Search This Blog

Sunday, February 26, 2012

2 maut letupan pangkalan penyelidikan Antartika Brazil

Berita Harian Online | 2 maut letupan pangkalan penyelidikan Antartika Brazil: "SAO PAULO: Letupan di pangkalan penyelidikan Brazil di Antartika mengakibatkan dua pegawai tentera laut terbunuh manakala seorang lagi cedera.

Menteri Pertahanan Brazil, Celso Amorim mengesahkan kematian dua pegawai yang tidak bertugas, Carlos Alberto Vieira Figueiredo dan sarjan Roberto Lopes dos Santos yang pada awalnya dilaporkan hilang.
"Bagi menjalankan tanggungjawab mereka, kedua-duanya berada di kawasan berisiko sebagai usaha memadamkan kebakaran itu dan mereka terbunuh," katanya di sini, hari ini. - AFP"

'via Blog this'

Bas jatuh gaung, 15 pelancong maut di China

Berita Harian Online | Bas jatuh gaung, 15 pelancong maut di China: "BEIJING: 15 pelancong terbunuh manakala 19 yang lain cedera apabila bas yang dinaiki mereka tercampak ke dalam gaung.

Pihak berkuasa China dalam satu kenyataan, berkata ia berlaku selepas bas terbabit melalui jalan selekoh di lebuh raya wilayah Shanxi, di bawah pemerintahan kerajaan bandar Jincheng, pagi Sabtu (waktu tempatan).
Setakat ini, katanya, 15 disahkan terbunuh manakala 19 yang mengalami kecederaan sudah dikejarkan ke hospital. - AFP"

'via Blog this'

3 termasuk dua beradik maut kereta terbabas

Berita Harian Online | 3 termasuk dua beradik maut kereta terbabas: BESUT: Tiga termasuk dua beradik maut, manakala seorang lagi parah apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer(KM) 1 Jalan Jertih-Pasir Puteh, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, Nik Muhammad Firdaus Suhaimi @ Rahmat, 24,
adiknya Nik Muhamad Faris, 19, serta rakan mereka Nazir Nazemi, 20, yang juga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut, manakala pemandu kereta Wan Muhamad Shafiq Md Zin, 20, cedera parah.

"Seorang lagi penumpang kereta jenis Perodua Myvi itu, Mohd Fakhrulhanif
Zainuddin, 26, tidak mengalami sebarang kecederaan," kata Ketua Polis Daerah
Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila pemandu dipercayai gagal mengawal
kereta apabila melepasi lampu isyarat di persimpangan Kampung Seberang Jerteh, menyebabkan kereta terbabas dan melanggar beberapa papan tanda.

"Pelanggaran itu mengakibatkan empat daripada mereka, kecuali Mohd
Fakhrulhanif, terpelanting keluar menerusi tingkap kereta terbabit," katanya.

Kamaruddin berkata, dua daripada mereka maut di tempat kejadian akibat
kecederaan parah di kepala, manakala Nik Muhamad Faris meninggal dunia di
Hospital Daerah Besut ketika menerima rawatan.

Sementara itu, Mohd Fakhrulhanif ketika ditemui, berkata sebelum kejadian
berlaku, mereka berlima keluar bertemu beberapa rakan di Kampung Padang Luas
sebelum berhenti minum di sebuah kedai.

Katanya, mereka mengambil kesempatan berbual panjang dengan Nazir yang sudah
lama tidak pulang ke kampung selepas bertugas di Pangkalan TUDM Sungai Besi.

"Selepas minum sekitar jam 3.45 pagi, saya pun membayar harga minuman dan
makanan dalam RM40 tetapi ketika itu Nik Muhamad Firdaus mencelah dengan berkata
mereka semua akan berjumpa di pintu syurga.

"Kami tidak mengendahkan kata-kata itu dan pulang dalam kelajuan sederhana
sahaja tetapi ketika melepasi lampu isyarat berdekatan Masjid Kayu tiba-tiba
kereta dipandu tidak dapat dikawal kerana mungkin jalan tidak rata dan
berpasir," katanya.

Mohd Fakhrulhanif berkata, beliau sedar ketika kemalangan berlaku dan hanya
mampu menutup muka dengan tangan.

"Lepas kereta itu terhenti saya dapati kesemua empat rakan saya termasuk
pemandu semua tercampak keluar dari kereta dan bergelimpangan," katanya.

Jenazah semua mangsa yang berasal dari Kuala Besut dituntut keluarga 10 pagi
tadi. - BERNAMA

'via Blog this'

10 rumah di Sungai Rambai dinaiki air

Berita Harian Online | 10 rumah di Sungai Rambai dinaiki air: BUKIT MERTAJAM: Lebih 10 rumah dekat Sungai Rambai, Permatang Rawa, di sini dilanda banjir kilat hari ini, kali ketiga dalam tempoh seminggu.

Banjir kilat itu berlaku sejak jam empat pagi tadi selepas hujan lebat
kira-kira 30 minit dan air memasuki rumah penduduk sehingga ke paras paha. Seorang penduduk, Yusri Yusoff, 43, berkata banjir sejak awal pagi ini
paling teruk dalam minggu ini ekoran aliran air hujan tersekat.

"Bila hujan lebat, kami penduduk di sini sudah mula bimbang kerana rumah
akan dinaiki air dan ia berlaku sejak bermulanya projek pembinaan Landasan
Berkembar Keretapi Elektrik Ipoh-Padang Besar dua tahun lepas," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Aiton Mohd Ariff, 47, berkata banjir hari ini menyebabkan kebanyakan perabot di rumahnya rosak akibat ditenggelami air.

"Sebelum ini banjir hanya melanda sekali atau dua kali dalam tempoh setahun,
tetapi kini setiap kali hujan lebat pasti kami akan berhadapan dengan banjir,"
katanya.

Siti Mariam Hashim, 42, pula berkata pembinaan parit berhampiran rumahnya
membuatkan kediamannya itu kerap mengalami banjir kilat apabila hujan.

Beliau berkata, sebelum ini parit sedia ada terletak kira-kira 200 meter
daripada rumahnya, tetapi kini ia dibina hanya tiga meter dari halaman rumah.

"Parit yang kecil dan sempit itu antara punca banjir besar di kampung kami,
jadi saya minta kerjasama pihak berkenaan untuk mendalam dan melebarkannya,
sekurang-kurangnya ia dapat meringankan penderitaan penduduk di sini," katanya. - BERNAMA

'via Blog this'

18 rumah hanyut banjir kilat di Aceh

Berita Harian Online | 18 rumah hanyut banjir kilat di Aceh: JAKARTA: Hujan lebat yang turun di daerah kecil Tangse, dalam daerah Pidie, Aceh petang Sabtu mengakibatkan beberapa kawasan penempatan dilanda banjir kilat, hingga menyebabkan seorang penduduk dilapor hilang dan 18 rumah dihanyut arus air.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia dalam satu kenyataan, berkata penduduk yang hilang dikenalpasti sebagai Tengku Idris, 55, manakala kampung yang terkena banjir kilat itu ialah Desa Kebun Nilam, Desa Blang Maloe dan Desa Pulo Mesjid.
Data yang dikeluarkan BNPB menyebut buah rumah hilang di Desa Kebun Nilam manakala di Desa Blang Maloe, empat rumah hilang dan sebuah rumah rosak teruk.

BNPB peringkat daerah dan provinsi serta semua agensi bantuan yang berkaitan
telah berada di kawasan bencana sejak semalam untuk menangani kejadian itu serta
memindahkan mangsa ke kawasan selamat.

Banjir kilat itu turut mengakibatkan jambatan Kuala Panteue terputus dan
menyebabkan perhubungan lalu lintas terganggu. Pihak berkuasa belum menaksirkan kerugian yang dialami dalam kejadian itu.

Ia adalah kali kedua banjir kilat melanda kawasan itu sejak bulan Mac tahun
lepas di mana 24 penduduk dilaporkan mati manakala 102 rumah hancur atau rosak.

Kejadian pada 10 Mac tahun lalu itu dipercayai berlaku kerana kegiatan
pembalakan liar di kawasan Hutan Tangse, dan curahan hujan selama empat hari
sebelumnya. - BERNAMA

'via Blog this'

Kaki lima port minum arak

Kaki lima port minum arak - Melaka & NS - Sinar Harian:
minum arak tepi jalan

ALOR GAJAH - Segelintir warga asing dikesan menjadikan kaki lima bangunan perniagaan sebagai tempat minum arak.

Lokasinya pula berhampiran sebuah kedai serbaneka yang membekalkan minuman ber­kenaan kepada mereka.

Lebih membimbangkan, keadaan itu berlaku berdekatan sebuah taman perumahan di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, di sini.

Kebanyakan penduduk mendakwa terdapat kedai serbaneka yang menjualnya secara terbuka.

Salah seorang penduduk, Mohd Wafi Wichi, 39, berkata, persekitaran kedai serbaneka 24 jam itu menjadi tumpuan warga asing yang tinggal berhampiran dengan kedai ber­­kenaan.

Menurutnya, kebanyakan pembeli terdiri daripada kalangan remaja dan pekerja industri, warga emas selain penduduk taman perumahan berkenaan.

“Minuman keras pelbagai jenis di jual di kedai serbaneka itu dan dipamerkan dalam satu peti sejuk bersama minuman lain.

“Keadaan ini kadang-kadang mengelirukan pengguna yang mahu membe­li minuman,” katanya.

Justeru, Mohd Wafi berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat memben­dung keadaan itu supaya tidak merosakkan akhlak penduduk setempat terutama yang beragama Islam.

“Saya perhatikan setiap malam ramai warga asing mengunjungi premis ber­kenaan untuk membeli arak tanpa sebarang pengawasan PBT.

“Jika pemilik premis itu mahu menjual arak, mereka sepatutnya jual di tempat yang dikhaskan bukannya di premis yang menjadi tumpuan orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Pengarah Penguatkuasaan dan Perle­senan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Azizan Sulung, berkata, siasatan ke atas kedai serbaneka ber­kenaan mendapati hanya minuman keras biasa yang dijual dan bukannya jenis liquor.

Katanya, segala jenis minuman keras adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) kerana bidang kuasa MPAG hanya tertakluk pada pengelua­ran lesen kedai runcit dan kedai serbaneka.

“Saya difahamkan, peniaga hanya dibenarkan menjual minuman keras di bawah paras alkohol lima peratus dan untuk lesen minuman keras jenis Liquor mestilah mendapat kelulusan pihak kastam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Kas­tam Negeri, Abd Rahman Muda, berkata, pihaknya ada menerima beberapa rungutan daripada orang ramai yang meminta pihak Kastam menyiasat dakwaan itu segera.

Katanya, berdasarkan pada siasatan awal, pihaknya mendapati minuman keras yang diisi dalam tin kurang daripada lima peratus alkohol boleh dijual dan tidak memerlukan lesen daripada pihak JKDRM.

“Bagaimanapun, pihak kami akan melakukan pe­meriksaan ke atas premis terbabit.

“Jika ia berlaku, maka tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik premis,” katanya.


'via Blog this'

Kereta terbabas masuk kedai perabot antik

Kereta terbabas masuk kedai perabot antik - Perak - Sinar Harian:
masuk kedai antik

IPOH - Seorang pemandu yang gagal mengawal kenderaannya melanggar dua buah kereta sebelum terbabas memasuki sebuah kedai menjual perabot antik di Jalan Sultan Iskandar Shah, malam kelmarin.

Menurut saksi yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 10.45 malam itu, dia melihat sebuah kereta Proton Iswara dipercayai datang dari bulatan Sultan Idris Shah dipandu laju sebelum melanggar sebuah kereta Perodua Kelisa yang kebetulan melalui arah yang sama.

“Pemandu Proton Iswara itu dikatakan masih gagal mengawal kenderaannya dan melanggar bahu jalan menyebabkannya sekali lagi berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang di parkir di situ.

“Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Iswara berkenaan merempuh kedai berkenaan,” katanya.

Menurutnya, pemandu Proton Iswara terbabit dikatakan melarikan diri ke kawasan berhampiran selepas kejadian.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Wan Shahruddin Wan Omar mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, pemandu Proton Iswara tersebut melanggar belakang pacuan empat roda yang diletakkan di hadapan kedai kemudian terbabas masuk ke dalam premis berkenaan.

“Kemalangan itu mengakibatkan cermin dan pagar kedai rosak teruk,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, kedua-dua pemandu kenderaan terbabit masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.


'via Blog this'

Peniaga tak sedar kewujudan bonggol

Peniaga tak sedar kewujudan bonggol - Perak - Sinar Harian:
peniaga cedera teruk
peniaga cedera teruk

TAIPING – Gara-gara tidak perasan kewujudan bonggol jalan yang baru dibina di Jalan Sultan Abdullah, seorang peniaga, di sini, mengalami kecederaan teruk di kepala dan retak tulang belakang dalam kejadian 22 Februari lalu.

Isterinya, Teh Poh Lin, 52, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi ketika suaminya, Chong Peng Kan, 62, menunggang motosikal untuk membuka kedai peralatan memancing miliknya berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Taiping.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan suaminya melalui jalan itu setiap kali ke kedai memandangkan mereka tinggal di Taman Tasik Permai.

“Suami saya tidak perasaan ada bonggol di jalan itu kerana tiada garisan kuning dibina. “Apabila sudah sampai di bonggol, baru ada papan tanda diletakkan,” katanya.

Poh Lin berkata, sepatutnya papan tanda perlu diletakkan beberapa meter daripada bonggol supaya pengguna lebih berhati-hati.

Menurutnya, suaminya mengalami pendarahan dalam kepala dan retak tulang belakangnya selain terpaksa memakai alat pendakap leher.

“Buat masa ini, suami saya masih lemah dan percakapannya kurang jelas kerana masih tidak sedar sepenuhnya.

“Kini, saya terpaksa mengambil cuti untuk menjaga suami dan menanggung kerugian kerana tidak berniaga,” katanya.

Katanya, diharap pihak berkenaan dapat mengambil perhatian terhadap kemala­ngan yang berlaku ke atas suaminya dan tindakan segera perlu dilakukan kerana tidak mahu kejadian sama berulang.

“Sekiranya bonggol itu baru disiapkan dan tidak sempat membina garisan kuning, mereka perlu meletakkan papan tanda sementara supaya semua pengguna tahu,” katanya.

Bagaimanapun, ketika berita ini disiarkan garisan kuning telah dibina di jalan berkenaan.


'via Blog this'

Sindiket curi tong sampah

Sindiket curi tong sampah - Selangor & KL - Sinar Harian:
sindiket tong sampah

SERDANG – Kehilangan tong sampah roll on roll off (roro) di beberapa kawasan di sini didakwa semakin membimbangkan apabila belasan pemilik mendakwa kerugian hampir RM250,000 dalam tempoh tiga tahun sebelum ini.

Difahamkan, lebih 60 tong sampah jenis itu yang digunakan mengumpul bahan sisa binaan dan sisa kilang dilaporkan hilang sejak 2008.

Apa yang membimbangkan pemilik, tong sampah berharga antara RM3,500 hingga RM4,500 itu sering hilang ketika waktu awal pagi dan hanya diketahui apabila mereka berkunjung ke lokasi untuk mengutip sampah.

Pemilik, Manjit Singh berkata, dia kini kerugian hampir RM50,000 apabila 13 tong sampah roro miliknya hilang sejak 2005.

Menurutnya, hanya sebuah tong berjaya ditemui semula pada Disember tahun lalu selepas dilaporkan hilang pada April tahun sama.

“Tong-tong ini disewakan kepada penyewa di lokasi yang berbeza-beza di Serdang, Ampang, Damansara dan Kajang untuk mengumpul sisa bahan buangan ubahsuai rumah dan sampah kilang.

“Kebanyakannya didapati hilang antara jam 3 hingga 4.30 pagi ketika kawasan berkenaan lengang,”katanya.

Manjit berkata, dia berjaya menemui semula salah satu tong sampah di pusat bandar raya Kuala Lumpur selepas hilang di Balakong.

“Apabila saya bertanya kepada pemilik tong, dia mendakwa membelinya daripada seseorang dengan harga RM2,500,”katanya.

Seorang lagi pemilik tong roro yang menjadi mangsa, Chin Lin Chew berkata, dia kehilangan lima tong sampah sejak setahun lalu.

“Saya sudah menjalankan perniagaan sewa tong roro sejak empat tahun lalu.

“Apa yang menyebabkan saya geram adalah si pencuri membuang muatan sampah dalam tong ke tepi jalan sebelum membawa lari tong roro yang kosong,”katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang menerima aduan daripada 17 mangsa itu semalam berkata, lokasi panas yang sering menjadi sasaran Kajang Utama, Bandar Teknologi Kajang, Simpang Balak Balakong, Ampang Jaya, Pusat Industri Taming Jaya,

Bukit Angkat Sungai Chua, Jalan Kuyoh Seri Kembangan dan Serdang Raya isu kehilangan tong sampah berharga itu bukan perkara baru.

“Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini menjadi semakin serius kerana banyak laporan kehilangan dibuat pemilik.

“Saya percaya kegiatan dijalankan satu sindiket yang disyaki menjual tong terbabit kepada orang lain,”katanya.


'via Blog this'

Maut ditetak ketika tidur

Maut ditetak ketika tidur - Selangor & KL - Sinar Harian:
ditetak ketika tidur

KAPAR - Seorang pemandu lori menemui ajal apabila dia ditetak ketika sedang nyenyak tidur di ruang tamu di kediamannya di Taman Sentosa, di sini semalam.

R Kohilabalan, 28, yang hanya berseluar pendek ditemui kira-kira jam 9.29 pagi dalam keadaan tertiarap atas tilam dengan kecederaan di bahagian kepala.

Mangsa dipercayai diserang lebih dari seorang suspek yang memecah masuk rumah tersebut menerusi pintu belakang berdasarkan kesan umpil.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa masih bujang itu tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

“Mangsa dipercayai telah diserang lebih daripada seorang suspek yang kemudiannya bertindak menetak mangsa. Buktinya terdapat satu kesan tetakan di bahagian belakang kepala mangsa dipercayai menggunakan sejenis senjata tajam.

“Bagaimanapun senjata berkenaan tidak dijumpai di lokasi kejadian. Kita percaya kemungkinan senjata itu dilarikan bersama suspek bagi menghapuskan bukti,” katanya.

Menurutnya, suspek berjaya masuk ke kediaman mangsa dengan mengumpil kunci di pintu belakang kediaman itu.

“Sebaik selesai melakukan perbuatan itu, suspek juga dikatakan melarikan diri melalui pintu yang sama bagi mengelak perbuatan mereka dikesan orang awam di situ.

“Pergerakan suspek memasuki kediaman tidak disedari jiran terdekat memandangkan kedua-dua kediaman bersebelahan rumah mangsa tidak berpenghuni,” katanya kepada Sinar Harian.

Berdasarkan siasatan lanjut, beliau berkata, pihaknya percaya kejadian berkenaan bermotifkan dendam antara suspek dan mangsa memandangkan tiada sebarang barangan berharga milik mangsa dalam rumah itu dilaporkan hilang.

Katanya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


'via Blog this'

Pendandan rambut maut akibat cinta - Selangor & KL - Sinar Harian

Pendandan rambut maut akibat cinta - Selangor & KL - Sinar Harian:
Zakaria-Pagan---OCPD-Sentul

KUALA LUMPUR - Mayat seorang pendandan rambut ditemui berlumuran darah di kawasan parkir kereta di Apartmen Mutiara Magna, Kepong di Sentul, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisoner Zakaria Pagan berkata, mangsa berusia 25 tahun dipercayai terjun dari tingkat 3 rumahnya, sebelum mayatnya ditemui oleh rakan serumah kira-kira jam 2 pagi semalam.

Beliau berkata, siasatan menunjukkan mangsa bertindak membunuh diri dipercayai ada kaitan dengan masalah cinta.

Menurutnya, hasil soal siasat ke atas rakan serumah mangsa iaitu pasangan suami isteri berusia 30-an, mendapati mangsa sebelum itu berbual dengan kekasihnya menerusi telefon.

“Berlaku pertengkaran antara mangsa dengan kekasihnya, sebelum mangsa memutuskan talian.

“Mangsa dikatakan terlalu sedih dan cuba mengelar tangannya, namun sempat dihalang oleh pasangan suami isteri terbabit,” katanya selepas Majlis Tamat latihan dalam perkhidmatan Sukarelawan polis melibatkan 63 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), semalam.

Zakaria berkata, mangsa yang menyewa di premis itu sejak tiga bulan lalu, berjaya ditenangkan, sebelum masuk ke dalam biliknya.

Katanya, mangsa langsung tidak keluar bilik dan apabila dipanggil tiada maklum balas diterima.

“Rakan serumah mangsa hanya mengetahui mangsa maut selepas menemui mayatnya di kawasan parkir kereta terbabit.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat,” katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.


'via Blog this'

Trauma hujan buah kelapa - Utara - Sinar Harian

Trauma hujan buah kelapa - Utara - Sinar Harian:
rumah dihempap pokok
pokok tumbang

SUNGAI PETANI – Dianggarkan 245 premis awam, termasuk rumah kediaman, rumah kedai, bengkel besi, kandang kambing dan lembu di sekitar Kuala Muda terjejas akibat kejadian angin kencang dan ribut petir, petang kelmarin.

Antara kawasan terlibat, termasuk 13 kampung dan taman sekitar Parlimen Sungai Petani, manakala empat kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau.


Buah kelapa jatuh bertubi-tubi

Menurut mangsa, T Parames, 50, dari Kampung Sungkap Para, Bukit Selambau berkata, ketika kejadian dia bersama suami, seorang anak dan dua cucu berada di rumah.

“Pintu rumah tidak boleh dibuka kerana ditolak angin kuat, pada masa sama daun dan buah kelapa jatuh bertubi-tubi menghempap bumbung rumah.

“Cucu yang berusia dua dan empat tahun pula menangis tidak henti-henti kerana terlalu takut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Parames berkata, hujan lebat berterusan selama sejam mengakibatkan kerosakan beberapa barangan elektrik, termasuk televisyen dan perabot, manakala berlaku kebocoran akibat bumbung rumah diterbangkan angin.

Menurutnya, bencana itu adalah kejadian pertama yang pernah dialami sejak lebih 40 tahun menetap di situ.

Sementara itu, Pembantu Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, K Suppiah berkata, pihaknya telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 15 rumah terjejas di Kampung Sungkap Para, Kampung Petani Para, Kampung Jerai dan Ladang Goden.

“Kita akan berbincang sekiranya ada peruntukan yang boleh dibantu Kerajaan Negeri bagi meringankan beban mangsa,” katanya.


130 premis turut terjejas

Pengerusi Jawatankuasa Kemaju­an dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Permatang Berangan, Zamri Sadon berkata, dianggarkan 130 premis di kampungnya terjejas akibat kejadian itu.

“Melalui bancian yang kita lakukan, ada 130 premis terjejas termasuk kandang lembu dan kambing yang turut musnah namun sehingga kini, hanya 92 mangsa berdaftar di bilik gerakan yang kita sediakan.

“Turut disediakan di bilik gerakan ialah perkhidmatan kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengedaran bantuan kilat berupa barangan keperluan harian yang dikendalikan Penyelaras Parlimen Sungai Petani,” katanya.


JKM sedia kaunter pendaftaran di lokasi

Pegawai JKM Daerah Kuala Muda, Mohamad Md Nor berkata, Bilik Gerakan Bencana Ribut yang dibuka di Dewan Umno Kampung Permatang Berangan bertujuan memberi kemudahan mangsa melaporkan kejadian.

“Kita sediakan bilik gerakan ini yang dibuka bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang dan sekiranya masih ada penduduk yang belum berdaftar, boleh terus ke pejabat JKM di Kompleks Penyayang,” katanya.

Mohamad berkata, seramai 15 kakitangan JKM turun padang bagi melancarkan proses pendaftaran dan melakukan siasatan terhadap kerosakan yang dialami.

Selain itu, katanya, Kampung Pokok Asam, Kampung Permatang Kedundung, Kampung Pulau Tengah, Kampung Berapit, Kampung Jawa dan Kampung Pinang Tunggal turut dilaporkan terjejas.

Manakala Taman Seraya, Taman Kempas, Kampung Kilang Makau, Kampung Padang Temusu, Taman Rhu dan Kampung Seberang Tok Soh juga dilanda bencana sama.

“Sehingga jam 4 petang ini, 191 rumah dan anggaran 764 mangsa terlibat dilaporkan semasa kejadian dan kerugian dianggarkan kira-kira RM100,000,” katanya.

Menurutnya, kejadian hujan lebat kelmarin yang disertai ribut, guruh dan kilat dikatakan terburuk dalam tempoh dua tahun.

Namun tiada kecederaan dan kematian dilaporkan.

Sementara itu, Pengerusi JKKKP Kampung Pengkalan Bukit Kecil Simpor, Ismail Hamid mengesahkan kejadian sama pernah berlaku pada 2010 dan 263 rumah di kampungnya terjejas ketika itu.

'via Blog this'

Lihat hantu pocong luar rumah

Lihat hantu pocong luar rumah - Terengganu - Sinar Harian:
hantu pocong
MARANG – Sebelum ini, keluarga Mazlan Ali, 56, di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan di sini menggemparkan penduduk selepas mereka mendakwa diganggu makhluk halus yang rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Kini, selepas hampir dua bulan cerita itu senyap daripada bualan umum, keluarga Mazlan mengalami satu lagi kejadian aneh.

Anaknya, Masliana, 32, mendakwa, dia mampu melihat makhluk halus dan mengesan penyakit pada badan seseorang yang berpunca daripada gangguan atau kehadiran makhluk halus.

Anak kedua Mazlan itu berkata, walaupun mereka sekeluarga bersyukur apabila tidak lagi diganggu, malah tiada lagi tangisan anak kecil di tengah malam, namun dia pula mengalami kejadian pelik selepas gangguan itu.

Perkara itu disedari Masliana yang juga ibu tunggal empat anak kira-kira seminggu lalu selepas dia pergi melawat seorang rakannya yang jatuh sakit, dikenali sebagai Kak Nor di Kampung Mak Kemas, Bukit Payong.

Kata Masliana, dia ke rumah Kak Nor selepas mendapat tahu rakannya itu mengalami masalah mulut kejang dan sering jatuh sakit belakangan ini.


Rasa ada orang lain dalam tubuh sendiri

“SEBAIK tiba di rumahnya, hati saya berdebar-debar. Malah, apabila berada di sisinya badan saya terasa seram sejuk dan menggeletar.

“Ketika saya menyentuh kakinya pula, saya terus menangis, secara spontan saya memberitahu bahawa dia terkena buatan orang,” katanya.

Masliana berkata, tingkah lakunya juga agak pelik dan ia seolah-olah di luar kawalan.

“Saya rasa seperti ada orang lain dalam tubuh saya.

“Paling mengejutkan, pada malam hari sama saya lihat lembaga berbungkus di luar rumah,” katanya.

Masliana berkata demi-kian ketika ditemui Sinar Harian pada majlis kenduri doa selamat dan aqiqah anak saudaranya, Nurul Badriah Mohd Syawal, empat bulan.

Majlis diadakan di rumah adiknya, Mohd Syawal, 23, selepas solat Jumaat, di sini, petang kelmarin.


Anggap ujian ALLAH SWT

MENGULAS lanjut mengenai lembaga misteri berbungkus dilihatnya itu, Masliana berkata, kelibat makhluk misteri yang dipercayai mengikutnya dari Kampung Mak Kemas itu akhirnya menghilangkan diri dalam kepekatan malam.

Makhluk dikatakan Masliana hantu pocong itu juga tidak lagi kelihatan sehingga kini.

Justeru, Masliana me-nggagap ia hanya ujian ALLAH SWT, termasuk kelebihan baru pada dirinya iaitu dapat mengesan kehadi-ran makhluk halus pada tubuh badan seseorang.

“Mungkin makhluk halus itu menunjukkan dirinya sebagai amaran agar saya tidak membantu dan memberitahu keadaan sebenar Kak Nor.

“Mungkin juga ini semua berlaku secara kebetulan kerana gangguan tidak lagi berlaku selepas hantu Kak Limah ditangkap,” katanya enggan mengulas kelebihannya yang mampu mengesan penyakit berpunca daripada gangguan makhluk halus itu.

Katanya, dia juga me-nganggap kelebihan itu kesan daripada pengalaman dilalui sepanjang tempoh diganggu hantu Kak Limah sebelum ini.


Tidak lagi diganggu

NOVEMBER lalu, keluarga ini hidup dalam keadaan tertekan selepas diganggu lembaga wanita misteri berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik.

Namun, gangguan itu berakhir selepas pengamal perubatan dari Selangor datang menawarkan khidmatnya untuk menangkap jin yang dikatakan mengganggu keluarga terbabit.

Kini, menurut Masliana, misteri hantu Kak Limah tidak lagi mengganggu keluarganya, malah anak kecil yang tinggal di kawasan rumah keluarganya tidak lagi menangis pada waktu malam seperti yang berlaku sepanjang November hingga Disember tahun lalu.

“Ia termasuk makhluk berbungkus yang saya lihat lebih kurang seminggu lalu itu.

“Makhluk itu juga tidak lagi muncul dan saya anggap semua itu sebagai ujian Tuhan terhadap saya dan berharap keadaan itu tidak berpanja-ngan,” katanya.


Syukur semuanya berakhir

BAPANYA, Mazlan juga masih tinggal bersama lima daripada lapan anaknya di kawasan seluas kurang satu hektar.

Mereka sekeluarga tinggal berasingan bersama keluarga masing-masing di lima rumah di atas tanah milik ketua keluarga itu.

Sementara itu, adik Masliana, Mohd Syawal ketika ditemui, mengucapkan terima kasih di atas segala pertolongan semua pihak dalam mengatasi masalah gangguan hantu Kak Limah sebelum ini dan berharap keadaan aman itu terus kekal.

“Kini, keluarga termasuk bapa kami (Mazlan) bersyukur apabila semuanya sudah berakhir,” katanya.

'via Blog this'

Terkena tembakan curi

Terkena tembakan curi - Kelantan - Sinar Harian:
terkena tembakan curi
RANTAU PANJANG – Seorang mekanik dari Lubok Setol di sini, meninggal dunia setelah terkena tembakan pada rusuk kanan kira-kira jam 2.45 petang semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, berdasarkan siasatan awal, ketika kejadian, mangsa, Azhar Daud, 40, bersama rakannya berada di atas perahu sedang menangkap ikan di bawah pohon buluh di Pengkalan Air Hassan, Lubok Setol, di sebelah Thailand.

“Secara tiba-tiba rakan mangsa terdengar lima das tembakan yang datang dari arah semak sebelah tebing Thailand dilepaskan.

“Kejadian berlaku kira-kira 30 meter daripada tempat mangsa berada. selepas tembakan dilepaskan, rakan mangsa juga terdengar seperti ada orang berlari dan rakan mangsa juga percaya pistol yang digunakan jenis automatik kerana bunyi tembakan itu berturut-turut,” katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, mangsa yang parah kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Pasir Mas dan disahkan meninggal dunia.

“Mangsa yang berasal dari Thailand telah lama menetap di Malaysia dan bekerja sebagai mekanik, semasa ditembak, berada di dalam perahu di bawah pohon buluh di Pangkalan Haram Air Hassan, Lubok Setol.

“Mangsa juga dipercayai mempunyai dua kerakyatan dan keluarganya masih tinggal di Selatan Thailand,” katanya.

Jalaluddin berkata, berikutan kejadian itu, polis sudah mengambil keterangan daripada dua rakan mangsa dan masih mengesan lagi saksi serta suspek untuk membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum sampai mati.

“Pihak kami sudah meminta bantuan polis antarabangsa (interpol) untuk kerjasama dengan Thailand untuk mengesan saksi dan suspek,” katanya.

Sementara itu, majikannya Bunyamin Yusof, 58, tidak menyangka arwah ditembak dan menganggap arwah seperti anaknya sendiri sejak tinggal bersamanya 10 tahun lalu.

Bunyamin berkata, petang semalam dia menerima panggilan telefon daripada anaknya, Mohd Hasani, 28, yang keluar menjala bersama arwah supaya menghubungi ambulans kerana arwah ditembak.

Menurutnya, dia tidak bertanya lebih lanjut sebaliknya terus menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan.

“Ketika ke tempat kejadian, anak saya sedang memangku arwah, saya memeriksa nadi arwah masih bernafas ketika itu dan difahamkan meninggal dalam perjalanan ke hospital.

“Setahu saya arwah tidak mempunyai musuh dan tidak tahu kenapa dia ditembak,” katanya.

Bunyamin berkata, arwah seorang yang mudah didekati, ringan tulang dan tidak banyak karenah serta lebih mengutamakan kerja pada setiap masa.

“Sikap itu menyebabkan arwah begitu disenangi bukan sahaja dalam kalangan ahli keluarga saya, malah penduduk setempat juga turut menyayanginya kerana kebaikannya.

“Kali terakhir saya bertemu arwah pagi semalam ketika dia hendak keluar menjala bersama anak saya, Mohd Hasani ,28," katanya.

Bunyamin berkata, arwah tidak menunjukkan perubahan cuma tidak makan nasi sebelum keluar pagi semalam walhal itu rutinnya setiap hari.

Menurutnya, ketika arwah bangun pagi semalam, lauk yang dijual isteri habis, jadi anak perempuan menawarkan diri untuk memasak telur tetapi ditolak arwah dengan alasan telah makan kuih.

“Selepas itu arwah keluar dan saya kemudiannya dikejutkan dengan panggilan telefon memberitahu kejadian menimpa arwah,” katanya.

Bunyamin berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lubok Setol setelah selesai bedah siasat.
'via Blog this'

Wanita mati dalam latihan kecemasan dan kebakaran

Wanita mati dalam latihan kecemasan dan kebakaran - Global - Sinar Harian:Bangalore, INDIA - Seorang wanita berusia 24 tahun maut ketika menjalani dalam latihan kecemasan dan kebakaran di tempat kerjanya di Yeshwantpur, dekat sini, lapor Press Trust India (PTI), semalam.

Menurut polis, pekerja kilang pakaian itu dikatakan jatuh dari tingkat tiga kerana tersandung tali.
Wanita terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke sebuah hospital.

Terdahulu, latihan kecemasan dan kebakaran itu dijalankan oleh Jabatan Bomba serta organisasi kilang untuk menguji kesediaan pekerja-pekerja kilang.

Sementara itu, menurut saksi, tiada langkah keselamatan diambil oleh pihak pengurusan sebelum latihan itu diadakan.

'via Blog this'

14 maut balai polis diserbu

myMetro14 maut balai polis diserbu: KANO (Nigeria): Kumpulan Boko Haram menyerbu sebuah balai polis dan membunuh 14 orang dalam serbuan di bandar Gombe, timur laut Nigeria, semalam.

Saksi berkata, bandar berkenaan dikepung dan orang awam diarah tidak keluar rumah selepas kumpulan berkenaan cuba membebaskan tahanan di balai polis berkenaan.


Boko Haram - dianggap sebagai kumpulan Islam - bertanggungjawab melakukan siri serbuan di utara dan tengah Nigeria berkali-kali mendakwa anggotanya ditahan secara tidak sah dan menuntut mereka dibebaskan. AFP


'via Blog this'

Dilayan bagai penjenayah

myMetroDilayan bagai penjenayah: BUKTI... rakaman CCTV ketika Ahmad Faiz ditahan.
BUKTI... rakaman CCTV ketika Ahmad Faiz ditahan.

SEBERANG JAYA: “Saya sedih dan kecewa kerana adik saya diperlakukan seperti penjenayah, sedangkan dia hanya melakukan kesalahan trafik,” kata Ahmad Fuad Mohd Nordin, 33, yang mendakwa adiknya dikasari anggota polis, baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 10.10 pagi pada 11 Februari lalu, Ahmad Fuad berkata, adiknya, Ahmad Faiz, 17, retak tulang tangan kanan akibat dikasari anggota polis di sebuah pasar raya di Bertam Perdana, Kepala Batas.


Ketika itu, katanya, Ahmad Faiz bersama seorang lagi adiknya, Ahmad Firdaus, 14, menaiki motosikal ke pasar raya untuk membeli santan kelapa seperti diminta ibu mereka.

Katanya, ketika memilih barang, seorang lelaki meminta Ahmad Faiz keluar dari pasar raya itu, tetapi adiknya tidak menuruti arahan berkenaan kerana tidak mengenalinya.


“Lelaki itu yang berpakaian biasa tiba-tiba masuk ke dalam pasar raya dan menarik tangannya dengan kasar, namun adik saya mengelak dan meminta bantuan dua pekerja wanita pasar raya itu.


“Adik saya cuba meminta telefon pekerja berkenaan untuk menghubungi bapa tapi tidak dibenarkan,” katanya yang turut ditemani bapanya, Mohd Nordin Mohd Tahir, 56.

Ahmad Faiz yang turut hadir tidak boleh berkata-kata kerana masih trauma dengan kejadian itu.


Ahmad Fuad berkata, selepas itu seorang anggota polis berpakaian seragam masuk ke pasar raya itu dan terus mencekik leher adiknya dari belakang, manakala lelaki berpakaian biasa itu menendang betis bertujuan menjatuhkan Ahmad Faiz.

“Adik saya jatuh dan hampir tersungkur, malah dia tidak melawan ketika itu. Selepas itu, adik saya dibawa ke Pondok Polis Komuniti berhampiran dan baru dia tahu mengenai kesalahan dilakukan iaitu tidak memakai topi keledar.


“Selepas disaman, adik saya dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.


Menurutnya, keesokan hari, Ahmad Faiz mengadu sakit di tangan kanannya sebelum ditemani bapa mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya.


Katanya, hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan tulang di tangan kanannya retak.


“Kami sekeluarga bimbang kesihatan serta masa depannya memandangkan dia akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi,” katanya.


Menurutnya, selepas kejadian itu, Ahmad Faiz yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussien Onn, di Seberang Jaya tidak boleh menulis serta mengangkat tangan, malah diberikan cuti sakit sehingga 13 Mac ini.


Sementara itu, Mohd Nordin meminta polis menjalankan siasatan terperinci selain tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.


Katanya, pihaknya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), pagi semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPU, Asistan Komisioner Zulkifli Alias, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa semalam.


Katanya, berdasarkan siasatan awal, seorang anggota polis berpakaian preman mengesan seorang pelajar dan adiknya menaiki motosikal dengan tidak memakai topi keledar.


Beliau berkata, anggota polis meminta pelajar berkenaan berhenti, tetapi dia enggan dan terus memasuki sebuah pasar raya.


“Pelajar itu enggan bekerjasama dengan polis dan anggota itu menghubungi rakannya yang berpakaian seragam polis untuk bantuan, tetapi pengadu masih enggan bekerjasama sehingga berlaku pergelutan,” katanya.


Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan dakwaan berkenaan daripada semua sudut untuk menegakkan kebenaran, termasuk merekodkan kenyataan saksi dan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di pasar raya it


'via Blog this'