Search This Blog

Tuesday, January 31, 2012

Beri salam bedil perut

DI SINI...Mohamad Lawi menunjukkan pintu belakang rumahnya yang  dipecahkan  perompak.
DI SINI...Mohamad Lawi menunjukkan pintu belakang rumahnya yang dipecahkan perompak.

PASIR MAS: Seorang daripada empat lelaki bertopengkan kain pelekat memberi salam sebelum melarikan barangan berharga dan sebuah kereta dalam kejadian rompakan di sebuah rumah di Kampung Slow Machang, semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang perompak turut melepaskan satu das tembakan terkena bahagian kanan perut seorang penghuni rumah berkenaan.
Mangsa tembakan, Che Asmah Che Awang, 50, kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, dan keadaannya dilaporkan stabil.

Suami mangsa, Mohamad Lawi Dollah, 53, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama empat ahli keluarganya termasuk isteri, anak lelaki berusia 26 tahun, menantu serta seorang cucu berusia tiga tahun berada di rumah.

Katanya, sebelum kejadian, dia sedang tidur, namun terjaga selepas mendengar bunyi orang memberi salam di luar rumah.

Buruh ladang ‘ustaz’

myMetro | Buruh ladang ‘ustaz’:
DERITA...Kamal menceritakan pengalamannya kepada wartawan Harian Metro.
DERITA...Kamal menceritakan pengalamannya kepada wartawan Harian Metro.

KUALA LUMPUR: “Selama lebih setahun keringat kami diperah di ladang yang dibuka lelaki itu dan selama itu kami tidak menghadiri kelas seperti yang dijanjikan ketika dihantar ibu bapa ke pusat tahfiz itu,” kata Kamal, 24, bekas pelajar pusat tahfiz di Kedah yang diasaskan lelaki dikenali sebagai Azhar Wahab.

Menurutnya, sejak pusat tahfiz itu dibuka 12 tahun lalu, lelaki terbabit bukan saja memerah keringat ratusan anak yatim dan pelajarnya bagi tujuan memungut derma, malah turut menjadikan kanak-kanak dan remaja berkenaan seperti buruh paksa di ladang kelapa sawit miliknya.

Katanya, hasil penat lelah pelajar itu, lelaki terbabit mengaut keuntungan besar sehingga didakwa mempunyai kekayaan luar biasa termasuk memiliki beberapa banglo, kenderaan mewah dan pejabat rasmi dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

Hasil daripada aktiviti perladangan dan derma yang dikutip pelajar tahfiz itu dimasukkan ke sebuah tabung khas yang dikendalikan bahagian sumber manusia pusat itu.


Mendedahkan kekayaan luar biasa pengasas pusat tahfiz itu, Kamal berkata dia antara pelajar terawal direkrut untuk mengumpul dana hasil kutipan derma daripada masyarakat termasuk menjual produk, hiasan ayat al-Quran, herba, kalendar dan minyak gosok kepada orang ramai di merata lokasi.

Jadi pendiam sebelum ajal

KUALA BERANG: “Kebiasaannya apabila pulang dari kerja, arwah paling banyak bercakap tetapi kelmarin tiada sepatah perkataan keluar dari mulutnya dan mungkin itu petanda arwah akan pergi buat selamanya,” kata Nurul Asmalina Mohd Husin, 21, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama majikannya di Kampung Baong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, majikannya, Hasmah Ghani, 48, maut selepas parah di bahagian abdomen apabila motosikal ditunggang terbabas ke tepi jalan manakala Nurul Asmalina yang membonceng cedera di lengan kiri, kepala dan kaki.


Menurut Nurul Asmalina, setiap hari dia pulang bersama arwah yang mengusahakan kedai makan di Medan Selera Kampung Kuala Ping, di sini, ke rumah mereka di Kampung Baong dengan menunggang motosikal majikannya itu.

“Bagaimanapun dalam perjalanan pulang kali ini, secara tiba-tiba motosikal ditunggang arwah terbabas ke tepi jalan menyebabkan kami berdua terhumban ke atas jalan raya.


“Ketika itu saya terasa dunia ini gelap-gelita dan hanya menyedari kami terbabit dalam kemalangan beberapa minit kemudian apabila melihat orang ramai mengerumuni kami tetapi saya kembali pengsan sebelum tersedar kira-kira jam 9 malam di Hospital Hulu Terengganu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


Menurutnya, dia difahamkan suami arwah yang dimaklumkan orang ramai mengenai kejadian itu mengejarkan mereka berdua ke Klinik Kesihatan Tengkawang, di sini, dengan menggunakan pacuan empat roda sebelum mereka dipindahkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.


“Saya dibenarkan keluar jam 12.30 tengah malam tetapi sebelum itu saya sempat meninjau keadaan arwah dan dia nampak kritikal.


“Selepas itu saya pulang dan tidak tahu nasib arwah sehingga ayah memberitahu arwah sudah meninggal dunia akibat kejadian itu pagi tadi (semalam),” katanya.

“Saya tidak menyangka perubahan arwah sebelum ini ceria menjadi pendiam petanda dia akan pergi buat selamanya.


“Ketika bekerja, saya sempat mendengar arwah bergurau dengan pelanggan apabila berkata ‘kalau tidak lihat saya hari ini, mana tahu esok saya sudah tiada’ dan gurauannya itu seolah-olah menjadi kenyataan,” katanya. Suami mangsa, Razuan Abd Hamid, 48, berkata arwah sempat berpesan kepadanya beberapa hari sebelum kejadian supaya memberi pendidikan sempurna kepada tiga anak mereka yang masih bersekolah berusia 12, 13 dan 14 tahun.


“Saya sempat memangku dan membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan tetapi akibat kecederaan parah dialami arwah meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi tadi (semalam) di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selepas dipindahkan dari Hospital Hulu Terengganu,” katanya.


Menurutnya, arwah sebelum ini pernah dua kali terbabit kemalangan dengan masing-masing melanggar lembu dan kerbau ketika menunggang motosikal sama tahun lalu.


Jenazah Hasmah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baong kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.


Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir yang dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan kemalangan itu dan berkata, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian abdomen.

Mati berdarah lepas bergaduh

NIBONG TEBAL: “Sebelum ini, pernah ada kejadian bunuh diri. Hari ini (semalam), sekali lagi ada orang mati di rumah yang sama.

“Dalam kepercayaan orang Cina, ia sangat tidak bagus dan boleh mendatangkan malang jika tinggal di rumah yang pernah berlaku kematian membabitkan kes mati bunuh diri atau dibunuh,” kata seorang jiran kepada wanita yang ditemui mati di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bakap Indah, pagi semalam.
Bagaimanapun jiran mangsa yang tidak mahu dikenali itu enggan mengulas lebih lanjut kejadian bunuh diri yang berlaku di rumah berkenaan sebelum ini.

Dalam kejadian semalam, Tan Soo Ping, 38, seorang pelayan restoran ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di rumah sewanya itu.



Mangsa ditemui terbaring dengan kesan luka di pelipat lutut kaki kanannya kira-kira jam 10.30 pagi.

‘Tak mungkin lari ke Dubai’

JOHOR BAHRU: Polis Kontinjen Johor menolak kemungkinan peguam, Kamal Hisham Jaafar, 42, yang menjadi buruan sejak lapan bulan lalu bagi membantu siasatan kes pecah amanah membabitkan kerugian RM600,000, melarikan diri ke Dubai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor, Asisten Komisioner Rosman Omar berkata, ia khabar ingin dan pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Interpol bagi mendapatkan maklumat berkaitan Kamal.


“Kami sudah memaklumkan Interpol dan Kamal akan dibawa pulang untuk membantu siasatan jika benar dia berada di Dubai.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Azlan Ahmad menerusi talian 07-335 4177 atau 019-410 1222,” katanya.

Balasan dosa


SELAYANG: Seorang wanita yang mengaku bersalah mencampakkan bayinya yang baru dilahirkan hingga menyebabkan kematian dua tahun lalu menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen, di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM5,000 terhadapnya.

Wanita itu yang sebelum ini ditahan di penjara berikutan gagal membayar jaminan pada sebutan kes awal Januari lalu, turut ditemani ibunya yang menunggu hingga prosiding selesai.


Bekas pelatih tukang masak itu dilihat menyatakan rasa tidak puas hati sambil menangis sebaik Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin menjatuhkan hukuman itu selepas laporan akhlak diterima daripada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gombak, Sabry Ahmad.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu ketika berusia 19 tahun dengan menyebabkan kematian bayinya yang baru dilahirkan di rumahnya di Taman Selayang Segar 2, Gombak antara jam 3.30 hingga 7.15 pagi, 3 Oktober 2011. Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 309B, Kanun Keseksaan kerana membunuh bayi baru lahir yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda.

Pesakit mental hilang tiga minggu

GEORGETOWN: Seorang wanita kini buntu dan bimbang terhadap keselamatan abang sulungnya selepas menghilangkan diri dari rumahnya di Kampung Melayu, Air Itam, di sini sejak 5 Januari lalu.

Mohd Hussin Ali, 42, dilaporkan keluar dari rumah tanpa membawa sebarang pengenalan diri dan hanya sehelai sepinggang serta lebih membimbangkan turut mengalami masalah mental dan perlu menjalani rawatan setiap bulan.


Adik perempuannya, Che Sayang Ali, 31, berkata, abangnya dipercayai keluar rumah tanpa memaklumkan kepada ibunya, Wan Su Amir Shah, 68, malah sehingga ke hari ini masih tiada sebarang berita. Menurutnya, ibunya begitu bimbang dengan keselamatan abangnya itu yang memerlukan rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Kami sudah berusaha mencarinya termasuk menggunakan kaedah tradisional, tapi gagal menemuinya sebelum bapa membuat laporan di Balai Polis Air Itam.


“Abang saya mempunyai ketinggian lebih kurang kira-kira 160 sentimeter (cm), berbadan tegap, berkulit sawo matang dan pakaian terakhirnya adalah baju kemeja-T warna biru serta berambut lurus,” katanya kepada Harian Metro, di sini semalam.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Mohd Hussin bolehlah menghubungi Che Sayang di talian 012-6051471 atau Balai Polis Air Itam di talian 04-8268522 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Dua kali langgar sebelum samun RM200,000

NILAI: Perjalanan seorang pengusaha stesen minyak memasukkan wang hasil perniagaan RM200,000 bertukar detik menakutkan apabila menjadi mangsa langgar dan samun sekumpulan penjenayah bertopeng di Kilometer 287, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Nilai, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 40-an yang datang dari arah Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) sedang menuju ke sebuah bank di Bandar Baru Bangi, Selangor dengan memandu kereta BMW. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, siasatan awal mendapati sejurus tiba di kawasan R&R Nilai, mangsa yang bersendirian dilanggar sebuah kereta Lexus dinaiki dua lelaki.


“Bagaimanapun mangsa tidak memberhentikan kenderaan dan meneruskan perjalanan sebelum sekali lagi dilanggar kereta suspek sama di lokasi kejadian.

“Berikutan keadaan itu, mangsa yang berhenti bergegas melarikan diri sejurus melihat kedua-dua suspek bertopeng datang meluru ke arahnya sambil membawa parang,” katanya, semalam.


Katanya, suspek mengambil wang berjumlah RM200,000 yang berada di dalam bonet belakang kereta mangsa.


“Tidak lama kemudian, sebuah kereta jenis Honda Accord dinaiki dua lagi suspek bertopeng turut berhenti berdekatan kereta mangsa.


“Keempat-empat suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an itu melarikan diri dan meninggalkan kereta Lexus berkenaan di tempat kejadian,” katanya.


Kata Mohd Yusoff, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan bertindak menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, pihaknya percaya kereta Lexus itu kenderaan curi dan nombor pendaftaran digunakan palsu.


“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 394/395 Kanun Keseksaan dan siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh,” katanya.


Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Nilai di talian 06-7991222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati kedua-dua kereta mewah itu remuk teruk pada bahagian depan dan sebelah pemandu.

Tiga lelaki berparang edar kad jemputan kahwin

KUALA LUMPUR: Edar kad jemputan dengan parang. Itu taktik digunakan tiga lelaki yang memasuki rumah seorang suri rumah dengan berpura-pura untuk mengedarkan kad jemputan adik mereka sebelum menyamun barang kemas dan wang tunai milik mangsa bernilai RM130,000 di Jalan Hujan Emas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Alisa, 50, berada di rumah bersama cucu lelakinya berusia tiga tahun ketika tiga lelaki yang menaiki kereta Proton Perdana berhenti di hadapan rumahnya.
Menurutnya, tiga lelaki terbabit membawa sedozen air minuman kotak dan sedulang buah-buahan dan menyatakan niat untuk menyerahkan kad jemputan kahwin adik mereka selain mengaku saudara jauh mangsa.

“Sebaik masuk, seorang daripada mereka meminta air selain menyoal sama ada saya berseorangan di rumah.



“Ketika saya hendak masuk ke dapur, tiba-tiba mereka mengeluarkan parang dan mengugut saya menyerahkan semua barangan berharga sebelum menarik saya masuk ke ruang sembahyang,” katanya, semalam.


Katanya, selepas mengambil semua barangan berharga, lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki kereta sama. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling


.

Padah masuk laluan mengejut

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
REMUK...teksi yang terbabit kemalangan, semalam.
REMUK...teksi yang terbabit kemalangan, semalam.









KUALA LUMPUR: “Saya bersyukur terselamat dalam kemalangan ini walaupun teksi remuk teruk selepas melambung sebelum terseret beberapa meter di Lebuhraya Persekutuan akibat salah faham dengan laluan dikatakan penumpang,” kata Safian Hasaan, 33, mangsa kemalangan membabit sebuah teksi yang merempuh pembahagi jalan lebuh raya, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, dia membawa seorang penumpang lelaki yang ingin ke Hotel Hilton di Petaling Jaya namun sebaik tiba di simpang menghala Lebuhraya Sprint, tiba-tiba penumpang terbabit menyuruhnya masuk ke laluan berkenaan menyebabkan dia hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan.

Safian berkata, penumpang itu menyangka dia tersalah laluan dan menyuruh masuk ke Lebuhraya Sprint sedangkan untuk ke hotel berkenaan perlu melalui laluan menghala Universiti Malaya (UM).

SELAMAT...Safian cedera ringan.
SELAMAT...Safian cedera ringan
“Akibat salah faham itu, saya gagal mengawal kenderaan ketika cuba mengikut arahannya menyebabkan teksi saya terlanggar pembahagi jalan dan melambung sebelum terseret beberapa meter dalam keadaan terbalik.



“Malah, ketika kejadian itu, kenderaan saya turut terbakar namun mujur orang awam yang menyaksikan kejadian itu membantu memadamkan kebakaran,” katanya.


Menurutnya, sebaik api padam, dia dan penumpang terbabit dibawa keluar dan mujur hanya cedera ringan.

“Saya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.

Wanita sumbang mahram dipenjara



SINGAPURA: Seorang wanita yang mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sendiri, diarah diletak di bawah pengawasan selama 12 bulan oleh mahkmah.

Dia wanita pertama dijatuhkan hukuman kerana sumbang mahram. Ayahnya kini dipenjara selama tiga tahun atas kesalahan yang sama.
Wanita itu yang pernah bekerja sebagai eksekutif teknikal mengadakan hubungan seks dengan bapanya, seorang tukang paip berusia 28 tahun, di rumah mereka pada April 2008.

Dia mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya dan menemankannya ke kedai kopi untuk bertemu dan minum dengan kawan-kawannya sejak 2006.



Mereka juga dikatakan menyentuh alat sulit masing-masing ketika berada sendirian di rumah.


Mereka pernah bergaduh ketika minum, tetapi setelah wanita itu meminta maaf, mereka berpelukan dan mengusap satu sama lain.

Mereka kemudian mengadakan hubungan seks.

Dalam tempoh 12 bulan di bawah pengawasan, wanita itu akan tinggal bersama makciknya dan menghadiri sesi terapi dengan seorang pakar psikologi. - Asiaone

Warga asing ugut wanita dicekup

MANAMA: Polis Kuwait menahan seorang pekerja asing kerana mengancam seorang wanita muda selepas dia memperoleh gambar peribadi yang sudah dipadamkan wanita itu dalam telefon pintar iphone miliknya.

Suspek mengugut akan memuat turun gambar berkenaan di Internet jika mangsa enggan membayarnya 500 dinar (RM5,521). Akhbar harian berbahasa Arab al-Rai melaporkan wanita itu sudah memadamkan semua gambar dan maklumat sulit daripada telefon pintar berkenaan sebelum menjualnya di sebuah kedai di Hawalli.


Bagaimanapun, kemudian dia menerima panggilan memaklumkan terdapat gambar peribadi di telefon itu dan jika dia inginkannya semula, dia perlu membayar RM5,521. - Gulf News

Rakyat Pakistan cuba seludup dadah dipancung

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi menjalankan hukuman pancung ke atas seorang lelaki rakyat Pakistan yang ditahan kerana cuba menyeludup dadah ke negara itu, kata menteri dalam negeri, semalam.

“Suspek, Salman Khan Taj Mohammed dari Pakistan ditahan ketika cuba menyeludup sejumlah besar heroin ke negara ini,” kata menteri terbabit dalam satu kenyataan dipetik daripada agensi berita kerajaan, SPA.


Hasil siasatan mendapati dia terbabit dengan kegiatan penyeludupan dadah dan dijatuhkan hukuman mati mengikut undang-undang Arab Saudi.

Suspek dipancung di Damman di timur negara itu, lapor SPA menjadikan angka hukuman mati di Arab Saudi untuk tahun ini kepada lima setakat ini. - AFP

Cekik kakak hingga mati

AMMAN: Seorang lelaki Jordan semalam didakwa kerana melakukan pembunuhan terancang selepas mencekik kakaknya berusia 35 tahun yang sudah bercerai hingga mati atas alasan tingkah laku wanita itu mencurigakan, kata polis.

“Suspek yang berusia akhir 20-an mencekik ibu kepada empat anak itu hingga mati di Ain al-Pasha di utara bandar raya ini, Rabu lalu selepas wanita itu pulang dari Lubnan,” kata jurucakap polis.


“Dia menyembunyikan mayat kakaknya dalam beg pakaian sebelum mencampakkannya di kawasan ladang terbiar. Dia mendakwa wanita itu berkelakuan mencurigakan,” katanya.

Menurutnya, mayat wanita malang itu ditemui Jumaat lalu di Safawi di timur Jordan.


“Suspek mengakui melakukan jenayah itu selepas berlaku pertengkaran antara dia dan mangsa,” katanya. Perbuatan membunuh dihukum dengan kematian di Jordan, tetapi dalam kes pembunuhan demi maruah, mahkamah boleh mengurangkan hukuman terutama jika keluarga mangsa meminta supaya hukuman lebih ringan dijalankan. Antara 15 dan 20 wanita mati akibat pembunuhan demi maruah setiap tahun di negara Arab itu walaupun kerajaan berusaha untuk mengurangkan kes pembunuhan sedemikian. - AFP

Nyaris dirodok pisau rambo


RAIHAM MOHD SANUSI
31 Januari 2012
mangs pecah rumah

KEMAMAN – “Rasa bagaikan bermimpi bila terjaga dari tidur saya lihat tiga penyamun di depan mata, dua daripadanya cuba menghunus pisau rambo ke dada saya sambil menunjukkan isyarat tangan agar saya diam,” katanya mangsa samun, Ahmad Mohamad, 43.

Mengimbas detik mencemaskan itu, rumahnya yang dihuni bersama isteri dan empat anak dimasuki pencuri dalam kejadian di Jalan Sena, dekat sini, kira-kira jam 4.30 pagi semalam hingga mengakibatkan keluarganya mengalami kerugian kira-kira RM14,000,

Ahmad berkata, panik dan khuatir keselamatan isteri dan anak, dia terpaksa menurut kehendak tiga penyamun yang menutup separuh muka dengan sapu tangan itu.

Bagaikan nyawa dihujung tanduk, pekerja swasta itu berkata, dadanya nyaris ditikam saat dia membuka mata namun tindakan spontannya yang terdiam dan tidak melawan mengelakkan ketiga-tiga penyamun itu bertindak agresif.

“Ketika mengacu pisau, dua penyamun itu meminta saya keluarkan barang berharga dan serahkan kepada mereka, manakala seorang lagi mundar-mandir di hada­pan pintu bilik tidur saya dan mengawasi keadaan rumah.

“Waktu itu, isteri tidur di bilik sebelah bersama anak, selepas menyerahkan barang berharga dalam bilik tidur, penyamun itu masuk ke bilik sebelah lalu merampas semua barang kemas yang dipakai isteri. Turut diambil dua telefon bimbit,” katanya yang masih trauma ketika dikunjungi Sinar Harian pagi semalam.

Ahmad percaya, ketiga-tiga penyamun itu warga Indonesia berdasarkan dialek percakapan ketiga-tiga mereka yang bertubuh kecil tetapi sasa.


Tangan Ahmad dan isteri diikat, anak menggigil

Kejadian menakutkan itu berlaku selama kira-kira 10 minit, malah Ahmad dan isterinya turut diikat tangan dengan wayar elektrik dan kain langsir, sementara empat anak mereka yang berusia lingkungan 14 hingga 4 tahun menggigil ketakutan.

Menurut Ahmad yang mula menetap di rumah itu sejak setahun lalu, selepas memperoleh apa yang dimahukan ketiga-tiga penyamun itu, mereka melarikan diri melalui pintu jeriji besi dan pintu gelongsor di bahagian ruang tamu rumah sebelum laporan polis dibuat kira-kira jam 6 pagi.

Katanya yang turut meluahkan syukur kerana tiada ahli keluarganya yang dicederakan, terdapat kesan umpil di pintu jeriji besi dan pintu gelongsor di ruang tamu rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat yang mengesahkan kes terbabit berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata secara berkumpulan.

Kisah yang menimpa enam beranak itu turut mendapat perhatian Pengarah Pas Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, Hanafiah Mat yang meluangkan masa menziarah keluarga terbabit.

Sehubungan itu, Hanafiah berharap rondaan di kawasan itu diadakan lebih kerap, agar kejadian sama tidak berulang selain meminta kerajaan mengawal kebanjiran pendatang asing di negara ini memandangkan banyak kes jenayah dan sosial yang berpunca daripada kemasukan ramai pendatang asing di negara ini.Nyaris dirodok pisau rambo - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Peluh dingin madu asmara

MELAKA: Seorang lelaki yang sedang memadu asmara dengan kekasihnya dalam sebuah kereta di parkir Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang, di sini, terkejut besar apabila ‘disergah’ anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang sedang menjalankan operasi mencegah maksiat, awal pagi kelmarin.
Dalam operasi bermula jam 1.30 pagi itu, pasangan terbabit adalah antara tiga pasangan yang ditahan Jaim selepas didapati melakukan perbuatan kurang sopan dengan berasmara di dalam kereta di tempat awam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, dalam operasi itu, enam pasangan ditahan berusia antara 19 dan 30 tahun.

Katanya, sebaik tiba di Dataran 1Malaysia, pasukannya membuat pemeriksaan pada kereta yang diletakkan di tempat sunyi dan apabila disuluh di dalamnya, mereka menemui pasangan sedang melakukan perbuatan tidak senonoh.



“Ada yang sudah membuka baju dan berpelukan sambil bercium di dalam kenderaan mereka.



sumber : myMetro


Kehilangan 30 lembu terjawab


ALAUDIN MA
31 Januari 2012
Lembu-yang-ditembak-mati-sempat-disembelih

GUA MUSANG - Keadaan yang mencurigakan bagi empat lelaki berada dalam sebuah ladang sawit di Kampung Aring 7, dekat sini, terbongkar apabila mereka sedang menyembelih dua lembu curi selepas menembak haiwan itu dua minggu lalu.

Kejadian itu dikesan seorang anggota Polis Bantuan Felda yang membuat rondaan di kawasan tersebut kira-kira jam 11 pagi pada 20 Januari lalu sebelum melaporkan kepada pemilik lembu terbabit.

Penternak terbabit, Zulkifli Md Zin, 49, yang tinggal di Kampung Aring 6 berkata, beliau yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan telefon dari anggota polis bantuan itu mengesahkan lembu itu miliknya.

Beliau mengakui sebelum ini fikirannya tertanya-tanya mengenai kehilangan 30 daripada 250 lembu peliharaannya dalam tempoh setahun lalu tanpa dapat dikesan sama ada dicuri atau mati disebabkan serangan penyakit.

”Memang saya sebelum ini menganggap lembu ternakan saya itu hilang hanya disyaki serangan penyakit atau mati disebabkan terjatuh dalam telaga tanpa mengambil peduli sangat walaupun kerugian lebih RM70,000.

”Namun, kali ini saya dapat kesan kehilangan lembu saya itu dicuri mereka tidak bertanggungjawab apabila berjaya menemui semula dua ekor yang telah disembelih termasuk seekor daripadanya hampir siap dilapah,” katanya.

Beliau yang pernah dianugerahkan Peladang Jaya Peringkat Negeri Kelantan berkata, bagaimanapun ketika beliau menyerbu ke kawasan itu, empat lelaki yang dipercayai memiliki senjata api kerana menembak lembunya melarikan diri.

Zulkifli berkata, lembunya yang sudah disembelih dan ditinggalkan lelaki tersebut di kawasan ladang sawit berkenaan ada kesan peluru di kepala dipercayai menggunakan pistol.

”Saya turut menemui sebiji kelonsong peluru pistol dipercayai digunakan menembak lembu saya berhampiran haiwan yang disembelih itu dan mungkin mereka telah lama menjalankan kegiatan seperti itu,” katanya.

Katanya, beliau sebelum ini memang ada menerima rungutan daripada penduduk kawasan itu yang menyatakan kekerapan kehilangan lembunya disebabkan ada sindiket mencuri lembu untuk menjual dagingnya.

”Namun, saya tidak mengesyakinya selagi tidak menemui barang bukti walaupun saya mengalami kerugian teruk kerana setiap ekor lembu yang hilang itu bernilai RM2,500. Tetapi, nasib baik juga saya segera bergegas ke tempat kejadian dan sempat melapah dua lembu yang telah disembelih untuk dijual dagingnya kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, kawasan ternakan lembunya itu jauh dari penempatan dan melalui jalan berselut, tetapi mungkin pencuri itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi tujuan memunggah daging lembu yang siap dilapah.

Katanya, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang jam 3.30 petang pada 20 Januari lalu dengan menyerah bersama sebiji kelonsong peluru pistol yang digunakan menembak lembunya.Kehilangan 30 lembu terjawab - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pemilik kedai emas lawan penyamun


KUANTAN 30 Jan. - Dua lelaki yang dipercayai penyamun lari lintang-pukang selepas seorang pemilik kedai emas bertindak agresif melawan suspek di Taman Perumahan Merapoh dekat Kuala Lipis pada Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Haris Daud, dalam kejadian pukul 9 malam itu, mangsa berusia 41 tahun baru selesai berkemas dan mahu menutup premisnya.

Katanya, tiba-tiba muncul dua lelaki yang menutup muka lalu mengacukan sebilah parang panjang dan sepucuk pistol kepada mangsa.

"Mangsa yang mengecam pistol itu adalah pistol tiruan bertindak melawan suspek yang berada hampir dengannya.

"Mangsa bergelut dan berlawan dengan suspek sehingga menyebabkan mereka tidak mampu berbuat apa-apa lalu melarikan diri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.Utusan Malaysia Online - Pahang:

'via Blog this'

Pekerja kilang terbunuh motosikal rempuh teksi


KUANTAN 30 Jan. - Seorang pekerja kilang terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian kiri sebuah teksi di Kilometer 41 Jalan Lipis - Merapoh dekat Kuala Lipis semalam.

Mangsa, Kamarul Azman Abidin, 27, dari Kampung Sungai Mun, Kechau, Kuala Lipis meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lipis akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, dalam kejadian pukul 8 malam itu mangsa dari arah Kuala Lipis menuju ke Merapoh.

Katanya, pemandu teksi berusia 40-an itu pula memandu sendirian dan dalam perjalanan dari arah Merapoh ke Kuala Lipis untuk singgah di Masjid Sungai Mun bagi menunaikan solat bagaimanapun dia telah terlepas beberapa meter ke hadapan.

"Pemandu itu membuat pusingan 'U' kerana mahu berpatah balik ke Jalan Lipis - Merapoh dan pada masa sama mangsa yang datang dari arah bertentangan melanggar bahagian pintu kiri teksi itu," katanya.Utusan Malaysia Online - Pahang:

'via Blog this'

119,653 DVD, VCD dirampas


JOHOR BAHRU 30 Jan. - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri berjaya merampas sebanyak 119,653 keping cakera padat digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) tanpa sijil B dengan nilai lebih RM600,000 sepanjang tahun lalu.

Ketuanya, Asisten Komisioner Rosman Omar berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan rampasan sebanyak 3.8 peratus atau 6,965 keping berbanding 112,688 keping pada 2010.

Menurutnya, pada tahun lalu juga pihaknya turut merampas 4,893 DVD dan VCD lucah iaitu peningkatan rampasan sebanyak 3.8 peratus atau 178 keping berbanding tempoh sama dicatatkan pada 2010 iaitu sebanyak 4,715.

"Peningkatan rampasan barang-barang menunjukkan polis serius memerangi kumpulan penjual DVD dan VCD tanpa sijil B serta lucah. Malah operasi seumpamanya akan dijalankan berterusan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, seramai 17 ah long ditangkap sepanjang tahun lalu dengan 12 daripadanya telah didakwa di mahkamah manakala lima lagi dalam proses pendakwaan.Utusan Malaysia Online - Johor:

'via Blog this'

Maut akibat serangan jantung selepas bertengkar


PONTIAN 30 Jan. - Seorang nelayan meninggal dunia akibat serangan jantung dipercayai selepas bertengkar dengan dua lelaki di hadapan sebuah kedai di Taman Seri Aman di sini kelmarin.

Mohd. Afandi Goh Abdullah 48, dikatakan bertengkar selepas kereta dipandunya bergesel dengan motosikal dua pemuda itu semasa mengundur keluar dari kawasan kedai.

Menurut anak mangsa, Norazlan, 26, selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu, dia bergegas ke tempat kejadian dan mendapati bapanya dan dua pemuda itu sedang bertengkar.

"Kejadian berlaku semasa ayah saya mengundurkan kereta dan tiba-tiba bergesel dengan motosikal mereka yang kemudiannya menyebabkan ia jatuh.

"Dua pemuda itu kemudian meminta bayaran dan menyebabkan tercetusnya pertengkaran tersebut sebelum ayah terduduk di situ," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Norazlan berkata, dia kemudian membawa ayahnya ke Hospital Pontian bagi mendapatkan rawatan, namun Mohd. Afandi meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.

Tambahnya, ekoran kejadian itu, kedua-dua lelaki terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan untuk membantu siasatan.

"Pihak hospital mengesahkan lelaki itu meninggal dunia disebabkan serangan jantung dan bukan berpunca daripada pergaduhan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," ujarnya.Utusan Malaysia Online - Johor:

'via Blog this'

Pihak berkuasa Britain siasat implan punggung


LONDON 30 Jan. - Selepas kes satu jenama implan payudara mencetus skandal kesihatan sedunia baru-baru ini, kini implan punggung yang dipakai oleh berpuluh-puluh ribu pengguna pula sedang disiasat kerana dikhuatiri mengundang masalah yang sama.

Pihak berkuasa kesihatan kini menemui bukti baru mengenai bahan besi yang terkandung di dalam implan tersebut boleh menjadi toksik kepada buah pinggang dan juga menyebabkan radang tisu sekitar tulang, sekali gus memusnah otot.

Menurut pakar bedah, implan punggung mempunyai peratus kegagalan hingga 50 peratus selepas enam tahun dipakai, namun sesetengah pesakit mungkin tidak sedar dengan bahayanya.

Implan punggung dan pembedahan memperbetulkan struktur punggung, biasanya menawarkan pengguna peluang sehingga 95 peratus tanpa rasa sakit untuk tempoh 10 hingga 15 tahun selepas pemakaian.

Bagaimanapun, masalah boleh berlaku terhadap semua jenis implan punggung besi yang ketika ini digunakan oleh lebih 40,000 pesakit seluruh dunia, apabila geseran antara komponen menyebabkan bahagian besi kecil mungkin akan patah.

Tahun lalu, dua implan punggung buatan syarikat DePuy ditarik balik dari pasaran selepas keselamatannya diragui. Menurut perangkaan, sekitar 10,000 besi implan punggung dipasang kepada pengguna di United Kingdom sejak 2003.

Ketika ini beratus-ratus pengguna sedang berusaha untuk mendakwa syarikat tersebut disebabkan mengalami masalah kesihatan akibat memakai produk itu.

Perunding IT, Penny Brown, 51, menjalani pembedahan memasukkan implan punggung DePuy selepas mengalami kesakitan di bahagian itu akibat terlibat dengan sukan gimnastik dan meluncur.

Lapan tahun kemudian, implan tersebut tertanggal dan menyebabkan tisu-tisu di sekitarnya berselerakan. - AGENSIUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Peguam Anwar diminta beri tunjuk sebab



MOHD. Jamil Khir Baharom (tengah) bersama Che Mat Ali (kiri) dan Shamsuddin Hussain menuju ke kamar mahkamah semasa prosiding rayuan kes qazaf melibatkan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Jan. - Ketua Pendakwa Syarie, Shamsuddin Husain dan dua yang lain memohon supaya peguam-peguam syarie yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes qazaf Ketua Pembangkang itu, memberi tunjuk sebab mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Ketiga-tiga mereka mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Rayuan Syariah di sini pada pendengaran permohonan mengetepikan notis rayuan berhubung qazaf hari ini selepas peguam-peguam syarie itu bertindak keluar dari mahkamah yang sedang bersidang.

Shamsudin mengemukakan permohonan itu bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Jamil Khir Baharom.

Permohonan itu dibuat melalui peguam syarie, Roslizam Rahim yang mewakili ketiga-tiga pemohon tersebut mengikut Seksyen 229 Akta Tatacara Mal (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.

Peguam-peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman, Dorina Abdullah, Dr. Rafie Shafie dan Muhammad Burok bertindak keluar dari mahkamah yang sedang bersidang selepas panel tiga hakim yang diketuai Hakim Syarie, Datuk Zohdi Toha membuat keputusan untuk terus mendengar merit permohonan tersebut tanpa memberikan perintah kebenaran bagi berbuat demikian.

''Setelah meneliti surat cara dan permohonan pihak-pihak terbabit, mahkamah berpendapat permohonan pemohon untuk mendapatkan kebenaran adalah tidak relevan dan sia-sia kerana pemohon boleh terus memohon dari mahkamah,'' ujar hakim tersebut.

Hakim Zohdi bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Syarie, Datuk Aidi Moktar dan Datuk Hussin Harun.

Keadaan menjadi bertambah hangat apabila Kamar Ainiah bertindak mengeluarkan kenyataan bahawa peguam-peguam yang mewakili pemohon 'boleh mengambil wang zakat' namun menariknya semula apabila Roslizam membantah kenyataan tersebut.

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa bayaran guaman kepada peguam-peguam syarie pemohon dibayar menggunakan wang zakat namun ia dinafikan oleh Jamil Khir.

Permohonan guna laporan polis ditolak


SHAH ALAM 30 Jan. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan peguam bela untuk menggunakan laporan polis oleh Cif Inspektor N. Govindan yang tidak dikemukakan sebagai bahan bukti bagi menyoal balas saksi pendakwaan ke-32 itu dalam perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian atas alasan laporan polis yang dibuat Govindan itu tidak diterima sebagai bahan bukti dan tidak boleh digunakan bagi membuktikan percanggahan mahupun persamaan dengan keterangan di mahkamah.

Kata beliau, hanya pernyataan yang diterima mahkamah boleh digunakan untuk menyoal balas saksi termasuk pernyataan terdahulu atau laporan maklumat awal (FIR).

"Laporan polis tidak seperti laporan maklumat awal. Ia tidak boleh diterima serta tidak boleh digunakan untuk menyanggah atau menyokong keterangan saksi," katanya.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Pada Jumaat lalu, peguam Gurbachan Singh yang mewakili Thilaiyalagan memohon untuk menyoal balas Govindan berdasarkan isi kandungan laporan-laporan polis yang dibuat oleh saksi itu.

Laporan pegawai soal siasat dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu dibuat berhubung pengakuan Thilaiyalagan serta Kathavarayan mengenai lokasi bahan-bahan bukti dibuang.

Beliau membuat permohonan di bawah Seksyen 145 Akta Keterangan 1950 itu atas alasan terdapat percanggahan antara keterangan saksi di mahkamah dengan laporan tersebut.

Pada prosiding hari ini, Ketua Seksyen DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon yang menyambung keterangan mengecam 98 lagi bahan bukti termasuk sepasang kasut sukan berwarna hitam dan sampel darah yang diserahkan kepada beliau untuk dianalisis.

Bahan-bahan tersebut diserahkan oleh pegawai penyiasat kes itu, Asisten Supritendan (ASP) Ishak Yaakob pada 27 September dan 11 Oktober 2010.

Sebelum ini, saksi itu mengecam 54 bahan bukti yang juga diserahkan kepada beliau untuk dianalisis serta dibuat ujian perbandingan DNA (asid deosiribonukleik).

Perbicaraan yang masuk hari ke-61 bersambung esok.

Norish diperintah bawa anak-anak ke mahkamah


SHAH ALAM 30 Jan. - Pelakon Norish Karman hari ini diperintah membawa tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas suami, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini untuk perbicaraan kes tuntutan hak penjagaan anak (hadanah) pada 12 Mac ini.

Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin memerintahkan demikian bagi membolehkan ketiga-tiga kanak-kanak itu membuat pilihan di hadapan beliau sama ada mahu tinggal bersama ibu atau bapa mereka.

Norish atau nama sebenar Nor'asikin Karman, 36, dan Hashimuddin, 63, berkahwin pada 11 Januari 1998 di Perlis dan mereka dikurniakan tiga cahayamata, Muhammad Haqiem Armany, 13, Muhammad Hardy Amieran, 9, dan Putri Hany Amanda, 8.

Pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya dekat sini pada 15 Julai 2008.

Pelakon yang terkenal melalui drama Spa Q itu memfailkan tuntutan hak penjagaan anak-anak pada 10 Oktober 2008.

Di samping itu, Norish turut memfailkan tuntutan harta sepencarian serta tuntutan nafkah anak-anak termasuk permohonan agar disediakan kenderaan dan rumah.

Norish diwakili peguam syarie, Amli Embong, manakala Hashimuddin, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan itu diwakili peguam syarie, Muhamad Burok.

Bekas dekan UiTM dipenjara


PUTRAJAYA 30 Jan. - Bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Md. Saberi Md. Salleh diperintah menjalani hukuman penjara setahun bermula hari ini atas kesalahan memperakui borang penerimaan mengandungi butiran palsu bernilai RM138,600 bagi barangan yang tidak dibekalkan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Sulaiman Daud yang bersidang bersama Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian setelah sebulat suara menolak rayuan Md. Saberi terhadap sabitan tersebut.

Mahkamah bagaimanapun berpendapat hukuman penjara tiga tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 15 Oktober 2009 agak berlebihan dan mengurangkannya kepada setahun. Denda RM10,000 dikekalkan.

Sementara itu, panel tersebut melepas dan membebaskan pemilik syarikat pembekal peralatan sukan, Zaleha Abdul Rahman terhadap sabitan bersubahat dan hukuman penjara yang sama selepas membenarkan rayuan wanita berkenaan.

Zaleha didakwa bersubahat dengan Md. Saberi kerana menandatangani invois Perniagaan Deeza No. 2074 yang dirujuk dalam dokumen Pengakuan Penerimaan Barang-Barang Bekalan Nombor 079064.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, antara 24 Mac dan 2 April 1999.

Md. Saberi dan Zaleha diwakili oleh peguam-peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Salim Bashir. Timbalan Pendakwa Raya, Zulqarnain Hassan mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

2 dijel, denda curi alat kosmetik


PETALING JAYA 30 Jan. - Dua jurujual wanita masing-masing dihukum penjara sehari dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai jenis alat kosmetik di sebuah pasar raya, pertengahan bulan ini.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid turut memerintahkan Nur Ain Mohd. Suandi, 22, dan Nor Eleena Yahya, 27, dipenjara dua hari lagi jika gagal membayar denda masing-masing.

Nur Ain didakwa mencuri empat botol Minyak Bayi Pek Perjalanan Johnson's 25 mililiter dan seunit Rawatan Rambut Gatsby Lucido 60 gram yang kesemuanya bernilai RM26.49 di Pasaraya Giant, Sunway Pyramid, Bandar Sunway di sini pada pukul 4.20 petang, 14 Januari lalu.

Manakala Nor Eleena pula didakwa mencuri dua set Vitamin Rambut Ellips, sebotol Minyak Wangi Play Boy 150 mililiter, seunit Pati Herba Clairrol 75 mililiter dan sebotol Olay Total Effect SPF 50 gram yang kesemuanya bernilai RM84.45 pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Kedua-dua sahabat itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Suraj Singh.

Sogok polis dipenjara, denda


JOHOR BAHRU 30 Jan. - Seorang peraih ikan dihukum penjara sehari dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan cuba merasuah RM3,000 kepada seorang pegawai polis pada April tahun lalu.

Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas Tiu Kok Hua, 43, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Faizal Sadri.

Mengikut pertuduhan, Kok Hua didakwa cuba memberi wang suapan tersebut kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik Polis Batu Pahat, Inspektor Mohd. Mokhtar Mohd. Nor berhampiran hutan paya dekat Kuala Sungai Ayam, Batu Pahat pada pukul 3.40 petang, 7 April 2011.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Mengikut fakta kes, tertuduh memberikan sogokan itu sebagai dorongan kepada Mohd. Mokhtar supaya tidak mengambil tindakan kepadanya yang ditahan selepas melarikan diri kerana disyaki mengedar dadah dalam serbuan polis di sebuah rumah di Kuala Sungai Ayam.

Kok Hua yang tidak diwakili peguam bela dalam rayuannya sebelum hukuman dijatuhkan memohon dikenakan hukuman ringan kerana ia adalah kesalahan pertamanya selain sudah insaf dengan perbuatan itu.

Mohammad Haldar turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Kok Hua membayar denda itu sebelum dibawa ke lokap bagi menjalani hukuman penjara sehari.

Tiga lelaki serah diri, ditahan reman 4 hari


MELAKA 30 Jan. - Tiga lelaki, termasuk seorang suspek utama dalam kes serangan sehingga mencederakan lima anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Khamis lalu akhirnya menyerah diri di balai polis semalam selepas menyedari mereka diburu polis.

Ketiga-tiga suspek yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini telah direman selama empat hari berkuatkuasa hari ini.

Perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah itu dikeluarkan oleh Majistret Syajaratudur Abd. Rahman.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, dua lelaki itu bersama suspek utama berusia 49 tahun, menyerah diri kira-kira pukul 3.20 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, semalam.

Menurutnya, dengan penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan sehingga hari ini seramai 13 orang termasuk 10 yang ditahan kelmarin berusia antara 19 dan 49 tahun.

''Dengan tertangkapnya ketiga-tiga mereka, polis menganggap kes ini berjaya diselesaikan,'' katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 11.45 malam Khamis lalu, seorang anggota penguat kuasa MBMB, Azizan Abas, 26, cedera di tangan akibat terkena libasan pisau selepas diserang sekumpulan lebih 30 lelaki dipercayai geng tonto di Taman Seri Duyong Seksyen 2, Kandang, di sini.

Turut cedera ialah empat lagi pegawai dan penguat kuasa MBMB yang terlibat dalam operasi mencegah kafe siber haram itu akibat dipukul kumpulan lelaki tersebut yang bersenjatakan batang besi, rotan dan kayu, mengakibatkan mereka mengalami lebam-lebam.

Kelmarin, polis berjaya menahan 10 lelaki yang disyaki menyerang lima anggota penguatkuasa tersebut dalam operasi besar-besaran yang dilancarkan sejak insiden serangan itu.

Raja Shahrom berkata, polis bagaimanapun masih berusaha mengesan dua lagi suspek bagi membantu siasatan terperinci kes tersebut.

Pengurusan kes saman fitnah Dawama, 13 Februari


KUALA LUMPUR 30 Jan. - Saman syarikat penerbitan, Dawama Sdn. Bhd. (Dawama) terhadap Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Ketua Pengarahnya atas dakwaan memfitnah ketika diwawancara dalam program terbitan Radio Bernama, Kerusi Panas, April tahun lalu, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 13 Februari ini.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu di kamar beliau di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan kehadiran peguam Izahairani Izani mewakili Dawama manakala peguam, Sarah Abishegam bagi pihak Lembaga Kawal Selia DBP dan Datuk Termuzi Abdul Aziz.

Menurut Sarah, kedua-dua pihak dikehendaki menyediakan semua ikatan dokumen, fakta dan isu yang dipersetujui untuk diserahkan sebelum perbicaraan didengar pada 29 Mac depan.

Pada 17 Oktober 2011, Dawama menyaman DBP dan Termuzi atas dakwaan ketua pengarah berkenaan telah mengeluarkan satu kenyataan berbaur fitnah terhadap syarikat terbabit ketika diwawancara dalam program terbitan Radio Bernama, Kerusi Panas pada 24 April tahun lalu.

Dawama selaku plaintif dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, syarikat terbabit dan Lembaga berkenaan telah memeterai satu perjanjian konsesi bertarikh 19 Jun 2002 bagi kerja-kerja pracetak, reka bentuk dan susun atur, percetakan, pengedaran serta pemasaran pelbagai bahan bacaan.

Plaintif turut diberikan hak eksklusif untuk menjalankan kerja-kerja yang dinyatakan dalam perjanjian bagi tempoh 12 tahun iaitu bermula dari 2002 hingga 2014.

Bagaimanapun, pada 21 Jun tahun lalu, Dawama mendakwa, Lembaga tersebut dan Termuzi yang dinamakan sebagai pihak defendan telah mengeluarkan kenyataan dalam satu artikel bertajuk Dawama Diberi Tempoh Baiki Prestasi Penerbitan dan Jualan Bahan Terbitan DBP.

Ekoran artikel tersebut yang turut disiarkan dalam versi bahasa Inggeris di laman sesawang portal berita Bernama, defendan mendakwa telah mengalami kerugian berjumlah lebih RM500 juta.

Pihak defendan yang diwakili peguam utama, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dalam pernyataan pembelaan bertarikh 21 November 2011 antaranya menyatakan, penerbitan kata-kata tersebut bukan laporan sebenar.

Pihak defendan mendakwa, ia juga tidak mencerminkan makna sebenar yang cuba disampaikan dalam ucapannya selain tidak berkait secara eksklusif dengan plaintif tetapi membincangkan isu-isu kepentingan awam yang lebih luas.

Campak bayi: Ibu muda dijel 12 tahun, denda RM5,000


KUALA LUMPUR 30 Jan. - Sekitar Oktober tahun lalu, masyarakat dikejutkan dengan kejadian seorang ibu muda mencampakkan bayi yang baru dilahirkannya dari aras dua sebuah pangsapuri hingga meninggal dunia di dalam longkang.

Ibu muda terbabit, Noor Atika Kamarulzaman, 19, hari ini menerima hukuman atas perbuatannya apabila Mahkamah Sesyen Selayang di sini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM5,000 terhadapnya.

Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda dan hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia pertama kali didakwa pada 12 Januari lalu.

Dia sebelum ini bekerja sebagai pelatih di restoran itu dilihat menangis teresak-esak sambil memandang wajah ibunya yang turut hadir di mahkamah.

Terdahulu, tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan pindaan, menyebabkan kematian seorang bayi perempuan di sebuah rumah beralamat No. B7-2, Taman Selayang Segar 2, Gombak dekat sini antara pukul 3.30 pagi dan 7.15 pagi, 3 Oktober 2011.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pihak polis menerima panggilan telefon orang awam bahawa seorang bayi yang baru dilahirkan dijumpai meninggal dunia di dalam longkang di pangsapuri tersebut.

Selepas serbuan, tertuduh ditangkap di tempat kejadian dan mengakui bahawa bayi tersebut ialah anaknya.

Siasatan seterusnya mendapati tertuduh mencampakkan bayinya yang masih hidup selepas bersalin pada pagi hari sama.

Bayi tersebut disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu hukuman ringan kerana bapanya hanya bekerja sebagai pemetik kelapa sawit.

Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Hamzah memohon hukuman berat dikenakan kerana ia kesalahan serius, tidak bermoral serta memberi impak besar kepada masyarakat.

Mahkamah sebelum itu turut mendengar laporan akhlak tertuduh yang dikemukakan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak, Mohd. Sabri Ahmad.

Menurut Mohd. Sabri, tertuduh merupakan anak sulong daripada lima adik-beradik dan ibu bapa tertuduh bercerai.

Tertuduh seterusnya dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman dan denda tidak dibayar.

Anak tunggal pasangan buta diberkas pecah kereta


KUALA LUMPUR 30 Jan. - Anak tunggal kepada satu pasangan buta merupakan antara tiga lelaki yang diberkas polis kerana melakukan jenayah pecah kereta di sekitar Wangsa Maju awal pagi ini.

Suspek yang berusia 20-an dan 30-an ditahan selepas dipercayai baru memecah sebuah kereta di Taman Seri Rampai pada pukul 4.30 pagi.

Sumber polis berkata, pihaknya menerima maklumat daripada seorang lelaki bahawa cermin kereta miliknya telah dipecah, manakala beberapa barangan dicuri.

Katanya, mangsa mengesyaki jenayah itu dilakukan dua suspek yang menaiki sebuah kereta yang ditemuinya sebelum kejadian.

"Selepas menerima laporan mangsa, polis berjaya menemui kereta yang dilaporkan di kawasan berhampiran sebelum melakukan pemeriksaan dan menemui barangan yang dicuri serta perlatan untuk memecah cermin kenderaan.

"Tindakan polis membiarkan kereta tersebut bagi mengesan pemiliknya berhasil apabila seorang daripada suspek muncul untuk mengambil kereta tersebut dan lelaki terbabit berjaya ditahan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, hasil penahanan berkenaan, polis berjaya menahan dua lagi suspek di Pangsapuri Seri Perlis, Keramat.

Difahamkan, ketika penahanan dibuat, kedua-duanya sedang tidur di rumah itu yang turut didiami ibu dan bapa salah seorang mereka yang merupakan pasangan buta.

Katanya, hasil pemeriksaan, seorang daripada suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis.

"Ujian air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif mengambil syabu. Polis juga sedang menyiasat jika suspek-suspek pernah melakukan jenayah lain sebelum ini," ujarnya.

Pelayan restoran dijumpai mati terlentang dalam bilik



ANGGOTA polis mengangkat mayat Tan Soo Ping yang ditemui mati dengan berlumuran darah di rumah sewanya di Taman Bakap Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.


NIBONG TEBAL 30 Jan. - Seorang pelayan wanita restoran ditemui mati di sebuah rumah di Taman Bakap Indah di sini hari ini.

Mangsa, Tan Soo Ping, 38, dari Kampung Jawi di sini, ditemui terlentang di dalam bilik utama di tingkat atas rumah dua tingkat itu, pukul 10.32 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, pihaknya yang menerima panggilan orang awam bergegas ke lokasi dan menemui wanita itu sudah mati.

Katanya, siasatan awal mendapati sebelum kejadian berlaku pertengkaran antara mangsa dan teman lelakinya sebelum lelaki itu meninggalkan rumah.

"Mangsa mati akibat pendarahan yang banyak di pergelangan kaki kanan kerana terkena kaca. Ia berpunca setelah mangsa menendang cermin tingkap bilik tidur itu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Shafien berkata, pihaknya turut menyiasat satu nota yang ditemui di dinding dalam tulisan cina berbunyi 'tidak puas hati seseorang'.

Menurutnya, siasatan awal pakar patologi, Datuk Dr. Bhupinder Singh yang dipanggil mendapati mangsa bukan dibunuh dan mangsa tercedera semasa mengamuk.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Nibong Tebal untuk bedah siasat.

Shafien berkata, mangsa telah menyewa dengan kekasihnya di rumah tersebut sejak sebulan lalu dan jiran-jiran memaklumkan yang kedua-duanya sering bergaduh sejak menyewa rumah di situ.

Katanya, pihaknya telah menahan teman lelaki wanita tersebut yang juga seorang peniaga berusia 49 tahun untuk siasatan.

Shafien berkata, kes itu disiasat kerana kematian mengejut.

Mayat lelaki mangsa bunuh ditemui


SEPANG 30 Jan. – Misteri bau busuk yang menghantui penduduk di apartmen Ristavilla, Taman Putra Perdana, Sepang terjawab apabila polis menemui mayat lelaki hampir reput di dalam salah sebuah unit apartmen di situ Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, mangsa dipercayai warga asing berusia lingkungan 30-an ditemui mati di ruang tamu rumahnya dengan kedua-dua belah tangan diikat dan mulut disumbat dengan kain.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas dan tiada sebarang butir pengenalan diri ditemui, sehubungan itu kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.

“Penemuan mayat tersebut ekoran laporan penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk dari salah sebuah rumah di apartmen terbabit, bertindak atas laporan penduduk polis memecah masuk rumah berkenaan dan menemui mayat lelaki hampir reput di ruang tamu.

“Polis mengklasifikasikan kes kematian warga asing tersebut sebagai kes bunuh. Pemeriksaan mendapati lelaki itu tinggal bersama dua lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga tempatan yang telah menghilangkan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, polis kini sedang giat mencari tiga individu terbabit bagi membantu siasatan dan kehilangan mereka menimbulkan syak.

Tiga individu terbabit merupakan pelajar kolej swasta dan dikenali sebagai Ekemezie Elochukwu Jacob, 31, Kaba N‘Famory, 33 dan Mazlina Kashedeli, 31.

Orang ramai yang mengenali atau menjumpai individu terbabit diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di talian 03- 87774222 untuk membantu siasatan.