang mangsa, K. Rina, 39, berkata, dia menyedari kereta Proton Perdana berwarna perak miliknya disimbah cat ketika mahu menggunakan kenderaan itu untuk pulang ke kampung di Kedah pada kira-kira pukul 5.30 pagi.
"Saya terpaksa membatalkan rancangan kami sekeluarga untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di Kedah selepas kereta saya sudah bertukar warna cat seperti warna coklat pula.

'via Blog this'

Suspek bakar 18 kenderaan ditangkap

Kosmo! Online - Negara:



SEBUAH kereta Porsche marak dijilat api selepas dibakar di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu.


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai hobi memancitkan tayar sebelum membakar kenderaan orang ramai secara rambang di sekitar kawasan Sentul, di sini sejak 10 Mac lalu akhirnya ditangkap semalam.
Sebelum ditangkap, lelaki berusia 42 tahun itu disyaki telah memancitkan tayar dan membakar 18 buah kenderaan.
Dia bagaimanapun ditangkap di persimpangan Kampung Puah, Sentul kira-kira 10.30 pagi semalam ketika menunggang sebuah motosikal yang disyaki dicuri di Jinjang pada bulan lalu.
Tangkapan itu dilakukan selepas suspek membakar empat buah kereta sekitar Titiwangsa, Segambut dan Jalan Genting Klang antara pukul 1 hingga 3 petang kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK), Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek dikenal pasti selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di salah satu lokasi kejadian.

'via Blog this'