Search This Blog

Friday, March 2, 2012

JKM selamat remaja kutip derma

myMetro | JKM selamat remaja kutip derma: SHAH ALAM: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang diarah sebuah pusat tahfiz di Kedah untuk mengutip derma dan menjual barangan dalam Ops Eksploitasi Kanak-Kanak di sebuah stesen minyak di Seksyen 18, di sini, kelmarin.

Difahamkan remaja terbabit akan dihantar individu yang dikenali ‘cikgu’ ke stesen minyak bermula jam 12 tengahari dan akan diambil semula pada jam 8 malam untuk mengutip derma selain menjual barangan seperti air dan gel herba serta cakera padat. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Eny Edayu Mat Ali berkata, sewaktu dihampiri, remaja terbabit memegang buku resit dan terdapat beberapa barangan herba dan menyasarkan orang ramai yang mahu mengisi minyak menderma atau membeli barangan di jual.


Katanya, remaja terbabit mendakwa dia baru empat hari tiba di Shah Alam dan sebelum ini, dia menjual barangan seperti air herba dan gel herba di beberapa buah negeri lain di semenanjung.

“Sewaktu didekati, remaja terbabit dipercayai baru memulakan aktivitinya dan barangan jualannya masih banyak dan disimpan di dalam beg yang di bawa bersama.


“Remaja terbabit menyatakan dia di hantar cikgunya ke stesen minyak berkenaan untuk meminta derma dan menjual barangan herba serta cakera padat selain mendakwa ianya adalah latihan praktikal untuk berniaga,” katanya.


'via Blog this'

Rais terima ugutan

myMetro | Rais terima ugutan: KUALA LUMPUR: ‘Bakar rumah Rais Yatim jom?’. Itu mesej berbaur ugutan yang dihantar seorang lelaki di laman sembang sosial Twitter kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki yang menggunakan nama nama ‘Umair Al-Zubair@alzubyr’ menulis kenyataan itu di laman berkenaan menggunakan akaunnya sendiri.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata pegawai media Rais menyedari kewujudan mesej berbaur ugutan itu ketika berada di pejabatnya di Bangunan Abdul Samad, Jalan Raja, sebelum memaklumkannya kepada menteri itu.


'via Blog this'

‘Mereka amat kejam’

myMetro | ‘Mereka amat kejam’: "KOTA BHARU: “Perbuatan sedemikian kejam dan tidak seharusnya berlaku, malah hukuman setimpal perlu diberikan kepada pengasuh yang tidak bertanggungjawab itu,” kata penyanyi dan pelakon, Maya Karin.

Maya mengulas tindakan dua pengasuh yang mendera bayi dengan menampal pita pelekat pada mulut di sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, Johor.
Maya yang juga Duta Yayasan Orang Kelainan Upaya Kelantan, (Yokuk) berkata, pengasuh terbabit tidak sepatutnya melakukan perbuatan itu kerana mereka perlu amanah ketika menjaga anak orang lain.

Katanya, pengasuh yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan bayi di pusat asuhan perlu mempunyai sifat kasih sayang dan sabar ketika melayan kerenah bayi yang dijaga.


“Ibu bapa mana tidak terkejut selepas mengetahui anak mereka diperlakukan dengan kejam di pusat asuhan dan saya rasa hukuman berat perlu dijatuhkan kepada pengasuh berkenaan kerana perbuatan itu tidak berperikemanusiaan"

'via Blog this'

54 ditahan dalam Ops Sapu

myMetro | 54 ditahan dalam Ops Sapu: "MELAKA: Seramai 54 pendatang asing tanpa izin diberkas anggota Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen negeri dalam Ops Sapu yang diadakan di tiga tapak pembinaan di sekitar bandar raya ini, petang kelmarin.

Operasi selama lima jam bermula jam 10.30 pagi itu diketuai Timbalan Penolong Pengarahnya, Mohd Yusof Hashim serta 60 pengawai dan anggota penguat kuasa dan 11 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela).


Ketika serbuan kebanyakan pendatang yang ditahan sedang leka bekerja di tapak binaan dan tidak menyedari kehadiran anggota Jabatan Imigresen.

Pengarah Imigresen Kamalludin Ismail berkata, dalam operasi awal pagi itu, anggotanya melakukan pemeriksaan ke atas 221 warga asing. “Hasil pemeriksaan, kami mendapati 54 daripada mereka yang berusia 20 hingga 50 tahun melakukan pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c),15 (1) (c) dan 39 (b) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.


“Mereka terdiri daripada 28 lelaki dan tiga wanita warga Indonesia serta 22 lelaki warga Bangladesh dan satu lelaki India kebanyakan mereka tidak memiliki dokumen perjalanan sah, tinggal melebihi masa dan permit sudah tamat tempoh,” katanya"

'via Blog this'

JKM lapor polis

myMetro | JKM lapor polis: "JOHOR BAHRU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat laporan polis terhadap dua wanita yang juga bekas pengasuh di Taska Permata 2, Taman Kota Masai, di sini, berikutan tindakan mereka yang disyaki terbabit menampal pita pelekat pada mulut selain melilit kain bedung pada bayi jagaan mereka serta bebas menyebarkan klip video kejadian itu di Internet, baru-baru ini.

Laporan itu dibuat Pegawai JKM Daerah Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar di Balai Polis Sentral, tengah hari semalam diiringi Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah dan timbalannya, Bazlan Ismail.


Khatijah berkata, pihaknya membuat laporan polis memandangkan kes itu serius bagi mengelak kejadian sama berulang. Menurutnya, laporan polis terhadap wanita berusia 20 dan 22 tahun itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa itu menjalankan siasatan lanjut memandangkan perbuatan mereka boleh menyebabkan gangguan emosi kepada kanak-kanak berkenaan dan ibu bapa mereka.

“JKM membuat laporan mengikut Seksyen 29(2), Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengasuh itu disyaki mencederakan kanak-kanak itu dari segi fizikal dan emosi serta tidak memaklumkannya kepada JKM,” katanya."

'via Blog this'

‘Pulanglah nak...’

myMetro | ‘Pulanglah nak...’: BUTTERWORTH: Seorang remaja perempuan dirayu pulang ke pangkuan bapa dan adik-beradiknya yang lain selepas menghilangkan diri lebih sebulan lalu.

Nur Amira Abu Bakar, 15, yang menghilangkan diri sejak 10 Januari lalu diharap kembali ke sekolah seperti biasa kerana tahun ini remaja itu bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR).


Bapanya, Abu Bakar Bidin, 51, berkata, dia buntu selepas usaha mengesan anak bongsunya itu tidak berhasil termasuk dengan mendapatkan maklumat daripada rakan rapatnya di sekolah.

Menurutnya, dia bimbangkan keselamatan anaknya itu dan turut merinduinya kerana Nur Amira manja dengannya.


Katanya, kehilangan anaknya itu amat dirasai bukan saja oleh dirinya, tetapi adik-beradik yang lain serta ibu tirinya.


“Saya ada penyakit kencing manis, jantung dan darah tinggi dan menyebabkan usaha untuk mengesan Nur Amira agak terbatas.

“Dua anak lelaki saya banyak membantu usaha mengesan adik bongsu mereka itu kerana bimbang dengan kehilangannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Manis, di sini semalam.


Nur Amira, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Inderawasih, di sini, didakwa tidak pulang ke rumahnya selepas pulang dari sekolah pada 10 Januari lalu.

Difahamkan, dua rakannya mendakwa mereka ada menghantar Nur Amira ke stesen bas, di sini, selepas waktu sekolah sebelum Nur Amira membeli tiket dan menaiki sebuah bas ekspres dipercayai menuju ke Ipoh, Perak.


Nur Amira dikatakan sempat menukar pakaian sekolahnya dengan pakaian yang dibawanya di tandas stesen bas berkenaan.


Menurut Abu Bakar, dia tidak tahu punca sebenar menyebabkan anaknya itu sanggup bertindak demikian kerana semua ahli keluarga yang lain amat menyayanginya.


Katanya, antara mereka tidak ada sebarang perselisihan faham kecuali dia pernah beberapa kali bertindak menegur anak perempuannya itu kerana kerap keluar waktu malam.


“Sebenarnya perangai dia berubah secara tiba-tiba sejak Januari tahun lalu apabila menjadi liar, suka melawan dan tidak mendengar nasihat.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui mengenai Nur Amira diminta menghubungi saya di 019-4131639 atau 013-4071327 atau balai polis terdekat,” katanya.


'via Blog this'

Berbalah rebut pusaka

myMetro | Berbalah rebut pusaka: GEORGETOWN: Angkara perbuatan khianat dan salah faham, seorang pengurus restoran nasi kandar kerugian lebih RM12,000 apabila kenderaan pacuan empat roda miliknya terbakar selepas dilontar bahan letupan dipercayai mercun dan disimbah petrol dalam satu kejadian di Lebuh Chulia, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku jam 3 pagi ketika mangsa, Abdul Wahab Mohamed Hanifa, 48, meletakkan Toyota Hilux di tempat letak kereta 30 meter dari restorannya dan ketika kejadian, dia berada di rumahnya yang terletak 300 meter dari lokasi kejadian.


Abdul Wahab berkata, dia menerima panggilan daripada pekerjanya sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan ketika sampai, anggota bomba sedang memadamkan kenderaannya yang terbakar.

Katanya, keadaan dalam kenderaannya rosak teruk terutama tempat duduk belakang dan cermin bahagian belakang pecah.


“Saya terkejut dengan kejadian ini dan percaya ia membabitkan masalah pertelingkahan antara kami adik-beradik.


“Saya kini bimbang mengenai keselamatan ahli keluarga serta pekerja restoran,” katanya.

Abdul Wahab membuat laporan di Balai Polis Central. dan berharap polis dapat menjalankan siasatan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian dan mengesyaki ia berpunca daripada pertelingkahan mengenai harta pusaka milik keluarga.

Gan berkata, melalui rakan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, sebuah kereta dilihat berada berhampiran kenderaan mangsa dan disyaki terbabit dalam kejadian itu.


Katanya, hasil pemeriksaan terhadap nombor pendaftaran kereta yang disyaki mendapati ia atas nama seorang wanita dari Kuala Kangsar, Perak manakala hasil semakan alamat, kawasan berkenaan sudah dirobohkan pihak berkuasa tempatan.


'via Blog this'

Diludah tak tegur senior

myMetro | Diludah tak tegur senior: KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak menegur pelajar senior, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Cheras diterajang tujuh pelajar perempuan lain dari sekolah sama dalam kejadian berdekatan sekolah berkenaan, petang kelmarin.

Kejadian berlaku ketika waktu pulang sekolah pada jam 2.15 petang di sebuah lorong berdekatan sekolah berkenaan di Desa Petaling, di sini. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan kumpulan pelajar senior yang tidak puas hati dengan mangsa yang tidak bertegur sapa dengan mereka.


Katanya, mangsa dikatakan hanya berkawan dengan seorang pelajar di sekolah berkenaan hingga menyebabkan kumpulan pelajar senior terbabit tidak puas hati dengan kelakuannya itu.

“Pada mulanya, mereka dipercayai hanya bertengkar sebelum mangsa yang berseorangan diajak bergaduh di kawasan lain tetapi mangsa enggan kerana takut.


“Akibat naik angin, mangsa ditampar seorang daripada pelajar itu sebelum seorang lagi meludah muka mangsa,” katanya.


Beliau berkata, mangsa kemudian diterajang di perut selain ditampar beberapa kali di muka.

Katanya, selepas puas membelasah mangsa, kumpulan pelajar itu bersurai dan mangsa yang dalam kesakitan berjalan pulang ke rumahnya sebelum mengadu kepada ibunya.


Khairi berkata, ibu mangsa yang mendapati anaknya cedera kemudian membawa anaknya itu ke Balai Polis Salak Selatan Baru untuk tindakan lanjut sebelum ke klinik untuk rawatan.


'via Blog this'

Culik olok-olok

myMetro | Culik olok-olok: SERDANG: Satu sindiket dikesan bergiat aktif memperdaya ibu bapa di daerah ini dengan mendakwa menculik ahli keluarga mereka sebelum meminta wang tebusan antara RM10,000 dan RM50,000 jika mahu ahli keluarga mereka dibebaskan.

Setakat ini, sebanyak 10 kes membabitkan kerugian lebih RM57,000 dilaporkan berlaku di daerah ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Asisten Superintendan Azami Saufi berkata, daripada 10 kes itu, empat kes direkodkan dengan kerugian sebanyak RM57,000.

Katanya, sindiket terbabit begitu licik apabila memainkan suara kanak-kanak yang sedang merayu meminta dibebaskan ketika menghubungi ibu bapa mangsa bagi meyakinkan anak mereka memang diculik.


“Sindiket meminta wang tebusan segera dalam jumlah sehingga puluhan ribu ringgit dan ia perlu diserahkan di satu kawasan yang ditetapkan.


“Mangsa yang panik akan terus menyerahkan wang kepada sindiket terbabit di kawasan diarahkan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, kes terakhir yang dilaporkan adalah Mac tahun lalu membabitkan kerugian sebanyak RM35,000 apabila mangsa dihubungi seorang lelaki yang memaklumkan anak lelakinya berusia 20-an yang berada di London, diculik.


Bimbang dengan keadaan itu, mangsa yang berusia 50-an terus menyerahkan wang itu di belakang pasar borong di sini kepada sindiket terbabit, tetapi akhirnya mengetahui ditipu selepas dapat menghubungi anaknya yang memaklumkan tiada apa-apa berlaku ke atasnya.


'via Blog this'

Laman sesat kembali

myMetro | Laman sesat kembali: KUALA LUMPUR: Selepas ditutup 13 hari lalu, kumpulan penyokong murtad di laman sosial facebook (fb) seolah-olah tidak serik apabila menghidupkan kembali kumpulan itu beberapa hari selepas laman itu didakwa digodam sebuah kumpulan penggodam bergelar ‘Dragon Force’ hingga ditutup.

Facebook itu dipercayai ‘dicipta’ individu sama yang pernah menggemparkan negara sebelum ini melalui tulisan menghina agama Islam di laman itu.


Pemerhatian Harian Metro di laman facebook kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai penyokong murtad di Malaysia dan Singapura mendapati laman itu menarik 547 ahli sehingga lewat petang semalam manakala segelintir ahlinya berlatarbelakangkan mereka yang berpendidikan luar negara selain gay dan lesbian.

Lebih menjijikkan apabila kali ini gambar beberapa ekor khinzir menghiasi muka depan laman berkenaan seolah-olah menghina umat Islam secara simbolik kerana haiwan berkenaan jelas diharamkan dalam Islam.


Laman berkenaan dipercayai dikendalikan pemilik dengan menggunakan nama Nadia Minah yang dengan lantang mengajak sesiapa saja yang murtad selain mereka yang menyokong kebebasan beragama untuk menyertai kumpulan berkenaan selain menyatakan forum di laman itu boleh dilihat sesiapa saja termasuk jabatan agama negara ini.


Dengan menggunakan nama kumpulan sama iaitu ‘Murtads in Malaysia and Singapore’ beberapa ahli yang sama juga seolah-olah tidak serik dan terus memperjuangkan agenda masing-masing untuk memesongkan akidah individu lain.

Beberapa cubaan segelintir pemilik facebook yang cuba berdakwah dalam forum di laman berkenaan disangkal ahli yang sudah murtad dengan pelbagai helah serta hinaan selain mempersoalkan isi kandungan al-Quran dan ajaran Islam itu sendiri.


Menerusi kenyataan yang dikeluarkan ahli dalam ruangan forum laman berkenaan kebanyakannya mempersoalkan kewujudan Allah, Nabi Muhammad, isi kandungan al-Quran dan hadis serta ajaran agama Islam malah rata-rata mengakui tidak lagi terikat dengan mana-mana agama atau berfahaman ateis.

Selain berbangga dengan setiap kata-kata berbentuk hinaan terhadap agama Islam dan penganutnya mereka turut mencabar undang-undang negara ini dan mempertikaikan kandungan Perlembagaan Persekutuan mengenai hak orang Islam di negara ini selain mahu diberi kebebasan dari hukuman syariat Islam.


Harian Metro sebelum ini mendedahkan mengenai kewujudan facebook berkenaan yang bertujuan meraih sokongan masyarakat selain penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali facebook terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini. Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.


Susulan itu, laman facebook berkenaan ditutup sehari selepas pendedahan mengenainya dibuat akhbar ini.


'via Blog this'

Cair ayat cinta kekasih Lombok

myMetro | Cair ayat cinta kekasih Lombok: "IPOH: “Kami ditinggalkan begitu saja selepas dia terkena ‘ayat pengasih’ pemuda dari Lombok, Indonesia itu,” keluh Junaliza Jamludin, 33, ibu kepada Nur Atika Mohd Zulkifli, 15, yang didakwa dilarikan seorang pemuda warga Indonesia.

Atika dikatakan menjadi mangsa perangkap cinta seorang pemuda Indonesia dikenali dengan panggilan Awaludin atau Kentoi, 22, sehingga sanggup meninggalkan keluarga untuk bersama lelaki berkenaan.
Junaliza berkata, anaknya yang hanya bersekolah setakat darjah enam dipercayai termakan pujukan sebelum meninggalkan rumah bersama lelaki itu sejak lebih dua bulan lalu tanpa ada khabar berita.

Menurutnya, Atika mula mengenali pemuda Lombok itu ketika lelaki itu bekerja di ladang kelapa sawit berhampiran kawasan Parit, di sini.


“Pada mulanya saya menganggap hubungan mereka sekadar kawan biasa, namun mula mengesyaki sesuatu apabila Atika kerap bertemu lelaki berkenaan."

'via Blog this'

Suami ganas kena tahan

myMetro | Suami ganas kena tahan: "MIRI: Seorang ibu dua anak tidak ubah seperti hamba seks apabila dipaksa suami melakukan hubungan kelamin dalam keadaan mabuk sejak tiga tahun lalu, selain sanggup memaparkan aksi ganas itu di depan anak yang berusia tujuh dan 12 tahun.

Lelaki berusia 48 tahun itu yang juga kaki botol, dikatakan memperlakukan isteri berusia 42 tahun sewenang-wenangnya termasuk menendang dan diterajang.


Aksi seks gila lelaki terbabit berakhir apabila wanita terbabit yang ditampar dan diugut bunuh lelaki membuat laporan di Balai Polis Pusat (CPS) Miri. Jurucakap polis berkata, lelaki berkenaan ditahan susulan laporan itu dan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan."

'via Blog this'

Mangsa simbah asid rela berkurung di rumah

myMetro | Mangsa simbah asid rela berkurung di rumah: GUA MUSANG: Derita seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang buta serta cacat akibat disimbah cuka getah selepas dirogol oleh bapa tirinya tiga tahun lalu berpanjangan apabila dia hanya berkurung di dalam rumah malah berdepan masa depannya tidak menentu.

Remaja itu, Nor Ain Abdul Aziz, 18, juga bagaikan sudah berputus asa apabila enggan meneruskan usaha memulihkan wajahnya dengan melakukan pembedahan plastik susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.


Menurutnya, dia malu keluar rumah dan lebih rela bersendirian tanpa bergaul dengan orang lain.

“Bagaimanapun, saya tetap tabah menghadapi ujian Allah SWT walaupun hidup terasing dengan rakan sekampung. Sebelum ini kehidupan saya ceria bersama mereka, namun kini saya perlu reda dengan apa yang berlaku pada diri saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Mutiara, Aring, dekat sini, semalam.


Nor Ain berkata, dirinya menyimpan impian belajar di sekolah pondok bagi mendalami ilmu agama tetapi apabila memikirkan keadaan dirinya yang cacat, dia melupakan terus impian itu.


“Dalam keadaan saya yang cacat dan buta, saya tidak mahu menyusahkan orang lain. Jika saya belajar di sekolah pondok, sudah semestinya saya memerlukan bantuan orang lain seperti memimpin saya berjalan,” katanya.

Kisah Nor Ain pernah menggemparkan masyarakat pada Ogos 2009 apabila bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Ciku, Gua Musang yang ketika itu berusia 15 tahun menjadi mangsa kerakusan bapa tirinya di sebuah kebun di Rancangan Tanah Felda Aring Enam, tidak jauh dari rumahnya.


Dia dirogol dan disimbah cuka getah sebelum berjalan keluar dari kebun berkenaan sejauh 100 meter bagi mendapat pertolongan manakala bapa tirinya membunuh diri dengan meminum cuka getah berkenaan.

Selepas kejadian ngeri itu, dia kemudiannya menerima rawatan lebih empat bulan di HUSM selain terpaksa hidup tertekan akibat kecacatan pada mukanya.


Ibunya, Nor Azizah Jusoh, 36, berkata, anaknya itu sudah berulang kali menerima rawatan di HUSM termasuk melakukan pembedahan plastik di hidung dan telinga namun membuat keputusan enggan menjalani pembedahan susulan.


“Nor Ain beritahu keadaan wajahnya tidak akan berubah dan dia sanggup menanggung derita dengan berkurung di dalam rumah kerana malu.


“Saya sering menasihatinya supaya meneruskan pembedahan tetapi dia enggan,” katanya.


'via Blog this'

‘Bangun, jangan tinggalkan saya’

myMetro | ‘Bangun, jangan tinggalkan saya’: LEDANG: “Bangunlah, jangan tinggalkan saya,” kata seorang wanita ketika memeluk jenazah suaminya selepas lelaki berkenaan meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 1, Jalan Muar-Tanjung Agas di sini, kelmarin.

Kehadiran wanita dikenali sebagai Yee di tempat kejadian menyebabkan orang ramai sedih apabila enggan melepaskan mayat suaminya sebelum dipujuk ahli keluarga lain, kira-kira 30 minit kemudian.


Yee dikatakan bergegas dari rumahnya di Jalan Kim Kee di sini, selepas mengetahui suaminya, Low Kia Hin, 51, meninggal dunia ketika memandu dipercayai akibat serangan darah tinggi.

Menurutnya, dia masih tidak percaya suaminya sudah tiada kerana sebelum keluar rumah, mendiang kelihatan sihat.


“Saya masih tidak percaya dia sudah meninggal dunia. Semua ini bagai mimpi,” katanya.


Saksi kejadian, Sa’yon Hamid, 66, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang ketika dia berehat di ruang tamu rumahnya, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Menurutnya, pada mulanya, dia melihat sebuah kereta seolah-olah ‘terbang’ disusuli bunyi dentuman kuat.


“Saya terus bergegas keluar dan nampak sebuah Perodua Kancil berada dalam parit.

“Memang pelik kerana kereta itu tiba-tiba terbang ketika menghampiri simpang,” katanya.


Katanya, dia kemudian terus melihat mangsa yang ketika itu begitu lemah dan mulut berbuih.


“Mungkin lelaki itu diserang penyakit ketika memandu menyebabkannya hilang kawalan dan keretanya terbabas sebelum seorang rakan mangsa menghubungi ambulans Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.


“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia tidak lama selepas itu,” katanya.


Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tangkak untuk dibedah siasat.


“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca akibat tekanan darah tinggi dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


'via Blog this'

Panik api di tangga dapur

myMetro | Panik api di tangga dapur: MARANG: Seorang warga emas kerugian RM300, 000 apabila rumah dua tingkat didiaminya bersama empat ahli keluarga hangus dijilat api dalam kebakaran di Kampung Rhu Rendang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Rokiah Hamzah, 65, yang menjahit baju panik selepas seorang daripada dua cucunya memberitahu ada api di tangga dapurnya.


Suri rumah itu berkata, dia bernasib baik kerana sempat melarikan dua cucunya, Mohd Alif Fathuddin, 11, dan Humairah Shamimi Sharul Nizam, 4, sebelum api merebak ke bahagian dalam rumah.

“Saya hanya memikirkan untuk menyelamatkan cucu ketika itu dan tidak peduli dengan barang bernilai dan dokumen penting lain.


“Syukur ketika saya keluar rumah yang sedang marak dijilat api itu, orang kampung berpusu-pusu menghulurkan bantuan.


“Walaupun masih terkejut dengan kejadian itu, namun saya bersyukur kerana kami semua terselamat,” katanya yang masih trauma.

Suaminya, Ngah Ibrahim, 69, berkata ketika kebakaran dia berada di pusat bandar Kuala Terengganu untuk membeli barang keperluan.


Menurutnya, dia yang panik selepas mendapat berita daripada saudaranya bergegas pulang.

“Keadaan trafik perlahan membuat saya risau dan mengambil masa hampir sejam untuk sampai ke rumah. Namun, sebaik tiba di situ, rumah yang didiami sejak 10 tahun lalu hanya tinggal abu,” katanya.


Tukang rumah itu berkata, wang tunai serta barang kemas berjumlah RM10,000 milik isterinya musnah manakala 30 peratus bahagian rumah abang iparnya, Salleh Ibrahim, 53, terjejas dijilat api dalam kebakaran itu.


Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Rozizah Abnihajar berkata, seramai 12 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu serta Marang bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 3.10 petang.


Bagaimanapun, katanya, kebakaran di rumah terbabit berjaya dikawal daripada merebak ke rumah berhampiran 20 minit kemudian.


'via Blog this'

Buatan sendiri

myMetro | Buatan sendiri: "ALOR GAJAH: Polis mengesahkan bom yang menyebabkan seorang wanita parah di Kampung Ramuan Cina Besar, Lubok Cina di sini, semalam, buatan sendiri dan bahan utama untuk membuatnya ialah minyak tanah, selain bahan lain yang belum dikenal pasti.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pihaknya juga percaya sasaran utama perbuatan khianat itu bukan Norasyikin Md Esa, 27, tetapi abangnya, Syaiful Ezwan, 35 kerana nama lelaki itu tertera di atas kotak berkenaan.


“Bagaimanapun, Unit Bom dan Forensik polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan bom berkenaan serta motif kejadian.

“Yang pasti kotak berkenaan tertulis nama abang mangsa dan kami percaya ia ada kaitan dengan kejadian ini. Polis juga akan menemubual semua ahli keluarga mangsa bagi menyiasat sama ada kejadian berkaitan dengan perniagaan abang mangsa,” katanya."

'via Blog this'

Bikin pekerja asing ketagih

myMetro | Bikin pekerja asing ketagih: RAMPAS...peralatan yang digunakan dalam perjudian bola golek dirampas.
RAMPAS...peralatan yang digunakan dalam perjudian bola golek dirampas.

SERDANG: Dengan hanya menggunakan peralatan paling ringkas dan murah, satu sindiket perjudian bola golek dipercayai mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit untuk satu malam.

Sindiket itu hanya memerlukan peralatan seperti papan empat segi, bola getah, tikar getah yang dilukis beberapa simbol dan warna tertentu yang kosnya tidak sampai ratusan ringgit, tetapi memberi pulangan puluhan kali ganda. Mereka turut menjadikan pekerja warga Indonesia dan Bangladesh sebagai sasaran kerana mudah diperdaya selain hanya perlu mengeluarkan modal pusingan kecil sebelum diumpan kemenangan lumayan iaitu 10 kali ganda nilai taruhan jika menang menyebabkan mangsa ketagih. Kebiasaan sindiket terbabit bergiat aktif ketika mangsa menerima gaji dan berpindah-randah dari satu kongsi ke kongsi bagi mengelak dikesan polis.


Kegiatan sindiket itu terbongkar apabila sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, menahan tujuh kaki judi warga Indonesia dan Bangladesh berusia 20 hingga 40 tahun yang leka bermain judi bola golek di sebuah tapak pembinaan di Serdang Perdana, Seri Kembangan, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 9.30 malam itu, empat lelaki warga tempatan yang menjadi penganjur sindiket terbabit turut ditahan.


Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serdang, Asisten Superintendan Basri Sagoni berkata, pihaknya sudah melakukan intipan selama seminggu ke tapak pembinaan berkenaan selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan perjudian itu.


Menurutnya, dalam serbuan dengan disertai dua pegawai dan 10 anggota itu, polis merampas wang pertaruhan RM400 bersama beberapa peralatan perjudian.

“Siasatan awal, ahli sindiket terbabit sudah lebih sebulan beroperasi di kawasan itu dan menyasarkan pekerja tapak pembinaan berkenaan untuk main judi bola golek. “Wang taruhan minimum ialah 50 sen sehingga RM100 dan jika pemain memenangi permainan itu, mereka dibayar 10 kali ganda,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.


Basri berkata, kaki judi yang ditahan didapati mempunyai dokumen perjalanan sah dan bekerja di tapak pembinaan berkenaan.

“Semua mereka dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah perjudian Terbuka 1953. Serbuan ini adalah kali kedua. Sebelum ini, tempat ini diserbu awal tahun ini,” katanya.


'via Blog this'

Didakwa cabul 8 pelajar

myMetro | Didakwa cabul 8 pelajar: PETALING JAYA: Seorang sukarelawan pengakap yang juga peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas sembilan pertuduhan mencabul lapan pelajar berusia antara 13 dan 16 tahun di sebuah sekolah di Sungai Buloh, dekat sini, tahun lalu.

Tertuduh, Ho Lee Fong, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.


Dia yang hadir memakai kemeja lengan panjang berwarna krim kelihatan tenang di dalam kandang tertuduh ketika pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kesembilan, bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan perbuatan mencabul lapan pelajar yang berusia antara 13 dan 16 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Persiaran Perdana, Sungai Buloh, di sini, antara April hingga Jun tahun lalu.


Berdasarkan pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.


Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan berserta tiga syarat tambahan iaitu pasport ditahan oleh mahkamah, tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran pada setiap bulan dan harus menjauhi ke semua mangsa dengan jarak 50 meter.

Peguam bela Amrit Paul Singh yang mewakili tertuduh kemudian memohon wang jaminan dikurangkan sebanyak RM2,000 bagi setiap pertuduhan berikutan tertuduh mempunyai tanggungan lima anak yang mana semuanya masih bersekolah.


“Saya juga meminta pasport tertuduh tidak ditahan, jika tertuduh ingin melarikan diri ke luar negara sudah lama dia berbuat demikian selepas masalah ini berlaku.

“Kerjasama yang diberikan tertuduh sejak dipanggil polis pada 9 Februari lalu bagi memberikan maklumat mengenai masalah ini meyakinkan saya bahawa dia seorang yang bertanggungjawab dan tidak mungkin akan melakukan perkara seperti ini,” katanya. Nor Afidah membenarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin berserta dua syarat iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan dan menjauhi semua mangsa manakala kes ditetapkan semula pada 2 April depan.


Wang jaminan dibayar isteri dan abang tertuduh yang hadir menemaninya.


Pada 16 Februari lalu, akhbar ini melaporkan seorang jurulatih didakwa mencabul lebih 10 pelajar perempuan sebuah sekolah menengah yang menyertai Pergerakan Pengakap dengan memegang payu dara, kemaluan dan punggung mereka.


Difahamkan, lelaki itu melatih pelajar berusia 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008.


'via Blog this'

3 didakwa jual tiket tak sah

myMetro | 3 didakwa jual tiket tak sah: KUALA LUMPUR: Tiga individu termasuk seorang wanita yang juga pekerja syarikat bas ekspres dihadapkan di tiga Mahkamah Majistret berlainan di sini, semalam atas tuduhan menawarkan tiket kepada penumpang secara tidak sah, tahun lalu.

Nur Syafika Ramlan, 21, Azlan Hassan, 35, dan Hendri Sharil, 20, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.


Nur Syafika yang bekerja sebagai kerani kaunter didakwa menawarkan tiket dengan memujuk serta mendesak bagi mendapatkan penumpang kenderaan perkhidmatan awam di Terminal Pudu Sentral, jam 2.30 petang, 19 September 2011.

Manakala, Azlan dan Hendri yang bertugas sebagai pemeriksa tiket bas pula didakwa melakukan perbuatan sama di hentian bas berkenaan masing-masing pada jam 9 malam dan 7 petang, 24 Ogos, tahun lalu.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Majistret Mohd Azali Ibrahim membenarkan Nur Syafikah diikat jamin suaminya berjumlah RM5,000 dan menetapkan 2 April depan bagi sebutan semula kes.

Di mahkamah lain, Majistret Suzarika Sahak membenarkan Hendri diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 29 Mac ini.


Sementara itu, bagi Azlan, Majistret Nur Azura Murah membenarkannya diikat jamin RM5,000, namun menetapkan tarikh 19 Mac ini bagi tertuduh mengemukakan penjamin ke mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan tiga pegawai pendakwa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Nor Shahkierra Abd Manan, Ikhlasmurni Ahmad dan Nurul Adani Yasid, manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.


Pada prosiding semalam, turut hadir ke mahkamah, Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad.


'via Blog this'

Lelaki guna identiti aktor ditahan

myMetro | Lelaki guna identiti aktor ditahan: "SAO PAULO: Polis Brazil semalam berkata, mereka menahan seorang lelaki kerana disyaki melakukan pemalsuan apabila dia cuba membuka akaun bank menggunakan dokumen pengenalan diri dengan gambar aktor Jack Nicholson.

Ricardo Sergio Freire de Barros, 41, ditahan di Recife, bandar raya di timur laut negara itu dan didakwa menggunakan dokumen palsu dan melakukan pemalsuan, kata polis. Dia juga membawa dokumen pengenalan diri yang dimiliki orang lain.


Salinan dokumen palsu yang didedahkan polis itu menunjukkan foto wajah Nicholson di sebelah tanda tangan ‘Joao Pedro dos Santos’ dan satu cap jari.

“Dokumen dengan wajah aktor itu dan identiti palsu lain digunakan untuk membuka syarikat rekaan dan juga akaun bank,” kata polis yang mengetuai siasatan kes itu, Erivaldo Guerra. - AFP"

'via Blog this'

3 lelaki curi mayat bilionair Jerman dibicara

myMetro | 3 lelaki curi mayat bilionair Jerman dibicara: "BUDAPEST: Tiga lelaki Hungary dibicarakan di bandar raya ini kerana didakwa mencuri mayat bilionair Jerman, Friedrich Karl Flick pada 2008 dan menuntut tebusan, kata kenyataan mahkamah, semalam.

“Perbicaraan pertama ke atas suspek berlangsung Selasa lalu,” kata jurucakap mahkamah dan perbicaraan seterusnya tidak dijadualkan hingga 8 Mei depan.


Tiga suspek itu, iaitu Barnabas Sziraki, Laszlo Farago dan Zoltan Nagy ditahan pada November 2009 di Hungary tidak mengaku bersalah.

Tiga lelaki itu dituduh mencuri keranda Flick pada November 2008 daripada makamnya di tanah perkuburan di Velden, di selatan Austria selepas mengalihkan bidur granit seberat 100 kilogram. Suspek kemudian menuntut tebusan 6 juta euro (RM23.9 juta) daripada keluarga Flick. - AFP"

'via Blog this'

Pegawai mabuk, ambil kokain

myMetro | Pegawai mabuk, ambil kokain: "ROME: Kebocoran dokumen hasil siasatan tragedi yang menimpa kapal persiaran Costa Concordia mengandungi dakwaan beberapa pegawainya menghidu kokain dan mabuk di atas dua pusat pengendali kapal itu, lapor akhbar La Stampa, semalam.

“Pegawai dan kru kabin sering mabuk,” kata bekas pekerja wanita yang bertugas di Costa Concordia selama dua bulan tahun lalu sebelum dia berhenti, dalam satu keterangan yang diterbitkan akhbar itu. “Kami sering bertanya kepada diri sendiri: ‘Siapa yang akan menyelamatkan kapal ini jika berlaku kecemasan?’,” katanya.


Dia juga dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu, dia pernah dicabul oleh kru kabin “yang khayal akibat mengambil dadah”.

Syarikat Costa Crociere berkata ia tidak bertolak ansur terhadap peraturan anti-dadah di atas kapal itu dan sentiasa melakukan pemeriksaan. Syarikat itu juga mempertahankan kaedah latihan keselamatan dan ketabahan kru kabin ketika tragedi bulan lalu itu berlaku. - AFP"

'via Blog this'

Wanita jatuh gunung ketika cuba ambil gambar

myMetro | Wanita jatuh gunung ketika cuba ambil gambar: "BANDAR BATANGAS (Filipina): Seorang pengurus restoran berusia 27 tahun mati selepas terjatuh dari Kemuncak 8, Gunung Batulao di Nasugbu, Batangas, semalam.

Menurut Ketua Polis Nasugbu, Superintendan Ranato Mercado, Diana Fajardo, seorang pengurus Restoran Tokyo Tokyo di Pusat Beli Belah SM di Taytay, Rizal, berjalan mendaki gunung bersama lima rakannya di Gunung Batulao kelmarin apabila dia tiba-tiba terjatuh 250 kaki ke bawah.
Diana sedang mengambil gambar apabila dia hilang imbangan badan dan terjatuh ke kawasan berbatu, katanya.

Diana mati di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan kepala dan badan. - Manila Post"

'via Blog this'

Ahli perniagaan bunuh teman wanita, sorok mayat 2 1/2 tahun

myMetro | Ahli perniagaan bunuh teman wanita, sorok mayat 2 1/2 tahun: "BANGKOK: Polis di Thailang berkata mereka menahan seorang ahli perniagaan Norway yang mengaku membunuh teman wanita berbangsa Thailand dan membiarkan mayatnya reput di dalam vila mewah selama dua setengah tahun.

Kolonel Sirisak Wasasiri berkata semalam, Stein Havard Dokset yang berusia 50 tahun, mengaku membunuh teman wanitanya dengan menolaknya jatuh tangga selepas mereka bertengkar di rumah tepi pantai di Pulau Phuket.


Wanita itu dilaporkan hilang oleh polis di Phuket lewat 2009.

Katanya, polis bertindak selepas menerima maklumat daripada orang yang tidak dikenali dan menemui mayat wanita yang reput di dalam tong sampah di bilik air Dokset. - Bangkok Pos"

'via Blog this'

Lelaki Australia telan 70 kapsul heroin ditangkap

myMetro | Lelaki Australia telan 70 kapsul heroin ditangkap:BALI: Seorang lelaki Australia ditahan di Bali atas kesalahan menyeludup dadah dengan menelan 70 kapsul heroin.

Menurut jurucakap Pejabat Kementerian Luar di Canberra, semalam, lelaki yang berusia 54 tahun itu, ditahan di Lapangan Terbang Denpasar dan pihak berkuasa Indonesia dikatakan akan mendakwanya atas kesalahan menyeludup dadah.

Jurucakap itu tidak memberikan butiran lebih lanjut.

“Pegawai Konsular di Bali sedang mencari jalan untuk memberi bantuan kepada lelaki itu,” katanya.


Rangkaian Televisyen Sembilan, melaporkan lelaki itu menelan 70 kapsul dadah yang tidak diketahui jenisnya.


Laporan media yang belum disahkan mengatakan ia dadah jenis heroin dan lelaki itu tiba dari Bangkok.

Ketua Kastam Lapangan Terbang Denpasar, Made Wijaya berkata, “Saya boleh mengesahkan seorang lelaki warga asing telah ditahan atas kesalahan dadah, tetapi saya tidak dapat memberi butiran lanjut kerana ia masih dalam siasatan.”

Dua warga Australia menanti hukuman mati di penjara Kerobokan di Bali, Indonesia, atas kesalahan dadah manakala beberapa lagi menjalani hukuman penjara yang panjang atas kesalahan sama.

Minggu lalu, keganasan berlaku di penjara itu apabila banduan merampas kawalan dari pihak berkuasa menyebabkan beberapa banduan warga asing terpaksa dipindahkan.

Yang terbaru, seorang warga Australia Graeme Pollock, 31 dijatuhkan hukuman enam bulan penjara, Rabu lalu, kerana memiliki dadah jenis methamphetamine atau dikenali sebagai syabu. - Jakarta Post


'via Blog this'

Miley Cyrus terima ugutan

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:





LOS ANGELES 1 Mac - Pelakon dan penyanyi pop, Miley Cyrus menggesa laman web Twitter mengambil tindakan berikutan ugutan bunuh yang diterimanya melalui akaunnya di laman web itu.

Dalam akaun Twitter penyanyi itu, Cyrus meminta laman tersebut mengambil tindakan serius berikutan ugutan bunuh yang diterimanya itu dan memastikan persekitaran laman sembang itu selamat.

"Saya tidak akan bertolak ansur apabila menerima ugutan bunuh, Saya rasa Twitter perlu bertanggungjawab dan memastikan persekitarannya selamat," kata Cyrus.

Akaun Twitter milik Cyrus menunjukkan dia mempunyai sebanyak 5,009,903 pengikut sehingga pagi ini.

Dalam pada itu, satu artikel berasingan di laman web teknologi, CNET menjelaskan bahawa Cyrus dikesan menerima ugutan bunuh dalam akaun Twitternya sejak kebelakangan ini.


'via Blog this'

Puting beliung di AS, 12 maut

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


WASHINGTON 1 Mac - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila puting beliung melanda dua buah negeri di tengah barat Amerika Syarikat, semalam.

Puting beliung itu turut menyebabkan kemusnahan teruk di sepanjang laluannya di negeri Illinois dan Missouri sebelum menuju ke timur.

Stesen televisyen melaporkan, kebanyakan penduduk tidak mendengar siren amaran yang dibunyikan pada pukul 5 pagi semalam (6 petang waktu Malaysia) tentang puting beliung melanda ketika mereka sedang tidur.

Datuk Bandar, Harrisburg di Illinois, Eric Gregg berkata, enam orang terbunuh di bandar itu dan beliau sangat sedih dengan kejadian tersebut.

Gabenor Missouri, Jay Nixon pula berkata, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh di negeri itu.

Pihak berkuasa berkata, tiga lagi kematian dicatatkan di Tennessee dan lebih 100 orang dilaporkan cedera di kedua-dua negeri terbabit.


'via Blog this'

Sembilan kedai musnah dalam kebakaran

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KOTA BHARU 1 Mac - Sembilan unit rumah kedai dua tingkat di Jalan Wakaf Che Yeh dekat sini, musnah dalam satu kebakaran petang ini.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 6 petang itu memusnahkan stor menyimpan barangan runcit, bengkel kenderaan, kedai tayar dan makanan yang dimiliki oleh lima peniaga.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.05 petang.

Menurut beliau, operasi memadamkan kebakaran itu diketuai Pengarah Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman bersama 30 anggota dari Balai Bomba Darul Naim, Pengkalan Chepa dan Unit Penyelamat Tunjong, dekat sini serta bomba sukarela bersama lima buah jentera serta sebuah lori tangki air.


'via Blog this'

Taktik telan dadah masih popular

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


SEPANG 1 Mac - Kegiatan penyeludupan dadah di pintu-pintu masuk utama negara oleh sindiket pengedaran antarabangsa dikesan masih menggunakan taktik menelan dadah, meskipun ia berisiko tinggi dan mampu mengundang maut.

Jika sebelum ini, mereka lebih gemar menyeludup masuk bekalan dadah menggunakan bagasi tarik, taktik menelan dadah dilihat tetap menjadi trend yang popular meskipun ia sudah dikesan sejak sekian lama dalam aktiviti penyeludupan oleh pihak berkuasa.

Ini berdasarkan kejayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesan tiga kes penyeludupan dadah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak awal tahun ini yang menggunakan taktik menelan bahan larangan itu.

Penolong Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, tiga kes itu dikesan dalam tempoh dua minggu iaitu dari 16 Februari sehingga semalam melibatkan dadah seberat 2.56 kilogram bernilai RM626,500.


'via Blog this'

Bom meletup di hadapan rumah

Utusan Malaysia Online - Jenayah:



Norasyikin Md. Isa yang cedera parah akibat letupan bom di hadapan rumahnya di Ramuan China Besar, Masjid Tanah, dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapat rawatan, semalam.


ALOR GAJAH 1 Mac - Insiden letupan bom yang sebelum ini sering kita dengar berlaku di luar negara, kini boleh terjadi di mana-mana lokasi termasuk di Malaysia.

Dalam kejadian di Melaka hari ini, seorang wanita cedera parah di kaki dan perut sebaik sahaja mengangkat sebuah kiriman kotak yang diterima di hadapan rumahnya yang tiba-tiba meletup.

Kejadian yang menimpa Norasyikin Md. Isa, 27, itu berlaku di hadapan rumah mangsa di Ramuan China Besar, Masjid Tanah di sini kira-kira pukul 8.45 pagi ini.

Norasyikin cedera parah di kaki sehingga tulangnya jelas kelihatan selain di perut akibat terkena letupan bom yang dipercayai buatan sendiri.


'via Blog this'

Penjara 6 tahun, denda RM400,000

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:


SHAH ALAM 1 Mac - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro masing-masing dihukum penjara enam tahun dan denda RM400,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hukuman dijatuhkan selepas mereka didapati bersalah atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program-program yang tidak dijalankan, empat tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara selama lapan tahun lagi jika gagal menjelaskan denda.

Abdul Rahman, 47, dan Rosli, 44, dihukum penjara enam tahun dan denda RM50,000 atau penjara setahun bagi setiap lapan pertuduhan yang dihadapi.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan secara serentak.


'via Blog this'

Lelaki telan 191 kondom dadah

Kosmo! Online - Negara:



ZAINUL ABIDIN (kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang diisi dalam kondom yang dirampas di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - Taktik tiga lelaki warga asing yang cuba menyeludup masuk dadah dengan menelan syabu yang dimasukkan ke dalam kondom terbongkar setelah Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya mengesannya melalui alat pengimbas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, kesemua mereka yang berumur antara 27 dan 32 tahun itu berjaya ditangkap dalam kes berasingan antara 16 Februari hingga 26 Februari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Betapa sukarnya pihak Kastam untuk mengeluarkan dadah-dadah ini yang berjaya dikesan di dalam badan dengan menggunakan alat pengimbas ketika mereka sampai di KLIA dan kemudian untuk proses mengeluarkannya.

"Namun hasil daripada pengalaman kami akhirnya ia berjaya diselesaikan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


'via Blog this'

'Papa, mama... tolong saya!'

Kosmo! Online - Negara:


SUBANG JAYA – Para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah dinasihatkan supaya tidak terjerat dengan panggilan telefon “papa, mama... tolong saya!” kerana itu hanya taktik penjenayah yang cuba mendapatkan wang tebusan tanpa ada mangsa diculik.

Sindiket penipuan itu dikesan masih berterusan dan sepanjang tahun lalu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menerima 10 kes dengan empat mangsa tertipu membabitkan kerugian berjumlah RM57,000.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Serdang, Asisten Superintendan Azani Saupi berkata, siasatan polis daripada kes-kes culik palsu itu mendapati sindiket jenayah terbabit didalangi warga tempatan yang akan menghubungi ibu bapa mendakwa anak mereka diculik.

“Penjenayah ini kemudian menggunakan suara kanak-kanak menangis yang dirakam menyebabkan ibu bapa yang menerima panggilan itu akan panik dan mengikut arahan penjenayah itu kerana mahu menyelamatkan anak mereka,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.


'via Blog this'

Kotak meletup, gadis cedera

Kosmo! Online - Negara:



ANGGOTA polis menyiasat lokasi kejadian sebuah kotak meletup di Ramuan China Besar, Alor Gajah semalam.


ALOR GAJAH – Tindakan seorang gadis mengangkat sebuah kotak yang diletakkan di luar pagar rumahnya di Ramuan China Besar di sini semalam mengundang padah apabila kotak tersebut meletup dan mengeluarkan api sebaik barang itu disentuh mangsa.

Akibat kejadian pukul 8.45 pagi itu, mangsa Norasyikin Md. Esa, 27, melecur teruk pada kedua-dua belah kaki, tangan dan perut. Kotak berisi bom buatan sendiri itu bukan saja mengeluarkan bunyi letupan kuat malah menyebabkan api menjulang setinggi lima meter.

Sebelum kejadian, Norasyikin menemui kotak kecil warna putih di luar rumahnya ketika mangsa mahu ke tempat kerja di sebuah pasar raya di Masjid Tanah.

Di atas kotak tertera nama abang sulung mangsa, Saiful Eszwan Md. Esa, 35, yang bekerja sebagai kontraktor pembersihan.

Namun, kotak itu meletup sebaik Norasyikin yang merupakan anak keempat daripada enam beradik dan bekerja sebagai juruwang mengangkat kotak tersebut.

Adik bongsu mangsa, Ahmad Mustafa Md. Esa, 20, berkata, dia yang baru keluar dari bilik air terkejut mendengar satu letupan kuat.

“Saya kemudian menjenguk melalui tingkap dan terkejut melihat badan kakak yang sedang berdiri tiba-tiba berasap sambil kakak menjerit-jerit kesakitan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


'via Blog this'

Putrajaya, Bangi putus bekalan elektrik

Kosmo! Online - Negara:


STESEN pencawang TNB di Bandar Baru Bangi terbakar malam tadi menyebabkan bekalan elektrik terganggu di Bangi dan Putrajaya.


KUALA LUMPUR - Sebahagian besar kawasan di Bandar Baru Bangi dan Putrajaya dekat sini bergelap kira-kira sejam semalam apabila sebuah pencawang elektrik di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi terbakar kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Gangguan tersebut turut melibatkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.

Jurucakap Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika dihubungi memberitahu, bekalan elektrik di dua kawasan tersebut bagaimanapun dipulihkan semula secara berperingkat-peringkat mulai pukul 10.30 malam.

"Gangguan elektrik di kedua-dua kawasan tersebut bermula kira-kira pukul 9.20 malam tetapi bekalan elektrik mula disambung semula secara berperingkat-peringkat 50 minit kemudian," katanya ketika dihubungi Kosmo! malam tadi.


'via Blog this'