Search This Blog

Saturday, February 4, 2012

Pangsapuri terbakar ketika penghuni keluar makan


WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Februari 2012

KUALA TERENGGANU - Sebuah unit pangsapuri di Wisma Tenang di sini terbakar ketika penghuninya keluar untuk bersarapan pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 10.15 pagi di tingkat enam pangsapuri berkenaan.

Penghuninya Tan Choon Hiong, 52, berkata beliau bersama suaminya, Yeo Chin Meng, 56, seorang akauntan dan dua anak mereka keluar untuk makan.
"Kami pulang sejam kemudian kerana saya sakit perut. Sebaik kami menghampiri kawasan rumah kami, kami nampak orang ramai berkumpul di situ dan terdapat juga kereta bomba.
"Bila betul-betul sampai, baru saya tahu rumah saya yang terbakar. Jiran beritahu bomba sedang memadam kebakaran di rumah saya. Saya terkejut kerana sebelum kami keluar, keadaan rumah saya macam biasa sahaja," katanya kepada pemberita.
Tan berkata hampir 70 peratus kediamannya hangus.
Penolong Pengarah Operasi Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Mohd Zulkhairul Mohd Razilah berkata kebakaran dipercayai bermula dari dalam bilik tidur utama dan dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Katanya lima jentera bomba bersama 27 anggota dan tiga pegawai dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira 10 pagi dan api dapat dikawal daripada merebak dalam masa setengah jam.
Pangsapuri berkenaan setinggi 10 tingkat mempunyai 120 unit kediaman beserta dua tingkat parkir kenderaan. - BERNAMAPangsapuri terbakar ketika penghuni keluar makan - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pelajar maut kemalangan


AZMAN CHE MAN
4 Februari 2012
Kemalangan

KUALA KRAI - “Mek, kenapa Along jadi gini (Mak, kenapa Along jadi begini).” Itu luahan ibu pelajar Tingkatan Empat, Mohamad Amirfitri Nazri yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Gertak Kangkung, dekat sini, kelmarin.

Perkara itu diceritakan nenek mangsa, Rahmah Awang, 57, ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Krai (HKK), di sini, malam kelmarin.
Rahmah berkata, pertanyaan menyentuh hati itu dibuat ibu mangsa sebaik sahaja mengetahui kejadian menimpa anak sulungnya yang lebih mesra dengan panggilan Along.
“Saya hanya mampu jawab, nak buat macam mana, perkara dah nak jadi dan memintanya supaya banyak bersabar,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada kejadian kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, Mohamad Amirfitri maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum terbabas di jalan menghala ke Sungai Pas, dekat Kampung Gertak Kangkung, di sini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang dan anak sulung daripada lima beradik itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Turut hadir menziarahi jenazah di Bilik Mayat HKK, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah dan datuk mangsa, Mohammad Yunus, 68.
Ibu bapa Mohamad Amirfitri bagaimana pun hanya menunggu jenazah anak mereka di rumah di Kampung Peria dan tidak dapat datang ke hospital kerana terlalu sedih.
Rahmah berkata, dia mengetahui kejadian menimpa cucunya itu ketika sedang bersiap untuk menunaikan solat Maghrib kira-kira jam 7 malam selepas dimaklumkan bapa saudara mangsa.
Katanya, sebaik sahaja mengetahui kejadian itu, dia yang baru siap menyimpan peralatan menjual goreng pisang yang diusahakannya terus bergegas ke tempat kejadian.
“Masa saya sampai di tempat kejadian, cucu saya sudah tidak ada (meninggal dunia) dan mayatnya sudah ditutup dengan kertas surat khabar.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan Along dua hari lepas ketika keluar menoreh kerana rumahnya terletak dalam kebun getah datuk dia,” katanya yang menyifatkan Mohamad Amirfitri sebagai seorang cucu yang baik.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Rahman Ja’apar ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, saksi kejadian diminta menghubungi Ketua Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam daerah, Cif Inspektor Wan Azizi Wan Ahmad atau tampil ke Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai bagi membantu siasatan.Pelajar maut kemalangan - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pembantu peribadi ditemui mati dijerut, ditikam


NUR FARHANA ABDUL MANAN
4 Februari 2012
Mayat

SERDANG – Tanda tanya dan kerisauan seorang suami terhadap isterinya yang tidak pulang ke rumah terjawab apabila wanita itu ditemui mati dijerut dan ditikam kira-kira 200 meter dari tempat dia bekerja di Serdang Perdana di sini, lewat malam tadi.

Mangsa berusia 39 tahun ditemui oleh suami dan majikannya di tempat duduk penumpang sebelah pemandu dalam kereta Honda City di tempat letak kereta berbayar.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat teknologi maklumat di Serdang Perdana biasanya akan pulang ke rumah sekitar jam 8 malam.

Menurutnya, kelewatan mangsa pulang ke rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong malam tadi menyebabkan suaminya risau dan terus menghubungi majikannya.

“Selepas lebih kurang sejam tidak pulang ke rumah, suami bersama majikan mangsa kemudian mencari isterinya di sekitar kawasan bangunan komersial itu.

“Kira-kira jam 10.30 malam, suami mangsa menemuinya dalam kereta, yang biasa dipandunya ke tempat kerja, dalam keadaan berlumuran darah dan tidak bernyawa,” katanya.

Abd Razak berkata, sebaik menerima panggilan kira-kira jam 11.45 malam, sepasukan anggota polis tiba di tempat kejadian dan mendapati satu mayat wanita dalam kereta yang tidak berkunci.

“Siasatan mendapati mangsa dijerut dengan wayar pembesar suara dan ditikam di bahagian kiri leher menggunakan pisau.

“Sebilah pisau sepanjang enam inci ditemui di luar pintu kereta di bahagian pemandu dan dawai sepanjang satu kaki berhampiran mayat mangsa,” katanya.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya percaya suspek lebih daripada seorang.

Siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan yang berlaku.

“Ada beberapa biji limau mandarin yang sedia dikupas ditemui dan dipercayai berkemungkinan mangsa mungkin sedang menikmatinya ketika itu. Berkemungkinan juga mangsa yang mempunyai dua anak masih kecil sedang bersembang dengan suspek tetapi belum ada petunjuk penuh berhubung perkara itu.

“Pemeriksaan mendapati telefon bimbit, dompet dan beg tangan milik mangsa hilang. Suami mangsa memaklumkan mangsa adalah seorang isteri yang baik dan tidak mempunyai musuh dengan sesiapa,”katanya.

Beliau berkata, kes di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.Pembantu peribadi ditemui mati dijerut, ditikam - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

60 pengunjung beragama Islam premis judi ditahan



4 Februari 2012

REMBAU - Seramai 60 pengunjung beragama Islam premis perjudian komputer ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam satu serbuan di sebuah premis perjudian komputer berhampiran Taman Taboh Naning di sini, awal hari ini.

Dalam serbuan tersebut pihak penguat kuasa JHEAINS turut merampas 41 unit perkakasan komputer yang digunakan untuk permainan perjudian selain wang pertaruhan berjumlah RM6,000.

Ketua Unit Operasi JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah berkata kesemua yang ditahan adalah lelaki berusia dalam lingkungan 20-an hingga 60-an, ketika mereka sedang leka bermain judi siber di premis dua tingkat tersebut.

"Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau untuk siasatan dan diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan bon jaminan penguat kuasa dan dikehendaki hadir semula pada satu tarikh yang ditetapkan untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu di sini hari ini.

Ahmad Zaki berkata kesemua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 79(a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2004 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Katanya pihak penguat kuasa turut menahan empat penjaga premis terbabit dan mereka telah diberi satu surat perintah hadir ke Unit Penguat Kuasa JHEAINS pada satu tarikh yang akan ditetapkan untuk tujuan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Operasi yang bermula pada pukul 12 malam dan berakhir 5 pagi tadi turut disertai anggota dari Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri. - Bernama60 pengunjung beragama Islam premis judi ditahan - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Bekas ketua S21 dipenjara seumur hidup





2012/02/04

Kaing Gek Eav
Kaing Gek Eav
Hakim ubah hukuman tak sepadan jenayah kemanusiaan 

PHNOM PENH: Pemimpin kanan gerila Khmer Rouge yang menguruskan kematian 15,000 penduduk Kemboja dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup semalam, menamatkan kes yang dibicarakan oleh mahkamah negara itu yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mangsa yang terselamat daripada keganasan rejim itu menyambut baik keputusan menambah hukuman asal 30 tahun yang dikenakan pada tahun 2010 ke atas Kaing Guek Eav, lebih dikenali sebagai Duch, kerana jenayah perang dan kemanusiaan yang dilakukan.
Hakim berkata, hukuman awal yang diberikan kepada bekas ketua penjara S-21 itu tidak mencerminkan kekejaman jenayah yang dilakukan pada lewat tahun 1970-an. 

“Jenayah Kaing Guek Eav adalah antara terburuk dalam sejarah manusia. Hukuman paling berat sepatutnya dikenakan,” kata presiden badan rayuan tertinggi mahkamah, Kong Srim. 

Memakai baju putih dan jaket krim, bekas guru matematik berusia 69 tahun itu, duduk di dalam kandang ketika keputusan dibacakan. Dia merayu dibebaskan atas alasan cuma mengikut arahan tetapi pendakwa juga merayu dengan mengatakan hukuman asal tidak cukup. 

Keputusan itu melegakan beratus-ratus rakyat Kemboja, termasuk sami dan mangsa terselamat daripada kekejaman rejim itu, yang memenuhi galeri awam mahkamah Phnom Penh untuk menyaksikan kesudahan kes Duch. 
“Saya gembira sekarang. Akhirnya ada keadilan untuk mangsa. Saya lega sekarang,” kata Kim Huoy, yang kehilangan 19 anggota keluarga ketika pemerintahan Khmer Rouge, termasuk suami dan ibu bapanya. 

Diketuai Pol Pot yang meninggal dunia pada 1998, Khmer Rouge bertanggungjawab melakukan antara kezaliman paling ngeri abad ke-20, membunuh sehingga dua juta penduduk akibat kebuluran, beban kerja keterlaluan dan pembunuhan. 

S-21 juga dikenali sebagai penjara Tuol Sleng, adalah pusat keselamatan Khmer Rouge dan ribuan banduan diambil dari situ untuk dibunuh di ladang berhampiran dikenali sebagai Killing Field. 

Duch adalah anggota Khmer Rouge pertama diadili tribunal antarabangsa. 
Perbicaraannya menarik minat penduduk negara itu yang masih dihantui kekejaman Khmer Rouge. Penghakiman itu disiarkan secara langsung menerusi televisyen. 

Keputusan awal menaikkan kemarahan mangsa kerana ia bermakna Duch bebas tidak sampai 18 tahun dipenjarakan. Ketika perbicaraan selama sembilan bulan, Duch berulang kali meminta maaf. 

Dalam rayuannya, Duch memberitahu mahkamah dia selamat kerana mengikut arahan tetapi pendakwa berkata permintaannya supaya dibebas sepenuhnya menunjukkan Duch tidak kesal dengan perbuatannya. – AFP 

Polis serbu empat pusat judi Internet


SEREMBAN: Lima pelanggan yang leka bermain judi Internet tergamam apabila diserbu polis dalam beberapa siri operasi di Sikamat dan Kemayan Square, di sini, kelmarin.
Difahamkan, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, bermula jam 9.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, operasi dijalankan selepas pihaknya menerima aduan dan maklumat awam berhubung kewujudan aktiviti perjudian Internet di kawasan berkenaan.
“Bertindak atas maklumat itu, polis melakukan pemeriksaan terhadap empat premis yang didapati menjalankan kegiatan tidak bertanggungjawab itu.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan 58 komputer dipercayai digunakan untuk kegiatan itu,” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, pelanggan dan penjaga pusat Internet itu terkejut apabila melihat kehadiran polis dan tidak dapat melarikan diri.myMetro | Polis serbu empat pusat judi Internet:

'via Blog this'

Tak sempat sorok 40 peket heroin


JEMPOL: Hajat seorang lelaki menikmati kemewahan dengan cara mengedar dadah tidak kesampaian apabila dicekup dalam satu operasi oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di Felda Pasoh, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, dalam serbuan jam 3 petang itu, suspek berusia 30-an yang panik melihat kehadiran polis tidak sempat menyembunyikan 40 peket heroin yang diletak di sebuah bangsal di belakang rumahnya.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, suspek yang sebelum ini pernah ditahan dalam kes sama turut positif heroin.
Katanya, ketika anggota polis memperkenalkan diri, lelaki itu cuba melarikan diri, namun dapat diberkas.

“Pemeriksaan lanjut polis di sekitar tempat kejadian membawa kepada penemuan 40 peket plastik lut sinar disyaki mengandungi heroin seberat 65 gram (g).

“Siasatan mendapati, harga pasaran dadah yang dirampas itu bernilai RM8,000 dan harga runcitnya pula kira-kira RM200 setiap satu paket.
“Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama,” katanya dalam sidang media di IPD di sini, semalam.

Difahamkan, suspek dikatakan baru keluar dari penjara dan tidak serik mengulangi tabiat buruknya itu.myMetro | Tak sempat sorok 40 peket heroin:

'via Blog this'

Mahu makan hilang RM19,000


KUALA LUMPUR: Sikap cuai seorang ahli perniagaan meletakkan wang RM19,000 yang baru dikeluarkan dari bank di dalam kereta sebelum keluar makan di sebuah restoran berhampiran di Jalan Klang Lama, di sini, membawa padah apabila wang itu dilarikan dua lelaki, kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai John, 40, berkata, dia mengeluarkan wang hasil pelaburannya dari sebuah bank sebelum menyimpan wang itu di dalam beg sandangnya.

Menurutnya, selepas memastikan tiada orang memerhatikannya ketika keluar dari bank, dia menyimpan beg sandang itu di dalam keretanya.myMetro | Mahu makan hilang RM19,000:

'via Blog this'

Mahu makan hilang RM19,000



E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Sikap cuai seorang ahli perniagaan meletakkan wang RM19,000 yang baru dikeluarkan dari bank di dalam kereta sebelum keluar makan di sebuah restoran berhampiran di Jalan Klang Lama, di sini, membawa padah apabila wang itu dilarikan dua lelaki, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai John, 40, berkata, dia mengeluarkan wang hasil pelaburannya dari sebuah bank sebelum menyimpan wang itu di dalam beg sandangnya.


Menurutnya, selepas memastikan tiada orang memerhatikannya ketika keluar dari bank, dia menyimpan beg sandang itu di dalam keretanya.myMetro | Mahu makan hilang RM19,000:

'via Blog this'

Didakwa samun RM552,583

PUTRAJAYA: Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyamun wang berjumlah RM552,583.05 milik sebuah syarikat keselamatan di sebuah pasar raya di Bangi bulan lalu dengan bersenjatakan pistol.

Mohd Firdaus Atan, 25, Roslin Mohd Nasir, 33, Md Salihin Mohd Noor, 29, dan Mohamad Jauhar Al Hazrin Sahar, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.


Mereka didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas menyebabkan kecederaan ketika melakukan samun terhadap harta syarikat SRT Eon Security Services Sdn Bhd yang dibawa pekerja syarikat itu, Ismail Salim, 55, dan menggunakan pistol di tangga belakang PKNS, pasar raya Billion, Bandar Baru Bangi, jam 10.30 pagi pada 25 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan penjara serta sebat jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Balkiah Mohd Yazaid manakala peguam bela Gobind Singh Deo dan Mohd Haijan Omar mewakili tertuduh pertama sementara ketiga-tiga tertuduh lain tidak diwakili peguam.


Terdahulu, Siti Balkiah menawarkan ikat jamin RM20,000 bagi setiap tertuduh. Bagaimanapun, Gobind Singh memohon jumlah itu dikurangkan.


Mahkamah kemudian membenarkan keempat-empat tertuduh diikat jamin masing-masing RM13,000 dengan seorang penjamin serta mengarahkan pasport diserah kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai dan menetapkan 9 Mac ini untuk sebutan semula kes.


Ahli keluarga tertuduh membayar wang jaminan.myMetro | Didakwa samun RM552,583:

'via Blog this'

Tiga warga Pakistan didakwa edar 40kg heroin

PETALING JAYA: Tiga lelaki warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar 40 kilogram (kg) heroin di Puchong, dekat sini, akhir bulan lalu.

Gul Habib Khan Afridi, 26, Asfandyar Afridi, 31, dan Shahabuddin, 22, dilihat mengangguk faham selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan berikutan kes berkenaan akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa mengedar 40.219 kg heroin di rumah kedai beralamat 7-1, Pusat Perdagangan One Puchong, Jalan OP 1/6, Off Jalan Puchong, Puchong, jam 3.20 petang pada 22 Januari lalu.


Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam bela Shamsul Sulaiman.


Nik Mohd Fadli menetapkan kes itu disebut semula pada 22 Mac depan sementara menunggu laporan Jabatan Kimia.myMetro | Tiga warga Pakistan didakwa edar 40kg heroin:

'via Blog this'

Gadis putus 2 jari kaki


ALOR GAJAH: Seorang remaja putus dua jari kaki kanan selepas motosikal jenis Honda EX5 ditungganginya terbabit kemalangan di Kampung Paku, dekat sini, tengah hari kelmarin.
Mangsa, Nurul Amira Arman, 22, yang dalam perjalanan dari Lendu ke Alor Gajah untuk memasukkan wang di bank dikatakan bertembung sebuah motosikal lain dari arah bertentangan di satu selekoh.

Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari itu, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian bertembung dengan motosikal ditunggang seorang pelajar yang cuba memotong sebuah bas sekolah.
Menurut mangsa, sebaik melalui jalan berselekoh, dia terkejut apabila motosikal ditunggangi seorang remaja muncul dari belakang bas lalu memotong kenderaan itu sebelum hilang kawalan dan bertembung dengan motosikalnya.

“Motosikal saya dirempuh kuat hingga tercampak dan terseret hingga terpaksa menggunakan lengan kanan untuk menahan kepala daripada tersembam atas jalan.

“Ketika itu pandangan saya berpinar manakala kaki terasa begitu sakit sebelum menyedari dua jari terkulai manakala telefon bimbit, beg duit serta kunci motosikal tercampak atas jalan.

“Tidak lama selepas itu, saya dengar bunyi motosikal memecut laju ke arah Lendu, tetapi tidak dapat bergerak sebelum orang awam dan pengguna lain membantu menghubungi ambulans,” katanya.myMetro | Gadis putus 2 jari kaki:

'via Blog this'

Parah di kepala


MELAKA: “Seorang daripada mereka terbaring atas jalan dengan kecederaan parah di muka manakala seorang lagi terbaring dalam keadaan tempurung kepala pecah.”
Demikian kata saksi kemalangan yang mengorbankan dua pelajar Politeknik Merlimau, Jasin, selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berdekatan Taman Paya Rumput Indah, di sini, awal pagi semalam.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Md Azrul, 20-an berkata, dia antara individu terawal memberi bantuan kepada mangsa kerana secara kebetulan melalui tempat kejadian sejurus kemalangan berlaku.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, Muhammad Ubaidullah Sharfuddin, 20, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Rakannya yang juga pembonceng, Ainol Haffiz Mohammad Hassan, 20, pula mengalami keretakan di kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Melaka.

Dua lagi rakan mereka yang menunggang motosikal Yamaha 135LC dan Honda EX5 mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di Hospital Melaka manakala seorang lagi hanya cedera ringan.

Difahamkan, sebelum kejadian kedua-dua mangsa yang terbunuh bersama tiga lagi rakan mereka menghabiskan masa di Kolam Air Panas Gadek dan kemudian menjamu selera di sebuah kedai makan berhampiran.

Mereka menunggang motosikal untuk pulang ke Politeknik Merlimau, namun sebaik tiba di selekoh berhampiran Taman Paya Rumput Indah, tiga motosikal dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terjatuh dan terseret di atas jalan.
Seorang lagi saksi, Shadan Othman berkata, dia yang memandu kereta dari Alor Gajah menuju pusat bandar menyaksikan sekujur tubuh manusia atas jalan selepas melihat sebuah lori berhenti mengejut di tengah jalan.

“Mujur lori itu cepat berhenti, jika tidak pasti melanggar mayat mangsa atas jalan yang terbabit kemalangan, tambahan pula laluan itu menuruni bukit berselekoh.

“Saya terus memberhentikan kereta untuk melihat keadaan mangsa yang ketika itu tidak bergerak manakala tiga penunggang yang cedera berada di atas tebing pembahagi jalan,” katanya.

Seorang mangsa yang cedera, Muhammad Firdaus Mohd, 20, berkata dia menyedari sikap pelik Muhammad Ubaidullah yang lebih banyak berdiam diri, tidak seperti biasa, namun hanya membiarkannya.

“Ketika kami berlima bersembang dan berkongsi cerita di kedai makan, arwah hanya mendiamkan diri tidak ceria seperti selalu. Saya tidak bertanya kerana berasakan dia mungkin ada masalah,” katanya.myMetro | Parah di kepala:

'via Blog this'

Dua penumpang maut dihempap pacuan empat roda

CAMERON HIGHLANDS: Tindakan seorang lelaki memuatkan sembilan rakannya di bahagian belakang pacuan empat roda dipandunya membawa padah apabila kenderaan itu terbalik selepas merempuh bukit dan menghempap dua penumpang di Kilometer 25, Jalan Bertam Valley-Sungai Koyan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 petang itu, dua penumpang, Md Shahin Hosain, 27, dan Nurul Islam, 32, yang juga buruh maut akibat dihempap pacuan empat roda itu.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian terbabit berlaku ketika semua mangsa dalam perjalanan dari tempat kerja hendak pulang ke rumah kongsi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, sebaik tiba di tempat kejadian lelaki terbabit terbabas melanggar bukit dipercayai jalan licin sebelum kenderaan itu terbalik.


Katanya, selepas merempuh bukit berkenaan, tujuh penumpang sempat menyelamatkan diri manakala dua mangsa yang meninggal tidak sempat berbuat demikian.


“Polis yang menerima maklumat kemalangan itu bergegas ke tempat kejadian dengan menggunakan bantuan kren untuk mengalihkan kenderaan bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.


“Sebaik saja mengeluarkan mangsa yang tersepit, mereka dikejarkan ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom sebelum disahkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan di tubuh,” katanya.

‘Bukan di taska saya’


SHAH ALAM: Seorang pemilik sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Seksyen 8, di sini, mendakwa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertindak melulu menutup taska miliknya itu selepas dikatakan berlaku kejadian bayi lelaki berusia tujuh bulan jatuh hingga retak tengkorak.
Pemilik Taska Manjaku, Monaliza Mokhtar, 42, berkata kejadian pada 26 Disember lalu itu berlaku bukan di taska miliknya, tetapi di tempat tinggal pekerjanya di Seksyen 3 dan bayi itu anak bekas pekerjanya.

Monaliza mendakwa pihak JKM tidak mempedulikan penjelasannya berhubung perkara itu sebaliknya menutup taska berkenaan sehingga punca rezekinya terjejas.
“Saya dimaklumkan pekerja yang tinggal di rumah itu bahawa bayi berkenaan terjatuh ketika dalam buaian yang dijaga ibu saudaranya iaitu seminggu sebelum bayi itu dihantar ke taska saya. “Pada 6 Januari lalu, ketika bayi itu dalam jagaan taska saya di Seksyen 8, bayi berkenaan menangis tanpa henti dan mulutnya berbuih sebelum saya bergegas membawanya ke hospital.

“Saya terlalu risaukan keadaannya dan saya bayarkan kos rawatan sementara menantikan ibu bapa bayi itu pulang daripada bercuti di kampung mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata, dia mempunyai beberapa pekerja lain sebagai saksi yang boleh menyokong apa yang berlaku pada hari kejadian, selain sudah melaporkan perkara sebenar kepada polis.

“Malah, polis mengesahkan tiada laporan dibuat terhadap saya atau pekerja saya di taska,” katanya.

Lebih dikesalkan, katanya, apabila ibu bayi itu yang juga bekas pekerjanya di pusat itu menghantar SMS mengancam untuk memanggil media ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tempat bayinya dimasukkan untuk memburukkan beliau.myMetro | ‘Bukan di taska saya’:

'via Blog this'

Pukul anak hingga berbirat


KUALA LUMPUR: Muka dan badannya bukan saja bengkak, tetapi turut dipenuhi kesan berbirat akibat dirotan dengan penyangkut baju oleh bapanya sejak hampir sebulan lalu.
Difahamkan, bapa mangsa yang berusia 36 tahun bertindak kejam merotan dan memukul anak lelakinya itu yang berusia dua tahun kerana tidak tahan dengan tangisan kanak-kanak berkenaan.

Dalam kejadian terbaru jam 5.30 petang di rumah mereka di Kepong, di sini, kelmarin, mangsa sekali lagi ‘dibelasah’ bapanya hanya kerana enggan berhenti menangis.
Malah, ibu mangsa yang berusia 23 tahun dan cuba mempertahankan anaknya itu turut dipukul.

Tidak tahan menyaksikan penderitaan anak lelakinya, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, jam 11.30 malam.

Menurut sumber, dalam kejadian terbaru itu, kanak-kanak terbabit dipercayai menangis disebabkan kesakitan kerana dipukul suspek.

“Bapa mangsa yang rimas mendengar tangisan anaknya itu naik berang lalu merotan mangsa menggunakan penyangkut baju,” katanya.

Sumber berkata, ibu mangsa cuba melindungi mangsa.
“Ibu mangsa turut dipukul hingga cedera di bahu kiri,” katanya.

Katanya, suspek meninggalkan rumah berkenaan dan kesempatan itu digunakan ibu mangsa menghubungi rakannya bagi memaklumkan kejadian itu.

“Rakan ibu mangsa datang dan membawa mangsa membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, mangsa dibawa ke hospital dan dilaporkan masih ditahan di wad hospital berkenaan.

Sebaik menerima laporan kejadian itu, pegawai penyiasat yang mengendalikan kes berkenaan menghubungi bapa mangsa dan memintanya tampil bagi merakamkan percakapan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Katanya, bapa mangsa memberikan kerjasama. Selepas percakapannya dirakamkan, dia ditahan bagi membantu siasatan.

Berdasarkan percakapan pengadu (isteri) dan keterangan daripada suspek selain laporan perubatan kanak-kanak terbabit, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai dera.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dan penahanan lelaki terbabit, namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.myMetro | Pukul anak hingga berbirat:

'via Blog this'

Mayat menggelembung disangka patung

ANGKAT...anggota polis dan bomba mengeluarkan mayat mangsa, semalam.
ANGKAT...anggota polis dan bomba mengeluarkan mayat mangsa, semalam.

TANJUNG KARANG: Misteri bau busuk yang dihidu ibu bapa ketika mahu mengambil anak mereka di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Yik Khwan, di sini, semalam, terbongkar dengan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan menggelembung, di Sungai Kampung Bagan Pasir, bersebelahan sekolah itu tengah hari semalam.
Pengawal keselamatan sekolah berkenaan, Shahrul Nizam Mohd Pamuji, 25, berkata dia menerima aduan ibu bapa pelajar sekolah itu mengenai bau busuk dari arah sungai, jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, dia dan beberapa ibu bapa pergi ke jambatan berhampiran sekolah itu sebelum terlihat sesuatu terapung di sungai berkenaan.
“Kami nampak sesuatu terapung seperti patung di sungai itu. Walaupun kedudukan kami ketika itu kira-kira 50 meter, namun bau busuk amat menusuk.

“Selepas diamati benda yang terapung itu bukan patung, tetapi mayat seorang wanita berbaju tidur.

“Saya menghubungi polis sebelum mayat wanita berusia 30-an itu diangkat pada jam 1.15 tengah hari dengan bantuan bomba,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang menggunakan alat khas pencangkuk untuk menarik mayat itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat sebagai mati mengejut.myMetro | Mayat menggelembung disangka patung:

'via Blog this'

Penjual ‘saham’ Facebook kena dakwa


MILWAUKEE: Seorang wanita Wisconsin didakwa mencuri selepas dia cuba mendapatkan keuntungan melalui pelan tawaran penyenaraian awam (IPO) Facebook dengan menjual saham palsu di rangkaian sosial gergasi itu.
Dalam aduan difailkan semalam, pendakwa berkata, Marianne Oleson memberitahu kenalannya, dia memiliki AS$1 juta (RM3 juta) saham kerana anak perempuannya menjadi rakan pengasas Facebook.

Marianne juga memujuk beberapa orang membeli saham palsu itu sepanjang tempoh empat bulan.
Wanita dari bandar Oshkosh itu menghadapi 31 tuduhan mencuri, menipu dan membuat kenyataan mengelirukan.

Menurut Facebook, syarikat itu cuba mendapatkan AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui tawaran berkenaan, tetapi penganalisis berpendapat, ia mungkin mampu meningkat sehingga RM30 bilion.

Menurut dokumen mahkamah, seorang daripada mangsa Marianne adalah kontraktor yang menjalankan kerja-kerja membaik pulih rumahnya pada September lalu.

Sebagai upah, Marianne membayar kontraktor terbabit dengan ‘saham’ Facebook bernilai RM42,079.

Kontraktor terbabit juga membayar RM30,000 kepada Marianne dengan niat mendapatkan saham tambahan, tetapi dia mula curiga apabila mendapati wanita itu menipu namanya.
Mangsa juga mengesan beberapa keganjilan pada dokumen berkaitan transaksi pembelian itu.

Marianne, 46, juga dituduh menipu seorang lelaki tempatan berusia 66 tahun yang mengalami masalah penglihatan.

Menurut pendakwa daerah, lelaki itu menyerahkan empat cek dengan nilai keseluruhan RM129,430 kepada Marianne bagi mendapatkan ‘saham’ itu tahun lalu.

Marianne juga dituduh menjual sejumlah saham palsu Facebook kepada dua lelaki lain dan memperoleh bayaran RM29,800. - ReutersmyMetro | Penjual ‘saham’ Facebook kena dakwa:

'via Blog this'

Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh


SAN SALVADOR: Polis El Salvador semalam berkata, mereka menemui tujuh mayat dalam beg plastik hitam dibuang berasingan di bandar Sonsonate.
Jurucakap polis berkata, antara mangsa itu ialah bekas pemain bola sepak profesional negara berkenaan, Ladislao Nerio.

“Semua mangsa ditemui mati dengan tangan dan kaki terikat,” katanya.
Beberapa orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam insiden itu, tetapi identiti mereka tidak didedahkan.

Sementara itu, polis Sonsonate berkata, mereka menyiasat kemungkinan kejadian berkenaan ada kaitan dengan kumpulan penjenayah.

Dianggarkan 20,000 warga El Salvador terbabit dalam kumpulan samseng yang aktif dalam perdagangan dadah dan peras ugut. - APmyMetro | Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh:

'via Blog this'

Mayat terbiar 9 jam dalam kafe

>TAIPEI: Seorang lelaki Taiwan mati ketika leka bermain video di sebuah kafe Internet ketika premis itu dipenuhi pelanggan, kata polis semalam.

Menurut pihak berkuasa, tiada sesiapa menyedari lelaki terbabit mati walaupun mereka duduk bersebelahan dengannya sehinggalah beberapa jam kemudian.


Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 23 tahun itu memasuki kafe Internet di New Taipei pada malam Selasa dan ditemui mati dalam keadaan duduk dan tangannya berada di atas meja malam berikutnya.

“Mayat itu ditemui seorang pelayan wanita di kafe berkenaan,” katanya.


Kali terakhir pelayan itu melihat lelaki terbabit bercakap di telefon kira-kira tengah hari Rabu dan dipercayai mayat berkenaan berada di bangku selama sembilan jam.


Siasatan awal polis mengesyaki lelaki itu mati akibat serangan jantung berpunca daripada suhu rendah. - AFPmyMetro | Mayat terbiar 9 jam dalam kafe:

'via Blog this'

myMetro | Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh

myMetro | Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh: "Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh


SAN SALVADOR: Polis El Salvador semalam berkata, mereka menemui tujuh mayat dalam beg plastik hitam dibuang berasingan di bandar Sonsonate.

Jurucakap polis berkata, antara mangsa itu ialah bekas pemain bola sepak profesional negara berkenaan, Ladislao Nerio.


“Semua mangsa ditemui mati dengan tangan dan kaki terikat,” katanya.

Beberapa orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam insiden itu, tetapi identiti mereka tidak didedahkan.


Sementara itu, polis Sonsonate berkata, mereka menyiasat kemungkinan kejadian berkenaan ada kaitan dengan kumpulan penjenayah.


Dianggarkan 20,000 warga El Salvador terbabit dalam kumpulan samseng yang aktif dalam perdagangan dadah dan peras ugut. - AP"

'via Blog this'

myMetro | Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh

myMetro | Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh: "Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh


SAN SALVADOR: Polis El Salvador semalam berkata, mereka menemui tujuh mayat dalam beg plastik hitam dibuang berasingan di bandar Sonsonate.

Jurucakap polis berkata, antara mangsa itu ialah bekas pemain bola sepak profesional negara berkenaan, Ladislao Nerio.


“Semua mangsa ditemui mati dengan tangan dan kaki terikat,” katanya.

Beberapa orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam insiden itu, tetapi identiti mereka tidak didedahkan.


Sementara itu, polis Sonsonate berkata, mereka menyiasat kemungkinan kejadian berkenaan ada kaitan dengan kumpulan penjenayah.


Dianggarkan 20,000 warga El Salvador terbabit dalam kumpulan samseng yang aktif dalam perdagangan dadah dan peras ugut. - AP"

'via Blog this'

myMetro | Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh

myMetro | Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh: "Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh


SAN SALVADOR: Polis El Salvador semalam berkata, mereka menemui tujuh mayat dalam beg plastik hitam dibuang berasingan di bandar Sonsonate.

Jurucakap polis berkata, antara mangsa itu ialah bekas pemain bola sepak profesional negara berkenaan, Ladislao Nerio.


“Semua mangsa ditemui mati dengan tangan dan kaki terikat,” katanya.

Beberapa orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam insiden itu, tetapi identiti mereka tidak didedahkan.


Sementara itu, polis Sonsonate berkata, mereka menyiasat kemungkinan kejadian berkenaan ada kaitan dengan kumpulan penjenayah.


Dianggarkan 20,000 warga El Salvador terbabit dalam kumpulan samseng yang aktif dalam perdagangan dadah dan peras ugut. - AP"

'via Blog this'

myMetro | Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh

myMetro | Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh: "Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh


SAN SALVADOR: Polis El Salvador semalam berkata, mereka menemui tujuh mayat dalam beg plastik hitam dibuang berasingan di bandar Sonsonate.

Jurucakap polis berkata, antara mangsa itu ialah bekas pemain bola sepak profesional negara berkenaan, Ladislao Nerio.


“Semua mangsa ditemui mati dengan tangan dan kaki terikat,” katanya.

Beberapa orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam insiden itu, tetapi identiti mereka tidak didedahkan.


Sementara itu, polis Sonsonate berkata, mereka menyiasat kemungkinan kejadian berkenaan ada kaitan dengan kumpulan penjenayah.


Dianggarkan 20,000 warga El Salvador terbabit dalam kumpulan samseng yang aktif dalam perdagangan dadah dan peras ugut. - AP"

'via Blog this'

myMetro | Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh

myMetro | Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh: "Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh


SAN SALVADOR: Polis El Salvador semalam berkata, mereka menemui tujuh mayat dalam beg plastik hitam dibuang berasingan di bandar Sonsonate.

Jurucakap polis berkata, antara mangsa itu ialah bekas pemain bola sepak profesional negara berkenaan, Ladislao Nerio.


“Semua mangsa ditemui mati dengan tangan dan kaki terikat,” katanya.

Beberapa orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam insiden itu, tetapi identiti mereka tidak didedahkan.


Sementara itu, polis Sonsonate berkata, mereka menyiasat kemungkinan kejadian berkenaan ada kaitan dengan kumpulan penjenayah.


Dianggarkan 20,000 warga El Salvador terbabit dalam kumpulan samseng yang aktif dalam perdagangan dadah dan peras ugut. - AP"

'via Blog this'

myMetro | Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh

myMetro | Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh: "Bekas pemain bola antara 7 mangsa bunuh


SAN SALVADOR: Polis El Salvador semalam berkata, mereka menemui tujuh mayat dalam beg plastik hitam dibuang berasingan di bandar Sonsonate.

Jurucakap polis berkata, antara mangsa itu ialah bekas pemain bola sepak profesional negara berkenaan, Ladislao Nerio.


“Semua mangsa ditemui mati dengan tangan dan kaki terikat,” katanya.

Beberapa orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam insiden itu, tetapi identiti mereka tidak didedahkan.


Sementara itu, polis Sonsonate berkata, mereka menyiasat kemungkinan kejadian berkenaan ada kaitan dengan kumpulan penjenayah.


Dianggarkan 20,000 warga El Salvador terbabit dalam kumpulan samseng yang aktif dalam perdagangan dadah dan peras ugut. - AP"

'via Blog this'