'via Blog this'
Monday, February 27, 2012
Hukuman penjara sepanjang hayat kekal
'via Blog this'
Kesamaan sosiobudaya galak pelacur China
'via Blog this'
Peguam didakwa pecah amanah RM638,764
'via Blog this'
Mayat bayi perempuan ditemui terapung di Sungai Kuantan
'via Blog this'
‘Sembelit’ angkara dengki
“Sudah lebih 10 doktor saya temui dalam tempoh lima bulan sejak Julai lalu kerana menyangka menghadapi sembelit, tetapi mereka pelik kerana tidak dapat mengenal pasti penyakit saya,” kata peniaga wanita, Rohayu Rahman, 26, semalam.
Menurutnya, dia tidak menolak kemungkinan ada pihak cemburu serta iri hati dengan kejayaannya dan suami yang mengusahakan kedai runcit termasuk membuka cawangan kedua di Kulaijaya pada awal tahun lalu.
Katanya, pada mulanya, dia menyangka kesukarannya membuang air besar iaitu sekali sebulan berpunca daripada kurang rehat dan makan tidak teratur.
Menurutnya, akibat bimbang dengan kesihatannya yang semakin terjejas, dia mendapatkan rawatan perubatan moden selain menjalani pemeriksaan x-ray beberapa kali bagi mengenal pasti penyakitnya.
“Bagaimanapun, doktor pelik kerana tiada masalah kesihatan dikenal pasti menerusi ujian x-ray dan ujian darah.
“Namun, gangguan itu berterusan hingga mengakibatkan saya sentiasa sakit perut dan sukar bergerak serta mengganggu perniagaan,” katanya.
Ibu itu berkata, selepas kejadian itu, dia mendapatkan rawatan daripada seorang pengamal perubatan tradisional di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini.
Menurutnya, mujur selepas rawatan, masalah kesihatannya beransur pulih.
“Saya terkejut apabila imej dirakam menerusi telefon bimbit dalam botol yang digunakan ketika rawatan kelihatan seperti pocong. Ia mungkin bukti hasad dengki pihak tertentu,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ulama Johor, Mohamad Halimi Kolan berkata, sihir atau ilmu hitam wujud sejak zaman Nabi dan diamalkan hingga kini.
“Amalan sihir atau ilmu hitam bertentangan ajaran Islam manakala pengamalnya dikategorikan sebagai menyekutukan Allah,” katanya.
'via Blog this'
Nasib cuba lerai jiran ditawan
Sebelum kejadian, mangsa, Amir Adam, 47, yang berada di rumah didatangi seorang wanita berusia 30-an meminta bantuan bagi menyelamatkan anak lelakinya berusia 16 tahun yang ditawan seorang lelaki dikenali sebagai Atai berusia 25 tahun, kira-kira jam 11 malam.
Adik mangsa, Bakar, 39, berkata, dia dan abangnya serta dua rakan lain ke rumah wanita terbabit bagi memberikan bantuan walaupun tidak mengenali mereka. Sebaik tiba di tempat kejadian, mereka melihat lelaki terbabit memegang parang.
“Remaja itu juga memberi amaran supaya dia tidak didekati. Kami tidak tahu punca lelaki itu mengamuk.
“Walaupun ayah lelaki itu turut berada di tempat kejadian dan cuba menenangkan anaknya, tetapi tidak berjaya. Malah, lelaki terbabit terus mengancam mencederakan remaja berkenaan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Menurut Bakar, lelaki terbabit yang dipercayai panik melihat mereka cuba menghampiri terus bertindak ganas dengan melibas pedang yang dipegang menyebabkan Amir cedera parah di kepala, belakang telinga kiri, tangan dan perut.
Dalam keadaan kelam kabut, Bakar menarik abangnya yang berlumuran darah sebelum mengejarkannya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan.
Mereka membuat laporan di Balai Polis Simpang Tiga dan lelaki terbabit diberkas orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
'via Blog this'
Dedah rahsia selamatkan jari
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, kedua-dua mangsa yang nyenyak tidur di rumah sewa mereka berdepan detik cemas apabila leher masing-masing diacu parang oleh sekumpulan tiga penyamun termasuk seorang wanita yang memecah masuk rumah mereka.
Kedua-dua mangsa terpaksa merelakan kumpulan terbabit merampas wang tunai dalam dompet dan selepas tidak berpuas hati dengan jumlah wang yang ada, kumpulan terbabit mengugut mahu mengerat jari kedua-dua guru sekolah rendah itu jika enggan memberikan nombor pin kad ATM masing-masing.
Selepas menunggu beberapa jam, kedua-dua mangsa dibawa menaiki Perodua Kelisa milik seorang daripada mereka untuk ke bank berhampiran dan kumpulan itu sekali lagi mengugut mahu mengerat jari jika nombor diberikan itu salah membuatkan mangsa ketakutan.
Sebaik tiba di bank itu, seorang anggota kumpulan berkenaan pergi mengeluarkan wang manakala mangsa yang sudah ditutup mata serta diikat dengan pita pelekat, dijaga oleh dua lagi ahli kumpulan itu.
Selesai mengeluarkan wang mangsa, kumpulan berkenaan kemudian memindahkan mangsa ke sebuah kereta lain dan dibawa bersiar-siar sebelum ditinggalkan di tepi jalan.
Mangsa diselamatkan anggota polis peronda yang menemui mereka di tepi jalan sebelum dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan.
Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa yang diikat dengan pita pelekat itu ditemui dan diselamatkan anggota polis peronda kira-kira jam 7 pagi, Sabtu lalu.
“Mangsa mengadu Perodua Kelisa miliknya turut dilarikan tiga penyamun terbabit dan hingga kini kenderaan itu masih belum ditemui.
“Seorang daripada mangsa mengalami luka di lengan kanan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Bentong. Laporan kejadian itu dibuat di Balai Polis Bentong.
“Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.
'via Blog this'
Pagar dipotong dedah tenggiling diseludup
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mereka cuba mengelak daripada ditahan selepas cubaan menyeludup 65 tenggiling, terbongkar sebaik sampai ke pagar keselamatan sempadan berdekatan Kampung Kolam di sini.
Usaha ketiga-tiga suspek menyeludup binatang kawalan bernilai RM58,500 itu disedari anggota Batalion 3 Rejimen Sempadan yang sedang melakukan rondaan satu kilometer dari lokasi berkenaan.
Ketua Kompeni D Batalion 3 Rejimen Sempadan, Mejar S Kuberakusalan berkata, pihaknya menyedari kejadian berkenaan apabila mendapati ada lubang pada pagar sempadan dan melihat puluhan guni biru berhampirannya.
“Ketika membuat pemeriksaan, anggota mendengar bunyi individu melarikan diri di kebun pisang sebelum mereka menaiki sebuah kereta dan merempuh tanaman.
“Kami cuba mengejar mereka, namun gagal kerana suspek bertindak pantas sebaik menyedari kehadiran anggota tentera di pagar berkenaan,” katanya.
Menurutnya, kumpulan penyeludup juga licik apabila menggunting bahagian pagar berdekatan tiang kerana menyangka ia tidak mudah dilihat dari jauh dan hanya boleh dilihat jika berada di kawasan berhampiran.
Katanya, pihaknya yang memeriksa kawasan pagar itu menemui 65 guni biru berisi 65 ekor tenggiling dipercayai mahu diseludup ke negara jiran melalui lubang di pagar keselamatan berkenaan.
'via Blog this'
Tangan patah dipukul abang
Difahamkan, lelaki warga emas berusia 52 tahun itu memukul adik lelakinya berusia 39 tahun yang juga bapa kanak-kanak berkenaan dari belakang.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, mangsa dipercayai merotan anak lelakinya itu dengan tujuan memberi pengajaran dan mahu mendenda anaknya itu yang melakukan kesalahan ketika di rumah keluarganya di Rasa, dekat sini.
Katanya, mangsa patah tangan kanan dan bengkak di badan dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
'via Blog this'
Tanya wang dapat penumbuk
Sebelum kejadian, mangsa, 22, meminta penjelasan suami berusia 24 tahun mengenai bantuan kewangan diterima selain cincin misteri dibawa suami, jam 6 petang.
Menurut sumber, suspek turut menumbuk bapa mentua berusia 60 tahun sehingga pengsan ketika cuba meleraikan tindakan lelaki terbabit.
Sumber berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak tujuh tahun lalu dan dikurniakan dua anak, namun suaminya berubah sikap dipercayai gara-gara mempunyai hubungan dengan seorang wanita sejak setahun lalu.
“Sebelum kejadian, mangsa mahu mendapatkan penjelasan suspek mengenai bantuan kewangan yang diterima pada pagi kejadian, selain melihat sebentuk cincin dalam bekas di tangannya.
“Mangsa mendesak suspek memberikan penjelasan menyebabkan suspek berang sebelum menumbuk dan menerajangnya di muka.
“Walaupun mangsa merayu tidak dibelasah, tetapi ia tidak dipedulikan, malah bapa mentua suspek yang cuba menghalang dipukul sehingga pengsan,” katanya.
Menurutnya, jiran mangsa yang melihat kejadian itu bergegas ke rumah berkenaan dan menghalang suspek daripada bertindak lebih kasar terhadap kedua-dua mangsa.
Sumber berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Pusat (CPS) Miri.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan suspek ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 325/511, Kanun Keseksaan kerana cuba mendatangkan kecederaan parah,” katanya.
'via Blog this'
Siswi khalwat suami orang
Pelajar dari Sungai Petani itu dan pasangannya yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak, ditahan jam 9 pagi ketika mereka tidur.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, sepasukan lima anggota diketuai Jailani Abdul Talib ke motel berkenaan sejurus menerima maklumat.
Beliau berkata, sebaik membuat pemeriksaan di bilik pertama di tingkat atas motel berkenaan, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu selepas terkejut apabila pintu bilik diketuk berulang kali.
“Lelaki berusia 26 tahun itu membenarkan anggota penguat kuasa masuk ke dalam bilik untuk membuat pemeriksaan dan ada seorang wanita menutup badannya dengan selimut di atas katil.
'via Blog this'
Pernah diragut RM45,000
Malah sepanjang lebih 12 tahun bekerja sebagai peraih emas, dia pernah diragut dua tahun lalu hingga mendatangkan trauma buat dirinya.
“Peristiwa itu berlaku ketika saya parkir kereta di satu kawasan. Tanpa disedari, datang lelaki yang tidak dikenali membuka pintu belakang dan menarik beg tangan saya lalu melarikannya. Dalam beg itu mengandungi barangan kemas dan wang kira-kira RM45,000.
“Bukan hanya barangan kemas yang hilang beberapa hari selepas itu, dua rim kereta saya pula dicuri. Saya amat terkejut dengan dua kejadian yang berlaku itu sehingga rasa amat sedih. “Paling fobia, jika melihat anak muda yang datang walaupun mungkin niat mereka baik untuk menjual surat pajak gadai atau menjual emas. Tapi lama-kelamaan, keadaan kembali pulih dan saya semakin bersemangat meneruskan kerja ini kerana mungkin sudah sebati dengan jiwa,” katanya.
Azidah akur mungkin ada hikmah di sebalik semua itu cuma apa yang dikesalinya, sehingga kini dia amat berhati-hati dalam menjalankan urus niaga atau jual beli emas dengan pelanggan.
“Sudah dua tahun berlalu, kini semangat saya kembali pulih. Walaupun kes itu masih disiasat, saya perlu berhati-hati agar kejadian sama tidak berulang.
"Apa yang penting, kerjaya ini membuatkan saya lebih matang dan yakin apabila berdepan dengan pelanggan. Lagipun, apabila melakukan kerja yang kita minat, di samping niat membantu suami, Allah memberi laluan mudah kepada saya,” katanya.
'via Blog this'
Dikejar along angkara perbuatan isteri
KUALA LUMPUR: Hidupnya tidak tenteram angkara si isteri kaki putar alam yang menjalankan penipuan kononnya menjadi ejen pembekal pembantu rumah warga asing dengan mengenakan bayaran antara RM7,000 hingga RM8,000 seorang sebelum menghilangkan diri sebaik bayaran diterima.
Lebih membingungkan apabila wanita berusia 37 tahun itu dipercayai menggunakan ilmu ‘penunduk’ bagi memastikan individu yang menjadi sasarannya mempercayai janji kosongnya sehingga sanggup mengeluarkan bayaran pendahuluan tanpa sebarang resit.
Perkara itu didedahkan suami suspek dikenali sebagai Azhar, 40, yang memberitahu sering diganggu panggilan telefon daripada mangsa selain menerima ugutan membuatkannya bimbangkan keselamatan tiga anaknya yang kini dijaga keluarga mentuanya.
“Saya menumpang di rumah kawan selepas bertengkar dengan isteri mengenai perbuatannya itu manakala tiga anak saya yang bersekolah dijaga keluarga mentua.
“Malangnya, ibu mentua memberitahu, isteri saya sudah dua minggu tidak pulang dan gagal dihubungi.
“Bagaimanapun, rumah saya terus ‘diserang’ mangsa yang menuntut wang mereka dan janji isteri saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Setapak, Jumaat lalu.
Katanya, dia juga membawa lebih 30 pasport yang disimpan isterinya dipercayai milik mangsa atau wanita yang dijadikan pembantu rumah.
Menurutnya, dia membuat laporan polis selepas menjadi sasaran along yang menuntut hutang isterinya, malah ada mangsa datang ke rumah merampas hartanya sebagai ganti rugi wang mereka.
“Ada mangsa merampas televisyen gara-gara menyangka saya turut terbabit kegiatan penipuan untuk menyelesaikan dokumen perjalanan isterinya dengan bayaran RM1,800,” katanya.
Menurutnya, ada mangsa memaklumkan pembantu rumah mereka lari dan menimbulkan masalah lalu mengadu kepada isterinya selaku ejen.
Katanya, melalui mangsa, dia mendapat tahu isterinya hanya menyediakan pembantu rumah ‘kitar semula’ yang kebanyakannya bermasalah termasuk mengandung.
Menurutnya, sepanjang 15 tahun perkahwinan mereka, isterinya tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk malah bersama-sama menguruskan agensi pembekal pembantu rumah warga asing.
Katanya, selepas perniagaan yang diuruskan maju, dia memberi laluan kepada isterinya untuk menguruskan syarikat itu sendiri manakala dia menguruskan pekerja asing bagi syarikat pembersihan.
“Tuntutan kerja membuatkan saya percaya dan membiarkan dia bergerak sendiri menguruskan tender serta permohonan individu yang mahukan khidmat kami tanpa curiga.
“Bagaimanapun, dia mula berubah sejak September tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, kepercayaannya disalahgunakan isterinya dengan menipu orang, malah mengaku sebagai ejen yang menawarkan khidmat urusan dokumentasi warga asing.
Ditanya alasan isterinya bertukar perwatakan secara mengejut, Azhar berkata, dia mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit sehingga menyerahkan hasil pendapatannya.
“Selain tidak mempedulikan rumah tangga, dia tidak renggang daripada telefon bimbit dan komputer riba sehingga saya menemui facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS) isteri dengan lelaki terbabit,” katanya Katanya, sebaik perbuatannya itu terbongkar, isterinya memohon maaf dan berjanji berubah, namun hanya bertahan dua hari sebelum menghilangkan diri.
2 anak hilang sekelip mata
Katanya, dia amat terkejut apabila mendapat berita Nik Muhamad Faris dan abangnya antara tiga yang terbunuh dalam kemalangan itu.
“Saya tidak menyangka dalam sekelip mata dua anak kesayangan hilang dalam keluarga kami,” katanya.
Shamsiah berkata, suaminya Suhaimi Rahmat, 50, yang tiada di rumah ketika kejadian kerana membawa lori ikan ke Kedah dan pulang pagi semalam.
Katanya, berlainan dengan Nik Muhamad Faris, abangnya, Nik Muhamad Firdaus, sering keluar bersama rakan, tetapi tidak menunjukkan kelainan sebelum kejadian.
Sementara itu, rakan mangsa yang terselamat, Mohd Fakhrulhanif berkata ketika mereka minum di sebuah kedai di Kampung Padang Luas dan berbual, dia melihat wajah rakannya, Nazir Nazmi kelihatan lemah dan pucat.
Katanya, dia terkejut melihat keadaan muka anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu yang secara tiba-tiba kelihatan pucat dan berdiam diri ketika mereka berbual.
“Sebaik membayar harga semua minuman kami, Nazir tiba-tiba meminta halal makan dan minum dengan saya,” katanya.
'via Blog this'
Pemuda putus cinta nekad terjun bangunan
Difahamkan, remaja lelaki berkenaan baru putus cinta dengan kekasihnya berusia 19 tahun sebelum mengambil keputusan membunuh diri.
Remaja berkenaan dilihat menaiki bangunan itu kira-kira jam 10 malam kelmarin dan berada di penjuru tingkat lapan bangunan itu selama hampir dua jam.
Bagaimanapun, cubaan lelaki berkenaan untuk membunuh diri berjaya dipujuk dan diselamatkan seorang pengawal keselamatan bangunan itu yang juga rakan mangsa dengan bantuan ahli keluarga serta bekas kekasihnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, beberapa orang awam melihat seorang lelaki mencurigakan berada di penjuru tingkat atas bangunan itu.
Gelagat lelaki itu menarik perhatian lebih 100 orang awam yang berada di sekitar kompleks bangunan hotel itu bagi menyaksikan kesudahan ‘drama’ berkenaan.
Sementara itu, pengawal keselamatan berkenaan yang enggan dikenali berkata dia bersama rakan sekerja berjaya mengesan mangsa selepas melihatnya menyusup masuk ke dalam hotel dan menaiki ke tingkat lapan bangunan hotel.
Beliau berkata, dia terkejut mendapati mangsa menuju ke penjuru bangunan dan cuba untuk terjun.
“Saya mendekati mangsa dan memujuknya supaya tidak terjun dari bangunan itu. Namun, dia (mangsa) enggan berundur sebaliknya terus berdiri di penjuru bangunan itu.
“Saya menghubungi ahli keluarganya bagi membantu memujuknya. Bagaimanapun, selepas hampir dua jam memujuk dia berjaya diselamatkan,” katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, rakannya itu mengalami tekanan perasaan melampau dan tidak menyangka membuat keputusan membunuh diri dengan cuba terjun dari bangunan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh, berkata mangsa berjaya diselamatkan kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas dipujuk oleh seorang rakan.
Beliau berkata, pihaknya menahan lelaki itu untuk membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati, lelaki itu cuba membunuh diri selepas kecewa ditinggalkan kekasihnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
'via Blog this'
Didenda RM4,500 ugut bapa saudara
MARANG: Seorang lelaki yang bertindak luar batasan apabila mengugut bapa saudaranya menggunakan pedang kerana tidak berpuas hati apabila diminta datang keesokan hari untuk menjual getah, didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan berasingan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Mengikut pertuduhan pertama, Azman Ismail, 30, didakwa membuat ugutan dengan niat mendatangkan ketakutan terhadap Mahasan Ismail, 45, di sebuah rumah beralamat No 618, Kampung Durian Pahit, di sini, jam 7.50 malam pada 22 Februari lalu.
Basi kesalahan itu dia didenda RM3,000 atau dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki senjata berjadual di tempat awam iaitu sebilah pedang pada waktu, tarikh dan tempat sama.
Dia didenda RM1,500 atau dipenjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mahathir Mohd Yusof di hadapan Majistret Noradila Ab Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, pengadu, Mahasan didatangi tertuduh di rumahnya di Kampung Durian Pahit jam 7.50 malam pada 21 Februari lalu untuk menjual getah, tetapi diminta datang keesokannya oleh pengadu.
Tertuduh yang tidak berpuas hati dengan permintaan itu memarahi pengadu serta membaling alat penimbang getah dan pada masa sama memukul pengadu dengan kayu berbentuk tiga segi. Selepas itu, dua anak pengadu datang dan memukul tertuduh untuk menghentikan tindakannya itu.
Tertuduh pulang ke rumahnya dan datang semula ke tempat kejadian dengan membawa sebilah pedang dan sebungkus plastik berisi cecair putih didakwanya asid untuk membalas dendam kepada anak pengadu.
'via Blog this'Lembu ‘naik’ Wira
NAHAS...kereta digunakan dua lelaki untuk mencuri lembu. |
Sumber berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai sebuah kereta terbabas dalam longkang di hadapan sebuah kilang di kawasan berkenaan.
“Kedua-dua mereka melarikan diri meninggalkan dua lembu itu dalam keadaan lali.
“Pemeriksaan lanjut mendapati tempat duduk belakang diubah suai. Kerusinya dibuang memudahkan mereka menyumbat lembu terbabit.
Menurutnya, polis turut menemui dua batang sumpit dan ubat pelali yang dipercayai digunakan suspek untuk menangkap lembu terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
'via Blog this'
Ketua Imigresen LTASH ditahan
Jurucakap Polis Jakarta, Komisioner Kanan Rikwanto berkata, “Suspek dituduh melanggar Artikel 263 Kod Jenayah kerana memalsukan dokumen perjalanan.”
Rochardi didakwa kerana memalsukan dokumen perjalanan dan menghadapi hukuman penjara maksimum enam tahun. - Jakarta Post "
'via Blog this'
Sekolah jadi markas jual beli dadah
Ketua Polis Tengerang, Komisioner Kanan Bambang Priyo Handogo berkata, “Kami akan melakukan serbuan secara rambang untuk membasmi pengedaran dadah, termasuk beberapa tempat lain yang menjadi tumpuan pengedaran dadah.”
Katanya, polis akan bekerja sama dengan Agensi antiNarkotik (BNK) dan penguasa tempatan untuk menjalankan operasi memantau sekolah dan beberapa tempat yang dikatakan tumpuan pengedaran dadah.
Katanya lagi, polis akan bekerja sama dengan agensi pendidikan dan sekolah untuk memastikan semuanya mengikut undang-undang ketika operasi dijalankan. - Jakarta Post
'via Blog this'
Rakam wanita dalam tandas
Defendan itu, Md Suhaini bin Suani, 25 tahun, yang bekerja sebagai pencuci di sebuah stesen minyak di Daerah Tutong dihadapkan ke mahkamah, semalam.
Dia melakukan kesalahan itu pada 17 Disember, 2007.
Dalam kenyataan yang dibaca, Md Suhaini dituduh mempunyai niat merakam mangsa, yang namanya tidak didedahkan, ketika menggunakan tandas di stesen minyak itu.
Dia dikatakan masuk ke dalam tandas itu dan meletakkan telefon bimbit 3G di atas para yang digunakan untuk menyimpan bahan pencuci berdekatan mangkuk tandas yang digunakan oleh mangsa dan kemudian melihat rakaman mangsa dalam keadaan separuh bogel, sedang membuang air.
Perbuatan defendan itu didedahkan beberapa hari selepas itu selepas penyelia wanita stesen itu melihat telefon bimbit defendan yang sedang dicas dan ditinggalkan di atas meja di pejabat.
Dia kemudian melihat kandungan telefon itu dan terjumpa rakaman video itu.
Penyelia itu kemudian menghubungi dua orang rakan sekerja dan meminta mereka segera datang ke stesen itu.
Setelah bersetuju, mereka pergi ke rumah mangsa dan menunjukkan video itu.
Mangsa yang terkejut dan malu, terus melaporkan perkara itu di Balai Polis Tutong keesokan harinya pada 22 Disember 2007
Md Suhaini tidak mempunyai rekod sabitan jenayah sebelum ini dalam kenyataannya dia bertindak atas dasar emosi kerana dia “sukakan wanita itu” dan rakaman itu adalah untuk kegunaan peribadinya.
Dia berkata itu adalah perbuatan pertamanya dan dia tidak menunjukkan rakaman itu kepada sesiapa.
'via Blog this'
Siswi khalwat suami orang
Pelajar dari Sungai Petani itu dan pasangannya yang sudah beristeri dan mempunyai seorang anak, ditahan jam 9 pagi ketika mereka tidur.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, sepasukan lima anggota diketuai Jailani Abdul Talib ke motel berkenaan sejurus menerima maklumat.
Beliau berkata, sebaik membuat pemeriksaan di bilik pertama di tingkat atas motel berkenaan, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu selepas terkejut apabila pintu bilik diketuk berulang kali.
“Lelaki berusia 26 tahun itu membenarkan anggota penguat kuasa masuk ke dalam bilik untuk membuat pemeriksaan dan ada seorang wanita menutup badannya dengan selimut di atas katil.
'via Blog this'
Remaja perempuan antara ditahan curi besi
13 Julai 2012

Harun menunjukkan barangan rampasan dalam kejadian mencuri besi di sebuah kilang di kawasan perindustrian Tanjung Agas, Sungai Mati 21 Jun lalu.
Lima ditahan pada 21 Jun lalu, jam 2.40 petang, manakala enam yang lain ditahan jam 4.30 petang, pada hari sama.
Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, ketika ditahan kesemua suspek sedang asyik mencuri besi dalam kilang berkenaan.
Menurutnya, empat daripada suspek yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia dan kegiatan tersebut didalangi warga tempatan yang juga merupakan seorang kontraktor berusia 39 tahun.
“Kilang ini yang menyimpan banyak besi lama menjadi tumpuan suspek sejak beberapa bulan lalu. “Namun, kegiatan mereka terbongkar apabila pengawal keselamatan kilang ini melihat sekumpulan individu mencurigakan memasuki kawasan kilang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, semalam. Beliau berkata, berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pengawal keselamatan itu, sekumpulan anggota polis dari IPD Ledang dan Balai Polis Sungai Mati ke kilang berkenaan dan menahan kesemua suspek.
Katanya, turut dirampas ialah sebuah fork lift, tujuh tong silinder gas besar, empat tong gas memasak, satu gulung kabel getah berserta nozel, sebuah lori, sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah motosikal dan 10 keping besi.
“Kesemua suspek yang berusia 17 hingga 39 tahun, kemudiannya dibawa ke IPD Ledang untuk siasatan lanjut. “Hasil siasatan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan bebas dadah selepas ujian air kencing dilakukan ke atas mereka,” katanya.
Bas jatuh gaung, 15 pelancong maut di China
KEADAAN bas yang remuk akibat hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung di daerah Shanxi berhampiran bandar Jincheng, Beijing. 15 pelancong dilaporkan terkorban manakala 19 yang lain cedera. (berita lanjut) - Foto AFP BEIJING: 15 pelancong terbunuh manakala 19 yang lain cedera apabila bas yang dinaiki mereka tercampak ke dalam gaung. |
Pihak berkuasa China dalam satu kenyataan, berkata ia berlaku selepas bas terbabit melalui jalan selekoh di lebuh raya wilayah Shanxi, di bawah pemerintahan kerajaan bandar Jincheng, pagi Sabtu (waktu tempatan).
Berita Harian Online | Bas jatuh gaung, 15 pelancong maut di China:
'via Blog this'
Perhimpunan Hijau 2.0 di Padang Kota kecoh
Kekecohan tercetus apabila kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk kumpulan bermotosikal turut berada di kawasan berkenaan apabila perhimpunan bermula kira-kira jam 6 petang.Perhimpunan itu diadakan bagi membantah pembinaan kilang Lynas di Gebeng, Pahang yang menyebabkan ramai menganjurkan tunjuk perasaan atas dasar tak puas hati.Ketika Guan Eng naik ke pentas menyuarakan sokongan kepada perhimpunan itu, beliau terpaksa dikawal beberapa pengawal bagi mengelak beberapa ahli NGO yang dilihat cuba menghampirinya.
Ahli NGO itu turut menjerit dengan mengatakan 'Guan Eng Penipu; Kami Sokong Lynas dan Kami sokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketika itu juga berlaku tolak menolak sehingga menyebabkan wartawan Kwong Wah Jit Poh, Andrew Chew, 29, diserang tiga lelaki termasuk seorang daripadanya menggunakan topi keledar.
Selepas Guan Eng berucap kira-kira 15 minit, beliau diiringi pengawal peribadi serta pasukan sukarela serta anggota polis berpakaian preman ke keretanya, dikepung ahli NGO hingga menyebabkan berlaku tolak menolak.
Sebaik memasuki keretanya, ahli NGO mengepung serta menghalang pergerakan kenderaan itu, menyebabkan kereta dinaiki Guan Eng terpaksa bergerak perlahan dan mengambil masa hampir lima minit walaupun jarak ke pagar hanya 20 meter.
Akibat tolak menolak itu, seorang jurukamera Kwong Wah Jit Poh, Lee Hong Chun, 25, dipukul di kepala menggunakan topi keledar.
Ketika tumpuan beralih kepada jurugambar berkenaan, kenderaan Guan Eng mengambil kesempatan meluncur laju meninggalkan kawasan berkenaan dan keadaan tolak menolak kembali reda.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim, berkata seramai 40 anggota dan pegawai berpakaian preman bergegas ke Padang Kota untuk mengawal keadaan daripada sebarang kejadian tidak diingini selepas dimaklumkan kejadian berkenaan.
'via Blog this'
30 bentuk perisai manusia halang roboh rumah
Dalam kejadian pada jam 3 petang itu, penduduk kampung sepakat bertindak sedemikian bagi mempertahankan rumah yang didiami Ashaari Hamzah, 37, bersama isteri, Arima Ramli, 46, serta lima anaknya daripada dirobohkan.Kediaman Ashaari terpaksa dirobohkan berikutan pemilik tanah berkenaan sudah memperoleh perintah mahkamah untuk mengambil semula tanah kediaman itu.Suasana menjadi tegang apabila berlaku perang mulut antara penduduk kampung terbabit dengan peguam, pegawai mahkamah serta anggota polis, yang bertindak mengawasi kerja merobohkan rumah itu.
Bagaimanapun, selepas lebih setengah jam berbincang, kerja hendak meroboh rumah berkenaan akhirnya terpaksa ditangguhkan.
Peguam mewakili pemilik tanah berkenaan, Nor Asmadi Ashari berkata, pihaknya tidak dapat meneruskan kerja merobohkan kediaman itu selepas dihalang penduduk kampung berkenaan.
“Kes ini sudah dibicarakan di mahkamah selama lima tahun dan mahkamah sudah memutuskan bahawa tanah ini adalah sah milik Ramli Ismail.
“Dia (Ramli) ada hak ke atas tanah ini dan notis sudah dikeluarkan untuk keluarga terbabit berpindah sehingga tarikh akhir hari ini (semalam),” katanya.
Ramli ketika ditemui, berkata beliau sudah menawarkan untuk menjual tanah itu kepada Ashaari dengan harga RM30,000
'via Blog this'
Wanita trauma terima nota cinta, ayam
![]() |
Dua pegawai polis memeriksa tiga ekor ayam yang digantung di pagar rumah mangsa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin. |
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Nota tertulis ayat-ayat cinta yang ditujukan kepada artis Diana Danielle dan penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei selain tiga ekor ayam hidup adalah antara kiriman yang diterima seorang wanita sejak dua minggu lalu sehingga hidupnya kini dalam keadaan trauma.
'via Blog this'
87 banduan dipindah
SURABAYA 26 Feb. - Seramai 87 banduan dari Penjara Kerobokan, Bali dipindahkan ke beberapa penjara lain di Jawa Timur ekoran dua kejadian rusuhan di penjara berkenaan pada awal minggu ini.
Ketua Cawangan Kementerian Kehakiman Hak Asasi Manusia Jawa Timur, Mashudi semalam berkata, pihaknya diarahkan untuk menerima 87 banduan tersebut.
''Banduan tersebut termasuk 11 orang daripada mereka adalah wanita, tiba di Banyuwangi petang kelmarin dan akan dipindahkan ke beberapa penjara di wilayah ini.
''Banduan wanita akan dipindahkan ke penjara wanita di Malang, manakala yang lain akan ke Banyuwangi, Bondowoso, Jember, Porong dan Surabaya,'' katanya yang dipetik kompas.com.
Beliau berkata, 15 warden telah ditugaskan untuk memastikan proses pemindahan tersebut selamat.
''Kami juga mendapat kerjasama polis tempatan,'' ujarnya.
Rusuhan di Penjara Kerobokan berlaku selepas kejadian tikaman melibatkan beberapa banduan.
Sebanyak 60 banduan asing turut dipindahkan ke beberapa penjara lain di Bali. - AGENSI
'via Blog this'
Pemandu maut, kereta rempuh pokok
'via Blog this'