Search This Blog

Wednesday, March 7, 2012

Tujuh berpesta arak bergaduh

myMetro | Tujuh berpesta arak bergaduh: "b"

ALOR GAJAH: Pesta arak membawa kepada pertengkaran antara tujuh pekerja sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Sungai Baru, dekat sini, bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka cedera dengan dua daripadanya parah akibat diserang empat rakan yang berang, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, tujuh pekerja ladang itu yang berusia 20 dan 53 tahun berpesta arak di belakang rumah pekerja selepas menerima gaji sebelum bergaduh sesama sendiri.


Akibatnya, dua pekerja berumur 53 dan 31 tahun parah di kepala manakala seorang lagi berusia awal 30-an cedera di badan selepas ditetak dengan senjata tajam oleh empat lelaki yang juga rakan mereka.

Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Melaka dengan dua ambulans.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, siasatan awal mendapati kumpulan pekerja warga India itu minum arak bermula jam 11.30 malam hingga lewat malam sebelum mereka bertikam lidah.


“Empat daripada tujuh lelaki terbabit berang lalu menyerang tiga rakan mereka menggunakan berbagai peralatan kerja seperti parang, sabit dan kayu belantan.

“Polis yang menerima panggilan tiba di tempat kejadian dan mendapati tiga mangsa terbaring atas jalan berlumuran darah sebelum menahan empat suspek bagi membantu siasatan,” katanya.

'via Blog this'

Anggota Brimob peras ugut lelaki Arab Saudi

myMetro | Anggota Brimob peras ugut lelaki Arab Saudi: "BOGOR: Polis Bogor di barat Jawa, mengumumkan mereka telah menahan seorang anggota unit Briged Mobil (Brimob) dan dituduh memerangkap seorang pelancong Arab Saudi atas kesalahan membawa dadah dengan niat mahu memeras ugut.

Ketua Detektif, Komisioner Adjutan, Imron Ermawan berkata, anggota yang ditahan itu, dikenali sebagai Brigadier Pertama SG, bertugas di ibu pejabat di Kelapa Dua, Depok, Jawab Barat.
“Sebagai seorang anggota Brimob yang aktif, kesalahan jenayah yang dilakukan itu memberi nama buruk kepada institusi polis,” katanya.

Kejadian itu berlaku di sebuah villa di kawasan Puncak, Jumaat lalu dan SG dituduh menerima bantuan daripada tiga orang penduduk tempatan untuk memerangkap Al-Mutairi A. Nasser, 40. - Jakarta Post"

'via Blog this'

Pasangan kekasih mati dalam bilik hotel

myMetro | Pasangan kekasih mati dalam bilik hotel: SINGAPURA: Seorang pekerja warga asing dan seorang pembantu rumah Filipina, ditemui mati di sebuah hotel di Geylang, malam kelmarin.

Mayat mereka ditemui oleh pekerja hotel kira-kira jam 11.40 malam di Hotel Summer, di Lorong 22, Geylang.

Akhbar Lianhe Wanbao melaporkan, mangsa lelaki, Mohammad Sumon Lutfar, 22, dipercayai warga Bangladesh dan mangsa wanita, Rezzilyn Lodia Vinegas, 33, dari Filipina.

Menurut laporan, kedua-dua mangsa itu bertemu enam bulan lalu dan menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan kemudian.


Mohammad, yang dikatakan bekerja di sebuah syarikat penyaman udara, sentiasa memberi hadiah seperti seutas rantai perak kepada Rezzilyn. Mereka juga dikatakan sudah bertukar cincin pertunangan.


Laman Facebook Rezzilyn, dipenuhi dengan komen seperti “Bercintalah dengan mereka yang bukan saja berbangga tetapi gembira bersama awak, dan sanggup mengambil risiko hanya untuk bersama awak.”

Komen Mohammad tidak terlalu prolifik, dan hanya menulis mesej seperti “Saya sedang mabuk cinta dengan?”

Akhbar Straits Times mengatakan, pasangan itu sering bertengkar dan rakan Razzilyn berkata, dia meninbang untuk memutuskan hubungan dengan Mohammad.

Temuramah dengan rakan sekerja mendedahkan, tidak seperti Rezzilyn, yang memberitahu mengenai hubungan cinta mereka dan pertunangan mereka, Mohammad merahsiakan hubungannya.

Rakan sekerjanya tidak tahu dia mempunyai teman wanita. - The New Paper.


'via Blog this'

7 remaja disiasat lumpuhkan laman sesawang kerajaan

myMetro | 7 remaja disiasat lumpuhkan laman sesawang kerajaan: "SEOUL: Tujuh remaja Korea Selatan disoal siasat berhubung serangan siber ke atas laman sesawang Kementerian Kesamaan Jantina dan Keluarga sebagai protes larangan bermain video dalam Internet waktu malam, kata polis semalam.

Suspek, termasuk tiga pelajar sekolah menengah, didakwa merancang serangan DDOS (distributed denial of service) bulan lalu.


Polis berkata, serangan itu dibuat sebagai protes larangan penggunaan laman sesawang permainan dan muzik di Internet di kalangan remaja pada waktu malam.

Korea Selatan melaksanakan undang-undang “Cinderella” bagi menghalang remaja leka dengan permainan dalam talian selepas tengah malam ketika kebimbangan terhadap ketagihan Internet semakin meningkat. - AFP"

'via Blog this'

Lelaki Vietnam ditemui mati ditetak

Berita Harian Online | Lelaki Vietnam ditemui mati ditetak: KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Vietnam ditemui mati dengan kesan tetakan pada seluruh badan di Jalan Seroja, Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, berkata mayat lelaki berumur 20-an dan bekerja di kilang berdekatan itu ditemui orang ramai di sebuah lorong di belakang rumah kedai pada 10.20 malam.
"Semasa polis tiba, mayat lelaki itu berlumuran darah di seluruh badannya. Kita percaya dia ditetak dalam satu pergaduhan oleh suspek yang lebih daripada seorang," katanya ketika dihubungi.
Arjunaidi berkata, polis tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian dan menolak kes itu bermotifkan samun kerana tiada barang berharga milik mangsa yang hilang.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat da es disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mangsa sebelum ini menghuni di sebuah rumah kedai berdekatan bersama isteri dan rakannya. - BERNAMA

'via Blog this'

25 penumpang terselamat feri terbakar di Filipina

Berita Harian Online | 25 penumpang terselamat feri terbakar di Filipina: "MANILA: Seramai 25 penumpang terselamat apabila feri membawa pelancong terbakar sebaik meninggalkan pelabuhan hari ini.

Pengawal pantai berkata, Feri MV Cebu 1 membuat panggilan kecemasan selepas meninggalkan Pelabuhan Batangas kira-kira 100 kilometer selatan Manila.
"Pengawal pantai menghantar dua bot untuk membantu manakala kapal dagang yang berada di kawasan itu turut membantu," katanya.
Beliau berkata, jumlah penumpang sudah dikira dan kebakaran berjaya dipadamkan. - AFP "

'via Blog this'

2 nyaris maut kren terlanggar kabel elektrik

Berita Harian Online | 2 nyaris maut kren terlanggar kabel elektrik: ALOR SETAR: Dua lelaki nyaris maut akibat terkena renjatan elektrik apabila kren yang dikendalikan seorang daripada mereka terlanggar kabel elektrik bervoltan tinggi di Jalan Lencong Barat, Tandop dekat sini, jam 6.30 petang semalam.

Kren yang berada di kawasan tapak pembinaan di bawah kabel bervoltan tinggi itu digunakan bagi kerja memunggah batu, namun terlanggar kabel berkenaan sehingga terputus dan mengakibatkan berlaku letupan yang kuat.
Saksi kejadian, Chen Soon Lak, 32, berkata ketika itu beliau berada di kedai berhampiran terdengar bunyi letupan sangat kuat dan terus bekejar bersama beberapa rakan ke lokasi kejadian.
Mereka mendapati seorang lelaki terbaring di atas tanah berhampiran pagar dan seorang lagi dipercayai pengendali kren pengsan di dalam alat jentera itu.

"Kami takut mendekati kedua-duanya kerana bimbang terkena renjatan elektrik dan meminta pertolongan orang ramai menghubungi pasukan penyelamat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Chen berkata, pemandu kren itu tersedar 15 minit kemudian dan merendahkan galang krennya yang tersangkut sebelum orang ramai memberikan bantuan terhadapnya.

Mangsa dikenali sebagai Thi Kim Teng, 50an, ditemui masih berkeadaan bingung manakala rakannya yang tidak dikenali dilihat menggigil akibat terkena renjatan elektrik.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah(HSB) Alor Setar untuk mendapatkan rawatan.

Tinjauan di tempat kejadian kemudian melihat beberapa pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan kerja pembaikan memotong kabel yang terputus bagi mengelakkan litar pintas yang boleh mendatangkan kemalangan dan bahaya kepada orang ramai. - BERNAMA

'via Blog this'

5 rumah hangus dalam kebakaran di Alor Setar

Berita Harian Online | 5 rumah hangus dalam kebakaran di Alor Setar: ALOR SETAR: Lima rumah kampung didiami kira-kira 20 penghuni di Anak Bukit dekat sini hangus dalam satu kebakaran, awal pagi tadi.

Tiada kemalanangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu kira-kira jam 6 pagi di Kampung Belakang Sekolah Tamil, Batu 5, kerana penghuninya sempat menyelamatkan diri.
Seorang mangsa, G Ramasami, 63, berkata dia sedang tidur di bilik bawah bersama isteri dan anak lelakinya di bahagian atas rumah apabila dikejutkan dengan bahang panas melihat siling rumah terbakar.
Anak lelaki Ramasami, Baladevan, 22, berkata dia lari dari atas bumbung rumah dan terjun menyelamatkan diri dengan mengalami cedera pada tangan dan pinggang.

Antara harta musnah dalam kejadian itu adalah motosikal, basikal dan barang kemas milik keluarga Ramasami.

Seorang lagi saksi, S Narayanan, 63, Pengerusi Kuil Sri Agasamariama, terletak kira-kira 20 meter dari lokasi kebakaran berkata, jentera bomba yang tiba mendapati sukar masuk kerana jalan sempit dan dihalang beberapa kenderaan.

Timbalan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Mahmad Fauzi Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan 6.37 pagi dan 13 anggota bomba termasuk bomba sukarela bersama jentera tiba di situ dalam masa 10 minit.
Katanya, api berjaya dikawal jam 6.56 pagi dan punca serta jumlah kerugian masih disiasat. - BERNAMA

'via Blog this'

Polis berkas 7 penyamun di Batu Feringghi

Berita Harian Online | Polis berkas 7 penyamun di Batu Feringghi: GEORGETOWN: Polis memberkas tujuh lelaki yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT), dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Batu Feringghi, jam 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata terdahulu polis menerima laporan mengatakan seorang lelaki menyamun wang tunai berjumlah RM300 dan sebuah telefon bimbit daripada seorang pelajar lelaki di Taman Nagasari, Perai, tengah hari semalam.
"Berdasarkan maklumat itu sepasukan polis telah berkejar ke tempat kejadian dan menjejaki suspek," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Saga yang turut dinaiki tiga lagi individu menuju ke Batu Feringghi.

Pasukan polis yang mengekori kemudian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi mendapatkan bantuan sebelum menyerbu sebuah unit di tingkat lapan pangsapuri terbabit.

Azman berkata, kesemua suspek dipercayai turut terbabit dalam beberapa rompakan di kafe siber sekitar SPT sejak beberapa bulan lalu.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 20 tahun serta sebatan. - BERNAMA

'via Blog this'

Sepasang suami isteri antara empat ditahan simpan dadah

Berita Harian Online | Sepasang suami isteri antara empat ditahan simpan dadah: KUALA LUMPUR: Tiga sekeluarga termasuk sepasang suami isteri serta seorang lelaki Bangladesh dicekup polis yang turut merampas 9.14 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM300,000, dalam serbuan di sebuah tapak semaian di Jalan Hulu Langat, Batu 9, Cheras dua hari lalu.

Pasangan suami isteri dan ibu wanita berkenaan serta warga Bangladesh itu dipercayai bekerja di tapak semaian terbabit yang turut dijadikan mereka tempat menyimpan dadah sebelum dibekalkan kepada pengedar.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata ketika serbuan pada jam 1 tengah hari itu, polis menemui dadah terbabit disimpan dalam 20 bungkusan plastik yang disorokkan di dalam stor di situ.
"Dengan tangkapan ini, polis berjaya membanteras beberapa pengedaran dadah jenis heroin yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang sejak beberapa bulan yang lepas," katanya pada sidang media, di sini hari ini. - BERNAMA

'via Blog this'

Mangsa patukan ular sedar dari koma

Berita Harian Online | Mangsa patukan ular sedar dari koma: MOHD Sabron yang dipatuk ular tedung selar masih dirawat di Unit Rawatan Rapi  dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, semalam.
MOHD Sabron yang dipatuk ular tedung selar masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, semalam.
KUANTAN: Keadaan penjinak haiwan, Mohd Sabron Jamil Kamaruddin, 24, yang dipatuk ular tedung selar betina, Sabtu lalu, menunjukkan perkembangan positif dan mangsa kini sudah sedar daripada koma tetapi masih diberi sedatif.

Bapa mangsa, Kamaruddin Abdullah, 56, berkata kesan rosak pada tangan kiri anaknya mula mengecut, selain keadaan mukanya semakin kemerahan.
Beliau bersyukur kerana ada perkembangan positif pada anaknya selepas tiga kali pembedahan dilakukan bagi membuang bahagian daging yang rosak akibat bisa patukan ular.
“Dia sudah sedar selepas koma empat hari, namun masih diberi sedatif bagi mengelakkannya terkejut akibat kesan pembedahan, malah mukanya sudah mula kemerahan selain pembuangan najisnya juga agak normal.

“Saya harap keadaannya semakin baik serta pulih beberapa hari lagi walaupun dia mungkin mengalami kecacatan pada tangan kirinya akibat pembedahan membuang daging yang memburuk,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, semalam.

Sabtu lalu, Mohd Sabron yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bertarung maut beberapa jam selepas dipatuk ular tedung selar ketika membersihkan sangkar haiwan berkenaan.

'via Blog this'

Siasatan kes buli, pukul murid bermula

Berita Harian Online | Siasatan kes buli, pukul murid bermula: Jabatan Pelajaran jumpa guru besar, dapatkan penjelasan lanjut JKM

SEREMBAN: Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNNS) memulakan siasatan berhubung kejadian seorang murid Tahun Satu yang dibuli dan dipukul hingga lebam seluruh badan di Sikamat di sini, Jumaat lalu.
Pengarahnya, Datuk Abdul Halim Abdul Razak, berkata pihaknya berjumpa guru besar sekolah itu di Sikamat, semalam bagi mendapatkan penjelasan.
“Saya dimaklumkan kecederaan itu bukan berlaku dalam kawasan sekolah.

“Bagaimanapun, JPN masih lagi menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk melakukan siasatan di asrama anak yatim yang dihuni mangsa,” katanya di sini, semalam.

Semalam akhbar ini melaporkan, murid Tahun Satu trauma selepas dipercayai dipukul hingga menyebabkan seluruh anggota badannya lebam.

Kejadian itu hanya disedari ibunya, Suzianawati Mohamad, 33, Jumaat lalu kira-kira jam 7.30 petang selepas mengambil anaknya berusia 7 tahun dari rumah anak yatim di Sikamat.

'via Blog this'

Kenal pasti laluan berisiko

Kenal pasti laluan berisiko - Pahang - Sinar Harian:
Kenal pasti laluan berisiko

BENTONG – Pengurusan pusat peranginan di daerah ini dinasihatkan supaya meneliti laluan berisiko yang sering menjadi lokasi kemalangan di kawasan mereka.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri berkata, laluan yang berisiko itu perlu diambil perhatian sewajarnya termasuk meletakkan tanda amaran ataupun men­jalankan penambahbaikan.

Menurutnya, ini dapat mengelakkan kejadian kemalangan dan mengakibatkan kehilangan nyawa.

“Susulan kejadian di kemalangan di Kilometer 4.6 Jalan Genting Higlands- Kuala Lumpur kelmarin yang mengorbankan dua nyawa pelancong, saya berharap pihak Genting Highlands Resort ­dapat menjalankan tindakan sewajarnya.

“Sebagaimana diketahui terdapat laluan di kawasan itu mempunyai selekoh tajam yang mana berbahaya kepada pengguna sekiranya tidak berhati-hati,” katanya.

Mohd Yusri berkata, selain faktor jalan, pengusaha dan pemilik bas dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

Menurutnya, antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah brek kenderaan terutama sekali ketika melalui kawasan menuruni bukit.

“Jika diperhatikan kebanyakan kemalangan melibatkan bas berpunca dari kegagalan mekanikal seperti brek dan perkara seperti ini perlu diambil perhatian sewajarnya.

“Tambahan pula, bas adalah kenderaan yang mem­bawa banyak ‘nyawa’ dalam satu-satu masa dan memerlukan perhatian lebih terperinci,” katanya.

Mohd Yusri berkata, ­pemandu bas juga perlu dipastikan berada di tahap terbaik dan bersiap sedia bagi ­mengelakkan kejadian ­malang terus berulang.

Menurutnya, mereka ini disaran tidak memandu ­mengikut perasaan dan had kelajuan ditetapkan terutama ketika turun bukit.

“Di daerah ini antara l­aluan yang sering kali berlaku kemalangan melibatkan bas ialah di laluan Genting Highlands, Jalan Bentong-Raub dan juga laluan Genting Sempah-Bukit Tinggi.

“Kejadian yang berlaku kelmarin adalah ­paling teruk berlaku pada tahun ini kerana melibatkan jumlah kematian dan kecederaan ramai ­penumpang,” katanya.

'via Blog this'

PGM gagalkan seludup rokok

PGM gagalkan seludup rokok - Johor - Sinar Harian:
PGM gagalkan seludup rokok

JOHOR BAHRU – Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk sejumlah 26,900 paket rokok kretek pelbagai jenis di Kuala Sungai Benut, Pontian kira-kira jam 8.30 malam, kelmarin.

Komandernya, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, semasa menjalankan Operasi Pensura 2012 yang diketuai seorang Koperal dan tiga anggota bot ronda RH 6 telah terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan di kedudukan lebih kurang 2.5 batu nautika dari Kuala Sungai Benut, Pontian.

Menurutnya, ketika menghampiri bot tersebut terus memecut laju ke arah pantai sambil mencampakkan beberapa objek dipercayai rokok ke dalam laut sehingga tersadai di kawasan hutan bakau.

“Dua suspek melarikan diri ke arah hutan bakau dan gagal dikesan kerana keadaan hutan yang gelap ketika dikejar anggota kita. Pemeriksaan ke atas bot menjumpai sejumlah 26,900 paket rokok keretek pelbagai jenis dengan nilai rampasan keseluruhan RM304,079.40 termasuk sebuah bot dan buah enjin sangkut,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Zainul Abidin berkata, sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, pihaknya telah berjaya membuat tangkapan di bawah Akta Kastam 1967 sebanyak empat kes dengan rampasan bernilai lebih kurang RM663,008.40.

Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan maklumat daripada orang awam mengenai sebarang kegiatan yang menyalahi undang–undang khasnya rompakan di laut, penyeludupan dan kesalahan–kesalahan maritim bagi tujuan pembanterasan.

“Kita mengalu-alukan kerjasama daripada orang awam bagi bersama-sama membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pasukan Polis Marin di talian 07–2372222 atau 07–2376122,” katanya


'via Blog this'

Kanak-kanak 3 tahun rentung

Kanak-kanak 3 tahun rentung - Perak - Sinar Harian:
Kanak-kanak 3 tahun rentung

SUNGAI SIPUT (U) – Kerana terlalu panik dan terkejut melihat api marak, sepasang suami isteri kehilangan anak perempuan mereka dalam kejadian kebakaran di Taman Sentosa, di sini, kelmarin.

Mayat kanak-kanak, G Keshwini, 3, ditemui anggota bomba dan penyelamat dalam keadaan rentung dan tertiarap di atas katil di bilik kedua rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba Daerah Sungai Siput, Roszaman Wok berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kebakaran itu pada jam 10.10 malam.

Menurutnya, seramai tujuh anggota bomba terlibat dalam operasi berkenaan menggunakan sebuah jentera sahaja.

“Ketika sampai ke lokasi, difahamkan kanak-kanak itu terperangkap di dalam rumah kerana api marak.

“Anggota kami tiba di lokasi kira-kira jam 10.17 minit dan dalam masa tujuh minit kami berjaya menemui mayat Keshwini dalam salah sebuah bilik di rumah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Kata Roszaman, beliau difahamkan kanak-kanak itu terperangkap di dalam bilik dan ahli keluarganya tidak sempat untuk menyelamatkannya.

Jelasnya, api dapat dikawal dalam masa 10 minit dan operasi berjalan lancar dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam (Jpam).

“Selain kanak-kanak itu, ahli keluarga yang lain berada dalam keadaan baik tetapi barangan berharga dan dokumen penting turut musnah.

“Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, rumah berkenaan mengalami kemusnahan kira-kira 70 peratus, manakala dua rumah yang berada di kiri dan kanan turut mengalami kerosakan kira-kira 10 peratus.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan.


'via Blog this'

Dua rakan terbunuh

Dua rakan terbunuh - Johor - Sinar Harian:
Dua rakan terbunuh

MUAR – Kegembiraan sembilan sahabat bertemu rakan-rakan di Batu Pahat bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut setelah terbabit dalam kemalangan di Parit Tengah, Parit Jawa dekat sini, awal pagi semalam.

Mereka yang terbunuh ialah Alex Chan Zhi Wee, 16, dan Sim Jian Chen, 16.

Zhi Wee adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Perak, manakala Jian Chen adalah pelajar SMK Sungai Abong.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.04 pagi itu, dipercayai ke­reta dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan sebelum merempuh lampu jalan dan juga perhentian bas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komi­sioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, mangsa yang terbunuh disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

“Tiga lagi mangsa yang cedera parah telah dipindahkan ke hospital swasta di Melaka untuk rawatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengang­kutan Jalan 1987,” katanya


'via Blog this'

Tujuh pelajar cedera dipukul

Tujuh pelajar cedera dipukul - Perak - Sinar Harian:
Tujuh pelajar cedera dipukul

IPOH - Tujuh pelajar lelaki tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di sini menerima rawatan selepas mendakwa dipukul sekumpulan pelajar senior akibat selisih faham pada 29 Februari lalu.

Bukan setakat dipukul di kawasan sekolah, salah seorang pelajar terbabit dipukul dengan topi keledar di hadapan pagar berkenaan sehingga kaki kanannya mengalami kecederaan sepanjang kira-kira 10 sentimeter (cm).

Menurut mangsa yang enggan dikenali berkata, pada mulanya, hanya sorang rakannya dipukul dalam sebuah kelas namun, keadaan bertambah teruk apabila enam yang lain turut dipukul selepas menemani pelajar terbabit untuk bertemu dengan guru besar.

“Kami dikepung 20 pelajar senior terbabit pada waktu rehat. Tidak sempat melarikan diri kerana mereka memukul menggunakan batang penyapu tanpa sebab.

"Selepas kejadian kedua itu, mereka menunggu pula di hadapan pagar. Selepas kami berenam balik, salah seorang dari kami dipukul dengan topi keledar pula disebabkan ayahnya lewat menjemputnya selepas sekolah,” katanya kepada Sinar Harian di Pejabat Adun Canning di sini, semalam.

Katanya, sebelum ini mereka tidak menerima apa-apa ugutan sebelum berlakunya kejadian itu.

Pada masa sama, ibu pelajar, Teoh Toh Sim, 44, berkata, anaknya takut hadir ke sekolah berkenaan kerana bimbang dipukul pelajar sama selepas insiden itu.

“Saya pelik kenapa guru sekolah itu tidak tindakan selepas kejadian ini. Tahun lepas anak saya dipukul namun, tiada melibatkan apa-apa perkara serius. Kali ini ia melibatkan senjata seperti kayu dan topi keledar. Saya bimbang dengan keselamatan anak saya sehingga merancang untuk memindahkannya ke sekolah lain kerana ini merupakan kejadian kedua berlaku sejak awal tahun ini,” katanya.

Bagaimanapun usaha menghubungi Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias dan pengetua sekolah berkenaan gagal bagi mendapatkan maklum balas berhubung kejadian itu.


'via Blog this'

Polis berkas 7 penyamun di Batu Feringghi

Polis berkas 7 penyamun di Batu Feringghi - Utara - Sinar Harian:
BAHDIN
7 Mac 2012

GEORGETOWN - Polis memberkas tujuh lelaki yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT), dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Batu Feringghi, pukul 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah SPT, ACP Azman Abd Lah berkata terdahulu polis menerima laporan mengatakan seorang lelaki menyamun wang tunai berjumlah RM300 dan sebuah telefon bimbit daripada seorang pelajar lelaki di Taman Nagasari, Perai, tengah hari semalam.

"Berdasarkan maklumat itu sepasukan polis telah berkejar ke tempat kejadian dan menjejaki suspek," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata suspek yang menyedari kehadiran polis bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang turut dinaiki tiga lagi menuju ke Batu Feringghi.

Pasukan polis yang mengekori kemudian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi mendapatkan bantuan sebelum menyerbu sebuah unit di tingkat lapan pangsapuri terbabit.

Azman berkata kesemua suspek dipercayai turut terlibat dalam beberapa rompakan di kafe siber sekitar SPT sejak beberapa bulan lepas.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 20 tahun serta sebatan. – Bernama


'via Blog this'

2 remaja didakwa rompak beg tangan

2 remaja didakwa rompak beg tangan - Utara - Sinar Harian:
GOKINA MORGANAN
7 Mac 2012

GEORGETOWN - Dua remaja berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang gadis berusia 20 tahun, minggu lalu.

Bagaimanapun, Muhammad Syafiq Zainol, 19, dan Khairul Azman Juhari, 20, dari Taman Desa Genting, Jalan Pulau Betong, Balik Pulau, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Mereka membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz setelah pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Syafiq dan Khairul Azman didakwa merompak beg tangan yang mengandungi wang tunai RM180, telefon bimbit, kad pengenalan dan kad bank kepunyaan Noorsyasika Mohd Ismail, di lampu isyarat hadapan Sunway Prima, Bayan Lepas, kira-kira jam 5.50 pagi, 29 Februari lalu.

Terdahulu, Sitarun Nisa membenarkan dua remaja itu masing-masing diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 30 Mac ini untuk sebutan semula kes itu. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S Selvaranjini.


'via Blog this'

Penyamun bengkok jeriji besi

Penyamun bengkok jeriji besi - Utara - Sinar Harian:
Penyamun bengkok jeriji besi

LUNAS - Sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Cekur Manis dipecah masuk selepas cermin di bahagian dapurnya dibuka manakala jeriji besinya dibengkokkan, kira-kira jam 7.30 petang kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa tidak berada di rumah kerana menziarahi keluarga di Kuala Lumpur.

Kejadian hanya disedari orang ramai yang lalu-lalang di sekitar kawasan rumah mangsa sebelum memaklumkan kepada unit polis peronda (MPV) Balai Polis Lunas.

Ketika pemeriksaan dijalankan mendapati beberapa peralatan elektrik termasuk televisyen yang baru dibeli turut dicuri.

Siasatan awal mendapati suspek masuk ke rumah mangsa melalui tingkap dan melarikan diri dengan menggunakan pintu belakang.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim, Khor Eng Khim berkata, beliau mendapat maklumat dan mengarah ahli PPKM untuk membuat rondaan di sekitar rumah mangsa.

Eng Khim berkata, ia merupakan antara kejadian pecah rumah yang berlaku sepanjang minggu ini. Beliau meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika meninggalkan rumah mereka terutama menjelang cuti sekolah.

“Rumah jangan sesekali dibiarkan dalam keadaan gelap. Kita harus memaklumkan kepada jiran ke mana kita akan pergi dan meminta jasa baik jiran untuk memerhatikan keselamatan rumah sepanjang percutian.

“Mereka yang ada membuat langganan surat khabar seharusnya menghentikan penghantaran untuk sementara waktu bagi memastikan tidak berlaku lambakan surat khabar di halaman rumah, “ katanya.

Menurutnya, dari pemerhatian PPKM rumah mangsa mempunyai banyak pokok dan ini membolehkan penjenayah berselindung sebelum melakukan jenayah pecah rumah.


'via Blog this'

Didenda RM6,000 kerana ‘serang’ budak 1 tahun

Didenda RM6,000 kerana ‘serang’ budak 1 tahun - Global - Sinar Harian: "SINGAPURA - Seorang wanita dikenakan denda maksimum S$2,500 (RM6,000), semalam kerana menyembur racun serangga Shieldtox ke arah anak lelaki jirannya berumur setahun.

Pengatur cara teknologi maklumat, Kong Yow Meow, 59, mengaku bersalah kerana membahayakan keselamatan orang lain di koridor rumah pangsa di Bedok North Avenue 1 pada 25 Jun tahun lalu.
Yow Meow dipercayai membuat tindakan melulu seperti itu kerana berang dengan mangsa dan abangnya yang membuat bunyi bising di luar rumahnya."

'via Blog this'

Tiga warga asing telan 219 ketul dadah ditangkap di KLIA

Tiga warga asing telan 219 ketul dadah ditangkap di KLIA - Semasa - Sinar Harian: SEPANG - Trend menelan dadah untuk diseludup masuk menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilihat semakin menjadi-jadi dengan kes terbaru melibatkan penangkapan tiga warga asing dalam tempoh satu jam pada 28 Februari lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan) Datuk Zainul Abidin Taib berkata tiga kes itu membabitkan 219 ketul dadah bernilai RM1.05 juta. Mengulas kes terbabit pada sidang media di sini hari ini, Zainul Abidin berkata kes pertama melibatkan lelaki warga Nigeria berusia 30 tahun yang ditahan pada 7.45 malam sejurus tiba dari Kaherah, Mesir.

"Hasil imbasan mendapati suspek menelan 70 ketulan dadah seberat 1.276 kilogram bernilai kira-kira RM319,000," katanya.

Beliau berkata kira-kira sejam kemudian, kastam menahan dua lagi lelaki yang tiba dengan penerbangan dari Cameroon/Bangkok membabitkan warga Republik Guinea dan Nigeria.

"Warga Guinea itu menelan 75 ketulan dadah seberat 1,668 gram bernilai RM417,000 manakala suspek warga Nigeria itu pula menelan 74 ketulan dadah seberat 1,294 gram bernilai RM323,500," katanya.

Dalam kes berasingan pada 3 Mac lepas, seorang lagi warga Nigeria ditahan pada pukul 1.10 pagi di KLIA sebaik tiba dari Lagos/Dubai apabila hasil imbasan badan mendapati ada imej yang meragukan.

"Hasil pemeriksaan sehingga kini, 81 ketulan dadah dikeluarkan. Maklumat lanjut masih belum diperolehi," katanya.

Beliau berkata semua suspek yang datang ke negara ini buat pertama kali menggunakan pas lawatan sosial, dan mereka direman 14 hari bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

"Kita sedaya upaya akan rangka strategi untuk menghindari atau mengurangkan kes seumpama ini termasuk menggunakan unit risikan kita yang memantau di KLIA untuk memerhati sesiapa yang mencurigakan," katanya.

Zainul berkata sepanjang bulan lepas, 11 kes direkodkan melibatkan rampasan dadah sebanyak 29.709 kg bernilai RM4.608 juta. Katanya bagi tempoh 2012 sehingga kini, sebanyak 14 tangkapan dibuat
melibatkan rampasan dadah seberat 49.609 kg dengan nilai anggaran RM9.58 juta. - Bernama

'via Blog this'

Pelacur mengandung dicekup

Pelacur mengandung dicekup - Semasa - Sinar Harian:
Pelacur

PELABUHAN KLANG – Seorang pelacur yang me­ngandung dua bulan antara enam wanita warga Vietnam yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat pelacuran di Jalan Pokok Sakat, Teluk Gadong, Pandamaran, ­semalam.

Dalam serbuan jam 12.05 tengah malam itu, polis dari Jabatan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor menyerbu sebuah rumah teres yang dijadikan sebagai pusat ­pelacuran.

Pegawai Pengawasan D7, Asisten Superintendan Adzli Abu Shah berkata, intipan dibuat selama dua jam selepas polis mendapat aduan daripada penduduk se­tempat.

“Ketika pintu dibuka, terdapat enam perempuan warga Vietnam berpakaian seksi sedang bersiap memberi perkhidmatan.

“Mereka tinggal di sini. Siasatan mendapati mereka menyediakan khidmat urut dengan bayaran RM80 sejam dan mengenakan bayaran lain sekiranya pelanggan mahukan khidmat ekstra,” katanya kepada Sinar Ha­rian, semalam.

Menurutnya, rumah teres berkenaan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan mempunyai empat bilik di mana sebuah bilik dijadikan tempat melanggan pelacur.

Beliau berkata, dua lelaki tempatan dipercayai penjaga premis, berusia 34 dan 35 tahun, turut ditahan.

“Siasatan mendapati, seorang daripada penjaga premis itu adalah suspek dikehendaki kerana disyaki mempunyai kaitan kes pembunuhan di Pandamaran pada 2006,” katanya.

Adzli berkata, tiga daripada wanita itu memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, manakala tiga lagi tidak memiliki do­kumen.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa barang seperti alat pelincir, minyak urut dan tilam.

Katanya, siasatan menda­pati kegiatan pelacuran ini aktif sejak sebulan lalu dan sindiket menyewa rumah berkenaan pada harga RM1,200 sebulan.


'via Blog this'

Ustaz dituduh cium remaja lelaki

Ustaz dituduh cium remaja lelaki - Melaka & NS - Sinar Harian:
Ustaz dituduh cium remaja lelaki

AYER KEROH, MELAKA - Seorang guru tahfiz dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki di sebuah madrasah di Ayer Molek, lima tahun lalu.

Ismail Ghazali, 44, dari Merlimau mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman.

Berdasarkan pertuduhan, Ismail didapati dengan sengaja melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 14 tahun 7 bulan dengan mencium mangsa dan memaksa mangsa memegang kemaluannya.

Ismail melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Madrasah Al Muqarrabin, Balik Bukit, Bukit Lintang kira-kira jam 12.15 tengah malam, pada 16 Mac 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi meminta jaminan RM5,000 dikenakan terhadap tertuduh yang tidak hadir tiga kali sebutan semula kes, bermula 2007 hingga 2008 dan menyebabkan waran dikeluarkan mahkamah.

Bagaimanapun, Ismail yang baru balik menunaikan umrah dua bulan lalu memohon mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan tidak dimaklumkan mengenai tarikh sebutan semula kes tersebut.

“Ketika itu saya sedang belajar di Yaman dan saya tidak mengetahui mengenai waran yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut, malah ahli keluarga juga tidak memaklumkan apa-apa berkaitan kes ini,” katanya.

Syajaratudur kemudian membenar Ismail diikat jamin RM5,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 12 April depan bagi lantikan peguam.


'via Blog this'