Search This Blog

Monday, March 12, 2012

Maut disengat 'peringat'



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Mac 2012
Maut disengat 'peringat'
KASAR – Siapa sangka, seekor lebah yang lebih dikenali ‘peringat’ oleh masyarakat Kelantan, menyebabkan seorang penduduk, maut selepas mengikuti aktiviti gotong–royong di Kampung Sakar Sungai, Jumaat lalu.
Aktiviti anjuran Jawatankuasa Kampung Sakar bersama Umno Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir, tergendala selepas mangsa yang juga Penghulu Tanpa Mukim Kampung Sakar, Chia Siew Hai, 44, tiba-tiba pengsan, pada jam 10.30 pagi.
Isteri mangsa, Ong Lee Sew, 39, berkata, suaminya keluar rumah pada jam 10 pagi untuk memulakan kerja membersihkan kampung bersama 30 penduduk kampung.
“Ketika kejadian, saya bersama dua anak saya, berada di rumah, manakala suami saya keluar bersama penduduk lain dan ditemani adik saya, Ong Soon Been, 36. Soon Been kata, dia melihat abang iparnya, keluar daripada kawasan pohon buluh dan mengadu sakit, setelah disengat seekor peringat, di bahagian kepala,” katanya, selepas upacara pengebumian mangsa, semalam.
Menurutnya, semua penduduk beranggapan, dia hanya bergurau kerana peringat tersebut, terlalu kecil dan kelihatan tidak merbahaya.
Namun katanya, penduduk mulai panik, apabila mendapati Siew Hai tiba-tiba rebah dan pengsan, beberapa minit selepas disengat peringat berkenaan.
“Adik saya terus membawa suami saya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) untuk mendapatkan rawatan. Namun, doktor mengesahkan suami saya, meninggal ketika dalam perjalanan,” katanya, semalam.
Sementara itu, Naib Ketua Umno Pasir Mas, Abd Aziz Mohammad mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap, keluarga mangsa bersabar dengan kejadian yang menimpa,” katanya.

Lolipop pendafluor dilarang





2012/03/12

PEGAWAI  CAP,  NV Subbarow menunjukkan lolipop pendafluor  yang ada bahan kimia berbahaya pada pemegangnya, baru-baru ini.
PEGAWAI CAP, NV Subbarow menunjukkan lolipop pendafluor yang ada bahan kimia berbahaya pada pemegangnya, baru-baru ini.
Batang plastik gula-gula mengandungi bahan boleh sebabkan kanser

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, semalam.


Beliau berkata, Kementerian sudah meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor.
“Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6, iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan 'Jom Sihat' di Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju di sini, semalam.

Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa kementerian berdasarkan alamat pada pembungkus gula-gula itu, didapati alamat yang digunakan palsu.

Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya dan menjadi kegilaan kanak-kanak. 
Katanya, berdasarkan ujian oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam, batang plastik lolipop itu mengandungi bahan seperti ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH).

“PAH adalah sejenis bahan kimia yang bertoksik dan hanya digunakan untuk tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,” katanya.

Dalam pada itu, Liow berkata gejala obesiti di kalangan penduduk Malaysia meningkat tiga kali ganda iaitu daripada 4.4 peratus pada 2006 kepada 15.1 peratus pada tahun lalu.

Sehubungan itu, penyakit kencing manis di kalangan penduduk negara ini juga menunjukkan trend peningkatan iaitu daripada 11.6 peratus pada 2006 kepada 15.2 peratus pada tahun lalu. – BERNAMA

Banjir landa tiga kampung



NORFARHIZA MOHD ATAR
12 Mac 2012
Banjir landa tiga kampung
KUALA MEDANG - Hujan lebat selama tiga hari di Hulu Sungai Jelai dan Sungai Telom menyebabkan air Sungai Jelai naik mendadak seterusnya melimpahi tebing lalu menenggelami beberapa perkampungan berhampiran, dekat sini, pagi semalam.
Banjir itu juga menyebabkan seramai 120 penduduk daripada 21 keluarga di sini, Kuala Serau dan Bertang terputus hubungan berikutan jalan raya ke kampung berkenaan turut ditenggelami air.
Manakala, sebanyak 10 keluarga iaitu tiga di Kampung Kuala Medang dan tujuh di Kuala Serau kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir setelah rumah mereka ditenggelami air sedalam dua meter bermula jam 7 pagi semalam.
Sehubungan kejadian itu, seramai 12 anggota bomba, 10 anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Lipis, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) serta polis terbabit dalam operasi bantuan keselamatan dan pemindahan mangsa menggunakan bot.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail turut turun padang untuk meninjau keadaan kampung di persisiran sungai yang terbabit dalam kejadian itu serta menemui mangsa banjir.
Hadir sama, Penghulu Mukim Hulu Jelai, Mohd Razaki Abd Razak.
Mohd Razaki berkata, air naik mendadak menyebabkan keluarga terbabit dipindahkan segera ke tempat selamat di balai raya kampung berkenaan.
“Sebanyak dua kedai makanan di Pekan Sehari Kuala Medang turut dinaiki air, manakala sebuah jeti pusat santuari ikan di Kuala Serau pula musnah dihanyutkan banjir,” katanya.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membantu dengan menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di balai raya kampung berkenaan.
“Saya akan berbincang dengan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Bencana Alam (Banjir) untuk menimbang bantuan kecemasan kepada mangsa hari ini (semalam). Kerajaan Negeri sedia menimbang untuk membantu membaik pulih rumah mangsa apabila banjir surut,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Kampung Kuala Serau, dekat sini, semalam.
Sempena kunjungan itu, Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelai turut memberi sumbangan bantuan daripada Pejabat Dun berkenaan bernilai RM300 kepada setiap ketua keluarga terbabit.
Mereka yang tinggal berdekatan sungai dinasihati mengawasi anak masing-masing pada cuti persekolahan kali ini dan memastikan mereka tidak main air atau mandi di sungai berarus deras.

18 wartawan dibunuh dalam tempoh dua tahun di Honduras


2012/03/12

TEGUCIGALPA: Seorang wartawan berusia 54 tahun dibunuh oleh penyerang bersenjatakan parang, kejadian menyebabkan kematian ke-18 di kalangan ahli media bagi tempoh dua tahun.

Polis berkata, Fausto Evelio Hernandez, yang menunggang basikal ketika dalam perjalanan ke rumahnya Sabtu lalu apabila dia diserang di Saba, kira-kira 600 kilometer utara ibu negara berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Osmin Bardales, berkata wartawan itu bertugas di Stesen Alegre dipercayai "cuba untuk mempertahankan diri" daripada penyerang itu dan terkena sembilan tetakan di kepala. - AFP

14 pekerja binaan maut dalam kebakaran di Istanbul


2012/03/12

ANKARA: Seramai 14 pekerja binaan maut dalam kebakaran di Istanbul lewat malam semalam, lapor seorang pegawai di ibu negara itu.

Datuk Bandar daerah Esenyurt di Istanbul, Necmi Kadioglu, berkata pekerja berkenaan terkorban apabila khemah yang menjadi tempat tinggal mereka di tapak pembinaan sebuah pusat membeli-belah dijilat api.

Stesen televisyen milik kerajaan melaporkan kebakaran mungkin berpunca daripada masalah litar pintas. - AP

Dua beranak ditemui mati di rumah di Puchong


2012/03/12


KUALA LUMPUR: Dua beranak, dipercayai mangsa pembunuhan sejak empat hari lalu, ditemui di rumah mereka di Taman Kinrara, Puchong, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias, berkata mangsa, lelaki berusia 56 tahun itu dan anak perempuannya berumur 23 tahun, seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian swasta di Lembah Klang, ditemui mati di bilik berasingan di rumah itu pada 9.50 malam.

"Mayat wanita itu dijumpai dalam keadaan terlentang di atas lantai dengan kesan darah di mulut, manakala mayat bapanya ditemui tertiarap di katil dengan beberapa kesan darah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian awal pagi ini.
Abdul Razak berkata, motif kejadian masih disiasat dan tidak menolak kemungkinan mangsa disamun sebelum dibunuh berdasarkan kereta milik mangsa jenis Perodua Kenari yang hilang selain dua telefon bimbit.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu, seorang pesara syarikat swasta, dan isterinya pulang ke Segamat untuk melawat kebun mereka sebelum mangsa balik ke rumah sendirian untuk membawa anak perempuan mereka pulang ke Segamat.

"Selepas empat hari hilang (tiada berita), si isteri membuat laporan polis di Balai Polis Segamat pagi semalam (Ahad), dan hasil siasatan kita membawa kepada penemuan kedua-dua mayat ini," kata Abdul Razak.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kumar, 42, berkata beliau sudah lama tidak melihat kelibat mangsa sebelum penemuan mayat mereka malam tadi.

"Mereka lebih suka buat hal masing-masing, sebab itu kami tidak mengetahui yang mangsa sudah dibunuh sejak beberapa hari," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

Sepasang suami isteri antara 4 maut nahas di Perak


2012/03/12


IPOH: Empat orang termasuk sepasang suami isteri maut dalam kemalangan berasingan di negeri ini, lewat petang semalam.

Dalam kejadian pertama, pemandu kereta pacuan empat roda Saidon Riduan, 65, dan isterinya, Fatimah Abdul Kadir, 64, maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Land Rover di Kilometer 5 Jalan Kuala Gula-Gunung Semanggol, Parit Buntar, 125km dari sini jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Mat Fauzi Nayan, berkata kedua-dua mangsa yang berasal dari Subang Jaya, Selangor mengalami cedera parah di kepala dan badan, meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mereka dihantar Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, pemandu Land Rover hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

Mat Fauzi berkata, kemalangan berlaku apabila kenderaan Toyota Harrier yang dipandu Saidon dalam perjalanan dari Kuala Gula ke Pekan Semanggol dikatakan gagal dikawal lalu terbabas.

Pada masa sama sebuah kenderaan jenis Land Rover yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh kenderaan tersebut.
Sementara itu, dalam kejadian di Hilir Perak, seorang warga emas, Mohamad Razlan Shaari, 63, maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan motosikal yang ditunggang seorang remaja di kawasan taman perumahan Desa Maju Perak, Teluk Intan, jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang hari ini berkata, bagaimanapun remaja 15 tahun itu tidak cedera.

Dalam satu lagi kejadian di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, seorang penunggang motosikal terbunuh selepas hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Mangsa Mohd Ridzuan Mahathir, 23 berasal dari Butterworth cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. - BERNAMA

Mayat reput ditemui dalam rumah kedai di Georgetown


2012/03/12

GEORGETOWN: Seorang lelaki menemui mayat bapanya yang reput dalam rumah kedai barangan terpakai milik bapanya di Jalan Magazine, awal pagi tadi.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Wan itu menemui mayat bapanya, Wan Hock Pin, berusia 60-an, pada kira-kira jam 1 pagi selepas pergi ke rumah bapanya yang tinggal seorang diri.

Katanya, beliau tidak menghubungi bapanya selama tiga minggu lalu kerana beranggapan bapanya pergi ke luar negara selepas tidak menjawap panggilan telefon sebelum itu.
"Saya fikir bapa tiada di rumah kerana ke luar negara (China dan Singapura) untuk melawat saudara mara kerana bapa sering ke sana. Lagipun setahu saya dia sentiasa sihat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Mayat itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan tanpa berpakaian berhampiran tandas dan sebahagian tubuh badannya telah reput.

Beliau yang tinggal berasingan di Seberang Perai berkata, sebelum itu, beliau tidak dapat memasuki rumah kedai bapanya kerana pintu terkunci dari dalam.

"Selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena, saya menghubungi bomba untuk memecah masuk dan kemudiannya terkejut apabila menjumpai mayat bapa saya berhampiran tandas," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin mati sejak tiga hingga empat minggu lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau dan mereput.

"Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya. - BERNAMA

Banjir landa tiga kampung



NORFARHIZA MOHD ATAR
12 Mac 2012
Banjir landa tiga kampung
KUALA MEDANG - Hujan lebat selama tiga hari di Hulu Sungai Jelai dan Sungai Telom menyebabkan air Sungai Jelai naik mendadak seterusnya melimpahi tebing lalu menenggelami beberapa perkampungan berhampiran, dekat sini, pagi semalam.
Banjir itu juga menyebabkan seramai 120 penduduk daripada 21 keluarga di sini, Kuala Serau dan Bertang terputus hubungan berikutan jalan raya ke kampung berkenaan turut ditenggelami air.
Manakala, sebanyak 10 keluarga iaitu tiga di Kampung Kuala Medang dan tujuh di Kuala Serau kini ditempatkan di pusat pemindahan banjir setelah rumah mereka ditenggelami air sedalam dua meter bermula jam 7 pagi semalam.
Sehubungan kejadian itu, seramai 12 anggota bomba, 10 anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Lipis, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) serta polis terbabit dalam operasi bantuan keselamatan dan pemindahan mangsa menggunakan bot.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail turut turun padang untuk meninjau keadaan kampung di persisiran sungai yang terbabit dalam kejadian itu serta menemui mangsa banjir.
Hadir sama, Penghulu Mukim Hulu Jelai, Mohd Razaki Abd Razak.
Mohd Razaki berkata, air naik mendadak menyebabkan keluarga terbabit dipindahkan segera ke tempat selamat di balai raya kampung berkenaan.
“Sebanyak dua kedai makanan di Pekan Sehari Kuala Medang turut dinaiki air, manakala sebuah jeti pusat santuari ikan di Kuala Serau pula musnah dihanyutkan banjir,” katanya.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membantu dengan menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di balai raya kampung berkenaan.
“Saya akan berbincang dengan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Bencana Alam (Banjir) untuk menimbang bantuan kecemasan kepada mangsa hari ini (semalam). Kerajaan Negeri sedia menimbang untuk membantu membaik pulih rumah mangsa apabila banjir surut,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Kampung Kuala Serau, dekat sini, semalam.
Sempena kunjungan itu, Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelai turut memberi sumbangan bantuan daripada Pejabat Dun berkenaan bernilai RM300 kepada setiap ketua keluarga terbabit.
Mereka yang tinggal berdekatan sungai dinasihati mengawasi anak masing-masing pada cuti persekolahan kali ini dan memastikan mereka tidak main air atau mandi di sungai berarus deras.

Dicekup main judi sabung ayam

Kosmo! Online - Negara:











SEBAHAGIAN daripada kaki judi yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan sabung ayam di Seksyen 17, Shah Alam semalam.





SHAH ALAM – Polis menumpaskan kegiatan judi sabung ayam dengan nilai pertaruhan kira-kira RM30,000 apabila menahan 29 lelaki warga asing termasuk empat rakyat tempatan di belakang sebuah kuil di Seksyen 17 di sini semalam.


Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Deputi Superintendan Izwan Abd. Karim berkata, dalam serbuan tersebut, seorang wanita warga Indonesia berusia 26 tahun turut ditahan kerana menjual barangan makanan kepada kaki judi.


Katanya, kesemua lelaki yang ditahan berumur di antara 20 hingga 50 tahun merupakan pekerja kilang dan buruh di kawasan tersebut.


“Serbuan dilakukan selepas intipan selama seminggu di kawasan yang terletak bersebelahan landasan kereta api dan ditumbuhi semak itu.


“Semasa ditahan, mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditahan polis,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


'via Blog this'

Penjenayah seks dijel 16 tahun

Kosmo! Online - Negara:Oleh ADHAM SHADAN







DI bangunan asrama pekerja di Lembah Sireh, Kota Bharu, Amran ditahan ketika cuba merogol seorang jurujual sebuah pasar raya.






KOTA BHARU – Seorang perogol bersiri yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang wanita di Kelantan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang daripada mangsanya itu.


Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Irwan Suainbon ke atas tertuduh, Amran Che Jaafar, 30, yang merupakan seorang penganggur adalah hukuman pertama buat tertuduh yang didakwa atas tuduhan merogol.




Sebelum ini, tertuduh yang juga seorang duda telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas dan Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas lima tuduhan rogol membabitkan mangsa-mangsa lain. Kes-kes itu kini dalam proses perbicaraan kerana tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadapnya.


Dalam kes rogol keenam yang dikenakan terhadap Amran semalam, lelaki yang pernah berkahwin dua kali itu mengaku bersalah merogol seorang gadis berusia 25 tahun pada pukul 7 pagi, 18 April tahun lalu.


Kejadian itu berlaku ketika mangsa berada di sebuah asrama pekerja di Jalan Kuala Krai dekat sini.


Atas tuduhan itu, Amran dari Bachok dekat sini didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


Mengikut fakta kes, mangsa yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah pasar raya di sini terjaga daripada tidur selepas dia terdengar bunyi orang menggeledah di bawah katil di bilik asramanya.


Mangsa kemudian melihat tertuduh berada di sebelah katilnya sambil memegang sebilah pisau dan mengacu pisau tersebut ke leher mangsa sambil menyuruh mangsa diam.


'via Blog this'

Hotel bajet tawar pelacur Sabah diserbu

Kosmo! Online - Negara:








BEBERAPA wanita disyaki pelacur yang ditahan di sebuah hotel bajet di Batu Pahat kelmarin.






BATU PAHAT - Rahsia sebuah hotel bajet di sini yang mampu menarik ramai pelanggan muda dan warga asing terbongkar apabila didapati menyediakan perkhidmatan pelacur muda dipercayai dari Sabah.


Wanita muda berusia 20-an yang mempunyai paras rupa menarik, pandai melayan pelanggan itu menawarkan khidmat seks serendah RM40.


Kegiatan itu dibongkar dalam operasi bersepadu anggota dari Pejabat Agama Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Muar dan Pontian kelmarin.


Dalam serbuan itu, seramai tujuh pelacur sedang menunggu dan melayan pelanggan ditahan dan diserahkan kepada pihak polis.


Timbalan Ketua Penguat Kuasa Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd. Sopah berkata, lima daripada pelacur yang disoal siasat memberitahu, mereka berasal dari Sabah.


"Pada mulanya mereka tidak mengaku menjalankan kegiatan tidak bermoral itu tetapi pemeriksaan lanjut menjumpai kondom di dalam laci bilik menyebabkan mereka akhirnya mengaku.


"Seorang lelaki warga Indonesia yang beragama Islam turut ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam bilik hotel dan dua remaja lelaki tempatan yang menganggur diberi kaunseling kerana disyaki cuba mendapatkan khidmat pelacuran di situ," katanya di lokasi operasi di sini semalam.


'via Blog this'

Budak hilang ditemui semula

Kosmo! Online - Negara:











Nor Azma dan Mohd. Khadir gembira dapat bertemu semula dengan Wan Hazim di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras semalam.





PETALING JAYA – Keresahan sepasang suami isteri mengenai kehilangan anak mereka, Wan Hazim Mohd. Khadir sejak Khamis lalu berakhir apabila kanak-kanak itu ditemui selamat berada di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras dekat sini semalam.


Sebelum itu, Wan Hazim yang dilaporkan hilang olah keluarganya pada pukul 6 petang ditemui oleh seorang lelaki Cina sedang melintas Lebuh Raya Konsortium Expressway Shah Alam Selangor (Kesas) berhampiran pusat membeli-belah The Summit USJ di sini pukul 1 pagi, Sabtu lalu.


Semasa ditemui Wan Hazim, 7, berjalan kaki seorang diri. Dia dipercayai berada di lebuh raya itu selepas berjalan kaki sejauh kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah.


Lelaki warga emas itu kemudian menyerahkan kanak-kanak itu ke Balai Polis Subang Jaya dekat sini pada pukul 2 pagi pada hari sama. Namun mungkin disebabkan gagal mengesan latar belakang Wan Hazim, kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


JKM kemudian menghantar kanak-kanak itu ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah pukul 4 petang pada hari sama dia ditemui.


Sementara itu, bapa mangsa, Mohd. Khadir Hassan, 41, berkata, berita mengenai penemuan Wan Hazim dimaklumkan oleh seorang anggota polis yang bertugas di pondok pengawal Balai Polis Subang Jaya dekat sini pada pukul 11 malam kelmarin.


Anggota polis itu menghubungi Mohd. Khadir, selepas menerima risalah daripada isterinya, Wan Nor Azma Wan Yusof, 33, mengenai kehilangan anak mereka.


'via Blog this'

Tragedi bercuti dua keluarga

Kosmo! Online - Negara:











ANGGOTA bomba memeriksa kenderaan yang remuk dalam kemalangan hingga mengakibatkan dua terkorban di Parit Buntar, Perak semalam.





PARIT BUNTAR - Hasrat dua keluarga untuk pergi bercuti berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut, seorang parah manakala sembilan lagi cedera ringan dalam kemalangan di Kilometer 181.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Alor Pongsu dekat sini semalam.


Kemalangan pukul 7.10 pagi itu berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dinaiki tujuh sekeluarga yang berhenti di lorong kecemasan untuk membuat panggilan telefon, dirempuh oleh MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki enam sekeluarga.


Ekoran itu, Tang Ah Tee, 65, dan cucunya, Tan Tei Yee, 13, yang menaiki Estima maut di tempat kejadian manakala Wan Azizah Husin, 62, yang menaiki Alphard parah.


Mereka yang cedera pula ialah pemandu Estima, Tan Bee Liang, 39; penumpang, Tan Pok Teck, 32; Tan Yoke Meng, 31; Tan Poh Siong, 36, dan Tan Bee Ling, 39.



MOHSEN dan anaknya, Mohamad Ivan Mizari masih trauma dengan kejadian itu.





Turut cedera, pemandu Alphard, Mohsen Amdan, 34, isterinya, Wan Fatahiyyah Reamli, 32, dan tiga anak mereka, Nurisha Tasha Wafa, 7, Nur Basira Wafa, 5 dan Mohd. Ivan Mizari, setahun.


'via Blog this'

Pengerusi Eksekutif NFCorp didakwa

Berita Harian Online | Pengerusi Eksekutif NFCorp didakwa:Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail


Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail


KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebentar tadi didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini atas empat kes pecah amanah dan Akta Syarikat membabitkan wang berjumlah melebihi RM49 juta.

Bagi kesalahan pecah amanah, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta juga boleh dikenakan denda.




Selain itu, bagi kesalahan mengikut Akta Syarikat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 132 (3) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM30,000.


Mohamad Salleh mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan selepas dakwaan dibacakan di hadapan Hakim S M Komathy Suppiah manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Dzulkifli Ahmad.

Turut hadir ialah isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kelihatan berbaju kurung dan bertudung serba putih yang mengikuti proses pendakwaan di dalam mahkamah. 

Anak sulung mereka, Wan Shahinur Izmir yang juga salah seorang pengarah syarikat itu juga hadir.

Shahrizat semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator), namun mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO. 
Isu NFC yang mengaitkan Shahrizat berikutan syarikat berkenaan dimiliki keluarganya, timbul dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu yang menyentuh mengenai prestasi projek ternakan lembu yang diusahakan syarikat itu di Gemas, Negeri Sembilan.
'via Blog this'

Wanita kelar leher suami lumpuh

Berita Harian Online | Wanita kelar leher suami lumpuh

:Polis percaya suspek cuba bunuh diri guna gunting ditemui tak sedar diri 

TELUK INTAN: Seorang isteri mengelar leher suaminya yang lumpuh dengan pisau lipat sehingga mati sebelum cuba membunuh diri dengan menikam lehernya menggunakan gunting di Taman Eastern Garden di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, mangsa yang menghidap penyakit angin ahmar sejak Oktober tahun lalu dikatakan tidur bersama isterinya di bilik tidur utama rumah mereka yang turut didiami ahli keluarga lain dan kejadian itu disedari apabila pasangan berkenaan tidak bangun awal pagi seperti kebiasaan.


Menantu lelaki pasangan itu, Soo Kam Hon, 46, yang tinggal bersama mereka dan tidur di bilik berasingan curiga apabila kedua-duanya yang kebiasaan bangun seawal jam 7 pagi tidak keluar bilik sehingga jam 8.30 pagi. 

Kam Hon yang risau dengan keadaan itu kemudian membuka pintu bilik mereka yang tidak dikunci dan terkejut menemui bapa mentuanya, Khoo Ching Kiong, 74, dalam keadaan berlumuran darah di atas katil dengan kesan kecederaan di leher, manakala ibu mentuanya, Chiang Mooi Chai, 71, juga terbaring tanpa sedarkan diri dengan sebilah gunting terpacak di lehernya. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata polis turut menemui sebilah pisau lipat kecil di atas perut mangsa dan siasatan awal mendapati wanita itu mungkin mengelar leher mangsa. 

“Wanita itu dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk rawatan lanjut, manakala mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HTI untuk bedah siasat. Polis masih menyiasat punca kejadian,” katanya di sini semalam. 
Beliau berkata, polis akan menunggu laporan penuh bedah siasat untuk mengetahui punca kematian dan menyiasatnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
'via Blog this'