Monday, January 30, 2012
Pemandu ambulans tembak rakan direman
Kejadian samun: Wanita parah ditembak
Curi duit bapa untuk ‘enjoy’, pelajar SPM berdepan penjara
Bekas Dekan UiTM diperintah jalani hukuman penjara setahun
Mayat wanita berlumuran darah ditemui di rumah sewa
Tiga bebas tuduhan pecah amanah rebat kereta tunai
Pelacur Asia Barat intai Malaysia sebagai sasaran baru
Pengurus stesen minyak disamun dekat R&R Nilai
SEREMBAN: Seorang pengurus stesen minyak kerugian wang tunai kira-kira RM200,000 selepas disamun sekumpulan empat lelaki di KM287, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah ke utara berhampiran kawasan Rawat dan Rehat Nilai hari ini.
Atlet basikal terpelanting
TENANG...Abdul Aziz diberi rawatan sementara sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya. |
TENANG...Abdul Aziz diberi rawatan sementara sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya.
Mayat wanita berlumuran darah ditemui di sebuah rumah
Polis jejaki 2 lelaki Negeria, wanita tempatan bantu siasatan kes bunuh
Penyamun minta hidang nasi selepas pecah rumah
Sebabkan kematian anak: Remaja dipenjara 12 tahun
KUALA LUMPUR 30 Jan. – Seorang remaja perempuan dipenjara 12 tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya Oktober tahun lepas.
Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin memerintahkan Nor Atika Kamarolzaman, 19, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia didakwa kali pertama di mahkamah iaitu pada 12 Januari lepas.
Mahkamah turut memerintahkan gadis berkenaan dipenjara lima bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan itu.
Nor Atika dituduh melakukan kesalahan itu terhadap bayinya di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara 3.30 pagi dan 7.15 pagi 3 Oktober.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda. – BERNAMA
Budak 12 tahun ketua geng samun
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi apabila suspek bersama rakannya berusia antara 15 dan 17 tahun dikatakan terdesak untuk mendapatkan telefon bimbit baru selain barang elektronik untuk dijual di pasaran gelap.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, keempat-empat suspek yang menunggang dua motosikal dipercayai cuba memotong besi tingkap bahagian belakang kedai itu.
“Mereka yang dipercayai baru pertama kali memecah kedai itu berjaya memotong besi tingkap dan ketika sedang menarik keluar besi itu, kereta peronda polis yang meronda di jalan itu melihat kelibat mereka mencurigakan,” katanya.
Menurutnya, sebaik dihampiri, mereka bertempiaran lari sebelum dikejar dan berjaya menahan dua daripada suspek berkenaan berusia 15 dan 17 tahun sementara dua lagi berjaya melarikan diri.
Katanya, kedua-dua remaja itu menyerah diri di Balai Polis Arau, tengah hari semalam sebelum mengaku cuba memecah masuk kedai itu.
“Semua remaja itu berasal dari Tambun Tulang dan masih mempunyai keluarga kecuali suspek berusia 12 tahun yang tinggal bersama saudara selepas ibu bapanya bercerai,” katanya.
sumber : myMetro
Penagih tegar joli sembilan hari
30 Januari 2012

HULU TERENGGANU – Seorang penagih tegar sempat ‘berjoli’ sembilan hari dengan duit bernilai lebih kurang RM38,000 hasil pecah masuk sebuah rumah di Kampung Felda Bukit Bading, Ajil sebelum dia ditahan jam 11.30 malam, Rabu lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, suspek berjaya memecah masuk ke rumah mangsa dan melarikan barang kemas masing-masing tiga urat gelang tangan dan empat bentuk cincin serta tunai.
“Kejadian berlaku pada 16 Januari lalu yang disedari pemilik rumah, Abdul Wahab Taib, 68, kira-kira 9 malam setelah pulang daripada menunaikan solat Isyak bersama isteri di masjid kampung berkenaan.
“Pasangan ini terkejut apabila memasuki rumah dan mendapati barang berselerak setelah mendapati tingkap bilik tidur terdapat kesan diumpil dan terbuka, lalu membuat laporan di Balai Polis Ajil,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu di sini semalam.
Menurutnya, atas maklumat awam yang diterima, pada 25 Januari lalu, sepasukan anggota Balai Polis Ajil berjaya menahan suspek berumur 32 tahun yang beralamat di Kampung Felda Bukit Bading di tepi jalan di kampung berkenaan.
“Hasil siasatan, suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau mengaku terlibat dalam kes ini dan barang kes iaitu gelang tangan emas sudah dijual kepada pembeli emas di Bandar Kuala Berang.
“Barang kes berjaya dirampas di kedai berkenaan, manakala pembeli turut ditahan untuk memberi keterangan lanjut kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya.
Mohd Rosli berkata, barang kes yang dirampas berbentuk dua urat gelang tangan emas yang sudah dileburkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
'via Blog this'
19 ditahan ketika judi Balangkas
30 Januari 2012

TELUK INTAN - Keasyikan 19 orang termasuk tiga wanita berjudi di sebuah rumah di Bagan Lipas Laut, Bagan Datoh, dekat sini terhenti apabila mereka di serbu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Hilir Perak sempena Ops Limau, awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintenden Mohammad Zaki Harun berkata, kesemua mereka yang berumur dari 29 hingga 58 tahun itu tergamam sebaik rumah berkenaan diserbu masuk sekumpulan 11 anggota polis yang diketuai oleh Inspektor Saiful Bahari kira-kira jam 1.45 pagi semalam.
Katanya, pemantauan serta intipan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan mencurigakan di rumah berkenaan sejak beberapa hari lalu.
Menurutnya, ketika serbuan dibuat, mendapati 19 orang termasuk tiga daripadanya wanita sedang asyik bermain judi jenis Balangkas.
Beliau berkata, pihaknya menahan kesemua yang disyaki itu dan merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian termasuk cip, mangkuk tembikar, buah dadu dan keratan tikar getah.
“Pihak kami turut merampas wang tunai RM66,596.00 dari meja perjudian dan juga daripada suspek yang ditahan itu.
“Kesemua suspek kini ditahan di IPD Hilir Perak untuk siasatan dan katanya pihaknya akan menyiasat kes ini di bawah seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala pemilik rumah berkenaan pula turut akan di siasat di bawah seksyen 4(1)(b) akta yang sama,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain, Mohammad Zaki berkata, Polis Teluk Intan berjaya menahan enam suspek yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah kedai telekomunikasi di Taman Anggerik, dekat sini.
Menurutnya, kesemua suspek melarikan 50 buah telefon bimbit baru pelbagai jenama, sejumlah memori kad, sejumlah pek kad permulaan Celcom dan wang syiling lebih kurang RM100.
Katanya, sebelum kejadian pemilik kedai berkenaan menutup perniagaannya seperti biasa jam 7 petang kelmarin namun pemilik kedai berkenaan terkejut mendapati kedainya di pecah masuk dan keadaan kedainya berselerak apabila membuka kedainya jam 7 pagi semalam untuk memulakan perniagaannya seperti biasa.
“Bertindak atas laporan yang dibuat mangsa, sepasukan anggota polis yang diketuai Pegawai Penyiasat Kanan, Inspektor Yuswadi Yusuf menyerbu sebuah rumah di Jalan Changkat Jong, dekat sini dan menahan enam lelaki dan merampas wang syiling RM100, sembilan
buah telefon bimbit daripada 50 buah yang dilaporkan dicuri, satu pendrive dan tiga pengecas bateri telefon bimbit.
“Empat daripada mereka di tahan reman selama empat hari manakala dua yang lain di reman selama dua hari untuk siasatan namun seorang lagi berjaya menghilangkan diri dan sedang di buru pihak kami dan kes di siasat di bawah Sekyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.
Mohd Zaki juga menasihatkan orang ramai yang di datangi mana-mana pihak yang ingin menjual telefon bimbit dengan keadaan mencurigakan supaya segera memaklumkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.
'via Blog this'
26 maut pusat pemulihan penagih terbakar
Ketua Jabatan Bomba, Antonio Zavala, berkata, kebakaran itu berlaku di tingkat satu pusat pemulihan berkenaan apabila tilam seorang penghuni dijilat api.
Menurut Menteri Kesihatan, Javier Correa, sekurang-kurangnya tiga mangsa yang cedera berada dalam keadaan parah.
Jurucakap polis memberitahu radio RPP, kematian disebabkan oleh pintu bilik di mana 40 penghuni sedang bersarapan terkunci dan mereka gagal membukanya.
Seorang daripada mangsa yang terselamat berkata, dia berjaya melarikan diri dengan melompat dari tingkat dua bangunan yang terbakar itu. - AFPhref="http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/26mautpusatpemulihanpenagihterbakar/Article/index_html">myMetro | 26 maut pusat pemulihan penagih terbakar:
'via Blog this'
Raja dadah Brazil kena cekup
Fabiano Atanazio da Silva atau ‘FB’ ditahan di bandar Campos di Sao Paulo malam kelmarin, lapor kenyataan itu.
Da Silva dikehendaki kerana menembak jatuh helikopter polis pada Oktober 2009 ketika serbuan pihak berkuasa ke atas pusat pengedaran dadah di Morro dos Macacos yang menyebabkan 17 orang maut. - AFPhref="http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RajadadahBrazilkenacekup/Article/index_html">myMetro | Raja dadah Brazil kena cekup:
'via Blog this'
Vogue Turki tanpa seks, pornografi
Semuanya bermula apabila Ibrahim Burak Birer berang melihat gambar pondan dalam sebuah majalah dan memutuskan untuk mencipta majalah di Istanbul yang ‘mencabar’ gambar lucah.
Bersama rakannya, Mehmet Volkan Atay, 32, Ibrahim menerbitkan majalah Ala yang digambarkan sebagai penerokaan baru terhadap fesyen bertudung.
Ala - bermaksud “paling cantik” - hanya memaparkan model bertudung dan mengiklankan pakaian yang bersesuaian dengan kehendak Islam.
Menurut Ibrahim, majalah Barat seperti Cosmopolitan, Elle, Vogue dan Marie Claire hanya memaparkan isu seks dan gambar lucah.
“Slogan mereka ialah: Seks boleh melariskan.
“Bagaimanapun, kami dan jutaan wanita di seluruh dunia percaya, fesyen tidak semestinya begitu,” katanya.
Walaupun baru mengeluarkan enam edisi, majalah Ala begitu berjaya dan Ibrahim, 31, dan rakannya memutuskan untuk meningkatkan pengedaran beberapa kali ganda.
Ketika ini, Ala mempunyai edaran 30,000 naskhah setiap edisi dan kira-kira 5,000 dilanggan dari luar Turki.
Mehmet berkata, mereka tidak mempunyai pengalaman menerbitkan majalah sebelum ini.
“Kami berkecimpung dalam bidang pemasaran. Kami mahir memahami kehendak pasaran,” katanya kepada SpiegelOnlilne, semalam.
Menurut Mehmet, 1,500 langganan itu dihantar ke Jerman dan mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk keturunan Turki.
Menyedari keadaan itu, Ibrahim dan Mehmet bercadang untuk menerbitkan Ala edisi Jerman pada masa depan.
“Ia bukan produk untuk Muslim saja, sebaliknya akan dipasarkan kepada wanita pelbagai agama kerana gerakan ‘memerangi kelucahan’ penting kepada wanita,” katanya.
Dijual pada harga 9 lira (RM15.30), Ala dianggap sebagai majalah Vogue untuk wanita bertudung oleh majalah Radikal Jerman. - DM
'via Blog this'
Salah guna BB1M: Polis masih jalankan siasatan
JELI 29 Jan. - Polis Kelantan masih menyiasat dua buah kedai buku di Kota Bharu yang didapati menawarkan wang tunai untuk membeli Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) pada harga lebih murah daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).
Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam pada itu turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan pihaknya.
"Kita ada maklumat. Kita sedang siasat perkara ini, siapa-siapa yang jadi mangsa sila beritahu polis," katanya pada Majlis Lawatan Kerja dan Penyampaian Sijil Ahli Jawatankuasa Komuniti Kepolisan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Sheik Azhar Sheik Omar,
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar memberitahu, satu kertas siasatan telah dibuka untuk mendakwa dua pemilik kedai buku di Kota Bharu yang didapati menawarkan wang tunai untuk membeli BB1M pada harga lebih murah.
Pemberian BB1M bernilai RM200 adalah salah satu insentif disediakan kerajaan untuk rakyat dan diberi kepada semua pelajar di Tingkatan Enam, Matrikulasi, Asasi, Politeknik, IPT awam serta swasta yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2012.
Dalam perkembangan lain, Jalaluddin memberitahu, polis masih memburu seorang pemuda berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Edi berhubung insiden tembakan di Kampung Kuchelong, Jelawat Bachok, Jumaat lalu menyebabkan seorang remaja cedera di kaki kanan.
Beliau berkata, polis turut menyiasat bagaimana suspek boleh memiliki senjata api yang digunakan dalam kejadian tersebut serta tujuan dia memilikinya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, Nik Mohamad Baihaki Nik Mahmud, 17, cedera di pergelangan kaki dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan selepas terkena tembakan.
Kes tersebut dilaporkan berpunca daripada perselisihan faham selepas mangsa menggadaikan motosikal jenis Honda EX5 miliknya kepada suspek dengan harga RM200, tetapi diminta membayar RM500 ketika cuba menebus kembali motosikal berkenaan.
'via Blog this'
Bakar motosikal kerana hal peribadi
PETALING JAYA 29 Jan. - Polis menahan seorang daripada suspek yang dipercayai terlibat dalam perbuatan khianat membakar 26 buah motosikal dan sebuah teksi di Apartmen Desa Mentari, di sini semalam.
Berikutan penahanan lelaki berusia 20 tahun itu yang juga penduduk setempat, polis percaya sudah mengenal pasti punca tindakan khianat itu dilakukan.
Menurutnya, suspek ditahan sebaik sahaja dia pulang ke rumahnya yang terletak di salah sebuah blok pangsapuri itu.
"Hasil soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan khianat itu bersama tiga atau empat rakannya yang berusia lingkungan 20-an.
"Suspek yang tidak bekerja mendakwa membakar kenderaan di situ selepas menghadapi masalah peribadi dengan seorang daripada penduduk di blok tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 4 pagi semalam, sebanyak 26 buah motosikal dan sebuah teksi hangus selepas sekumpulan lelaki membaling bom petrol di kawasan kaki lima pangsapuri berkenaan.
Tindakan khianat itu disedari penduduk yang cuba mengejar mereka namun gagal.
Arjunaidi menambah, polis sedang memburu rakan-rakan suspek yang dikesan tidak pulang ke rumah selepas kejadian.
Katanya, selain itu, pihaknya sedang menunggu keputusan Jabatan Kimia bagi mengetahui bahan bakar yang digunakan suspek.
'via Blog this'
Maut dirempuh kereta awal pagi
NIBONG TEBAL 29 Jan. - Seorang lelaki terbunuh selepas kereta jenis Nissan Sunny dipandunya dirempuh sebuah kereta lain di Jalan Besar Sungai Bakap, awal pagi ini.
Teoh Kim Seah, 49, berasal dari Tanjung Piandang, Perak mati di Hospital Sungai Bakap (HSB) selepas dia dikeluarkan dari kereta yang putus dua itu oleh anggota penyelamat dalam kejadian pukul 5.15 pagi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supritendan Shafien Mamat berkata, sebuah kereta jenis Proton Waja yang dikatakan dipandu laju terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh kereta dipandu Kim Seah.
"Akibatnya, kereta mangsa terputus dua dan dia tersepit di tempat duduk pemandu. Sepasukan anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa.
"Dia bagaimanapun mati di HSB akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan manakala pemandu Proton Waja yang berusia 31 tahun hanya cedera ringan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini hari ini.
Shafien menambah, polis masih menyiasat punca sebenar kereta Proton Waja itu dikatakan terbabas termasuk kemungkinan pemandunya berada di bawah pengaruh alkohol.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
'via Blog this'
Mati selepas bawa keluarga bercuti
KOTA BHARU 29 Jan. - Hasrat seorang bapa untuk membawa keluarganya bercuti tercapai, namun berakhir dengan tragedi apabila dia meninggal dunia di bilik penginapan mereka di sebuah hotel di sini pagi ini.
Md. Isa Eden (gambar), 53, bersama keluarga sepatutnya pulang ke kampung halaman di Selangor selepas bercuti di sini sejak tiga hari lalu, namun dia meninggal sewaktu menunaikan solat Subuh.
Menurut isterinya, Liza Jamaludin, 43, arwah suaminya menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan lemah jantung hampir setahun lalu mengadu rasa sakit-sakit badan yang menyukarkannya untuk bangkit dari tidur.
"Saya nasihatkan dia supaya rehat dulu, tiba-tiba wajahnya nampak lain, nafasnya macam nampak tersekat-sekat sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam masa beberapa saat saja.
"Dengan bantuan kakitangan hotel bersama pegawai keselamatan arwah suami saya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan," katanya semasa ditemui di pekarangan bilik mayat hospital berkenaan hari ini.
'via Blog this'
26 pelacur warga asing dicekup dalam rumah teres

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Tindakan 26 pelacur warga asing yang cuba melarikan diri daripada dicekup polis tidak berjaya apabila mereka diberkas dalam serbuan di sebuah rumah teres tiga tingkat di Pandan Perdana, Ampang, di sini awal pagi ini.
Dalam serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya pada pukul 2 pagi itu, kesemua pelacur itu enggan memberi kerjasama dan bersikap degil apabila tidak membuka pintu rumah,
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya terpaksa memecah pintu rumah teres tersebut selepas setengah jam menunggu menggunakan pemotong besi.
Beliau berkata, pihaknya percaya rumah itu digunakan sebagai transit untuk kegiatan pelacuran di sekitar Kuala Lumpur. Katanya, ada di antara pelacur itu cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah namun berjaya dihalang polis dan ada yang cuba bersembunyi di dalam rumah itu.
"Pemeriksaan mendapati, sebahagian besar pelacur rakyat Myanmar dan Thailand yang berusia antara 19 dan awal 20-an itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah," katanya ketika ditemui selepas mengetuai serbuan tersebut.
Sementara itu, Amiruddin berkata, dalam serbuan berasingan di sebuah pusat hiburan di Ampang, pihaknya menahan 30 pengunjung dan 11 wanita yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO).
Beliau berkata, siasatan mendapati, pusat hiburan itu menjual kalungan bunga dan kostum khas kepada pelanggan sebagai bayaran untuk mereka melanggan GRO kegemaran mereka.
Tambah Amiruddin, bunga itu dijual antara RM20 dan RM100 mengikut kuantiti bunga manakala kostum khas itu boleh mencecah RM500.
"Kesemua wanita itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk menjalani ujian air kencing serta pengesahan dokumen," katanya.
'via Blog this'
Polis kesan pemilik kereta kelabu metalik
MELAKA 29 Jan. - Polis sedang mengesan sebuah kenderaan berwarna kelabu metalik yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari sehingga meragut nyawa seorang wanita di Jalan Tun Teja, Cheng di sini awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supritendan Muhammad Koey Abdullah berkata, pencarian ini berdasarkan penemuan cermin sisi kiri sebuah kenderaan berwarna kelabu di tempat kejadian.
"Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan bagi mengesan jenis kenderaan itu yang mungkin berwarna kelabu metalik berdasarkan warna cermin sisi itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Awal pagi semalam, Rosmariah Mohamad, 34, maut setelah cedera parah di kepala selepas tercampak kira-kira lima meter ke dalam longkang bersebelahan jalan setelah dilanggar oleh sebuah kenderaan.
Mangsa keluar dari rumah pada pukul 12.30 tengah malam untuk mencari dua anaknya yang tidak pulang-pulang selepas bermain futsal di sebuah gelanggang kira-kira 500 meter dari rumahnya.
Mayat mangsa hanya ditemui pada pukul 8 pagi semalam selepas penduduk berhampiran menemui mayat seorang wanita dalam longkang itu.
Sehubungan itu, Muhammad Koey meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di talian 06-2481999.
Sementara itu, usaha untuk menemubual suami dan dua anaknya di rumah mereka di Rumah Pangsa Cheng Mutiara gagal kerana mereka tiada di rumah.
Menurut jirannya, keluarga itu tiada di rumah sejak petang semalam kerana berada di Kluang, Johor.
'via Blog this'
Pusat judi Internet diserbu
azeli.ali@utusan.com.my

NIBONG TEBAL 29 Jan. - Pengendali pusat perjudian Internet kini semakin licik mengaburi mata pihak berkuasa bagi mengelak kegiatan mereka dikesan, termasuk menggunakan alat kawalan jauh yang mampu mematikan skrin komputer secara automatik apabila diserbu.
Kegiatan itu dikesan dalam operasi khas judi Internet yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat bersama 50 anggota dan pegawai selama enam jam bermula pukul 3 petang di sekitar Nibong Tebal semalam.
Dalam operasi di sekitar Nibong Tebal, Sungai Bakap, Simpang Ampat dan Bukit Tambun itu, 11 premis perjudian Internet diserbu dan polis menahan 12 penjaga premis serta 23 lelaki yang leka bermain judi Internet.
Menurut Shafien, pihaknya turut merampas 130 set komputer, buku log berisi butir-butir pertaruhan dan sejumlah wang tunai serta beberapa peralatan lain, termasuk alat kawalan jauh terbabit dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM290,000.
"Kita mengesan beberapa premis yang menggunakan alat kawalan jauh bagi mematikan sistem komputer secara automatik sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa. Ia dipantau menerusi kamera litar tertutup.
"Selain itu, beberapa premis juga dikesan menggunakan sistem suis berpusat yang mampu mematikan skrin komputer secara automatik dan ini menukarkan pihak berkuasa untuk mendakwa mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.
Tambah Shafien, kesemua penjaga premis kini ditahan untuk siasatan lanjut manakala pengunjung yang berusia lingkungan 20-an hingga 40-an dibebaskan dengan jaminan polis.
Tiga daripada mereka didapati positif mengambil dadah jenis heroin dan akan didakwa di bawah kesalahan dadah.
Katanya, rampasan itu merupakan yang terbesar di daerah ini sejak awal tahun ini dan pihaknya akan terus memantau kegiatan tersebut dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat menganjurkan perjudian Internet.
Beliau berkata, kebanyakan premis ini beroperasi di taman perumahan dan menjadi tumpuan para remaja. Oleh itu, orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya mengesan premis perjudian ini di kawasan mereka.
'via Blog this'
Dua nelayan maut, tiga masih hilang
pengarang@utusan.com.my

ALOR SETAR 29 Jan. - Fenomena angin kencang dan laut bergelora yang melanda perairan negara sejak beberapa hari lalu mengakibatkan empat kemalangan bot karam berlaku dan meragut nyawa dua nelayan.
Dua kematian membabitkan masing-masing nelayan tempatan dan seorang warga Indonesia berlaku di perairan Pulau Songsong, Kuala Kedah dan utara Pulau Tioman, Pahang semalam dan awal pagi ini.
Di KUALA KEDAH, seorang nelayan maut manakala 19 lagi terapung di laut selama setengah jam apabila bot pukat jerut mereka karam dipukul ombak besar berhampiran Pulau Songsong, kira-kira 20 batu nautika (37 kilometer) dari Kuala Kedah awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, Ahmad Radzi Ghazali, 56, tidak sempat memakai jaket keselamatan lalu tenggelam bersama bot yang karam itu.
Tekong bot, Mohd. Ismail Hashim, 55, berkata, dia bersama 19 awak-awak keluar dari jeti Kuala Kedah untuk menangkap ikan sejak pukul 2 petang semalam.
"Ketika kejadian, kami sedang bersiap-sedia untuk pulang, tetapi bot kami bergerak lambat sebab tangkapan ikan banyak iaitu kira-kira tujuh tan.
"Tiba-tiba, ombak besar datang dan menghempas bot. Saya mengarahkan kesemua awak-awak duduk di depan bot dan memakai jaket keselamatan kerana bahaya jika mereka duduk di belakang bot," katanya selepas dikunjungi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom di Restoran Oasis, Kuala Kedah di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa berada di dalam kabin bot untuk mengambil dompetnya dan ketika itu satu ombak besar sekali lagi menghempas menyebabkan bot mereka terbalik dan karam.
Dia berkata, Ahmad Radzi tidak sempat keluar dari bot dan mayatnya ditemui terapung-apung tidak jauh dari kumpulan nelayan itu kira-kira 20 minit kemudian. Mereka kemudiannya diselamatkan oleh sebuah bot nelayan lain setelah 30 minit terapung di lautan.
Sementara itu, dalam satu lagi kejadian, tiga nelayan dari Kuala Kedah terapung hampir 30 jam di perairan Pulau Payar, Pulau Langkawi setelah bot mereka karam dipukul ombak.
Chin Chin Kein, 49; Safuri Dahari, 37, dan Amirul Anuar Fadzullah, 18, keluar untuk menangkap ikan dari jeti Kuala Kedah sejak Khamis lalu dan bot mereka karam kira-kira pukul 2 pagi sehari kemudian.
Kesemua ditemui kira-kira pukul 10.20 pagi semalam oleh nelayan tempatan dalam keadaan selamat dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah.
Di KUANTAN, seorang nelayan warga Indonesia maut, dua hilang manakala dua lagi terselamat selepas bot yang mereka naiki karam akibat terlanggar batu di perairan Pulai Tulai dekat Pulau Tioman, Rompin Jumaat lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai La Mafi, 62, manakala dua lagi hilang dikenali La Lesi, 36, dan seorang lagi dikenali sebagai Syarifuddin, 32. Ketiga-tiga mereka berasal dari Buton, Indonesia.
Dua lagi mangsa iaitu tekong, dikenali sebagai Samsudin, 31, dari Buton, Indonesia dan Johari Jalil, 30, dari Kudat, Sabah berjaya diselamatkan.
Bot nelayan pukat tunda itu dikatakan keluar dari Jeti Endau, Johor untuk menangkap ikan sejak 22 Januari lalu.
Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuantan, Kapten Maritim Abdul Aziz Idrus berkata, bot nelayan dinaiki lima mangsa terbabit dipercayai mencari tempat berlindung daripada ribut.
"Bagaimanapun, enjin bot nelayan terbabit mati dan hanyut ke kiri akibat dilanda ombak dan angin kuat sebelum ia terlanggar batu di sekitar pulau tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.
Sementara itu di SANDAKAN, usaha mencari dan menyelamat seorang nelayan yang dipercayai lemas di Pantai Dandulit, Kilometer 19.2 semalam, masih diteruskan hari ini oleh pasukan penyelamat.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mangsa, Itang Culali, 68, dipercayai lemas selepas turun ke laut petang semalam.
Menurutnya, mangsa yang telah turun ke laut untuk menangkap ikan bersama isteri dan seorang anaknya sekitar pukul 7 pagi namun ahli keluarganya terselamat.
'via Blog this'
Pusat pemulihan terbakar, 26 maut

LIMA, Peru 29 Jan. - Sebuah pusat pemulihan khas untuk penagih dadah dan alkohol di daerah Andean hangus dijilat api semalam, menyebabkan 26 pesakit maut.
Beberapa mangsa yang terselamat berkata, kebakaran itu berpunca daripada dua pesakit yang menyalakan api dan mereka gagal menyelamatkan diri kerana pusat itu berkunci bagi mengelakkan pesakit melarikan diri ketika menjalani rawatan.
"Dua mangsa cuba melarikan diri dengan membakar beberapa helai pakaian dan melemparkannya ke pejabat pengurus. Selepas itu api terus marak dan menyambar bahagian dalam bangunan," kata seorang mangsa yang terselamat, Wilmer Garcia.
Kebanyakan mangsa maut akibat sesak nafas.
Datuk Bandar Lima, Susana Villaran berkata, pusat tersebut tidak mempunyai lesen perbandaran dan langkah drastik perlu diambil bagi mengelak kejadian serupa.
"Ini merupakan satu tragedi besar. Keluarga menghantar saudara mereka yang ketagih dadah dan alkohol dengan hasrat mereka boleh dipulihkan. Pusat ini sepatutnya dipantau oleh Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa perbandaran," katanya. - REUTERS
'via Blog this'
Warga asing proses sampah di rumah, buang merata

AMPANG 29 Jan. - Penduduk Taman Melur di sini meminta Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bertindak terhadap warga Myanmar dan Nepal yang membuang sampah secara sesuka hati sehingga mengotorkan kawasan perumahan itu.
Kata mereka, warga asing itu menjadikan rumah mereka sebagai tempat pengasingan sampah sebelum membuang sampah yang tidak diperlukan berhampiran laluan masuk ke kawasan itu.
Selain itu, mereka juga kecewa dan kesal kerana MPAJ dilihat masih gagal menguruskan soal kutipan sampah di kawasan perumahan di situ dan sekitar Ampang dengan berkesan.
Kata mereka, masalah itu mula berlaku sejak pengurusan sampah di kawasan itu diuruskan sendiri oleh MPAJ dan bukan lagi oleh Alam Flora.
Seorang penduduk Taman Melur, Zurinah Mohd. Yusoff, 48, berkata, masalah sampah yang dilonggokkan berhampiran laluan masuk taman perumahan itu yang berpunca daripada warga asing itu seperti tidak kesudahannya.
Katanya, bukan itu sahaja, sampah domestik yang sepatutnya dikutip tiga kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu dan Jumaat juga tidak dilaksanakan mengikut jadual.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Abdul Rahman A. Bakar, 47, berkata, kehadiran warga Myanmar dan Nepal yang mengutip barangan kitar semula menyumbang kepada masalah sampah itu.
Menurutnya, golongan itu akan membawa pulang sampah ke rumah mereka untuk memilih apa yang mereka mahu dan membuang apa yang tidak dikehendaki di merata tempat terutama di laluan masuk itu.
"Malah mereka juga pernah membakar longgokan sampah di sini bagi mengambil besi-besi dari tilam dan sebagainya untuk dijual. Keadaan ini bukan sahaja mengotorkan kawasan perumahan malah membahayakan keselamatan penduduk," katanya ketika ditemui di sini.
Dalam pada itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Ben Liew berkata, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk mengenai masalah sampah yang tidak dikutip mengikut jadual.
Beliau berkata, sejak kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan sampah pada Oktober lalu, pelbagai masalah pengurusan sampah berlaku di negeri ini.
"MPAJ dan kerajaan Selangor perlu bertindak segera kerana sampah yang tidak diuruskan dengan baik akan menyumbang kepada masalah lain terutama penyakit," katanya.
'via Blog this'
Indonesia dilanda ribut, 14 maut

JAKARTA 29 Jan. - Jumlah korban akibat ribut serta hujan lebat yang melanda Indonesia minggu lalu meningkat kepada 14 orang, lapor pihak berkuasa, hari ini.
Lebih 2,300 buah rumah di 35 daerah dan bandar termasuk pulau peranginan terkenal Bali musnah akibat ribut berserta hujan lebat yang berterusan selama empat hari.
"Jumlah korban meningkat kepada 14 orang, manakala 60 cedera.
"Kesemua mangsa maut akibat dihempap pokok-pokok tumbang," kata jurucakap Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.
Ribut itu dibawa oleh Siklon Tropika Iggy di Lautan Hindi, iaitu di selatan Bali dan berhampiran kepulauan Nusa Tenggara.
"Namun siklon itu semakin lemah dan bergerak meninggalkan Indonesia," jelas Sutopo.
Pada minggu lalu, akhbar Jakarta Globe melaporkan, sebuah feri membawa lebih 200 penumpang termasuk lima warga Australia yang menuju ke kepulauan Gili hampir karam selepas dipukul ombak besar setinggi tiga meter.
Tiada kematian dilaporkan dalam kejadian tersebut. - AFP
'via Blog this'
4 sekeluarga nyaris maut, rumah dipukul ribut

PONTIAN 29 Jan. - Empat sekeluarga nyaris maut apabila rumah mereka hampir musnah akibat dilanda ribut dan angin kencang di Kampung Puteri Menangis, Ayer Baloi di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, hampir kesemua bumbung rumah mangsa tercabut malah kayu penahan bumbung kediaman itu hampir menimpa salah seorang ahli keluarga yang menghidap penyakit angin ahmar.
Mangsa, Bukari Kasri, 44, memberitahu, ketika kejadian, dia bersama isteri serta anak perempuannya sedang berehat di ruang tamu manakala adiknya Nor Nini, 40, yang menghidap penyakit angin ahmar berada di dalam bilik.
"Sebelum angin kencang melanda, hujan renyai-renyai sebelum kian lebat. Ketika itu, ribut melanda dan mula menerbangkan bumbung rumah. Tiba-tiba, sebatang kayu penahan bumbung sepanjang kira-kira 20 meter jatuh dan nyaris mengenai adik saya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.
Bukari mendakwa, dia kerugian kira-kira sekitar RM15,000 berikutan kerosakan yang berlaku termasuk bumbung, dinding dan beberapa bahagian lain.
Selain itu, katanya, beberapa barangan elektrik seperti peti sejuk dan kipas turut rosak setelah kediaman mereka dimasuki air.
Sementara itu, Ketua Kampung Kawasan (1) Mukim Ayer Baloi, Ahmadon Md. Som berkata, kejadian itu merupakan yang pertama berlaku di kampung berkenaan.
Beliau berkata, masalah berkenaan akan dibawa kepada perhatian pihak berkuasa agar bantuan segera dapat diberikan bagi meringankan bebanan mangsa.
"Kerja-kerja membaiki rumah berkenaan akan dilakukan secepat mungkin oleh penduduk kampung bagi membolehkan mereka sekeluarga mempunyai tempat berlindung.
"Kami turut bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Bukari dan akan cuba sedaya upaya untuk meringankan beban mereka," katanya.
'via Blog this'
Gelang emas hilang rupa-rupanya dilebur
manirah.othman@kosmo.com.my
![]() |
MOHD. ROSLI menunjukkan kepingan emas bernilai RM26,000 yang telah dilebur di Hulu Terengganu semalam. |
HULU TERENGGANU - Dua utas gelang tangan emas bernilai kira-kira RM26,000 yang dilarikan dari sebuah rumah 16 Januari lalu berjaya ditemui semula, namun bukan dalam bentuk asalnya lagi.
Emas tersebut didapati telah dilebur dan dibentuk leper selepas ia dijual oleh suspek berusia 32 tahun kepada peraih emas di bandar ini selepas memecah masuk sebuah rumah di Felda Bukit Bading, dekat sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superitenden Mohd. Rosli Mohd. Amir memberitahu, penemuan iu dilakukan susulan penahanan seorang penagih dadah di Felda Bukit Bading, dekat sini Rabu lalu.
'via Blog this'
Gagal dihubungi sebelum mati
manirah.othman@kosmo.com.my

HULU TERENGGANU – “Arwah pergi tanpa tinggal sebarang pesan dan dia juga tidak tunjuk sebarang perubahan.”
Demikian luahan seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Suhana, 29, bakal tunang Lans Koperal Yaseer Janudin, 26 yang maut selepas ditembak rakannya ketika keluar berburu, kira-kira pukul 9.40 malam, Khamis lalu.
Kejadian berlaku apabila rakan mangsa seorang kakitangan Jabatan Kesihatan daerah Hulu Terengganu menyangkakan dia rusa ketika mereka berburu di kawasan hutan Kampung Kuala Menjing, dekat sini.
Ia mengakibatkan mangsa yang bertugas di Unit Persenjataan Ibu Pejabat Polis Hulu Terengganu yang ditembak pada dada sebelah kiri maut di tempat kejadian.
Menurut Suhana, dia juga sebenarnya tertunggu-tunggu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas kali terakhir berhubung dengan bakal tunangnya itu kira-kira dua jam sebelum kejadian.
'via Blog this'
Rumah teres tempat sembunyi pelacur
shafawati.yup@kosmo.com.my

AMPANG JAYA – Tindakan 26 pelacur yang enggan membuka pintu rumah hanya bertahan setengah jam sebelum kesemua wanita itu diberkas selepas polis berjaya memecah masuk rumah yang dijadikan tempat persembunyian warga asing itu semalam.
Ketika serbuan pukul 1 pagi di sebuah rumah teres tiga tingkat di Pandan Perdana dekat sini oleh anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), pelacur-pelacur itu bersikap degil dengan enggan membuka pintu rumah untuk diperiksa.
Namun selepas setengah jam, anggota polis gagal memujuk supaya pintu rumah itu dibuka, polis terpaksa memecah rumah berkenaan dengan menggunakan pemotong besi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis percaya rumah tersebut digunakan oleh wanita warga asing itu sebagai transit untuk kegiatan pelacuran di sekitar ibu negara.
“Semasa rumah itu mula dipecahkan, beberapa pelacur itu cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun berjaya diberkas,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
'via Blog this'