BANDAR MARANG - Seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an bersama tiga penumpang nyaris maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas sebelum melanggar tiang lampu di Kilometer 16, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 12.05 pagi itu, mangsa yang memandu Perodua Alza dan tiga penumpang terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius walaupun keadaan kereta yang dinaiki remuk teruk di bahagian hadapan.
Difahamkan pemandu terbabit yang dalam perjala-nan dari Kampung Rhu Rendang menuju ke Bandar Marang dipercayai hilang kawalan ketika melalui tempat kejadian lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh sebatang tiang lampu.
“Selepas terlanggar tiang tersebut, kenderaan itu tersekat di atas pembahagi jalan sebelum orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu mangsa keluar dari kenderaan tersebut,” kata seorang saksi ketika ditemui di tempat kejadian.
Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu bagaimanapun berkata, sehingga pagi semalam, pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kemala-ngan daripada mangsa.

'via Blog this'