Search This Blog

Thursday, March 8, 2012

‘Dirang masih hidup’

myMetro | ‘Dirang masih hidup’:JOHOR BAHRU: “Kami sudah mendapatkan khidmat lima pengamal perubatan tradisional bagi membantu menjejaki Dirang dan semua mengatakan dia masih hidup dan dijaga sepasang lelaki dan wanita di sebuah rumah kosong.”
Demikian kata Roselyn Alan, 25, ibu kepada Nur Nadirah Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Dirang, berusia lima tahun yang hilang sejak tujuh hari lalu.

Menurutnya, selain keluarga, jiran serta penduduk setempat juga berusaha membantu mengesan Dirang dengan memperkenalkan beberapa bomoh di kawasan sekitar selain membantu mengedarkan poster.
“Saya terharu dengan bantuan semua pihak termasuk bomoh dan ustaz yang sanggup membantu secara ikhlas tanpa sebarang bayaran.

“Sehingga kini, lima bomoh dan ustaz yang ditemui masing-masing dari Pasir Gudang, Seri Alam, Kampung Sepakat, Kampung Pasir Putih dan Masai memaklumkan Dirang masih hidup dan selamat di bawah jagaan dua individu iaitu seorang lelaki dan wanita.

“Sebahagian mereka juga menasihatkan kami supaya mencari Dirang di kawasan perumahan kosong berhampiran kediaman kami kerana percaya dia disembunyikan di sebuah rumah kosong,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, usaha itu setakat ini belum berhasil mengesan anak keduanya itu.

“Namun, kami tidak akan berputus asa dan selagi terdaya akan tetap berusaha mencarinya. Malam ini dan seterusnya, kami akan mengadakan kenduri doa selamat di rumah dan menjemput penduduk setempat.
“Selain itu, kami akan meneruskan usaha menampal poster Dirang di merata tempat bagi memudahkan proses mengesannya dengan bantuan orang ramai dan berharap dia ditemui secepat mungkin. “Saya merayu mereka yang melihat Dirang atau mengurungnya supaya segera memulangkannya kembali ke pangkuan kami,” katanya.

'via Blog this'

Guna facebook biar berpada

myMetro | Guna facebook biar berpada:KUALA LUMPUR: “Tidak dinafikan penggunaan laman sosial seperti facebook atau Internet sudah termasuk sebagai keperluan pada zaman ini, tapi ia bergantung sejauh mana seseorang itu hadkan penggunaannya mengikut keperluan masing-masing.
“Jika penggunaannya bermatlamatkan keseronokan atau hiburan, ia memberi kesan mengikut matlamat yang diingini. Akibatnya, jika sudah berumahtangga banyak perkara yang akan diabaikan,” kata Kaunselor Keluarga dan Kerjaya, Rahim Haron.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai seorang ibu yang mengakui leka melayari Facebook tanpa menyedari anaknya, Nur Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, lima tahun hilang ketika membeli mi segera di kedai runcit berhampiran rumahnya di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang.
Ketika kejadian jam 10.30 pagi Khamis lalu, ibu kanak-kanak terbabit Roselyn Alan, 25, berkata Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta mahukan mi segera. Dia memberikan anaknya itu RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran dan terus melayari Facebook menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung. Bagaimanapun, wanita itu tersentak apabila suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke bawah dan gagal menemui anak kedua mereka.

Rahim berkata, facebook mempunyai banyak kegunaan kepada masyarakat sekiranya digunakan untuk matlamat yang betul.

'via Blog this'

Terjun lubang atas jalan

myMetro | Terjun lubang atas jalan:KUALA LIPIS: “Kalau treler yang mengekori kereta itu tidak sempat menekan brek, saya tak tahu apa berlaku kepada ketiga-tiga mangsa di dalam kereta itu,” kata seorang penduduk, Noor Anuar Ismail, 44.
Noor Anuar antara saksi awal kejadian sebuah Perodua Kancil dinaiki tiga buruh Indonesia terjunam ke dalam lubang besar di Kilometer 43, Jalan Benta-Jerantut berhampiran Kampung Terap, di sini, malam kelmarin.

Dia yang turut membantu mengeluarkan mangsa kemalangan itu berkata, persekitaran tempat kejadian gelap dan hujan lebat selama lebih dua jam menyebabkan aliran air banyak, sekali gus menjadi punca pembetung di bawah jalan itu pecah.
“Apabila pembetung itu pecah, berlaku mendapan yang teruk dan membentuk lubang besar, sekali gus membuatkan jalan itu putus. Ketiga-tiga mangsa itu memang bernasib baik,” katanya.

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, ketiga-tiga warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh di ladang sawit berhampiran itu dalam perjalanan pulang ke kuarters pekerja di Kampung Baru Jerkoh selepas membeli-belah di Benta.

Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa tidak sempat mengelak lubang sedalam kira-kira dua meter yang terbentuk akibat mendapan sebelum terjunam hingga mengakibatkan penumpang depan parah manakala dua lagi cedera ringan.
Mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah) Temerloh manakala dua rakannya menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Lipis dan sudah dibenarkan pulang.

Kejadian itu menyebabkan Jalan Benta-Jerantut ditutup kepada semua kenderaan dan dipercayai berpunca akibat hujan lebat, tetapi beberapa penduduk mendakwa kegagalan pihak berkuasa menyelenggara jalan berkenaan dengan baik menjadi punca utama.
Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang melawat tempat kejadian, pagi semalam mengarahkan JKR Pahang membina sebuah jambatan sementara dan dijangka siap tiga hari lagi.

Beliau mengarahkan JKR Pahang dan kontraktor yang menjalankan kerja menaik taraf Jalan Benta-Jerantut membuat pemantauan dan memeriksa kawasan mempunyai pembetung air di laluan sepanjang jalan itu.

'via Blog this'

Amah cekik majikan dijel

myMetro | Amah cekik majikan dijel: "SINGAPURA: Seorang pembantu rumah Indonesia remaja yang mencekik hingga mati majikannya yang sudah tua, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun, semalam.

Vitria Depsi Wahyuni berusia 16 tahun ketika dia membunuh Sng Gek Wah pada November 2009 dan baru lima hari bekerja dengan keluarga itu.
Pembantu rumah itu pada mulanya cuba menekup muka wanita berusi 87 tahun itu dengan bantal selepas Sng memanggilnya bodoh.

Apabila wanita tua itu cuba melawan, pembantu rumah itu menghentak pasu bunga di kepala wanita itu hingga pecah dan mencekik lehernya hingga wanita itu tidak bergerak.


Bedah siasat menunjukkan Sng mengalami luka dan lebam serta empat tulang rusuk retak.


Punca kematian adalah asfiksia akibat dicekik.

Vitria, sekarang 19 tahun, mengaku bersalah atas tuduhan membunuh, Februari lalu. - The New Paper"

'via Blog this'

Bekas pengurus bank dipenjara 8 tahun

myMetro | Bekas pengurus bank dipenjara 8 tahun:JAKARTA: Seorang bekas eksekutif bank Citibank Indonesia dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun kerana didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah wang lebih AS$4 juta (RM12 juta) daripada akaun pelanggan bank itu.
Inong Malinda Dee, 49 yang bekerja sebagai Pengurus Pelanggan Premium di bank itu, menggunakan wang yang dicuri untuk membiayai kehidupan mewah seperti membeli kereta mewah, apartmen dan membuat pembedahan kosmetik. 
Dia didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah sebanyak RM12 juta yang dicuri dari akaun antara 2007 dan Februari 2011 dan pengubahan wang haram yang dicuri daripada akaun di bank lain unutk menutup aktivitinya.

Ketua Hakim, Gus Rizal memberitahu Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, “Defendan memindahkan duit dari akaun simpanan pelanggan tanpa persetujuan mereka sekurang-kurangnya 117 kali.”

“Dia menggunakan wang itu untuk membeli kereta mewah seperti beberapa buah Ferrari, sebuah Porshe, Mercedes dan Hummer juga hartanah dan apartmen,” katanya.

Hakim mengarahkan Inong, yang dibuang kerja Jun lalu, membayar denda RM3 juta atau diberi tambahan penjara tiga bulan.

Pendakwa Raya mengesyorkan dia dipenjara 13 tahun tetapi hakim berkata, dia “tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan sebelum ini dan dia mempunyai anak yang perlu dijaga.”

Pada Mei tahun lalu, Bank Pusat Indonesia tidak membenarkan Citibank untuk membuka cawangan lain atau mengeluarkan kad kredit, buat sementara.

Larangan itu dibuat selepas berita mengenai kes Inong diketahui umum dan seorang ahli politik meninggal dunia setelah disoal oleh tiga pengutip hutang Citibank selama tiga jam. - Jakarta Post

'via Blog this'

Bekas guru tembak mati pengetua

myMetro | Bekas guru tembak mati pengetua: "JACKSONVILLE (Florida): Seorang lelaki bersenjata menembak mati seorang pengetua sekolah menengah semalam sebelum menembak dirinya, kata pihak berkuasa.

Sekolah Menengah Episcopal di Jacksonville berkata mereka amat sedih apabila pengetua sekolah itu, Dale Regan terbunuh tengah hari semalam. “Takziah kepada keluarga beliau dan kami meminta sokongan dan doa anda saat ini,” kata sekolah itu dalam satu kenyataan.


Sumber di sekolah itu memberitahu media, penyerang adalah bekas guru bahasa Sepanyol yang tidak berpuas hati dan melepaskan tembakan daripada senjata yang diseludup masuk ke kawasan sekolah yang disembunyikan dalam bekas guitar. Polis tidak dapat mengesahkan identiti penyerang itu. - AFP"

'via Blog this'

Ditahan lepas kekasih jadi korban meriam buatan sendiri

myMetro | Ditahan lepas kekasih jadi korban meriam buatan sendiri: "SAN DIEGO: Seorang lelaki ditahan semalam selepas meriam buatan sendiri meledak menembusi kediaman bergeraknya, membunuh teman wanitanya di kawasan pergunungan dekat bandar raya ini, kata pihak berkuasa.

Richard Fox, 39, menembak meriam itu selepas membubuh serbuk bunga api, kata sherif San Diego, Sarjan David Martinez. Teman wanitanya yang berusia 38 tahun ditemui mati akibat cedera terkena serpihan bahan letupan. Menurut Martinez, Fox dirawat di hospital kerana cedera di kaki kanannya dan ditahan untuk siasatan kerana meletupkan bahan letupan hingga menyebabkan kematian. Bagaimanapun, tiga lagi orang dewasa dan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang berada dalam kediaman itu tidak cedera.


Siasatan awal mendapati Fox di bawah pengaruh alkohol. Pihak berkuasa belum dapat mengesahkan sama ada insiden letupan itu mempunyai motif atau satu kemalangan. - AP"

'via Blog this'

Beberapa kawasan di Kedah dinaiki air

myMetro | Beberapa kawasan di Kedah dinaiki air:ALOR SETAR: Sebanyak tujuh buah kampung yang melibatkan 150 buah rumah di kawasan Changlun dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam.
Kampung berkenaan ialah kampung Paya Nongmi, Belakang Pasar Changlun, Padang Pasir, Masjid, Paya Lantau, Titi Kerbau, Kubang Hamid, Taman Sayang, Pasar Changlun serta sekitar pekan Changlun lama, yang dinaiki air hampir satu meter. 
Zakaria Ahmad, 77, dari Kampung Paya Nongmi berkata rumahnya mula dinaiki air sejak 7 pagi tadi.

"Saya sudah mula kemas barang sejak semalam. Selalunya kalau hujan lebat macam ini, air akan naik," katanya.

Zakaria berkata sejak banjir besar melanda Kedah pada hujung tahun 2010, kawasan kampungnya tidak pernah dinaiki air sehingga sekarang.

Rokiah Hashim, 64, juga berkata dia sudah mengemaskan barang-barang di dalam rumahnya sejak hujan turun mulai petang semalam.

Pengerusi Bencana Alam Daerah Kubang Pasu, Ahmad Fisol Md Nor berkata buat sementara waktu pihaknya belum membuka pusat pemindahan.

"Kita akan memantau dan bersiap sedia dari semasa ke semasa dan jika ia hujan berlarutan, barulah kita buka pusat pemindahan," katanya.

Di Padang Terap, sebanyak 19 rumah di Kampung Perik, Kuala Nerang turut dinaiki air berpunca daripada limpahan air sungai.

Tiga keluarga telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai selepas rumah mereka dimasuki air melebihi paras pinggang selepas hujan turun bermula 6.30 petang hingga 8.30 malam tadi.

Mohd Risham Abdul Rahman, 28, berkata hujan lebat turun sejak tiga hari lalu dan semalam adalah yang terburuk.

"Pada pukul 8.30 malam tadi, hujan mula berhenti dan air mula naik dalam masa 15 minit sudah memenuhi kawasan rumah," katanya.

Anggota Dewan Undangan Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid melawat dan menyampaikan bekalan makanan kepada penduduk.

Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Padang Terap berkata pasukan bertindak seramai 20 orang telah dikerah untuk membantu mangsa banjir. - BERNAMA

'via Blog this'

Enam lot kedai musnah dalam kebakaran di Labuan

myMetro | Enam lot kedai musnah dalam kebakaran di Labuan: "LABUAN: Enam premis perniagaan termasuk sebuah pasar raya musnah dalam kebakaran di Taman Perumahan Mutiara di sini hari ini yang menyebabkan kerugian sehingga setengah juta ringgit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal Madasin berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.36 tengah hari dan tujuh jentera dengan kekuatan 45 anggota serta dibantu 21 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia digegaskan ke tempat kejadian.
Operasi memadam kebakaran turut dibantu anggota pasukan bomba sukarela dan pertahanan awam. Api dapat dipadamkan pada 1.55 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jainal berkata punca kebakaran masih disiasat tetapi siasatan awal mendapati kebakaran itu bermula daripada tingkat atas salah satu premis berkenaan.


Katanya angin kuat sedikit sebanyak menyukarkan operasi memadam api, bagaimanapun tindakan pantas pihak bomba telah berjaya menyelamatkan empat premis perniagaan yang terletak bersebelahan daripada turut terbakar. - BERNAMA"

'via Blog this'

OKU kena 10 rotan

myMetro | OKU kena 10 rotan:PETALING JAYA: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) dipenjara 64 bulan dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku salah memiliki dadah jenis kanabis seberat 182.58 gram di rumahnya di Damansara Damai, dekat sini, tiga tahun lalu.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh, M Alagesan, 30, menukar pengakuannya kepada bersalah pada peringkat pembelaan.

Beliau memerintahkan hukuman itu berjalan mulai tarikh tangkapan tertuduh iaitu pada hari kejadian.
Tertuduh yang hadir ditemani ibu dan abangnya, kelihatan tenang di kerusi roda miliknya ketika mahkamah membuat keputusan itu.

Seramai empat saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan tampil memberi keterangan sepanjang kes berlangsung.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki dadah itu di rumah beralamat Blok Q-018, Apartmen Harmoni, 55, Jalan PJU 10/4C, PJU 10, Damansara Damai, Petaling Jaya, di sini, kira-kira jam 10 malam, pada 9 Oktober 2009.
Bagi kesalahan itu, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1980) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau untuk satu tempoh tidak kurang dari lima tahun dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam bela mewakili tertuduh, Sangeet Kaur Deo dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman berikutan tertuduh seorang OKU dan tidak bekerja.
“Saya mohon hukuman diberikan seringan-ringannya terhadap tertuduh kerana kesalahan dilakukan tidak mencederakan pihak lain, selain tertuduh tidak bekerja dan kini terpaksa hidup bergantung dengan jagaan ahli keluarga,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan sebagai pengajaran kepada golongan OKU bahawa mereka tidak terlepas daripada hukuman.

'via Blog this'

Empat rompak RM365, rokok

myMetro | Empat rompak RM365, rokok: "SUBANG JAYA: Sekumpulan empat lelaki bersenjatakan pisau bertindak nekad menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Batu 14, Puchong, di sini, sebelum melarikan wang hasil perniagaan sebanyak RM365 dan beberapa kotak rokok pelbagai jenis serta rantai dan dompet milik seorang pekerja kedai itu, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa yang berusia 17 tahun bertugas seorang diri didatangi empat lelaki bertopi keledar bersenjatakan pisau dan kayu sebelum memaksanya menyerahkan semua hasil jualan dalam mesin wang.


Menurut sumber, mangsa yang tidak cedera membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong."

'via Blog this'

Samun di LRT awal pagi

myMetro | Samun di LRT awal pagi: "PETALING JAYA: Seorang penganalisis perkhidmatan kerugian RM1,500 selepas disamun dua lelaki ketika berjalan keluar dari stesen transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, mangsa yang juga wanita berusia 35 tahun menaiki LRT dari Cheras dan turun di tempat kejadian untuk ke tempat kerjanya berhampiran stesen berkenaan.


Menurut sumber, mangsa disamun sejurus turun dari tangga stesen apabila dihampiri dua lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh dan mengacu pisau ke lehernya."

'via Blog this'

Drebar samun dijel 10 tahun

myMetro | Drebar samun dijel 10 tahun: "SHAH ALAM: Seorang pemandu lori dipenjara 10 tahun dan dikenakan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah menyamun dua pekerja kilang termasuk seorang warga emas dengan bersenjatakan parang dan kayu cota ketika mangsa dalam perjalanan untuk ke tempat kerja di Banting, empat tahun lalu.

Hakim Slamat Yahya membuat keputusan itu terhadap M Sathy, 23, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan mulai tarikh tangkapan tertuduh iaitu pada hari kejadian.

Sepanjang perbicaraan, tujuh saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan tampil memberi keterangan.


Mengikut pertuduhan, Sathy bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak K Nagarani, 36, dan R Jothy, 65, melarikan barang kemas milik mangsa, telefon bimbit dan wang milik mangsa membabitkan jumlah kerugian RM2,800. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Baiduri, Taman Baiduri, Banting, jam 7.15 pagi, pada 6 November 2008. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan."

'via Blog this'

Ajal balik hantar anak

myMetro | Ajal balik hantar anak: "LENGGONG: Seorang ibu tunggal sempat menghantar dua anaknya ke sekolah dengan menunggang motosikal sebelum dia maut digilis bas ekspres ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi semalam, mangsa, Faridah Mohd Nor, 46, dari Kampung Cherakoh, Raban di sini, maut apabila motosikal dinaiki dirempuh bas ekspres berhampiran Kilometer 28.1, Jalan Kuala Kangsar-Gerik.
Ibu mangsa, Som Ahmad, 86, berkata kemalangan berlaku ketika Faridah melalui simpang lampu isyarat ke Kampung Cherakoh berhampiran Jambatan Raja Nazrin Shah, di sini, selepas menghantar anak lelakinya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah (SMKSAS) Lenggong.

Menurutnya, Faridah sebelum itu sempat bertanyakan sama ada dia mahu bersarapan pagi bersama sebelum menghantar anak ke sekolah selepas solat Subuh.


“Saya minta mereka saja yang bersarapan kerana khuatir Faridah terlambat menghantar dua anaknya ke sekolah sejauh tiga kilometer dari rumah kami."

'via Blog this'

Maut rempuh lori

myMetro | Maut rempuh lori:SUNGAI PETANI: Tindakan seorang pemandu meninggalkan lorinya di bahu jalan menyebabkan seorang remaja berusia 18 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh kenderaan itu dalam kemalangan di Jalan Angsana, Taman Keladi, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 8 malam ketika mangsa, Mohamad Izhar Yahya juga dari Taman Keladi menunggang motosikal Yamaha LC135 dalam perjalanan ke sebuah pasar raya di Kawasan Industri Bakar Arang bagi membantu ibunya berniaga.

Jurucakap polis trafik berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dipercayai tidak menyedari kehadiran lori yang ditinggalkan di tepi jalan berikutan keadaan gelap, lalu merempuh belakang kenderaan itu.
“Akibat rempuhan itu, mangsa cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, adik mangsa, Mohamad Ikmal, 15, berkata, kejadian berlaku selepas motosikal abangnya yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Lebai Man (SMKPLM), gagal mengelak lori yang diletakkan di tepi jalan itu.

“Abang yang juga anak kesembilan daripada 10 beradik sering membantu ibu sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kami reda dengan kejadian yang berlaku,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kemalangan berkenaan.

'via Blog this'

Guru besar diugut bunuh

myMetro | Guru besar diugut bunuh: "SANDAKAN: Bimbang keselamatannya terancam selepas menerima sepucuk surat mengandungi ugutan bunuh daripada pengirim misteri, seorang guru besar sekolah kebangsaan di sini terpaksa berkurung di dalam rumah selama lima hari, sebelum membuat laporan polis, kelmarin.

Difahamkan, lelaki berusia 51 tahun itu menerima surat berkenaan yang dihantar sendiri seorang lelaki ke pejabat di sekolah berkenaan, kira-kira jam 1 pagi, pada 29 Februari lalu.
Sumber berkata, kerani sekolah yang tidak mengesyaki sebarang implikasi buruk terus menyerahkan surat berkenaan kepada guru besar yang kebetulan berada dalam biliknya.

Menurutnya, sebaik surat dibuka, guru besar berkenaan terkejut apabila mendapati surat tanpa alamat itu mengandungi kata-kata kesat, selain tertera tulisan ancaman bunuh."

'via Blog this'

Meletup sebaik berhenti

myMetro | Meletup sebaik berhenti:MELAKA: “Sebaik kereta diberhentikan dan kami keluar, saya terhidu bau hangit sebelum melihat enjin berasap disusuli letupan kecil,” kata Jelita Rupuri, 43, yang nyaris rentung bersama rakannya, Regina Abdullah, 35, apabila kereta dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Jalan Melaka Sentral, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, kereta Mazda Capella milik Regina yang dipandu Jelita terbakar sejurus selepas diberhentikan di tepi jalan.

Kebakaran itu menyebabkan kereta berkenaan hangus dan beberapa barangan berharga termasuk dokumen penting milik Regina gagal diselamatkan.
“Walaupun terkejut dengan letupan itu, kami memberanikan diri menyelamatkan barangan berharga sambil dibantu pemandu teksi dan pekerja pasar raya berhampiran,” kata Jelita yang ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika insiden mereka dalam perjalanan dari Duyong ke Bachang dan singgah di sebuah kedai berhampiran sebuah pasar raya berhampiran lokasi kejadian bagi mengambil kasut miliknya yang dibaiki.

Katanya, sejurus keluar daripada kereta dia terkejut melihat bahagian enjin berasap dan berlaku letupan kecil.

'via Blog this'

Pelajar mati tertimbus

myMetro | Pelajar mati tertimbus:KUALA LUMPUR: Seorang pelajar, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13, tertimbus dari paras pinggang ke bawah selama lebih 10 minit sebelum diselamatkan jiran dalam kejadian tanah runtuh di rumahnya di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield Off Jalan Maharajalela, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian hujan lebat jam 9.20 malam itu, mangsa berada di belakang rumah sebelum diarah bapanya masuk ke dalam rumah berikutan hujan semakin lebat.

Bagaimanapun, ketika mahu masuk ke dalam rumah, tiba-tiba tanah di tebing belakang rumah yang terletak lima meter dari rumah mangsa runtuh dan menimbus separuh badan mangsa termasuk muka.
Keadaan itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

Ibu bapa mangsa yang menyedari kejadian itu menjerit meminta tolong.

Jiran mangsa, Zaharah Hashim, 54, berkata dia yang pada mulanya menyangka bunyi bising yang didengari dari belakang rumah kerana dipecah masuk pencuri, tetapi selepas terdengar jeritan meminta tolong, dia keluar melihat apa yang berlaku.
Katanya, dia ternampak muka anak jirannya diliputi tanah dan menghubungi ambulans bagi meminta bantuan.

“Sebaik dikeluarkan, mangsa yang tidak sedarkan diri diberi bantuan oleh paramedik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Mangsa yang berjaya diselamatkan dihantar ke HKL untuk rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 11.50 malam tadi.

'via Blog this'

8 keluarga mangsa tanah runtuh dipindah ke PULAPOL: Ismail

Berita Harian Online | 8 keluarga mangsa tanah runtuh dipindah ke PULAPOL: Ismail:KUALA LUMPUR: Kesemua lapan keluarga penjawat awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di kuarters mereka di Jalan Belfield, Kampung Attap malam tadi dipindahkan ke kuarters Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, hari ini. 

"Kesemua mereka dipindahkan ke kuarters Pulapol jam 2 petang ini. Kami ada menyediakan 16 lori dan 30 anggota untuk membantu mereka berpindah," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Kejadian tanah runtuh pada jam 9 malam tadi di kuarters kerajaan yang dihuni kakitangan awam PDRM itu mengakibatkan seorang remaja berusia 13 tahun, Raja Muhamad Irfan Raja Hazlan terkorban.
"Saya ucapkan takziah kepada keluarga Raja Hazlan dan harap mereka tabah menghadapi dugaan ini," kata Ismail kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan berbentuk makanan dan wang tunai kepada semua mangsa yang menghuni lapan rumah dua tingkat itu. 

Raja Muhamad Irfan maut selepas ditimbus tanah runtuh di belakang rumahnya ketika hujan lebat malam tadi. 

Remaja Tingkatan Satu itu dikeluarkan dari runtuhan tanah oleh anggota bomba dan penyelamat. Bagaimanapun dia meninggal dunia ketika tiba di Hospital Kuala Lumpur pada jam 11.50 malam tadi. 

Bapa mangsa, Raja Hazlan Raja Hussin bekerja sebagai pembantu tadbir di Bukit Aman dan ibunya, Rohayu Che Yusoff adalah ketua kerani di Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. 
Ismail berkata, kawasan perumahan yang sudah lama dibina itu pernah mengalami kejadian tanah runtuh sebelum ini, namun tidak teruk dan tidak mengakibatkan kehilangan jiwa. 

"Saya minta pihak berkenaan menjalankan siasatan kerana ia bukan kuarters polis, ia hanya kuarters yang didiami mereka yang berkhidmat dengan PDRM," katanya. 

Sementara itu, Ismail berkata kesemua penghuni lapan rumah berkenaan tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan di kuarters PULAPOL. 

"Saya rasa kuarters di PULAPOL itu paling selamat, luas dan selesa serta berpagar. Ini memberi perlindungan kepada anak-anak mereka," katanya. - BERNAMA
'via Blog this'

Polis berkas 3 ahli sindiket 'Geng Samuel' di Ipoh

Berita Harian Online | Polis berkas 3 ahli sindiket 'Geng Samuel' di Ipoh:IPOH: Polis memberkas 3 ahli sindiket 'Geng Samuel' yang terbabit dalam berpuluh kes samun dan curi kenderaan di Perak, semalam. 

Kata Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.
'via Blog this'

189 orang di FELDA Jelai 4 Gemas dipindah akibat banjir

Berita Harian Online | 189 orang di FELDA Jelai 4 Gemas dipindah akibat banjir: "SEREMBAN: Seramai 189 orang dari kawasan Blok 19, Felda Jelai 4, Gemas, dipindahkan ke tempat selamat selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat petang semalam dan malam tadi, mengakibatkan Sungai Muar melimpahi tebing.

Mereka dipindahkan ke Sekolah Agama Rakyat Jelai 4 selepas kawasan rumah mereka dinaiki air sedalam satu meter pada 11 malam tadi, demikian menurut laman Facebook Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan hari ini.
Pasukan penyelamat terdiri anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis dan Ikatan Relwan Rakyat (RELA) membantu menjalankan kerja pemindahan dan menyelamat.
Penduduk sekitar diminta sentiasa peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan memaklumkan segera kepada pihak berkuasa jika berlaku banjir. - BERNAMA "

'via Blog this'

3 warga Thailand dan seorang rakyat tempatan dihukum gantung

Berita Harian Online | 3 warga Thailand dan seorang rakyat tempatan dihukum gantung:KUALA LUMPUR: Dua beradik warga Thailand dan seorang wanita negara itu bersama seorang rakyat tempatan hari ini dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah kerana memiliki senjata api dan peluru ketika satu serbuan polis pada 2007. 

Kesemua mereka ditangkap beberapa jam selepas disyaki terbabit dalam rompakan di Kedai Emas Poh Kong di Subang Parade, 3 Februari 2012, di mana dua pengawal keselamatan dan seorang penjenayah lain maut dalam kejadian itu.
Kesemua mereka menghadapi tuduhan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang memperuntukkan hukuman mati.
Hakim Siti Khadijah Hassan Badjenid ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, di bawah akta itu semua tertuduh hanya boleh dijatuhkan dengan hukuman mati. 

Beliau berkata, tertuduh Songsil Udtoom, 42 dan abangnya, Jukkis Udtoom, 45, serta Phailin Noochangphueak, 31, dan teman lelakinya Loo Yeong Guang, 35, dari Rantau, Negeri Sembilan, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Siti Khadijah juga berkata, pembelaan bahawa ketiga-tiga warga Thai datang ke Malaysia untuk melancong dan ditemani oleh Loo tidak dapat diterima dan satu penafian semata-mata. 

"Berpandukan keterangan dan eksibit yang dikemukakan didapati sebegitu banyak barang kemas dijumpai di bilik berkenaan dan adalah tidak munasabah bahawa kehadiran mereka adalah semata-mata untuk melancong ke Malaysia," katanya. - BERNAMA
'via Blog this'

Lelaki ditemui mati terbaring berhampiran Lebuhraya DUKE

Berita Harian Online | Lelaki ditemui mati terbaring berhampiran Lebuhraya DUKE: "KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) hari ini gempar apabila terlihat mayat seorang lelaki terbaring di tepi jalan di KM1.8 laluan dari arah Greenwood, Gombak, menuju bandar raya.

Jurucakap Polis Daerah Sentul, berkata pihaknya menerima panggilan orang ramai pada 7 pagi mengenai penemuan itu dan pemeriksaan mendapati lelaki itu dikenali sebagai Gunaseelan, 29, seorang pemandu lori dari Bukit Puchong, Puchong, Selangor.
"Mayat ditemui kira-kira dua meter daripada lori mangsa dan polis mendapati barangan bersepah di dalam lori mangsa," katanya di tempat kejadian.
Polis belum mengetahui punca kematian kerana tiada kesan lebam atau kecederaan pada mayat yang kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - BERNAMA"

'via Blog this'

Polis tahan bekas pramugari, kekasih disyaki miliki ganja

Berita Harian Online | Polis tahan bekas pramugari, kekasih disyaki miliki ganja:SUNGAI PETANI: Seorang bekas pramugari dan kekasihnya ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah inap desa di Persiaran Cinta Sayang, di sini. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, berkata dalam serbuan pada jam 11.15 pagi Selasa itu, polis menemui 14 ketulan mampat tumbuhan kering dipercayai ganja.
"Ganja itu ditemui di bawah tilam di atas katil dalam bilik inap desa itu dan sebekas plastik yang mempunyai bahan disyaki candu seberat 910 gram ditemui dalam beg pakaian suspek," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis turut merampas sebuah kereta Perodua Myvi dan wang tunai berjumlah RM5,150. 

Suspek yang masing-masing berusia 28 dan 31 tahun itu dipercayai menjadikan bilik di inap desa berkenaan sebagai tempat untuk menyimpan ganja sebelum menjualnya kepada pembeli sejak empat hari lalu. 

Hashim berkata, anggaran nilai dadah yang dirampas itu ialah RM44,200 dan suspek direman tujuh hari sejak semalam untuk siasatan lanjut. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952. 

Dalam perkembangan lain, Hashim berkata sebanyak 4,125 unit mesin judi bernilai RM2 juta keseluruhannya dirampas di daerah Kuala Muda dalam tempoh 2008 hingga kini. 
"Sebanyak 73 kedai dipotong bekalan elektrik pada tahun lalu dan untuk tahun ini, 12 premis dikenakan tindakan yang sama," katanya. 

Hashim berkata, langkah itu adalah tindakan polis Kuala Muda untuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi membanteras kegiatan perjudian yang membabitkan penggunaan mesin judi. - BERNAMA
'via Blog this'

Pengawal keselamatan maut digilis treler

Berita Harian Online | Pengawal keselamatan maut digilis treler:KOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan, yang baru pulang membeli ubat di sebuah farmasi, maut apabila motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah treler di Bulatan Tuan Padang di sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Adnan Awang, 59, dari Kampung Sireh, maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada kepalanya.
"Beliau gagal mengawal motosikalnya yang bergesel dengan treler menyebabkan mangsa tercampak ke bawah badan treler dan kepalanya digilis," katanya ketika dihubungi di sini.
Azham berkata, ketika kejadian, treler itu menghala ke Jalan Sultan Ibrahim manakala Adnan pula dari arah Jalan Hospital. 

Sementara itu, anak bongsu mangsa, Nor Adilah Adnan, 23, berkata bapanya ke farmasi berkenaan untuk membeli ubat bagi penyakit gout dan darah tinggi. 

"Selepas ke kedai, bapa sepatutnya terus ke tempat kerja," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - BERNAMA
'via Blog this'

180 penduduk Changlun dipindahkan berikutan banjir

Berita Harian Online | 180 penduduk Changlun dipindahkan berikutan banjir:ALOR SETAR: Seramai 180 penduduk di 12 buah kampung di Changlun dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir sehingga jam 5 petang tadi. 

Dua pusat tersebut dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Masjid Sungai Laka yang menempatkan 31 keluarga (112 orang) dan Dewan Orang Ramai Kampung Kubang Betong yang menempatkan 17 keluarga (68 orang).
Pegawai Kebajikan Daerah Kubang Pasu, Mohd Shabbri Othman ketika dihubungi berkata, Bilik Operasi juga dibuka sebaik pusat pemindahan banjir dibuka.
"Kita memberi bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan seperti makanan, minuman, selimut, tikar dan kain telekung," katanya. 

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menunggu arahan daripada Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Bencana Alam Daerah Kubang Pasu jika perlu membuka lagi pusat pemindahan sekiranya banjir bertambah serius. 

Antara kampung yang terjejas ialah kampung Paya Nongmi, Belakang Pasar Changlun, Padang Pasir, Masjid, Paya Lantau, Paya Lantau Dalam, Titi Kerbau, Kubang Hamid, Taman Sayang, Pekan Lama Changlun, Pasar Changlun serta sekitar pekan Changlun lama, yang dinaiki air hampir satu meter. - BERNAMA
'via Blog this'

CCTV intip ‘sampah pembunuh’

Berita Harian Online | CCTV intip ‘sampah pembunuh’:Singapura pasang kamera pengawasan di kawasan tinggi kadar buang sampah 

SINGAPURA: Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) akan memasang kamera pengawasan (CCTV) di kawasan yang mempunyai kadar masalah berterusan pembuangan sampah dari bangunan tinggi.
Sebelum ini, ia memerlukan beberapa jam untuk mengintip bagi menahan pesalah yang membuang sampah dari bangunan tinggi, lapor channelnewsasia.com yang dipetik akhbar The Jakarta Globe.
NEA berkata jumlah kes membuang sampah dari bangunan tinggi meningkat kepada 5,232 kes tahun lalu, hampir 700 lebih berbanding tahun sebelum ini. 

Agensi itu sudah menahan dan mendakwa 40 orang dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. 

Mereka yang disabitkan dengan kesalahan pembuangan sampah dari bangunan tinggi, dikenali ‘sampah pembunuh’ berdepan dengan hukuman penjara, denda atau kedua-duanya. 

Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) akan mengambil alih secara wajib rumah pangsa HDB atau menamatkan penyewaan rumah pangsa jika ‘sampah pembunuh’ dibuang dari mana-mana hartanah HDB. 
Bercakap di Parlimen kelmarin, Menteri Kanan Negeri untuk Sumber Air dan Alam Sekitar, Grace Fu, berkata usaha lebih giat perlu dilakukan supaya masyarakat peka dengan kebersihan alam sekitar. 

“Sedih memikirkan masih ada warga Singapura yang tidak mahu memikul tanggungjawab membersih dan menghijaukan alam sekitar yang sudah sekian lama kita berusaha untuk mencapai sasarannya. Malah, orang ramai sudah lupa apa yang perlu dilakukan dan hanya cuba mengelak daripada ditangkap,” kata wakil rakyat Ang Mo Kio GRC, Yeo Guat Kwang. 

“Masuk campur dalam isu pembuangan sampah ini bukanlah boleh menyelesaikan sepenuhnya masalah tetapi apa yang penting mendidik nilai yang betul. Kita mesti membina rasa kekitaan di kalangan individu dan tindakan komuniti jika kita mahu meningkatkan standard kebersihan di kawasan awam,” kata Fu. 

“Kita perlu menanam tabiat dan nilai daripada usia muda dan kita bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memasukkan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kurikulum sekolah,” katanya lagi. – Agensi
'via Blog this'

Sindiket tawar slip palsu 6P diserbu

Utusan Malaysia Online - Jenayah:



PEGAWAI Imigresen memeriksa dokumen 6P yang didapati palsu ketika menyerbu sebuah rumah kedai di Ulu Tiram, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 7 Mac - Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan satu sindiket menawarkan slip pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/PATI (6P) palsu yang mampu mengaut keuntungan sehingga RM1 juta sejak dua bulan lalu selepas menyerbu sebuah premis di Ulu Tiram di sini hari ini.
Timbalan Penolong Pengarah II jabatan itu, Amzari Abdul Jalil berkata, dalam serbuan pukul 4 petang itu, pihaknya turut menahan tiga pekerja termasuk seorang wanita berusia antara 20 dan 21 tahun, dipercayai anggota sindiket berkenaan.
Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan dipercayai menyasarkan pendatang asing sebagai mangsa.
"Sindiket itu menawarkan slip pendaftaran Program 6P palsu kepada warga asing dengan harga RM500 sehingga RM3,700 seorang dan hasil pemeriksaan di premis itu turut menemui 350 fail pendaftaran yang telah dibuat setakat ini.

'via Blog this'

Wanita dakwa CCTV jiran ganggu hidup

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUALA LUMPUR 7 Mac - Seorang wanita mendakwa hidupnya terganggu dengan tindakan jirannya yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) menghala ke rumahnya di Subang Alam, Shah Alam dekat sini sejak pertengahan bulan lalu.
Berikutan itu, dia yang hanya ingin dikenali sebagai Sharon, 35, dan juga ibu kepada empat anak telah membuat laporan polis baru-baru ini kerana curiga dengan tindakan jirannya itu.
Menurut Sharon, tindakan jirannya memasang beberapa CCTV menghala ke arah ruang tamu dan dapur rumahnya itu menyebabkan dia sekeluarga berasa tidak selesa.
"Saya mula menyedari CCTV tersebut ketika berada di dapur pada 15 Februari lalu. Peliknya, kenapa dia tidak letak CCTV tersebut ke arah jalan raya atau belakang rumahnya?
"Kami cuba berunding dengannya namun dia enggan, malah tidak pernah bertegur sapa sejak lima bulan lalu, ketika dia berpindah masuk ke rumah itu," katanya pada sidang akhbar Biro Pengaduan Awam MCA di Wisma MCA di sini hari ini.

'via Blog this'

Syabu: Lelaki Australia hadapi hukuman gantung

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUALA LUMPUR 7 Mac – Seorang lelaki rakyat Australia kini menghadapi hukuman gantung sampai mati setelah ditahan kerana memiliki dua peket dadah jenis syabu bernilai RM90,000 di Jalan Yap Kwan Seng di sini pada 1 Mac lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, siasatan terhadap suspek berusia 33 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Menurut beliau, pihaknya akan menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat sejurus siasatan kes tersebut selesai.
“Semasa ditahan suspek memiliki 228 gram dadah jenis syabu. Ekoran penahanan itu, kita percaya dapat membanteras pengedaran dadah jenis tersebut yang didalangi warga Australia.
“Siasatan percaya suspek aktif mengedar dadah sekitar Lembah Klang sejak beberapa bulan lalu. Suspek turut disyaki cuba membawa syabu dari negara ini untuk diseludup ke negara asalnya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

'via Blog this'

3 beranak ditahan simpan heroin

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUALA LUMPUR 7 Mac - Tiga beranak yang kononnya mengusahakan sebuah tapak semaian di Batu 9 Cheras, Jalan Hulu Langat dekat sini ditahan polis kerana menjadikan lokasi pekerjaan mereka itu sebagai stor menyimpan dadah jenis heroin, sejak beberapa bulan lalu.
Suspek terdiri daripada sepasang suami isteri berusia lingkungan 20-an dan ibu kepada suspek wanita yang berusia 41 tahun ditahan dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur pada pukul 3 petang kelmarin.
Ketika diserbu, polis menemui sejumlah 20 bungkus plastik lutsinar dadah jenis heroin gred C yang dianggarkan bernilai RM300,000.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek menyembunyikan dadah berkenaan dalam bungkusan baja yang kemudian diletakkan di dalam beg.

'via Blog this'

Kastam bimbang taktik telan dadah

Utusan Malaysia Online - Jenayah:



ZAINUL Abidin Taib (kanan) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas dari warga asing pada sidang akhbar di Kompleks Kastam KLIA, Sepang, semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS


SEPANG 7 Mac - Trend penyeludupan dadah menggunakan taktik menelan barangan haram itu semakin menjadi-jadi apabila tiga lagi kes sama berjaya dipatahkan dalam masa sehari oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Senario di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu sememangnya amat membimbangkan seolah-olah sindiket terlibat tidak pernah berputus asa untuk menyeludup dadah ke negara ini.
Penolong Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zainul Abidin Taib mengakui kebimbangan tersebut, apatah lagi taktik menelan dadah seludup sukar dikesan menggunakan cara pemeriksaan biasa dan peluang suspek untuk terlepas adalah tinggi.

'via Blog this'

Ahli NUBE dipecat dibenarkan merayu

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:


PUTRAJAYA 7 Mac - Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan sembilan bekas kakitangan Bank Bumiputera Commerce Bhd. merayu terhadap pemecatan mereka selepas berpiket tanpa kebenaran majikan, kira-kira sembilan tahun lalu.
Pemohon-pemohon terdiri daripada ahli-ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) termasuk Setiausaha Agungnya, J. Solomon. Mereka dipecat oleh bank tersebut (kini CIMB) pada 2004.
Lapan yang lain ialah Harianto Effendy Zakaria, Khairil Rizal Mansor, Mohamed Azizi Adnan, R. Sivagandi, Nor Azlin Ahmad Tridi, Masziyati Yaakob, Mariati Ariffin dan Suzana Abdul Rahman.
Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria ketika memutuskan membenarkan peguam yang mewakilinya, Datuk S. Ambiga mengemukakan satu persoalan undang-undang dalam rayuan itu kelak.

'via Blog this'

Siti Hamidah cam gambar dua ahli perniagaan yang hilang

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:



N. Pathmanabhan (depan kanan) bersama tiga tertuduh lain diiringi anggota polis di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH


SHAH ALAM 7 Mac - Seorang pembantu rumah warga Indonesia hari ini mengesahkan dia pernah nampak dua ahli perniagaan yang hilang sehingga hari ini, A. Muthuraja dan Shafiq Abdullah datang ke rumah N. Pathmanabhan semasa dia bekerja di kediaman bekas peguam itu.
Siti Hamidah Karnax, 19, yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini dalam perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi turut mengecam gambar Muthuraja dan Shafiq semasa ia ditunjukkan kepadanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani.
"Saya boleh cam sebab pernah nampak orang itu datang ke rumah Pathma (Pathmanabhan). Saya nampak di rumah Pathma," jelasnya semasa sesi pemeriksaan semula.

'via Blog this'

Wanita PATI minta derma untuk suami ditahan

Utusan Malaysia Online - Utara:



ZAKARIA Abdul Rahman (kanan) bertanya sesuatu kepada seorang PATI wanita yang mengutip derma di sekitar Perlis di Kuala Perlis, Kangar, semalam.


KANGAR 7 Mac - Seorang wanita warga Indonesia ditahan kerana menyamar sebagai pengutip derma kononnya untuk rumah anak yatim, di hadapan sebuah bank di Jalan Penjara, di sini semalam.
Wanita itu sebenarnya baru 10 hari berada di negara ini dan menyamar sebagai pengutip derma setelah disuruh oleh suaminya yang merupakan rakyat tempatan.
Suspek yang berusia 42 tahun ditahan sepasukan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) hasil aduan orang ramai, kira-kira pukul 1 petang.
Komander UPP Perlis, Deputi Supritendan Zakaria Abd. Rahman berkata, ketika ditahan, pihaknya menemui wang tunai RM90 dalam tong yang digunakan untuk mengutip derma sejak pukul 8 pagi manakala RM1,000 disimpan oleh wanita itu.

'via Blog this'

Pemandu tidak peduli MDKL

Utusan Malaysia Online - Kota:



LORI-LORI masih diletakkan di tepi Jalan Klang Banting di Telok Panglima Garang, Kuala Langat meskipun MDKL telah mengeluarkan larangan.


KUALA LANGAT 7 Mac - Amaran Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) agar pemandu kenderaan berat tidak meletakkan kenderaan masing-masing di kawasan larangan tidak diendahkan.
Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa tempat di daerah ini mendapati keadaan masih sama seperti ketika amaran itu belum dikeluarkan sekali gus menunjukkan taraf kesedaran sivik yang rendah dan sifat degil pemandu berkenaan.
Selain itu, ia juga menunjukkan betapa amaran oleh MDKL semata-mata amaran kerana amaran tanpa penguatkuasaan tidak akan mendidik sesiapa.
Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati antara lokasi yang menjadi tumpuan pemandu lori meletakkan kenderaan mereka adalah kawasan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang, di tepi Jalan Besar Klang Banting, Bandar Sungai Emas dan Jalan Kiambang, Taman Gembira di sini.

'via Blog this'

Jadi sarang penagih dadah

Utusan Malaysia Online - Kota:



BENGKEL membaiki kereta telah mengambil alih aras bawah bangunan yang jelas telah rosak teruk.


AMPANG 7 Mac - Bangunan letak kenderaan di Jalan 6/8, Pandan Indah Commercial Park di sini bukan sahaja umpama 'hidup segan mati tak mahu' malah dipenuhi dengan sampah-sarap dan berbau busuk.
Peniaga di kawasan itu mendakwa, pada waktu malam bangunan empat tingkat tersebut turut menjadi sarang penagih dadah dan mungkin sarang maksiat.
Mereka mendakwa, bangunan tempat letak kenderaan berkenaan hanya digunakan pada waktu siang kerana penggunanya penduduk perkara yang tidak diingini berlaku jika meletak kenderaan di situ pada waktu malam.
Keadaan itu juga dilihat mencacatkan pemandangan di sekitar Pandan Indah. Dan, apa yang menjadi persoalan kepada penduduk ialah mengapa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selaku pentadbir bangunan berkenaan sanggup membiarkan bangunan itu berkeadaan sedemikian rupa.

'via Blog this'

Tiga lelaki nyaris maut

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:



SHAZIMAN Abu Mansor (kanan) melihat kereta Perodua Kancil yang terjunam akibat jalan runtuh di Kilometer 43 Jalan Benta-Jerantut, Kuala Lipis, Pahang, semalam.


KUALA LIPIS 7 Mac – Pemandu dan penumpang sebuah kereta yang melalui Kilometer 43, Jalan Benta-Jerantut malam tadi pasti tidak dapat melupakan nahas yang menimpa mereka sepanjang hayat.
Ketika kereta Perodua Kancil yang dinaiki meredah hujan lebat, jalan itu tiba-tiba runtuh berikutan tanah mendap menyebabkan kereta tersebut terjunam sedalam dua meter.
Itu yang menimpa tiga lelaki warga Indonesia yang ketika itu dalam perjalanan dari pekan Benta ke rumah pekerja ladang kelapa sawit berhampiran Jeransang dekat sini.
Kejadian berlaku berhampiran Kampung Terap, kira-kira pukul 9 malam sewaktu tiga pekerja tersebut keluar membeli barangan keperluan harian.

'via Blog this'