Wednesday, February 15, 2012
PGM gagalkan cubaan seludup 29,850l diesel
Komander PGM Wilayah Dua, ACP Zainul Abidin Hasan berkata, penahanan dilakukan oleh seorang pegawai dan lapan anggota PGM yang melakukan rondaan “Ops Pensura” di kawasan berkenaan kira-kira pukul 3 pagi.
"Ketika ditahan, salah satu daripada lori tersebut sedang menjalankan aktiviti pemunggahan minyak diesel ke kapal tersebut manakala satu lagi sedang menunggu giliran untuk aktiviti sama.
"Pemeriksaan mempercayai sejumlah 29,850 liter minyak diesel sudah dimuatkan ke dalam kapal tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini.
Zainul Abidin berkata, pihaknya menahan empat lelaki warga Indonesia termasuk kapten kapal serta dua pemandu lori warga India berumur antara 32 hingga 42 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Pengerang sebelum diserahkan kepada kastam, katanya. — BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:
'via Blog this'
Pemuda ditemui mati lemas dalam terusan
Pegawai penyiasat Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kangar, Inspektor Rizuana Maliki berkata, polis menerima laporan penemuan mayat itu jam 8.49 pagi.
Katanya, mangsa dipercayai menunggang motorsikal seorang diri malam tadi sebelum terbabas ke dalam terusan yang airnya sedalam satu meter itu.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk bedah siasat.
Mayat pemuda yang masih bujang itu ditemui bapanya, Ruohani Mat, 50, setelah menerima maklumat daripada penduduk mengenai penemuan sebuah motosikal di tebing terusan itu.
Ruohani yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Simpang Empat bagi mendapatkan sumbangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) bergegas ke lokasi penemuan motosikal itu dan menemui mayat anaknya di dasar terusan, tidak jauh daripada lokasi motosikal ditemui.
Beliau berkata, anaknya dipercayai keluar makan malam jam 9 malam tadi dan
selepas itu tidak pulang ke rumah sehingga mayatnya ditemui pagi ini. -
Pemuda ditemui mati lemas dalam terusan
Pegawai penyiasat Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kangar, Inspektor Rizuana Maliki berkata, polis menerima laporan penemuan mayat itu jam 8.49 pagi.
Katanya, mangsa dipercayai menunggang motorsikal seorang diri malam tadi sebelum terbabas ke dalam terusan yang airnya sedalam satu meter itu.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk bedah siasat.
Mayat pemuda yang masih bujang itu ditemui bapanya, Ruohani Mat, 50, setelah menerima maklumat daripada penduduk mengenai penemuan sebuah motosikal di tebing terusan itu.
Ruohani yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Simpang Empat bagi mendapatkan sumbangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) bergegas ke lokasi penemuan motosikal itu dan menemui mayat anaknya di dasar terusan, tidak jauh daripada lokasi motosikal ditemui.
Beliau berkata, anaknya dipercayai keluar makan malam jam 9 malam tadi dan
selepas itu tidak pulang ke rumah sehingga mayatnya ditemui pagi ini. -
Pemuda ditemui mati lemas dalam terusan
Pegawai penyiasat Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kangar, Inspektor Rizuana Maliki berkata, polis menerima laporan penemuan mayat itu jam 8.49 pagi.
Katanya, mangsa dipercayai menunggang motorsikal seorang diri malam tadi sebelum terbabas ke dalam terusan yang airnya sedalam satu meter itu.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk bedah siasat.
Mayat pemuda yang masih bujang itu ditemui bapanya, Ruohani Mat, 50, setelah menerima maklumat daripada penduduk mengenai penemuan sebuah motosikal di tebing terusan itu.
Ruohani yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Simpang Empat bagi mendapatkan sumbangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) bergegas ke lokasi penemuan motosikal itu dan menemui mayat anaknya di dasar terusan, tidak jauh daripada lokasi motosikal ditemui.
Beliau berkata, anaknya dipercayai keluar makan malam jam 9 malam tadi dan
selepas itu tidak pulang ke rumah sehingga mayatnya ditemui pagi ini. -
Dua tangkapan dadah di Selangor dalam tempoh 24 jam
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Nordin Kadir berkata dalam kes pertama pada 3.45 petang pada Isnin, pihaknya menahan dua lelaki berusia 26 dan 28 tahun dalam sebuah kereta di kawasan R&R Ulu Bernam di Lebuh Raya Utara Selatan.
Beliau berkata pemeriksaan di dalam kereta itu menemui sebuah beg berwarna hitam mengandungi lima bungkusan plastik berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 2.27 kilogram dan bernilai RM50,000.
"Dari siasatan awal dipercayai kedua-dua suspek telah bergiat lebih kurang empat bulan dalam pengedaran dadah di Lembah Klang," katanya.
Dalam satu lagi kes, anggota polis menahan dua lelaki masing-masingnya berumur 35 dan 37 tahun di Jalan Persiaran, Batu Tiga di sini, pada 12.30 pagi semalam dan merampas tiga ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 2.84 kilogram bernilai RM10,200.
"Seorang suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau iaitu mencuri manakala seorang lagi seorang positif syabu dan ganja," kata Nordin. -- BERNAMA
'via Blog this'
Dua beradik maut dalam kebakaran di Menggatal
Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Affendy K Ramin berkata mangsa Nurshazwani Hafize, 7, dan Nurafendi Ashraf Hafize, 2, dipercayai terperangkap di tingkat atas rumah itu kira-kira 10.40 malam.
"Rumah dua tingkat itu juga didiami bersama 10 anggota keluarga lain yang terselamat," katanya.
Affendy berkata bomba menerima panggilan pada pukul 11.09 malam dan tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian.
Beliau berkata empat jentera bomba dengan 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Lintas berjaya mengawal kebakaran kira-kira 20 minit kemudian.
"Pihak bomba masih menyiasat punca sebenar kebakaran itu manakala jumlah kerugian juga masih belum dapat dipastikan," katanya.
Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat. - Bernama
'via Blog this'
Polis saman 36 pemandu lori
NIBONG TEBAL — Seramai 36 pemandu lori disaman dan permit mereka disita dalam operasi “Ops Muatan Lebih” oleh Operasi Unit Khas Trafik Bukit Aman dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya di Ladang Valdor dekat sini, awal pagi ini.
Pegawai Operasinya, ASP Khuzir Abd Majit berkata operasi pada pukul 5 pagi itu dijalankan berikutan aduan dan laporan orang ramai serta pengguna mengenai pemandu lori yang membawa lebihan muatan.
"Kami menjalankan risikan selama dua minggu selepas menerima aduan penduduk dan pengguna lain, dalam operasi ini JPJ turut menyita permit 36 pemandu terbabit,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, Pulau Pinang merupakan negeri ketiga yang menjalankan “Ops Muatan Lebih” selepas Perak dan Negeri Sembilan.
Khuzir berkata, selain membawa muatan berlebihan, pemandu lori terbabit juga turut dikenakan saman atas kesalahan lalu lintas seperti tidak memiliki papan tanda segitiga kecemasan, tayar botak dan nombor pendaftaran kotor.
Polis juga meminta orang ramai agar melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya masalah terbabit berulang dengan menelefon talian 03-22663356. — BERNAMAKosmo! Online - Terkini:'via Blog this'
Dipenjara kerana sebabkan kematian kekasih
SEREMBAN — Seorang pekerja kilang dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Majisret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian kekasihnya dalam satu kejadian di Taman AST di sini tahun lepas.
Hakim Mohamad Izwan Mohamed Noh dalam penghakimannya berkata, mahkamah memutuskan hukuman tersebut selepas meneliti semua hujah pihak pendakwaan dan mengambil kira rayuan tertuduh.
Semasa membuat pengakuan itu, tertuduh Loh Swee Peng, 33, turut memperakui semua fakta kes serta bahan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Swee Peng dituduh menyebabkan kematian Lin Lihong, 34, di sebuah rumah kedai di Taman AST, kira-kira jam 11.30 malam, 18 Mac tahun lalu, mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, Swee Peng yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung ibunya yang sudah tua.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharudin Wan Ladin bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatan tertuduh yang kejam. — BERNAMAKosmo! Online - Terkini:'via Blog this'
Buang bayi: Pelajar kolej swasta ditahan
KOTA BHARU — Polis menahan seorang pelajar perempuan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Bachok, di sini semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pelajar berusia 21 tahun itu, ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Teras, Sering, dekat sini, kira-kira 11.30 pagi ini.
Suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Jalaluddin berkata, berdasarkan laporan bedah siasat dari Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, bayi itu dipercayai mati kerana lemas akibat dimasukkan ke dalam baldi dalam keadaan kepalanya ke bawah.
Katanya, bayi itu mati selepas dilahirkan berdasarkan terdapat susu dalam badannya.
Suspek, anak pertama dari tujuh beradik, mula belajar di kolej itu pada Jun 2010 dan dijangka menamatkan pengajian dalam bidang makmal perubatan pada Mei tahun depan. — BERNAMAKosmo! Online - Terkini:'via Blog this'
Pasangan kekasih ditahan cuba menyamun
BUTTERWORTH — Seorang lelaki warga Colombia dan pasangannya wanita tempatan ditahan polis ketika sedang menyamun seorang pegawai bank di tepi jalan di Kampung Gajah di sini, hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata pasangan kekasih itu ditahan kira-kira 12 tengah hari oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan itu ketika lelaki berusia 46 tahun berkenaan sedang bergelut dengan mangsa.
"Kejadian samun itu berlaku selepas mangsa iaitu seorang wanita berusia 37 tahun mengeluarkan wang sebanyak RM40,000 di sebuah bank di Taman Selat.
"Mangsa memandu keretanya ke arah Kampung Gajah untuk menyimpan wang berkenaan di bank lain dan dalam masa yang sama pasangan itu mengekorinya dengan sebuah kereta,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, sebaik sampai berhampiran bank di Kampung Gajah, mangsa telah memberhentikan kenderaannya di tepi jalan kerana tayar keretanya pancit dan ketika itu lelaki Colombia berkenaan menghampirinya dan mengacukan pisau sambil mengarahkan wanita itu menyerahkan wang.
Menurutnya, anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan itu melihat kejadian berkenaan terus memberi bantuan dan dalam masa yang sama memaklumkan kepada bilik gerakan.
Jelas beliau, pasangan itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun di sekitar Pulau Pinang dan dengan penahanan mereka polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes samun di negeri ini.
Beliau berkata, pemeriksaan ke atas kereta yang dinaiki pasangan itu, polis menemui pelbagai barangan yang digunakan untuk kegiatan jenayah antaranya topeng muka, topi dan pisau. — BERNAMA
'via Blog this'
Menggigil dicekup Jais di hotel

'via Blog this'
Remaja patah kaki dihadapkan ke mahkamah

KOTA BHARU – Seorang remaja terpaksa hadir bertongkat ke Mahkamah Majistret di sini, semalam akibat patah kaki kiri dipercayai dibelasah penduduk kampung selepas dituduh meragut beg seorang wanita.
Wan Mohd Syazwan Wan Abdullah, 19, mengakui perkara itu di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazly.
Tertuduh semalam, dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dengan cara meragut beg tangan Wan Rohayati Wan Hussin di Jalan Telipot di sini, 16 Januari lalu.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh bagaimanapun, mengaku tidak bersalah.
Dia yang beralamat di Kampung Pulau Masjid, Kubang Kerian di sini turut menafikan tuduhan pilihan menyimpan kad pengenalan; pelbagai kad mesin transaksi automatik (ATM) serta lesen memandu mangsa di Tingkat 3, Flat Kubang Kerian di sini.
Bagi pertuduhan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Susulan daripada pengakuan itu, Mohd Fazaly Ali kemudian menetapkan sebutan semula untuk serahan dokumen kepada peguam bela tertuduh pada 5 April depan.
'via Blog this'
Bayi ditinggal di kedai kopi
Dalam kejadian pada jam 6.30 pagi itu, penduduk kawasan itu yang kebetulan melalui kedai berkenaan terkejut apabila terdengar tangisan bayi sebelum dia menjumpai bayi malang itu di tepi kedai dalam keadaan berbogel dan menggigil kesejukan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, penduduk terbabit kemudian memaklumkan penemuan itu kepada penduduk berhampiran kedai berkenaan.
Menurutnya, bimbang bayi berkenaan mati kesejukan, mereka kemudian membalutnya dengan kain sebelum membuat keputusan untuk membawanya ke hospital.
“Mereka kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya.
“Polis yang menerima maklumat kemudian ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan bagi mencari bahan bukti yang dapat mengesan ibu bayi malang terbabit,” katanya.
Abdul Rahim berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan bagi mencari pelakunya dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.
myMetro | Bayi ditinggal di kedai kopi:
'via Blog this'
Castello pencuri lembu
Bagaimanapun, kegiatan Castello berusia 45 tahun dan konconya yang berasal dari Kampung Salong itu berakhir selepas mereka diberkas di Bukit Rangin, di sini, jam 3 petang kelmarin selepas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pekan, membuat serbuan ke markasnya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, sebelum kejadian, polis yang membuat intipan dan mengekori Castello mendapati suspek terbabit sedang berurusan dengan seorang peniaga di sebuah pasar di Kuantan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, peniaga terbabit dipercayai rakan karib kepada Castello dan individu itulah yang sering membantunya mencari pelanggan.
Susulan itu, polis kemudian membuat serbuan dan menahan Castello bersama rakannya itu sebelum menahan dua beranak berusia 18 dan 40 tahun ketika mereka menaiki sebuah lori membawa muatan daging untuk dihantar kepada pelanggan.
“Hasil pemeriksaan dalam lori, polis menemui bahagian kepala dan kaki lembu yang sudah dilapah sebelum menahan lagi dua lelaki yang mempunyai hubungan adik-beradik berusia 19 dan 30 tahun berasal dari Temerloh.
“Semua suspek ditahan itu dipercayai rakan kepada Castello yang membantu mencuri lembu di sekitar Felda Chini sebelum melapah ternakan itu dan diserahkan kepada pemborong,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati, Castello yang mempunyai 25 rekod jenayah termasuk rogol dan pecah rumah dipercayai sudah lama menjalankan kegiatan haram berkenaan bersama ahli kumpulannya.
Katanya, polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes kehilangan lembu dengan tertangkapnya semua suspek terbabit.
myMetro | Castello pencuri lembu:'via Blog this'
Lelaki serah barang kemas RM30,000 selamat isteri
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, pasangan berusia 50-an itu yang tidur nyenyak terkejut selepas bilik tidur mereka dipecah masuk suspek bersenjatakan parang.
Menurut sumber, terkejut dengan kehadiran lelaki bertopeng itu, mangsa berdiam diri sambil menenangkan isterinya yang menggigil ketakutan sebelum suspek menyuruh mereka jangan melawan jika tidak mahu dicederakan.
“Mangsa yang ketakutan merayu dilepaskan dan memberitahu tiada barangan berharga di dalam rumah, namun suspek enggan mempercayainya sebelum mengacukan parang ke arah isteri mangsa dan mengugut membunuhnya jika enggan menyerahkan barangan berharga.
“Bimbang dengan keselamatan isterinya, mangsa menunjukkan peti keselamatan mengandungi barangan kemas yang disembunyikan di dalam almari,” katanya.
Sumber berkata, suspek mengarahkan mangsa mengambil peti itu, malah turut menendangnya supaya cepat menyebabkan mangsa terjatuh dan luka di lutut.
“Sebaik mendapatkan barangan kemas itu, suspek melarikan diri meninggalkan mangsa.
“Yakin diri mereka selamat, mangsa datang ke Balai Polis Selayang untuk membuat laporan kejadian itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.
myMetro | Lelaki serah barang kemas RM30,000 selamat isteri:'via Blog this'
Sepak junior hingga pengsan
Dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa yang berusia 16 tahun berada di bilik asramanya di tingkat tiga sebelum didatangi seorang rakan yang memaklumkan seorang pelajar senior ingin berjumpanya.
Sumber berkata, sebaik tiba di bilik pelajar senior terbabit, mangsa diherdik kerana didakwa tidak menghormati pelajar senior.
Ketika mangsa hendak menerangkan kepada pelajar terbabit, tiba-tiba dia ditendang di dada.
“Sikap mangsa mendiamkan diri itu menyebabkan pelajar terbabit naik angin sebelum rakan sebiliknya datang menyepak mangsa di tepi badan hingga jatuh.
“Tidak cukup dengan itu, seorang lagi pelajar senior menyepak mangsa di badan selain mengugut melanggar ibu bapa mangsa jika dia mengadu kejadian terbabit kepada pihak pengurusan asrama atau sekolah,” katanya.
Menurutnya, mangsa pengsan di biliknya dan jam 11 pagi semalam, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buluh untuk menerima rawatan selepas mangsa sesak nafas berterusan.
Mangsa disahkan cedera pada bahagian tisu di beberapa bahagian badan.
myMetro | Sepak junior hingga pengsan:
'via Blog this'
Lelaki bisu, rakan ditahan curi sawit
Pada jam 2.30 petang kelmarin, tembelang ‘pencuri senyap’ itu bersama rakannya yang sempurna sifatnya berjaya dikesan seorang ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Felda berkenaan ketika meronda di kawasan ladang selepas ramai mengadu buah kelapa sawit mereka dicuri.
Dua sahabat berkenaan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat untuk melakukan jenayah itu, tidak sedar segala perbuatan mereka disaksikan ahli JKKK berusia 62 tahun berkenaan yang menyorok di sebalik pokok untuk melihat perbuatan dua sahabat terbabit.
Selepas memastikan bahawa dua lelaki itu mencuri buah kelapa sawit milik peneroka, ahli JKKK berkenaan pantas menghubungi pondok polis Lembah Klau meminta bantuan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Samsudin Wan Osman, berkata dua anggota polis peronda yang tiba di tempat kejadian terpaksa bergelut dengan kedua-dua lelaki terbabit yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.
“Selepas bergelut, kedua-dua lelaki itu berjaya diberkas dan dibawa ke Balai Polis Lembah Klau bersama hasil curian mereka untuk siasatan lanjut kes itu,” katanya.
'via Blog this'
Pendatang asing diseludup dipasang gelang
Mereka yang tidak mempunyai sebarang dokumen itu hanya dibekalkan gelang berkenaan sebelum dibawa masuk tekong dan disembunyikan dalam semak atau ladang tebu berhampiran.
Difahamkan, pengenalan menerusi gelang berwarna itu bagi memudahkan penyeludup atau ejen mengagihkan pendatang terbabit serta mengklasifikasikan mereka yang ‘ditempah’ majikan masing-masing.
Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, pergelangan tangan kesemua pendatang terbabit mempunyai gelang merah, biru atau kuning bagi menentukan destinasi lokasi mereka akan dihantar.
Menurutnya, bukan itu saja, warna gelang mereka juga berdasarkan tempahan dibuat majikan masing-masing sebelum itu yang kemudian dihantar ke lokasi ditetapkan.
Katanya, taktik berkenaan berjaya dibongkar UPP Padang Besar selepas mencekup 19 pendatang di kawasan semak di Tapak Perindustrian Padang Besar, kira-kira jam 9 pagi kelmarin.
“Kesemua mereka yang berasal dari Myanmar itu baru saaja masuk ke negara ini melalui pagar sempadan sebelum diserbu anggota UPP ketika sedang menunggu tekong masing-masing.
“Kesemua lelaki berusia antara 21 hingga 47 tahun itu sudah membayar sejumlah wang kepada ejen masing-masing sebelum dibawa masuk ke negara ini dengan harapan memperoleh kerja,” katanya. Menurutnya, pengenalan diri berbentuk gelang berwarna itu sudah diletakkan kepada mereka ketika masih berada di negara jiran bagi melicinkan operasi menghantar mereka ke negeri ditetapkan.
myMetro | Pendatang asing diseludup dipasang gelang:
'via Blog this'
Pucat lesi kena cekup
Lelaki berusia 30-an itu ditemui lengkap berpakaian manakala pasangannya hanya menutup badannya dengan selimut diserbu di sebuah hotel bajet di Kota Damansara pada jam 1.30 pagi semalam.
Sebelum itu, lelaki terbabit berkeras enggan membenarkan anggota penguat kuasa Jais dan pihak polis masuk ke dalam biliknya untuk membuat pemeriksaan lanjut.
“Saya sudah berkahwin encik, cuma terlupa bawa kad nikah sebagai bukti,” katanya.
Bagaimanapun, tiga pegawai Jais berjaya menyelinap masuk ke dalam bilik itu bagi menyoal pasangannya yang disyaki berkhalwat.
Lebih kurang setengah jam selepas itu, pasangan berkenaan dibawa keluar untuk dihantar ke pejabat Jais bagi siasatan lanjut.
Sebanyak enam pasangan dicekup dalam operasi bersepadu Jais bersama Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen.
Operasi lebih empat jam itu diadakan bagi membanteras kegiatan maksiat di beberapa lokasi di sekitar Selangor.
Menurut sumber Jais, daripada lebih 10 hotel yang diperiksa sekitar Petaling Jaya termasuk Kota Damansara dan Bandar Sri Damansara, enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan kerana berdua-dua di dalam bilik.
“Semua mereka memberikan kerjasama yang baik sebaik diberitahu kami ingin membuat pemeriksaan. Bagaimanapun terdapat segelintir yang cuba berkeras dan enggan menurut arahan sebaik sahaja kami meminta bukti,” katanya.
Sumber berkata, semua pasangan yang ditahan kemudian dibawa pulang ke ibu pejabat Jais untuk disoal siasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat.
Katanya, pasangan tersebut kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sebelum menunggu tindakan selanjutnya.
'via Blog this'
Tangisan anak selamat nyawa ibu daripada ditikam suami mabuk minta wang
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, wanita terbabit yang berusia 34 tahun bersama anak lelakinya itu menonton televisyen sebelum terkejut apabila suaminya yang 30-an pulang dalam keadaan mabuk meminta wang.
Menurut sumber, walaupun dimaklumkan tiada wang, lelaki terbabit mengamuk dan menumbuk muka, menarik rambut isterinyadan menghentak ke dinding.
Menurutnya, mangsa melawan, tetapi suaminya marah dan mengambil parang mengugut menikamnya.
“Anak lelaki mereka yang ketakutan menangis menyebabkan lelaki terbabit berhenti dan terus beredar.
“Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Kundang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
myMetro | Tangisan anak selamat nyawa ibu daripada ditikam suami mabuk minta wang:'via Blog this'
Suami dalam jel, isteri buat maksiat
Wanita dan pasangannya berusia 30 tahun ditahan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) selepas menerima maklumat pasangan bukan muhrim menjadikan hotel murah di kawasan itu. Lebih mengejutkan melalui soal siasat dijalankan, wanita berkenaan masih isteri orang dan difahamkan suaminya kini ditahan di penjara akibat kesalahan mencuri kenderaan sejak dua tahun lalu.
Ketika ditahan, wanita berkenaan berpakaian lengkap sambil mendukung anak lelakinya berusia dua tahun manakala pasangannya berbaju dan hanya memakai tuala.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pada zahirnya, orang ramai menyangka mereka pasangan suami isteri kerana ditemani dua kanak-kanak, tetapi taktik itu gagal mengaburi pihak berkuasa.
“Hasil siasatan mendapati pasangan berkenaan belum berkahwin, malah wanita itu masih lagi isteri orang,” katanya ditemui selepas operasi berkenaan.
Menurutnya, siasatan mendapati lelaki berkenaan baru dibebaskan selepas dua tahun dipenjarakan kerana kesalahan menyamun sebuah stesen minyak.
Katanya, dalam operasi bermula jam 10 malam sehingga 3 pagi itu dengan disertai 24 pegawai penguat kuasa.
myMetro | Suami dalam jel, isteri buat maksiat:'via Blog this'
Kereta dialih jiran terbakar
Mohd Rapi Nong Hussin, 47, berkata, dia membawa kereta itu pulang membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital Melaka pada sebelah pagi.
Selepas rawatan, dia pulang ke rumah lalu meletak kereta Nissan 120-Y itu di depan jalan masuk rumahnya.
“Ketika berehat dalam rumah, saya tertidur dan apabila terjaga kira-kira jam 3.30 petang, saya dapati kereta tiada di tempatnya dan tambah terkejut melihat ia terbakar di satu kawasan lapang di depan rumah.
“Isteri saya beritahu kereta dialih jiran kerana ada lori menjual besi terpakai hendak melalui jalan di situ sebelum ia terbakar,” katanya.
'via Blog this'
Derita 30 minit tangan tersepit
“Akibatnya, tangan tersepit hingga tulang pergelangan tangan terkeluar menyebabkan terpaksa menahan kesakitan selama setengah jam sebelum berjaya dikeluarkan,” kata Jelani Abdul Ghani, 53, ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari kelmarin, pergelangan tangan kanan Jelani yang berasal dari Pulai Sebatang, Ayer Baloi dan bertugas sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang kotak di Parit Empat, Api-Api, Pontian, hampir hancur selepas tersepit di dalam mesin pencetak berkenaan.
Rakan setugas Jelani kemudiannya mematikan mesin berkenaan untuk membantu mengeluarkan pergelangan tangannya, namun gagal.
Menurut Jelani, selepas mengalihkan barangan berkenaan, dia sepatutnya pulang ke rumah untuk berehat.
“Saya cukup menderita sepanjang setengah jam dan berdoa supaya semuanya berakhir dengan cepat.
“Syukur kerana anggota bomba dan penyelamat datang membantu, walaupun pergelangan cedera teruk, saya harap ia cepat sembuh dan mampu berfungsi seperti biasa,” katanya.
Isterinya, Kamariah Kasim, 50, berkata, dia baru siap menyediakan hidangan tengah hari apabila menerima panggilan daripada majikan Jelani mengatakan suaminya terbabit dalam kemalangan di kilang.
“Saya terkejut dan terus ke kilang untuk melihat keadaan suami. Walaupun kecederaannya agak parah, saya bersyukur kerana suami terselamat,” katanya.
“Malam tadi, doktor melakukan imbasan-x pada pergelangan tangannya sebelum membenarkan suami untuk menjalani pembedahan pada bahagian berkenaan. Saya berdoa serta berharap dia segera sembuh,” katanya.
Anak bongsu pasangan berkenaan, Norazirah, 18, berkata, dia terus menangis selepas mendapat tahu bapanya ditimpa kemalangan.
“Saya bimbangkan keselamatannya dan tidak putus berdoa supaya bapa selamat,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan I Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, A Hamid Awaludin berkata, pihaknya dengan kekuatan enam anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah hari.
“Kami terpaksa memotong besi pada mesin pencetak untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.
“Pada masa sama, mangsa turut diberikan suntikan penahan sakit oleh kakitangan perubatan dan 10 minit kemudian, pergelangan tangannya berjaya dikeluarkan,” katanya.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pontian sebelum dihantar ke HSA.
'via Blog this'
Putus nyawa di riba suami
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, Siti Mariam dalam perjalanan dari Kuala Lipis untuk pulang ke rumahnya di Rancangan Tanah Felda Perasu bersama Baharudin dan anak lelaki mereka, Mohd Lokman, 26.
Kemalangan berlaku apabila Perodua Kancil dipandu Mohd Lokman merempuh sebuah kereta yang terbabas sehingga memasuki laluan bertentangan sebelum kedua-dua kenderaan itu terbalik.
Siti Mariam meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di badan, manakala Baharudin dan Mohamad Lokman cedera ringan. Pemandu sebuah lagi kereta yang berusia 23 tahun, parah dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).
Mayat Siti Mariam dihantar ke HGM untuk bedah siasat dan dituntut keluarganya lewat malam kelmarin untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Perasu, di sini.
'via Blog this'
Wartawan mati dibedil
Pengarang laman berita Mercosul News, Paulo Rodrigues mati di Ponta Para di negeri Mato Grosso do Sul di selatan kira-kira jam 11.30 malam waktu tempatan selepas ditembak beberapa kali oleh dua lelaki yang menunggang motosikal, lapor laman berita itu.
“Laporan awal menyatakan jenayah terhadap wartawan mungkin berunsur politik, tetapi polis juga tidak menafikan wujudnya motif lain,” lapor kenyataan itu.
Rodrigues, 51, juga adalah pengarang akhbar Jornal da Praca. Organisasi wartawan negeri menyeru pihak berkuasa “mengambil tindakan segera bagi memastikan jenayah itu diselesaikan dan pihak yang bersalah dihukum”.
Minggu lalu, Mario Lopes, 50, pengarang laman berita Vassouras na net, yang mengkritik ahli politik tempatan, hakim dan polis ditembak mati bersama teman wanitanya di Rio de Janeiro.
'via Blog this'
Anak pengasas Playboy ditahan
Marston Hefner, 21, dibebaskan daripada penjara semalam selepas membayar ikat jamin AS$20,000 (RM64,000), menurut rekod polis dan penjara.
'via Blog this'
Lelaki tunjuk punggung kepada Ratu didenda
Pekerja bar di Sydney, Liam Warriner, 22, mengaku bersalah atas tuduhan melakukan gangguan awam ketika lawatan ratu berusia 85 tahun itu ke Brisbane, ibu negeri Queensland Oktober lalu.
Dalam perbiacraan di mahkamah majistret Brisbane, Warriner didapati menanggalkan seluar panjangnya dan berlari di samping kenderaan ratu sepanjang 50 meter dengan bendera Australia dikepit di celah punggung, lapor media.
Dia memberitahu polis perbuatannya sebagai protes politik untuk menunjukkan kebencian terhadap anggota monarki dan elit. - AFP
'via Blog this'
Pekerja zoo maut diserang singa betina
“Kelihatannya dia sedang memberi makan atau membersihkan kurungan haiwan itu ketika dia diserang singa berkenaan,” kata jurucakap zoo di Johannesburg, Letta Madlala.
“Pekerja lain mendengar dia menjerit dan bergegas untuk menghulurkan bantuan,” katanya.
Menurut Letta, selepas serangan itu, mangsa, Joe Ramonetha, 61, dibawa ke hospital, tetapi kemudian disahkan mati sebaik tiba di hospital.
Ramonetha yang bekerja di zoo itu sejak 1970-an adalah seorang pekerja yang berpengalaman dalam menguruskan haiwan. - AFP
'via Blog this'
2 kaki pengebom putus
Anggota polis penyiasat bergegas ke tempat kejadian selepas tiga lelaki dilihat melarikan diri dari sebuah rumah di timur bandar itu di mana letupan itu dilaporkan berlaku.
Seorang daripada lelaki itu melontar bahan peletup ke arah sebuah teksi yang enggan berhenti dan kemudian cuba melontar sebuah lagi ke arah polis, menyebabkan ia meletup dan kakinya putus.
Timbalan Komander Polis Metropolitan Bangkok, Major Jeneral Pisik Pisuthisak berkata, “Satu kad identiti warga Iran ditemui bersama lelaki yang cedera, jadi berkemungkinan dia warga Iran.”
“Anggota polis forensik sedang menyiasat rumah itu,” katanya.
Suspek dikejarkan ke hospital Bangkok untuk rawatan.
Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, meminta orang ramai supaya tidak membuat “kesimpulan sendiri” di sebalik kejadian itu.
“Biar polis dan agensi perisikan melakukan kerja mereka dan orang ramai tidak perlu panik kerana pelakunya sudah ditangkap,” katanya kepada pemberita.
Bangkok berada di dalam keadaan berjaga-jaga semenjak Amerika Syarikat memberi amaran mengenai serangan pengganas di kawasan pelancongan di Bangkok, bulan lalu.
Polis Thailand telah mendakwa seorang suspek warga Lubnan setelah menyerbu kediamannya dan menjumpai bahan kimia yang boleh digunakan untuk membuat bom.
Pihak berkuasa Thailand mendakwa lelaki itu mempunyai kaitan dengan Hezbollah, sebuah kumpulan Syiah yang disokong oleh Iran dan Syria. - Bangkok Post
'via Blog this'
Wanita hamil mengaku curi duit tabung kuil kerana terdesak
Anongnut Yuyued, 32, ditahan semalam oleh pelancong dan pekerja ketika dia cuba membuka tabung derma di dewan kuil Wat Kasttrathirat di Ban Phrom, di wilayah Phra Nakhon Si Ayutthaya.
Ketika ditangkap, wanita yang hamil tujuh bulan menangis dan berkata dia perlukan wang kerana suaminya meninggalkannya apabila hamil kali kedua.
Dia yang mempunyai anak lelaki berusia 10 tahun berkata, sejak banjir yang melanda Ayutthaya tahun lalu, dia tidak mempunyai pekerjaan dan tiada siapa mahu mengambil seorang wanita hamil bekerja.
Anongnut memberitahu sami kuil itu, dia semakin terdesak kerana tarikh dia melahirkan anak semakin hampir. - Bangkok Post
'via Blog this'
Tertembak rakan sendiri ketika bersihkan raifal
Kemalangan itu berlaku di berek polis Padang Bulan di Medan.
Rakan setugas Leo, Brigedier Ikhsan Faudi, sedang membersihkan raifal SS1-V2 kepunyaannya apabila dia tertarik picu raifal dan tertembak tepat di mata kanan Leo.
Leo mati di tempat kejadian pada jam 10.45 pagi. - Jakarta Post.
'via Blog this'
Penduduk cetus kebakaran hutan
Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Hutan Selangor, Mohd Yussainy Md Yusop, berkata hanya lima hektar dari kawasan hutan simpan berkeluasan 62 hektar secara keseluruhan itu yang terjejas akibat kebakaran yang bermula kira-kira jam 11 pagi itu.
Menurutnya, kawasan yang terjejas itu hanya membabitkan tumbuhan renek, pokok resam seperti paku pakis hutan dan pokok jenis Accasia sebesar 10 hingga 15 sentimeter (cm).
Beliau berkata, pokok besar tidak terjejas dan berdasarkan maklumat awal, kebakaran berpunca daripada tindakan penduduk di kawasan perumahan berdekatan yang membakar kawasan belukar di belakang rumah untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah.
“Bagaimanapun, faktor cuaca panas selain tumbuhan renek dan pokok jenis Accasia pada saiz itu yang mudah terbakar juga dipercayai menjadi punca kejadian berkenaan.
“Berikutan itu, tiada tangkapan dilakukan berhubung kejadian ini, namun kami meminta kerjasama penduduk setempat agar mengelak tindakan membakar sampah secara terbuka berikutan lokasi hutan simpan yang terletak berhampiran kawasan penempatan penduduk,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Cheras, Johari Mohd Lazim, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan pada jam 11.09 pagi.
Katanya, enam jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Bandar Tun Razak, Sungai Besi, Jalan Hang Tuah dan Ampang, Selangor dihantar ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.
“Api berjaya dikawal dalam tempoh dua jam dan bara api bawah tanah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4 petang,” katanya.
Beliau berkata, hanya kawasan hutan yang terbakar dan api tidak merebak ke kawasan perumahan berdekatan. myMetro | Penduduk cetus kebakaran hutan:
'via Blog this'
Dicerai bebel ‘gigitan cinta’
Insiden bermula jam 8.30 pagi semalam ketika mangsa yang berusia 24 tahun menikmati sarapan bersama suaminya di sebuah restoran di Rawang.
Sumber berkata, ketika bersarapan mangsa ternampak gigitan cinta di leher suaminya, lantas menyuarakan rasa tidak puas hati dan meminta lelaki berusia lewat 20-an itu memberikan penjelasan.
Menurutnya, apabila lelaki itu tidak memberikan penjelasan memuaskan hatinya, mangsa berleter dan mendesak menyebabkan berlaku pertengkaran.
“Malu apabila pertengkaran mereka menjadi perhatian ramai, mangsa diarahkan suaminya masuk ke dalam kereta dan mereka meninggalkan restoran itu.myMetro | Dicerai bebel ‘gigitan cinta’:
'via Blog this'
Hidup mewah taktik sindiket warga Afrika tipu wanita tempatan
Sindiket terbabit menyasarkan wanita tempatan berusia 30 hingga 40 tahun yang belum berkahwin, melalui perkenalan di internet dan menjalinkan hubungan cinta sebelum berjanji akan menjadikan mangsa sebagai pasangan hidup.
Lebih licik apabila sindiket terbabit mendakwa sebagai ahli perniagaan dan memiliki pelbagai aset bernilai jutaan ringgit di luar negara, selain memberi harapan mangsa akan hidup mewah selepas berkahwin, menyebabkan wanita mudah terpedaya.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong ketika mendedahkan perkara itu berkata, sepanjang tahun lalu pihaknya menerima tujuh kes membabitkan wanita tempatan dengan anggaran kerugian sebanyak RM2 juta.
Katanya, hanya melalui perkenalan di internet dan panggilan telefon tanpa bersua muka, sindiket itu berjaya menjerat wanita tempatan sehingga sanggup menyerahkan wang ratusan ribu ringgit, dengan alasan percaya penuh terhadap teman lelaki.
“Sindiket ini akan mendekati wanita yang belum berkahwin dengan menabur ayat cinta dan janji manis. Mereka mendakwa sebagai ahli perniagaan dan tinggal di luar negara termasuk London, New Zealand, sedangkan sindiket terbabit hanya berada di sekitar negara ini.
“Sepanjang perkenalan itu juga, sindiket akan meminta wanita lain supaya menghubungi mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai ibu kepada lelaki terbabit untuk meyakinkan mangsa,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam. Berita Harian Online | Hidup mewah taktik sindiket warga Afrika tipu wanita tempatan:
'via Blog this'
Dendam punca 13 motosikal hangus dibakar
SEBAHAGIAN daripada motosikal yang hangus dalam kejadian di PPR Seri Semarak 10, Setapak, Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR: Dendam dipercayai motif utama 13 motosikal yang diletakkan di bawah Blok D, Flet Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak dan PPR Air Panas di sini, dibakar, awal pagi semalam.
Anggota bomba dan penyelamat yang menerima laporan pada jam 12.16 pagi tiba di lokasi kejadian pertama di PPR Seri Semarak 10 minit kemudian dan mendapati api berjaya dipadamkan orang ramai.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Annuar yang dihubungi berkata, bagaimanapun, 12 motosikal diletakkan di bawah Blok D, PPR berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana api merebak dengan cepat.
“Tidak lama kemudian kita menerima satu lagi laporan kejadian kebakaran yang hampir sama berlaku di PPR Air Panas yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi pertama membabitkan sebuah motosikal dan terus bergegas ke sana untuk memadam kebakaran,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya percaya kedua-dua insiden kebakaran yang membabitkan kerugian RM60,000 itu dilakukan dengan sengaja oleh pihak tertentu yang berdendam dengan mana-mana pemilik motosikal yang musnah dalam kejadian itu.
“Buat masa ini kita masih meneruskan siasatan bagi memastikan punca sebenar kebakaran, namun berdasarkan maklumat saksi, kebakaran di PPR Seri Semarak dipercayai dilakukan oleh pihak tertentu yang berdendam dengan pemilik salah sebuah motosikal di situ.
“Begitu juga dengan kejadian yang berlaku di PPR Air Panas, kita percaya ia mempunyai motif sama. Justeru, kita meminta bantuan polis untuk melakukan siasatan lanjut dan mengesan pelakunya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api. Berita Harian Online | Dendam punca 13 motosikal hangus dibakar:
'via Blog this'
22 kaki judi ditahan di dua premis
![]() |
Anggota polis merampas 29 set komputer dalam operasi membanteras perjudian berkomputer di sebuah premis di Jalan Tuanku Munawir, Seremban, kelmarin. |
SEREMBAN 14 Feb. - Kegiatan perjudian berkomputer di negeri ini terus digempur pihak berkuasa apabila seramai 22 kaki judi termasuk tiga wanita ditahan ketika leka berjudi di dua buah premis berasingan di sini semalam.
'via Blog this'
Ujian saringan air kencing Saiful positif dadah
'via Blog this'
'Saya tembak untuk selamatkan diri'
'via Blog this'
160 penagih ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu
'via Blog this'
Dihukum gantung sampai mati
'via Blog this'