Search This Blog

Thursday, March 1, 2012

Hilang lepas putus cinta

Hilang lepas putus cinta - Selangor & KL - Sinar Harian:
Hilang lepas putus cinta

SERI KEMBANGAN – “Saya nampak roh anak berjalan-jalan di depan pagar rumah dan kemudian hilang sekelip mata apabila cuba memanggilnya namanya. Sejak hilang 19 hari lalu, saya tidak tahu sama ada anak saya masih hidup atau sebaliknya,” kata Moon Nyok Lin, 50 yang mendakwa anaknya Chong Chee Kien, 29, hilang tanpa dapat dikesan dan hanya meninggalkan sebuah diari pada 10 Februari lalu.

Nyok Lin berkata, kedukaan ditanggung berdepan dengan anak lelakinya yang pernah tiga kali cuba membunuh diri terus berpanjangan apabila anak sulungnya itu tidak pulang ke rumah.

“Anak saya pernah memberitahu sudah kecewa dalam kehidupan kerana enam kali putus cinta. Perkara itu terbongkar apabila saya membaca diari yang ditinggalkan di atas meja bilik tidurnya.

“Saya bimbang kerana dia pernah cuba membunuh diri disebabkan masalah cinta. Apa yang membuatkan saya risau adalah sama ada anak itu masih hidup atau mati,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir anaknya dilihat keluar rumah memakai jaket berwarna coklat cair, berseluar jeans dan memakai baju-T berwarna jingga.

“Saya tiada di rumah ketika dia keluar dari rumah dan dipercayai anak sulung saya itu menunggang motosikal jenis Yamaha berwarna merah putih dengan nombor pendaftaran WLL1854.

“Hanya jiran yang nampak dia keluar tanpa membawa beg pakaian. Dia tidak memaklumkan kepada mana-mana ahli keluarga tempat ditujunya dan masih gagal dihubungi sehingga kini,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan 11 Februari lalu.

Nyok Lin berkata, anaknya yang pernah dirawat di Hospital Serdang kerana masalah mental itu tidak bekerja sejak 2006 selepas putus cinta pada kali pertama.

“Selepas putus cinta, perangai anak saya memang berubah dan dia malas bekerja. Rutin hariannya hanya menonton televisyen dan melayari Internet.

“Saya yang menanggung makan minumnya selain adiknya ada memberinya wang saku untuk berbelanja,” katanya me­mak­lumkan bimbang anaknya membunuh diri kerana perkara itu pernah dinyatakan anaknya di dalam diari yang mengatakan mahu membunuh diri di sebuah rumah kosong.

Menurutnya, walau apa pun terjadi sama ada hidup atau mati, dia memohon mereka yang terserempak dengan anaknya supaya dapat menghubungi pihaknya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang menerima aduan daripada ibu mangsa berkata, orang ramai yang menemui pemuda itu diminta menghubungi Pejabat Komuniti Serdang di talian 03-89426381.


'via Blog this'

Dua pelajar direman

Dua pelajar direman - Selangor & KL - Sinar Harian:
Dua pelajar direman

KUALA KUBU BHARU – Dua pelajar perempuan daripada sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang remaja dibakar hidup-hidup di Kampung Sepakat dekat Bukit Tagar, 26 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kedua-dua wanita terbabit di tahan di rumah sewa mereka di Shah Alam jam 3 petang kelmarin.

“Kita telah menahan dua pelajar wanita terbabit dan mereman mereka selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Bagaimanapun, Norel tidak mendedahkan nama kedua-dua saksi terbabit dan menegaskan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Pada 26 Februari lalu, sebuah keluarga India di Kampung Sepakat dekat sini dikejutkan dengan kedatangan seorang remaja dikenali sebagai Mohd Syahirudin Mohd Shauki, 19, dalam keadaan 80 peratus badannya melecur dan terbakar yang meminta pertolongan.

Saksi, T Vadamalai, 56, yang ditemui di rumahnya di Lot 288 kampung terbabit segera memberikan pertolongan dan menghubungi ambulan sebelum remaja itu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Menurut Vadamalai, remaja terbabit mengadu telah dipukul dan disimbah petrol sebelum dibakar berdekatan kawasan itu.

Polis turut menemui cebisan pakaian mangsa di tengah-tengah pembahagi jalan kira-kira 400 meter dari Plaza Tol Bukit Tagar namun sehingga kini masih berusaha mengesan lokasi sebenar mangsa dibakar.


'via Blog this'

Disyaki operasi secara haram

Disyaki operasi secara haram - Selangor & KL - Sinar Harian:
kilang terbakar

KAJANG – Kilang gas petroleum cecair (LPG) yang musnah dalam kebakaran kira-kira jam 8 malam kelmarin disyaki menjalankan operasi secara haram untuk pemindahan gas LPG.

Sumber daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kementerian Sumber Manusia berkata, kilang terbabit tidak berdaftar dengan jabatan dan menjalankan operasi secara haram.

“Operasi yang dijalankan adalah dengan memindahkan gas bersubsidi 14 kilogram ke dalam tong seberat 50 kilogram yang boleh memuatkan 105 liter gas.

“Tong gas 50 kilogram itu kemudian dijual kepada pihak industri seperti hotel, restoran, tapak pembinaan atau industri berkaitan dengan harga yang lebih tinggi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, penyelewengan gas bersubsidi itu dilakukan bagi mengaut keuntungan dengan mudah melalui penjualan tong gas industri dan di sinilah berlakunya ketirisan gas bersubsidi untuk kegunaan gas domestik (rumah).

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, premis yang baru beroperasi selama sebulan itu disyaki menjalankan pemindahan gas bersubsidi kepada tong gas perindustrian.

Sementara itu, beberapa pekerja kilang papan berdekatan kilang penyimpanan gas LPG itu juga tidak mengetahui premis itu menjalankan operasi secara haram.

Seorang pekerja, Ahmad Suhaimi berkata, kilang berkenaan baru sahaja beroperasi dan pada awalnya mereka sangka premis itu hanyalah kilang menyimpan tong gas namun tidak menyangka turut menjalankan pemindahan gas LPG subsidi.

Menurutnya, dia dan 17 lagi rakannya yang bekerja di kilang papan berdekatan tinggal di rumah pekerja tidak jauh daripada premis haram terbabit.

“Jarak antara rumah kami dengan premis berkenaan hanya 90 meter sahaja dan ketika kejadian kami dengar bunyi letupan yang sangat kuat sehingga menyebabkan gegaran.

“Ketika keluar daripada rumah kami nampak api dan percikan seperti bunga api dari arah premis tersebut sebelum bertindak melarikan diri kerana bimbang tong gas yang meletup itu terbang ke arah kami,” katanya.

Ahmad Suhaimi berkata, kira-kira jam 12 tengah malam barulah mereka pulang ke rumah pekerja setelah api berjaya dipadamkan.

“Ketika kami ingin memulakan kerja pagi tadi (semalam) baru kami sedar serpihan tong gas yang meletup berterabur di pekarangan kawasan rumah kami malah beberapa kediaman pekerja turut mengalami kebocoran atap akibat terkena serpihan tong gas,” katanya.


'via Blog this'

Juru kimpal ugut abang ipar guna parang dihukum penjara

Juru kimpal ugut abang ipar guna parang dihukum penjara - Kelantan - Sinar Harian:
Juru kimpal ugut abang ipar guna parang dihukum penjara

KOTA BHARU – Seorang juru kimpal dikenakan hukuman 12 bulan penjara selepas mengaku bersalah mengugut abang iparnya menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Binjai di sini, 23 Februari lalu.

Hukuman terhadap Anuwar Ismail, 29, dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh datang ke rumah pengadu, Kamsan Jamian, 38, bertanya di mana kakaknya sebelum pengadu menjawab tidak tahu.

Tertuduh bagaimanapun terus mengacu parang dan mencekik leher pengadu.

Oleh sebab ketakutan, pengadu cuba melepaskan diri dan terkena parang di bahu pengadu. Pengadu yang tidak berpuas hati bertindak membuat laporan di balai polis Pengkalan Chepa.

Kejadian berlaku di hadapan rumah di Kampung Bawal, Jejulok, Binjai di sini, pada jam 2 petang.

Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku bersalah menyebabkan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly mengenakan hukuman itu.

Dalam perkembangan sama, dia bagaimanapun menafikan tuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan kakaknya, Noorliza Ismail, 43, 15 minit sebelum kejadian ugut tersebut.

Dia didakwa dengan sengaja memukul mangsa dengan sebatang kayu penyapu sehingga mangsa mengalami kecederaan pada jam 1.45 petang, tarikh dan lokasi yang sama.

Susulan penafian itu, Mohd Fazaly Ali menetapkan 7 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes kedua tertuduh.

Kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.


'via Blog this'

Baran si penjual asam

Baran si penjual asam - Terengganu - Sinar Harian:
suami baran

KUALA TERENGGANU - Seorang penjual asam bertindak di luar kawalan apabila sanggup menyimbah air teh ‘o’ panas ke badan isterinya, sehingga menyebabkan wanita itu cedera di bahu kiri.

Bagaimanapun, tindakan barannya itu nyata tidak berbaloi apabila tertuduh, Mohammad Fakhri Anuar, 31, dia dijatuhi hukuman penjara lima hari dan dikenakan denda sebanyak RM2,000 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Batu Burok itu dituduh telah mendatangkan kecederaan kepada Norihan Aziz, 37, di sebuah rumah di Kampung Gelong Bilal, Jalan Pasir Panjang di sini, pada 24 Februari lalu, kira-kira jam 7.30 malam.

Dengan itu, dia didapati telah melakukan kesalahan dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berpakaian lokap berwarna ungu, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming.

Majistret Rozianti kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama lima hari dan mengenakan denda sebanyak RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda. Bagaimanapun, keluarga tertuduh membayar denda tersebut.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang juga bapa kepada tiga anak yang berusia antara dua hingga lapan tahun itu itu telah bertengkar dengan isterinya di rumah mereka, ketika sedang menonton televisyen pada 24 Februari lalu, kira-kira jam 7.30 malam.

Akibat tidak dapat mengawal kemarahannya, tertuduh memukul isterinya dengan tangan, sebelum bertindak menyimbah air teh ‘o’ panas yang berada berhampiran dengannya dan mengenai bahu kiri isterinya.

Sebaik pertengkaran itu, Mohammad Fakhri bertindak keluar rumah dan membawa bersama seorang anak lelakinya, sebelum isterinya membuat laporan polis.

'via Blog this'

Baran si penjual asam - Terengganu - Sinar Harian

Baran si penjual asam - Terengganu - Sinar Harian:
suami baran

KUALA TERENGGANU - Seorang penjual asam bertindak di luar kawalan apabila sanggup menyimbah air teh ‘o’ panas ke badan isterinya, sehingga menyebabkan wanita itu cedera di bahu kiri.

Bagaimanapun, tindakan barannya itu nyata tidak berbaloi apabila tertuduh, Mohammad Fakhri Anuar, 31, dia dijatuhi hukuman penjara lima hari dan dikenakan denda sebanyak RM2,000 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Batu Burok itu dituduh telah mendatangkan kecederaan kepada Norihan Aziz, 37, di sebuah rumah di Kampung Gelong Bilal, Jalan Pasir Panjang di sini, pada 24 Februari lalu, kira-kira jam 7.30 malam.

Dengan itu, dia didapati telah melakukan kesalahan dan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berpakaian lokap berwarna ungu, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming.

Majistret Rozianti kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama lima hari dan mengenakan denda sebanyak RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda. Bagaimanapun, keluarga tertuduh membayar denda tersebut.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang juga bapa kepada tiga anak yang berusia antara dua hingga lapan tahun itu itu telah bertengkar dengan isterinya di rumah mereka, ketika sedang menonton televisyen pada 24 Februari lalu, kira-kira jam 7.30 malam.

Akibat tidak dapat mengawal kemarahannya, tertuduh memukul isterinya dengan tangan, sebelum bertindak menyimbah air teh ‘o’ panas yang berada berhampiran dengannya dan mengenai bahu kiri isterinya.

Sebaik pertengkaran itu, Mohammad Fakhri bertindak keluar rumah dan membawa bersama seorang anak lelakinya, sebelum isterinya membuat laporan polis.

'via Blog this'

Pinjaman mati

myMetro | Pinjaman mati: SABAK BERNAM: Hanya kerana gagal melunaskan hutang RM4,000, seorang peniaga buah-buahan bukan saja diculik, malah dipukul bertubi-tubi seluruh badan manakala kaki dipatahkan dipercayai sindiket along sebelum mangsa disahkan mati di hospital.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian bunuh jam 6 petang, 9 Januari lalu itu mangsa, Ng Seng, 53, yang bermain mahjong di kedai kopi Jalan Bahagia, Sekinchan dekat sini didatangi sekumpulan anggota sindiket berkenaan.


Menurutnya, suspek lelaki antara lima hingga enam orang berusia antara 20 hingga 27 tahun itu menyerang dan mengheret mangsa ke kereta Proton Saga berwarna biru muda yang menunggu di hadapan kedai itu sebelum dibawa ke ladang sawit di Tanjung Karang.

“Di ladang sawit itu, mangsa dibelasah bertubi-tubi dengan objek keras dipercayai kayu sehingga parah di kepala, seluruh badan, mengalami pendarahan di hidung dan telinga selain kaki kanan mangsa patah.


“Selepas membelasah mangsa, suspek mencampak mangsa di Jalan Parit 12, Sungai Nibong, Sekinchan sebelum ditemui orang awam yang melaporkan kejadian di Balai Polis Sekinchan pada jam 9 malam hari kejadian.


“Mangsa yang mempunyai empat anak itu dihantar mendapat rawatan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam sebelum disahkan mati pada jam 12.10 malam keesokan harinya,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan siasatan serta maklumat isteri mangsa, motif kejadian dipercayai disebabkan mangsa gagal melunaskan hutang RM4,000 dengan sindiket ceti haram di Pasir Penambang, Kuala Selangor, di sini.


Sehubungan itu, katanya, polis memburu lima anggota sindiket ceti haram yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan peniaga buah-buahan itu.

“Seorang daripada suspek ditangkap pada 12 Februari lalu dan dituduh di mahkamah pada 24 Februari lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.


“Identiti suspek yang diburu ialah Lee King Loong atau dikenali Erik berasal dari Pasir Penambang, Kuala Selangor; Lock Boon Wei (Pasir Penambang); Ong Meng Seng (Pasir Penambang); Hau Boon Sin (Jinjang Utara, Kuala Lumpur) dan Yeng Cheak How (Batu Pahat, Johor).


“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kelima-lima suspek menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor M Subamaniam menerusi talian 012-3301679 atau mana-mana balai polis berdekatan.


Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


'via Blog this'

Australia siasat layanan kejam di pusat sembelihan

myMetro | Australia siasat layanan kejam di pusat sembelihan: JAKARTA: Australia akan menyiasat rakaman video terbaru yang menunjukkan lembu dilayan dengan kejam di pusat sembelihan di Indonesia dan mungkin mengharamkan eksport terhadap pusat sembelihan itu jika ia melanggar peraturan kebajikan haiwan, kata Menteri Pertaniannya, Joe Ludwig, semalam.

Australia menggantung eksport lembu hidup ke Indonesia selama sebulan tahun lalu selepas rakaman video menunjukkan lembu dipukul dan dirotan sebelum disembelih yang disiarkan televisyen Australia. Rakaman itu mencetuskan kemarahan kebanyakan masyarakat Australia, manakala tindakan kerajaan menimbulkan keberangan peladang yang berkata, langkah itu mengancam peluang pekerjaan rakyat Australia. Aktivis haiwan berkata rakaman menunjukkan lembu dilayan secara kejam di pusat sembelihan di Indonesia ditayangkan di Australia kelmarin, menyeru supaya Australia menamatkan perdagangan lembu hidup bernilai AS$340 juta (RM1.08 bilion) dengan Indonesia iaitu pelanggan terbesarnya.


“Memang ada kesalahan, ada kesilapan, tetapi undang-undang memastikan kami boleh menangani kesalahan dan kesilapan itu,” katanya kepada radio Australia. Menurutnya, kerajaan akan menyiasat insiden terbaru itu. - Kompas


'via Blog this'

‘Disiplin bayi...’

myMetro | ‘Disiplin bayi...’: PASIR GUDANG: Dua bekas pengasuh yang didakwa bertindak kejam dengan melekatkan mulut seorang bayi dengan pita pelekat selain melilit ketat beberapa bayi lain menggunakan kain bedung memberitahu melakukan perbuatan itu konon bagi mendisiplinkan mereka kerana membuat bising.

Perkara itu didedahkan pengusaha pusat asuhan kanak-kanak, Taska Permata 2, Shaherah Abd Malik, 40, yang mendakwa perbuatan dua bekas kakitangannya itu bukan saja tidak masuk akal, malah menjejaskan nama baiknya hingga menimbulkan kemarahan ramai.


Menurutnya, dia dan keluarga bagaimanapun bersyukur kerana semua mangsa tidak trauma mahupun berdepan masalah kesihatan berikutan perbuatan keterlaluan dua bekas pekerja itu.

“Selepas klip video itu tersebar luas di Internet, saya pernah menghubungi mereka biarpun sudah diberhentikan kerja pada Januari lalu akibat masalah disiplin.


“Apabila ditanya, mereka selamba menjawab konon melakukan (rakaman) itu bagi mendisiplinkan bayi berkenaan supaya tidak bising menyebabkan kami yang mendengar jawapan itu begitu kecewa,” katanya ketika ditemui, semalam.


Menurutnya, sejak klip video itu tersebar, dia menerima pelbagai panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali yang memarahinya kerana menyangkakan tindakan itu dibenarkan pengurusan taska.

Bagaimanapun, katanya, selepas diberi penerangan, baru pemanggil berkenaan faham keadaan sebenar dan meminta maaf kerana memarahinya tanpa usul periksa.


“Sebaik berita kejadian ini dilaporkan Harian Metro semalam, ramai rakan-rakan menghubungi saya dan memberikan semangat bagi menghadapi dugaan ini.

“Alhamdulillah, segelintir pembaca faham kejadian sebenar dan tidak menyerang kami kerana kami sendiri menjadi mangsa perbuatan orang lain,” katanya.


Semalam, Harian Metro mendedahkan penyebaran klip video menunjukkan lebih lima bayi tidur dalam sebuah bilik dililit kuat selain mulut seorang bayi ditutup menggunakan pita pelekat.


'via Blog this'

‘Saya tuntut hutang’

myMetro | ‘Saya tuntut hutang’: KUALA LUMPUR: “Bukan ugut sebaliknya hanya mahu menuntut hutang,” kata pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu laporan polis yang dibuat seorang pengurus produksi berusia 25 tahun dan rakan sejawatnya di Balai Polis Taman Melawati, di sini, kelmarin, mendakwa dia membawa beberapa rakannya mengugut untuk mencederakan wanita terbabit selain mahu merampas kereta miliknya.


Fauzi berkata, pengurus terbabit berhutang dengannya sebanyak RM14,000 manakala dia juga menjadi penjamin kepada wanita itu untuk meminjam wang daripada rakan perniagaannya seorang warga Iran sebanyak RM28,000 kerana mahu membayar gaji pelakon lain.

“Saya dan rakan-rakan bukan samseng, kami hanya mahu hak kami kerana sudah lebih empat bulan dia (pengurus) tidak melunaskan bayaran selepas berlakon dengan produksinya,” katanya.


'via Blog this'

Dua pelajar China kekal dijel 20 tahun

myMetro | Dua pelajar China kekal dijel 20 tahun:

PUTRAJAYA: Dua rakyat China masing-masing meringkuk dalam penjara selama 20 tahun selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk mengetepikan hukuman itu bagi kesalahan mengurung serta menyebabkan kematian seorang pelajar kolej yang mayatnya disumbat dalam sebuah beg sebelum dibuang di tepi jalan di Damansara Jaya.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif menolak rayuan Liu Bing, 29, dan Li Meng, 30, terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menambah jumlah hukuman penjara mereka.


Hakim Raus yang bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Maarop, memutuskan hukuman Mahkamah Rayuan terhadap kedua-dua tertuduh adalah tidak keterlaluan.

Pada 22 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan memerintahkan Liu Bing dan Li Meng masing-masing dipenjara enam tahun dan denda RM100,000 atau penjara setahun kerana mengurung Tan Choo Mia, 19, dan penjara 13 tahun kerana menyebabkan remaja lelaki itu mati.


Kedua-dua tertuduh yang juga pelajar kolej swasta diperintah menjalani hukuman itu secara berasingan mulai tarikh mereka ditangkap iaitu pada 20 dan 24 September 2006.


Mereka juga menjalani hukuman penjara tambahan selama setahun selepas gagal membayar denda.

Pada asalnya, Liu Bing dan Li Meng yang didakwa menculik dan membunuh Tan, mengaku tidak bersalah.


Bagaimanapun, mereka menukar pengakuan kepada bersalah selepas pendakwaan mengemukakan pertuduhan lebih ringan iaitu mengurung dan menyebabkan kematian mangsa. — Bernama

'via Blog this'

Farmasi online jual dadah kepada remaja

myMetro | Farmasi online jual dadah kepada remaja: VIENNA: Farmasi haram atas talian menggunakan media sosial untuk menarik pelanggan muda dan menjual dadah dan ubat terlarang kepada mereka.

Dalam laporan tahunannya yang diterbitkan semalam, Presiden Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa, Hamid Ghodse berkata, kegiatan itu mendedahkan ramai orang awam, khususnya orang muda kepada bahaya, Menurutnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati separuh daripada farmasi haram Internet adalah palsu.


Hamid berkata, pihaknya mendapati farmasi haram di Internet sering menyamar sebagai famasi sah tetapi hakikatnya, mereka menyeludup produk haram kepada pelanggan.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa kerajaan menutup farmasi terbabit.


Agensi itu juga menggesa supaya usaha ditingkatkan bagi menangani kemiskinan, keganasan, jenayah terancang dan rasuah kerana ia mewujudkan suasana penyalah gunaan dadah dan penyeludupan dengan golongan muda menjadi mangsa terbesar.


“Golongan muda di kalangan masyarakat kurang bernasib baik seharusnya diberi peluang yang sama seperti dalam masyarakat lain dan mempunyai hak untuk dilindungi daripada dadah dan penagihan dadah,” kata Hamid. - AFP


'via Blog this'

Lapor diugut pelakon

myMetro | Lapor diugut pelakon: KUALA LUMPUR: Seorang pengurus produksi wanita berusia 25 tahun dan rakan sejawatnya membuat laporan polis mendakwa pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi mengugut untuk mencederakannya selain merampas kereta miliknya dalam kejadian di pejabatnya di Wangsa Melawati, Ampang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa mendakwa Fauzi dan beberapa rakannya menaiki empat kereta pergi mencarinya di rumah.

Mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dalam kejadian itu, Fauzi bertindak di luar kawalan dengan memberi banyak ugutan terhadapnya sedangkan perselisihan yang berlaku bukanlah disebabkan hutangnya dengan pelakon berkenaan sebanyak RM14,000.

“Memang kami ada berhutang dan belum melunaskan separuh daripada bayaran pelakon termasuklah RM14,000 membabitkan Fauzi, tetapi mereka harus faham lambat laun kami akan melangsaikan juga hutang itu dan tidak pernah sesekali melarikan diri.


“Untuk pengetahuan, kami baru saja melunaskan bayaran RM28,000 kepada seorang warga Iran itu dan akan melangsaikan semua baki hutang kepada semua terbabit termasuk Fauzi dalam masa terdekat,” katanya enggan mengulas lanjut mengenai jenis ugutan diterima daripada Fauzi dan rakan-rakannya ketika dihubungi, semalam.


'via Blog this'

Jabatan Pelajaran siasat guru gaduh

myMetro | Jabatan Pelajaran siasat guru gaduh:

GEORGETOWN: Jabatan Pelajaran Pulau Pinang akan mendapatkan segala maklumat dan laporan lengkap daripada pengurusan sekolah berkaitan kejadian sebenar hingga tercetusnya pergaduhan antara seorang guru dengan guru besar di Air Itam, di sini, kelmarin.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Dr Sharifah Bee Aboo Bakar, berkata pihaknya mengumpul maklumat berkaitan termasuk mendapatkan keterangan daripada kedua-dua guru berkenaan bagi mengetahui punca kejadian sebelum tindakan diambil.


Menurutnya, buat masa ini kedua-dua masih menjalankan tugas dan mengajar seperti biasa.

'via Blog this'

Penyamun jadi tetamu

myMetro | Penyamun jadi tetamu: BAU: Sekumpulan tujuh hingga 10 penyamun bukan saja melarikan wang tunai dan barangan berharga bernilai lebih RM10,000, malah turut menghabiskan juadah sarapan keluarga seorang subkontraktor dalam kejadian samun bersenjata di sebuah rumah di Jambusan, di sini, semalam.

Sebelum kejadian, kumpulan penyamun bersenjatakan parang itu dikatakan menyerbu masuk rumah mangsa, Chin Poo Kiong, 52, sebelum mengikat tangan isteri dan dua anaknya dengan tuala tangan, jam 6 pagi.

Chin berkata, dia berasa pelik apabila mendengar anjing peliharaannya tidak berhenti menyalak sebelum keluar melakukan pemeriksaan di sekitar kolam ikan diusahakan tidak jauh dari rumahnya.

“Saya dihampiri sekumpulan lelaki berparang yang mengacu senjata itu ke leher dan meminta saya menyerahkan wang,” katanya.


Menurutnya, lelaki terbabit membawanya ke dalam rumah sebelum menahan isterinya berusia 48 tahun yang menyediakan sarapan serta dua a


'via Blog this'

‘Suami saya tiada musuh’

myMetro | ‘Suami saya tiada musuh’: PETALING JAYA: “Suami saya tiada musuh dan tidak pernah pernah pula bercerita ada orang marah atau berdendam dengannya,” kata isteri kepada P Sangaralingam, 36, yang parah ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki ketika menunggu anaknya di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) La Salle, di sini, kelmarin. Wanita berusia 30-an yang enggan dikenali itu memberitahu, suaminya kini stabil selepas menjalani pembedahan.

Menurutnya, dia sukar menggambarkan kejadian tembakan itu yang berlaku di depan sekolah anaknya dan trauma dialami anak yang menyaksikan suami berlumuran darah.


“Suami sudah sedar, namun dia tidak tahu siapa yang berniat membunuhnya. Ini sesuatu yang teruk, kenapa ada pihak yang ingin melakukan sebegitu sedangkan suami tidak pernah bermusuh dengan sesiapa,” katanya yang ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan motif serangan.


“Kami sedang kenal pasti suspek dan kita akan merekodkan keterangan mangsa sebaik dia sudah bersedia,” katanya.


Harian Metro semalam, melaporkan seorang lelaki parah selepas ditembak lelaki bermotosikal ketika sedang menunggu anaknya di hadapan SK La Salle.

Lelaki terbabit yang berlumuran darah sempat memandu sejauh enam kilometer bagi meminta bantuan sebelum melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda. Orang ramai yang menyedari kejadian itu menghantar mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan.


'via Blog this'

Dua motosikal untuk ke masjid dikebas

myMetro | Dua motosikal untuk ke masjid dikebas:

ALOR GAJAH: Malang bagi seorang lelaki warga emas apabila dua motosikalnya dilarikan pencuri dalam tempoh sebulan.

Baba Kechot, 83, berkata kejadian terbaru berlaku awal pagi semalam di perkarangan Masjid Kampung Londang, Masjid Tanah. Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu, dia sedang bersiap menunaikan solat Subuh sbelum dikejutkan dengan bunyi benda terjatuh lalu keluar meninjau.


“Saya terkejut melihat kelibat seseorang sedang menghidupkan motosikal Honda EX5 milik saya dalam keadaan tergesa-gesa sebelum memecut laju ke arah Masjid Tanah,” katanya, semalam.

Menurutnya, dalam kejadian sebelum ini, dia kehilangan motosikal jenis sama di pekan Masjid Tanah kira-kira sebulan lalu.


Katanya, kehilangan motosikal itu menyebabkan dia kini berdepan kesukaran menunaikan solat berjemaah berikutan jarak rumahnya dengan masjid berkenaan agak jau

'via Blog this'

Lydiawati rugi RM1,380 dijemput acara majlis

myMetro | Lydiawati rugi RM1,380 dijemput acara majlis: KUALA LUMPUR: Pelakon, Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, 46, kerugian RM1,380 selepas diperdaya seorang lelaki yang menawarkannya menjadi pengacara majlis makan malam anjuran sebuah syarikat petroleum di Singapura, Sabtu lalu.

Lydiawati berkata, lelaki yang tidak dikenalinya itu menghubunginya jam 9 pagi dan menjemputnya mengacara majlis terbabit di sebuah hotel di Jalan Orchard, Singapura, Ahad lalu dengan bayaran AS$7,000 selain bakal bergandingan dengan dua selebriti negara itu.

“Ketika dihubungi saya di Perlis dan dalam perjalanan pulang ke ibu kota. Dia memberitahu segala urusan mengenai tiket penerbangan ditanggung sepenuhnya dan meminta bayaran pendahuluan RM1,380 sebagai cukai pertukaran mata wang asing.

“Atas dasar percaya, saya memasukkan wang ke dalam akaunnya sebanyak RM690, namun dia memberitahu jumlah itu tidak mencukupi dan saya memasukkan semula RM690 pada petangnya,” katanya.


Lydiawati berkata, selepas memasukkan wang itu baru dia terfikir tidak perlu membayar wang pendahuluan sedangkan dia dijemput mengendalikan majlis berkenaan.


Kata Lydiawati, sejurus menyedari ditipu, dia menghubungi adiknya di Singapura untuk memeriksa lokasi majlis berkenaan dan terkejut apabila dimaklumkan majlis itu tidak wujud.

“Saya memeriksa senarai penumpang untuk penerbangan ke Singapura dan mendapati nama tiada dan lelaki itu gagal dihubungi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi menasihati selebriti tempatan supaya memeriksa latar belakang individu yang menawarkan pekerjaan bagi mengelak ditipu.


'via Blog this'

Mayat tempat bakar sampah

myMetro | Mayat tempat bakar sampah: ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat di kawasan pembakaran sampah berhampiran ladang ternakan lembu di Seksyen U9, Shah Alam, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat di kawasan pembakaran sampah berhampiran ladang ternakan lembu di Seksyen U9, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM: Polis menemui mayat seorang lelaki tertiarap dengan beberapa kesan kelar di leher di kawasan pembakaran sampah berhampiran ladang ternakan lembu di Seksyen U9, di sini, pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Mazlan Othman berkata, mayat itu ditemui seorang pekerja ladang ternakan lembu jam 10.40 pagi sebelum melaporkan kepada polis.


Menurutnya, lelaki yang berusia 20-an itu ditemui berlumuran darah dan polis percaya mangsa itu baru dibunuh berdasarkan kesan darah pada mangsa.

“Terdapat beberapa kesan kelar di kiri dan kanan leher mayat dipercayai dikelar dengan senjata tajam.


“Berdasarkan siasatan, polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke tempat pembakaran sampah itu.


“Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain kerana kami tidak menemui dokumen pengenalan diri mangsa dan senjata yang digunakan penjenayah di tempat itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Mazlan berkata, mayat lelaki itu ditemui berpakaian lengkap baju-T berjalur biru putih, berseluar pendek warna hitam dan berkaki ayam.


Katanya, pemeriksaan turut mendapati tubuh mayat itu dipenuhi tatu di paha, kaki dan bahagian belakang badan.

Menurut Mazlan, mangsa mungkin bukan warga tempatan kerana tiada kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG) pada lengan kirinya.


“Polis sudah membuat soal siasat terhadap pekerja kontrak dan ladang ternakan lembu berhampiran lokasi dan mendapati tiada sesiapa antara mereka mengecam mayat itu.


“Motif mangsa dibunuh masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat,” katanya.


Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh lebih daripada seorang penjenayah.


'via Blog this'

Ahli Parlimen Sabak Bernam, pembantu khas didapati bersalah

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:



Abdul Rahman


SHAH ALAM 29 Feb. - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program yang tidak dijalankan, empat tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap lapan pertuduhan itu.

Beliau bagaimanapun menetapkan esok untuk mendengar rayuan bagi meringankan hukuman oleh kedua-dua tertuduh melalui peguam mereka sebelum menjatuhkan hukuman.

Terdahulu, peguam Afifuddin Hafifi memohon agar rayuan dan hukuman ditangguhkan esok kerana kedua-dua anak guamnya memerlukan masa untuk membuat persediaan bagi membayar denda yang dianggarkan sebanyak RM400,000.


'via Blog this'

Pemandu teksi Malaysia dipenjara di Shiraz, Iran

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUALA LUMPUR 29 Feb. - Gara-gara termakan pujukan seorang lelaki warga Nepal yang menawarkan pekerjaan di luar negara, seorang pemandu teksi lelaki rakyat tempatan kini terpaksa meringkuk di penjara Adel Abad, Shiraz, Iran.

Mangsa berusia 40 tahun ditahan di Lapangan Terbang Shiraz pada tahun 2010 kerana kesalahan cuba menyeludup keluar tiga kilogram dadah jenis kokain dalam sebuah kotak yang dimuatkan dalam beg mangsa.

Sumber memberitahu, mangsa hanya mengenali lelaki Nepal itu sebulan sebelum kejadian tersebut berlaku ketika dia menaiki teksinya di ibu negara.

Menurut sumber, mangsa dijanjikan dengan gaji lumayan tetapi dengan syarat perlulah membawa sebuah kotak kononnya berisi barang berharga dari Shiraz ke Malaysia.

"Mangsa yang tidak mencurigai lelaki itu hanya menuruti kehendaknya namun semasa hendak keluar untuk ke Malaysia, dia ditahan pihak penguat kuasa Lapangan Terbang Shiraz," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.


'via Blog this'

Rumah Nabil di Mambau dipecah masuk penjenayah

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


SEREMBAN 29 Feb. - Kediaman pelawak terkenal tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil dipecah masuk sekumpulan penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi apabila penjenayah itu memecah masuk rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu yang kini dihuni bapa saudaranya melalui bahagian belakang rumah itu.

Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff, 55, kejadian disedari sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas pulang menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah berhampiran.

"Saya nampak pintu belakang rumah sudah terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah sebuah bilik tingkat bawah.

"Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis semua pakaian sudah bersepah di atas lantai," katanya ketika ditemui di rumah itu hari ini.


'via Blog this'

Polis yakin tahan 'jerung'

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


JOHOR BAHRU 29 Feb. - Polis yakin dapat menahan beberapa individu yang terlibat mengatur perlawanan bola sepak membabitkan enam pemain Piala Presiden Johor FC yang dipercayai mempunyai jaringan dengan bookie antarabangsa dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya telah menerima beberapa keterangan tambahan daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan sedang melengkapkan siasatan kes tersebut.

"Kita percaya beberapa 'jerung' akan ditahan tidak lama lagi. 'Ikan bilis' banyak, tetapi jerung tidak banyak. Kita menyasarkan satu rangkaian sindiket besar melibatkan bookie bertaraf 'jerung'," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Trafik Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.


'via Blog this'

Kanak-kanak disyaki didera ibu tiri nyaris bunuh diri

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUALA LUMPUR 29 Feb. - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun nyaris mengambil keputusan membunuh diri kerana disyaki tidak tahan dengan penderaan ibu tirinya di Jinjang Utara di sini.

Mangsa ditemui dengan kesan lebam di bahagian pipi dan lengan kiri dipercayai didera oleh ibu tiri dengan kayu pada 20 Februari lalu hanya kerana mangsa telah membawa sijil kelahiran ke sekolah untuk menyertai pasukan bola keranjang tanpa memaklumkan kepadanya.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dilakukan oleh bapa saudara mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 21 Februari lepas apabila mendapati masalah tersebut semakin serius.

"Dia berasa amat takut dan tidak dapat menumpukan perhatian ke atas pelajarannya sekarang dan mengadu ingin bunuh diri," kata bapa saudara mangsa, 31, ketika ditemui pemberita di sini hari ini.


'via Blog this'

Guru, anak rentung kereta bertembung

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KOTA BHARU 29 Feb. - Dua beranak rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih-Kota Bharu dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam, Che Arminudin Abdullah, 42, seorang guru dan anak perempuannya, Marissan Alma, 4, berasal dari Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, ketika kejadian Che Arminuddin yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Rush dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Puteh.

Menurut beliau, kereta yang dipandu mangsa dikatakan terbabas lalu melanggar tiang sebelum masuk ke lorong bertentangan.

"Kenderaan itu kemudian bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dipandu oleh Azaizurien Ahmad, 33, dan penumpang Siti Nor Azreen Md. Yani, 24, menyebabkan kedua-duanya terbakar.


'via Blog this'

41 PATI dicekup di rumah kongsi

Kosmo! Online - Negara:



ANGGOTA Jabatan Imigresen memeriksa pendatang asing tanpa izin yang ditahan di sebuah rumah kongsi di Taman Impian Emas, Skudai semalam.


JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Johor menahan 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di sebuah rumah kongsi di Taman Impian Emas, Skudai semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen II negeri, Amzari A. Jalil berkata, mereka yang ditahan dalam serbuan pada pukul 2.45 pagi itu adalah 14 warga Indonesia, 25 warga Bangladesh dan dua warga Vietnam berusia lingkungan 22 hingga 40 tahun.

Katanya, ketika serbuan yang disertai oleh 30 anggota itu, seramai 127 warga asing yang tinggal di rumah kongsi berkenaan diperiksa sebelum mendapati 41 daripadanya gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

"Serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam dan ketika diserbu, ada di antara mereka cuba melarikan diri dengan memasuki kawasan semak berhampiran dan bersembunyi tetapi berjaya ditahan kerana kawasan berkenaan telah dikepung," katanya.


'via Blog this'

Yusof bebas tuduhan rasuah

Kosmo! Online - Negara:





KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar (gambar) semalam bebas daripada sabitan atas tuduhan rasuah dan hukuman penjara serta denda setelah Mahkamah Tinggi di sini membenarkan rayuannya.

Hakim Datuk Ghazali Cha yang membuat keputusan itu mengetepikan sabitan dan hukuman penjara selama enam tahun serta denda RM620,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 20 Disember lalu.

Sebelum ini, Yusof dijatuhi hukuman tersebut setelah dia didapati bersalah terhadap 14 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warganegara China.

Dalam penghakimannya, Ghazali berkata, kes tersebut melibatkan perantaraan dengan seseorang yang dikenali sebagai 'atuk' tetapi dia tidak dipanggil memberi keterangan bagi mengesahkan fakta bahawa dia mengambil duit daripada Yusof.

Katanya, pihak pendakwaan juga hanya bergantung kepada tulisan tangan Yusof yang menandakan 'lulus' pada dokumen sedangkan ia bukanlah bukti Yusof telah dibayar. Pendakwaan juga gagal membuktikan elemen penerimaan wang oleh Yusof.


'via Blog this'

Kosmo! Online - Negara

Kosmo! Online - Negara:

Trauma diculik hampir dua jam


RUMAH Nagaraja di Taman Desa Pelancongan, Lahat, Ipoh yang telah dikosongkan selepas didakwa diintip penjenayah yang menculik bapanya Jumaat lalu.


IPOH – Sebuah keluarga hidup dalam keadaan tidak keruan apabila bukan sahaja bapa mereka trauma selepas diculik hampir dua jam oleh sekumpulan lelaki pada Jumaat lalu, malah mendakwa hidup mereka kini ibarat pelarian kerana terpaksa meninggalkan rumah yang kerap diintip penjenayah.

Wakil keluarga itu, S. Nagaraja, 25, mendakwa, kejadian itu disyaki berkait rapat dengan sebuah firma guaman yang tidak berpuas hati kerana masih belum menerima upah selepas dia berjaya mendapatkan pampasan insurans sebanyak RM300,000 pada Oktober tahun lalu.

Mengimbau semula kejadian itu, pekerja sebuah restoran itu memberitahu, bapanya, A. Subramaniam, 52, telah diculik ketika hendak ke tempat kerjanya di sebuah kilang di kawasan perindustrian Lahat dekat sini pada pukul 3.30 petang.

Katanya, sekumpulan enam lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Perdana hitam kemudian telah membawa bapanya ke sebuah premis berhampiran Pasar Pinji Mewah dekat sini sebelum salah seorang suspek menghubunginya menggunakan telefon bimbit Subramaniam.

“Penculik itu menuntut wang RM210,000 termasuk upah mereka sebanyak RM50,000. Jika tidak mereka ugut mahu bunuh dan bakar bapa saya.

“Cemas dengan ugutan itu, saya kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai dekat sini sebelum bapa dapat dibebaskan selepas diculik hampir dua jam,” ceritanya pada sidang akhbar di Pusat Perkhidmatan dan Biro Pengaduan MCA Perak di sini semalam.


'via Blog this'