Search This Blog

Thursday, February 23, 2012

Nekad redah rumah terbakar

nekad-api
PARIT BUNTAR – Tindakan berani seorang anak, Jaafar Ismail, 51, merempuh masuk ke dalam rumah miliknya yang marak terbakar berjaya menyelamatkan ibunya daripada rentung di Jalan Terusan di sini, semalam.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, sebahagian ahli keluarganya keluar bekerja dan hanya ibunya, Sitimah Ahmah, 71 berada di rumah.

Menurutnya, dia cuma menyedari kebakaran berlaku ketika api sedang marak dan mujurlah jiran tertangga datang membantunya.

“Saya nekad masuk ke dalam rumah sewaktu api sedang marak untuk menyelamatkan ibu yang terperangkap di bahagian ruang tamu,” katanya.

Bagaimanapun, ibunya hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan akibat percikan api dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Parit Buntar.

Jaafar berkata, kebakaran tersebut menyebabkan dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang kerana semua barang musnah dijilat api.

“Saya memang terkejut dengan kejadian itu dan tidak sempat menyelamatkan barang-barang berharga kerana ia berlaku sangat pantas.

“Sedih kerana tidak tahu di mana mahu tinggal selepas ini,” katanya yang sudah lama mendiami rumah itu.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan hadir bersama Penyelaras Dun Titi Serong, Abu Bakar Mat Ali dan Penghulu Mukim Parit Buntar, Ahmad Shah.

Mujahid berkata, pihaknya sedang berusaha membantu mangsa dengan memberikan barangan keperluan.

“Bantuan dari Tabung Bencana Daerah bakal menyusul secepat mungkin. Selain itu, jabatan kerajaan juga digesa untuk menyalurkan bantuan segera kepada keluarga Jaafar.

“Kami berharap mangsa dapat bersabar dengan ujian itu,” katanya.

Sementara itu, Jaafar sekeluarga menumpang di rumah keluarga terdekat sehingga bantuan diterima kelak.

Nekad redah rumah terbakar - Perak - Sinar Harian:

'via Blog this'

Babi hutan serang kebun

babi hutan
IPOH – Penduduk di Kampung Tersusun Pengkalan Pegoh bimbang dengan ancaman babi hutan menyerang dan merosakkan tanaman sehingga menjejaskan punca pendapatan mereka.

Seorang penduduk, Mohd Hashim Abd Mutalib, 72, mendakwa ancaman babi hutan berlaku sejak 2009 lagi tetapi ia semakin serius apabila tanaman ubi kayu dan pisang yang diusahakan sering dimusnahkan binatang berkenaan.

“Gangguan binatang ini semakin ganas terutama pada musim hujan. Saya pernah melihat beberapa ekor haiwan itu berkeliaran di kawasan kebun saya dan merosakkan tanaman penduduk.

“Malah, saya terpaksa mengambil tindakan sendiri dengan menembak. Saya menembak 13 ekor haiwan itu dan boleh dikatakan setiap hari haiwan itu merosakkan tanaman saya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan penduduk berada dalam kebimbangan dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Saya pernah terserempak dengan haiwan itu ketika pulang dari surau pada waktu subuh. Ia keluar tidak kira waktu siang atau malam.

“Penduduk juga tidak membenarkan anak-anak mereka keluar pada waktu malam kerana bimbang disondol binatang yang semakin ganas mencari makanan di kawasan kampung,” katanya.

Mohd Hashim berkata, bagi memelihara tanaman di kebunnya, dia memilih untuk berjaga di dalam kereta pada waktu dalam.

“Haiwan itu menerang kebun kami apabila habitatnya di kawasan botani berhampiran Changkat Larang terjejas.

“Namun, tindakan segera harus diambil kerana masih tiada pihak berkenaan tampil bagi menyelesaikan masalah penduduk di sini,” katanya.

Babi hutan serang kebun - Perak - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kaki judi dinasihat jalani kaunseling

judi pc
SUNGAI NIBONG - Setiap pemain judi beragama Islam yang ditahan atas kesalahan itu dinasihatkan supaya menjalani kaunseling di Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, arahan yang dikeluarkan Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob pada 14 Februari lalu itu, walau bagaimanapun sehingga semalam, masih tiada yang menjalaninya berikutan tiada pemain beragama Islam yang ditangkap.

“Mereka dinasihatkan untuk menjalani kaunseling di Baka dalam tempoh tertentu bagi memulihkan serta menyedarkan mereka,” katanya kepada media, semalam.

Dalam perkembangan lain, Kong Meng berkata, semalam, polis menahan tiga lelaki dipercayai pemilik premis yang menjalankan perjudian berkomputer di sini.

Menurutnya ,ketiga-tiga lelaki itu ditahan dalam Ops Dadu yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang dalam tiga serbuan berasingan, malam kelmarin, jam 11.30 malam.

“Dalam serbuan pertama, seorang lelaki ditahan di sebuah premis di Lebuh Nipah, manakala seorang lagi ditahan di Persiaran Paya Terubong 2 dan lelaki ketiga ditahan di Sungai Nibong. Mereka ditahan kerana disyaki menjalankan perniagaan komputer berunsur perjudian dan tiada lesen hiburan.

“Dalam serbuan itu polis merampas 12 set komputer serta sebuah modem, manakala serbuan kedua, polis merampas 11 set komputer dan sebuah modem.

“Pada serbuan kedua, terdapat seorang pelanggan di dalam premis berkenaan manakala dalam serbuan ketiga, 12 set komputer serta sebuah modem dirampas. Ketika serbuan, terdapat dua pelanggan dalam premis berkenaan,” katanya.

Kong Meng berkata, dari Januari hingga kelmarin, sebanyak 271 serbuan dijalankan di premis yang disyaki dan 370 set komputer berjaya dirampas.

“Nilai rampasan itu dianggarkan bernilai RM740,000. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang memperuntukkan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak ebih RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas serta hukuman penjara tidak melebihi lima tahun.

“Kes itu itu juga disiasat di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Kaki judi dinasihat jalani kaunseling - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Dera anak akibat pengaruh dadah

dera anak
AYER KEROH - Akibat bawah pengaruh dadah, seorang ibu sanggup mendera anak lelakinya berusia lima tahun sehingga lebam, Julai tahun lalu.

Pembantu warung makan berusia 34 tahun itu bagaimanapun menerima padah apabila dihukum denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman terhadap ibu beranak empat itu selepas dia mengaku bersalah sebelum faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah kepadanya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh menyebabkan kecederaan seorang kanak-kanak berusia lima tahun di sebuah rumah di Bukit Rambai, kira-kira 9 malam pada 20 Julai 2011.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh sedang menghisap dadah di dalam bilik sebelum mangsa yang baru selesai mandi masuk untuk memakai baju.

Tertuduh dikatakan melarang mangsa memakai baju yang sudah dibasuh, namun mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia bertindak memukul lengan kiri mangsa dan mencubit tangan mangsa berkali-kali.

Mangsa kemudian mengadu kepada guru tadikanya, keesokan hari. Dera anak akibat pengaruh dadah - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Leka main judi pasar malam

judi-malam
SHAH ALAM - Seramai 10 lelaki termasuk penganjur serta seorang remaja bawah umur ditahan kerana terlibat dalam aktiviti judi pasar malam selepas polis menyerbu sebuah bangsal tidak bernombor di tepi sungai di Jalan Bagan, Tanjong Karang, Kuala Selangor, petang kelmarin.

Ketika diserbu kira-kira jam 5.30 petang itu, semua individu terbabit yang rata-rata terdiri daripada peniaga serta peladang sedang asyik berjudi tanpa menyedari kehadiran polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, semua suspek ditahan berusia antara 15 hingga 53 tahun.

Beliau berkata, siasatan mendapati nilai pertaruhan dibuat bermula serendah RM100,000 sehingga RM500,000.

“Hasil soal siasat awal menunjukkan aktiviti ini baru beroperasi kira-kira tiga minggu lalu dan dijalankan secara terbuka di tempat awam.

“Kita merampas antaranya 200 keping kad judi, 240 cip berwarna kuning, 30 biji dadu, dua piring, dua mangkuk kaca dan plastik, meja kayu, kerusi termasuk tunai berjumlah RM23,870,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Menurutnya, pihaknya akan mendapatkan perintah tahanan reman daripada mahkamah bagi menjalankan siasatan lanjut ke atas semua individu ditahan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Adnan berkata, pihaknya sedang mengesan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes tetak seorang pengawal keselamatan sebuah tapak projek sub-stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang maut dalam kejadian di Jalan 18/1, Seksyen 18, di sini pada 1 Februari lalu.

Beliau berkata, empat lelaki terbabit ialah M Baskaran (Baskar), 26, G James (James), 31, M Mahendran (Koringgo),31, dan M Thiyagu (Thiagu), 21.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung empat individu itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Affandi Moin di talian, 013-3414887 atau terus ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian pada 1 Februari lalu, mangsa, I Krishnanmurthy, 31, maut dipercayai ditetak bertubi-tubi oleh sekumpulan 20 lelaki bersenjatakan parang yang merempuh pagar utama sub-stesen dengan kereta serta kenderaan pacuan empat roda.

Mangsa dilaporkan cedera parah di bahagian kepala, badan termasuk putus tangan kanan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Leka main judi pasar malam - Selangor & KL - Sinar Harian:

'via Blog this'

Bengkel kereta port pengedar

dadah
KUALA BERANG – Sebuah bengkel kereta di bandar ini dipercayai dijadikan lokasi pengedar dadah berkumpul dan berkemungkinan besar, salah sebuah pusat servis komputer berhampiran pula menjadi sarang penjualan barang larangan berkenaan.

Berikutan serbuan ke atas bengkel itu yang dilakukan sepasukan anggota polis, empat individu berusia antara 22 hingga 33 tahun berjaya ditahan bersama 95 biji pil berwarna merah dipercayai dadah jenis methamphetamine kira-kira jam 2 pagi kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, ketika polis menyerbu masuk ke dalam bengkel, keempat-empat suspek tidak menyedari langsung kehadiran pihak polis memudahkan tangkapan dibuat.

“Setelah pemeriksaan lanjut dijalankan, dua daripadanya berusia 23 dan 26 tahun masing-masing mempunyai rekod lampau berhubung kesalahan dadah.

“Manakala ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati semua mereka positif dadah jenis methamphetamine dan disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu semalam.

Bagaimanapun seorang daripada suspek yang bekerja sebagai carigali di pelantar minyak Petronas ditahan di bawah seksyen lain kerana memiliki dadah dipercayai methamphetamine sebanyak 70 biji yang diletakkan di dalam kotak rokok miliknya.

“Suspek yang berusia 22 tahun itu disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah,” katanya.

Menurutnya, suspek dikatakan mula berjinak dan aktif dengan aktiviti pengeda­ran dadah sejak dua tahun lalu. Bengkel kereta port pengedar - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Angkara nyamuk rumah dibakar

bakar-rumah
KUBANG PANJANG – Pepatah ‘kerana nyamuk, kelambu dibakar’ menjadi kenyataan, namun kali ini, bukan kelambu yang menjadi mangsa, tetapi kuarters lama hangus dalam kebakaran kira-kira jam 2 pagi, semalam.

Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an, tampil membuat pengakuan kepada penduduk setempat, setelah bertindak membakar rumah berkenaan, hanya kerana marahkan nyamuk.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kerana rumah berkenaan merupakan kuarters lama, yang tidak berpenghuni hampir 10 tahun lalu.


Nyamuk banyak sangat

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Abu, tampil membuat pengakuan dan mengaku bertanggungjawab membakar kuarters itu.

Abu dipercayai kurang siuman, mengaku membakar rumah itu, kerana tidak tahan dengan nyamuk yang mengganggu masa tidurnya.

Katanya, dia tidak berniat hendak membakar keseluruhan rumah, tetapi kerana terlalu marahkan nyamuk, dia tidak sedar, api menyebabkan rumahnya hangus.

Abu berkata, dia menganggap rumah berkenaan sebagai rumahnya, kerana rumah berkenaan sudah lama tidak berpenghuni.

“Pada mulanya, saya ambil mancis dan membakar tilam, kerana nyamuk banyak di kawasan itu.

“Namun, api mulai marak sehingga tidak dapat dikawal, malah turut membakar keseluruhan rumah,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa berpindah ke kawasan lain, kerana kuarters itu tidak lagi selamat untuk didiami.


Operasi memadamkan

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II (PBK), Azuhan Ibrahim berkata, pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.20 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan enam anggota.

“Setibanya di tempat kejadian, kita dapati kuarters satu tingkat yang berukuran 480 meter persegi ini, terbakar hampir 40 peratus.

“Kita berjaya mengawal api daripada merebak ke bilik bersebelahan dalam masa 35 minit,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat kerugian yang ditanggung dan punca berlakunya kebakaran ini.


Penduduk risau

Sementara itu, penduduk, Othman berkata, sejak sekian lama, penduduk menyuarakan kerisauan berhubung bangunan tinggal ini kepada pihak berwajib.

Menurutnya, hampir 10 tahun lalu, bangunan itu tidak diselenggarakan, malah ditinggalkan tanpa sebarang pemantauan.

“Kita tidak mahu ia digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai sarang jenayah.

“Kawasan ini juga agak terpencil, maka ia mungkin menyebabkan berlakunya kejadian tidak diingini terutama kepada kanak-kanak dan gadis di kawasan ini,” katanya.

Menurutnya, penduduk tidak mahu kejadian seumpama ini berulang, malah mereka turut menggesa pihak berkaitan mengambil tindakan tegas berhubung kuarters tinggal ini. Angkara nyamuk rumah dibakar - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

Parah ditanduk lembu jantan

ditanduk lembu jantan
KUANTAN - Niat seorang warga emas mahu menghalau lembu yang masuk di pekarangan masjid bertukar tragedi apabila dia ditanduk lembu jantan yang naik minyak secara tiba-tiba minggu lalu.

Mohd Yusof Awang De, 64, dari Kampung Lamir, Pekan, patah pada tulang selangka kanan apabila ditanduk lembu itu.

Dalam kejadian minggu lalu, Mohd Yusof ke masjid terbabit untuk menunaikan solat Zuhur dan melihat seekor lembu jantan menceroboh kawasan masjid berkenaan.

Bagaimanapun, ketika dia mahu menghalau lembu jantan itu, secara tiba-tiba haiwan berkenaan naik minyak sebelum menanduk bahagian belakang Mohd Yusof menyebabkan pesawah itu terpelanting ke dalam longkang.

Cucunya, Muhd AsmieFirdaus Mohd Asmawi, 17, berkata, ketika kejadian dia kebetulan melalui kawasan masjid tersebut dan terkejut melihat kejadian yang menimpa datuknya.

“Datuk terjatuh ke dalam longkang menyebabkan dia patah tulang selangka dan cedera di tulang belakang akibat ditanduk lembu.

“Selepas kejadian itu, datuk dibawa ke Hospital Pekan namun kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada hari sama untuk menerima rawatan lanjut kerana mengalami kecederaan yang agak serius,” katanya ketika ditemui di hospital, semalam.

Muhd Asmie berkata, selepas lapan hari dimasukkan ke wad, datuknya tidak mampu bergerak seperti biasa malah berkemungkinan mengalami lumpuh.

“Buat masa ini doktor masih menjalankan rawatan lanjut dan datuk dinasihatkan membuat fisioterapi.

“Bagaimanapun, buat masa ini keadaan datuk masih lemah kerana kecederaan belum pulih,” katanya.

Mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan.

Sinar Harian difahamkan masalah lembu dibiarkan berkeliaran sudah lama berlaku di kawasan kampung berkenaan dan pelbagai usaha sudah dilakukan namun isu tersebut seperti tiada jalan penyelesaian.

Parah ditanduk lembu jantan - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

Dicekup khalwat kali kedua

Saiful_Ariffin_(dua,kanan)_mengambil_keterangan_pasangan_berkenaan_buat_kali_yang_kedua
BATU PAHAT – Sepasang kekasih yang pernah dicekup berkhalwat di daerah ini Januari lalu, dicekup buat kali kedua di sebuah hotel murah di sini, petang semalam.

Pasangan masing-masing berusia 40-an itu dicekup sepasukan penguat kuasa Agama Daerah Batu Pahat yang melakukan serbuan di hotel berkenaan kira-kira jam 2 pagi.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit sedang tidur dan terdapat seorang bayi tidur bersebelahan mereka.

“Ketika disoal penguat kuasa, mereka mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau hubungan mahram.

“Hasil siasatan mendapati bayi tersebut yang berusia dua minggu itu dipercayai adalah bayi hasil hubungan terlarang pasangan terbabit yang dibawa untuk mengaburi mata pihak berkuasa yang akan menyangka mereka ini adalah suami isteri,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang sebelum ini sarat mengandung langsung tidak dapat dihidu keluarganya yang hanya mengetahui perkara tersebut selepas mereka diberkas.

“Berdasarkan rekod, ini adalah tangkapan kedua mem­­babitkan pasangan itu di mana serbuan menyasarkan hotel bajet di sini.

“Ketika ditahan pertama kali, wanita terbabit sedang sarat mengandung dipercayai hasil hubungan terlarang mereka,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, difahamkan lelaki terbabit sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri, namun kini dalam proses penceraian berikutan ingin mengahwini kekasih hatinya itu.

“Pasangan terbabit yang merupakan warga tempatan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dicekup khalwat kali kedua - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Strauss-Kahn beri keterangan kes sindiket pelacuran

Dominique Strauss-Kahn
PARIS - Bekas ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn disoal polis Perancis, semalam, dalam siasatan berhubung sindiket pelacuran di hotel.
Polis negara itu sedang menyiasat satu sindiket pelacuran di Perancis dan Belgium yang dikaitkan dengan anggota polis dan pegawai kerajaan lain.
Menurut laporan, polis telah menyoal siasat beberapa pelacur yang mengakui pernah mengadakan hubungan seks dengan Strauss-Kahn sepanjang 2010 dan tahun lalu di beberapa lokasi, termasuk hotel mewah dan restoran di Paris, serta di Washington.
Strauss-Kahn menetap di ibu negara Amerika Syarikat itu semasa mengetuai IMF sebelum meletak jawatan, Mei lalu, selepas dituduh cuba merogol seorang pembantu hotel di New York.
Dalam siasatan terbaru ini, dua lelaki yang mempunyai kaitan dengan Strauss-Kahn turut disiasat dan didakwa menguruskan sindiket pelacuran dan salah guna wang.
Strauss-Kahn beri keterangan kes sindiket pelacuran - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Anggota kongsi gelap parah ditetak parang panjang

GEORGE TOWN - Seorang lelaki dipercayai anggota sebuah kumpulan kongsi gelap di sini cedera parah selepas diserang dua lelaki yang bersenjatakan parang panjang di Jalan Anson di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah kelab malam di sini diserang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal.

"Mangsa telah dihadang oleh dua lelaki lain yang menunggang motosikal sebelum ditetak pada bahagian kepala, badan, kedua-dua belah tangan dan kaki dengan parang panjang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mangsa yang ditemui rakannya dalam keadaan berlumuran darah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Gan berkata motif serangan itu dipercayai dendam dan berkait dengan dua kumpulan kongsi gelap iaitu "04" dan "08".

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Anggota kongsi gelap parah ditetak parang panjang - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog this'

Ketua juruwang Mydin didakwa pecah amanah RM46,000

KUALA LUMPUR - Seorang ketua juruwang Mydin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan pecah amanah melibatkan RM46,000, Khamis lepas.

Rohaiza Tan @ Rohaiza binti Tan, 30, didakwa selaku ketua juruwang di Syarikat Mydin Mohamad Holding Berhad melakukan pecah amanah membabitkan RM46,162.50 di Aras 6, Mydin Jalan Masjid India di sini pada 9.00 pagi 16 Feb lepas.

Beliau boleh dikenakan penjara maksimum 14 tahun dan sebat atau denda bagi setiap tuduhan jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Rohaiza juga didakwa memberi kenyataan palsu di ibu pejabat polis Dang Wangi di sini pada 1.35 ptg pada hari yang sama.

Tertuduh didakwa di bawah Sekseyn 181 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda.

Pihak pendakwaan, yang diwakili timbalan pendakwa raya N.Jayanthi meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Wan Azmir Wan Majid merayu bagi jumlah lebih rendah oleh kerana tertuduh mempunyai ibu apa untuk dijaga.

Majistret Nur Azura Murah menetapkan 20 Mac untuk sebutan kes, dan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang warga emas mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang gadis berusia 17 tahun, Sabtu lepas.

Mat Amin Mokhtar, 61, didakwa melakukan kesalahan itu di Gerai Minum Kasturi Walk, Jalan Hang Kasturi, Central Market di sini pada 1.35 ptg hari tersebut.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan, atau salah satu dari keduanya, jika sabit kesalahan.

Jayanthi menawarkan ikat jamin RM7,000, bagaimanapun tertuduh berkata tidak ada pihak tampil untuk membayar ikat jamin.

Nur Azura menetapkan 9 Mac untuk sebutan kes. - Bernama

Ketua juruwang Mydin didakwa pecah amanah RM46,000 - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog this'

Stor DVD di sebalik dinding bilik tidur

vcd
KUALA LUMPUR - Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri Kuala Lumpur merampas cakera video digital (DVD) cetak rompak dan lucah bernilai RM12,000 dalam satu operasi di sebuah rumah kedai di Brickfields di sini, malam ini.
Ketua cawangan, Omar Mohd Bahari berkata, serbuan yang dilakukan 10 anggota penguat kuasa pada pukul 8.30 malam ini telah merampas 10,000 keping DVD cetak rompak termasuk DVD lucah.
"Kita percaya DVD pelbagai tajuk filem Tamil ini dijual dengan harga RM10 hingga RM12 sekeping kepada pelanggan di sekitar kawasan ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya mendapati sebuah stor menyimpan DVD di sebalik dinding di sebuah bilik bagi mengaburi pihak berkuasa.
"Kami memecahkan dinding itu untuk memasuki stor yang menyimpan DVD berkenaan. Kami mendapati bilik itu dijadikan tempat tidur bagi pekerja yang membungkus DVD itu," katanya.
Katanya, serbuan itu dibuat berdasarkan hasil intipan yang dijalankan oleh anggotanya selama dua minggu dan juga hasil maklumat orang ramai.
"Hasil dari maklumat yang disalurkan oleh orang ramai turut membantu pihak kita dalam operasi ini," katanya.
Beliau berkata, premis itu pernah diserbu sebanyak 10 kali dan agensi penguat kuasa lain, namun tetap berdegil dan aktif menjual DVD cetak rompak serta lucah.

Stor DVD di sebalik dinding bilik tidur - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog this'

Bekas pengarah syarikat didakwa buat pernyataan palsu kepada SSM

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah syarikat pengorek pasir hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan membuat pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ashari Md Sarip, 43, bekas pengarah syarikat Utavest Sdn Bhd didakwa membuat pernyataan palsu dalam sebuah borang bertarikh 16 Feb 2009 mengenai peletakan jawatan dua pengarah syarikat itu Nor Hafinar Hayazi dan Noor Fa'ezah Mohd Amir yang diketahuinya bahawa kedua-dua wanita itu tidak pernah pada masa itu meletakkan jawatannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat SSM, Tingkat 2, 100-18, Putra Place, 100 Jalan Putra di sini di antara 16 Feb 2009 dan 2 Mac 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusof membenarkan Ashari diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mac ini untuk sebutan.

Terdahulu, pegawai pendakwa SSM Fadilah Abdul Wahab menawarkan Ashari diikat jamin RM15,000.

Peguam Mohd Tajuddin Abd Razak yang mewakili Ashari pula memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya itu juga menghadapi pertuduhan yang sama di mahkamah di Johor Baharu dan dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000.- Bernama

Bekas pengarah syarikat didakwa buat pernyataan palsu kepada SSM - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pekerja kilang bebas tuduhan culik, rogol


KLANG - Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan seorang pekerja kilang dari pertuduhan menculik dan merogol seorang remaja bawah umur kira-kira tiga tahun lalu.

Keputusan yang dibuat Hakim, Norsharidah Awang hari ini, sekali gus menyelamatkan remaja yang berusia 21 tahun itu, daripada hukuman di bawah peruntukan Seksyen 376 dan 363 Kanun Keseksaan.

Semasa kejadian, tertuduh berusia 18 tahun manakala mangsa berusia 15 tahun.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah flat di Bandar Botanic, Klang kira-kira jam 10 malam.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan jijik itu kira-kira jam 10 malam, 25 Disember dan pertuduhan kedua pada keesokan harinya.

Dia turut dituduh menculik remaja tersebut dari sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi pada jam 6 petang.

Sebaik mendengar keputusan, tertuduh yang mengenakan kemeja putih kelihatan tenang dan tersenyum.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendawa Raya, Aimi Shazwani Sarmin manakala tertuduh diwakili peguam Gerard Lazarus.


Pekerja kilang bebas tuduhan culik, rogol - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog this'

Warga emas rugi RM6,000 dirompak kali ketiga

GURUN - Pasangan suami isteri warga emas kerugian kira-kira RM6,000 setelah dirompak tiga lelaki bersenjata parang dan pedang dalam satu kejadian di rumah mereka di Kampung Sungai Rotan dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, mangsa Md Isa Taib, 75, dan isterinya Che Puan Amin, 61, kehilangan wang tunai RM3,000, sebuah komputer riba serta lima telefon bimbit dan ia merupakan kali ketiga keluarga itu dirompak.

Che Puan berkata sebelum kejadian, hanya beliau, suami serta anak perempuannya berusia 22 tahun sahaja berada di rumah dan mereka sedang tidur di bilik masing-masing.

"Tiba-tiba saya terkejut jaga dan melihat sudah ada tiga perompak di depan mata saya sedang bercakap dengan suami. Tiga perompak ini ada pegang pisau, pedang dan parang.

"Mereka mengikat mulut dan tangan kami serta menutup muka dan kepala dengan selimut tebal hingga sesak nafas," katanya kepada pemberita di rumahnya dekat sini hari ini.

Che Puan berkata salah seorang perompak pergi ke bilik anak perempuannya sebelum memecahkan pintu bilik dengan sebuah tong gas dan menariknya ke bilik mereka sebelum mengikat tangan, kaki serta menutup mulutnya dengan kain.

Katanya beliau dan suami turut cedera pada bahagian belakang badan dan tangan akibat dipukul oleh tiga perompak itu.

"Suami kena pukul pada bahagian tangan kanan sebab mereka tanya di mana barangan berharga lain tapi kami bagi tahu tak ada. Saya pula kena tendang di belakang sebab cuba bangun untuk bercakap," katanya.

Che Puan berkata dalam kejadian kira-kira satu jam itu, anak perempuannya turut cedera pada bahagian mulut akibat ditampar salah seorang perompak kerana enggan memberi telefon bimbit yang diminta.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.- Bernama


Warga emas rugi RM6,000 dirompak kali ketiga - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog this'

7 Mei sebutan kes Dr Soeraya

7 Mei sebutan kes Dr Soeraya
SEREMBAN – Mahkamah Seksyen Seremban di sini, semalam, menetapkan 7 dan 11 Mei depan sebagai tarikh sebutan bicara bekas Pengarah Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Datuk Dr Noor Soeraya Norsham atas empat tuduhan berkaitan pemalsuan dokumen kenaikan gred jawatan, sejak tiga tahun lalu.

Hakim Datin Nursinah Adzmi turut memerintahkan pihak pembelaan menyerahkan dokumen diperlukan kepada pihak pendakwaan sebelum tarikh perbicaraan bermula.

Dr Noor Soeraya, 39, hadir di mahkamah kira-kira 9.30 pagi dengan memakai blaus coklat sambil diiringi peguambela, Syed Fadhil Syed Othman.

Mengikut pertuduhan utama, tertuduh didapati menyerahkan dokumen palsu kepada pembantu tadbir jabatan terbabit yang mengandungi butiran palsu iaitu arahan kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan tertuduh bagi tujuan penyelarasan gaji dan elaun, masing-masing pada 16 Mac 2009, 5 Januari 2010 dan 2 Julai 2010.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Fairuz Johari; manakala tertuduh diwakili dua peguambela, Muhamad Faiz Fadzil dan Syed Fadhil.

Pada 17 Januari lalu, tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Datin Nursinah.

Mahkamah sebelum ini membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selepas dikurangkan daripada kos jaminan sebanyak RM20,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan bagi kesemua pertuduhan.

Sementara itu, semalam, Dr Noor Soeraya kelihatan menutup mukanya dengan selendang bagi mengelak wajahnya dirakam jurugambar media yang sudah menunggu seawal 9 pagi lagi.

Tertuduh juga bertindak menjauhkan diri daripada pemberita dengan memasuki kamar mahkamah melalui pintu tepi serta bertindak keluar menggunakan pintu yang sama.

Soeraya meninggalkan mahkamah kira-kira jam 10.30 pagi bersama kedua-dua peguambelanya. 7 Mei sebutan kes Dr Soeraya - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kes bunuh: Kontraktor ubah suai rumah ditahan

SHAH ALAM – Kes bunuh seorang ibu kepada dua anak di parkir sebuah pusat perniagaan di Seri Kembangan, 3 Februari lalu selesai selepas polis memberkas seorang lelaki, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek berusia 33 tahun dan bekerja sebagai kontraktor ubah suai rumah itu tahan, kira-kira jam 7.10 malam.

Beliau berkata, polis turut merampas resit penjualan telefon bimbit di sebuah kedai pajak gadai di Klang. “Mangsa tidak mengenali suspek. Kes ini dipercayai bermotifkan samun,” katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, hari ini.

Mohd Adnan berkata, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes samun dan curi. Katanya, suspek ditahan reman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian tersebut, mayat mangsa berusia 39 tahun ditemui suami dan majikan tempatnya bekerja di tempat duduk penumpang hadapan di dalam kereta jenis Honda City.

Mangsa yang merupakan pembantu peribadi sebuah syarikat teknologi maklumat itu ditemui dijerut dengan wayar pembesar suara dan ditikam di bahagian kiri leher menggunakan pisau.

Sebilah pisau sepanjang enam inci ditemui di luar pintu kereta di bahagian pemandu dan telefon bimbit, dompet serta beg tangan milik mangsa hilang.

Kes bunuh: Kontraktor ubah suai rumah ditahan - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog this'

Padah salah naik komuter

Padah salah naik komuter
SHAH ALAM - Akibat tersalah naik komuter, seorang remaja berusia 16 tahun bukan sahaja dilarikan lebih sejam, malah turut diikat dan dikurung dalam sebuah rumah terbiar, kira-kira 50 meter dari Stesen Komuter Pelabuhan Klang, 10 Februari lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aisha (bukan nama sebenar) berkata, sebelum kejadian, dia serta rakannya Aida (bukan nama sebenar), 15, baru pulang dari sekolah dan merancang ke Jeram, Kuala Selangor untuk bertemu rakan sekolah lama mereka.

Setelah bertemu dengan rakan lama, dia dan Aida kemudiannya ke Stesen Komuter Klang untuk pulang ke Shah Alam, namun tersalah naik komuter yang menuju ke Pelabuhan Klang.

Aisha berkata, mereka hanya menyedari tersalah menaiki komuter setelah tiba di stesen Pelabuhan Klang. Menurut Aisha, mereka berpakat menunaikan solat Mahgrib di surau stesen tersebut terlebih dahulu sebelum berpatah balik ke Shah Alam.

“Kami berpecah. Saya ke tandas manakala Aida terus ke surau. Apabila keluar dari tandas, tiba-tiba mulut saya ditekup, sebelum ditarik ke belakang tandas oleh seorang lelaki berpakaian hitam, serta memakai topeng ski.

“Saya sangat terkejut tapi tak sempat buat apa-apa. Saya cuba untuk lepaskan diri tetapi lelaki itu sangat kuat dan tak mampu untuk melawan,” katanya.

Katanya, keadaan terlalu gelap dan dia diheret melalui jalan kecil yang sunyi menuju ke sebuah perumahan flat berdekatan.

“Lelaki itu mengurung saya dalam sebuah bilik kosong serta ikat kedua-dua tangan dan kaki sebelum menyeluk poket baju sekolah dan merampas telefon bimbit,” kata anak tunggal perempuan dari empat beradik itu.

Aisha berkata, lelaki terbabit seperti menaip sesuatu melalui telefon bimbitnya, sebelum mencampakkan telefon serta pisau atas almari lama di bilik berkenaan.

“Saya cuba untuk lepaskan diri dan berjaya buka ikatan tali di tangan serta kaki. Saya sangat panik dan bertindak mengambil telefon bimbit serta padamkan semua nombor yang disimpan, sebelum terdengar bunyi tapak kasut. Saya terus berlari sekuat hati, keluar dari situ dan menuju ke stesen komuter,” katanya.

Menurutnya, apabila sampai di stesen itu, dia nampak Aida mundar-mandir dalam keadaan bingung, lalu terus menarik tangan rakannya itu dan masuk ke komuter yang kebetulan baru tiba di stesen tersebut.

“Saya menangis sambil menceritakan apa yang berlaku kepada Aida. Pada masa sama, ketika komuter sudah bergerak untuk ke Shah Alam, saya seperti ternampak kelibat penculik itu berdiri di sebelah tandas stesen seolah-olah sedang mencari-cari saya.

“Tidak lama kemudian, ibu menghubungi telefon bimbit Aida untuk bertanyakan sama ada sudah menemui saya atau belum. Saya sangat lega sebab masih dapat bercakap dengan ibu kerana langsung tidak terfikir akan selamat,” katanya yang mengakui masih teringat-ingat serta bermimpi buruk ekoran kejadian tersebut.

Padah salah naik komuter - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog this'

Terdesak, suami ajak isteri hamil meragut

penyamun ditangkap

SUNGAI SIPUT (U) – Gara-gara terdesak, seorang lelaki sanggup mengajak isterinya yang sedang mengandung meragut di pasar pagi, Pekan Sungai Siput di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan pasangan muda yang baru sahaja berkahwin lima bulan itu cuba meragut bekas duit seorang peniaga buah, tidak berjaya apabila mereka ditangkap orang ramai.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pasangan suami isteri berkenaan menunggang motosikal dan meragut bekas duit milik seorang peniaga.

Menurutnya, tindakan isteri yang membonceng motosikal meragut bekas duit digantung di gerai berkenaan disedari peniaga itu, lalu menjerit meminta pertolongan.

“Selepas meragut, suspek terus memecut motosikal, tetapi mereka berjaya ditangkap orang ramai.

“Si isteri berusia 22 tahun, dipercayai orang tempatan, manakala suaminya berusia 32 tahun dari Kedah,” katanya.

Beliau berkata, dengan tangkapan itu, polis dapat menyelesaikan beberapa kes ragut di sekitar Sungai Siput.


Terdesak, suami ajak isteri hamil meragut - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pelajar dicekup curi mesin pemotong kelapa sawit

TELUK INTAN - Polis menahan seorang pelajar tingkatan empat bersama dua orang yang lain selepas disyaki terlibat kegiatan mencuri sebuah mesin pemotong pokok kelapa sawit, dekat sini, kelmarin.


Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, suspek ditahan setelah pihaknya mendapat maklumat daripada pemilik mesin berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Katanya, mesin seberat 200 kilogram itu sukar untuk dibawa tanpa ramai orang yang terlibat untuk mengangkatnya.

“Berdasarkan maklumat, pihak kami dimaklumkan bahawa mesin berkenaan mahu dijual oleh seseorang dengan harga RM2,000. Kemudian, sepasukan anggota dihantar ke kawasan Labu Kubong untuk menyiasat hal berkenaan bagi memastikan mereka terlibat.

“Apabila mendapati mesin yang hendak dijual oleh suspek tersebut adalah mesin pemotong pokok kelapa sawit milik mangsa, pihak kami menahan dua orang berusia 20 hingga 16 tahun yang ditahan di sebuah rumah di Labu Kubong.

Pemeriksaan awal ujian air kencing ke atas suspek berusia 20 tahun mendapati positif dadah manakala suspek berusia 16 tahun mendapati seorang pelajar sekolah di sini.

Kok Liang berkata, kedua-dua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan pihaknya kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.


Pelajar dicekup curi mesin pemotong kelapa sawit - Perak - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kebakaran Kg Baru Cina Ketari musnah 26 rumah

rumah bakar

KUANTAN - Seramai 120 orang daripada 26 buah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Baru Cina Ketari dekat Bentong musnah dalam satu kebakaran, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfahmi Sutaji berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.55 petang tadi.

Katanya, 30 anggota dari Balai Bomba Bentong, Balai Bomba Karak serta bomba sukarela Perting dan Janda Baik dengan kekuatan lima buah jentera dikerahkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan berkenaan.

Kebakaran itu mengakibatkan 25 rumah papan setingkat dan dua tingkat musnah ekoran angin kuat ketika kejadian dan ditambah dengan cuaca panas terik.

"Rumah-rumah tersebut dibina berdekatan di antara satu sama lain dan ia terletak di belakang sebuah stesen minyak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata kebakaran itu berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 7 petang tadi dan kesemua mangsa yang terlibat ditempatkan di dewan Sekolah Cina Ketari.

Zulfahmi berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

Kebakaran Kg Baru Cina Ketari musnah 26 rumah - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Laman dilumpuh!

KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan penggodam bergelar ‘Dragon Force’ mendakwa laman facebook (fb) yang ditubuhkan kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura berjaya dilumpuhkan hasil kerjasama antara penggodam tempatan di seluruh negara.

Dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman blog mydefacer.tk, mereka mendakwa tindakan itu dilakukan kerana pihak berkuasa tidak mengambil langkah sewajarnya untuk menghentikan perbuatan melampau pentadbir laman berkenaan.

Mereka mendakwa sudah dihubungi seorang penggodam bernama Tok Imam yang menyeru semua rakan- penggodam bekerjasama melumpuhkan laman itu.

“Alhamdulillah, dengan berkat kerjasama ‘hackers’ Malaysia, akhirnya kumpulan biadab itu dilumpuhkan,” katanya.


Menurut kenyataan itu lagi walaupun penggodam sering dilabel secara negatif ada kalanya taktik agresif seperti yang dilakukan mereka perlu digunakan terhadap laman web yang berniat jahat.


myMetro | Laman dilumpuh!:

'via Blog this'

Aksi lucah Adele di pentas

REAKSI spontan Adele kepada penonton apabila pengacara majlis mengganggu ucapan kemenangannya di Arena O2 di London, semalam.
REAKSI spontan Adele kepada penonton apabila pengacara majlis mengganggu ucapan kemenangannya di Arena O2 di London, semalam.

LONDON: Penyanyi Britain yang baru saja memenangi enam anugerah Grammy minggu lalu, Adele, menjadi perhatian media selepas dia menunjukkan isyarat lucah di depan orang ramai, semalam.

Menghadiri majlis anugerah pop terbesar Britain, Brit Awards, Adele mengangkat jari hantunya sejurus selepas pengacara majlis, James Corden, menamatkan ucapan diberinya atas faktor masa.


Adele, 23, ketika itu menyampaikan ucapan penghargaan atas kejayaannya memenangi kategori Album Britain Terbaik.

Disebabkan majlis itu semakin lewat dan ia disiarkan secara langsung di televisyen, Corden terpaksa meminta Adele berhenti berucap bagi memberi ruang kepada artis lain membuat persembahan.


Tindakan itu dibalas Adele dengan menunjukkan isyarat lucah kepada penonton.


Akhbar paling laris di Britain, The Sun menyiarkan gambar aksi Adele itu di muka depan dengan tajuk “Someone dislikes you” sebagai sindiran untuk lagu popularnya ketika ini, Someone Like You.

Pesaing akhbar itu, Mirror, juga menampilkan gambar sama diiringi tajuk “Adele: Go to hell!!” (Adele: Pergi mampus!!).


Bercakap kepada media di belakang pentas selepas insiden itu, Adele berkata, dia berang kerana diganggu ketika berucap di pentas.

Katanya, isyarat itu bukan ditujukan kepada peminatnya dan meminta maaf jika tindakan itu menghina sesiapa.


“Ia reaksi yang wajar atas tindakan yang menyakitkan hati saya,” katanya. Insiden itu berlaku hanya beberapa minggu selepas saluran televisyen Amerika Syarikat, NBC dan NFL meminta maaf atas perlakuan sama ditunjukkan penyanyi rap Britain, M.I.A. ketika Madonna beraksi dalam pertandingan Super Bowl. - Reuters


myMetro | Aksi lucah Adele di pentas:

'via Blog this'

Tiga anak tidak dicabul

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan tiga anak perempuan jurulatih pengakap yang didakwa mencabul beberapa pelajar perempuan di bawah jagaannya di sebuah sekolah di Sri Damansara baru-baru ini, didapati tidak dicabul suspek selepas menerima laporan perubatan daripada Hospital Sungai Buloh (HSB), 16 Februari lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, pihak JKM bertindak berikutan dakwaan beberapa ibu bapa mangsa mengatakan suspek turut mencabul tiga anaknya yang tinggal bersama dengannya, baru-baru ini.


“Langkah berkenaan diambil JKM bagi memastikan kebenaran dakwaan itu. Ketiga-tiga anak suspek dibawa ke HSB pada 16 Februari untuk menjalani pemeriksaan doktor dan dibenar pulang tiga hari kemudian selepas disahkan tiada sebarang kesan pencabulan ke atas mereka.

“Soal siasat turut dijalankan pegawai JKM dan mendapati anak serta isteri suspek menafikan dakwaan berkenaan. Oleh itu, pihak kami mendapati tiada sebarang sebab untuk meneruskan siasatan berkenaan kes itu lagi,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.


Menurut Heng lagi, pihak JKM menganggap kes dakwaan membabitkan anak suspek itu sudah selesai dan menggesa semua pihak termasuk keluarga mangsa supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbaur khabar angin yang boleh mengganggu siasatan polis.


Katanya lagi, kes membabitkan pelajar sekolah yang dicabul itu kini disiasat sepenuhnya oleh pihak polis.

Harian Metro Khamis lalu melaporkan seorang jurulatih yang diberi tanggungjawab melatih 300 ahli pergerakan pengakap sebuah sekolah menengah di Sri Damansara, didakwa mencabul lebih 10 pelajar perempuan yang berada bawah pengawasannya dengan memegang dada, kemaluan dan punggung mangsa.


Difahamkan, lelaki berusia 44 tahun itu dipertanggungjawab melatih pelajar berusia antara 13 dan 14 tahun di sekolah berkenaan sejak 2008 dan mula melakukan perbuatan kejinya penghujung tahun lalu.

Bagaimanapun, jurulatih terbabit menafikan dakwaan berkenaan dengan membuat sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Negeri Selangor di Petaling Jaya sehari selepas itu.


Dalam sidang media berkenaan, jurulatih terbabit turut menafikan dakwaan beberapa pihak mengatakan dia turut mencabul tiga anak perempuannya.


myMetro | Tiga anak tidak dicabul:

'via Blog this'

Web luar rekrut umat Islam murtad

KUALA LUMPUR: Selepas kewujudan kelab menyokong murtad di laman facebook (fb), satu laman web sokongan murtad Apostates of Islam secara terbuka merekrut seberapa ramai ahli yang sudah meninggalkan Islam di seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman mereka menjadi murtad dan memburuk-burukkan agama ini.

Laman web berkenaan dipercayai bukan berasal dari negara ini dan bebas dilawati sesiapa saja, Bagaimanapun, pemerhatian Harian Metro mendapati ruangan testimonial di laman berkenaan turut disertai lebih 10 orang dari negara ini.


Selain mendedahkan pengalaman peribadi masing-masing meninggalkan agama suci ini, mereka turut mempertikaikan undang-undang syariah negara ini seperti kedudukan mereka yang sudah murtad, soal perkahwinan selepas murtad dan kedudukan anak sekiranya mereka mengahwini pasangan bukan Islam.

Seorang ahli yang menggunakan nama samaran Murtad Mama yang mengakui seorang Melayu sebelum ini mendakwa kononnya meninggalkan Islam kerana tidak lagi mempercayai agama itu dan sejak awal tidak suka mengamalkan ajaran Islam yang dianggapnya sukar, namun tetap melakukannya kerana dipaksa ibu bapanya.


Murtad Mama dipercayai nama samaran bagi seorang wanita yang mempunyai laman blog masih aktif dan mendedahkan dirinya sebagai pengasas kumpulan sokongan online Murtads from Malaysia yang ditubuhkan pada 2003 dan pernah disekat sebelum ini.


Dalam pengakuannya juga dia dengan lantang meminta diberikan kebebasan supaya orang Islam boleh murtad dengan mudah dan mewujudkan kumpulan sokongan itu bagi membantu dan memberi perlindungan kepada individu yang murtad di negara ini.


myMetro | Web luar rekrut umat Islam murtad:

'via Blog this'

Kereta api tergelincir

myMetro | Kereta api tergelincir: "KUANTAN: Kira-kira 60 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Malayan Tiger Train yang dalam perjalanan dari Tumpat, Kelantan ke Johor Bahru, Johor, kempunan menaiki kenderaan berkenaan ke destinasi dihajati selepas kereta api dinaiki tergelincir ketika tiba di Stesen Keretapi Triang, Bera, awal pagi semalam.

Akibat kejadian jam 1.55 pagi itu, semua penumpang terbabit menaiki bas untuk ke destinasi selepas kereta api berkenaan tidak dapat meneruskan perjalanan.


Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta api membawa empat gerabak itu tergelincir dari landasan ketika hendak memasuki laluan kedua di hentian berkenaan.

Katanya, akibat gagal memasuki laluan kedua itu menyebabkan kepala kereta api berkenaan tergelincir selepas tersasar dari landasan."

'via Blog this'

11 dihukum jel 24 jam

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 terhadap 11 daripada 16 individu yang didapati bersalah atas tuduhan menyertai perhimpunan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tiga tahun lalu.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap semua tertuduh di akhir pembelaan.


Bagaimanapun, Ainul membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan diputuskan Mahkamah Tinggi, manakala hukuman denda perlu dilunaskan, semalam.

Tertuduh terdiri daripada Nordin Mohamad, 48, Mohd Sukeri Mohammad, 42, Hasbullah Pit, 37, Wan Muhammad Jazlan Razali, 27, Mohd Petri Mohd Yasin, 32, Mohamad Salehuddin Yusop, 41 dan Mohd Fazly Mohd Ismail, 30.


Turut dikenakan hukuman sama ialah Salmah Ismail, Norlaila Othman serta dua lagi yang dikenali sebagai Rashini dan Narshitah.


Mereka didakwa menyertai perhimpunan menyalahi undang-undang yang mana tujuannya melakukan mudarat awam di beberapa kawasan sekitar Masjid Negara di sini, antara jam 9 pagi dan 11.15 pagi pada 1 Ogos 2009.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967 (Akta 344) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 27 (8) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun dan denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.


Sementara itu, Norlaila, Rashini dan Narshitah turut didapati bersalah atas satu pertuduhan lain iaitu gagal menunjukkan kad pengenalan ketika diminta polis pada hari dan tempat yang sama.

Ketiga-tiga mereka turut didakwa mengikut Peraturan 25 (1) (n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Namun, mahkamah hanya memberikan amaran dan wanita terbabit dilepaskan daripada pertuduhan berkenaan.


Pada prosiding semalam, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap tiga lagi tertuduh yang turut didapati bersalah terhadap pertuduhan menyertai perhimpunan terbabit iaitu Mohamad Sukri Mohamad Sirat, 27, Syaza Muaz Shahrudin, 22 dan Norazam Sakib, 47.

myMetro | 11 dihukum jel 24 jam:

'via Blog this'

Datuk ghairah janda

ALOR SETAR: Seorang lelaki bercucu empat yang menjalin hubungan sulit dengan seorang janda muda berusia 30 tahun sejak dua tahun lalu, dicekup kerana berkhalwat di rumah wanita berkenaan di Kampung Ulu Melaka, Langkawi, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, lelaki berusia 56 tahun itu dan pasangannya dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) ketika mereka berdua-duaan dalam rumah berkenaan ditemani anak perempuan janda terbabit yang berusia 11 tahun.


Difahamkan, isteri warga emas itu sebelum ini pernah membuat laporan di pejabat agama daerah mengenai perbuatan curang suaminya selepas mengesyaki hubungan mereka.

Penolong Pegawai Agama Daerah, Rosyadah Ramli berkata, sepasukan anggotanya ke rumah berkenaan dan dan mendapati rumah itu tertutup rapat serta berkunci dari dalam.


Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali, seorang wanita berbaju blaus pendek yang jarang membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.


“Wanita itu kelihatan terkejut dengan kehadiran kami, tetapi memberi kerjasama selepas kami memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa Padal.

“Kami menemui seorang lelaki dalam rumah berkenaan yang berpakaian seragam sebagai pemandu pelancong sebuah syarikat di pulau ini duduk di kerusi dalam keadaan terkejut. Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri,” katanya.


Menurut Rosyadah, wanita yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel empat bintang di pulau itu mendakwa sudah berpisah dengan bekas suaminya sejak 2007 dan berkenalan dengan lelaki berkenaan sejak lima tahun lalu.

Katanya, lelaki itu pula mengaku kerap datang ke rumah yang disewa wanita itu dengan alasan menemani wanita itu makan atau melawatnya dua beranak selepas habis kerja.


myMetro | Datuk ghairah janda:

'via Blog this'