Search This Blog

Sunday, March 18, 2012

Letupan kembar ragut puluhan nyawa di Damsyik

Letupan kembar ragut puluhan nyawa di Damsyik - Global - Sinar Harian:
Letupan kembar ragut puluhan nyawa di Damsyik
DAMSYIK - Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan hampir 100 yang lain parah selepas sepasang bom meletup di Damsyik, kelmarin.
Kementerian Kesihatan Syria berkata, pihaknya percaya letupan itu dilakukan kumpulan pengganas dan dilaporkan bahan letupan dimasukkan ke dalam kereta sebelum menyasarkan ke bangunan pejabat jabatan kastam dan pejabat perisikan tentera udara.
Kebanyakan yang tercedera adalah orang awam, malah rakyat menerusi siri temu bual dalam siaran televisyen tempatan menyalahkan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), negara-negara Teluk termasuk Arab Saudi dan Qatar atas dakwaan menghantar pengganas.
Serangan itu berlaku dua hari selepas ulang tahun pertama kebangkitan rakyat Syria menentang Presiden Bashar al-Assad.
Menurut saksi, kejadian berlaku seawal pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) di jalan Baghdad menyebabkan tingkap dan pintu kediaman berdekatan pecah serta musnah.
Pembangkang dari Majlis Kebangsaan Syria berpengkalan di Paris, Bassma Kodmani mengesyaki kumpulan bersenjata cuba untuk menjatuhkan Assad menerusi serangan kasar itu yang disasarkan kepada institusi keselamatan di tengah bandar raya.
"Saya tidak terfikir mana-mana kuasa pembangkang atau Tentera Bebas Syria mempunyai kapasiti untuk melakukan serangan yang menyasarkan bangunan-bangunan itu kerana ianya adalah kubu-kubu kuat, Malah bangunan-bangunan itu dikawal ketat dan tiada sesiapa mampu menembusinya tanpa sokongan kuat serta tahu tentang alat keselamatan di situ," katanya.

'via Blog this'

Letupan kembar ragut puluhan nyawa di Damsyik

Letupan kembar ragut puluhan nyawa di Damsyik - Global - Sinar Harian:
Letupan kembar ragut puluhan nyawa di Damsyik
DAMSYIK - Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan hampir 100 yang lain parah selepas sepasang bom meletup di Damsyik, kelmarin.
Kementerian Kesihatan Syria berkata, pihaknya percaya letupan itu dilakukan kumpulan pengganas dan dilaporkan bahan letupan dimasukkan ke dalam kereta sebelum menyasarkan ke bangunan pejabat jabatan kastam dan pejabat perisikan tentera udara.
Kebanyakan yang tercedera adalah orang awam, malah rakyat menerusi siri temu bual dalam siaran televisyen tempatan menyalahkan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), negara-negara Teluk termasuk Arab Saudi dan Qatar atas dakwaan menghantar pengganas.
Serangan itu berlaku dua hari selepas ulang tahun pertama kebangkitan rakyat Syria menentang Presiden Bashar al-Assad.
Menurut saksi, kejadian berlaku seawal pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) di jalan Baghdad menyebabkan tingkap dan pintu kediaman berdekatan pecah serta musnah.
Pembangkang dari Majlis Kebangsaan Syria berpengkalan di Paris, Bassma Kodmani mengesyaki kumpulan bersenjata cuba untuk menjatuhkan Assad menerusi serangan kasar itu yang disasarkan kepada institusi keselamatan di tengah bandar raya.
"Saya tidak terfikir mana-mana kuasa pembangkang atau Tentera Bebas Syria mempunyai kapasiti untuk melakukan serangan yang menyasarkan bangunan-bangunan itu kerana ianya adalah kubu-kubu kuat, Malah bangunan-bangunan itu dikawal ketat dan tiada sesiapa mampu menembusinya tanpa sokongan kuat serta tahu tentang alat keselamatan di situ," katanya.

'via Blog this'

Telan pil tidur akibat tertekan

Telan pil tidur akibat tertekan - Johor - Sinar Harian:
Telan pil tidur akibat tertekan
SENAI – “Saya terpaksa telan pil tidur kerana terlalu tertekan, pihak bank masih mengganggu saya sedangkan kes berkenaan dalam siasatan, malah saya tidak pernah membuat pinjaman seperti didakwa,” luah seorang bekas banduan, Maniam, 50 (bukan nama sebenar).
Katanya, fikirannya bertambah buntu apabila pihak bank sering menelefonnya sejak seminggu lalu untuk menuntut hutang yang dibuat atas namanya, sedangkan dia tidak pernah membuat pinjaman kewangan selepas diisytiharkan muflis pada tahun 1999.
“Paling menyakitkan apabila kakitangan bank berkenaan mengeluarkan perkataan kasar meminta saya jelaskan segera hutang, malah mereka mengugut untuk membawa pihak polis ke tempat saya bekerja,” katanya.
Beliau yang bekerja sebagai Pekerja Sosial di sebuah rumah kebajikan tidak mahu masalah yang dihadapinya mengganggu ketenteraman penghuni di situ menyebabkan dia berasa tertekan dengan ugutan diberikan.
“Saya berharap mereka berhenti daripada mengganggu saya. Tunggu sehingga kes ini disiasat, malah saya akan membawa kes ini ke mahkamah untuk membuktikan saya tidak terlibat dalam pinjaman berkenaan, kerana saya telah dianiaya,” katanya.
Terdahulu, pada 8 Disember tahun lalu, Sinar Harian pernah memaparkan kisah seorang bekas bantuan didakwa ditipu seorang broker kerana membuat pinjaman sebanyak RM20,000 tanpa pengetahuannya, malah dia terpaksa menjelaskan bayaran ansuran sebanyak RM530.
“Dengan bantuan kenalan, saya pergi Bank Negara untuk membuat rujukan, saya difahamkan hutang berkenaan turut meningkat kepada RM23,000. Paling mengejutkan, pegawai bank yang menguruskan pinjaman berkenaan telah berhenti kerja,” katanya.
Menurutnya, setakat ini sebanyak tiga laporan polis telah dibuat sehingga semalam kerana percayai broker berkenaan mengambil kesempatan ketika beliau berhajat untuk membuat pinjaman peribadi dengan pihak bank untuk membuka sebuah kedai jahit.

'via Blog this'

Tertekan barang jualan dicuri

Tertekan barang jualan dicuri - Melaka & NS - Sinar Harian:
Tertekan barang jualan dicuri
KUALA PILAH – Biarpun sudah mengambil langkah keselamatan sewajarnya dengan memastikan pintu berkunci dan bermangga, namun kes kecurian pada waktu malam di Pasar Awam Kuala Pilah, dekat sini masih berlaku.
Itulah dilema dihadapi peniaga pasar berkenaan yang mengakui tertekan dengan kejadian kecurian sehingga menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian.
Peniaga dikenali sebagai Raja, 50, berkata, dalam tempoh dua tahun, sudah berlaku kejadian kecurian sebanyak lima kali termasuk sekali pada tahun ini.
“Walaupun kerugian tidak besar tetapi sedikit sebanyak sudah menjejaskan perniagaan saya kerana perlu membeli bekalan jualan semula.
“Pencuri ini lebih minat mengambil makanan seperti sardin, susu dan kicap,” katanya.
Menurutnya, kecurian semakin berleluasa sejak ketiadaan lampu di pasar awam akibat kebakaran, kira-kira enam bulan lalu.
“Semenjak berlakunya kebakaran, sistem pendawaian tidak berfungsi menyebabkan keadaan di sini gelap sehingga memberi peluang kepada pencuri melakukan kegiatannya.
“Sebab itu, untuk inisiatif sendiri, saya memasang lampu kalimantang untuk menerangi kawasan kedai saya bagi mengelakkan kejadian kecurian tidak berlaku,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pasar berkenaan.
Terdahulu, Raja menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senaling, Datuk Ismail Lasim yang membuat lawatan ke pasar berkenaan bagi meluluskan peruntukkan baik pulih pemasangan pendawaian, lampu dan kipas yang rosak teruk akibat kebakaran berkenaan.
Sementara itu, Raja turut memberi cadangan kepada pihak berkaitan supaya meletakkan seorang pengawal di kawasan berkenaan.
“Kawasan ini memang sering berlaku kecurian seperti ragut dan jenayah lain. Oleh itu, adalah lebih baik ‘kawasan panas’ diletakkan seorang pengawal keselamatan ataupun mendapat kerjasama polis mengawal selia tempat ini,” katanya.

'via Blog this'

11 maut nahas van-kereta api di Jawa Barat

11 maut nahas van-kereta api di Jawa Barat - Global - Sinar Harian: "JAKARTA - Seramai 11 penumpang van terbunuh dan tiga lagi cedera parah apabila kenderaan yang mereka naiki dilanggar oleh sebuah kereta api di lintasan kereta api tidak berpalang di Cibeureum Tasikmalaya, Jawa Barat, hari ini.

Seramai 10 mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.

Menurut laporan media, kejadian itu berlaku pada pukul 10 pagi apabila enjin van berkenaan dipercayai mati secara tiba-tiba di tengah landasan ketika sedang melalui lintasan itu.

Pelanggaran itu mengakibatkan van berkenaan diseret beberapa meter sebelum tercampak ke kawasan sawah padi di tepi landasan itu. - Bernama"

'via Blog this'

Wanita rempuh kedai ‘Lucky Mart’

Wanita rempuh kedai ‘Lucky Mart’ - Utara - Sinar Harian:
Wanita rempuh kedai ‘Lucky Mart’
GEORGETOWN - Mungkin kerana terlalu panik, seorang wanita yang sedang mengundurkan keretanya tiba-tiba tidak dapat mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah kedai serbaneka di Jalan Macalister.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.05 pagi itu, wanita yang dipercayai pekerja kedai berkenaan cuba memakir keretanya di hadapan pintu masuk kedai itu namun terkejut apabila ada pejalan kaki yang sedang melintas di belakang keretanya.
Difahamkan, wanita yang berusia 50-an itu pada mulanya berhenti bagi memberi laluan kepada pejalan kaki itu namun dia secara tiba-tiba tertekan pedal minyak sehingga menyebabkan keretanya terus mengundur dan merempuh cermin depan kedai berkenaan.
Ketika ditemui media di tempat kejadian, wanita itu enggan ditemubual dan kelihatan masih trauma dengan kejadian itu.
Tinjauan Sinar Harian mendapati wanita berkenaan hanya mengalami cedera ringan manakala cermin kaca di hadapan kedai berkenaan rosak teruk. Kereta itu yang dimiliki suami wanita itu juga mengalami kerosakan di bahagian belakang dan pintu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

'via Blog this'

Lima beranak nyaris maut dalam kebakaran

Lima beranak nyaris maut dalam kebakaran - Utara - Sinar Harian:
Lima beranak nyaris maut
KULIM - Lima beranak nyaris maut apabila rumah didiami mereka di Taman Angsana terbakar kira-kira jam 2 pagi kelmarin.
Ketika kejadian, pemilik rumah yang juga seorang pesara, Abdul Rahman Mohamad tidur bersama isterinya di bilik hadapan terjaga selepas terdengar bunyi letupan dan terhidu bau asap.
Abdul Rahman bertindak keluar dari bilik dan mendapati ruang tamunya dipenuhi asap tebal dan api yang sedang marak.
Dia kemudiannya bergegas ke bilik untuk mengejutkan isteri dan tiga anaknya yang sedang tidur sebelum menyelamatkan diri melalui pintu dapur.
Satu jentera Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kulim dan Bomba Sukarelawan Kulim tiba di tempat kejadian dan berjaya mengawal api kira-kira lima minit kemudian.
Dari siasatan awal mendapati seluruh bahagian ruang tamu mengalami kerosakan teruk dan kebakaran berlaku dipercayai akibat litar pintas.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini pemilik premis masih belum memaklumkan jumlah kerugian dialaminya memandangkan rumahnya itu baru sahaja menjalani pengubahsuaian.
“Dari pemeriksaan dibuat mendapati kotak fius dalam rumah mangsa mengalami kerosakan teruk dan kemungkinan kebakaran bermula dari situ. Dalam kejadian itu tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Bomba akan membuat siasatan terhadap punca sebenar kebakaran, ”katanya.

'via Blog this'

3 rumah dipecah masuk dalam 45 minit

3 rumah dipecah masuk dalam 45 minit - Perak - Sinar Harian:3 rumah dipecah masuk dalam 45 minit
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Mac 2012
45 minit: Tiga rumah dipecah masuk
IPOH - Penduduk sekitar Kanthan Baru gempar apabila tiga buah rumah dimasuki pencuri hanya dalam tempoh 45 minit dalam kejadian yang berlaku.
Kejadian yang berlaku di Jalan 5 dan Jalan 7 Kanthan Baru itu berlaku antara jam 9 hingga 9.45 malam ketika keluarga terbabit sedang leka menonton televisyen.
Setiausaha Rukun Tetangga Kanthan Baru, Jimmy Loh yang mewakili penduduk berkata dalam kejadian pertama yang berlaku kira-kira jam 9 malam, rumah sepasang suami isteri warga emas dipecah masuk pencuri terbabit.
Katanya, bunyi bising di bahagian luar rumah menyedarkan pemilik rumah terbabit yang kemudian bertindak menjerit mengatakan ada pencuri masuk ke rumah mereka.
“Sewaktu kejadian sekumpulan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kanthan Baru sedang sibuk menjalankan tugas rondaan di kawasan berkenaan.
“Kami terus ke rumah mangsa selepas mendengar jeritan wanita warga emas itu yang kemudiannya memberitahu rumah mereka suda dipecah masuk.
“Kemudian kami bertindak memasuki rumah mangsa dan melihat hanya besi tingkap diumpil namun tiada barangan yang hilang,” katanya.
Menurutnya, anggota SRS terus membawa pasangan warga emas terbabit untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kanthan Baru.
“Ketika kami sibuk membantu pasangan tersebut membuat laporan polis, lebih kurang jam 9.45 malam kami didatangi empat sekeluarga ke balai polis dipercayai menjadi mangsa kejadian pecah rumah berhampiran rumah yang pertama.
“Selepas itu, kami bersama bantuan polis ke rumah kedua yang menjadi sasaran pencuri namun tiada sebarang barang sempat diambil penjenayah berkenaan,” katanya.
Jimmy berkata, bagaimanapun, usaha pencuri itu berhasil selepas pemilik rumah terakhir dimasuki penjenayah terbabit kerugian RM800.
“Cubaan ketiga pencuri terbabit berbaloi apabila berjaya melarikan wang RM800 milik tuan rumah tersebut.
“Malangnya, kami gagal untuk menangkap dan mengesan pencuri tersebut kerana terlalu licik untuk melepaskan diri.
“Kami mengesyaki perbuatan jenayah itu dilakukan lebih daripada seorang,” katanya.
Berikutan itu, beliau menasihati penduduk di kawasan berkenaan supaya memasang lampu di bahagian luar rumah supaya anggota keselamatan yang melakukan rondaan dapat melihat keadaan sekeliling dengan lebih jelas.
“Saya berharap, penduduk mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku malam tadi (kelmarin) supaya mengambil langkah keselamatan dengan memasang lampu pada waktu malam bagi mengelakkan perkara sama daripada berlaku,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Polis Kanthan Baru ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan daripada tiga keluarga terbabit.

'via Blog this'

Dua suspek kes bunuh ditahan

Dua suspek kes bunuh ditahan - Selangor & KL - Sinar Harian:Dua suspek kes bunuh ditahan
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Mac 2012
Dua suspek kes bunuh ditahan
KUALA KUBU BHARU – Dua suspek ditahan berhubung kes pembunuhan seorang pekerja kolam ternakan ikan, lembu dan kambing yang ditemui mati dengan kesan kecederaan dan ditenggelamkan dengan batu besar di sebuah kolam berdekatan Kampung Orang Asli Kolam Air di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, permohonan reman kedua-dua suspek telah dipohon pagi semalam.
“Suspek pertama berusia 40 tahun beralamat Teluk Intan, Perak yang merupakan pekerja kawasan ternakan tersebut manakala suspek ke dua berusia 56 tahun adalah pengusaha kolam ternakan ikan dan lembu terbabit dan beralamat Kuala Kubu Bharu.
Menurutnya, telefon bimbit suspek juga dirampas untuk membantu siasatan.
Semalam, Sinar Harian melaporkan penemuan mayat seorang pekerja kolam ternakan ikan, lembu dan kambing yang ditemui terapung di dalam sebuah kolam ikan dekat sini.
Menurut saksi, pada awalnya mangsa disangka lemas namun setelah anggota bomba sukarela cuba membawa mayat naik ke darat didapati mayat tersebut terikat dengan tali dan terdapat kesan kecederaan di beberapa bahagian tangan serta kepala mangsa.
Mayat tersebut terikat tali di bahagian leher dan pinggang serta batu besar digunakan untuk menenggelamkan mangsa.
Kesan kecederaan terdapat pada tangan kiri dan kanan mangsa serta di bahagian belakang kepala dipercayai ditetak dengan senjata tajam dan kejadian itu dikaitkan dengan kes pembunuhan.
Sementara itu, Norel berkata, bedah siasat ke atas mayat mangsa telah dilaksanakan jam 3 petang semalam di Hospital Sungai Buloh.
Tambah Norel Azmi, pihaknya masih meneruskan siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

'via Blog this'

Askar AS mengamuk dikenal pasti

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:




Robert Bales



TACOMA, Wahington 17 Mac - Tentera Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, suspek pembunuhan 16 penduduk Afghanistan secara kejam pada minggu ini dikenal pasti sebagai Sarjan Robert Bales.
Pasukan keselamatan AS itu berkata, Bales kini ditahan di pangkalan tentera di Kansas selepas tiba di sana semalam.
"Tentera mengesahkan Bales dipindahkan ke Fort Leavenworth, Kansas. Dia kini ditahan untuk menjalani pra perbicaraan,'' kata pasukan keselamatan itu dalam satu kenyataan.
Bales, 38, disyaki keluar daripada pangkalan tentera AS di selatan Afghanistan pada Ahad lalu dan melepaskan tembakan ke arah penduduk tempatan, menyebabkan 16 orang awam termasuk sembilan kanak-kanak dan tiga wanita maut.
Askar tersebut ditahan di Kuwait selepas dia dibawa keluar dari Afghanistan, Rabu lalu.
Bales dijangka didakwa dibawah undang-undang tentera AS namun tidak dapat dipastikan di mana lokasi perbicaraan akan diadakan.
Gambar-gambar askar dikenal pasti sebagai Bales yang memakai pakaian celoreng disiarkan dalam satu artikel mengenai latihan ketenteraan untuk ke Afghanistan, di laman web yang mempunyai kaitan dengan pangkalan tentera di California, Fort Irwin.
Menurut laman web itu, gambar-gambar berkenaan diambil pada Ogos lalu. - REUTERS

'via Blog this'

Sri Lanka mula siasatan kes rompakan muzium

Sri Lanka mula siasatan kes rompakan muzium - Global - Sinar Harian:

18 Mac 2012
COLOMBO - Pihak berkuasa Sri Lanka pada Ahad melancarkan siasatan khas berhubung kes rompakan besar ke atas muzium utama negara ini, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri Warisan Negara, Jagath Balasuriya memberitahu Xinhua beliau telah melantik satu jawatankuasa untuk melihat insiden tersebut termasuk dakwaan pencuri mungkin mendapat pertolongan dari orang dalam.

Perompak memasuki tingkat dua bangunan muzium yang terletak di ibu negara Colombo pada Jumaat malam dan mencuri beberapa barang berharga termasuk pedang purba dan syiling emas, kata polis.

Balasuriya berkata malah pencuri telah memutuskan sistem amaran keselamatan muzium, membuktikan mereka telah mengumpul maklumat penting berkenaan muzium itu sebelum melakukan jenayah tersebut, menurut laporan Xinhua.

Xinhua memetik Balasuriya sebagai berkata beliau percaya wujud rangkaian jenayah yang lebih besar terbabit dalam rompakan muzium tersebut.

Muzium negara tersebut ditutup pada hujung minggu bagi membantu siasatan polis, kata menteri berkenaan.

Muzium awam yang pertama di Sri Lanka itu ditubuhkan pada 1877 dan masih mengekalkan ciri bangunan kolonial British.

Sebagai tarikan utama pelancong,  muzium berkenaan lebih dikenali mengumpul koleksi regalia diraja, hasil seni Sinhalese, perabot antik, tembikar dan manuskrip.

Ia turut menyimpan khazanah negara dan artifak dari segala pelusuk negara ini.

Agensi berita Sri Lanka, Lankapuvath melaporkan Jabatan Siasatan Jenayah telah memaklumkan kepada pihak kastam dan Lapangan Terbang Colombo, Katunayake untuk menghalang barang yang dirompak itu dari diseludup keluar dari Sri Lanka.

Ia memetik polis sebagai berkata langkah keselamatan khusus untuk muzium tersebut turut dibincang bagi mengelak insiden yang sama daripada berulang di masa depan. - Bernama

'via Blog this'

Padah langgar rumah mertua

Kosmo! Online - Terkini:


18/03/2012 7:27pm

KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu kedai emas dijatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini terhadap tuduhan merosakkan harta benda rumah bapa mertuanya.
Tertuduh, Afzainiezam Hassan, 28, didakwa melakukan kesalahan itu di rumah Tran Tan Nhut dengan sengaja melanggar pintu pagar rumah mertuanya itu dengan kereta sehingga tercabut angkara perselisihan faham pada pukul 7.30 pagi, 25 Februari lalu.
Tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Afzainiezam yang beralamat di Kuaters Pejabat Haiwan daerah Marang dikatakan sedang dalam proses perceraian dengan isterinya, didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda.
Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa Inspektor Miky Dunstan Musa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, Tran membuat laporan polis bahawa tertuduh pernah melakukan perkara sama sebanyak tiga kali. - BERNAMA

'via Blog this'

Kanak-kanak 3 tahun lemas dalam tangki najis

Kosmo! Online - Terkini:


18/03/2012 7:22pm

BESUT - Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun ditemui mati lemas dalam sebuah tangki najis yang terletak tidak jauh daripada rumahnya yang berdekatan dengan Klinik Kesihatan Jabi, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Zakaria berkata, ketika kejadian pada kira-kira pukul 5.50 petang itu, mangsa Nur Ammar Adlyn Mohd. Husni dilihat oleh jirannya bermain dengan basikalnya seorang diri.
"Kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ke dalam tangki najis berkenaan yang didapati tidak ditutup dengan sempurna.
"Mangsa disahkan telah meninggal dunia dipercayai lemas," katanya.
Sementara itu bapa mangsa, Mohd. Husni Mat Hussin, 33 yang merupakan seorang Pembantu Am Rendah, Majlis Daerah Besut, berkata, sejurus selepas dimaklumkan oleh jirannya, beliau terus ke tempat kejadian dan mendapati anaknya terapung di dalam tangki najis sedalam kira-kira tiga meter. - BERNAMA

'via Blog this'

Mayat pesara tentera masih belum ditemui

Kosmo! Online - Terkini:


18/03/2012 5:49pm

IPOH - Seorang pesara tentera, Mohd. Nasir Mokhtar, 52, yang lemas ketika melakukan aktiviti skuba bersama rakan-rakannya di Batu Hitam, Kepulauan Sembilan, Pangkor, dekat sini, masih belum ditemui.
Penolong Penguatkuasa Bomba dan Penyelamat Pangkor, Arshad Abdullah berkata, operasi mencari dan menyelamat yang bermula pukul 8 pagi tadi dihentikan sementara pada pukul 4 petang kerana keadaan cuaca yang tidak baik dan laut bergelora.
"Masih tiada lagi petanda awal yang membawa kepada penemuan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi semalam, selepas mangsa didapati tidak timbul ketika melakukan aktiviti itu bersama satu kumpulan penyelam yang dianggotai l3 orang. - BERNAMA

'via Blog this'

Mayat remaja ditemui di laut Tanjung Bungah

Kosmo! Online - Terkini:


18/03/2012 4:28pm

GEORGETOWN - Mayat remaja yang dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Tanjung Bungah semalam ditemui orang awam pagi tadi.
Bapa mangsa, Ajib Roshidi Basir, 46, berkata, setelah pasukan mencari dan menyelamat menghentikan operasi pada pukul 7.30 malam kerana cuaca gelap, beberapa orang awam membantunya meneruskan pencarian di sekitar lokasi kejadian.
"Kira-kira pukul 5.20 pagi tadi, salah seorang dari orang awam yang lalu di situ ternampak anak saya terapung tidak jauh dari tempat dia dipercayai lemas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mayat Afiq Ridha Ajib Roshidi, 19, kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas.
Allahyarham Afiq dikatakan keluar memancing bersama empat lagi rakannya sebelum mandi di pantai pada pukul 11.30 pagi semalam. - BERNAMA

'via Blog this'

Kes culik: 3 termasuk polis ditahan

Kosmo! Online - Terkini:


18/03/2012 3:01pm

ALOR SETAR - Seorang anggota polis yang digantung perkhidmatan ditahan bersama dua lelaki lain bagi membantu siasatan kes culik seorang lelaki di Kuala Muda, Sungai Petani, Jumaat lepas.
Ketiga-tiga lelaki berusia antara 28 dan 50 tahun itu ditahan di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 2 pagi semalam selepas keluarga mangsa menyerahkan wang tebusan sebanyak RM40,000.
"Mangsa yang berusia 23 tahun berada dalam keadaan selamat," kata Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim di sini hari ini.
Beliau berkata, polis merampas wang tunai RM40,000, empat telefon bimbit, satu gari dan sebuah kereta jenis Honda Civic yang dilapor hilang di Lembah Klang serta menemui semula kereta Proton Gen2 milik mangsa.
Beliau berkata, mangsa dilaporkan diculik di hadapan sebuah hotel di Bedong dekat Sungai Petani kira-kira pukul 11 pagi Jumaat lepas ketika dia baru keluar dari hotel dan ingin masuk ke dalam keretanya.
"Mangsa ditarik masuk ke dalam kereta oleh suspek sebelum dibawa ke Kuala Lumpur," ujarnya.
Katanya lagi, keluarga mangsa dihubungi suspek yang meminta wang tebusan sebanyak RM60,000 tetapi selepas berbincang, suspek bersetuju menerima RM40,000.
Ahmad berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga lelaki yang ditahan itu positif dadah dan dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau. - BERNAMA

'via Blog this'

Penunggang basikal maut dirempuh kereta di MRR2

myMetroPenunggang basikal maut dirempuh kereta di MRR2:KUALA LUMPUR: Pelumba basikal dari Kelab Basikal Le Tua maut dirempuh kereta dalam kejadian langgar lari ketika berbasikal di kawasan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran susur Taman Melawati di sini hari ini.
Rafizi Hamdan, 37, yang menggunakan laluan itu menuju ke Batu 12 Gombak mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah dirempuh kereta dari arah belakang, dipercayai jenis Proton Saga, yang kemudian bertindak melarikan diri. 
Rafizi yang merupakan pekerja CIMB Bank dikatakan mahu menyertai anggota kelab basikal yang lain di kawasan Batu 12 Gombak bagi aktiviti riadah di hujung minggu.

Jurucakap polis ketika dihubungi hari ini berkata polis sedang mengesan pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Amirudin Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan membahaya sehingga menyebabkan kematian.

Rafizi, yang berasal dari Taman Bukit Kepayang, Seremban, telah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.

Pelumba basikal negara Anuar Manan berkata Rafizi adalah seorang daripada rakan penaja Kelab Basikal Le Tua.

"Rafizi banyak memberi sumbangan kepada kelab basikal selain komited terhadap minatnya dalam sukan berbasikal," katanya.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad yang dihubungi Bernama menjelaskan bahawa Rafizi bukan pelumba basikal kebangsaan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, Naim turut meminta pengguna jalan raya di negara ini untuk menghormati peminat basikal yang menggunakan jalan raya untuk melakukan aktiviti riadah.

"Walaupun budaya berbasikal di kalangan rakyat negara ini tidak sehebat di negara Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Timur, saya berharap pengguna jalan raya dapat menghormati penunggang basikal yang melalui tepi jalan raya untuk aktiviti beriadah dan sebagainya," katanya.

Pada 29 Jan lepas, pelumba basikal lebuh raya wanita negara Mariana Mohamed cedera parah di tangan dan kaki kanan setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Presint 2, Putrajaya ketika menjalani sesi latihan untuk Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012. - BERNAMA

'via Blog this'

45 pekerja warga asing ditahan

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak:


KOTA KINABALU 17 Mac - Seramai 45 pekerja warga asing ditahan oleh Jabatan Imigresen Negeri kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dalam serbuan di dua buah kilang berasingan di Lahad Datu, kelmarin.
Pengarahnya, Mohammad Mentek (gambar) berkata, dalam Ops Mahir itu, seramai 35 yang ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) didapati tidak memiliki dokumen sah dan bakinya lain-lain kesalahan.
Katanya, operasi itu dijalankan hasil maklumat awam dan risikan yang telah dilakukan oleh jabatan tersebut.
"Seramai 88 pekerja telah diperiksa secara keseluruhannya. Daripada yang ditahan seramai 37 orang adalah warga Filipina manakala bakinya Indonesia," katanya di sini semalam.
Mohammad berkata, operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohammad Ajman Ajmain itu melibatkan seramai enam pegawai Imigresen Lahad Datu dengan dibantu 30 anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Lahad Datu.
Beliau mengingatkan semua majikan agar memastikan untuk mengambil pekerja asing yang mempunyai permit kerja sah dan mengikut kuota diluluskan.
Katanya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi mana-mana pejabat Imigresen berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Jabatan Imigresen Negeri di talian 088-488853 untuk tindakan lanjut.

'via Blog this'

Nelayan bawa diesel subsidi tanpa permit ditahan

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak:



Bot nelayan yang membawa lebih 15,000 liter diesel subsidi tanpa permit ditahan Penguat kuasa APMM kira-kira 16 batu nautika dari Tanjung Po, Kuching, kelmarin.


KUCHING 17 Mac - Strategi Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) mengubah haluan kapal peronda mengelirukan pemberi maklumat atau tonto sekali gus berhasil menahan sebuah bot nelayan yang membawa lebih 15,000 liter diesel subsidi kira-kira 16 batu nautika dari Tanjung Po di sini, semalam.
Ketua Penguatkuasa Daerah, Kapten Maritim Abdul Harith Mustafa Ahmad Khairati berkata, dalam kejadian pada 5.45 petang itu, bot nelayan tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Sebuyau ke Bintawa.
Katanya, strategi mengubah haluan secara tiba-tiba dilakukan bagi memastikan tonto yang sentiasa memantau pergerakan bot peronda APMM keliru dan memberi maklumat yang salah kepada rakan mereka yang berada di atas bot sehingga tidak sempat melarikan diri.
"Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa lebih 15,000 liter diesel subsidi tanpa permit yang dianggarkan bernilai RM30,000 dan dipercayai dijual kepada pihak lain dengan harga lebih tinggi.
"Kita juga menahan empat awak-awak bot tersebut yang berusia lingkungan 21 hingga 50 tahun serta mendapati dua daripada mereka merupakan warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen yang sah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya, awak-awak tersebut ditahan bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikatan, menyalahgunakan lesen nelayan dengan membawa barangan selain daripada ikan serta melanggar peraturan menggunakan pekerja asing tanpa permit.
"Sehubungan itu, kita telah memanggil pemilik bot tersebut untuk membantu siasatan," katanya.

'via Blog this'