Search This Blog

Thursday, January 26, 2012

7 maut, 51 cedera, lebih 1,000 rumah rosak akibat puting beliung di Indonesia

JAKARTA: Puting beliung dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Pulau Jawa dan Bali semalam mengakibatkan tujuh orang maut, 51 cedera dan lebih 1,000 rumah penduduk rosak.

Mangsa yang terbunuh akibat ditimpa pokok terdiri daripada tiga orang di Purbalingga, masing-masing seorang di Jakarta Selatan dan Wonosobo serta dua di Bali.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mencatatkan 22 daerah dan bandar dilanda puting beliung, semalam membabitkan wilayah Jakarta Selatan, Kepulauan Seribu, Bekasi, Sukabumi, Indramayu, Magelang, Semarang, Sleman, Wonosobo, Purbalingga, Banjarnegara, Ponorogo, Ngawi, Magetan, Situbondo, Kediri, Blitar, Malang, Bangkalan, Sumenep dan Bali.
Kerosakan rumah paling banyak ialah di Kepulauan Seribu yang membabitkan sejumlah 499 rumah. 

BNPB berkata, puting beliung dan angin kencang yang berlaku semalam dipengaruhi siklon tropika IGGY di Lautan Hindi di sebelah Selatan Bali dan Nusa Tenggara.

Menurut ramalan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia, siklon tropika IGGY membawa kesan tiupan angin berkelajuan lebih 36 kilometer sejam dan gelombang laut setinggi empat hingga enam meter di beberapa perairan Indonesia. - BERNAMA 

Bayi maut: JKM Selangor kunci taska

SHAH ALAM: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor hari ini melaksanakan proses lak terhadap pusat jagaan kanak-kanak dan taska di Taman Permata, Ampang yang terbabit dalam kes dua bayi maut pada 19 Januari lalu.

Pengarahnya, Nik Omar Nik Ab Rahman, berkata proses lak atau mengunci itu adalah bagi tempoh 21 hari bermula hari ini, untuk membolehkan siasatan terperinci dijalankan berhubung kes tersebut.

Bercakap pada sidang media di sini, Nik Omar berkata pusat jagaan terbabit berdaftar dengan JKM sejak Disember lalu, namun taska yang menempatkan dua bayi malang terbabit didapati beroperasi tanpa lesen.
"Kita mendapati pihak pusat jagaan berkenaan membuka sebuah taska di premis bersebelahan untuk kanak-kanak di bawah empat tahun yang turut menempatkan dua bayi malang itu," katanya. 

Nik Omar berkata, pihaknya difahamkan yang dipercayai baru beroperasi itu menempatkan 13 kanak-kanak di bawah usia empat tahun termasuk dua bayi terbabit, dan hanya dijaga oleh seorang pengasuh sepenuh masa. 

Siasatan awal juga mendapati taska itu tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan iaitu tidak cukup pengasuh, tiada kelulusan agensi teknikal, tiada aktiviti yang merangsang perkembangan kanak-kanak, tidak dilengkapi dengan perabot yang sesuai dan mainan kanak-kanak serta tiada penyelengaraan yang baik. 

Sementara itu mengulas kes berbeza, Nik Omar berkata sebuah taska di Seksyen 8 di sini diberikan Notis Lak hari ini, selepas didapati beroperasi tanpa lesen. 
"Kita menerima aduan seorang bayi jatuh ketika diletakkan di taska ini dan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Selepas diperiksa kita dapati taska ini beroperasi tanpa lesen," katanya. 

Nik Omar berkata, notis itu meminta taska berkenaan memberhentikan operasinya kerana pihak JKM akan menjalankan siasatan ke atas premis terbabit. 

Sementara itu, pemilik taska terbabit yang enggan dikenali menghambur kata-kata kasar kepada Nik Omar ketika pengarah JKM tersebut mahu menyerahkan notis berkenaan. 

Nik Omar juga berkata terdapat lebih 1,000 taska tidak berdaftar dengan JKM di Selangor. 

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar lebih prihatin dalam memilih taska bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Nik Omar berkata, pengusaha taska juga perlu bertanggungjawab apabila memilih untuk menawarkan perkhidmatan taska kerana ia membabitkan amanah dan nyawa manusia. 

"Jangan hanya memikirkan keuntungan, kena amanah," katanya. - BERNAMA 

Kolej `rompak’ duit PTPTN

KUALA LUMPUR - Sekumpulan pelajar sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan menggesa pihak berkenaan mengambil tindakan terhadap kolej itu, yang didakwa mereka “merompak” duit sara diri bulanan pelajar.
Kumpulan 432 pelajar tahun akhir itu mendakwa, daripada RM535 sebulan yang diberi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hanya RM100 ditinggalkan di dalam akaun bank mereka oleh pihak pentadbir kolej tersebut.
"Sebelum ini saya dan rakan-rakan yang lain pernah menandatangani satu dokumen ”direct debit” yang dikeluarkan pihak kolej di awal permohonan untuk membuat pinjaman PTPTN,” kata wakil mereka yang mahu dikenali sebagai Fisza.
Pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan itu ditemui bersama tujuh lagi pelajar kolej tersebut ketika membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini hari ini.
Kumpulan pelajar itu mendakwa perkara tersebut dialami semua pelajar termasuk mereka yang telah menamatkan pengajian.
"Kami juga telah membuat dua laporan polis tahun lepas, namun sehingga kini tiada tindakan diambil,” katanya yang mendakwa pihak kolej turut mengugut mereka agar menarik balik laporan itu jika tidak mahu prestasi pengajian terjejas.
Menjawab soalan, Fisza berkata, mereka dipaksa menandatangani dokumen ”direct debit” itu tanpa diberi penjelasan mengapa langkah tersebut dibuat.
Fisza juga mendakwa selepas mendapat tahu ada aduan dibuat terhadap kolej, pihak pengurusan bertindak membayar separuh daripada jumlah keseluruhan duit sara diri tersebut kepada enam pelajar.
Pihak kolej juga meminta pelajar menandatangani dokumen perakuan bahawa mereka telah menerima bayaran penuh dan tidak akan membuat sebarang tuntutan lain selepas itu, katanya.
Kata gadis itu, secara purata setiap pelajar tahun akhir kolej terbabit
“kerugian” kira-kira RM18,000 bagi tempoh tiga tahun pengajian.
Sementara itu, Pengarah Sekretariat PPIM Dr Izham Nayan berkata tindakan kolej terbabit adalah satu penipuan dan pihak berwajib khususnya Kementerian Pengajian Tinggi harus mengambil tindakan menyiasat dakwaan pelajar.
“PTPTN pula perlu memastikan wang pinjaman yang disalurkan pergi tepat kepada sasaran, jangan biarkan kebebasan mutlak pihak pengurusan kolej untuk memastikan berapa jumlah wang sara diri yang perlu diberikan kepada para pelajar ini,” katanya.
— BERNAMA

Polis Marin tahan 16 warga asing di Tanjung Siang





2012/01/26

JOHOR BAHRU: Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua menyerbu kawasan kebun kelapa di Tanjung Siang, Kota Tinggi dan menangkap 16 pendatang tanpa izin (PTI) yang cuba keluar daripada Malaysia secara haram, awal hari ini. 

Ketua Bahagian Risikannya, Deputi Superintendan Rosman Ismail, berkata mereka yang ditahan dalam serbuan pada jam 4.30 pagi itu terdiri daripada rakyat Pakistan, Afghanistan dan Sri Lanka.

"Tiga daripada mereka ialah warga Sri Lanka, (enam) Pakistan dan (tujuh) Afghanistan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kesemua pendatang tanpa izin itu dipercayai menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebelum menunggu masa yang sesuai untuk di bawa keluar menuju ke negara jiran. 

Kes itu disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. 

Katanya, kesemua warga asing itu kini berada di Balai Polis Bandar Penawar untuk siasatan lanjut. - BERNAMA 

Tekong, pembantu dipenjara 8 tahun kerana seludup manusia

KOTA TINGGI: Seorang tekong dan pembantunya dijatuhi hukuman penjara lapan tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kerana menyeludup manusia ke negara ini.

Alexander Yub Kalang, 48, dan Mohd Jali Manaf, 32, dari Indonesia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26A Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Pindaan) 2010 yang membawa hukuman tidak lebih 15 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, Agensi Pengkuatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang melakukan rondaan menahan bot yang dikendalikan Alexander dan Mohd Jali di 0.6 batu nautika dari barat daya Tanjung Pengelih pada jam 11.55 malam, 12 Januari lalu.
Ketika diperiksa, bot itu didapati membawa 45 imigran Indonesia berusia antara 25 hingga 55 tahun tanpa dokumen perjalanan yang sah. 

Hakim Salawati Djambari memerintahkan supaya hukuman dilaksanakan mulai tarikh tangkapan kedua-dua tertuduh. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya APMM, Mohd Safarizal Zakaria manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA 

Polis Johor tahan 2 lelaki, rampas 2 pistol palsu

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dan merampas sepucuk pistol palsu dalam pemeriksaan di sebuah bilik hotel di Jalan Permas 10, Permas Jaya di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata lelaki berusia 29 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan rompak dan curi.

"Dalam pemeriksaan pada jam 10.20 pagi itu, polis menemui sepucuk pistol semi auto dipercayai palsu, sebilah pisau pemotong, satu pita hitam, leraian bahagian pistol semi auto dan satu bateri pistol yang sedang dicas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, hari ini.
Beliau berkata, lelaki itu kini direman selama lima hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api. 

Sehari sebelum itu, seorang lelaki ditahan dan sepucuk pistol palsu turut dirampas dalam pemeriksaan terhadap dua lelaki yang menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan di bandar raya ini. 

Mohd Mokhtar berkata, hasil pemeriksaan terhadap beg sandang yang dibawa lelaki itu menemui sepucuk pistol tanpa kelopak yang bertulis 'United States Property 856918' yang menyerupai pistol sebenar, satu beg hitam, lapan anak kunci, sehelai topeng ski warna hitam dan telefon bimbit. 

"Ketika diperiksa, lelaki itu bertindak agresif dengan cuba menyerang dan merampas pistol anggota polis, menyebabkan pihak kami terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai kakinya. 
"Rakan lelaki itu berjaya melepaskan diri," katanya. 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh dan polis kini sedang memburu rakan lelaki itu yang melarikan diri. - BERNAMA 

Warga Iran terlepas hukuman gantung sampai mati kerana edar dadah

SEREMBAN: Seorang lelaki warga Iran terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas dia dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, daripada tuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 0.371 kilogram, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Radzi Abdul Razak, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mostafa Kamalabadi.

Mostafa, 27, yang diwakili peguam bela Datuk N Sivananthan, dituduh mengedar dadah itu di pejabat kastam Cawangan Narkotik Kampung Jijan, pada jam 11.53, malam 11 Jun 2010.
Hakim Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, terdapat percanggahan keterangan mengenai pembuktian elemen pemilikan dadah oleh tertuduh. 

"Selepas menimbang dan mengambil kira keterangan saksi pendakwaan, saya mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan pertuduhan mengedar dadah, maka mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh," katanya. - BERNAMA 

Dua terbunuh dalam nahas jet pejuang Iran terhempas

TEHRAN: Dua terbunuh apabila jet F-14 buatan Amerika Syarikat terhempas awal hari ini sebaik berlepas, lapor agensi berita Fars.

"Juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat F-14 yang terhempas pagi ini terkorban," kata agensi berita itu yang memetik Gabenor Wilayah Bushehr, Jafar Pourkabgani.
"Jet itu terhempas akibat kerosakan teknikal dan siasatan punca nahas sedang dijalankan," katanya. - AFP

Dadah RM1.53 juta dirampas



26/01/2012 6:35pm

KUALA LUMPUR — Polis menahan enam lelaki warga asing dan dua wanita tempatan dalam beberapa serbuan dadah sejak Jumaat lepas serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.53 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Noor Rashid Ibrahim berkata, suspek berumur 26 hingga 40 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar ibu negara, Puchong dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Dalam sidang media di sini hari ini, Mohd Noor Rashid berkata, dalam serbuan pertama pada Jumaat lepas, dua lelaki Nigeria dan dua wanita tempatan, seorang daripadanya dipercayai menjadi agen untuk merekrut wanita tempatan sebagai keldai dadah, ditahan ketika mereka dalam perjalanan ke KL Sentral. "Polis yang berjaya memintas kenderaan mereka kemudiannya menjumpai 30 bungkusan plastik berisi dadah kokain seberat 1.2 kg yang disembunyikan dalam ruangan khas di but kereta, tapak serta batang penarik plastik pada kedua-dua beg troli yang dijumpai di dalam but kereta itu,” katanya.
Mohd Noor Rashid berkata, selang dua hari kemudian, polis menyerbu sebuah rumah kedai di Ampang dan Puchong sebelum menemui 33 paket plastik berisi dadah disyaki heroin seberat 40.2 kg di dalam beberapa set gelas di rumah tersebut.
"Tiga lelaki Pakistan yang dipercayai mahu menyeludup keluar set gelas berisi heroin tersebut, ditahan polis,” katanya.
Mohd Noor Rashid berkata, dalam kes terakhir, seorang lelaki warga Guinea yang cuba menyembunyikan dadah dengan menelan beberapa ketulan dadah untuk diseludup masuk ke negara ini, ditahan di KLIA.
Beliau berkata lelaki tersebut ditahan Isnin lepas dan pemeriksaan X-Ray oleh pihak hospital mendapati terdapat ketulan-ketulan di dalam perut suspek yang disyaki dadah.
"Sehingga kini, sebanyak 57 ketulan dadah disyaki syabu seberat 971 gram telah berjaya dikeluarkan dari perut suspek,” katanya.
Mohd Noor Rashid berkata kesemua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
— BERNAMA

Dadah bernilai RM1.53 juta dirampas, dua wanita tempatan antara ditahan


KUALA LUMPUR: Polis menahan enam lelaki warga asing dan dua wanita tempatan dalam beberapa serbuan dadah sejak Jumaat lepas serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.53 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Noor Rashid Ibrahim berkata, suspek berumur 26 hingga 40 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar ibu negara, Puchong dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Dalam sidang media di sini hari ini, Mohd Noor Rashid berkata dalam serbuan pertama pada Jumaat lepas, dua lelaki Nigeria dan dua wanita tempatan, seorang daripadanya dipercayai menjadi agen untuk merekrut wanita tempatan sebagai keldai dadah, ditahan ketika mereka dalam perjalanan ke KL Sentral.

"Polis yang berjaya memintas kenderaan mereka kemudiannya menjumpai 30 bungkusan plastik berisi dadah kokain seberat 1.2 kg yang disembunyikan dalam ruangan khas di but kereta, tapak serta batang penarik plastik pada kedua-dua beg troli dijumpai di dalam but kereta itu," katanya.


Mohd Noor Rashid berkata selang dua hari kemudian, polis menyerbu sebuah rumah kedai di Ampang dan Puchong sebelum menemui 33 paket plastik berisi dadah disyaki heroin seberat 40.2 kg di dalam beberapa set gelas di rumah tersebut. - Bernama

Bekas penolong pengarah Kemas dituduh rasuah

BEKAS Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sembilan, Mohd Shukri Ibrahim, 47, (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini terhadap tiga tuduhan rasuah membabitkan pengesahan penerimaan barangan yang belum diterima serta menerima suapan wang tunai bernilai RM2,700 pada 2010 dan 2011. - Foto Dzulkeffli Mustapha


SEREMBAN 26 Jan. - Bekas Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Sembilan, Mohd Shukri Ibrahim dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini, berhubung tiga pertuduhan kerana mengesahkan dokumen palsu penerimaan barangan dan menerima suapan antara 18 Disember 2010 dan 20 Januari tahun lalu.

Mohd Shukri, 47, yang kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kemas di Putrajaya, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Shukri didakwa telah mengesahkan dokumen pesanan kerajaan yang mengandungi pernyataan palsu penerimaan barangan peralatan komputer yang dipesan daripada Syarikat Strategi Kembar Enterprise yang sebenarnya barangan tersebut belum diterima.

Mohd Shukri, yang ketika itu memangku jawatan Pengarah Kemas Negeri Sembilan, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Kemas Negeri Sembilan di sini pada 6 Januari tahun lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa menerima suapan RM700 daripada seorang bernama Shaaron Mansor sebagai dorongan supaya melantik Syarikat Strategi Kembar Enterprise sebagai pembekal bagi pesanan kerajaan. Kesalah didakwa dilakukan di Restoran Tomyam Kualimas, Taman Bandar Senawang, di sini pada 18 Disember 2010.

Dia juga mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan ketiga iaitu menerima suapan RM2,000 daripada Shaaron sebagai dorongan supaya mengesahkan dan meluluskan pembayaran kepada Syarikat Strategi Kembar Enterprise sebagai pembekal pesanan kerajaan di lokasi sama pada 20 Jan tahun lepas.

Di mahkamah sama, pemilik Syarikat Strategi Kembar Enterprise, Amir Fitri Muharram, 24, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan bersubahat dengan Mohd Shukri dengan memperakui bahawa barang-barang itu telah dibekalkan, walaupun sebenarnya ia masih belum diterima. Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Kemas di sini pada 6 Januari tahun lalu.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia P.

Sevan, memohon mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap Amir Fitri dan RM20,000 terhadap Mohd Shukri. Bagaimanapun Amir Fitri, yang tidak diwakili peguam, memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu kerana tidak mampu disebabkan pendapatan bulanannya tidak sampai RM2,000, selain perlu menanggung bapanya.

Mohd Shukri pula, yang diwakili peguam Param Sundram, memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan tersebut kerana mempunyai seorang isteri dan enam orang anak selain berpendapatan hanya RM3,000 dan tidak mampu membayar wang jaminan sebanyak itu.

Nursinah kemudiannya mengenakan jaminan RM6,000 bagi Amir Fitri dengan seorang penjamin dan RM10,000 bagi Mohd Shukri dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Feb ini sebagai tarikh sebutan semula kes. — BERNAMA

Utusan Malaysia Online - Terkini:

'via Blog this'

Ribut terbangkan bumbung 12 rumah



26/01/2012 2:10am

KUALA LUMPUR — Bumbung 12 unit kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka di Lembah Pantai dekat sini diterbangkan angin dalam kejadian ribut petang semalam.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6 petang itu kerana tingkat atas flat berkenaan tidak berpenghuni.
Ketua Operasi yang juga Ketua Balai Bomba Pantai, Hamid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.05 petang dan tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian.
"Kita dibantu lapan anggota dari Balai Bomba Damansara. Kita dapati zink tercabut semasa hujan petang tadi. Pada masa ini, kita sedang mengalihkan zink yang jatuh itu,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Dalam kejadian itu, kira-kira 30 motosikal dan 10 kereta musnah dihempap zink.
Sementara itu, bumbung tingkat 17 Pangsapuri Muhibbah di Taman Desa, yang terletak berhampiran PPR Seri Cempaka, turut diterbangkan angin.
Ketua Bomba Taman Desa Saparisan, Ramli berkata, walaupun terdapat penghuni di tingkat itu, tidak ada kecederaan dilaporkan. — BERNAMA

Pegawai polis bebas tuduhan rasuah



26/01/2012 3:09pm

PUTRAJAYA 26 Jan. - Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) lega apabila Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan menerima rasuah RM1,000 berhubung penyelesaian satu kes bunuh, hampir lima tahun lalu.
Ia berikutan keputusan panel tiga hakim diketuai oleh Datuk K.N. Segara yang sebulat suara membebaskan ASP Ramadzan Abdul Rahim, 53, selepas membenarkan rayuan akhirnya.
Ketika didakwa, dia merupakan pegawai yang berkhidmat di Bahagian Siasatan Warisan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru, Johor. Ramadzan kemudian digantung tugas sementara menunggu kesnya selesai.
Hakim Segara yang bersidang bersama Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail berpuas hati bahawa wujud keraguan berhubung penyerahan wang RM1,000 yang didakwa berlaku dalam kereta pegawai polis tersebut.
Ramadzan diwakili oleh peguam-peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Hanif Hassan. - Utusan

Dua rumah musnah dalam kebakaran



26/01/2012 10:27am

ALOR SETAR - Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang setelah rumah yang didiami sejak 45 tahun lalu musnah dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah berkembar dua tingkat di Jalan Datuk Kumbar dekat sini.
Kebakaran berlaku pada kira-kira pukul 5.15 petang semalam itu dipercayai berpunca dari rumah tengah yang merebak ke rumah bersebelahan manakala sebuah kedai perabot berhampiran pula hanya terbakar di bahagian tepi sahaja.
Ketika kejadian, penghuni rumah berkenaan yang juga pemilik kedai perabot tiada di rumah kerana sedang bercuti dan menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Singapura.
Mangsa kebakaran, Norsham Ahmad, 69, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat bersama suami, Raja Bukhari Raja Abdullah, 68, serta seorang anak lelaki dan seorang cucu perempuan berusia 12 tahun di ruang tamu rumah.
"Tiba-tiba orang yang lalu lalang di hadapan rumah beritahu api sedang marak di rumah sebelah dan kedai perabot. Saya cuba masuk ke dalam rumah nak menyelamatkan harta benda dan dokumen penting namun dihalang orang ramai yang berada di tempat kejadian," katanya.
Norsham berkata, anak lelakinya hanya sempat menyelamatkan keretanya yang berada berhampiran rumah dan cuba masuk ke dalam rumah semula untuk menyelamatkan barang dan dokumen penting namun gagal disebabkan api marak terlalu cepat.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 5.22 petang.
Empat buah jentera dari balai Bomba Alor Setar dengan kekuatan 32 anggota dan turut dibantu 10 jentera Bomba sukarela dikejarkan bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak ke rumah berhampiran.
Katanya, pasukannya dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 15 minit dan berjaya memadam keseluruhan api pada pukul 6.30 petang serta berjaya menyelamatkan kedai perabot daripada musnah teruk.
Ahmad berkata, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Cubaan larikan RM552,000 gagal



26/01/2012 2:10am

KUALA LUMPUR — Polis menahan dua lelaki yang cuba melarikan wang tunai RM552,000 daripada pengawal keselamatan yang sedang membawa masuk karung wang tersebut ke dalam sebuah van di Bandar Baru Bangi dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian itu berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Bandar Baru Bangi kira-kira pukul 10.40 pagi semalam.
Kejadian itu berlaku ketika dua pengawal keselamatan yang sedang menjinjing karung wang tersebut dari pusat membeli belah itu untuk dibawa ke sebuah van, telah didatangi dua lelaki yang menaiki motosikal dan bersenjata pistol mainan, katanya.
Beliau berkata, seorang daripada pengawal keselamatan itu yang menyedari pistol itu pistol mainan telah bertindak menarik suspek yang membonceng motosikal itu dan menyebabkannya terjatuh ke atas jalan raya.
Lelaki berumur 20 tahun itu terus diberkas oleh orang ramai yang melihat kejadian itu, sementara penunggang motosikal yang berumur 30 tahun berjaya melarikan diri, katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan polis, lelaki 30 tahun itu berjaya diberkas di sekitar Kajang dengan bantuan polis bantuan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Kedua-dua mereka disiasat bagi kesalahan rompakan sehingga mendatangkan kecederaan mengikut Seksyen 394/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan, katanya. — BERNAMA

Ahli perniagaan dirompak lebih RM200,000 di Georgetown





2012/01/26

GEORGETOWN: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk kerugian lebih RM200,000 apabila dirompak oleh empat lelaki bersenjatakan parang dan pisau yang memecah masuk kediamannya di Jalan Kebun Bunga di sini, awal pagi tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC II Zahruddin Abdullah, berkata pada kejadian jam 3.30 pagi itu, kumpulan perompak yang dipercayai warganegara asing terbabit mengumpil tingkap belakang dan menyelinap masuk ke dalam bilik anak mangsa sebelum mengikatnya.

Mereka kemudian memasuki bilik tidur utama dan mengejutkan ahli perniagaan itu bersama isterinya yang sedang tidur sebelum mengikat tangan dan kaki kedua-duanya.
"Kumpulan perompak terbabit yang dikatakan menutup separuh muka mereka dengan kain turut mengikat pembantu rumah dan rakan anak mangsa yang sedang tidur di bilik berasingan sebelum mereka menggeledah rumah itu dan melarikan wang tunai, barangan kemas dan jam pelbagai jenama berjumlah RM200,000 dalam masa kira-kira 15 minit saja," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Bagaimanapun, ahli perniagaan berkenaan berjaya melepaskan ikatan selepas 30 minit perompak itu melarikan diri dan terus menghubungi polis. 

Zahruddin berkata, polis yakin dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam waktu terdekat berikutan terdapat imej kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kesemua perompak berumur lingkungan 20-an dan 30-an itu. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan bagi rompakan berkumpulan dan rompakan bersenjata, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada 20 tahun dan sebatan. - BERNAMA 

Inspektor polis dihadap ke mahkamah dakwaan rasuah





2012/01/26

SHAH ALAM: Seorang pegawai polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM3,000 daripada seorang pemandu teksi kira-kira tiga tahun lalu. 

Inspektor Mohd Firdaus Mohd Japar, 26, dari Cawangan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling, didakwa menerima suapan itu sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes adik pemandu teksi itu dan rakannya yang ditahan bagi siasatan kes samun dan rompak.

Mohd Firdaus didakwa menerima RM3,000 daripada Norman Sapingai, 31, di Balai Polis Sungai Buloh pada 23 Februari 2009.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi. 

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh perbicaraan dari 2 hingga 6 April. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mahamad Sukri Abu Seman manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Nawab Zadah Khan. - BERNAMA 

Wanita tempatan rekrut keldai dadah antara ditahan



26/01/2012 3:17pm

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa setelah menahan lapan individu termasuk dua wanita tempatan yang dipercayai keldai dadah di sekitar ibu negara, baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, salah seorang daripada suspek wanita itu merupakan orang tengah sindiket yang merekrut wanita tempatan untuk menjadi keldai dadah.
Beliau berkata, kesemua rampasan dalam tiga operasi tersebut bernilai RM1.53 juta. – Utusan

Pemuda cuba bunuh wanita mengandung, kekal dipenjara



26/01/2012 3:06pm

PUTRAJAYA 26 Jan. - Seorang pemuda kekal menjalani hukuman penjara 15 tahun atas sabitan cuba membunuh seorang rakan yang sedang mengandung selepas rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Hakim Datuk Zaharah Ibrahim dan Hakim Datuk Linton Albert memutuskan demikian secara sebulat suara terhadap M. Nesan, 28.
Nesan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor pada 8 Januari 2010 yang mengekalkan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.
Nesan didakwa cuba membunuh wanita berusia 33 tahun itu yang merupakan adik angkat kepada salah seorang rakannya dengan cara mengelar bahagian leher, menikam perut dan belakangnya menggunakan senjata tajam dengan niat menyebabkan kematian mangsa.
Nesan diwakili oleh peguam Paul Krishnaraja manakala Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad mewakili pihak pendakwaan. -Utusan

Kastam Sabah rampas barangan seludup


26/01/2012 1:07pm

KOTA KINABALU — Kastam Sabah merampas pelbagai barangan larangan, bersubsidi dan kawalan bernilai lebih RM590,000 dalam operasi di tiga daerah di pantai timur negeri ini sepanjang minggu lepas.

Timbalan Pengarah Kastam negeri, Hamzah Sundang berkata, barangan terbabit dipercayai diseludup masuk dan juga keluar negara jiran.

"Semua rampasan dilakukan oleh Pasukan Kastam Marin Sabah dalam operasi 10 hari dikenali sebagai Operasi Pasukan Marin Bersepadu.

"Ia dijalankan bermula 12 hingga 22 Januari di kawasan pantai timur Sabah melibatkan daerah Tawau, Lahad Datu dan Semporna,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Hamzah berkata, antara barangan terbabit ialah rokok, mercun, petrol dan diesel, serta barangan kawalan seperti makanan, daging beku, minyak masak, tepung dan gula.

Selain itu pihaknya turut menahan tiga lelaki warga asing berumur antara 22 dan 30 tahun kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan penyeludupan minyak petrol dan diesel.

Hamzah juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan di negeri ini supaya menghubungi pejabat Kastam terdekat atau menghubungi talian bebas tol 1-800-88-8855. — BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Tekong dan pembantu dipenjara


26/01/2012 2:01pm

KOTA TINGGI — Seorang tekong dan pembantunya dijatuhi hukuman penjara lapan tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kerana menyeludup manusia ke negara ini.

Alexander Yub Kalang, 48, dan Mohd Jali Manaf, 32, dari Indonesia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26A Akta Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Pindaan) 2010 yang membawa hukuman tidak lebih 15 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia yang melakukan rondaan telah menahan bot yang dikendalikan Alexander dan Mohd Jali di 0.6 batu nautika dari barat daya Tanjung Pengelih pada pukul 11.55 malam, 12 Januari lalu.

Ketika diperiksa, bot itu didapati membawa 45 imigran Indonesia berusia antara 25 hingga 55 tahun tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Hakim Salawati Djambari memerintahkan supaya hukuman dilaksanakan mulai tarikh tangkapan kedua-dua tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya APMM Mohd Safarizal Zakaria manakala tertuduh tidak diwakili peguam. — BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Kematian terus meningkat

       
KUALA LUMPUR: Angka kematian akibat kemalangan jalan raya sepanjang Ops Sikap ke-25 sempena Tahun Baru Cina 2012 terus meningkat dengan pertambahan 15 lagi angka korban pada hari kesembilan menjadikan jumlah setakat ini 108 kematian.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), merekodkan tujuh kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal manakala pengguna kereta membabitkan tujuh kematian dan seorang lagi mangsa pejalan kaki.


Namun, jumlah kemalangan menurun dengan 890 kes dicatatkan berbanding hari sebelumnya sebanyak 973 kemalangan jalan raya di seluruh negara dengan 321 kes dilaporkan berlaku di jalan bandaran, 240 di jalan 

Lelaki cuba pecah rumah mati dibelasah

 IPOH: Seorang lelaki yang cuba melakukan jenayah pecah rumah berakhir tragedi apabila suspek dibelasah beramai-ramai hingga mati oleh beberapa individu yang mengejarnya.
Mangsa, Mohd Fairus Razali, 31, berasal dari Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi, di sini, mati pada jam 1.50 pagi kelmarin, di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, selepas dihantar bagi mendapatkan rawatan kecemasan dipercayai akibat kecederaan teruk di kepala.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan berkata, mangsa sebelum itu dilihat cuba menceroboh pintu pagar sebuah rumah di Taman Mas di sini, jam 8 malam Khamis lalu, sambil memegang sebilah pisau.

Suspek miliki tujuh rekod jenayah



         
KUALA LUMPUR: Suspek yang ditembak mati dalam drama tebusan kanak-kanak di Kampung Baru, di sini, Isnin lalu, disahkan mempunyai tujuh rekod lampau, empat daripadanya membabitkan penyalahgunaan dadah manakala tiga lagi bersabit kes jenayah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 3, Akta Culik 1961 walaupun suspek sudah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kelmarin.


Zulkarnain berkata, pakar psikiatri turut menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental dan polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada HKL.

“Mayat suspek dituntut ahli keluarganya jam 8 malam semalam di HKL dan dibawa pulang untuk diuruskan jenazahnya,” katanya.


Katanya, doktor mengesahkan terdapat kesan calar di anggota badan kanak-kanak perempuan terbabit akibat terkena pisau suspek.


“Menyedari tahap ancaman terhadap nyawa mangsa semakin tinggi, polis melepaskan tembakan.


“Laporan awal bedah siasat menunjukkan hanya terdapat lapan kesan luka akibat empat das tembakan yang dilepaskan polis dan tiada kesan kecederaan lain,” katanya.


Menurutnya, suspek dipercayai dikejar penduduk kampung berkenaan selepas dilihat berjalan tanpa seurat benang sambil membawa plastik berisi pakaian dan sebatang besi.

“Namun, laporan perubatan menunjukkan tiada kesan pukul atau luka selain kesan tembakan. Jadi, kami minta semua pihak menghentikan andaian yang mengatakan suspek dipukul atau dibelasah orang ramai,” katanya.

Ribut ‘sedut’ bangunan sekolah

 IPOH: “Saya mungkin buta jika serpihan kayu dan batu siling itu menikam ke mata kiri saya. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih terselamat dan hanya cedera ringan,” kata murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) al-Ansari Ulu Chemor, Ubaidilah Mohd Zamri, 12, yang terselamat dalam kejadian ribut taufan petang Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, bangunan sekolah yang menempatkan 39 pelajar tahfiz terbabit seolah-olah ‘disedut’ ke udara sebelum ranap menyembah bumi. Mangsa berkata, kejadian ribut dan hujan lebat itu berlaku ketika semua pelajar berehat dan menunggu masa untuk menunaikan sembahyang Maghrib.

“Ketika itu saya bersama pelajar lain berada di ruang rehat sekolah untuk bersembahyang kerana ruang solat basah terkena tempias hujan lebat.

“Ustazah mengarahkan saya melaungkan azan. Ketika itu ribut menggoncang bangunan sekolah sebelum siling jatuh menimpa kami,” katanya.

Menurutnya, serpihan siling dan batu itu melayang mengenai mukanya menyebabkan dia menahan sakit sambil mencari tempat berlindung.

“Kami kelam-kabut lari menyelamatkan diri apabila sebatang pokok kelapa tumbang dan menimpa pula bangunan sekolah serta empat rumah berhampiran.

“Saya yang berada di bawah runtuhan itu, bagaimanapun amat bernasib baik kerana tidak ditimpa batang pokok kepala itu,” katanya.

Bom makan tuan

 PASIR MAS: Seorang penoreh getah ditemui mati dalam keadaan pergelangan tangan kanan putus manakala tangan kiri berkecai dipercayai akibat letupan bom yang digunakannya untuk menangkap ikan di Sungai Jelor, Kampung Sungai Keladi, Chetok, dekat sini.
Kejadian berlaku jam 5.30 petang kelmarin, namun mayat mangsa, Mohd Yunus Yusoff, 46, hanya ditemui kira-kira jam 9.15 pagi semalam oleh anggota bomba dan penyelamat yang menjalankan gerakan mencari.

Mayat mangsa ditemui tersangkut pada akar kayu tiga meter di dasar sungai berkenaan dan di muka serta dadanya mempunyai kesan kecederaan parah.

Penduduk yang enggan dikenali mendakwa mangsa dipercayai menggunakan bom ikan kerana dia terdengar satu letupan kuat dari arah sungai tempat lelaki itu menangkap ikan.

“Selepas terdengar letupan itu, saya bersama beberapa penduduk lain berusaha mencari mangsa, namun hari hampir malam menyukarkan mengesannya.

“Selain itu, keadaan sungai yang bersambung dengan Danau Tok Uban dalamnya lebih 10 meter,” katanya ketika ditemui di Hospital Pasir Mas (HPM), semalam.

Isteri mangsa, Azizah Abdul Samat, 38, berkata, arwah suaminya sering ke sungai berseorangan, namun tidak tahu bagaimana caranya menangkap ikan.

“Suami saya mencari rezeki dengan menoreh getah, cuma sekali-sekala membuat sarang burung bagi menambah pendapatan.

“Sebelum kejadian itu, dia tidak menunjukkan sikap pelik dan hanya memberitahu mahu menangkap ikan di kawasan itu kerana sudah lama tidak menikmati masakan ikan,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia antara enam hingga 17 tahun.

Difahamkan, sepasukan 10 anggota bomba dan penyelamat termasuk unit skuba ke tempat kejadian selepas menerima laporan pada jam 10 malam kelmarin, namun usaha mencari mayat mangsa dihentikan jam 2 pagi sebelum disambung jam 9 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian.

Kakak pelupa ditemui diJB

ALOR GAJAH: Seorang wanita warga emas yang mengalami masalah pelupa dan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Melaka Pindah, dekat sini, pada 19 Disember lalu, akhirnya ditemui di Depoh Tahanan Imigresen, di Jalan Kempas, Johor Bahru, tengah hari, Sabtu lalu.
Kehilangan, Tijah Othman, 54, ada dilaporkan akhbar ini dan dia dipercayai ke selatan tanah air dengan menunggang motosikal seorang diri tanpa arah tujuan.

Menurut adiknya, Halimah, 49, penemuan kakaknya itu dimaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira jam 12 tengah hari Sabtu lalu selepas dihubungi pihak imigresen yang membaca laporan akhbar ini dan melihat gambar wanita terbabit.

“Saya dimaklumkan kakak selamat, cuma kesihatannya sedikit terganggu namun masih dalam keadaan terpinga-pinga sebelum saya dan ahli keluarga lain membawa kakak pulang ke kampung tengah hari kelmarin, selepas urusan dokumentasi selesai dilakukan.

“Selepas berbincang dengan ahli keluarga, kami mengambil keputusan menempatkannya di rumah adik bongsu saya, Fatimah, 43, di Kuala Lumpur buat sementara waktu,” katanya ketika ditemui semalam.

Bercerita lanjut, Halimah berkata, kakaknya menunggang motosikal seorang diri ke Kota Tinggi, Johor, dan ditemui seorang wanita warga emas dalam keadaan tidak terurus dan tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri. Katanya, wanita terbabit mempelawa kakaknya tinggal bersamanya di sebuah pondok sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Tinggi.

‘Angah, emak rindu’

REMBAU: “Angah (Saiful), baliklah ke rumah, emak rindu Angah, tak dapat balik lama, sekejap pun tak mengapa,” keluh Aminah Samad, 48, yang mendambakan kepulangan anaknya, Saiful Sahak, 29, yang menghilangkan diri sejak lapan tahun lalu.
Aminah berkata, anak lelaki keduanya daripada empat beradik itu keluar dari rumah di Kampung Titian Bintanggor, Lubok China, di sini pada awal 2004 selepas ditawarkan kerja di sebuah resort di Kuantan, Pahang dan sejak itu mereka terus terputus hubungan.

Dia yang mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup bersama arwah suaminya sebelum berkahwin dengan suami sekarang, Yaakob Sulaiman, 55, berkata, anak lelakinya itu seorang yang pendiam dan tidak berlaku sebarang masalah keluarga ketika anaknya keluar mencari pekerjaan.

“Saya tidak pasti sama ada dia merajuk dengan saya yang berkahwin lain sedangkan suami baru saya melayannya seperti anak sendiri,” katanya.

Bunuh 3 sekeluarga

KOTA KINABALU: Disebabkan dendam, sepasang suami isteri dan seorang warga emas dibunuh kejam oleh sekumpulan 13 lelaki bersenjatakan parang yang menyerbu rumah mereka di ladang kelapa sawit di Kalumpang, Semporna.
Dalam kejadian ngeri kira-kira jam 5.30 petang Ahad lalu, warga emas hanya dikenali sebagai Jaafar, 70, dan anaknya Ismail, 50, maut dalam keadaan berlumuran darah di dalam rumah, manakala isteri Ismail, Salmiah Iran, 48, ditemui mati di ladang berhampiran rumah mereka beberapa jam kemudian.

Polis yang menjalankan siasatan turut menemui mayat seorang lelaki dikenali sebagai Jul Mohamad Nun, 37, di ladang Kampung Tagasan Jaya, dipercayai ditinggalkan rakan lain selepas cedera parah sebelum meninggal dunia.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, siasatan awal mendapati tiga beranak yang terbunuh itu bekerja di ladang berkenaan dan semua mangsa yang maut mempunyai kesan cedera parah di kepala serta beberapa bahagian badan.

“Pemeriksaan di tempat kejadian juga menemui lima parang panjang dipercayai digunakan dalam pergaduhan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, semalam.

Mengulas lanjut, Hamza berkata, semua mereka dipercayai pendatang asing tanpa izin (Pati) berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

“Polis menemui mangsa pertama iaitu seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah pada jam 3.40 pagi Isnin lalu sebelum menemui tiga lagi mayat lain.

“Wanita itu disahkan mati akibat kecederaan parah di badan dan siasatan mendapati mangsa cuba menyelamatkan diri,” katanya.

Katanya, polis mendapati mangsa tidak dirogol dan yakin wanita terbabit berada di rumah bersama suami dan bapa mentuanya ketika kejadian serta cuba melarikan diri daripada serangan kumpulan terbabit.

“Polis tidak menolak kemungkinan kejadian ini berpunca daripada dendam sehingga tercetus pergaduhan dan serangan bersenjata.

“Beberapa individu dipercayai terbabit dalam kejadian ini dan polis sedang memburu mereka,” katanya yang turut mengesahkan semua mereka ke rumah mangsa menaiki lori.

Menurut Hamza, polis kemudian menahan seorang lelaki dikenali sebagai Amin Hatai berusia 23 tahun bersama dua yang lain dipercayai mampu membantu menyelesaikan kes berkenaan.

“Siasatan polis mendapati, kejadian ini turut didalangi seorang lelaki berusia 40 tahun yang dikatakan perancang utama.

“Polis akan memburu semua mereka yang terbabit untuk dihadapkan ke muka pengadilan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan,” katanya.

Bekas pelajar IPTS kena 10 sebatan

SHAH ALAM: Seorang bekas pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dipenjara lima tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas mengaku salah atas pertuduhan pilihan memiliki 207 gram ganja di restoran makanan segera di Seri Kembangan, dekat sini, dua tahun lalu.
Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu terhadap Eqbal Mohammad Fauzi Eddy Yusof, 21, dan memerintahkan hukuman itu berjalan mulai tarikh tangkap tertuduh. Mengikut pertuduhan pilihan itu, lelaki itu didakwa memiliki dadah berbahaya berkenaan di McDonald’s Equine Park, Lot KK1, Persiaran Equine Park, Seri Kembangan kira-kira jam 2.45 pagi pada 16 Disember 2010. Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, dia bernasib baik ditawarkan pertuduhan pilihan kerana sebelum ini dituduh mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) akta sama memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Terdahulu, peguam Suzana Norlihan Alias memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira latar belakang anak guamnya.

Katanya, tertuduh yang berusia 19 tahun dua bulan pada masa kejadian adalah pesalah muda dan tidak pernah memiliki rekod kesalahan lampau.

Menurutnya, tertuduh memberitahu sudah insaf kerana perbuatannya menyebabkan ayahnya dimasukkan ke Hospital Ampang diserang sakit jantung.

“Dia tidak teragak-agak untuk mengaku salah kerana mahu memulakan kehidupan baru dan ingin mengembalikan kepercayaan ahli keluarga dan masyarakat.

“Tertuduh juga malu dengan dirinya dan adik-beradik lain di samping menyedari akan bergelar bekas banduan sehingga ke akhir hayat,” katanya. Suzana Norlihan berkata, anak guamnya seorang yang jujur dan mahu berubah untuk menjalani kehidupan lebih baik.

Katanya, sepanjang hidup dalam tahanan reman di Penjara Kajang, tertuduh ada menyertai kursus kemahiran komputer dan menunjukkan prestasi yang baik.

“Dia bukanlah penagih tegar tetapi baru berjinak-jinak dengan dadah,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suzana Abdul Latiff memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada golongan muda kesalahan memiliki dadah adalah amat serius.

2 pengawal gagalkan rompakan



Oleh Safeek Affendy Razali
bhnews@bharian.com.my
2012/01/26

ABDUL Rashid (kiri) melihat karung berisi wang yang gagal dilarikan perompak, semalam.
ABDUL Rashid (kiri) melihat karung berisi wang yang gagal dilarikan perompak, semalam.
Nekad bergelut dengan suspek cuba bawa lari wang lebih RM500,000 

KAJANG: Tindakan nekad dua pengawal keselamatan melawan dan bergelut berjaya menggagalkan cubaan dua suspek lelaki yang ingin melarikan wang tunai lebih setengah juta ringgit dari Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.40 pagi ketika kedua-dua pengawal terbabit sedang memunggah karung berisi wang tunai berjumlah RM552,583 ke van mereka sebelum didatangi suspek bersenjatakan sepucuk pistol.
Seorang daripada suspek dikatakan mengetuk belakang pengawal keselamatan menggunakan pistol, sebelum pengawal terbabit bergelut dengan lelaki itu selepas merasakan senjata digunakan palsu. 

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu datang membantu dan membelasah suspek berusia lingkungan 20-an sebelum berjaya memberkasnya. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata menyedari rakannya dibelasah dan ditahan orang ramai, suspek kedua melarikan diri menggunakan motosikal. 

“Sejurus selepas kejadian, polis membuat tindakan susulan dan memburu suspek kedua sebelum berjaya mengesannya di sekitar Rawang dan membuat tangkapan kira-kira jam 5 petang,” katanya di sini, semalam. 
Tambahnya, suspek kedua yang berusia 32 tahun itu dikesan berdasarkan maklumat serta siasatan terhadap suspek pertama dan polis yakin hanya dua suspek terbabit dalam kejadian samun itu. 

Sehingga kini Polis Daerah Kajang masih lagi menjalankan siasatan serta memeriksa sama ada kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau selain memohon perintah reman hari ini. 

Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 394/511 Kanun Keseksaan dan polis berterima kasih dengan tindakan pantas orang awam yang turut sama membantu bagi menggagalkan cubaan samun terbabit hingga penjenayah dapat ditahan.