Search This Blog

Sunday, March 4, 2012

Kos rawatan mangsa letupan bom ditanggung

Kosmo! Online - Terkini:


04/03/2012 4:27pm

MELAKA — Kementerian Kesihatan dan Pergerakan Puteri Umno Malaysia bersetuju menanggung sepenuhnya kos rawatan dan perubatan Norasyikin Md Esa yang cedera parah selepas sebutir bom yang dihantar melalui satu bungkusan meletup di hadapan rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Lubok China di sini Khamis lepas.

Ketua Puteri Umno Melaka Mas Ermieyati Samsudin berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno.

"Bantuan ini diberikan kerana kementerian dan pergerakan amat bersimpati dan prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa lebih-lebih lagi mangsa adalah ahli pergerakan puteri cawangan Ramuan China Besar,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Besar Melaka di sini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membantu Norasyikin, 27, daripada pelbagai aspek khususnya dalam menangani trauma yang dihadapi akibat kejadian itu.

Dalam kejadian 8.45 pagi Khamis lepas, Norasyikin cedera parah di jari, tangan, muka dan kaki selepas sebutir bom buatan sendiri yang berada di dalam bungkusan tertulis dengan nama abang wanita itu meletup ketika dipegang mangsa.— BERNAMA


'via Blog this'

Peluru pistol bertaburan di jalan dan longkang

Kosmo! Online - Terkini:


04/03/2012 3:55pm

KULIM — Sebanyak 22 butir peluru sembilan milimeter dijumpai bertaburan di pinggir jalan dan dalam longkang di Lebuh Raya Kulim-Baling, berhampiran simpang jalan ke Kampung Bukit Sarang Ayam dekat sini, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata, sekumpulan pekerja penarik kereta yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di kawasan berhampiran telah menemui peluru-peluru tersebut dalam keadaan bertaburan dan sedikit tertimbus dengan rumput di kawasan berkenaan.

Katanya, beberapa anggota Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) yang turut membantu kumpulan lori penarik kereta itu di kawasan kemalangan tersebut mengetahui kes tersebut lalu memaklumkan kepada polis di sini.

“Sebahagian besar peluru-peluru tersebut ditemui di pinggir jalan dan bakinya dalam longkang kira-kira tiga meter dari atas rumput dan keadaan peluru-peluru tersebut walaupun sudah nampak usang tetapi masih boleh digunakan lagi sama ada untuk pistol ataupun senapang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Chin berkata peluru tersebut mungkin ditinggalkan di lokasi tersebut kerana aktiviti pembawa peluru berkenaan sudah dikesan pihak berkuasa maka secara terburu-buru telah membuang peluru berkenaan untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.— BERNAMA


'via Blog this'

103 pelanggan, 103 GRO ditahan

Kosmo! Online - Terkini:


04/03/2012 4:03pm

SEREMBAN — Seramai 103 pelanggan yang sedang menikmati layanan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing, ditahan polis dalam serbuan serentak ke atas empat premis hiburan di Taman AST di sini, malam semalam.

Dalam operasi yang dilakukan Jabatan Sisatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri itu, pihak berkuasa turut menahan 103 GRO warga asing yang bekerja di premis-premis hiburan terbabit.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri ACP Hamdan Majid berkata, kesemua pelanggan tersebut adalah lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an.

"Semua GRO itu pula terdiri daripada 90 warga China, 12 Vietnam dan seorang dari Filipina berusia antara 21 dan 45 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, ketika serbuan dilakukan, semua GRO berkenaan yang sedang leka melayan pelanggan masing-masing tergamam dan beberapa orang daripada mereka cuba melarikan diri dengan bersembunyi di dalam ”lubang tikus”.

Bagaimanapun Hamdan berkata, pasukannya yang diketuai ASP Yusharifuddin Mohd Yusop berjaya mengesan taktik itu sebelum menahan wanita-wanita terbabit.

Katanya siasatan awal mendapati wanita-wanita tersebut masuk ke negara ini dengan cara yang sah tetapi telah menyalahgunakan pas lawatan mereka dengan bekerja di premis-premis terbabit.— BERNAMA


'via Blog this'

Lelaki maut cuba lari sekatan polis

Kosmo! Online - Terkini:


04/03/2012 4:47pm

SHAH ALAM — Seorang lelaki, yang cuba melarikan diri daripada sekatan polis, maut apabila motosikal yang ditunggangnya secara melawan arus merempuh sebuah kereta Perodua Myvi di Persiaran Masjid di sini, awal hari ini.

Aidil Hamidi Ismail, 33, dari Negeri Sembilan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian muka dan kepala.

Ketua Ops Samseng Jalanan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ASP Hambazi Abd Rahmat berkata, dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, lelaki yang menunggang dari arah Bulatan Setia Jasa berhampiran Seksyen 10 di sini, bertindak nekad berpatah balik sebaik menyedari terdapat sekatan polis, kira-kira 200 meter di hadapannya.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini. — BERNAMA


'via Blog this'

Kelantan khuatir peningkatan ketara kes diabetes

Kosmo! Online - Terkini:


04/03/2012 5:15pm

KOTA BAHARU — Kelantan khuatir dengan peningkatan ketara jumlah penghidap baru kes diabetes di negeri ini, yang berpunca daripada tabiat penduduknya mengambil gula secara berlebihan kata, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri Wan Ubaidah Omar.

Beliau berkata, sepanjang tahun lepas, kira-kira 25,500 penduduk menghidap diabetes dengan lebih 4,000 orang merupakan kes baru.

"Ini yang kita bimbangkan kerana segala langkah telah kita lakukan untuk memberi kesedaran kepada rakyat namun mereka menganggap penyakit ini sebagai biasa sahaja.

"Mereka telah menjadikan mengambil gula berlebihan ini adalah gaya hidup rakyat Kelantan dan penyakit ini merupakan penyakit biasa yang tidak perlu digeruni,” katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini, hari ini.— BERNAMA


'via Blog this'

Lelaki maut dirempuh kereta ketika tukar tayar

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki maut dirempuh dan diseret sebuah kereta ketika menukar tayar vannya yang pancit di susur Kerinchi, Lebuhraya Persekutuan awal hari ini.S. Rajendran, 50, mati di tempat kejadian selepas dirempuh dan diseret sejauh kira-kira 25 meter oleh sebuah kereta Volkswagen Scirocco yang dipandu wanita berusia 26 tahun.Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata, kejadian pada pukul 6.15 pagi itu turut menyebabkan van yang dipandu lelaki itu hangus terbakar."Rajendran yang bekerja sebagai pemandu di sebuah hotel di Petaling Jaya, menghentikan van Toyoto Hiace yang dipandunya di lorong kiri jalan untuk menukar tayar selepas menyedari ia pancit."Ketika sedang menukar tayar, kereta itu melanggar bahagian belakang sebelah kanan van mangsa sebelum merempuh lelaki itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.— BERNAMA

osmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Sungai tercemar racun serangga

CAMERON HIGHLANDS: Masalah 6,000 penduduk berhampiran Sungai Terla, di sini, yang terputus bekalan air bersih sejak enam hari lalu, terjawab apabila pencemaran racun serangga secara berlebihan ke sungai dikesan sebagai punca utama.

Pencemaran itu yang mengakibatkan ikan di sungai mati mendadak turut menyebabkan sebuah loji rawatan air yang membekalkan keperluan asas kepada penduduk terpaksa ditutup sejak Selasa lalu.


Pegawai Daerah Cameron Highlands, Datuk Syed Ab Mutalib Syed Hassan berkata, ujian ke atas sampel bangkai ikan dilakukan Jabatan Kimia menunjukkan kehadiran racun berkenaan sebagai punca kematian ikan.

Katanya, pihak berkuasa kini menyiasat punca pencemaran dan mengenal pasti pihak bertanggungjawab.


“Kita memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Kematian ikan di sungai itu mula dikesan Selasa lalu dan berikutan itu, loji rawatan utama di Kampung Terla ditutup sejak jam 11.30 pagi hari sama berikutan bimbang berlaku pencemaran air dan memudaratkan kesihatan penduduk.

Akibatnya, lebih 6,000 penduduk di Kampung Kuala Terla dan Kampung Raja terpaksa mendapatkan bekalan melalui lori tangki air yang disediakan Perbadanan Air Pahang (PAIP).


Syed Ab Mutalib berkata, pihaknya akan terus menutup loji itu dan pihak berkuasa kini membuat analisis air berkenaan.myMetroSungai tercemar racun serangga:

'via Blog this'

Tahan 34 GRO

myMetroTahan 34 GRO: "SEREMBAN: Seramai 34 wanita disyaki pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam operasi khas memerangi aktiviti pelacuran di tiga hotel bajet di bandar ini, petang kelmarin.

Serbuan dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri diketuai Pegawai Turus D7 negeri, Asisten Superintendan Yusharifuddin Mohd Yusop, bermula jam 3 hingga 5 petang.


Difahamkan, selain GRO dan penjaga premis, 11 pelanggan turut berada di dalam ketiga-tiga premis itu dan semua mereka ditahan untuk tindakan lanjut.

Hasil serbuan berdasarkan maklumat dan risikan itu, polis dikatakan turut menemui lebih 100 kondom selain tisu dan cecair pelincir seks.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, operasi itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya mengenai kewujudan aktiviti pelacuran di premis terbabit."

'via Blog this'

Pengsan tahu anak terbunuh

myMetroPengsan tahu anak terbunuh: "KUALA LUMPUR: Seorang bapa hampir pengsan dan terpaksa dipapah sejurus tiba di perkarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimaklumkan anaknya meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Tasik Permai, Ampang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, Saiful Ramli, 24, yang membonceng motosikal rakan baiknya, Mohd Syafiq Yahya, 24, dalam perjalanan ke sebuah bengkel untuk membeli alat ganti teksi yang rosak.


Menurut kakak Saiful yang dikenali sebagai Liza, 27, adiknya mengenali rakannya selepas kedua-duanya menyewa beli sebuah teksi dan bekerja secara bergilir-gilir menggunakan teksi berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

“Adik saya memandu teksi itu pada waktu siang manakala Mohd Syafiq memandu pada waktu malam, sekali gus menjadikan hubungan mereka akrab,” katanya ketika ditemui di HKL.


Katanya, adik bongsunya yang sudah berumah tangga bakal menimang cahaya mata ketiga Mei depan selain mempunyai dua anak berusia lima tahun dan lapan bulan.


Sementara itu, saksi kejadian, Mohd Aidil Itnin, 24, berkata, dia melihat mangsa cuba memotong sebuah lori seberat satu tan di jalan berkenaan yang menghala ke Taman Putra, Ampang sebelum bergesel dengan lori berkenan dan tercampak."

'via Blog this'

GRO menyanyi separuh bogel

myMetroGRO menyanyi separuh bogel: KUALA LUMPUR: Aksi ‘catwalk’ pelayan pelanggan (GRO) sambil menari dan menyanyi dengan pakaian separuh bogel menjadi santapan mata buat pelanggan sebuah pusat hiburan di Kepong, di sini.

Pusat hiburan yang tahun beroperasi itu menyediakan pentas ‘catwalk’ di tengah premisnya sebagai tarikan kepada pengunjung untuk melihat aksi ghairah wanita Thailand dan Vietnam terbabit.


Pelanggan yang gagal mengawal nafsu pula dikatakan boleh melanggan GRO terbabit yang turut menyediakan khidmat seks dengan bayaran mahal.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu akhirnya terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turusnya, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, awal pagi tadi.


Dalam serbuan jam 1.30 pagi, 14 GRO warga Thailand dan seorang wanita Vietnam berusia 20 hingga 35 tahun tergamam sebaik menyedari pusat hiburan itu diserbu polis ketika mereka leka melayan pelanggan.


Malah, sebahagian mereka ketika itu asyik menyanyi sambil menari dengan pakaian mengghairahkan di atas pentas.

Azman berkata, polis mengadakan intipan di pusat hiburan terbabit sejak seminggu lalu selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan tidak bermoral di premis itu.


Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan itu yang beroperasi sejak lima tahun lalu bertukar majikan dan tidak mempunyai lesen selepas gagal diperbaharui.

“Pusat hiburan ini menggunakan khidmat GRO dengan menyediakan pentas ‘catwalk’ dan wanita terbabit akan menari, menyanyi dalam aksi mengghairahkan dengan pakaian seksi.


“Kita percaya mereka turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang memberi tawaran lumayan bergantung kepada cara mereka memujuk GRO terbabit,” katanya selepas operasi.


Azman berkata, semua mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.


Katanya, seorang wanita tempatan berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan.


“Kita akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak memperbaharui lesen premis terbabit selain akan mengeluarkan saman kepada pemiliknya,” katanya.


'via Blog this'

Sekeluarga disamun

myMetroSekeluarga disamun: "PORT DICKSON: Seorang guru lelaki dan keluarganya menempuh detik menakutkan apabila diikat dalam sebuah bilik oleh tiga lelaki bertopeng yang menceroboh masuk kediaman mereka dalam kejadian samun di Kampung Permatang Pasir, Linggi, dekat sini, awal pagi Khamis lalu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3.15 pagi, mangsa berusia 45 tahun yang tidur dikejutkan dengan kehadiran penyamun yang melarikan barangan berharga dianggarkan bernilai lebih RM10,000.


Mangsa yang berjaya melepaskan diri daripada ikatan dua jam kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Linggi untuk tindakan lanjut."

'via Blog this'

Mangsa ular tedung stabil

myMetroMangsa ular tedung stabil: "KUANTAN: Walaupun masih bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan, mangsa patukan ular tedung selar, Mohd Sabron Jamil Kamarudin, 24, kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Bapa mangsa, Kamarudin Abdullah, 56, berkata sehingga petang semalam, anak ketiganya menunjukkan perkembangan positif dan masih dalam penjagaan rapi hospital."

'via Blog this'

Lihat isteri digilis

myMetroLihat isteri digilis: TANAH MERAH: Menyayat hati bagi seorang suami menyaksikan sendiri isterinya digilis kenderaan tiga kali ketika cuba melintas jalan untuk bersarapan bersama ahli rombongan persatuan surau dekat Masjid Kampung Panglima Bayu, di sini, pagi semalam.

Kejadian di Kilometer 71 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli pada jam 7 pagi itu menyebabkan pesara jururawat, Kamariah Osman, 63, terbunuh dalam keadaan ngeri apabila badannya hancur dengan kedua-dua kaki terputus akibat digilis kenderaan yang datang dari kedua-dua arah.


Suaminya, Yahya Ahmad, 66, yang turut rebah selepas kali pertama dirempuh sempat bangun dan menyelamatkan diri ke bahu jalan dalam keadaan cedera parah sebelum dikejarkan ke Hospital Tanah Merah (HTM).

Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan dirempuh dua kali oleh kereta dari arah Tanah Merah ke Jeli dan kali ketiga oleh sebuah lagi kenderaan dari arah bertentangan ketika berhenti di garisan kembar di tengah jalan bersama suaminya.


Menurut ahli jawatankuasa persatuan surau itu, Agil Mohamad, 74, rombongan seramai 36 orang itu ingin bersarapan di kedai makan seberang jalan sebelum meneruskan perjalanan untuk beli-belah di Rantau Panjang.


Katanya, sebelum itu mereka sempat menunaikan solat Subuh bersama di masjid berhampiran.

“Saya cuma hairan apabila dia sekali lagi mengambil wuduk walaupun selesai solat Subuh. Ia menyebabkan mereka berdua tertinggal di belakang ketika kami ingin melintas ke kedai makan di seberang jalan,” katanya.


Katanya, rombongan persatuan surau dari Kemaman, Terengganu itu bertolak jam 12.30 tengah malam semalam dan tiba di masjid pada jam 5.30 pagi.

“Sebaik selesai solat Subuh, kami ingin bersarapan di kedai makan seberang jalan. Kamariah dan suaminya menyangka kami akan meneruskan perjalanan, menyebabkan mereka berdua menaiki bas semula.


“Menyedari ahli rombongan tiada dalam bas, mereka kemudian turun untuk melintas jalan. Kami yang berada di kedai makan tidak sedar kejadian itu sehingga terdengar jeritan orang ramai,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supritendan Abd Aziz Mahmud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.


Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga pemandu kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu tidak dapat dikesan apabila melarikan diri sejurus kejadian.


“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


'via Blog this'

Lelaki cacat penglihatan kena samun

myMetroLelaki cacat penglihatan kena samun: "GEORGETOWN: Sekumpulan penjenayah dikesan menggunakan taktik kononnya ingin memberi sumbangan wang Bantuan Rakyat 1Malayisa (BR1M) sebelum menyamun mangsa.

Dalam kejadian Khamis lalu, seorang lelaki cacat penglihatan menjadi mangsa apabila dia dan ibunya disamun sekumpulan tujuh penjenayah di rumah mereka di Taman Bukit Jambul, di sini.


Menurut sumber, mangsa berusia 42 tahun pada mulanya didatangi seorang wanita yang mendakwa mahu menyampaikan wang BR1M kepadanya.

“Sejurus mangsa memberitahu dia tidak mahu wang terbabit, wanita itu keluar daripada rumah mangsa dan memanggil enam lelaki.


“Tiba-tiba kumpulan lelaki itu yang bersenjatakan parang menyerbu masuk ke rumah sebelum mengikat mangsa dan ibunya,” katanya.


Menurutnya, penjenayah kemudian menggeledah rumah mangsa dan mengambil wang tunai RM1,200 serta barang kemas sebelum melarikan diri."

'via Blog this'

Bekas pesakit kanser ugut muat naik gambar bogel teman wanita

myMetroBekas pesakit kanser ugut muat naik gambar bogel teman wanita: "SINGAPURA: Seorang lelaki yang baru sembuh daripada kanser testis diletakkan di bawah pengawasan selama 18 bulan oleh mahkamah kerana mengugut akan memuat naik gambar bogel teman wanitanya yang di bawah umur.

Lelaki berusia 22 tahun itu, mengugut meletakkan gambar bogel itu di Internet, apabila teman wanitanya mahu memutuskan hubungan mereka pada Jun, 2009.
Dia mengambil gambar bogel teman wanitanya, waktu itu berusia 16 tahun, menggunakan telefon bimbit.

Kerana takut gambarnya akan disebar, gadis itu bersetuju untuk bersamanya beberapa bulan selepas itu, tetapi memberitahu abangnya mengenai ugutan lelaki itu.


Mereka kemudian membuat laporan polis.


Menurut laporan akhbar, lelaki dan gadis bawah umur itu bertemu pada 2007.

Dia melakukan seks oral ke atas teman wanitanya tahun berikutnya ketika dia menyambut ulang tahun ke-15, di rumah lelaki itu. -Asiaone"

'via Blog this'

Bapa dakwa ustaz pukul anak




ABD. Rahim (kiri) menunjukkan lebam dan luka pada belakang badan anaknya, Amir Azamuddin di Bukit Rambai, Melaka, semalam.


MELAKA 3 Mac - Seorang bapa mendakwa anaknya yang belajar di sebuah pusat maahad tahfiz swasta di Bukit Rambai dekat sini, dirotan seorang ustaz sehingga lebam dan luka hanya kerana mengejek rakan-rakannya pada Khamis lalu.

Abd. Rahim Abdul Wahid, 37, berkata, dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu anaknya, Amir Azamuddin, 14, telah dirotan sebanyak 10 kali di belakang badan, bahu kiri dan kedua-dua betis.

Menurutnya, anaknya itu dirotan kerana mengejek rakan-rakannya pada malam sebelum kejadian dan salah seorang daripadanya telah memaklumkan kepada ustaz berkenaan.

"Apa yang dilakukan itu tidak setimpal dengan hukuman yang dikenakan apabila dirotan hingga cedera pada badannya walaupun saya tidak kisah dia menerima hukuman atas kesalahannya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Aksi ghairah tawar seks


KUALA LUMPUR 3 Mac - Gadis pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Kepong dekat sini, dikesan menyanyi sambil menari dengan aksi-aksi ghairah di atas pentas sebelum menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Premis yang telah beroperasi sejak lima tahun lalu dan pernah diserbu pihak berkuasa beberapa kali itu tidak pernah serik dan terbaru diserbu lagi awal pagi ini.

Dalam serbuan pukul 1.30 pagi oleh sepasukan anggota Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, seramai 14 GRO warga Thailand dan seorang warga Vietnam ditahan.

Turut ditahan, seorang wanita berusia 30-an yang dipercayai penjaga gadis-gadis berkenaan.

Pegawai Turus D7 kontinjen itu, Deputi Supritendan Azman Mohd Isa berkata, ketika serbuan sebahagian gadis berusia 20 hingga 35 tahun itu leka melayan pelanggan manakala yang lain menari dengan aksi ghairah di atas pentas.


Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Dua sahabat maut digilis lori



KUALA LUMPUR 3 Mac - Hasrat dua sahabat untuk membaiki teksi milik mereka yang dikongsi bersama tidak kesampaian apabila kedua-duanya maut dalam nahas ngeri di Jalan Tasek Permai menghala ke Taman Putra, Ampang, di sini hari ini.

Kejadian pukul 11.30 pagi difahamkan berlaku apabila motosikal ditunggang Saiful Ramli, 24, dan rakannya, Mohamad Syafiq Yahya, 24, itu cuba memotong sebuah lori mengangkut tanah seberat 10 tan.

Malangnya, motosikal Honda Wave itu bergesel dengan sebuah lori lain muatan satu tan dari arah sama sehingga menyebabkan kedua-duanya terjatuh di atas jalan.

Lori tanah dipandu lelaki tempatan berusia 49 tahun yang ketika itu sedang menaiki jalan yang cerun pula terlalu dekat dengan mangsa sehingga tidak sempat mengelak lalu menggilis mereka.

Lori muatan satu tan itu dipercayai melarikan diri sejurus kejadian berlaku.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Budak mati dihempap pagar



BESUT 3 Mac - Tiada yang luar biasa apabila Mohd. Aqif Najwan Majuki, 3, bermain seorang diri di pintu pagar besi yang sering dijadikan 'jaring' untuk abang dan kakaknya bermain badminton di halaman rumah datuk mereka di Kampung Layout Tok Saboh, Kuala Besut di sini.

Namun semalam merupakan tragedi berdarah buat Mohd. Aqif Najwan apabila pintu pagar gelongsor itu tiba-tiba rebah lalu menghempapnya sehingga mengakibatkan mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia.

Kejadian berlaku pukul 10 pagi semasa kakak mangsa, Nurul Aina, 10, dan abangnya, Nizarudin Ikmal, 11, sedang bermain badminton di pintu pagar bersebelahan manakala Mohd. Aqif Najwan bermain seorang diri.

Datuk mangsa, Mat Saman Pak Adek, 66, berkata, dia sebelum itu mengambil mangsa dari tempat kerja ibunya di sebuah kilang keropok tidak jauh dari situ.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Polis serbu 3 hotel, tahan 47 pelacur




Sebahagian daripada 47 wanita yang ditahan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat IPK Negeri Sembilan hasil serbuan ke atas tiga buah hotel bajet bagi menangani aktiviti pelacuran di sekitar Seremban, petang kelmarin.


SEREMBAN 3 Mac - Polis menahan 34 wanita tempatan dan 13 wanita warga Indonesia kerana dipercayai menjalankan kegiatan maksiat dalam serbuan di tiga buah hotel bajet yang dijadikan sarang pelacuran di sekitar pusat bandar ini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, serbuan dilakukan bermula pukul 3 petang hasil maklumat dan risikan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Katanya, polis turut merampas 107 keping kondom, empat bahan pelincir dan tiga gulung tisu yang disyaki digunakan untuk tujuan pelacuran.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

Paras air meningkat, beribu penduduk pindah


SYDNEY 3 Mac - Beribu-ribu penduduk di barat laut Sydney dan New South Wales hari ini, diarahkan berpindah ekoran peningkatan paras air sungai akibat hujan lebat yang berterusan.

Pesuruhjaya Tinggi Perkhidmatan Kecemasan Negeri, Murray Kear berkata, sebanyak 3,500 penduduk dijangka berpindah apabila 75 peratus kawasan di New South Wales yang menempatkan paling banyak penduduk di negara ini terjejas akibat banjir.

Hujan lebat yang berterusan menyaksikan paras air di Empangan Warragamba, sumber bekalan air di Sydney meningkat kepada paras kapasiti maksimum buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun.

Aliran deras Sungai Hawkesbury dan Nepean dalam pada itu dijangka mengancam bahagian barat laut bandar ini.

"Banjir berada pada tahap sederhana namun ia dijangka menenggelamkan jalan-jalan utama dan jambatan," kata Kear.


Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

91 puting beliung landa AS



CHICAGO 3 Mac - Pasukan penyelamat hari ini meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa selepas lebih 91 puting beliung melanda seluruh Amerika Syarikat (AS) semalam yang menyebabkan sekurang-kurangnya 31 maut.

Berpuluh-puluh kediaman, kenderaan dan bangunan awam antara paling teruk terjejas dalam bencana tersebut.

Menurut pihak berkuasa, jumlah mangsa terkorban di Indiana mencecah 13 orang menjelang petang semalam.

"Laporan awal menunjukkan kerosakan paling teruk berlaku di tenggara Indiana termasuk Henryville dan Marysville di daerah Clark, serta Pekin dan New Perkin di daerah Washington," menurut kenyataan Pusat Maklumat Bersama.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Awam Kentucky mengesahkan jumlah kematian seramai 12 orang apabila 13 puting beliung direkodkan melanda negeri itu, manakala dua lagi kematian dilaporkan berlaku di Ohio.

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Kes kematian akibat demam denggi meningkat

KAJANG: Kes kematian akibat demam denggi kini semakin membimbangkan apabila 15 kes kematian dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding lapan kematian dalam tempoh sama 2011, iaitu peningkatan sebanyak 88 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan kematian paling tinggi dengan lapan kes, diikuti Wilayah Persekutuan (3) dan masing-masing satu kes di Kedah, Perak serta Negeri Sembilan.
Katanya, 15 kes kematian itu dicatatkan daripada keseluruhan 4,453 jumlah kes denggi yang dilaporkan sepanjang Januari hingga 1 Mac lalu, meningkat 14 peratus berbanding 3,915 dalam tempoh masa sama tahun lalu.
“Daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan kes paling tinggi dengan 2,012, diikuti Wilayah Persekutuan sebanyak 450 dan Perak (328),” katanya kepada media selepas merasmikan majlis pelantikan Pasukan Skuad Denggi Penyelamat Nyawa Sekolah Menengah Vokasional Kajang, sesi 2012/2013, di sini semalam.

Dr Hasan berkata, bagi mengurangkan kes denggi, masyarakat digesa melakukan aktiviti bergotong-royong mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di persekitaran mereka, dengan meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu melalui kempen yang dijalankan.

Pada masa sama, katanya, program pencegahan di sekolah adalah penting bagi mengurangkan kes demam denggi berikutan melalui pemantauan yang dibuat ke atas 12,224 institusi itu sepanjang tahun lalu, sebanyak 1,061 kes atau sembilan peratus yang diperiksa mempunyai pembiakan Aedes.

Malah, beliau berkata, berdasarkan analisis kementerian, sebanyak 21 peratus atau 935 kes daripada kes demam denggi dilaporkan tahun ini membabitkan pelajar dengan tiga daripadanya maut.
“Justeru, kementerian menggalakkan pembabitan sekolah dalam aktiviti pencegahan denggi melalui Program Bebas Denggi, yang mana sehingga tahun lalu sebanyak 3,863 sekolah sudah mengikutinya.

“Kes demam denggi dan kematian tahun ini adalah tidak baik, lebih-lebih lagi sekarang adalah musim hujan. Kita juga meminta sesiapa yang demam panas secara mengejut dan mempunyai tanda demam denggi supaya segera pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Berita Harian Online | Kes kematian akibat demam denggi meningkat:

'via Blog this'

Budak maut dihempap pagar datuk

pix_gal0
JERTIH: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut dihempap pintu pagar besi ketika bermain di rumah datuknya di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Muhammad Aqif Najwan Majuki (gambar), bermain bersendirian dengan berpaut sambil menolak dan menyorong pintu pagar besi itu.
Muhammad Aqif Najwan dari Kampung Pengkalan Nyireh, ditinggalkan ibu bapa untuk dijaga datuknya Mat Seman Pak Adek, 67, seorang pesara, ketika mereka bekerja.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Mat Seman berada tidak jauh dari pintu pagar berkenaan ketika kejadian.

"Sebaik melihat pintu pagar itu terbalik dan menimpa cucunya, Mat Seman, berkejar mendapatkan cucunya yang berlumuran darah dan menghantarnya ke Hospital Besut (HB), di sini," katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Aqif Najwan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital akibat kecederaan parah di kepala dan pipi kirinya.

Berita Harian Online | Budak maut dihempap pagar datuk:

'via Blog this'

Pelukan erat ibu selamatkan bayi

EDISYAH bersama isterinya Salmiah    melihat kereta mereka selepas terhumban ke  dalam  Sungai Padang, dekat Simpang Empat, Kangar, semalam.
EDISYAH bersama isterinya Salmiah melihat kereta mereka selepas terhumban ke dalam Sungai Padang, dekat Simpang Empat, Kangar, semalam.
Kereta dinaiki tiga sekeluarga terbabas ke dalam sungai selepas dirempuh motosikal

KANGAR: Tindakan seorang ibu memeluk erat bayinya yang berusia empat bulan apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Padang, Simpang Empat, dekat sini berjaya menyelamatkan nyawa anak kecil itu, semalam.
Salmiah Salim, 27, memeluk erat bayinya, selepas kereta dipandu suaminya, Edisyah Hashim, 27, hilang kawalan sebelum terbabas dan menjunam ke dalam sungai yang terletak 100 meter dari rumah keluarganya, di sini.
“Saya tergamam ketika itu dan cuma memeluk anak saya dengan erat kerana bimbang terlepas,” kata Salmiah yang kelihatan masih trauma dengan kejadian itu.

Salmiah yang juga staf Jabatan Audit bersama bayinya, Muhammad Firas dan suaminya terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari semalam selepas kereta dipandu Edisyah dari arah Simpang Empat menghala Sungai Padang terbabas sejurus terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal yang dipandu seorang remaja lelaki.

Ketika itu, kereta PERODUA Kancil dipandu Edisyah dikatakan cuba membelok ke kanan untuk memasuki simpang menghala rumah mentuanya, sebelum motosikal terbabit yang dipercayai mengekori rapat terus merempuh bahagian pintu sebelah kanan kenderaan.
Kedua-dua kenderaan kemudian hilang kawalan sebelum masing-masing terbabas ke bahagian kanan laluan dan terus terjunam ke dalam sungai di situ.

Edisyah ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat dalam kejadian itu.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Rusli Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kes terbabit.

Berita Harian Online | Pelukan erat ibu selamatkan bayi:

'via Blog this'

15 GRO beraksi ghairah ditahan

ANTARA ditahan dalam serbuan dijalankan pasukan D7 di Kepong, semalam.
ANTARA ditahan dalam serbuan dijalankan pasukan D7 di Kepong, semalam.
KUALA LUMPUR: Seramai 15 wanita pelayan pelanggan (GRO) sebuah premis hiburan di Jalan Metro Prima Perdana Barat 7, Kepong, di sini ditahan kerana terbabit dalam kegiatan tidak bermoral, termasuk melakukan pelbagai aksi ghairah.

Ketika serbuan jam 2.30 pagi semalam itu, 14 wanita warga Thailand dan seorang warga Vietnam terbabit berpakaian seksi sehingga menampakkan seluar dalam dan coli sedang leka mengadakan tarian menghairahkan di atas pentas dalam premis berkenaan.
Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Azman Md Isa, berkata wanita warga asing berusia antara 22 hingga 34 tahun itu melakukan pelbagai aksi ghairah bagi memikat hati pengunjung premis yang beroperasi secara haram sejak lima tahun lalu itu.
Katanya, siasatan awal mendapati, sejurus tarian dihentikan untuk seketika, GRO terbabit akan datang ke meja pengunjung sebelum menawarkan khidmat seks yang akan dilakukan di hotel bajet berhampiran sejurus premis menamatkan operasinya sekitar jam 2 pagi.

“Pemeriksaan juga mendapati semua wanita yang ditahan memasuki negara ini berulang kali dengan menggunakan pas lawatan sosial dan akan disiasat mengikut Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya ketika ditemui selepas serbuan dijalankan.

Selain GRO warga asing dan penjaga premis berkenaan, polis turut mengambil keterangan daripada pengunjung premis hiburan terbabit terdiri daripada 44 lelaki dan lima wanita.

Azman berkata, pemilik premis juga akan dikenakan tindakan mengikut akta sama kerana membenarkan pekerja asing bekerja tanpa sebarang permit sah, selain tindakan atas kesalahan menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen.

Berita Harian Online | 15 GRO beraksi ghairah ditahan:

'via Blog this'

Skim cepat kaya jerat orang kampung


KPDNKK dapati 10 peratus penduduk mudah terpedaya ‘labur’ setiap bulan

PAGOH: Kira-kira 10 peratus penduduk di luar bandar dan pedalaman dikesan menyertai skim cepat kaya setiap bulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya mengambil berat perkembangan membimbangkan itu kerana ia membuktikan rakyat negara ini mudah terpengaruh dan terpedaya.
“Kita mengesan penduduk kawasan pedalaman dan luar bandar mudah diperdaya seterusnya menyertai skim cepat kaya atau pelaburan tidak sah mengikut undang-undang, setiap bulan.

“Menyedari masalah itu, kementerian menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertindak proaktif dengan turun padang menganjurkan Karnival SSM bersama Rakyat di seluruh negara terutama kawasan luar bandar bagi memberi pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai berkaitan perkara seperti bahaya skim cepat kaya ini dan mengelakkan mereka terus menjadi mangsa dan teraniaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Karnival SSM Bersama Rakyat dan Ulang tahun ke-10 SSM yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berita Harian Online | Skim cepat kaya jerat orang kampung:

'via Blog this'

Suami, isteri bekal pelacur kelas atasan


  POLIS menemui kondom dalam pemeriksaan mengejut di sebuah pusat karaoke eksklusif, di Johor Bahru, malam tadi.
POLIS menemui kondom dalam pemeriksaan mengejut di sebuah pusat karaoke eksklusif, di Johor Bahru, malam tadi.
Tumpu pusat hiburan eksklusif, hotel mewah cari pelanggan VIP

JOHOR BAHRU: Kelicikan sepasang suami isteri berusia 30-an mendalangi sindiket pelacuran yang menawarkan pelacur untuk pelanggan korporat berakhir selepas ditahan polis, hasil serbuan terhadap sebuah pusat hiburan eksklusif di bandar raya ini, awal pagi semalam.
Suami isteri yang bertindak sebagai ibu dan bapa ayam itu, dikesan menjadikan pusat hiburan eksklusif dan hotel bertaraf lima bintang sekitar bandar raya ini untuk menawarkan khidmat tidak bermoral.
Mereka dipercayai meraih pendapatan lumayan menerusi kegiatan persundalan terbabit secara menyediakan pelacur untuk kepada pelanggan korporat dan kelas atasan itu.

Kegiatan suami isteri itu terbongkar apabila sepasukan Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7 ) Polis Johor menyerbu sebuah pusat karaoke kira-kira jam 12.30 pagi selepas dua hari mengintip kegiatan di situ.

Sejurus menyedari serbuan polis, bapa ayam terbabit yang berada di luar bilik karaoke, cuba melarikan diri meninggalkan isterinya tetapi berjaya ditahan ketika cuba menaiki lif.

Beberapa pelacur yang ditemui mabuk dalam bilik karaoke itu juga memberikan pelbagai alasan termasuk mahu berbogel kerana berang dengan tindakan polis menyerbu bilik karaoke terbabit. Masa sama, ada pelacur mendakwa baru dua kali melakukan perbuatan itu dalam usahanya merayu dilepaskan.
Pegawai Turus D7 Polis Johor, Deputi Superintendan Mohammad Abdul Hamid, berkata modus operandi yang digunakan pasangan suami isteri itu dengan menghantar pelacur ke pusat hiburan dan hotel eksklusif mengikut permintaan pelanggan istimewa mereka sebagai teman sosial selain menawarkan khidmat seks.

Katanya, susulan serbuan itu lima pelacur muda berusia 21 hingga 23 tahun ditahan bersama sepasang suami isteri berusia lingkungan 30-an yang menguruskan mereka.

“Pasangan bapa dan ibu ayam ini mengenakan caj RM650 bagi setiap gadis yang dihantar sebagai teman sosial VIP untuk berhibur dan RM1,200 pakej bermalam termasuk khidmat seks dengan menyediakan wanita tempatan bagi memenuhi keinginan seks mereka,” katanya.

“Polis menemui beberapa kondom yang belum digunakan, kertas yang mencatat rekod persundalan yang dijalankan dan sejumlah wang tunai, " katanya selepas serbuan itu.

Mohammad berkata, pasangan suami isteri terbabit kini sedang disiasat mengikut Seksyen 372(1)(F) Kanun Keseksaan manakala lima wanita disiasat mengikut Seksyen 372B kanun yang sama.
Berita Harian Online | Suami, isteri bekal pelacur kelas atasan:

'via Blog this'