January 22, 2012

SUBANG JAYA - Belum sempat dua lelaki memindahkan ketulan ganja mampat bernilai hampir RM90,000 untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang, kegiatan mereka dipatahkan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, petang kelmarin.
Difahamkan, kedua-duanya dikesan anggota polis peronda (MPV) dalam keadaan mencurigakan ketika memberhentikan kereta berdekatan perumahan Wangsa Baiduri, di sini.
Pemeriksaan dijalankan menemukan polis dengan 40 ketulan ganja mampat seberat 38.5 kilogram di dalam dua kereta berasingan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, dua anggota MPV yang melakukan rondaan terserempak dengan kereta suspek dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan SS12/1, di sini, petang kelmarin.
“Anggota melakukan pemeriksaan di dua kenderaan masing-masing jenis Proton Wira dan Proton Iswara.
“Sebanyak 30 ketulan mampat dipercayai ganja ditemui dalam kereta Proton Wira manakala 10 lagi ketulan mampat juga disyaki ganja ditemui dalam kereta jenis Proton Iswara,” katanya.
Ketika dicekup, polis percaya kedua-dua suspek sedang pindahkan ketulan mampat untuk pasaran.
Beliau berkata, suspek berusia 23 dan 40 tahun itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Suspek berusia 40 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah manakala suspek berusia 23 tahun bekerja sebagai penghantar surat pernah ditahan berhubung kesalahan memiliki kenderaan curi.
Beliau dalam pada itu menggesa orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis berhubung kes dadah atau ganja supaya tindakan boleh diambil.
Katanya, mengikut statistik Bahagian Narkotik IPD Subang Jaya, dadah bernilai RM1,896,508 dirampas tahun lalu dan meningkat berbanding RM776,812 pada 2010.
“Tangkapan dibuat tahun lalu pula seramai 1,745 berbanding 1,353 (2010) membabitkan kes dadah pelbagai jenis termasuk heroin, morfin, ketamin, eramin 5, ketum dan lain-lain,” katanya.