Search This Blog

Thursday, February 2, 2012

Lelaki buang air berpaut tong 17 jam


MUAR: “Saya berada dalam tandas di bahagian belakang bot sebelum terjatuh ke dalam laut,” kata Beni Kassim, 25, nelayan Indonesia yang terpaksa berpaut pada tong air hampir 17 jam selepas terjatuh dalam laut apabila bot dinaikinya dilanda ombak besar di perairan antarabangsa kira-kira 12 batu nautika dari Sungai Sarang Buaya, Parit Jawa di sini, Isnin lalu.
Beni diselamatkan nelayan tempatan yang melalui kawasan berkenaan pada jam 3 pagi kelmarin, sebelum dibawa ke jeti nelayan Sungai Sarang Buaya.

Menurut Beni yang ditemui di jeti berkenaan, dalam kejadian jam 10 pagi itu, dia menjerit meminta tolong selepas terjatuh dalam laut, tetapi tidak didengari empat rakan di atas bot.
Beni yang berasal dari Kampung Baru, Tanjung Balai, keluar bersama empat rakan untuk menangkap ikan berhampiran perairan berkenaan pada jam 5 petang, Ahad lalu.

“Ketika berada di perairan berkenaan keesokan harinya, saya terasa hendak ke tandas dan membawa bersama tong air ke bahagian belakang bot.

“Ketika dalam tandas, ombak melanda dan saya terjatuh ke dalam laut bersama tong air lalu berpaut pada tong berkenaan dan menjerit namun ia tidak didengari,” katanya.
Menurut Beni, dia berpaut pada tong berkenaan semalaman dan dalam kesejukan, berharap ada nelayan menemuinya.

“Syukur doa saya dimakbulkan dan jeritan saya didengari nelayan yang melalui perairan itu,” katanya.
Nelayan yang menyelamatkan Beni, Marhasan Maion, 60, berkata dia dan seorang lagi rakan keluar menangkap ikan Isnin lalu dan dalam perjalanan pulang apabila terdengar jeritan Beni.

“Kami memasang lampu dan mendapati seorang lelaki terapung berpaut pada tong. Keadaannya sangat lemah dan dia hanya berseluar dalam.

“Kami membawanya ke atas bot serta memberinya makan sebelum membawa Beni ke jeti dan membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan mangsa dihantar menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) sebelum menunggu urusan seterusnya dengan Kedutaan Indonesia.myMetro | Lelaki buang air berpaut tong 17 jam:

'via Blog this'

2 pelancong diculik di selatan Filipina


MANILA: Sekumpulan lelaki bersenjata menculik seorang pelancong Belanda dan seorang Switzerland bersama-sama jurupandu mereka.
Kejadian berlaku ketika mangsa menaiki bot selepas 14 hari melakukan kegiatan memerhati burung.

Mereka dibawa oleh kumpulan itu ke sebuah bulau di selatan Filipina.
“Lima lelaki bersenjatakan senapang, pistol dan pelancar bom tangan menaiki bot itu di laut dan mengarahkan yang lain, seorang anggota polis, ahli majlis perbandaran dan kapten bot terjun ke laut,” kata Gabenor Pulau Tawi-Tawi, Sadikul Sahali.

Kumpulan bersenjata itu kemudian memecut bersama-sama tebusan mereka, warga Belanda, Elwold Horn, 52 dan rakyat Switzerland, Lorenzo Vinciguerra, 47, serta jurupandu mereka, kata ketua polis tempatan, Bienvenido Latag.

“Ia kesalahan jurupandu mereka. Dia tidak mahu menyelaraskan keselamatan dengan pihak berkuasa,” kata Sahali. Setakat ini, belum ada pihak mengakui bertanggung jawab. - AFPmyMetro | 2 pelancong diculik di selatan Filipina:

'via Blog this'

Solat hajat minta pelaku diberi pedoman


KUALA LUMPUR: Pentadbir dan Jawatankuasa Masjid Nurul Iman Rawang (MNIR) menganjurkan siri Munajat dan Solat Hajat meminta supaya si pelaku meletak kepala babi di tangga pintu masuk utama masjid berkenaan kelmarin, diberi pedoman.
Nazir MNIR, Ilham Akhbar Harun berkata, meskipun kesal, dengan tindakan itu, namun pihaknya tidak mahu mengeruhkan suasana harmoni sedia ada selain yakin kredibiliti polis menyelesaikan isu berkenaan.

“Seluruh anak kariah dan umat Islam amat terkejut, malah kita berpendapat ia (kepala babi) barangkali sengaja diletakkan agar berlakunya permusuhan kaum dan ketegangan agama.
“Kita kesal kerana insiden ini tak sepatutnya berlaku di masjid iaitu rumah Allah, justeru, kami membantah tindakan biadab ini dan sama sekali tidak akan menyokong sebarang provokasi sempit yang boleh mengeruhkan lagi suasana harmoni sedia ada.

“Kepada seluruh anak kariah, kami berharap agar mereka dapat bertenang kerana sejarah membuktikan ia bukan kejadian pertama berlaku dan pihak berwajib membuktikan kejayaan mereka menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Ilham Akhbar memberitahu, pihak masjid tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan daripada mana-mana pihak yang bertentangan dengan undang-undang.
Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak melupakan sengketa yang sengaja ditimbulkan bagi meresahkan kehidupan sebagai Muslim, sebaliknya mereka terus beramai-ramai melaksana dan mengimarahkan rumah Allah.

“Siri Munajat dan Solat Hajat ini agar si pelaku diberi hidayah dan keharmonian kaum dapat dikekalkan. Sesungguhnya kami cinta kepada kedamaian dan yakinlah setiap kejadian menimpa itu ada hikmah-Nya,” katanya. Sementara itu, kerajaan Selangor menawarkan ganjaran wang tunai RM10,000 kepada individu yang dapat memberikan maklumat hingga tertangkapnya pihak yang menggantung kepala babi di pintu masuk utama MNIR kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Rodziah Ismail berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu boleh menghubungi menerusi pusat khidmat pelanggan di talian 1800-888-2824 bagi menyalurkan maklumat.myMetro | Solat hajat minta pelaku diberi pedoman:

'via Blog this'

Bangun awal minta susu


TENOM: “Saya cuba masuk semula ke dalam rumah untuk menyelamatkan seorang lagi kembar adik, tetapi tidak berjaya kerana api marak begitu cepat dan tong gas meletup sehingga memusnah rumah kami,” kata Nurezwani Mohd Irwanshah Abdullah, 18.
Dalam kebakaran jam 7.50 pagi di Kampung Saga Laut, di sini, semalam, adiknya, Nurzerlini, 5, rentung di sebuah bilik selepas gagal menyelamatkan diri.

Nurrezwani berkata, ketika kejadian, dia bersama arwah serta kembar mangsa, Mohd Ezri, 5, tidur di ruang tamu, manakala ibu mereka, Rosnah Bakri, 39, menghantar adiknya, Mohd Izwan, 17, ke sekolah. Ayah mereka, Mohd Irwanshah Abdullah di tempat kerja.
“Saya tersedar dari tidur kerana terasa panas dan terkejut melihat api marak di ruang tamu sebelum menarik Mohd Ezri selain mencari Nurzerlini, namun kelibatnya tidak kelihatan.

“Saya cuba keluar melalui pintu depan, tetapi tidak berjaya kerana api semakin marak sebelum bergegas ke pintu dapur lalu terjun bersama Mohd Ezri.

“Serentak dengan itu dapur gas meletup. Kami bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.
Ibu mangsa, Rosnah berkata, ketika kejadian, dia menghantar Mohd Izwan ke sekolah di Sekolah Menengah (SM) St Anthony, Tenom.

“Saya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi abang ipar yang memberitahu rumah saya terbakar dan minta saya pulang dengan segera.
“Saya meminta seorang guru di sekolah menghantar saya pulang dan sebaik tiba di rumah, saya hanya mampu menatap mayat arwah dan rumah yang musnah,” katanya sebak.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu anak bongsu kepada lima beradik itu jam 5 pagi semalam (kelmarin) ketika dia hendak menghantar abangnya ke sekolah.

“Ketika itu, saya terkejut apabila arwah terjaga daripada tidur, kerana sebelum ini arwah bangun lewat.

“Saya meminta arwah tidur semula, namun dia meminta saya membuatkan susu botol sebelum menyambung tidur di ruang tamu bersama kakak dan abangnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Tenom, Runzee Abdul Thani, ketika dihubungi berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.01 pagi.

“Seramai 15 anggota bersama sebuah jentera dan dua kenderaan utiliti bergegas ke tempat kejadian dan tiba pada jam 8.16 pagi. “Setibanya di tempat kejadian, anggota bomba dimaklumkan seorang kanak-kanak perempuan terperangkap di dalam rumah terbabit. “Api berjaya dikawal pada jam 8.28 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.45 pagi,” katanya.

Runzee berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan, manakala mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.myMetro | Bangun awal minta susu:

'via Blog this'

Dalang samun diburu


TAMPIN: Polis daerah ini meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki, S Paramasivam, 28, bagi membongkar siasatan kes wanita penjual emas disamun empat lelaki bersenjatakan parang di Taman Clonlee 2 di sini, 19 Januari lalu.
Sebelum ini, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dipercayai rakan Paramasivam di sebuah rumah di Taman Gunung Emas di sini, sehari selepas kejadian yang membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki berusia 20-an di di Kota, Rembau, Ahad lalu. Paramasivam tidak bersama rakannya melakukan rompakan itu, tetapi dipercayai perancang. Dia memegang kad pengenalan bernombor 840105-01-5797 dan beralamat terakhir di Nombor 93, Taman Cempaka, Bukit Siput, Segamat, Johor. Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Norhafizah Md Fadil di talian 06-4411221 atau balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata berikutan penahanan empat lelaki itu, polis menemui kereta Proton Exora milik mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Rembau.Menurutnya, semua suspek direman seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.myMetro | Dalang samun diburu:

'via Blog this'

Mati pulang kerja


MUAR: “Saya terkejut apabila dimaklumkan Puteri ditemui meninggal dunia dengan kesan tikaman pada tubuhnya di tepi jalan,” kata Nurhidayah Rai, 25, rakan seorang wanita warga Indonesia yang dijumpai mati di tepi Jalan Bakri Batu 1, malam kelmarin.
Puteri Setiana Subari, 23, pekerja sebuah restoran di Jalan Junid di sini, dipercayai ditikam ketika pulang dari tempat kerja dan mayatnya ditemui pada jam 11.20 malam.

Menurut Nurhidayah, dia dan Puteri berjalan kaki bersama selepas habis kerja pada jam 10 malam, pulang ke rumah sewa mereka di Jalan Sakeh dan apabila tiba di Jalan Arab, seorang kenalan yang menunggang motosikal mempelawa untuk menghantar mereka pulang.
“Saya menumpangnya terlebih dulu dan berpesan kepada Puteri supaya menunggu di Jalan Parit Tiram kerana ia hampir dengan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Bagaimanapun, menurut Nurhidayah, selepas menunggu hampir sejam, Puteri masih tidak muncul dan dia serta rakan berusaha mengesannya di sekitar bandar Muar, tetapi gagal.

Katanya, dia turut menghubungi telefon bimbit Puteri berkali-kali, namun tidak berjawab dan terkejut apabila menerima panggilan daripada rakan memberitahu Puteri ditemui mati di tepi jalan.
“Saya amat terperanjat kerana kami bersama sejam sebelum itu. Kehilangan Puteri sangat dirasai kerana dia antara rakan rapat sepanjang tiga tahun bekerja di negara ini,” katanya.

Abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hartono, 30, berkata, dia mengetahui kematian adiknya pada jam 12 tengah malam selepas dimaklumkan Nurhidayah lalu bergegas ke tempat kejadian.
“Kali terakhir kami berbual dua hari lalu dan Puteri tidak menunjukkan sebarang perubahan. Jenazahnya akan dihantar pulang ke Jawa Barat selepas semua urusan di sini selesai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi menolak ragut kemungkinan punca kematian mangsa.

“Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Punca kematian dan motif kejadian masih lagi dalam siasatan,” katanya.myMetro | Mati pulang kerja:

'via Blog this'

Keluarga guna khidmat bomoh


MELAKA: Anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang bertugas di Rejimen 514 Wataniah, Kem Bukit Beruang, dekat sini, Lans Koperal Mohd Khairul Nizam Majid, 29, yang kehilangannya masuk tiga hari semalam, masih gagal dikesan.
Abangnya, Zamri Majid, 43, berkata, selepas dua hari gerakan mencari dan menyelamat membabitkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sekitar kawasan jirat Cina di Sungai Putat itu, kini mereka beralih kepada alternatif lain.

“Kami sekeluarga masih mencari Nizam di kawasan berkenaan dan turut mendapatkan khidmat perubatan tradisional, perubatan Islam serta paranormal bagi mengesannya.
“Pada jam 4.30 petang semalam (kelmarin), kakak kami, Suhaimi, 50, membuat laporan kehilangan Nizam di Balai Polis Bukit Baru,” katanya.

Menurutnya, gerakan mencari oleh JPAM diberhentikan sementara selepas laporan berkenaan dan pihaknya kini menunggu tindakan susulan daripada polis bagi usaha mengesan adiknya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan menerima laporan itu.
“Operasi masih dijalankan pasukan tentera dan 10 anggota polis turut serta dalam operasi itu selepas kami menerima laporan daripada kakak mangsa,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka di sini, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan kehilangan Mohd Khairul Nizam di jirat Cina ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan tradisional akibat masalah kemurungan.myMetro | Keluarga guna khidmat bomoh:

'via Blog this'

Arwah tak sabar guna penutup mata baru


KUALA KANGSAR: “Arwah memang tidak sabar keluar menjalani latihan memanah di sekolah petang semalam (kelmarin) kerana mahu mencuba penutup mata khas yang baru dibelinya bagi sukan itu,” kata Suhila Anuar, 37, ibu kepada Muhammad Syafiq Mohamad Tajul Ariffin, 11, murid Sekolah Kebangsaan Mazuin, di sini yang maut dipanah petir petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa bersama tujuh murid lain dan seorang guru, baru selesai menjalani latihan memanah di padang sekolah berkenaan.

Suhila yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Dal, di sini, semalam berkata, beberapa hari sebelum kejadian, arwah memaklumkan kepadanya untuk membeli penutup mata berkenaan bagi memudahkannya menjalani latihan memanah di sekolah.
Dia berkata, arwah sanggup membantu ibu saudaranya berniaga di kedai dengan upah RM2 sehari bagi mengumpul wang membeli peralatan berharga RM10 itu. “Dia tidak mahu menyusahkan keluarga dan sukar meminta wang daripada kami jika tiada keperluan penting. “Arwah tidak pandai bermain sukan lain, jadi dia berhajat mewakili sekolah dalam acara memanah,” katanya.

Bapa arwah, Mohamad Tajul Ariffin Shahruddin, 40, berkata anaknya mempunyai minat yang mendalam dalam sukan memanah, malah dia sering memberi galakan kepada arwah.

“Setiap kali latihan, arwah bersiap lebih awal untuk menjalani latihan memanah di sekolah. Saya dimaklumkan guru sekolah arwah latihan semalam (kelmarin) untuk memilih peserta mewakili sekolah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Muhammad berkata, tiga murid dan guru sekolah yang cedera itu dibawa ke Hospital Kuala Kangsar (HKK) untuk menerima rawatan lanjut sebelum tiga daripada mereka dibenarkan keluar dari hospital kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Katanya, seorang lagi mangsa yang juga guru lelaki masih dirawat di hospital sama kerana masih lemah.
“Laporan bedah siasat hospital mendapati, arwah maut disebabkan kecederaan parah terkena panahan petir,” katanya.myMetro | Arwah tak sabar guna penutup mata baru:

'via Blog this'

Pengusaha ladang mati ditembak


TEMERLOH: Seorang pengusaha ladang sawit mati ditembak di ladangnya di kampung Pomeh, dekat Lanchang tengah hari semalam, menurut Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansur.
Beliau berkata mangsa Lee Yam Seng, 56, mati di tempat kejadian selepas terkena empat das tembakan di bahagian rusuk kiri dalam kejadian itu pada jam 12.40 tengah hari.

Ketika kejadian mangsa bersama-sama adik ipar lelakinya sedang memasang alat generator dan pendawaian elektrik di bangunan rumah burung walitnya di ladang tersebut.

"Tiba tiba muncul seorang lelaki lalu melepaskan tembakan sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Noor berkata polis masih menyiasat motif kejadian berkenaan dan jenis senjata yang digunakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes berkenaan diminta membantu siasatan polis," katanya. - BernamamyMetro | Pengusaha ladang mati ditembak:

'via Blog this'

Peniaga jual samsu pada Thaipusam hadapi tindakan polis


GEORGE TOWN: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang menjual samsu sepanjang perayaan Thaipusam di Pulau Pinang minggu depan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata polis akan bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi memastikan tiada penjualan samsu sepanjang tempoh perayaan kaum Hindu itu.

Katanya kastam akan menempatkan anggotanya di laluan dan kawasan yang akan dilalui penganut Hindu untuk merayakan Thaipusam bagi memeriksa setiap gerai untuk menguatkuasakan larangan penjualan samsu.

"Polis memandang serius perkara itu dan memberi amaran akan menahan mereka yang menjual samsu.

"Dalam mesyuarat baru-baru ini, kastam juga memaklumkan sedia untuk menguatkuasakan larangan menjual samsu dan kita akan membantu pihak kastam bagi memastikan tiada peniaga menjualnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Gan berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa Persatuan Hindu Sangam Malaysia mahu penjualan samsu diharamkan sepanjang perayaan Thaipusam 7 Februari ini bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

Menurut persatuan berkenaan kebanyakan anak muda yang minum arak itu dikatakan gagal mengawal emosi akibat mabuk.

Selain itu pengharaman berkenaan juga sebagai menghormati perayaan yang disambut oleh penganut Hindu.

Gan berkata polis akan mengetatkan kawalan keselamatan bagi mencegah jenayah dengan menempatkan anggota-anggotanya yang berpakaian preman dan menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi-lokasi strategik.

Katanya kira-kira 2,000 anggota polis akan ditugaskan di Pulau Pinang bagi mengawal keadaan sepanjang perayaan Thaipusam.

Orang ramai yang memerlukan bantuan polis ketika kecemasan boleh menghubungi talian 04-2282222, 04-2181880, 04-2181881 atau 04-2181905. - BernamamyMetro | Peniaga jual samsu pada Thaipusam hadapi tindakan polis:

'via Blog this'

14 unit rumah pangsapuri Taman Semarak 2, Nilai musnah dijilat api


SEREMBAN: Sebanyak 14 unit rumah yang tidak dihuni di tingkat empat Blok 16, Pangsapuri Taman Semarak 2, Nilai, dekat sini musnah dalam kebakaran malam semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira 7.45 malam itu dikatakan berpunca daripada sebuah rumah di tingkat empat pangsapuri berkenaan sebelum merebak ke unit rumah lain.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Nilai, Zainal Ahmad ketika dihubungi hari ini berkata pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 8.26 malam dan menurutnya kesemua unit rumah di tingkat empat pangsapuri berkenaan tidak dihuni.

Katanya, tiga jentera bersama 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Nilai dan Senawang dikejarkan ke lokasi kejadian selain lori tangki dari Balai Bomba Seremban 2 bagi memadamkan kebakaran di pangsapuri empat tingkat tersebut.

"Dalam kejadian ini 14 buah rumah di tingkat empat telah musnah dijilat api manakala sebuah rumah lagi yang berada di tingkat tiga hanya mengalami kebakaran di bahagian bilik, dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Zainal berkata, pihak bomba menghadapi sedikit kesukaran semasa cuba mengawal kebakaran ekoran keadaan angin yang kencang sekaligus menyebabkan api marak dengan cepat.

Katanya, tekanan air yang rendah juga menyukarkan kerja-kerja pemadaman api dilakukan sebelum keadaan berjaya dikawal kira-kira setengah jam kemudian.

Zainal berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar dan jumlah kerugian akibat kebakaran itu.

Sementara itu, seorang saksi yang ditemui, Abd Razak Nasir, 55, yang tinggal di tingkat tiga pangsapuri berkenaan memberitahu, kejadian berlaku amat pantas dan api merebak dengan cepat ke beberapa buah unit rumah.

"Api merebak dengan cepat kerana angin yang bertiup kencang dan orang ramai yang menghuni kediaman masing-masing lari menyelamatkan diri dan saya kemudiannya menghubungi pihak bomba," katanya. - BernamamyMetro | 14 unit rumah pangsapuri Taman Semarak 2, Nilai musnah dijilat api:

'via Blog this'

Pengawal keselamatan mati diserang sekumpulan lelaki


SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan di sebuah tapak projek sub stesen Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Seksyen 18 di sini mati selepas dipercayai diserang dan ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian malam semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superitendan Mazlan Othman berkata mangsa dikenali sebagai I Krishnanmurthy, 31, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, dahi dan badan serta tangan kanan mangsa juga putus.

Beliau berkata kumpulan lelaki berkenaan yang dipercayai seramai 20 orang menaiki kereta dan kenderaan pacuan empat roda menyerang mangsa dengan merempuh pintu utama sub stesen berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu.

"Kita turut menjumpai sebilah parang yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk menetak mangsa dalam kejadian itu.

"Siasatan awal tidak menolak motif kejadian ada kaitan dengan dendam membabitkan dua kumpulan kongsi gelap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mazlan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, 03-55202222 bagi membantu siasatan. - BernamamyMetro | Pengawal keselamatan mati diserang sekumpulan lelaki:

'via Blog this'

Pengawal keselamatan mati diserang sekumpulan lelaki


SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan di sebuah tapak projek sub stesen Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Seksyen 18 di sini mati selepas dipercayai diserang dan ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian malam semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superitendan Mazlan Othman berkata mangsa dikenali sebagai I Krishnanmurthy, 31, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, dahi dan badan serta tangan kanan mangsa juga putus.

Beliau berkata kumpulan lelaki berkenaan yang dipercayai seramai 20 orang menaiki kereta dan kenderaan pacuan empat roda menyerang mangsa dengan merempuh pintu utama sub stesen berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu.

"Kita turut menjumpai sebilah parang yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk menetak mangsa dalam kejadian itu.

"Siasatan awal tidak menolak motif kejadian ada kaitan dengan dendam membabitkan dua kumpulan kongsi gelap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mazlan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, 03-55202222 bagi membantu siasatan. - BernamamyMetro | Pengawal keselamatan mati diserang sekumpulan lelaki:

'via Blog this'

Pengawal keselamatan mati diserang sekumpulan lelaki


SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan di sebuah tapak projek sub stesen Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Seksyen 18 di sini mati selepas dipercayai diserang dan ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian malam semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superitendan Mazlan Othman berkata mangsa dikenali sebagai I Krishnanmurthy, 31, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, dahi dan badan serta tangan kanan mangsa juga putus.

Beliau berkata kumpulan lelaki berkenaan yang dipercayai seramai 20 orang menaiki kereta dan kenderaan pacuan empat roda menyerang mangsa dengan merempuh pintu utama sub stesen berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu.

"Kita turut menjumpai sebilah parang yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk menetak mangsa dalam kejadian itu.

"Siasatan awal tidak menolak motif kejadian ada kaitan dengan dendam membabitkan dua kumpulan kongsi gelap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mazlan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, 03-55202222 bagi membantu siasatan. - BernamamyMetro | Pengawal keselamatan mati diserang sekumpulan lelaki:

'via Blog this'

Bot ‘pancung’ 8 nyawa


PERIKSA...Che Mahazan melihat mayat mangsa karam berhampiran pantai Teluk Semayong, semalam.
PERIKSA...Che Mahazan melihat mayat mangsa karam berhampiran pantai Teluk Semayong, semalam.


KOTA TINGGI: “Saya membayar RM24,000 untuk kos perjalanan dari Afghanistan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), kemudian menaiki penerbangan ke Malaysia sebelum dibawa ke destinasi akhir iaitu Australia.
“Namun, apa yang saya dapat hanyalah kesedihan apabila saudara saya lemas dalam kejadian bot pancung kami naiki, karam,” kata Nametullah, 25, antara 12 penumpang yang terselamat selepas bot pancung dinaiki 25 orang, termasuk warga Iraq dan Afghanistan, karam berhampiran pantai Teluk Semayong, Sedili Besar di sini, kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Kejadian itu menyebabkan lapan mati lemas dan lima lagi masih hilang.
Nametullah mendakwa berasal dari Afghanistan ketika ditemui di Balai Polis Sedili berkata, semua mereka mempunyai pasport menaiki penerbangan dari Dubai dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabtu lalu.

Berdasarkan maklumat awal, semua anggota kumpulan itu dibawa dari KLIA ke Johor, kelmarin sebelum menaiki bot untuk ke Batam, Indonesia pagi semalam.

“Kami membayar kepada sindiket membawa kami ke Australia bagi mendapatkan pekerjaan dengan harapan mengubah kehidupan. Kini semuanya musnah, pasport kami juga tenggelam menyebabkan kami bertambah sukar,” katanya.
Bagaimanapun, tidak banyak diketahui mengenai perjalanan mereka serta latar belakang anggota kumpulan kerana masalah komunikasi. Seorang penterjemah dari Kedutaan Iraq akan dibawa ke balai polis berkenaan hari ini bagi membantu proses dokumentasi selain siasatan.

Seorang lagi mangsa, Atallah Rafki, 23, dari Iraq berkata, bot berkenaan baru 10 minit bertolak dari pantai apabila ia dimasuki air.
“Rakan di belakang bot menjerit mengatakan bot dimasuki air dan tidak lama kemudian, ia tenggelam.

“Beberapa rakan terkapai-kapai di dalam air sebelum hilang dibawa arus. Nasib baik saya dan yang lain berjaya berenang ke pantai,” katanya.

Menurutnya, mereka menaiki bot pancung terbabit di pantai Teluk Semayong untuk dibawa ke Batam, Indonesia, sebelum ke Australia.

“Ombak ketika itu agak kuat dan kami tidak diberikan jaket keselamatan. Jumlah penumpang terlalu ramai ditambah laut bergelora mungkin menjadi punca tragedi ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pasukan Gerakan Marin (PGM) berkata, operasi mencari lima mangsa yang hilang dihentikan jam 6 petang semalam kerana keadaan laut bergelora selain ombak setinggi dua meter.

Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat akan disambung apabila keadaan mengizinkan.myMetro | Bot ‘pancung’ 8 nyawa:

'via Blog this'

Simbah asid salah orang


MELECUR...Roslan yang cedera di muka menerima rawatan di HSNZ, semalam.
MELECUR...Roslan yang cedera di muka menerima rawatan di HSNZ, semalam.


KUALA TERENGGANU: Persaingan dalam perniagaan dipercayai punca seorang lelaki disimbah asid oleh sekumpulan lelaki di sebuah kedai makan di Simpang Taman Uda, Paka, Dungun, malam kelmarin.
Mangsa, Roslan Md Nasir, 40, bersama dua rakannya baru tiba di kedai makan itu dan hanya sempat minum air sebelum muncul empat lelaki termasuk seorang dikenalinya menaiki Proton Gen 2 yang menyerbu meja mereka jam 9.30 malam.
Tanpa sebarang bicara, lelaki dikenali itu menyimbah sebotol asid ke muka mangsa menyebabkan dia cedera di mata kanan dan beberapa bahagian di muka serta lengan kanan manakala dua rakannya sempat mengelak dan melarikan diri.

Roslan berkata, akibat simbahan asid itu, cecair berkenaan bukan setakat singgah di muka, malah mengalir ke baju dan seluar menyebabkan pakaian itu reput manakala kumpulan lelaki berkenaan melarikan diri dengan kereta.

“Masa mula-mula kena, saya berpinar mata dan pedih sehingga panas muka.myMetro | Simbah asid salah orang:

'via Blog this'

‘Aku bunuh anak kau’


ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke PPUM, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke PPUM, semalam.


SERDANG: “Aku sudah bunuh anak kamu dua hari lalu, balik sekarang untuk jengguk dia,” kata seorang wanita berusia 57 tahun kepada anaknya selepas membunuh cucu perempuannya berusia 10 tahun dalam kejadian di Apartmen Koi Legian, Taman Kandan Baru, dekat Puchong, di sini, semalam.
Wanita terbabit menghubungi anak lelakinya jam 9.30 pagi selepas membunuh cucunya, Pow Mei Shuang, 10, dengan menekup bantal ke muka kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, bapa mangsa yang berusia 31 tahun gagal masuk ke dalam rumah kerana pintu utama dikunci dari dalam lalu meminta bantuan polis.

Sebaik polis memecah pintu, bapa mangsa terkejut melihat anak perempuannya terbaring kaku di atas katil di bilik utama di tingkat lapan manakala ibunya pula cuba membunuh diri dengan mengerat jari manis tangan kiri dengan pisau pemotong daging sebelum cuba terjun dari tingkap bilik.

Wanita terbabit yang tinggal bersama mangsa, bapa mangsa dan dua cucu lain mengalami kemurungan selepas menghadapi masalah kemerosotan perniagaan restorannya di Jalan Klang Lama.myMetro | ‘Aku bunuh anak kau’:

'via Blog this'

36 suspek penipuan kad kredit ditahan


TAIPEI: Seramai 36 suspek terbabit dengan penipuan ditahan dalam serbuan secara kerjasama di Taiwan dan Malaysia terhadap penggodaman telefon bernilai AS$13 juta (RM41.6 juta) yang mensasarkan pemegang kad kredit warga China, kata polis Taiwan, semalam.Suspek terbabit termasuk 10 rakyat Taiwan, China (24) dan dua warga Malaysia menyamar sebagai polis dan pegawai bank bagi mendapatkan maklumat kewangan ribuan penduduk di China, kata Biro Siasatan Jenayah. Suspek menelefon mangsa untuk melaporkan kecurian kad kredit palsu dalam usaha mendapatkan maklumat dalam satu siri kes penipuan yang muncul kali pertama pada 2010. Dalang rangkaian itu, rakyat Taiwan ditahan di lapangan terbang di utara Taiwan akhir Januari tahun lalu selepas dia melarikan diri dari Malaysia untuk mengelak ditangkap. - AFPmyMetro | 36 suspek penipuan kad kredit ditahan:

'via Blog this'

Wanita rempuh tiga kereta didakwa


SINGAPURA: Seorang wanita didakwa di mahkamah kerana menggunakan keretanya untuk merempuh tiga kenderaan dan menyerang dua orang yang terbabit dalam kemalangan sama.
Nahas itu berlaku di sepanjang Lebuh Commonwealth pada 3 Oktober 2010.

The Straits Times melaporkan Xiao Shi Ying, 34, didakwa merempuh kenderaan suaminya, Wong Hsien Loong di simpang Lebuh Commonwealth Barat dan Vista Exchange Green. Selepas nahas itu, Shi Ying mencakar muka dan tubuh Wong yang turut patah jari akibat kemalangan itu. Mangsa lain yang diserang Shi Ying ialah Stella Goh Hui Ling yang dipukul di bahagian bawah tubuhnya.Akhbar berbahasa Cina, Shin Min Daily News melaporkan Shi Ying mula menyerang apabila melihat Stella di dalam kereta suaminya. Stella difahamkan bekerja dengan Wong. - The Straits TimesmyMetro | Wanita rempuh tiga kereta didakwa:

'via Blog this'

Jumpa kokain dalam buku




2012/02/02

KANSAS: Seorang pelajar di negeri Amerika Syarikat mengalami kejutan ketika membuka buku yang baru diterima hasil tempahan di internet apabila satu plastik serbuk putih terjatuh dari dalamnya.

Pelajar Universiti Mid-America Nazarene, Sophia Stockton, membeli buku bertajuk Understanding Terrorism: Challenges, Perspectives and Issues untuk pengajiannya dari laman web Amazon.
Selepas membuka beberapa muka surat, bungkusan plastik berisi serbuk putih itu jatuh daripada dalam buku itu.
Pelajar itu yang bimbang serbuk itu mungkin bahan kimia beracun antraks segera menyerahkannya kepada balai polis terdekat.

“Saya beritahu anggota polis serbuk putih itu ada di dalam buku yang saya beli. Mereka mengambilnya dan mengujinya.

“Kemudian pegawai polis berkenaan datang semula dan bertanya sama ada saya membeli kokain bersama buku itu. Sudah tentu saya kata tidak,” kata Stockton.

Pihak polis menganggarkan kokain itu berharga AS$400 (RM1,200) dan pegawai keselamatan kini menyiasat bagaimana dadah itu boleh berada dalam buku berkenaan.
Stockton membeli buku itu yang sebelum ini milik orang lain daripada wakil Amazon, Warehouse Deals yang menjamin semua barangan jualan sudah diperiksa sebelum diberi kepada pelanggan.

Jadi, Stockton boleh memberi alasan buku itu mungkin tidak periksa terlebih dulu. Bagaimanapun, dia enggan menyalahkan penjual.

“Saya sudah banyak kali membeli daripada Amazon dan ini kali pertama ia berlaku. Saya tidak fikir Amazon bersalah dalam perkara ini.

“Sudah tentu mereka tidak mampu memeriksa semua barangan di gudang simpanan. Saya rasa dadah itu kepunyaan pemilik buku sebelum ini,” katanya. – Agensi Berita Harian Online | Jumpa kokain dalam buku:

'via Blog this'

Laluan maut




2012/02/02

KETUA Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik memeriksa mayat warga asing yang dijumpai mati lemas di pantai Teluk Semayong Sedili setelah bot yang membawa mereka karam. - Foto Roslan Khamis
KETUA Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik memeriksa mayat warga asing yang dijumpai mati lemas di pantai Teluk Semayong Sedili setelah bot yang membawa mereka karam. - Foto Roslan Khamis
Lapan lemas, lima hilang bot pancung seludup warga asing karam di Sedili

SEDILI: Cubaan 25 warga Iraq dan Afghanistan yang membayar sehingga AS$8,000 (RM24,000) untuk diseludup ke negara ketiga melalui negara ini, berakhir tragedi apabila lapan lemas dan lima hilang selepas bot pancung mereka naiki karam di luar Pantai Telok Semayong dekat Sedili Besar, di sini awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku akibat bot terlebih muatan selain ombak besar pada ketika itu.
Mereka yang menggunakan sindiket dan tekong bot dari Indonesia melalui laluan tikus berkenaan dipercayai menaiki bot pancung itu untuk transit ke Batam, Indonesia sebelum di seludup ke Australia.
Semua 12 mangsa yang terselamat dalam kejadian jam 6.30 pagi, di kedudukan kira-kira tujuh batu nautika (11 kilometer) di luar Pantai Telok Semayong itu, berenang ke pantai sambil berpaut pada kayu dan beg yang mereka bawa.

Laluan itu antara yang menjadi tumpuan sindiket pemerdagangan manusia membawa warga asing untuk diseludup ke negara ke tiga termasuk Australia yang sebelum itu akan singgah di Batam.

Sebelum ini, beberapa kejadian sama berlaku di kawasan perairan itu. Pada Jun tahun lalu, tujuh pendatang asing tanpa izin Indonesia lemas selepas bot pancung mereka naiki karam akibat dipukul ombak besar di 3.5 batu nautika, selatan Tanjung Ayam, perairan Pengerang yang juga untuk ke Batam.

Selain itu, pada Mei 2009, sembilan orang termasuk enam sekeluarga dari Pakistan lemas apabila bot pancung mereka karam dan sebulan selepas itu tujuh lemas apabila bot yang membawa pendatang tanpa izin Indonesia juga karam ketika dalam perjalanan ke Batam.
Sementara itu, dalam kejadian semalam, difahamkan perjalanan dari lokasi bot karam ke Batam hanya tinggal kira-kira 20 minit menggunakan bot pancung yang dilengkapi enjin berkuasa tinggi yang sering dipasang secara berkembar oleh tekong laut atau penyeludup.

Difahamkan, mangsa memasuki negara ini menerusi penerbangan dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak Sabtu lalu dan menggunakan khidmat tekong laut Indonesia menyusup ke Australia.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik, berkata pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 8 pagi daripada orang awam yang menemui mayat terdampar di sekitar pantai berkenaan.

“Polis bergegas ke lokasi untuk gerakan mencari dan menyelamat serta menemui lapan mayat terdampar di pantai kira-kira jam 9 pagi. Mangsa terselamat yang berumur 20 hingga 30an ditemui di tepi jalan kira-kira 500 meter dari lokasi mayat rakan mereka, sebelum dibawa ke Balai Polis Tanjung Sedili untuk membantu siasatan.

“Ketika ditemui, mereka sedang mencari arah ke balai polis berdekatan bagi mendapatkan bantuan. Bot karam dinaiki mereka turut terdampar di pantai selepas dihanyutkan ombak,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata, mangsa yang lemas dan hilang belum dikenali kewarganegaraan masing-masing dan gerakan mencari dan menyelamat membabitkan 20 anggota dan pegawai terdiri daripada Pasukan Gerakan Marin serta pasukan balai polis berhampiran, dibantu bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan RELA.

Polis juga sedang memburu tekong bot berkenaan, dipercayai warga Indonesia yang menghilang bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, semua warga asing terbabit menggunakan khidmat sindiket dengan bayaran tertentu untuk membawa mereka keluar dari negara ini.

Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2007 dan orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta menghubungi balai polis berdekatan. Berita Harian Online | Laluan maut:

'via Blog this'

Kaki kebas, bau hangit kena petir


Oleh Nurhayati Abllah dan Mohd Hairi Azmi Tham

2012/02/02

KUALA KANGSAR: “Selepas bunyi dentuman kuat, saya terus tidak sedarkan diri. Apabila tersedar beberapa minit kemudian, kaki terasa kebas, kasut terbakar dan bau hangit.

“Saya terus meraung sebaik cikgu menanggalkan kasut kerana bau hangit itu berpunca daripada kaki kanan saya melecur,” kata Muhammad Izaha Jamaluddin, 10, seorang daripada tiga murid Sekolah Kebangsaan Mazuin, di sini, yang cedera dalam kejadian dipanah petir, petang kelmarin.
Dalam kejadian menyayat hati itu, rakan Muhammad Izaha, Muhammad Syafiq Mohd Tajul Ariffin , 11, maut selepas badannya disambar petir, manakala dua rakan lain serta seorang guru cedera.
Mereka yang cedera ialah Azizul Rahman Ismail, 31, guru dan juga jurulatih memanah sekolah serta dua murid lain dikenali sebagai Anuar Azlin, 12 dan Nor Arifah Fatimah, 12.

Menceritakan kejadian jam 5.30 petang itu, Muhammad Izaha berkata sebelum kejadian dia bersama lapan rakan lain, termasuk arwah dan seorang guru berehat berhampiran sebatang pokok selepas selesai menjalani latihan memanah di padang sekolah.

“Ketika itu cuaca mendung dan arwah bangun untuk mengemaskan peralatan memanah di tengah padang. Tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman kuat dan saya terus tidak sedarkan diri.

“Selepas tersedar saya sempat melihat arwah kaku tersandar pada sebatang pokok, manakala rakan lain meraung kesakitan. Beberapa guru kemudian cuba memberi bantuan pernafasan kepada arwah, namun beberapa minit kemudian saya mendapat tahu rakan saya sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Fakri, semalam.
Muhammad Izaha, murid Tahun Empat, berkata sebelum kejadian arwah sempat mengajarnya menarik tali memanah itu dan mereka bersemangat mengikuti latihan kerana berhajat untuk terpilih mewakili sekolah.

“Arwah tidak lokek ilmu. Kami sentiasa berlatih bersama-sama dan arwah sangat teruja untuk berlatih memanah, apatah lagi selepas dapat membeli penutup mata khas untuk mengikuti latihan itu,” katanya.

Muhammad Izaha kini mengakui sudah hilang minat untuk menjalani latihan memanah kerana trauma dengan kejadian itu.

“Saya sudah kehilangan rakan baik, apatah lagi kaki masih terasa kebas dan telinga berdengung kesan dentuman kuat itu,” katanya.

Sementara itu, suasana pilu dan sedih menyelubungi kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Dal, ketika jenazah Muhammad Syafiq yang juga anak ketiga daripada lima beradik dikebumikan jam 11.30 pagi semalam.

Ibu mangsa, Suhila Anuar, 37, berkata sebelum kejadian, arwah kelihatan sangat seronok dan bersemangat menjalani latihan memanah, apatah lagi dia baru saja membeli penutup mata bagi sukan itu.

“Dia (arwah) sanggup mengambil upah membantu ibu saudaranya berniaga di kedai dengan upah sebanyak RM2 sehari untuk mengumpul wang bagi membeli peralatan berharga RM10,” katanya.

“Dia tidak mahu menyusahkan keluarga dan sukar untuk meminta wang daripada kami jika tiada keperluan penting. Lagipun, arwah tidak pandai bermain sukan lain seperti bola, jadi dia berhajat untuk mewakili sekolah dalam acara memanah,” katanya. Berita Harian Online | Kaki kebas, bau hangit kena petir:

'via Blog this'

2 beradik lemas jatuh sungai


Oleh Norliza Wasilan

2012/02/02

PASIR PUTEH: Tindakan berani seorang budak lelaki untuk menyelamatkan adiknya yang tergelincir dalam sungai berakhir dengan tragedi apabila kedua-dua beradik itu lemas di Sungai Alor Pasir, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Mohd Amirul Zulhaiqal Abd Rahim, 7, dari Taman Kobena di sini, tergelincir ke dalam sungai ketika berdiri di batu untuk membuang air kecil.
Terkejut melihat adiknya terjatuh, Mohd Afeq Zulfikrie, 12, nekad terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkannya, namun gagal menyebabkan kedua-duanya lemas.
Abang kedua-dua mangsa, Mohd Alif Zulhakimi, 14, turun terjun ke sungai apabila menyedari adiknya hilang, namun gagal menyelamatkan mereka kerana air sungai itu terlalu dalam.

Malah, Mohd Alif Zulhakimi hampir lemas tetapi sempat ditarik rakannya yang dikenali sebagai Naim.

“Saya terjun selepas melihat selipar biru adik di sungai dan tepi sungai.

“Saya sedih tidak dapat menyelamatkan mereka,” katanya yang sebak dengan tragedi itu.
Ibu bapa mangsa, Abd Rahim Mohamad, 38, dan Normah Mohd Rahim, 35, tidak dapat ditemu ramah kerana terlalu sedih.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Kaharuddin Yahya, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7 petang dan segera menghantar satu jentera dengan enam anggota.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, mayat Mohd Afeq Zulfikrie sudah ditemui datuk mangsa, Mohd Rahim Mohd Adam, 58, yang membantu gerakan mencari mencari kanak-kanak itu.

“Mayat Mohd Amirul Zulhaiqal ditemui pasukan bomba pada jam 7.16 petang,” katanya. Berita Harian Online | 2 beradik lemas jatuh sungai:

'via Blog this'

Pengusaha ladang mati ditembak




2012/02/02

TEMERLOH: Seorang pengusaha ladang sawit mati ditembak di ladangnya di Kampung Pomeh, dekat Lanchang tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Noor Mansur, berkata mangsa, Lee Yam Seng, 56, mati di tempat kejadian selepas terkena empat das tembakan di bahagian rusuk kiri dalam kejadian pada 12.40 tengah hari itu.
Ketika kejadian, mangsa bersama-sama adik ipar lelakinya sedang memasang alat generator dan pendawaian elektrik di bangunan rumah burung walitnya di ladang tersebut.
"Tiba tiba muncul seorang lelaki lalu melepaskan tembakan sebelum melarikan diri dengan sebuah Proton Waja," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Noor berkata, polis masih menyiasat motif kejadian berkenaan dan jenis senjata yang digunakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes berkenaan diminta membantu siasatan polis," katanya. - BERNAMA Berita Harian Online | Pengusaha ladang mati ditembak:

'via Blog this'