Search This Blog

Wednesday, March 21, 2012

Lima pemain ski terkorban

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


OSLO 20 Mac - Seorang pemain ski Switzerland terselamat dalam runtuhan salji yang turut mengorbankan lima yang lain di pinggir pergunungan Artik, semalam.
Jurucakap polis, Morten Pettersen berkata, pasukan penyelamat mengesan lokasi kejadian berdasarkan isyarat radio, namun hanya seorang pemain ski Switzerland yang terselamat dan dia dihantar ke hospital tempatan menaiki helikopter.
Katanya, dalam kejadian itu, dinding salji setinggi kira-kira satu kilometer tiba-tiba runtuh ke atas sekumpulan 12 pemain ski yang berada di Gunung Sorbmegaisa terletak 65 kilometer di timur bandar Tromsoe.
Namun, enam daripada mereka dapat menyelamatkan diri dan menghantar isyarat bantuan kepada pasukan penyelamat, katanya.
"Mangsa yang terselamat dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
"Empat rakyat Switzerland dan seorang warga Perancis disahkan terbunuh dalam kejadian itu," katanya.
Runtuhan salji itu bermula pada ketinggian 1,000 meter dan selebar 600 meter pada kira-kira pukul 2.30 petang (9.30 malam waktu Malaysia). - AGENSI

'via Blog this'

Ibu terima panggilan anak selamat

Utusan Malaysia Online - Jenayah:



Nor Mala Mohd. Lazin memeluk Mohd. Shahmi Aiman Mahadi dan Siti Nurul Aishah yang kesedihan kerana kehilangan Siti Nur Fatihah (gambar kecil) di rumah mereka di Taman Tas, Kuantan, semalam.


KUANTAN 20 Mac - Ibu kepada seorang pelajar perempuan tingkatan tiga yang dipercayai diculik kelmarin menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa anaknya berada dalam keadaan selamat.
Menurut Nor Mala Mohd. Lazin, 34, lelaki yang dikenalinya itu menghubunginya kira-kira pukul 2 pagi dan memberitahu keadaan anaknya, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15.
"Lelaki itu mendakwa seorang wanita telah menghubunginya dan memberitahu anak mak cik berada di sebuah rumah ibu angkat seorang daripada mereka.
"Kata lelaki itu anak makcik akan pulang ke rumah 'esok-esok' kerana kehilangannya kini telah menjadi kes polis," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tas di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Siti Nur Fatihah hilang dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad nilai tambah prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan itu keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya iaitu Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman yang masing-masing berumur 11 tahun.
Nor Mala berkata, dia sempat memujuk lelaki berumur 20-an itu supaya supaya memaklumkan di mana Siti Nur Fatihah tinggal dan kereta jenis apa yang dinaiki mereka.
"Dalam perbualan kami selama dua jam, lelaki itu memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi," katanya.
Nor Mala berkata, dia juga tidak berasa anak sulungnya itu lari dari rumah memandangkan Siti Nur Fatihah seorang anak yang taat dan mengikut kata.
"Lagi pun, tiada motif Siti Nur Fatihah nak lari dari rumah, dia dengan saya macam kawan. Ke mana pergi mesti ditemani saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff ketika dihubungi menyeru rakan Siti Nur Fatihah supaya segera memulangkan pelajar terbabit kepada keluarganya.
"Jika rakan pelajar terbabit takut hendak hantar kepada keluarganya, mereka boleh datang ke balai polis untuk selesaikan masalah ini.
"Bagaimanapun kes ini masih lagi disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik daripada penjaga yang sah," katanya.
Sementara itu di KOTA BHARU, polis meningkatkan sekatan dan pemeriksaan jalan raya di negeri ini bagi membantu mengesan Siti Nur Fatihah terutama laluan masuk ke sempadan negara jiran.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, tumpuan diberikan kepada kenderaan yang melalui kawasan sempadan Malaysia-Thailand.
"Kami prihatin dan bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa dan juga keluarganya," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota trafik Koperal Noor Afandi Nor Abidin yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini hari ini.

'via Blog this'

Nazatul Fardiana masih trauma

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:


Nazatul Fardiana


SHAH ALAM 20 Mac - Remaja perempuan yang diselamatkan Polis Thailand selepas berjaya melarikan diri daripada sekumpulan anggota sindiket pelacuran di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok minggu lalu, masih trauma dan belum bersedia memberi sebarang kenyataan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, remaja berkenaan, Nazatul Fardiana Mohd. Izwan, 14, kini menerima rawatan di wad pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya kini berusaha memperoleh kenyataan daripada lima remaja warga Myanmar iaitu tiga lelaki dan dua perempuan berusia antara 14 dan 17 tahun sekiranya mereka dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini bagi mendapatkan maklumat.
"Mangsa (Nazatul Fardiana) yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Seksyen 9 di sini masih trauma dan setakat ini jika ditanya dia hanya menjawab tidak ingat.
"Jadi, kita berusaha dapatkan kenyataan lima remaja Myanmar yang bersamanya di Thailand sekiranya mereka dihantar semula ke Malaysia kerana ibu bapa mereka menetap di Selangor dan memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).
"Selepas kita mendapat kenyataan mangsa dan lima remaja Myanmar itu, barulah kita dapat gambaran jelas tentang bila dan bagaimana mereka diculik serta dibawa masuk ke Thailand dan berapa lama mereka di sana," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini petang ini.
Ditanya kronologi kejadian yang diperoleh oleh pihak polis setakat ini, Zahedi memberitahu, pada mulanya kes mangsa disiasat sebagai orang hilang selepas ibunya, Norazura Roski, 37, membuat laporan pada 31 Januari lalu.
Ujar beliau, berdasarkan laporan, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas dihantar ibunya di perhentian bas berdekatan rumah semasa mangsa ingin pergi ke rumah rakannya.
"Bagaimanapun, pada 12 Mac, pukul 4.57 petang, ibunya menerima panggilan daripada mangsa yang menyatakan berada di pejabat Imigresen Thailand.
"Sebelum itu, dia dikatakan telah diculik sekumpulan lelaki menaiki van putih di sebuah restoran mamak di Seksyen 9 di sini.
"Ibu mangsa kemudian membuat laporan pada pukul 8.40 malam di IPD Shah Alam pada hari sama dan selepas itu pihak Malaysia berurusan dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang mangsa dan berjaya mendapat perlepasan melalui jalan darat pada 17 Mac lalu," ujarnya.
Namun, kata beliau, ekoran campur tangan beberapa pihak, mangsa hanya dibenarkan pulang menggunakan penerbangan semalam dan tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang pada pukul 9 malam.
Semalam, polis Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai mangsa yang diselamatkan oleh Polis Thailand ketika melarikan diri daripada sekumpulan anggota sindiket pelacuran di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok, minggu lalu.

'via Blog this'

Kereta api rempuh jip, 15 maut

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:




Orang ramai berkumpul untuk melihat nahas yang melibatkan sebuah kereta api dan sebuah jip di daerah Mahamaya Nagar, Lucknow, India, semalam. - AFP



LUCKNOW, India 20 Mac - Seramai 15 orang terbunuh setelah sebuah kereta api di Uttar Pradesh merempuh sebuah jip yang membawa 19 penumpang dalam satu kejadian di daerah Mahamaya Nagar, 296 kilometer dari sini, hari ini.
Kejadian itu berlaku ketika India berdepan kemelut politik ekoran rancangan kerajaan untuk menaikkan tambang kereta api bagi naik taraf rangkaian perkhidmatan tersebut.
Nahas itu berlaku ketika jip tersebut cuba menyeberangi lintasan kereta api yang tidak dikawal.
''Akibat pertembungan itu, jip berkenaan tercampak kira-kira enam meter,'' kata seorang pegawai kementerian dalam negeri.
Katanya, kesemua 15 mangsa terbunuh di tempat kejadian, manakala empat lagi cedera parah dalam nahas yang berlaku pada kira-kira pukul 7.30 pagi itu.
Laporan rasmi mendedahkan hampir 15,000 orang terbunuh di India setiap tahun ketika mereka cuba menyeberangi lintasan kereta api, jumlah yang disifatkan kerajaan sebagai 'pembunuhan beramai-ramai'.
Minggu lalu, Menteri Keretapi Negara berjanji untuk menjadikan isu keselamatan pada rangkaian sistem kereta api sebagai keutamaan dengan menaikkan harga tiket buat pertama kali sejak sedekad lalu.
Tindakan itu mencetuskan kritikan bukan sahaja daripada parti pembangkang malah daripada parti kerajaan.
Menteri itu, Dinesh Trivedi meletak jawatan kelmarin setelah dipaksa keluar oleh ketua Parti Kongres Trinamool, sebuah parti komponen kecil dalam kerajaan yang menyifatkan tindakan menaikkan harga tiket kereta api sebagai 'anti miskin'.
Rangkaian kereta api India membawa 18 juta orang setiap hari dan masih menjadi pilihan utama rakyat untuk perjalanan jarak jauh meskipun menerima saingan sengit daripada syarikat penerbangan swasta. - AFP

'via Blog this'

Tiada maaf pembunuh Dirang

Tiada maaf pembunuh Dirang - Semasa - Sinar Harian:
NORSHIKIN MOHD SALLEH
21 Mac 2012
Tiada maaf pembunuh Dirang
JOHOR BAHRU – Bapa kanak-kanak malang tragedi bunuh dan bakar, Hendry Yongot tiada memaafkan pembunuh anaknya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Hendry, 35, yang menyifatkan Dirang peramah, pintar dan ceria berharap insiden menimpa anak perempuannya itu, adalah pembunuhan terakhir seumpamanya.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika dimaklumkan Dirang dibunuh. Tak mungkin saya boleh maafkan si pembunuh. Saya harap pembunuh mendapat hukuman­ sepatutnya,” katanya ketika ditemui di Kompleks Dalam Negeri di sini, semalam.

Apapun, Hendry akan dihantar pulang ke Filipina oleh pihak berkuasa berikutan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Saya akur keputusan itu walau hati berasa berat,” katanya.

Hendry yang berasal dari Sulu berkata, dia memasuki Sabah pada 1993 dan tidak pernah pulang ke kampung halamannya sejak itu.

“Walau hati terlalu sedih, saya terpaksa pulang dan itu hukuman buat saya. Namun Dirang sentiasa lekat di hati. Setiap masa. Begitu juga Mohd Hafis, satu-satunya waris saya yang tinggal.

“Saya belum merancang kehidupan di Filipina, namun saya pasti datang semula ke Malaysia untuk melawat anak dan pusara Dirang, jika diberi keizinan,” katanya.

Sepanjang ketiadaannya nanti, Hendry berharap bekas isteri Roselyn Alan, 25, dapat menjaga Mohd Hafis dengan baik, selain berpesan kepada ibu bapa lain agar menjaga keselamatan anak masing-masing.

Menceritakan kembali sebelum menerima khabar mengenai kehilangan Dirang, Hendry yang menetap di Rawang, Selangor berkata, hubungannya dengan anak-anak dan Roselyn amat baik walaupun mereka sudah berpisah sejak empat tahun lalu.

“Seminggu sebelum kehilangan Dirang, saya ada hubunginya. Kami berbual seperti biasa, bertanya khabar dan meluah rasa rindu.
“Roselyn memaklumkan kehilangan Di­rang kepada saya petang kejadian. Saya tiba di Johor pada 8 Mac sebelum ditahan polis bagi membantu siasatan,” katanya.

Dirang ditemui mati dibunuh dan dibakar dalam sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 12 Mac lalu.

Polis kini masih menahan reman tiga individu termasuk seorang wanita sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.

'via Blog this'

Anggota polis maut dirempuh motosikal

Anggota polis maut dirempuh motosikal - Pahang - Sinar Harian:
WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Mac 2012
KUANTAN - Seorang anggota polis dari Balai Polis Raub maut sementara anak lelakinya cedera selepas dirempuh sebuah motosikal setelah motosikal yang dinaiki mereka terjatuh di Kilometer 356 Jalan Raub - Bentong berhampiran simpang masuk ke Taman RaubJaya 5, Raub, petang kelmarin.
Dalam nahas kira-kira jam 7.45 petang itu, mangsa, Zahari Che Min, 45, yang mengalami kecede­raan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya, Mohd. Syazmi, 11, hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Raub, Supe­rintenden Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama anak­nya itu dalam perjalanan dari arah bandar Raub menuju ke Bentong.
Menurutnya, ketika sampai ke tem­pat kejadian, mangsa dipercayai mem­belok masuk ke simpang sebelah kanan bagaimanapun motosikalnya hilang kawalan lalu terjatuh.
‘’Pada masa yang sama, sebuah motosikal yang ditunggang seorang lel­aki berusia 28 tahun yang datang dari arah Bentong gagal mengelak mangsa yang berada di atas laluan lalu merempuhnya. ’Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan disahkan meninggal dunia di tem­pat kejadian,’’ katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Wan Mohd Samsudin berkata, anak lelaki mangsa hanya mengalami luka kecil di muka dan tangan semen­tara penunggang motosikal yang me­rempuhnya juga cedera ringan.
‘’Mayat mangsa di hantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan disahkan meninggal akibat kecederaan parah di kepala. Mayat mangsa kemudian ditun­tut keluarga dan dibawa pulang ke kampung halaman di Tumpat, Kelantan untuk dikebumikan,” katanya.
Beliau berkata, kes tersebut ma­sih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pe­ngangkutan Jalan (APJ) 1987.

'via Blog this'

Bapak ayam dan pelacur dicekup

Bapak ayam dan pelacur dicekup - Terengganu - Sinar Harian:
WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Mac 2012
Bapak ayam dan pelacur dicekup
CHUKAI – Kerja licik seorang bapa ayam menawarkan khidmat seks yang disasarkan kepada pekerja kapal terbongkar apabila dia dicekup bersama tiga wanita warga Thailand dipercayai pelacur dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Penghiburan, dekat sini, malam semalam.

Serbuan kira-kira jam 8.15 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu yang diketuai Ketua Turusnya, Asisten Superintendan Mohamed Kamil Abdul Jalil.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, bapa ayam yang ditahan berusia lingkungan 60-an sementara tiga amoi Siam tersebut pula berumur antara 20-an dan 30-an.

Menurutnya, serbuan itu susulan intipan dan risikan yang dilakukan selama sebulan di hotel tersebut manakala hasil siasatan juga mendapati bapa ayam berasal dari daerah ini yang ditangkap itu merupakan abang kepada pemilik hotel terbabit.

“Modus operandi kes ini ialah pelanggan yang berminat akan menghubungi suspek atau bapa ayam ini sebelum pelanggan tadi dijemput ke hotel. Pelacur pula akan dibariskan dalam satu barisan di suatu bilik di tingkat atas hotel ini dan pelanggan akan memilih pelacur mana yang digemarinya,” katanya.

Difahamkan, selepas dipilih pelacur akan membawa pelanggannya ke suatu bilik lain untuk memberi layanan seks.

Bayaran yang dikenakan antara RM100 hingga RM200 untuk layanan di bilik hotel dan jika di luar hotel bayaran yang dikenakan boleh mencecah RM300.

Kata Monoharan, ketika intipan dilakukan sebelum ini didapati terdapat empat wanita yang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu, namun sewaktu serbuan hanya tiga daripadanya sahaja yang terdapat dalam hotel itu dan pemeriksaan juga mendapati ketiga-tiga amoi Siam itu mempunyai pasport dan masuk ke negara ini secara sah.

Pelanggan mereka pula kebanyakannya terdiri daripada pekerja kapal atau pekerja di pelantar minyak sama ada yang baru turun dari kapal mahupun sebaliknya.

Kesemua yang ditangkap dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman dan akan ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan kerana kerana terbabit dengan pelacuran.

'via Blog this'

Gubah wang haram: Hamimah dipenjara 3 tahun, denda lebih RM6 Juta

Gubah wang haram: Hamimah dipenjara 3 tahun, denda lebih RM6 Juta - Semasa - Sinar Harian:

21 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Dr Hamimah Idruss, individu pertama di negara ini didakwa mengikut Akta Pengubahan Wang Haram 2011, dihukum penjara tiga tahun dan denda RM6,394,530.72 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menerima hasil aktiviti haram berjumlah RM41.33 juta dan bersubahat memalsukan dokumen.

Hakim Asmadi Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan yang dihadapi Dr Hamimah, 64, di akhir kes pembelaan.

Bagi lapan pertuduhan mengikut Akta Pengubahan Wang Haram 2001, tertuduh dijatuhi hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan manakala bagi 10 tuduhan bersubahat, hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan, menjadikan hukuman penjara berjumlah 38 tahun.

Bagaimanapun, Dr Hamimah hanya perlu menjalani hukuman penjara tiga tahun selepas Hakim Asmadi memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Dr Hamimah, bekas pengarah Syarikat Safire Pharmaceuticals (M) Sdn Bhd, menghadapi lapan pertuduhan menerima hasil aktiviti haram berjumlah RM41.33 juta antara 3 Jun hingga 10 Jun 2003, mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. - Bernama

'via Blog this'

Bayi berusia dua minggu dijumpai pintu masuk masjid

Bayi berusia dua minggu dijumpai pintu masuk masjid - Semasa - Sinar Harian:
WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Mac 2012
PEKAN - Seorang bayi lelaki berusia dua minggu ditinggalkan di pintu masuk ruang solat sebuah masjid di Kampung Lamir di sini, hari ini.  

Bayi yang dalam keadaan sihat dan lengkap berpakaian itu ditemui oleh seorang penduduk kampung itu, Khasli Mohd Razali, 48, ketika mahu membuka pintu masjid untuk solat Subuh pada pukul 5.20 pagi.  

Sebuah beg berisi lampin pakai buang, beberapa helai baju, tisu basah dan botol susu yang masih berisi susu turut ditinggalkan berhampiran bayi itu.   

"Masa saya ingin membuka pintu, saya terdengar bayi menangis lalu mencarinya di sekitar perkarangan masjid. Saya kemudian terlihat seorang bayi diletakkan di perkarangan pintu ruang solat dan meminta pertolangan jiran yang tinggal di sebelah masjid untuk mengambilnya," kata Khasli.  

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Khasli berkata beliau memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kemudian menghubungi polis.   

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan dan polis kini menjejaki ibu bayi itu.  

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama

'via Blog this'

Penghantar surat diperintah bela diri

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar surat hari ini diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan merompak seorang anggota tentera membabitkan RM462, dua tahun lepas.
Hakim Azwarnida Affandi membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Affendy Mohd Ariffin, 30, di akhir kes pendakwaan.
"Setelah mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan dan mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes.
Oleh itu tertuduh diperintah membela diri," katanya.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh membela diri bermula hari ini.
Mengikut kertas pertuduhan, Affendy didakwa merompak beg berwarna merah milik Suzana Mohd Sidek yang mengandungi beg duit, telefon bimbit jenama Nokia dan wang tunai RM12 yang keseluruhannya bernilai RM462 di Jalan Semarak, Sentul di sini pada pukul 6.30 petang, 9 Julai 2010.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau disebat.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zakaria telah memanggil seramai empat orang saksi manakala tertuduh diwakili peguam R. Thrichelvam. - Bernama

Lelaki bunuh nenek saudara dijel 19 tahun


KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang tergamak membunuh dengan kejam nenek saudaranya kira-kira tiga tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara 19 tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nassir Abdul Manan, 45, selepas dia yang juga bekas komando mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Muda Mat Zin yang ketika itu berusia 80 tahun.

Mohd Yazid dalam penghakimannya berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan hujah pendakwaan.

Katanya, tindakan tertuduh yang ketika itu dipengaruhi dadah menyebabkan kehilangan satu nyawa yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan tertuduh sendiri.

Mengikut pertuduhan, Mohd Nassir didakwa menyebabkan kematian Muda di sebuah rumah di Jalan Baru, Kampung Bukit Pak Sabah, Dungun, antara jam 9 pagi dan 7.30 malam 12 Oktober 2009.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi.

Mengikut fakta kes, mangsa ditemui mati dalam bilik di rumahnya dalam keadaan menyayat hati dipercayai dipukul menggunakan tukul yang disembunyikan berhampiran rak baju dalam bilik berkenaan manakala kepalanya terendam dalam besen dipenuhi air.

Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan ditemui anak keempatnya, Rokiah Ali, 56, yang tinggal di rumah bersebelahan menghantar makanan untuk wanita itu pada jam 6.30 petang.
Hasil bedah siasat mendapati sembilan luka pada kulit kepala bahagian atas, lebam pada leher sebelah kanan dan kiri selain terdapat air dalam saluran pernafasan, mangsa.

Selain itu, terdapat 12 luka torehan pada pinggang kanan dengan lima dilakukan sebelum mangsa mati manakala selebihnya selepas mangsa meninggal dunia.

Tertuduh ditahan pada 13 Oktober 2009 dan mengaku membuang pisau digunakan mencederakan mangsa ke dalam longkang berhampiran Sekolah Menengah Sultan Omar, Dungun manakala barangan kemas mangsa yang dilaporkan hilang ditemui di rumah tertuduh.

Peniaga sate didakwa ugut guna sabit

PETALING JAYA: Seorang peniaga sate dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dua pertuduhan menceroboh dan mengugut seorang warga emas dengan menunjukkan sabit kepada mangsa di sebuah rumah di Jalan Utama Kubu Gajah, dekat sini, pertengahan Mac lalu.
Tertuduh, Mohammad Miqdam Mohd Kamal Jalani, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menceroboh rumah milik mangsa, Abd Latip Mahadi, 66, di No 1347A, Jalan Utama Kubu Gajah, Petaling Jaya, di sini, jam 10.30 malam, 13 Mac lalu.

Atas perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohammad Miqdam didakwa menunjukkan sabit kepada mangsa sama di tempat, waktu dan tarikh sama.

Berdasarkan kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam mewakili tertuduh Datuk Suraj Singh memohon wang jaminan dikurangkan kerana kejadian yang berlaku adalah salah faham.

“Penjamin yang hadir untuk menjamin tertuduh hanya membawa RM800 saja, lagipun masalah ini berlaku akibat salah faham dan saya dikhabarkan pengadu akan menarik balik kes ini. Justeru saya memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah kepada tertuduh,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin menawarkan jaminan RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Majistret Ahmad Solihin kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM2,000 untuk kedua-dua pertuduhan dan menetapkan kes supaya disebut semula 17 Mei depan.

Penjara, sebat jual gajet tak wujud

PETALING JAYA: Seorang jurujual dipenjara 36 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan menipu penjualan gajet tidak wujud membabitkan kerugian RM3,500 di sebuah kelab malam, dekat sini, September tahun lalu.
Majistret Mohd Nazri Omran menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Choo Tuck Fatt, 32, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut kertas pertuduhan, Choo didakwa menipu Tan Keat Huat, 27, dengan menawarkan telefon bimbit jenis Iphone dan iPad pada harga murah iaitu masing-masing berharga RM1,200 dan RM2,300 di kelab malam di Hotel Crystal Crown Sea Park, di sini, jam 10.30 malam, 2 September tahun lalu.

Percaya dengan kata-kata tertuduh, mangsa juga seorang pelayan di kelab berkenaan memasukkan wang tunai RM3,500 ke dalam akaun milik tertuduh.

Bagi kesalahan itu, Choo didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa membuat urusan jual beli barangan dengan tertuduh ketika sedang bekerja, di mana sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaunnya.

Selepas kali terakhir memasukkan baki wang bernilai RM300 ke dalam akaun tertuduh, mangsa tidak menerima barangan yang dijanjikan menyebabkan dia membuat laporan polis.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah memohon hukuman berat dikenakan disebabkan ia adalah kesalahan kali keenam dan sebelum ini tertuduh mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kes penipuan sama.
“Saya memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal atas penipuan dilakukan tertuduh sebagai pengajaran supaya kesalahan ini tidak berulang pada masa akan datang,” katanya.

Padah 3 dalam 1

GEORGETOWN: Pada siang hari didakwa merogol seorang pelajar tingkatan tiga manakala pada malam hari pula dituduh menyamar anggota polis serta memiliki senjata berbahaya.
Begitulah padah yang dihadapi seorang lelaki selepas didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret, di sini, semalam terhadap tiga tuduhan.

Bagi tuduhan pertama di Mahkamah Sesyen di sini, penganggur, M Retnam, 32, dari Taman Mewah Jaya, Klang, Selangor didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di kawasan hutan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau antara jam 2.30 hingga 3.30 petang, 1 Mac lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menetapkan 16 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi mendapat laporan perubatan mangsa dan keputusan ujian DNA.

Sitarun Nisa juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail supaya tertuduh dikenakan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Di Mahkamah Majistret pula, Retnam mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menyamar anggota polis apabila menunjukkan kad kuasa palsu dan meminta pasport milik seorang warga Indonesia ketika berada dalam lif Pangsapuri Mutiara, Jalan Sungai Emas, Batu Feringgi antara jam 10.30 dan 10.40 malam, 1 Mac lalu.
Tuduhan itu dibacakan dalam bahasa Tamil di depan Majistret Nor Aini Yusof manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azizah Jaafar.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Retnam turut didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu pisau berukuran 27 sentimeter tanpa kebenaran sah di tempat dan masa sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1), Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan sebatan.

Nor Aini menetapkan 17 April depan sebagai tarikh sebutan semula dan penyerahan dokumen manakala tertuduh dikenakan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tuduhan itu.

Tunang dajal

KAJANG: Hanya kerana tidak puas hati ikatan pertunangan bakal terputus di tengah jalan dan impian untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian, seorang lelaki sanggup merogol tunangnya sendiri dalam kereta, malam kelmarin.
Wanita berusia 24 tahun terbabit diperdaya tunangnya itu untuk berbincang mengenai hubungan mereka sebelum bersetuju mengikut tunangnya menaiki kereta.

Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun yang berasal dari Utara Semenanjung itu menjemput mangsa di pejabatnya di Taman Keramat, di sini, jam 6 petang.

Sebaik wanita terbabit menaiki Proton Perdana dipandu tunangnya, lelaki terbabit dikatakan memecut ke arah Kajang.

Mangsa yang menyedari sikap pelik tunangnya itu dan bimbang diapa-apakan cuba bertindak nekad melawan dan terjun daripada kenderaan berkenaan.

Malangnya, tindakan itu gagal apabila tunangnya itu menghalangnya dengan menarik baju dipakai mangsa hingga terkoyak hingga menampakkan sebahagian badannya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke Hentian Rawat dan Rehat Bukit Dukong, di sini sebelum memberhentikan keretanya di satu kawasan sunyi.

“Mangsa cuba melarikan diri selain melawan dan mempertahankan diri. Bagaimanapun, mangsa dipukul dan ditumbuk suspek sebelum dirogol di dalam keretanya.
“Selepas insiden itu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya di Kajang. Namun, kelibat mencurigakan suspek dan mangsa disedari abang mangsa. Lelaki itu kemudian bertindak mengejar suspek tetapi gagal,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini, semalam.

Berikutan itu, mangsa menceritakan kejadian dia dirogol tunangnya itu sebelum ditemani abangnya ke balai polis berhampiran membuat laporan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang remaja berusia 17 tahun turut diperkosa seorang lelaki dipercayai abang angkat mangsa di kawasan tangga sebuah pusat beli-belah di Kajang, di sini.

Ab Rashid berkata, gadis lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) itu membuat laporan berkenaan kelmarin dan dipercayai kejadian itu berlaku bulan lalu dan mendakwa dirogol abang angkatnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli-belah sama.

Menurutnya, mangsa yang juga pekerja di pusat beli-belah berkenaan hanya berborak kosong dengan suspek di kawasan tangga itu namun dia dipeluk sebelum dirogol.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Koma rebut staf wanita

myMetro | Koma rebut staf wanita:
MOHD KHAIRUL...dihentak objek tumpul
MOHD KHAIRUL...dihentak objek tumpul
ALOR SETAR: Seorang kakitangan sebuah bank di Jalan Pegawai, di sini, tergamak memukul rakan baik sendiri menyebabkan mangsa koma hanya kerana cemburu dan tidak puas hati melihat hubungan baik mangsa dengan seorang kakitangan wanita yang bekerja di bank sama.
Dalam kejadian jam 3 petang kelmarin, mangsa, Mohd Khairul Faiz Mohd Sobri, 22, terpaksa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), selepas mengalami kecederaan serius di kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.
Kejadian berlaku di kawasan parkir motosikal di bangunan bank berkenaan ketika mangsa baru tiba dari Pulau Pinang selepas menghadiri mesyuarat dengan beberapa rakan sekerja sebelum mangsa bertemu dengan suspek berusia 20-an berhampiran sebuah premis di bangunan bank berkenaan.

Difahamkan, mangsa dan suspek dipercayai rakan baik dan sering bersama sebelum ini, namun disebabkan mangsa rapat dengan seorang kakitangan wanita di bank berkenaan menyebabkan suspek cemburu hingga berlaku perselisihan faham.



Bagaimanapun, suspek bertindak di luar jangkaan apabila memukul kepala mangsa dengan objek tumpul hingga rebah ke lantai dalam keadaan berlumuran darah di kepala.

'via Blog this'

Misteri ‘van putih’ kembali

myMetro | Misteri ‘van putih’ kembali:


HILANG...Zahedi menunjukkan gambar Nazatul Fadiana yang ditemui  di Bangkok.
HILANG...Zahedi menunjukkan gambar Nazatul Fadiana yang ditemui di Bangkok. 


SHAH ALAM: Misteri ‘van putih’ kini kembali apabila mangsa culik Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok 11 Mac lalu, dikatakan diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali menaiki van berwarna putih sewaktu berada berdekatan sebuah restoran di Seksyen 9, di sini pada hari kejadian 30 Januari lalu.
Perkara itu diceritakan mangsa kepada ibunya dalam perbualan telefon pada 12 Mac lalu selepas diselamatkan polis Thailand sewaktu ditemui di Stesen Kereta api Hualamphong, Bangkok, Thailand.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, apa yang diceritakan mangsa kepada ibunya belum cukup untuk polis mengaitkan kejadian berkenaan dengan motif sebenar mangsa dilarikan ke Thailand.

“Ini kerana buat masa ini polis belum mendapat sebarang maklumat daripada mangsa kerana dia masih dalam keadaan trauma dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.

Sebelum ini, sebuah van putih turut dikaitkan dengan kejadian penculikan Nurin Jazlin Jazimin, 8, di pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007.

Ada saksi ternampak Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van sebelum mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya, beberapa hari kemudian. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van putih di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini.

Zahedi berkata, Nazatul Fadiana atau lebih dikenali sebagai Nana akan terus mendapatkan rawatan di PPUM manakala lima warga Myanmar masing-masing tiga lelaki dan dua perempuan yang diselamatkan bersama mangsa kini masih berada di Bangkok, Thailand.

“Semua warga Myanmar terbabit berdaftar di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Mereka dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu polis mengumpul bukti dan menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya.
Menurutnya, Nana menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok dan tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), di Sepang, dengan diiringi ibunya, selain beberapa pegawai polis dan imigresen Thailand, malam kelmarin.

“Sebaik mendarat, mangsa terus dikejarkan ke PPUM, Petaling Jaya untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya. Akhbar semalam melaporkan, Nazatul Fadiana dilaporkan hilang selepas dihantar ibunya ke perhentian bas di Seksyen 9, di sini bagi mengulang kaji pelajaran bersama rakannya, pada jam 3 petang, 30 Januari lalu.

Namun, sehingga malam hari kejadian, mangsa tidak pulang ke rumah sebelum ibunya membuat laporan polis di IPK Selangor. Selepas dua bulan dilaporkan hilang, mangsa diselamatkan polis Thailand yang menemuinya di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok, bersama lima warga Myanmar, 11 Mac lalu.
'via Blog this'

Ungkap kasih sebelum maut


TERBABAS...kereta dipandu mangsa terjunam ke dalam gaung sedalam enam meter, pagi semalam.
TERBABAS...kereta dipandu mangsa terjunam ke dalam gaung sedalam enam meter, pagi semalam. 


REMBAU: “Abang sayang ayang sampai mati. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-2 kita,” itu kandungan ayat kad ucapan terakhir mangsa kemalangan maut, Ariffin Hamzah, 31, kepada isterinya sebelum kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam enam meter di Kilometer 242.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, semalam.
Lebih menyayat hati, semalam genap dua tahun perkahwinan mangsa dan isteri, Haliza Hashim, 28, yang dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Izqarin Wafi, sembilan bulan.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, Ariffin dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Alor Gajah, Melaka terbunuh selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam gaung.

Kakak ipar mangsa, Nornomi Mad Som, 32, berkata, kad ucapan ulang tahun perkahwinan itu sempat diberikan malam kelmarin selepas arwah bersama isteri meraikan sambutan perkahwinan mereka di Senawang. “Kali terakhir saya bertemu arwah pada Ahad lalu di rumah ibu di Kampung Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka. Arwah sempat memberitahu mahu membelikan kad untuk dihadiahkan kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka, semalam.

“Dalam keadaan berseloroh arwah sempat berpesan supaya saya menjaga ibu dengan baik,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, di sini, semalam.

Katanya, sudah menjadi kelaziman setiap minggu adik- beradik akan berkumpul di rumah ibu mereka.

“Selepas menikmati makan malam bersama kami, arwah anak keempat daripada enam beradik itu meminta diri pulang ke rumah di Senawang dan sebelum itu dia singgah sekejap di Tampin untuk membeli kad ucapan,” katanya.

Perbuatan onar warga Bangladesh terbongkar

KUALA LUMPUR: Seorang warga Bangladesh yang menyewa sebuah bilik dalam sebuah rumah yang turut disewa seorang janda dan anak lelakinya berusia tujuh tahun sanggup membuat onar dengan mengajak anak mangsa menonton video lucah sebelum melakukan seks oral.
Dalam kejadian di sebuah rumah teres di Jalan Brunei, di sini, kanak-kanak berkenaan diperlakukan sedemikian sejak beberapa bulan lalu sama ada ditinggalkan bersendirian di rumah ketika mangsa keluar bekerja mahupun ketika wanita itu berada di rumah.

Menceritakan kembali kejadian itu, ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Mariam, 33, berkata dia menyewa rumah berkenaan sejak awal tahun lalu, manakala dua lelaki warga Bangladesh berkenaan menyewa sebuah bilik lain sejak hujung tahun lalu.

Menurutnya, dua lelaki itu sering mengajak anak lelakinya makan bersama dan kadang-kala akan mengajaknya lepak bersama mereka di dalam bilik.

“Saya tidak pernah sangsi dengan kelakuan mereka sehingga kelmarin apabila seorang daripada mereka dengan tiba-tiba mengajak anak saya masuk ke dalam biliknya.

“Akibat risau dengan keselamatan anak, saya bertindak membuka pintu bilik lelaki itu dan terkejut melihat anak sedang menonton video lucah pada telefon bimbit bersama lelaki berkenaan dan berang dengan tindakan itu, saya memarahinya sebelum menarik anak saya masuk ke dalam bilik kami,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu pula terus tidur dan berkelakuan seperti tidak melakukan apa-apa dan selepas disoal, anaknya mengaku sering diajak menonton video lucah bersama.

“Tidak cukup dengan itu, selepas terangsang menonton video lucah, lelaki itu akan memaksa anak saya untuk melakukan seks oral.

“Apabila saya menyoal tindakannya itu, lelaki terbabit mengugut saya kembali dengan menyatakan mempunyai ramai kenalan yang bertugas sebagai polis malah tidak takut jika membuat laporan polis terhadapnya,” katanya.

Akibat risau dengan keselamatan mereka berdua, ibu mangsa bertindak membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Khidmat 200 jam

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar pusat latihan diperintah Mahkamah Majistret di sini, semalam melakukan kerja khidmat masyarakat 200 jam dalam tempoh maksimum 24 bulan.
Majistret Suzarika Sahak membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhamad Hafiz Nor Azizaruddin, 19, mengaku bersalah terhadap tuduhan dibacakan terhadapnya.

Muhamad Hafiz didakwa menunggang motosikal secara melulu hingga membahayakan diri sendiri dan pengguna lain di Jalan Loke Yew, di sini, jam 3.40 pagi, Sabtu lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) (Pindaan 1999).

Menteri berang kesesakan di pintu tol, arah kenderaan lalu tanpa bayaran

JAKARTA: Menteri Perusahaan Milik Negara, Dahlan Iskan akan “mengambil alih” Tol Semanggi semalam kerana “berang” dengan syarikat Jasa Marga kerana membiarkan kenderaan beratur panjang di tol.
“Saya bukan saja marah, tapi sangat berang,” katanya.
Menteri itu yang dalam perjalanan ke pejabat Garuda Indonesia apabila dia melihat 30 kereta menunggu untuk melepasi tol di Slipi, Jakarta Barat, pada jam 6 pagi.

Marah kerana terlewat, Dahlan keluar dari kereta dan menyiasat pondok tol dan mendapati hanya satu daripada empat pondok itu dijaga, satu secara automatik dan dua lagi, kosong.


Disebabkan marah, menteri itu melakukan apa yang hanya mampu diimpikan oleh penduduk Jakarta yang lain, masuk ke dalam pondok tol kosong dan membaling kerusi ke atas jalan.

Apabila semakin banyak kenderaan menunggu, Dahlan terus mengarahkan atendan tol membuka palang tol yang tidak digunakan dan membiarkan pemandu melaluinya tanpa membayar tol.

Sekurang-kurangnya 100 pemandu mendapat laluan percuma.

“Saya sudah memberitahu Jasa Marga beberapa kali untuk tidak membiarkan kenderaan beratur panjang di jalan bertol,” katanya.

Katanya, dia akan mengenakan tindakan dan berharap syarikat tol tersebut meningkatkan perkhidmatan mereka. - Agensi

Ibu Dirang rayu bekas suami diberi kerakyatan

PASIR GUDANG: Ibu kepada Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, Roselyn Alan, 25, merayu pihak berkuasa mempertimbangkan permohonan bekas suaminya untuk menetap di negara ini dan mendapat hak kerakyatan Malaysia.
Rayuan itu dikemukakan Roselyn dengan alasan bekas suaminya, Handry Yongot, 36, yang juga bapa kandung Dirang, tiada saudara-mara di Filipina kerana dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah, sejak kecil.

“Saya mohon jasa baik kerajaan jika boleh berilah peluang dia tinggal di sini kerana dia sendiri tidak tahu asal usulnya di Filipina.

“Selain dibesarkan di Sabah dan tidak tahu hala tuju di Filipina, dia masih mempunyai seorang anak iaitu Mohd Hafis berusia enam tahun di sini.

“Saya faham dan sedar, pihak berkuasa banyak memberi kelonggaran, namun berharap sangat rayuan ini diterima kerana dia baru saja kehilangan anak akibat kes pembunuhan (Dirang).

“Saya bimbang, sekiranya dia dihantar pulang ke negara asalnya, lebih sukar baginya untuk bertemu satu-satunya anak kandung kami yang masih hidup,” katanya.

Roselyn berkata, bekas suaminya pernah memohon mendapatkan kerakyatan negara ini, malangnya permohonannya tidak diluluskan atas beberapa faktor.

“Apa yang saya tahu, dia pernah memohon, namun permohonannya ditolak dengan alasan maklumat ibu bapanya kurang jelas.

“Berikutan itu, Handry hanya diberikan dokumen sementara untuk menetap di negara ini. Bagaimanapun, saya terkejut selepas dimaklumkan dia tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya.

Sebelum ini, Handry direman seminggu bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam anaknya dan pemeriksaan mendapati dia tiada sebarang dokumen perjalanan sah.

Semalam, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin mengesahkan lelaki warga Filipina itu dijangka dibebaskan sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

Lelaki ‘serah diri’ di balai

AMPANG: Seorang lelaki berusia 20 tahun yang melanggar penunggang basikal Le Tua, Rafizi Hamdan, 37, dibebaskan dengan jaminan polis, petang kelmarin.
Difahamkan, pemandu kereta Proton Saga itu membuat laporan kemalangan di Balai Polis Trafik Ampang Jaya, di sini, pada jam 11 pagi selepas kejadian.
Dalam kejadian pada jam 7.30 pagi kelmarin, lelaki terbabit dikatakan melanggar ahli kelab lumba basikal Le Tua di Kilometer 20.2 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Melawati arah Gombak.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, lelaki yang bekerja di Hulu Langat itu tampil membuat laporan selepas kejadian berkenaan.


“Kami sudah merakam keterangannya dan dia dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 4 petang hari sama.

Isteri enggan balik rumah nyaris disimbah asid

ARAU: Seorang isteri berusia 28 tahun nyaris menjadi mangsa simbahan asid suami sendiri selepas dia dikatakan enggan pulang ke rumah sebaliknya tinggal di rumah ibu bapanya di Kampung Baru, Guar Nangka, di sini, sejak beberapa bulan lalu.
Difahamkan, mangsa yang berkahwin dengan suspek berusia 28 tahun terselamat daripada simbahan asid selepas dia enggan membuka pintu rumah keluarganya yang diketuk lelaki itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Jumaat lalu, mangsa tidak membuka pintu yang diketuk berkali-kali oleh suaminya sebelum suspek yang berang menyimbah asid berkenaan pada motosikal milik mangsa. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, mangsa bernasib baik kerana tidak mengendahkan ketukan pintu berkenaan sebaliknya hanya duduk diam di dalam rumah. Katanya, selang beberapa minit, suspek berhenti mengetuk pintu sebelum mangsa membuka pintu rumah.

“Mangsa terkejut selepas mendapati komponen plastik bahagian depan motosikal miliknya yang diletakkan di depan rumah rosak dan cair selepas disimbah sejenis cecair dipercayai asid.

“Suspek berang selepas mangsa enggan membuka pintu sebelum mencurah cecair itu ke atas motosikal milik mangsa,” katanya. Mohd Nadzri berkata, sebelum ini pasangan berkenaan tinggal bersama di Kampung Chelom, dekat sini, sebelum mangsa melarikan diri ke rumah keluarganya selepas berlaku perselisihan faham di antara mereka.

“Sebelum ini, mangsa sudah beberapa kali menerima panggilan ugutan daripada suspek yang mengugut mencederakannya termasuk menyimbah asid ke muka.

“Mangsa yang dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan itu hidup tidak tenteram berikutan panggilan ugutan berkenaan sehinggalah tindakan terbaru suaminya menyimbah asid di motosikalnya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Arau sebelum polis menahan suspek jam 9.30 malam keesokan harinya.

Menurutnya, suspek direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan khianat.

Teman wanita pengedar dadah diculik anggota polis

MANILA: Empat pegawai polis dari Pejabat Polis Wilayah Kebangsaan (NCRPO) atas tuduhan menculik teman wanita pengedar dadah di Muntinlupa City, dua minggu lalu.
Polis Daerah Selatan (SPD) berkata, Inspektor Kanan Aurelio Domingo, Pegawai Polis 3 Ruel Cubian, Pegawai Polis 2 Ernie Reyes Jr. dan Pegawai Polis 1 Rajemie Cayabyab dari NCRPO dari unit Perisikan dan Operasi Polis Wilayah didakwa menculik dan menahan secara haram Amina Mangondatu-Tion.
Amina Tion adalah teman wanita Romeo Tan yang kini ditahan di Penjara New Bilibid.

Dakwaan dibuat di pejabat pendakwa raya Khamis lalu.


Pegawai Bertugas SPD, Superintenden Kanan Arazzad Subong berkata, “Mereka diarahkan melepaskan jawatan dan diletakkan di bawah pengawasan Pengarah NCRPO, Alan Purisima.”

Katanya, mereka tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan jenayah ini.

Amina Tion diculik di rumahnya di Muntinlupa kira-kira jam 11 pagi pada 9 Mac.

Dalam afidavit bersumpah, dia memberitahu SPD, keempat-empat lelaki membawa dia keluar dari bilik secara paksa hingga pakaiannya hampir terlucut. - Manila Times

Polis preman disangka perompak

JAKARTA: Empat pegawai polis dari Bandar Medan dikejar oleh orang ramai kerana disangka sebagai perompak ketika mereka melakukan serbuan di sebuah pusat judi di Sei Mati di daerah Medan, kelmarin.
Kesemua pegawai polis itu dapat melepaskan diri ke kereta mereka tetapi orang ramai yang mengejar mereka berjaya memecahkan tingkap kereta, memancitkan tayar dan merosakkan badan kereta.

Beberapa saksi berkata, kesemua pegawai polis itu terperangkap di dalam kereta kira-kira 10 minit.

Orang ramai memaksa mereka keluar dari kenderaan itu tetapi mereka enggan sehinggalah ketua kampung dari kawasan berdekatan tiba dan menenangkan orang ramai. - Jakarta Post

Hukum mati

SHAH ALAM: Seorang wanita Iran dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah mengedar lebih satu kilogram (kg) syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, dekat sini, dua tahun lalu.
Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap penjual kain, Kobra Taba Seidali, 49, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Noor Azian berkata, mahkamah berpendapat keterangan tertuduh ketika membela diri tidak boleh dipercayai.

Sepanjang perbicaraan, seramai 10 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu didakwa mengedar 1.760 kilogram syabu di bahagian tuntutan bagasi, Aras 3, Balai Ketibaan KLIA, kira-kira jam 10.45 malam, 2 Disember 2010. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Berdasarkan keterangan saksi ketika perbicaraan, Kobra mendakwa dadah ditemui itu diletakkan oleh adik iparnya iaitu isteri kepada adik lelakinya. Menurutnya, dadah berkenaan diletakkan tanpa pengetahuan dalam begnya di sebuah lapangan terbang di Syria. Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Zuraida Wan Nawan manakala tertuduh diwakili Salim Bashir yang menyebut bagi pihak peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Papah isteri melecur

SIBU: Seorang wanita warga emas bertarung nyawa 17 jam akibat melecur seluruh tubuh selepas disambar api dipercayai berpunca daripada hos gas memasak bocor dan meletup di rumahnya di Ulu Sungei Merah, meninggal dunia di Hospital Sibu, tengah hari, semalam.
Mangsa, Ting Mee Ting, 67, yang melecur 60 peratus, meninggal dunia jam 1 tengah hari manakala suaminya berusia 72 tahun cedera terselamat dalam kejadian itu.

Sebelum kejadian, pasangan terbabit dikatakan baru sampai di rumah selepas keluar membeli barang keperluan di kedai berhampiran.

Menurut sumber, letupan kuat menyebabkan rumah sewa milik pasangan terbabit rosak teruk termasuk sebahagian tingkap pecah dan bumbung tercabut.

Sebelum kejadian, mangsa memasuki rumah terlebih dulu kerana mahu memasak makan malam manakala suaminya masih berada di luar. Seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia terdengar letupan kuat daripada rumah mangsa hingga menyebabkan kediamannya bergoyang.

Menurutnya, dia terkejut melihat jirannya memapah isterinya yang melecur teruk keluar dari rumah itu.

“Saya melihat wanita berkenaan cedera teruk di seluruh anggota badan termasuk muka dan suaminya meminta saya menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafiee Ismail, berkata kejadian dipercayai berlaku sebaik saja mangsa memetik salah satu suis lampu di bahagian ruang tamu di rumah berkenaan.

“Sebaik wanita terbabit membuka suis, tiba-tiba letupan kuat kedengaran sebelum api menyambar menyebabkan tubuh mangsa cedera 60 peratus, manakala suaminya cedera di kaki.

“Pada masa sama, beberapa tingkap serta jeriji dipasang pada pintu utama rumah berkenaan tercabut, selain sebahagian bumbung rumah runtuh,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang melecur teruk kemudian dihantar ke Hospital Sibu sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, akibat kecederaan dialami.

Molotov koktel untuk bekas isteri

KUALA LUMPUR: Satu keluarga hidup dalam ketakutan selepas dua lelaki yang dikenali cuba membakar rumah mereka dengan membaling molotov koktel dalam kejadian di Taman Yew Lai, Jalan Puchong, di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu dipercayai perbuatan dendam seorang daripada lelaki terbabit selepas bercerai dengan adik mangsa sejak dua bulan lalu.

Lelaki itu dikatakan mahu mengambil kembali bekas isterinya walaupun kini wanita berkenaan sudah berkahwin lain, tetapi dihalang hingga menyebabkan dia cuba membunuh mereka sekeluarga.

Sebelum membakar rumah, dua lelaki itu sebelum ini cuba membunuh mangsa dengan parang dan kayu, namun tidak sempat apabila mangsa sempat melarikan diri dengan masuk ke dalam rumah.

Mangsa, S Kavitha, 30, berkata, ketika kejadian dia dan suami sedang berehat di rumah apabila dengan tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan anak jirannya berusia 13 tahun.

Katanya, sebaik keluar, dia melihat tempat letak kereta depan rumahnya terbakar selepas dibaling molotov koktel.

Malang tukar kad pengenalan

KUALA LUMPUR: Niat seorang lelaki mahu menukar kad pengenalan anak perempuan berusia 18 tahun bertukar malang apabila bukan saja ditipu hingga kerugian RM1,500, malah kad pengenalan dan sijil lahir anaknya turut lesap dilari ejen.
Mangsa, Elyas Hussin, 40, berkata, dia meminta bantuan ejen itu melalui rakan yang boleh membantu membuat kad pengenalan baru anaknya dalam tempoh sebulan dengan bayaran rendah.

Katanya, janji tinggal janji apabila selepas lapan bulan menunggu, kad pengenalan dijanjikan tidak siap, malah dokumen itu bersama sijil lahir dan wang tunai lesap bersama lelaki itu.

“Saya bimbang sekiranya dokumen pengenalan anak saya itu disalah guna lelaki berusia 60-an itu kerana boleh menyusahkan anak saya untuk menyambung pengajian atau mencari pekerjaan,” katanya.

Teknik pelik Dr Lau


MACAM INI...Yoon King menunjukkan bagaimana pemegang sudu dimasukkan ke dalam hidungnya.
MACAM INI...Yoon King menunjukkan bagaimana pemegang sudu dimasukkan ke dalam hidungnya. 


KUALA LUMPUR: Seorang warga emas yang mengalami sakit lutut mendakwa diperdaya seorang lelaki mengaku pakar perubatan tradisional Cina sehingga mengalami pendarahan hidung serta masalah pertuturan selepas menjalani rawatan di premis tabib terbabit di jalan Cheras, di sini.
Warga emas berkenaan, Chow Yoon King, 72, berkata, dia menemui Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong selepas membaca laporan sebuah akhbar bahasa Cina pada 7 Mac lalu mengenai seorang mangsa yang kehilangan kedua-dua buah pinggangnya akibat berubat dengan tabib yang sama.

Menceritakan semula pengalamannya berubat, Yoon King berkata, tabib yang dikenali sebagai Dr Lau itu diperkenalkan seorang rakannya awal tahun lalu selepas mendapat tahu dia mengalami masalah lutut.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus berjumpa tabib terbabit untuk mendapatkan rawatan bagi memulihkan lutut saya yang sentiasa sakit. “Sepanjang dua kali rawatan, Dr Lau menggunakan teknik yang agak pelik iaitu memasukkan sudu ke dalam kerongkong hingga termuntah manakala bahagian pemegang sudu pula dimasukkan dalam hidung hingga berdarah,” katanya ketika sidang media di MCA, di sini semalam.

Menurutnya, ketika menjalani rawatan kedua, Dr Lau mengurut bahunya hingga bengkak, kononnya bagi melancarkan peredaran darah.

Warga emas itu turut mendakwa dia membayar RM90 untuk setiap kali rawatan, namun, lututnya tidak juga sembuh, malah sakit semakin bertambah apabila hidungnya sentiasa berdarah serta bahunya membengkak.

“Tidak tahan dengan kesakitan yang ditanggung, saya mengambil keputusan menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang sebelum doktor menasihatkan supaya menghentikan rawatan dengan tabib terbabit.

“Tidak lama selepas itu, saya terbaca mengenai kisah seorang lelaki kehilangan dua buah pinggangnya selepas menerima rawatan tabib yang sama, oleh itu, saya tampil untuk memberi peringatan kepada orang ramai agar menghentikan rawatan dengan lelaki terbabit serta-merta,” katanya.

Teman wanita pengedar dadah diculik anggota polis

myMetro | Teman wanita pengedar dadah diculik anggota polis:
MANILA: Empat pegawai polis dari Pejabat Polis Wilayah Kebangsaan (NCRPO) atas tuduhan menculik teman wanita pengedar dadah di Muntinlupa City, dua minggu lalu.
Polis Daerah Selatan (SPD) berkata, Inspektor Kanan Aurelio Domingo, Pegawai Polis 3 Ruel Cubian, Pegawai Polis 2 Ernie Reyes Jr. dan Pegawai Polis 1 Rajemie Cayabyab dari NCRPO dari unit Perisikan dan Operasi Polis Wilayah didakwa menculik dan menahan secara haram Amina Mangondatu-Tion.
Amina Tion adalah teman wanita Romeo Tan yang kini ditahan di Penjara New Bilibid.

Dakwaan dibuat di pejabat pendakwa raya Khamis lalu.


Pegawai Bertugas SPD, Superintenden Kanan Arazzad Subong berkata, “Mereka diarahkan melepaskan jawatan dan diletakkan di bawah pengawasan Pengarah NCRPO, Alan Purisima.”

Katanya, mereka tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan jenayah ini.

Amina Tion diculik di rumahnya di Muntinlupa kira-kira jam 11 pagi pada 9 Mac.

Dalam afidavit bersumpah, dia memberitahu SPD, keempat-empat lelaki membawa dia keluar dari bilik secara paksa hingga pakaiannya hampir terlucut. - Manila Times
'via Blog this'

Ungkap kasih sebelum maut


TERBABAS...kereta dipandu mangsa terjunam ke dalam gaung sedalam enam meter, pagi semalam.
TERBABAS...kereta dipandu mangsa terjunam ke dalam gaung sedalam enam meter, pagi semalam. 


REMBAU: “Abang sayang ayang sampai mati. Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke-2 kita,” itu kandungan ayat kad ucapan terakhir mangsa kemalangan maut, Ariffin Hamzah, 31, kepada isterinya sebelum kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam enam meter di Kilometer 242.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, semalam.
Lebih menyayat hati, semalam genap dua tahun perkahwinan mangsa dan isteri, Haliza Hashim, 28, yang dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Izqarin Wafi, sembilan bulan.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, Ariffin dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Alor Gajah, Melaka terbunuh selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam gaung.

Kakak ipar mangsa, Nornomi Mad Som, 32, berkata, kad ucapan ulang tahun perkahwinan itu sempat diberikan malam kelmarin selepas arwah bersama isteri meraikan sambutan perkahwinan mereka di Senawang. “Kali terakhir saya bertemu arwah pada Ahad lalu di rumah ibu di Kampung Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka. Arwah sempat memberitahu mahu membelikan kad untuk dihadiahkan kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka, semalam.

“Dalam keadaan berseloroh arwah sempat berpesan supaya saya menjaga ibu dengan baik,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, di sini, semalam.

Katanya, sudah menjadi kelaziman setiap minggu adik- beradik akan berkumpul di rumah ibu mereka.

“Selepas menikmati makan malam bersama kami, arwah anak keempat daripada enam beradik itu meminta diri pulang ke rumah di Senawang dan sebelum itu dia singgah sekejap di Tampin untuk membeli kad ucapan,” katanya.