Search This Blog

Sunday, March 11, 2012

Jepun sambut ulang tahun pertama tragedi tsunami 2012/03/11 ISHINOMAKI: Jepun bertafakur hari ini bagi memperingati 19,000 mangsa yang terbunuh susulan tragedi tsunami berikutan gempa bumi besar sehingga menyebabkan krisis nuklear di Fukushima. Ramai di kalangan ahli keluarga yang hadir menitiskan air mata ketika majlis itu diadakan sebagai memperingati mangsa yang hilang dan terbunuh. Tepat pada jam 2.46 petang (waktu tempatan), rakyat Jepun berhenti melakukan tugasan mereka dengan bertafakur susulan gempa bumi bermagnitud 9.0 yang memusnahkan beberapa daerah Jepun. Sementara itu, sambutan di peringkat kebangsaan menyaksikan lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan sebelum Maharaja dan Perdana Menteri Jepun mengetuai program bertafakur. - AFP

Padah ejek polis



Oleh ZAID SALIM dan KHAIRUL HAMIZY RAMLEE
am@hmetro.com.my
         
KUALA TERENGGANU: Aksi berani dan biadap seorang pelajar kolej melanggar sekatan jalan raya dan mengejek polis membawa padah apabila dia terpaksa bermalam di dalam lokap di sini, kelmarin.

Pelajar berusia 19 tahun itu dipercayai sudah lama menjadikan laluan utama jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang sebagai tempat melakukan aksi berbahaya bersama kumpulannya.


Bagaimanapun, tindakan berani pelajar itu merempuh sekatan dan motosikal anggota trafik dalam cubaan meloloskan diri daripada dicekup pihak berkuasa tidak berjaya selepas dia ditahan tidak lama selepas itu.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Inspektor Mohd Nizam Hanafi berkata, pelajar itu antara lebih 500 penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Jalan Wakaf Beruas, Durian Burung, Padang Midin dan Pantai Batu Buruk.


Katanya, operasi bermula jam 4 petang dan berakhir jam 12 malam itu dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).


“Dalam operasi itu, 262 saman dikeluarkan polis membabitkan pelbagai kesalahan, manakala 50 saman lagi dikeluarkan JPJ selain menyita sebuah motosikal.

“Malah, ujian saringan awal air kencing dijalankan mendapati empat lelaki positif dadah jenis methamphetamine sebelum semuanya ditahan untuk tindakan lanjut, “ katanya.


Sementara itu, cermin kenderaan milik petugas stesen TV9 pecah selepas beberapa kumpulan samseng jalanan bertindak ganas melontarkan batu ke arah kenderaan berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 7.30 malam ketika menuju ke arah pusat bandar dari Padang Midin.

Tokan syabu guna budak KOTA KINABALU: “Daripada bekerja sebagai kuli di restoran dengan gaji tidak seberapa, lebih baik saya menjual syabu kerana ia lebih menguntungkan. “Duit yang saya peroleh bukan saja dapat menampung perbelanjaan seharian, tetapi juga menanggung dua lagi adik yang masih bersekolah,” kata seorang kanak-kanak yang menjadi pengedar kecil-kecilan dadah ketika ditemui di Sembulan, di sini. Menurut kanak-kanak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alga, 11, upah menjual syabu turut diberikan kepada ibunya bagi meringankan beban keluarga. Tinjauan di sekitar Sembulan dan Sepanggar, di sini, mendapati, beberapa kanak-kanak berusia sembilan, 10 dan 11 tahun dijadikan sasaran pengedar untuk menghantar bekalan dengan upah kecil tetapi cukup bernilai bagi mereka. Difahamkan, kanak-kanak terbabit diberi upah mengikut berat paket iaitu antara RM5 hingga ke RM7 untuk sekali penghantaran. Siasatan mendapati, kanak-kanak itu yang kebanyakannya tidak bersekolah bergerak bersendirian, termasuk diberikan telefon bimbit milik pengedar. “Saya menjadi penghantar bermula seawal jam 8 pagi hingga 7 malam. Saya mengambil keputusan berhenti sekolah selepas ayah tidak mampu menanggung yuran persekolahan selain ketiadaan dokumen,” katanya. Menurutnya, dia pernah cuba bekerja sebagai buruh namun tidak dapat bertahan lama kerana terlalu berat. “Saya kemudian bekerja di restoran makanan laut tapi hanya bertahan beberapa bulan kerana pendapatan tidak seberapa. “Saya berhenti dan bekerja dengan mengumpul tin untuk dijual, namun pendapatannya juga tidak seberapa,” katanya. Menceritakan lebih lanjut, Alga berkata, seorang kenalannya yang juga pengedar dadah memujuknya bekerja bersama-sama. “Saya menerima tawarannya sebagai budak penghantar syabu sehingga sekarang. Hanya seminggu menjual dadah, saya mampu memperoleh pendapatan sekitar RM500,” katanya. Menurut Alga, kebanyakan pelanggan adalah dari sekitar bandar raya ini, termasuk wanita. “Saya tak pandai menghisap dadah, sebaliknya hanya menjual untuk memperoleh wang,” katanya. Sementara itu, seorang lagi rakannya yang hanya dikenali sebagai Kalil, 10, yang turut menjual dadah mengakui pekerjaan itu sangat berisiko tetapi lumayan. “Saya mampu membeli telefon bimbit canggih dan menikmati kehidupan lebih baik walaupun menyedari hukuman bakal menanti jika dicekup polis. “Malah jika ada wang lebih, saya akan serahkan kepada ibu untuk menampung perbelanjaan harian,” katanya.


KUALA LUMPUR: Syabu adalah dadah paling banyak dirampas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tahun lalu, iaitu 830.29 kilogram (kg) berbanding 760.18kg tahun sebelumnya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, sepanjang tempoh itu 167,000 individu ditahan akibat kesalahan dadah membabitkan nilai rampasan keseluruhan RM243.32 juta, dengan sebahagian besarnya membabitkan kes syabu.

“Secara keseluruhannya, statistik menunjukkan peningkatan 16 peratus bagi tangkapan, namun nilai rampasan dadah mencatatkan penurunan RM26.54 juta berbanding tahun sebelumnya.
“Daripada segi tangkapan pula, 11,648 individu ditahan membabitkan pengedaran dadah, manakala 155,353 pula kes penagihan dan pemilikan dadah,” katanya kepada Metro Ahad.

Katanya, anggaran berat pelbagai jenis dadah dirampas sepanjang tahun lalu melebihi dua tan dengan 30 makmal dadah dilumpuhkan, termasuk yang paling besar di Kedah dan Pulau Pinang.

“Rampasan itu dilakukan hasil serbuan dan pemantauan di beberapa lokasi seperti lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan negara dengan kerjasama erat pelbagai agensi penguatkuasaan tempatan serta luar negara,” katanya.
Menurutnya, polis sentiasa peka mengekang aktiviti keluar masuk dadah dan hasilnya beberapa helah yang sering digunakan sindiket berjaya dihidu sekalipun mereka menggunakan pelbagai taktik untuk melepasi kawalan pihak berkuasa.

“Sebagai contoh, kita mengesan pelbagai cara digunakan sindiket bagi menyeludup masuk atau keluar dari Malaysia, antaranya menyembunyikan dalam barang kosmetik, lukisan, alat ganti kenderaan, barangan pertanian, barang/ bekas makanan dan perhiasan.
“Polis sebenarnya sentiasa berwaspada dalam memantau helah digunakan sindiket dadah ini, terutama di pintu masuk negara dan membabitkan warga asing dan hasilnya sepanjang 2011, 130 warga asing dan enam warga tempatan ditahan di lapangan terbang.

“PDRM juga berjaya menumpaskan beberapa kes penyeludupan di pelabuhan menggunakan kontena dengan lebih 300kg dadah dirampas, manakala di sempadan darat pula polis menahan 10 suspek,” katanya.

Beliau berkata, selain tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, polis masih menggunakan tindakan mengikut Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985 dengan jumlah tahanan setakat ini 852 orang dan juga Akta Pelucutan Harta 1988 membabitkan nilai harta disita tahun lalu RM64.8 juta.

Warga asing ramai jadi keldai dadah



         
KOTA KINABALU: Polis tidak menafikan ada pengedar dadah menjadikan kanak-kanak sebagai penghantar kerana beranggapan mereka hanya dikenakan hukuman ringan jika tertangkap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Superintendan Abdul Rahim Dolmat berkata, kebanyakan kanak-kanak yang melakukan kerja itu adalah warga asing.


“Polis kerap melakukan serbuan dan tangkapan, namun ia langsung tidak menggerunkan kanak-kanak ini sehingga sanggup mengulangi perbuatan sama sebaik dilepaskan.

“Selain itu, pengedar dadah beranggapan kanak-kanak akan dibebaskan kerana mengikut undang-undang, budak berusia bawah 12 tahun tidak boleh dipenjara,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga tidak menerima kanak-kanak bukan warga negara, menyebabkan mereka terpaksa dilepas atau diserahkan kepada ibu bapa masing-masing,” katanya.


Beliau mengulas kegiatan segelintir kanak-kanak yang sanggup menjadi ‘keldai dadah’ pada usia muda.

“Sebagai contoh, kanak-kanak diberi 10 paket plastik mengandungi dadah untuk dijual dengan harga antara RM10 hingga RM20.


“Kanak-kanak diberi upah RM2 untuk setiap satu paket yang berjaya dijual,” katanya.

Risiko mati mengejut



         
KUALA LUMPUR: Salah anggapan kononnya syabu tidak meninggalkan kesan penagihan menyebabkan dadah sintetik itu terus mendapat perhatian, terutama di kalangan remaja.

Pakar Perunding Psikiatri dan Penagihan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Mohamad Hussain Habil berkata, sifat syabu merangsang pengguna tanpa perlu pengambilan secara berterusan, menyebabkan ramai anak muda gemar menggunakannya.


“Dadah ini kerap diambil ketika parti dadah bagi tujuan bersuka-ria serta popular di kalangan pelumba haram kerana ia memberi rangsangan berbanding dadah ‘opiat’ seperti heroin yang cenderung mengkhayalkan penggunanya.

“Selain tidak menyebabkan mereka ketagih, syabu atau dikenali ‘ice’ boleh memberi tenaga dan keghairahan lebih daripada biasa sehingga mampu bertahan tidak tidur sepanjang hari selepas mengambilnya.


“Kalau dilihat kesan dadah lain seperti heroin, pengguna mengalami ketagihan dan memungkinkan ancaman risiko Aids mahupun HIV, menyebabkan penagih mula beralih kepada dadah jenis ini,” katanya kepada Metro Ahad.


Bagaimanapun, katanya, tanggapan itu salah kerana pengambilan syabu sebenarnya lebih buruk kesannya terhadap kesihatan, terutama merosakkan otak.

Katanya, pengambil juga berdepan risiko penyakit mental seperti kewujudan simptom psikotik seperti halusinasi atau delusi yang mendorong golongan terbabit melakukan perkara berbahaya bukan saja terhadap dirinya, malah individu sekitarnya.


“Pengambilan dadah itu bergantung kepada individu. Tidak mustahil pertama kali mengambilnya sudah memadai mencetuskan pendarahan di otak serta memungkinkan risiko kematian mengejut akibat serangan jantung.

“Selain itu, penagih berada dalam keadaan separa sedar dan mempunyai keberanian luar biasa kerana tidak gentar dengan ancaman maut lalu cenderung melakukan aktiviti berisiko tinggi, terutama kegiatan jenayah lumba haram, rogol, rompakan sehingga ada yang sanggup membunuh,” katanya.


Berikutan itu, beliau menyarankan ahli keluarga, terutama ibu bapa, supaya lebih peka dengan perubahan sikap anak mereka yang agresif dan ganas.


“Ibu bapa boleh nampak kesan pengambilan dadah ini menerusi perubahan perilaku anak yang lebih agresif daripada biasa iaitu mudah mengamuk, memukul adik beradik lain, gemar merosakkan barang dan tidak tidur semalaman.


“Andainya ada tanda sebegini pada anak, segera rujuk dengan pihak berkenaan seperti Klinik Cure and Care disediakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) supaya langkah rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa bukan saja anak, tetapi ahli keluarga lain,” katanya.


Beliau berkata, penagihan dadah ini lebih mudah dirawat berbanding dadah jenis ‘opiat’ jika ibu bapa merujuk awal kes membabitkan anak mereka.


“Tindakan awal ibu bapa dapat menyelamatkan anak mereka kerana ada ubat tertentu yang dapat mencegah tindak balas dadah itu.


“Anak juga perlu mendapat sesi kaunseling mahupun psikoterapi bagi mengelak dia mengulangi tabiat lama,” katanya.

Pelajar tingkatan 5 maut


       
KUALA LIPIS: Tindakan seorang pelajar tingkatan lima yang dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan terburu-buru bersama seorang rakannya mengundang padah apabila motosikalnya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 39, Jalan Lipis-Tanjung Gahai, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, Mohamad Hafiz Mustafa, 17, yang dikatakan tercampak ke bahu jalan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.


Difahamkan, ketika kejadian, mangsa pelajar Sekolah Menengah Sungai Koyan, di sini, menunggang seorang diri sambil diekori rakannya sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, rakan mangsa yang melihat kejadian itu berhenti di tepi jalan dan cuba mengangkat mangsa untuk dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL).

Lenyap di laman rumah


SUGUL... Wan Norazma  melihat gambar anaknya  Hazim  yang hilang.
SUGUL... Wan Norazma melihat gambar anaknya Hazim yang hilang.
PETALING JAYA: Seorang lagi kanak-kanak dilaporkan hilang, kelmarin, 11 hari selepas kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang disyaki diculik selepas keluar ke kedai berhampiran rumahnya di Johor Bahru masih belum dapat dikesan.
Mangsa terbaru, Wan Hazim Mohd Khaidir, 7, murid tahun satu Sekolah Rendah Islam Pintar Al-Amin, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat bermain sendirian di halaman rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah, di sini, petang kelmarin.

Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan menonton televisyen di ruang tamu rumahnya jam 12.30 tengah hari sebelum ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof bersama adik bongsunya keluar untuk ke kedai milik mereka di Shah Alam.
Menurut Wan Nor Azma, 33, yang juga peniaga barangan kemas, ketika keluar rumah, Hazim baru selesai makan tengah hari sebelum menonton televisyen, manakala anak sulungnya yang berusia lapan tahun pula di tingkat atas rumah mereka bersama pembantu rumah.

“Sebelum keluar ke kedai kami, saya menutup rapat pintu rumah tapi tidak menguncinya kerana percaya Hazim tidak akan keluar rumah bersendirian, tambahan pula pembantu rumah juga ada di rumah.

“Menurut pembantu rumah, dia turun ke tingkat bawah jam 1 tengah hari tapi tidak melihat Hazim di ruang tamu, menyebabkan dia beranggapan anak kedua saya mengikut saya ke kedai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Katanya, kehilangan Hazim hanya disedari apabila dia pulang ke rumah pada jam 6.30 petang selepas ditanya pembantu rumahnya.

Wan Nor Azma berkata, terperanjat dengan pertanyaan pembantu rumahnya, dia terus menghubungi suaminya, Mohd Khaidir Hassan sebelum mereka mencari di sekitar kawasan perumahan itu, selain bertanya jiran.
“Mungkin Hazim membuka pintu dan keluar bersendirian selepas menyedari tiada orang di rumah. Saya buntu memikirkan keadaan anak saya dan di mana dia tidur malam tadi (semalam).

“Hazim susah nak bergaul dengan orang dan sebelum ini dia lebih selesa berada di rumah serta jarang bermain di luar. Namun saya yakin dia keluar dari rumah kerana jiran sebelah memberitahu ada melihatnya bermain di halaman rumah sebelum waktu solat Jumaat,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa jam gagal menemui anaknya, dia bersama suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Saya harap sesiapa menemui Hazim yang kali terakhir memakai baju-T kelabu dan jeans biru dapat menghubungi kami di talian 012-3400034 atau menyerahkannya ke balai polis berhampiran.

“Hati ibu mana yang tidak bimbang apabila anaknya hilang. Kami hanya mampu berdoa dan meneruskan usaha mencari Hazim selain mengharapkan dia dalam keadaan selamat,” katanya.

Pak andam terbunuh


       
BACHOK: “Kalau Che mati esok, adik nak tinggal dengan siapa.” Itu pertanyaan terakhir seorang pak andam kepada anak angkatnya sebelum maut apabila kereta Perodua Viva dinaiki terbabas dan merempuh pokok di Padang Melintang, Jalan Beris Kubor Besar, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, Mohd Sukri Husin, 40, berasal dari Kampung Baru Bukit Rambutan, Jertih, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.


Mangsa dikatakan baru pulang daripada memasang pelamin di Bachok menaiki kereta dipandu rakannya, Mohd Fitrey Jelani, 17, sebelum terbabit kemalangan.

Rakan mangsa patah kaki kanan serta tulang rusuk dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, manakala mayat mangsa dibawa ke HUSM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.


Menurut abang mangsa, Mohd Nawi Husin, 53, sehari sebelum kejadian, anak angkat adiknya, Nurul Kamila Mohd Fauzi, 10, menghubunginya dan menceritakan pertanyaan aneh bapa angkatnya yang membahasakan diri sebagai Che.


Katanya, adiknya menjadi pak andam sejak 10 tahun lalu dan tinggal bersama anak angkatnya di Pengkalan Chepa, dekat sini.

Polis China tembak 4 suspek buat bom



       
SHANGHAI: Polis China menembak mati empat suspek dipercayai membuat bom, di wilayah Xinjiang yang mengalami persengketaan etnik dan keganasan.

Polis tempatan berkata, serbuan waktu subuh itu dilakukan Khamis lalu, apabila mereka curiga dengan seorang lelaki yang cedera ketika membuat bom di rumah.
Dua puluh satu orang ditahan polis ketika serbuan itu, di mana seorang daripada suspek memotong tangan anggota polis dengan kapak.

Pihak berkuasa China menyalahkan kumpulan pemisah Islam Xinjiang yang mahu menubuhkan negara merdeka yang dikenali sebagai Turkestan Timur.


Beberapa pegawai China turut menyalahkan serangan dilakukan oleh militan Islam yang dilatih di Pakistan.


Kumpulan Uighur dan aktivis hak asasi manusia berkata, China bertindak keterlaluan ke atas ugutan yang dibuat oleh militan di Xinjiang yang terletak di selatan dan tengah Asia.

Bulan lalu, sumber kerajaan berkata, penyerang bersenjatakan pisau membunuh 13 orang di Xinjiang sebelum polis berjaya membunuh tujuh daripada mereka.

Etnik Ughur merupakan 40 peratus daripada 21 juta penduduk di Xinjiang tetapi mereka merupakan penduduk majoriti di Kashgar dan beberapa kawasan di wilayah selatan.

Ramai di antara mereka membenci tindakan kerajaan mengawal budaya dan agama mereka. - Reuters

Polis tahan 30 orang leka main judi sabung ayam

myMetroPolis tahan 30 orang leka main judi sabung ayam:SHAH ALAM: Polis menahan 26 lelaki warga asing dan empat lelaki tempatan yang sedang asyik bermain judi sabung ayam di sebuah hutan berhampiran landasan keretapi, Stesen Komuter Padang Jawa hari ini.
Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Deputi Superintenden Izwan Abd Karim berkata, penahanan itu dibuat kira-kira 11.30 pagi hasil intipan yang mendapati suspek sering berkumpul dan berjudi pada hujung minggu. 
Beliau berkata turut ditahan seorang wanita warga asing yang bekerja sebagai penjual minuman dari gerai berdekatan.

"Kita percaya mereka yang ditahan melakukan penawaran sehingga RM1,000 setiap kali pertarungan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Izwan berkata siasatan awal polis mendapati dua daripada 11 ekor ayam yang digunakan dalam pertarungan mati, dipercayai akibat cedera.

"Selain judi ayam, mereka juga didapati bermain judi bola golek dan judi belangkas berdasarkan penemuan set permainan itu di lokasi serbuan," katanya sambil menambah suspek berusia lingkungan 26 hingga 50 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Haiwan 1962. - Bernama

'via Blog this'

Isteri dipercayai menikam suami yang menghidap penyakit lumpuh

myMetroIsteri dipercayai menikam suami yang menghidap penyakit lumpuh:IPOH: Seorang warga emas ditemui mati dengan kesan kecederaan di leher dipercayai ditikam isterinya di rumah mereka di Eastern Garden, Teluk Intan, 100 km dari sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, Koo Ching Kiong, 74, ditemui mati di atas katil dengan berlumuran darah pukul 8.45 pagi oleh menantu lelakinya ketika membuka pintu bilik mangsa. 
Isteri mangsa, Chiang Mooi Chai, 71, turut ditemui dalam bilik sama dengan kesan cedera di leher dan perut dipercayai cuba membunuh diri, katanya ketika dihubungi hari ini.

Goh berkata, polis yang menerima panggilan daripada orang awam berkejar ke tempat kejadian dan menemui Ching Kiong meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya terbaring disisi dengan berlumuran darah di leher dan perut.

POlis menemui sebilah gunting dan pisau di tempat kejadian, katanya.

Katanya polis kemudian menghantar mayat ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat, manakala isteri mangsa dimasukkan ke hospital sama dan keadaannya stabil.

Goh berkata, siasatan awal mendapati si mati mengidap penyakit lumpuh seluruh badan sejak Oktober tahun lalu dan kerana tidak mahu melihat suaminya itu menderita Mooi Chai dipercayai bertindak mengelar leher mangsa menggunakan pisau.

Wanita itu kemudian mengelar leher dan menikam perutnya sendiri. - BERNAMA

'via Blog this'

Budak disembur racun serangga

myMetroBudak disembur racun serangga: "SINGAPURA: Seorang Pengaturcara Teknologi Maklumat, didenda S$2,500 (RM5,595) kerana bertindak terburu-buru.

Kong Yong Meow, 59, menyembur seorang kanak-kanak berusia satu tahun dengan penyembur racun serangga pada 25 Jun, tahun lalu.
Kanak-kanak itu dikatakan berlegar di hadapan rumah Kong dan Kong terus menyembur racun serangga itu ke arah kanak-kanak itu dan terus menutup pintu.

Ibu kanak-kanak itu membawa anaknya pulang dan membasuh muka anaknya dengan air tetapi beberapa minit kemudian kanak-kanak itu mengalami muntah dan menggosok matanya. - TNP"

'via Blog this'

3 lelaki seludup 14,000 pil ekstasi

myMetro3 lelaki seludup 14,000 pil ekstasi: "HANOI: Tiga lelaki warga Laos ditahan kerana menyeludup masuk 14,000 butir pil ekstasi ke Vietnam.

Akhbar Tien Phong melaporkan, semua lelaki itu ditahan dalam satu serbuan berbeza yang dilakukan di sempadan antara Vietnam dan Laos oleh anggota polis dari kedua-dua negara.
Tetapi akhbar itu tidak menyatakan sama ada semua lelaki itu mempunyai kaitan.

Seorang lelaki Laos berusia 32 tahun, yang ketiga ditahan, dikatakan cuba menyeludup dadah itu menggunakan motosikal.


Penyeludupan dadah di sempadan Vietnam dengan Laos dan Kemboja semakin berleluasa dan undang-undang berkaitan dadah di negara itu adalah antara yang paling tegas.


Disember lalu, lima lelaki dihukum mati kerana menyeludup dadah dari Kemboja. - AFP"

'via Blog this'

Seks songsang pelajar serius

Utusan Malaysia Online - Berita Utama:


Azwanddin


KUALA LUMPUR 10 Mac - Kajian yang dilakukan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendapati sebanyak 21 laporan polis telah dibuat sepanjang tahun lalu berkenaan pembabitan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kegiatan seks sejenis.
Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, statistik bagi seluruh negara itu amat membimbangkan dan keadaan dijangka menjadi lebih dahsyat sekiranya perjuangan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mendapat tempat di negara ini.
"Untuk bulan Januari tahun ini sahaja, sudah empat laporan polis dibuat mengenai kes ini yang membabitkan pelajar-pelajar sekolah dan itu tidak mengambil kira lagi kes-kes yang tidak dilaporkan.
"Kita lihat masalah keruntuhan akhlak ini semakin menjadi-jadi dan lebih merisaukan adalah apabila terdapat hampir 20 NGO (pertubuhan bukan kerajaan) serta beberapa parti politik yang secara terbuka menyokong LGBT," katanya ketika Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Kumpulan penyokong LGBT sejak kebelakangan ini secara terbuka mahu menegakkan kegiatan seks songsang itu termasuk cuba menganjurkan program mempromosi seks bebas, Seksualiti Merdeka pada tahun lalu.
Menurut Azwanddin, kajian JMM turut mendapati sebanyak 21 kes perceraian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor tahun lalu dikesan berpunca daripada salah seorang pasangan suami isteri mengamalkan seks sejenis.
Di samping itu, kata beliau, perangkaan tahun 2010 daripada Majlis AIDS Malaysia (MAM) menunjukkan jumlah penghidap HIV yang berpunca daripada golongan seks sejenis adalah sebanyak 48.7 peratus iaitu lebih tinggi daripada golongan berkongsi jarum dadah iaitu 47.7 peratus.
Katanya, semua pihak sama ada kerajaan dan masyarakat perlu bangkit menegakkan pendirian untuk menolak golongan LGBT kerana kepentingan akidah agama Islam adalah lebih besar daripada kepentingan politik atau agenda golongan tertentu.
"JMM juga turut bimbang sekiranya NGO-NGO yang menyokong LGBT ini mendapat sokongan dari pihak luar kerana selain Amerika Syarikat, negara Israel juga amat menyokong perkara ini sehingga mengadakan program 'Pinkwashing' untuk mempromosikan negara itu sebagai destinasi pelancongan gay," katanya.
Beliau memberitahu, JMM akan menggiatkan usaha untuk meningkat kesedaran masyarakat dengan mengadakan pertemuan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di seluruh negara bagi mengedar risalah serta memberi pendedahan mengenai ancaman LGBT.

'via Blog this'

Geng Warek tersilap pilih mangsa

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


BATU PAHAT 10 Mac - Geng Warek yang aktif mencuri kenderaan tumpas dalam pertemuan buku dengan ruas apabila ketua mereka tersilap memilih mangsa, seorang pekerja pusat snuker di Ayer Hitam di sini baru-baru ini.
Ketua geng tersebut yang dikenali sebagai Warek dicekup pekerja itu bersama kaki snuker lain dengan bantuan kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit setelah suspek melarikan motosikal milik abang pekerja itu.
Penahanan suspek pada 26 Februari lalu membantu polis menahan lima lagi ahli geng itu di Rengit, Benut, Simpang Renggam dan Kota Tinggi pada hari yang sama sehingga 2 Mac lalu.
Kesemua suspek berusia antara 25 hingga 46 tahun, dua daripadanya penagih dadah, aktif mencuri kenderaan terutamanya motosikal dan lori di Ayer Hitam, Kulai dan Simpang Renggam sejak Ogos lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad, pekerja itu meletakkan motosikal berkenaan di hadapan premis tersebut pada pukul 8 malam, 26 Februari lalu sebelum memulakan kerja shif malam di tingkat atas bangunan itu.
Katanya, pemuda berusia 23 tahun itu kemudiannya ternampak rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki cuba mengumpil dan melarikan motosikal Honda EX5 tersebut pada pukul 1.40 pagi.
Menurut Din, pekerja itu bersama rakan dan kaki snuker lain kemudian menaiki sebuah kereta mengejar suspek yang melarikan motosikal tersebut menuju ke arah lebuh raya.
"Mereka berjaya menahan suspek bersama motosikal yang dicuri pada pukul 1.50 pagi di Kilometer 77.2, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Machap dan Ayer Hitam menghala ke selatan.
"Mereka kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut dan pemeriksaan polis turut menemui kunci 'allen' yang diasah tajam, spanar, pemutar skru dan pisau lipat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Din berkata, polis turut merampas empat lori jenis Ford dan Super Delta Daihatsu dengan nombor pendaftaran palsu atau nombor casis diganggu, dua kepala lori jenis Ford dan Daihatsu, enjin lori dan peralatan mencuri kenderaan.
Polis yakin, sekurang-kurangnya tujuh kes curi kenderaan diselesaikan menerusi kejayaan menumpaskan Geng Warek.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika disabit kesalahan.

'via Blog this'

'Mak lang, abah mana?'

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUANTAN 10 Mac - "Mak lang, abah mana? Adik nak tengok abah. Boleh tak mak lang tolak adik dengan kerusi roda, adik nak tengok abah sekejap sahaja."
Demikian kata satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan di Kilometer 210.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) awal pagi semalam, Nur Diana Norazman, 12, kepada ibu saudaranya, Nordinal Ibrahim, 49, sebaik sahaja sedar selepas dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan di sini.
Kemalangan itu mengorbankan bapanya, Norazman Ibrahim, 43; ibunya, Norhayati Ibrahim, 42, dan abangnya, Akif Iskandar, 17.
Kata Nordinal, dia tidak dapat menahan sebak apabila anak saudaranya itu merayu untuk melihat bapanya walaupun telah diberitahu yang Norazman sedang dirawat oleh doktor.
"Saya terpaksa menipu Diana demi kesihatannya. Doktor yang merawatnya menasihatkan kami agar tidak memaklumkan berita itu kerana bimbang dengan keadaannya.
"Semalam Diana beberapa kali muntah dan pengsan akibat kemalangan itu. Bagaimanapun keadaannya dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya, permintaan untuk memindahkan anak saudaranya itu ke Hospital Kuala Terengganu telah pun diluluskan.
Katanya, di sana lebih mudah untuk menjaga Diana memandangkan semua keluarga termasuk datuk dan neneknya juga menetap di sana.
"Diana dibawa ke Hospital Kuala Terengganu tengah hari ini. Sedih saya mengenangkan keadaannya kerana dia juga tidak berselera makan," katanya.
Noordinal turut berkata, dia dan keluarganya bercadang untuk memberitahu perkara sebenar kepada Diana selepas dia benar-benar pulih nanti.
"Mungkin kami akan terus membawanya menziarahi pusara ibu bapa dan abangnya sebelum menceritakan hal yang sebenar nanti. Apa pun bergantung pada tahap kesihatannya," katanya.
Sementara itu, tambahnya, jenazah Norazman, isteri dan anak mereka, Akif Iskandar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Berang kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

'via Blog this'

Wanita maut dalam nahas ngeri

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


SEREMBAN 10 Mac - Seorang wanita dipercayai warga China maut dalam keadaan ngeri apabila kepalanya ditembusi besi penghadang lebuh raya dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) arah selatan dekat Pajam di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, kereta jenis Proton Saga BLM dipandu rakan lelakinya, Thai Tin Sei, 25, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang sebelah kiri lebuh raya.
Rempuhan itu mengakibatkan besi penghadang tersebut patah dan menembusi cermin depan bahagian penumpang kereta hingga ke belakang.
Ia kemudian menembusi kepala wanita tersebut yang belum dikenal pasti identitinya.
Jurucakap polis memberitahu, ketika kejadian, kedua-dua mereka dalam perjalanan dari Kajang menghala ke Seremban.
"Kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas serta merempuh penghadang di sebelah kiri lebuh raya.
"Akibat rempuhan kuat, penghadang besi jalan menembusi cermin depan kereta hingga ke belakang. Wanita tersebut mati dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya hancur ditembusi penghadang besi itu," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd. Manan Munaji berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mayat wanita itu yang tersepit di tempat duduk.
"Semasa pihak kami tiba, rakan lelaki mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk menerima rawatan. Mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan tidak lama kemudian turut dibawa ke hospital yang sama," katanya.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusoff Awang yang mengesahkan kejadian itu meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan itu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

'via Blog this'

Gadis ditahan buang bayi dalam baldi

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


ALOR SETAR 10 Mac - Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan ditemui mati di dalam baldi di sebuah rumah di Felda Lubuk Merbau, dekat sini semalam.
Polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada salah seorang ahli keluarga suspek yang dipercayai telah membuang bayi tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad, suspek wanita berusia 22 tahun yang belum berkahwin mengadu kepada abang kandungnya bahawa dia sakit perut pada Sabtu lalu.
"Abangnya kemudian membawa suspek ke Klinik Kesihatan Felda Lubuk Merbau dan suspek telah dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
"Hasil pemeriksaan doktor mendapati suspek baru sahaja melahirkan anak dan abang suspek terus membuat laporan polis mengenai kejadian ini semalam," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Menurutnya, suspek yang masih dirawat di HSB dibawa ke rumahnya semalam untuk menunjukkan lokasi dia membuang bayi berkenaan.
"Setelah disiasat, suspek menunjukkan lokasi dia membuang bayi berkenaan dalam baldi yang ditutup dengan kain di rumahnya.
"Ketika diperiksa, bayi itu sudah meninggal dunia," ujarnya.
Tambah Ku Yaacob, pihaknya menahan wanita itu untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

'via Blog this'

Budak tujuh tahun hilang dari rumah

Utusan Malaysia Online - Jenayah:



WAN Nor Asma Yusof, bersama anaknya Wan Khadijah Mohd. Khadhir, 4, menunjukkan gambar Wan Hazim, 7, yang hilang dari rumahnya di PJS 10/1, Subang Indah, Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 10 Mac – Sebelum ini, membaca kisah kanak-kanak hilang disiarkan di akhbar atau televisyen membuatkan Wan Nor Asma Yusof simpati memikirkan nasib yang menimpa ibu bapa berkenaan yang kehilangan insan tersayang.
Namun, peniaga barangan aksesori wanita itu tidak menyangka dia juga diuji dengan dugaan yang sama apabila anak keduanya, Wan Hazim Mohd. Khadhir, 7, kini hilang dari rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah di sini sejak semalam.
Menurut Wan Nor Asma, 33, kehilangan anak kedua daripada tiga beradik itu disedari kira-kira pukul 6.30 petang semalam sebaik sahaja dia pulang ke rumah dari kedainya di pusat beli-belah Tesco, Shah Alam.
“Saya terkejut apabila pembantu rumah bertanya di mana Wan Hazim kerana menyangka anak saya itu mengikut saya ke kedai apabila tiada di rumah sejak tengah hari lagi.
“Kami berusaha mencari Wan Hazim di sekitar kawasan perumahan termasuk bertanya kepada jiran-jiran, namun gagal menemuinya,” kata Wan Nor Asma kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Ibu muda itu memberitahu, kali terakhir dia melihat Wan Hazim ialah kira-kira pukul 10 pagi ketika anaknya itu sedang membasuh tangan di dapur, manakala dia berada dalam kereta menurunkan anak sulungnya, Wan Hariry, 8, yang baru pulang dari sekolah sebelum bergegas ke kedainya.
Wan Nor Asma berkata, dia hanya membawa anak bongsunya, Wan Khadijah berusia empat tahun dan adik perempuannya ke kedai, tetapi meninggalkan Wan Hariry dan Wan Hazim dijaga oleh pembantu rumah.
Katanya, mereka percaya Wan Hazim telah membuka pintu dan keluar rumah semasa pembantu rumahnya sedang sibuk melayan abangnya yang baru pulang dari sekolah di tingkat atas.
“Kebiasaannya Wan Hazim yang belajar di Sekolah Sri Pintar Al-Amin, Kompleks 3C, Bandar Sunway dijemput pulang oleh saya, namun semalam suami saya, Mohd. Khadhir Hassan, 41, mengambilnya kerana dia dibenarkan pulang awal memandangkan hari sukan dan terakhir sebelum cuti sekolah,” katanya.
Wan Nor Asma memberitahu, dia bersama suami memiliki kedai menjual kereta di Subang Jaya, tidak tidur sejak semalam kerana terlalu bimbang dengan keselamatan Wan Hazim dan sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu.

'via Blog this'

Komander PRC terbunuh

myMetroKomander PRC terbunuh:KERETA sedan biru yang dinaiki Zuhair dan menantunya, Mahmoud musnah dalam serangan itu. Gambar kecil, Zuhair, komander PRC.
KERETA sedan biru yang dinaiki Zuhair dan menantunya, Mahmoud musnah dalam serangan itu. Gambar kecil, Zuhair, komander PRC.
GAZA CITY: Israel melancarkan satu serangan udara di Gaza menyebabkan komander kumpulan militan Zuhair al-Qaisisi, terbunuh.
Zuhair adalah komander yang bertanggungjawab menculik seorang anggota tentera Israel, Gilad Schalit, selama lebih lima tahun dan berjaya membuat pertukaran dengan lebih 1,000 tahanan Palestin.
Serangan yang dilakukan tengah hari kelmarin merupakan serangan paling buruk ke atas Gaza dalam beberapa bulan dan sekali gus menyebabkan keganasan semakin memuncak.

Beberapa kumpulan militan Palestin melancarkan serangan roket, menyebabkan Israel mengeluarkan amaran supaya penduduknya tidak keluar rumah.

Tentera Israel membalas dengan melancarkan serangan ke arah Gaza.

Kira-kira 12 anggota militan Palestin terbunuh akibat serangan udara itu, manakala seorang penduduk Israel cederah parah terkena roket yang dilancarkan oleh militan Palestin.

Tentera Israel berkata, pada asalnya mereka mensasarkan Zuhair, komander sayap kanan Jawatankuasa Penentang Popular (PRC), satu kumpulan militan besar yang selari dengan pemerintah Hamas.

Letupan itu memusnahkan kereta sedan biru yang dinaiki oleh Zuhair dan turut membunuh menantu lelakinya Mahmoud Hanini, juga seorang pemimpin tertinggi PRC.

Seorang anggota militan turut terbunuh.

Beberapa jam kemudian, tentera Israel membunuh dua anggota militan yang dikatakan cuba melancarkan roket.

Selepas tengah malam, pegawai Palestin berkata, lima lagi terbunuh di sekitar bandar Gaza.

Saksi berkata, dron Israel dilihat berlegar beberapa minit sebelum kereta Zuhair meletup dan terbakar.

Mereka berkata, letupan itu sungguh kuat hingga menyebabkan kepala Zuhair terputus.

Tentera Israel berkata, Zuhair sedang merancang serangan ke atas Israel seperti yang pernah dirancang Ogos lalu, dari Semenanjung Sinai yang membunuh lapan anggota tentera Israel dan mencederakan 40 yang lain.

Kumpulan sayap kanan PRC pula dikatakan bertanggungjawab dalam beberapa serangan maut ke atas Israel sejak beberapa tahun lalu dan anggotanya adalah yang paling aktif melancarkan roket dari Gaza ke Israel.

Zuhair juga dikatakan bertanggungjawab memindahkan dana dari kumpulan militan Lubnan, Hezbollah, ke kumpulan militan lain di Gaza.

Tetapi kumpulan itu lebih dikenali kerana menculik Schalit pada 2006 dan menawannya selama lebih lima tahun sehinggalah dia dibebaskan atas pertukaran tahanan terbesar, tahun lalu.

Israel bersetuju membebaskan 1,027 tahanan Palestin untuk ditukar dengan Schalit dan merupakan pertukaran berat sebelah paling besar dalam sejarah itu.

Beberapa ratus tahanan yang dibebaskan itu berikrar akan meneruskan serangan ke atas Israel. - AP

'via Blog this'

Mati main bola

myMetroMati main bola:PILU... jenazah Mohd Suhaimi (gambar kecil) dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Kampung Gemang, Jeli.
PILU... jenazah Mohd Suhaimi (gambar kecil) dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Kampung Gemang, Jeli.
JELI: “Arwah sempat memberitahu jika dia mati, dia tidak bimbang kerana rumah yang kami diami sekeluarga siap sepenuhnya. Tak sangka, kata-katanya menjadi kenyataan,” kata Zalini Abd Rahim, 37, isteri kepada Mohd Suhaimi Mat Nor, 43, yang meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain bola sepak di padang Kampung Seberang Jeli, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, Mohd Suhaimi yang menyertai Kejohanan Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Lanas tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri pada minit ketiga separuh masa kedua perlawanan.

Mohd Suhaimi yang bertugas sebagai kerani di Sekolah Kebangsaan Gemang, di sini, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Jeli dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang, jam 9 malam kelmarin.
Menurut Zalini, suaminya kelihatan bersemangat ketika keluar rumah pada jam 9 pagi.

“Arwah sebelum ini sihat saja. Banyak kejohanan bola sepak yang disertainya, termasuk di Sabah dan Johor.

“Namun, pada jam 1.15 tengah hari saya menerima panggilan daripada rakan sekerja arwah yang memaklumkan kematiannya. Saya seperti hendak pitam ketika mendengar berita itu, namun reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Saksi kejadian yang juga pengadil perlawanan, Roslan Nordin, 46, berkata, sebaik perlawanan dimulakan, Mohd Suhaimi kelihatan cergas dan tiada perubahan berlaku pada dirinya.

“Bagaimanapun, pada minit ketiga separuh masa kedua, Mohd Suhaimi tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Saya memberhentikan perlawanan dan penganjur membawanya ke Hospital Jeli, namun dia disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan, Sheik Azhar Sheik Omar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kematian Mohd Suhaimi diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

'via Blog this'

Sempat ajar mengucap

myMetroSempat ajar mengucap:REMUK... kereta dinaiki mangsa bertembung dengan Toyota Harrier di simpang tiga, Kampung Chekok, Jalan Panji, semalam.
REMUK... kereta dinaiki mangsa bertembung dengan Toyota Harrier di simpang tiga, Kampung Chekok, Jalan Panji, semalam.
KOTA BHARU: Pilu hati seorang ibu apabila melihat anak lelaki sulungnya tersepit di dalam kereta dan sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia dalam kemalangan di simpang tiga Kampung Chekok, Jalan Panji, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 5 pagi, Wan Ruzaiaziree Wan Sazuki, 23, yang juga mekanik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Wira dipandu rakannya dikenali sebagai Manan, 23, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan jenis Toyota Harrier.

Rakan mangsa hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.
Pemandu Toyota Harrier hanya cedera ringan.

Ibu mangsa, Wan Jah Wan Hassan, 48, berkata, dia yang tidur di rumahnya di Taman Sri Setia, Padang Tembak, dekat sini, dikejutkan oleh ketukan pintu rakan anaknya yang datang memaklumkan anaknya terbabit dalam kemalangan, satu kilometer dari rumahnya.

Katanya, dia bersama suami, Wan Sazuki Wan Yusof, 45, bergegas ke tempat kejadian dan mendapati anaknya dalam keadaan separuh sedar dan tersepit di bahagian depan kereta yang remuk.
“Saya menunggu anggota bomba mengeluarkan anak saya yang tersepit dan selepas dikeluarkan, saya menghampirinya yang kelihatan semakin lemah malah sempat mengajarnya mengucap sebelum dia meninggal dunia.

“Sebelum kejadian, anak saya keluar rumah membaiki kereta jam 1 pagi dan selepas selesai melakukan kerja, dia bersama rakan pergi ke rumah datuknya di Kampung Pantai Cahaya Bulan untuk mengambil alat ganti kenderaan, tetapi ketika dalam perjalanan pulang, dia terbabit kemalangan,” katanya.
Menurut Wan Jah, sebelum kejadian, anaknya tidak menunjukkan perubahan dan sentiasa ceria.

Katanya, dia reda dengan apa yang berlaku kerana ia ketentuan Allah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

'via Blog this'

Ibu lega anak ditemui semula

Ibu lega anak ditemui semula - Semasa - Sinar Harian:KUALA LUMPUR - Umi!... jeritan pertama yang membuat Wan Nor Azma Wan Yusof sebak dan mengalir air mata apabila anaknya Wan Hazim Mohd Khadhir yang dilaporkan hilang memeluknya ketika ditemui semula kelmarin.

Aksi dramatik itu berlaku apabila Wan Nor Azma mengambil semula anaknya di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Cheras, semalam.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar bersendirian dari rumahnya di Jalan PJS 10/1 Subang Indah Jumaat lalu ditemui semula oleh seorang lelaki dalam keadaan yang terpinga-pinga dan sedang berjalan merayau di bawah jejambat berhampiran Summit USJ di Subang Jaya, jam 2 pagi pada hari yang sama.

Wan Nor Azma ketika ditemui berkata, keluarganya bersyukur kerana anak kedua daripada tiga beradik itu ditemui semula dalam keadaan selamat.

“Ketika saya mengambil Hazim di pusat perlindungan itu, dia sedang leka bermain dan melukis watak adiwira kegemaraannya Ultraman, dia tidak menangis malah gembira bertemu semula dengan saya,” katanya.

Wan Nor Azma, 33, berkata, risalah yang diedarkan di kawasan perumahan termasuk Balai Polis Subang Jaya membantu mengesan anaknya apabila pihak polis menyedari gambar risalah itu menyamai gambar yang berada dalam simpanan mereka.

“Saya menerima panggilan daripada polis malam kelmarin mengarahkan saya datang ke balai polis berkenaan untuk membuat pengecaman gambar. Saya mengesahkan gambar itu adalah Wan Hazim,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Mohd Khadhir Hassan berkata, beliau berterima kasih kepada lelaki yang menjumpai dan menghantar anaknya itu ke balai polis berkenaan, kemudian Hazim dihantar rumah perlindungan JKM.

“Saya berhasrat untuk berjumpa dengan lelaki itu untuk berterima kasih. Kini kami sekeluarga boleh tidur dengan lena, Hazim anak yang manja dan selalu tidur dengan saya,” katanya.
'via Blog this'

208 premis biak jentik-jentik

208 premis biak jentik-jentik - Semasa - Sinar Harian:KUALA TERENGGANU – Sebanyak 28, 225 premis telah diperiksa oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu setakat 4 Mac lalu dan 208 didapati positif membiak jentik-jentik dan nyamuk Aedes.
Sehubungan itu, sejumlah RM104,000 kompaun telah dikeluarkan kepada peniaga yang terbabit, di mana setiap premis yang didapati bersalah dikenakan denda berjumlah RM500 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000).

Menurut pengarahnya, Dr. Anwa Sulaiman, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 1,869 notis terhadap premis yang didapati tidak menjaga kebersihan.

“Pada tahun inui juga, kita (Jabatan Kesihatan Negeri) bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerjasama masyarakat setempat telah mengadakan sebanyak 102 aktiviti gotong-royong bagi membanteras penularan wabak denggi,” katanya.

Kata Anwa, bersempena dengan cuti sekolah yang telah bermula sejak semalam, pihaknya turut mencadangkan beberapa langkah pencegahan dan kawalan denggi bagi pelajar.

Antaranya mengadakan gotong-royong sebelum berakhir cuti persekolahan dan memusnahkan tempat atau bekas yang boleh menakung air, memasang ‘Mosquito Netting’ pada lubang udara septik sekolah dan kuarters guru, selepas bercuti membuat pemeriksaan ke atas murid yang demam dan rujuk klinik berhampiran segera.

'via Blog this'

4 remaja dalang curi motosikal

4 remaja dalang curi motosikal - Johor - Sinar Harian:
4 remaja dalang curi motosikal
GELANG PATAH – Empat remaja termasuk seorang yang tercicir persekolahan ditahan polis pada Rabu lalu, dipercayai terbabit dalam kegiatan curi motosikal.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, remaja berusia 16 hingga 19 tahun berkenaan direman hingga 11 Mac ini (hari ini) bagi membantu siasatan.

"Suspek dipercayai mencuri motosikal bertujuan mengambil ‘spare part’ sebelum dijual kepada kenalan selain untuk kegunaan sendiri. kita yakin mereka tiada kaitan dengan mana-mana sindiket,” katanya kepada Sinar Harian semasa menghadiri Program Cegah Jenayah dan Omnipresence, di Balai Polis Gelang Patah, di sini, semalam.

Menurutnya, hasil siasatan, pihaknya menjumpai dua rangka motosikal yang dihumban ke dalam Sungai Ulu Pulai, di sini, oleh suspek berkenaan bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan oleh pihak polis.

“Dengan tertangkapnya suspek, pihak polis yakin dapat menyelesaikan tujuh kehilangan motosikal di sekitar Gelang Patah. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan,” katanya.

'via Blog this'

Tumpas ditangan mangsa sendiri

Tumpas ditangan mangsa sendiri - Johor - Sinar Harian:
Tumpas ditangan mangsa sendiri
BATU PAHAT – Aktif mencuri dan licik melepaskan diri bersama habuan. Namun, selicik mana sekalipun, ianya pasti akan terbongkar jua akhirnya.

Itu yang berlaku kepada Geng Warek yang bergiat aktif mencuri kenderaan, akhirnya tersungkur juga di tangan mangsanya sendiri.

Kejadian bermula apabila ketua kumpulan terbabit yang mengumpil dan melarikan motosikal jenis Honda EX5 di kawasan parkir di premis snuker, Ayer Hitam, pada jam 1.40 pagi, 26 Februari lalu, disedari mangsa melalui tayangan kamera litar tertutup (CCTV).

Mangsa yang juga pekerja premis snuker bersama rakan dan pelanggan kemudiannya bertindak mengejar suspek terbabit dengan menaiki kereta.

Kira-kira 10 minit kemudian, suspek berkenaan berjaya ditangkap di Kilometer 77.2, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Machap dan Ayer Hitam menghala ke selatan.

Mereka kemudiannya menghubungi polis dan hasil pemeriksaan, polis menemui allen key yang diasah tajam, spanar, pemutar skru dan pisau lipat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komisioner Din Ahmad berkata, dengan penahanan suspek itu, ia seterusnya membantu polis dengan menahan lima lagi Geng Warek di lokasi berlainan iaitu di Rengit, Benut, Simpang Renggam dan Kota Tinggi.

Katanya, enam suspek itu berusia antara 25 hingga 46 tahun didapati aktif melakukan jenayah curi kenderaan terutamanya motosikal dan lori di sekitar Ayer Hitam, Kulai dan Simpang Renggam sejak Ogos tahun lalu.

“Polis turut merampas empat lori jenis Ford dan Super Delta Daihatsu dengan nombor pendaftaran palsu atau nombor casis diganggu; dua kepala lori jenis Ford dan Daihatsu; enjin lori dan peralatan mencuri kenderaan.

“Kami yakin, sekurang-kurangnya tujuh kes kecurian kenderaan dapat diselesaikan menerusi kejayaan menumpaskan Geng Warek dan suspek masih ditahan di Kluang berhubung kes curi kenderaan di Simpang Renggam," katanya kepada Sinar Harian.

Din berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika disabit kesalahan.

'via Blog this'

Mayat anak ditemui

Mayat anak ditemui - Perak - Sinar Harian:
Mayat anak ditemui
BATU GAJAH - “Saya terkilan kerana hajat anak saya untuk menyertai kelab taekwondo di sekolahnya tidak kesampaian,” luah Mazlinah Rintan, 30, ibu kepada Yushahiriezal Jidun, 9, yang ditemui lemas di Sungai Kinta di sini, semalam.

Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Wira Jaya hilang empat hari lalu dipercayai tergelincir ketika bermain berhampiran longkang di kuarters Kem Syed Putra, Jalan Tambun, di Ipoh, 45 kilometer dari tempat dia ditemui.

Lebih memilukan, adik bongsu mangsa, Yusaidatul Adawiyah Jidun, 4, masih tertanya-tanya ke mana abangnya pergi kerana mereka sangat rapat sejak dari kecil.

Ibunya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Batu Gajah (HBG) berkata, walaupun terkejut, dia reda dan menerima kehendak Ilahi dengan hati terbuka.

Menyentuh tentang hajat si anak sebelum ini, bukan niatnya tidak membenarkan Yushahiriezal menyertai kelab tersebut tetapi atas faktor kewangan perkara itu terpaksa diketepikan terlebih dahulu.

“Setiap hari saya berdoa agar dia (Yushahiriezal) ditemui dalam keadaan selamat, tapi apakan daya ALLAH lebih menyayanginya. Namun saya bersyukur kerana doa saya dimakbulkan dan jasadnya telah ditemui walaupun terpaksa menunggu selama empat hari dengan penuh debaran,” ujarnya dengan air mata tak putus-putus.

Ketika melakukan pengecaman mayat Mazlinah akui tidak percaya tubuh kaku kanak-kanak yang ditemui itu adalah anak lelaki tunggalnya.

“Selepas melihat baju kelabu yang masih berada di tubuhnya, saya yakin mayat kanak-kanak itu memang anak saya,” katanya dengan nada sebak.


Orang awam beri maklumat

KUMPULAN tentera yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat yang diketuai Kapten Mohamad Anas Emran mendapat maklumat berhubung penemuan mayat mangsa oleh orang awam kira-kira jam 11.30 pagi.

Mohamad Anas berkata, seramai 10 anggota tentera terbabit dalam operasi itu yang bermula sejak pagi semalam.

Katanya, seorang lelaki yang merupakan penduduk setempat ternampak mayat seorang budak lelaki dalam keadaan separuh bogel terapung berhampiran dahan pokok di tebing sebelah kiri Sungai Kinta yang terletak di antara sempadan Malim Nawar dan Tanjung Tualang.

“Sejurus menerima maklumat tersebut, saya bersama dua anggota lain menaiki bot yang dikemudi orang awam terbabit untuk ke lokasi berkenaan.

“Kami segera mengangkat mayat itu dan menghantarnya ke Balai Polis Tanjung Tualang untuk membuat laporan sebelum dibawa ke Jabatan Forensik HBG,” katanya.

Mayat Yushahiriezal ditemui dalam keadaan menyayat hati akibat berendam empat hari di dalam air.

“Tubuh mangsa kelihatan kembung selain muka dan bahagian tubuhnya mula membengkak mungkin disebabkan arus deras selain berlanggar dengan batu yang berada di dalam sungai,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kakak sulung mangsa, Yusmieyirah Jidun, 14, dan bapa mereka Jidun Muktar, 33, turut berada di Jabatan Forensik hospital berkenaan.

Malah, Jidun turut memandikan dan mengapankan jenazah anak lelakinya itu sebelum dibawa pulang ke Kem Syed Putra untuk disembahyangkan di sana.

Jenazah Yushahiriezal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, malam semalam.

'via Blog this'

Pemandu maut, rakan cedera

Pemandu maut, rakan cedera - Melaka & NS - Sinar Harian:
Kemalangan
ROMPIN- Seorang lelaki maut, manakala rakannya pula mengalami cedera parah apabila kereta Proton Saga yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 14 Jalan Bahau-Rompin, di sini, lewat petang kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 7 petang itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa, M Preboo, 28 bersama rakannya, M Sivabalan, 21, hilang kawalan sebelum kenderaan masuk ke laluan berten­tangan.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, ketika itu kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke Pekan Bahau.

“Kereta mangsa bertembung dengan kereta jenis Toyota Unser yang dinaiki pasangan suami isteri berumur lingkungan 50-an di laluan bertentangan.

“Pasangan berkenaan cuba mengelak daripada dirempuh kereta mangsa bagaimanapun gagal lalu terbabas di bahu kiri jalan,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.

Mohd Sabri berkata, mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Rakannya pula, kini dirawat di Hospital Jempol. Manakala pasangan suami isteri terbabit hanya terkejut tetapi tidak mengalami cedera parah.

“Mayat mangsa kemu­dian­nya dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya tengah hari semalam,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, mangsa yang berasal dari Taman Melor, Rompin, meninggalkan seorang balu dan anak perempuan berusia 4 tahun.

'via Blog this'

Cemas lori terbakar

Cemas lori terbakar - Utara - Sinar Harian:
Lori
PERAI – Tindakan pantas seorang pemandu lori kontena yang memberhentikan kenderaan di tepi jalan menyelamatkan nyawanya, selepas lori itu tiba-tiba terbakar dalam satu kejadian berhampiran Bulatan Perusahaan Perai, kira-kira jam 2.45 petang kelmarin.
Zainol Omar, 43, berkata, dia terlebih dahulu mendengar bunyi pelik ketika memandu lori berkenaan.

Menurutnya, tidak sedap hati dengan bunyi itu, dia kemudiannya memberhentikan kenderaan ketika menghampiri bulatan dan belum pun sempat mematikan enjin, lorinya itu sudah terbakar.

“Saya dalam perjalanan pulang ke depot kontena syarikat selepas menghantar barangan alat ganti kenderaan di sebuah kilang di Kulim, Kedah.

“Saya kemudiannya melompat keluar dari lori bagi menyelamatkan diri kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku. Lima minit kemudian, kepala lori terbakar. 

“Mujur sempat keluar, jika tidak tak tahu apa yang akan jadi,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Dua Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Mohd Asri Abdul Wahab, berkata, sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan. 

Menurutnya, masa selama 10 minit diambil untuk memadam kebakaran dari terus merebak ke bahagian lain kenderaan.

Begitupun katanya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

'via Blog this'