Search This Blog

Tuesday, January 17, 2012

Pengedar dadah ditahan di JB

JOHOR BAHARU — Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di bandar raya ini selepas menahan seorang lelaki di Jalan Abdullah Tahir, di sini, dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM700,000 Ahad lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, lelaki bujang berumur 39 tahun yang menaiki sebuah kereta itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan, pukul 5.10 petang, selepas mendapat maklumat berkaitan pengedaran dadah.
"Pemeriksaan terhadap kereta itu menemui 5,200 biji pil khayal yang dipercayai Eramin 5. Serbuan dan pemeriksaan susulan kemudian dilakukan ke atas dua unit kediaman di Bangunan DNP, di jalan yang sama dan polis menemui 12,000 pil yang disyaki Eramin 5, 33 biji pil WY, 10 biji pil ecstasy serta 8.3 gram syabu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Mohd Mokhtar berkata, polis turut merampas sepucuk pistol tiruan dan sebutir bom tangan palsu dalam pemeriksaan di kediaman berkenaan. — BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Pelanggan pasar raya gempar bumbung disambar percikan api

KUANTAN - Pelanggan dan pekerja sebuah pasar raya di Jalan Kuantan-Kemaman dekat Beserah sini lari bertempiaran menyelamatkan diri selepas bumbung bangunan itu disambar percikan api akibat masalah sistem pendawaian utamanya, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, tiada kebakaran serius berlaku, sebaliknya hanya sedikit kesan terbakar kelihatan di bahagian bumbungnya.

Insiden itu bagaimanapun mencetuskan suasana panik memandangkan bangunan pasar raya itu terletak hanya kira-kira 100 meter dari sebuah stesen minyak.

Timbalan Penguasa Bomba, Razali Ismail berkata, memandangkan bangunan itu terletak bersebelahan stesen minyak, tiga jentera termasuk dua ‘water tanker’ dan satu ‘water tander’ dihantar bersama 21 anggota bagi membantu kerja-kerja memadam kebakaran.

“Bagaimanapun kebakaran tidak serius dan api mulai padam sebelum pasukan bomba dan penyelamat tiba ke lokasi kejadian,” katanya hari ini.

Razali berkata, hasil siasatan pihaknya, percikan api itu berlaku selepas sistem penyambungan pendawaian elektrik ke bangunan itu longgar dan berkemungkinan kabelnya yang kendur tersentuh antara satu dengan yang lain.

“Masalah ini mungkin akibat masalah pemasangan atau kabel utama dari tiang ke premis itu menjadi longgar akibat terdedah kepada tiupan angin kuat sejak kebelakangan ini.

“Tiada kebakaran berlaku di bahagian dalam bangunan bagaimanapun operasi perniagaan pasar raya ini terpaksa dihentikan seketika untuk siasatan dan akan dibenarkan beroperasi semula sekiranya keadaan didapati selamat,” katanya.

Beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga tiba menjalankan siasatan sebelum memulihkan kembali bekalan elektrik ke bangunan berkenaan.

“Saya berpuas hati dengan tindakan pekerja apabila mereka berjaya mematuhi langkah-langkah keselamatan yang pernah didedahkan pihak bomba dan penyelamat kepada mereka sebelum ini,” katanya.
Pelanggan pasar raya gempar bumbung disambar percikan api - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

Merajuk dengan ibu, remaja lari ikut rakannya

CHUKAI – “Ana terjun dari tingkap biliknya lepas campakkan beg pakaiannya ke tanah dan kemudian dia terus naik kereta yang sedang menunggu di tepi rumah,” kata seorang ibu, Anita Othman, 44, yang mendakwa anak gadisnya lari bersama rakannya, 9 Januari lalu.

Pelajar Tingkatan Tiga itu gagal dikesan sehingga sekarang.

Mengakui terkejut dengan tindakan anak keduanya, Wan Suhana Wan Rohin, 15, yang nekad terjun dari tingkap rumah walau tingkap rumah mereka yang agak tinggi dari tanah.

Anita berkata, dia yang menyedari perkara itu cuba mengejar selepas anaknya yang mesra dipanggil sebagai Ana terjun tetapi gagal kerana Ana pantas masuk ke dalam kereta sebelum kereta tersebut memecut laju.

Menurut ibu tiga anak ini, sebelum terjun Ana terlebih dahulu menyandarkan pintu biliknya dengan almari agar biliknya tidak dapat dimasuki.

“Tetapi anak mak cik yang bongsu sedar akan kelakuan pelik Ana yang sebelum itu mundar mandir di ruang tamu rumah. Sebaik Ana terjun dari tingkap anak bongsu mak cik yang baru berumur 12 tahun menjerit memberitahu sebelum mak cik kejar,” katanya ketika ditemui di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Chukai, hari ini.

Anita dari Jalan Banggol Kanan dekat sini, yang bekerja sebagai tukang sapu memberitahu, mereka sekeluarga mengesyaki Ana lari bersama kawannya itu berusia 19 tahun gara-gara persahabatan mereka berdua berdua dihalang keluarga.

Malah, katanya, pada 2 Januari lalu Ana juga tidak pulang ke rumah sehingga waktu malam selepas keluar bersama Alan sejak jam 4 petang menyebabkan mereka sekeluarga melaporkan kes kehilangan anaknya kepada polis.Bagaimanapun kira-kira jam 2 pagi barulah Ana dihantar pulang.

"Lepas lari sembilan hari lalu puas kami cuba hubungi dia tetapi gagal sebab telefon ditutup atau dia sudah tukar nombor telefon lain. Sehingga sekarang dia tidak pulang dan langsung tiada khabar berita, kami juga puas mencarinya di Paka kerana tomboy itu tinggal di sana tetapi gagal," katanya.

Susulan itu kehilangan itu, Anita bersama suaminya, Yusof Ibrahim membuat laporan polis di Balai Polis Chukai pada 11 Januari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan berkenaan.

Justeru itu, Ana dirayu kembali semula ke pangkuan keluarga kerana dikhuatiri sesuatu yang tidak baik akan menimpanya.

Sesiapa yang terlihat Ana diharap dapat menghubungi keluarganya menerusi talian 014-8443564.

Merajuk dengan ibu, remaja lari ikut rakannya - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Terjun bangunan elak ditangkap


Terjun bangunan elak ditangkap

PORT DICKSON - Gara-gara melarikan diri dari operasi polis, seorang wanita berusia 36 tahun sanggup menggadaikan nyawa de­ngan terjun dari tingkap bahagian dapur rumahnya di tingkat empat bangunan Blok A Taman Sri Bandar, Port Dickson, jam 11.45 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superin­tendan Baljeet Singh berkata, wanita terbabit adalah pesalah yang dikenakan sekatan di Bagan Serai, Perak atas kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pence­gahan Khas).
Menurutnya, wanita yang cedera di bahagian kaki kiri, pinggang dan leher itu didapati melanggar syarat dengan pulang semula ke Port Dick­son.

“Ketika operasi yang dijalankan untuk menyiasat kes itu, suspek berada di rumah bersama ibu dan dua anaknya.

“Bagaimanapun siasatan terperinci akan dilakukan bagi menyiasat kejadian sebenar,” katanya kepada pemberita.

Baljeet berkata, suspek terbabit dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

Operasi itu dilakukan anggota unit Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson diketuai Inspektor Norsaiful Ahmad Najib bersama lima anggota.

Difahamkan, ketika operasi dilakukan, gril rumah suspek dalam keadaan berkunci dan pintunya sedikit terbuka.

Suspek yang enggan memberi kerjasama kemudian cuba melarikan diri kira-kira 20 minit selepas polis mengetuk pintu.

Seorang penduduk, A Krishnan, 58, berkata, ketika kejadian, dia berada di bahagian ruang tamu rumah dan terdengar bunyi sesuatu berat terhempas.

“Isteri saya yang kebetulan sedang memasak di dapur segera melihat di bahagian luar dan ternampak seorang wanita sudah terbaring serta mengerang kesakitan.

“Wanita berkenaan jatuh berhampiran belakang rumah saya dan dia baru sahaja beberapa bulan pindah di blok ini di mana sebelum ini, dia bersama keluarganya menyewa di Blok A hampir setahun lalu,” katanya.

Suspek pada awalnya dilihat cuba berpaut pada sebatang paip yang terdapat di dinding bangunan sebelum tersangkut pada besi ampaian dan terjatuh. Terjun bangunan elak ditangkap - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Bekas Pengarah Veterinar palsukan dokumen naik pangkat

SEREMBAN - Bekas Pengarah Jabatan Veterinar Negeri Sembilan Datuk Dr Noor Soeraya Norsham, yang dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di sini, mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan kenaikan pangkat.

Dr Noor Soeraya, 38, yang kini Pegawai Veterinar di Seksyen Komunikasi Korporat dan Antarabangsa, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani di Putrajaya, turut mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan.

Hakim Datin Nursinah Adzmi membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 22 Feb
untuk sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan pertama, Dr Noor Soeraya didakwa memberikan satu surat rujukan bertarikh 27 Feb 2009 berhubung Arahan Kenaikan Pangkat dan Pengesahan Jawatan Pegawai Veterinar Gred G48 yang mengandungi butiran palsu kepada Pembantu Tadbir di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Siti Norhayati Md Yusof.

Ketika itu, tertuduh memangku Gred G44 dan didakwa melakukan perbuatan tersebut bagi tujuan kenaikan pangkat ke Gred G48, yang membolehkan penyelarasan
gaji dan elaun dibuat menyebabkan dia memperoleh secara salah RM39,536.90.

Bagi pertuduhan kedua, Dr Noor Soeraya didakwa memberikan satu surat rujukan bertarikh 28 Dis 2009 berhubung Arahan Memangku Jawatan Pegawai Veterinar Gred G52 - Khas Untuk Penyandang di Jabatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang mengandungi butiran palsu kepada Siti Noorhayati.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu bagi tujuan penyelarasan gaji dan elaun menyebabkan dia memperoleh secara salah RM5,013.82.

Dr Noor Soeraya juga didakwa memberikan surat rujukan bertarikh 1 Julai 2010 berhubung Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Veterinar Gred G48 ke Gred G52 di Jabatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang mengandungi butiran palsu kepada pembantu tadbir yang sama.
Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan di pejabat Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Jalan Pantai di sini antara 16 Mac 2009 dan 2 Julai 2010 mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum
penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai kesalahan.

Mengikut pertuduhan keempat, Dr Noor Soeraya didakwa memberikan Siti Norhayati surat rujukan palsu bertarikh 31 Mac 2011 berhubung Keputusan
Pemangkuan Pegawai Veterinar Gred G52 ke G54, di Bahagian Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu di sini pada 12 April tahun lepas.

Bagi pertuduhan pilihan, dia didakwa menggunakan tiga surat rujukan palsu berkaitan sebagai tulen mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum
mengikut Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Fairuz Johari menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.
Peguam Mohammad Faiz Datuk Fadzil pula meminta mahkamah mengurangkan jumlah itu kepada RM3,000.

Beliau berkata ini kerana Dr Nor Soeraya telah berkeluarga dan menunjukkan komitmennya terhadap kes ini dengan hadir ke mahkamah.

Bagaimanapun, Hakim Nursinah berpendapat permintaan itu tidak munasabah kerana pertuduhan terhadap tertuduh amat serius. - Bernama
Bekas Pengarah Veterinar palsukan dokumen naik pangkat - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pekerja binaan maut dihempap dinding konkrit

GEORGETOWN: Seorang pekerja pembinaan maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dihempap dinding konkrit yang runtuh secara tiba-tiba di sebuah tapak projek perumahan mewah di Bayan Lepas di sini, hari ini.

Pada kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Maksum, 37, dari Jawa, Indonesia mati di tempat kejadian akibat parah seluruh badan.
Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Dany Setiawan, 24, juga berasal dari Jawa, Indonesia dihantar ke Hospital Balik Pulau dan keadaannya dilaporkan serius.
Menurut saksi kejadian, pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan mayat mangsa dengan menggunakan kren.

Mayat mangsa dihantar ke Hosptial Balik Pulau untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Mohd Hatta Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - BERNAMA
Berita Harian Online | Pekerja binaan maut dihempap dinding konkrit:

'via Blog this'

Polis tahan 3 lelaki terbabit kes dadah

SHAH ALAM: Polis memberkas tiga lelaki termasuk seorang lelaki warga Indonesia kerana disyaki mengedar dadah dan merampas sejumlah 155.8 kilogram ganja bernilai lebih RM500,000 serta sebuah kereta mewah dalam dua tangkapan berasingan, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata dalam tangkapan pertama seorang lelaki ditahan di kawasan Lebuhraya DUKE, Gombak oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Gombak kira-kira jam 2 pagi.
"Ketika ditahan, lelaki yang berumur 30 tahun itu sedang berjalan seorang diri di tepi lebuh raya terbabit dan suspek seperti sedang menunggu seseorang.
"Hasil pemeriksaan ke atas individu berkenaan, kita merampas satu ketulan daun kering mampat disyaki ganja seberat 1.9 kg bernilai kira-kira RM3,400," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil soal siasat menunjukkan suspek adalah tenaga pengajar di sebuah sekolah memandu yang terletak berhampiran Lebuhraya Karak, Kuala Lumpur.

"Dua jam selepas tangkapan pertama dibuat, kita kemudian bertindak memberkas dua lagi rakan suspek (pertama) di sebuah sekolah belajar memandu tempat suspek pertama bekerja," katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis menahan dua lelaki termasuk lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah terbabit.
"Suspek kedua yang ditahan adalah penganggur berusia 38 tahun manakala suspek ketiga adalah warga Indonesia berusia 33 tahun," katanya.

Dalam serbuan kedua itu, polis turut merampas 79 ketulan ganja seberat 153.9 kg dengan nilai RM523,260 yang ditemui dalam sebuah stor di pusat belajar memandu terbabit.

"Siasatan menunjukkan 153.9 kg ganja itu boleh dibungkus menjadi 34,200 paket kecil yang mana setiap satu paket berkenaan mengandungi ganja seberat 4.5 gram dengan nilai RM50 bagi setiap paket," kata Tun Hisan.

Turut dirampas ialah sebuah kereta Toyota Alphard milik suspek kedua.

"Siasatan mendapati kumpulan ini aktif mengedar dadah di kawasan sekitar Lembah Klang sejak tiga bulan lalu dan kita masih menyiasat jika terdapat lagi individu di sekolah memandu berkenaan yang turut menjalankan kegiatan ini bersama tiga suspek terbabit," tambahnya.

Katanya, saringan ujian air kencing juga menunjukkan suspek pertama dan kedua positif dadah.

Ketiga-tiga suspek kini direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA
Berita Harian Online | Polis tahan 3 lelaki terbabit kes dadah:

'via Blog this'

Pekerja Indonesia maut dihempap pos pengawal

PIHAK kontraktor meruntuhkan pondok pengawal yang meragut nyawa seorang pekerja selepas dihempap dinding konkrit yang sedang dalam pembinaan. - Foto Asman Ibrahim
PIHAK kontraktor meruntuhkan pondok pengawal yang meragut nyawa seorang pekerja selepas dihempap dinding konkrit yang sedang dalam pembinaan. - Foto Asman Ibrahim
GEORGETOWN: Seorang pekerja Indonesia terbunuh manakala seorang lagi parah akibat dihempap dinding pos pengawal yang dalam pembinaan roboh di tapak projek perumahan di Sungai Ara, Bayan Lepas, jam 12.30 tengah hari tadi.
Berita Harian Online | Pekerja Indonesia maut dihempap pos pengawal:

'via Blog this'

Tiga diberkas kes dadah

SHAH ALAM — Polis memberkas tiga lelaki termasuk seorang lelaki warga Indonesia kerana disyaki mengedar dadah dan merampas sejumlah 155.8 kilogram ganja bernilai lebih RM500,000 serta sebuah kereta mewah dalam dua tangkapan berasingan, Ahad lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dalam tangkapan pertama seorang lelaki ditahan di kawasan Lebuhraya Duke, Gombak oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Gombak kira-kira pukul 2 pagi.

"Ketika penahanan, lelaki yang berumur 30 tahun itu sedang berjalan seorang diri di tepi lebuh raya terbabit dan dia seperti sedang menunggu seseorang.

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek, kita telah merampas satu ketulan daun kering mampat disyaki ganja seberat 1.9 kilogram bernilai kira-kira RM3,400,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata hasil soal siasat menunjukkan suspek merupakan tenaga pengajar di sebuah sekolah memandu yang terletak berhampiran Lebuhraya Karak, Kuala Lumpur.

"Dua jam selepas tangkapan pertama dibuat, kita kemudian bertindak memberkas dua lagi rakan suspek (pertama) di sebuah sekolah belajar memandu tempat suspek pertama bekerja,” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis menahan dua lelaki termasuk lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah terbabit.

"Suspek kedua yang ditahan adalah penganggur berusia 38 tahun manakala suspek ketiga adalah warga Indonesia berusia 33 tahun,” katanya.

Dalam serbuan kedua itu, polis turut merampas 79 ketulan ganja seberat 153.9 kg dengan nilai RM523,260 yang ditemui dalam sebuah stor di pusat belajar memandu terbabit.

"Siasatan menunjukkan 153.9kg ganja itu boleh dibungkus menjadi 34,200 paket-paket kecil yang mana setiap satu paket berkenaan mengandungi ganja seberat 4.5 gram...dengan nilai RM50 bagi setiap paket,” kata Tun Hisan. — BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Penyeludup terjun laut

KANGAR — Tiga lelaki yang disyaki menyeludup petrol dan diesel ke Thailand menggunakan tiga buah bot pancung bertindak nekad terjun ke laut bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kejadian Khamis lalu.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1, Kapten Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian berlaku pukul 12.50 tengah hari di lokasi 0.1 batu nautika dari pantai Kuala Perlis.

Katanya, tiga lelaki itu terjun dari bot pancung masing-masing dan berenang ke pantai lalu menghilangkan diri di kawasan hutan bakau setelah menyedari mereka sedang diburu APMM.

Siasatan APMM ke atas tiga bot itu menemui 50 tong berisi 1,500 liter petrol dan 25 tong berisi 750 liter diesel yang nilai keseluruhannya dianggarkan sebanyak RM3,250.

"APMM percaya para penyeludup terbabit mendapat bekalan minyak itu di Perlis tetapi siasatan akan dijalankan bagi mengesan puncanya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, bot pancung serta minyak itu telah dibawa ke pangkalan APMM di Kuala Perlis dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967. Sepanjang tahun lalu, APMM berjaya menumpaskan 32 kes cubaan menyeludup petrol dan diesel ke negara jiran. — BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Penuntut kolej swasta didakwa cuba bunuh teman wanita - Jenayah - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut di sebuah kolej swasta hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas tuduhan cuba membunuh teman wanitanya dengan menikam perut wanita itu menggunakan sebilah pisau, minggu lepas.

Osleh Osman, 20, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Manira Mohd Nor.

Mengikut kertas pertuduhan, Osleh yang tinggal di Pandan Indah, Ampang Jaya di sini didakwa menikam Nor Azlin Yusuf, 20, di sebelah kiri perutnya dengan menggunakan sebilah pisau sehingga boleh menyebabkan kematian terhadap mangsa.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bilik mesyuarat Kolej Ican, Tingkat 10, Menara Maxis Segar, Jalan Pandan Indah 4/2, Pandan Indah, Ampang Jaya di sini pada 10.30 pagi, 11 Jan lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana ia melibatkan kesalahan serius dan penggunaan senjata berbahaya.

"Mangsa yang merupakan kenalan rapat tertuduh mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan melibatkan usus kecil dan besar, kini berada di Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan. Sekiranya diberikan jaminan dikhuatiri tertuduh akan mengganggu mangsa," katanya.

Namun, sekiranya mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, pihak pendakwaan memohon jaminan tidak kurang RM15,000 berserta syarat tambahan iaitu mangsa tidak diganggu oleh tertuduh dan keluarga serta tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan.

Peguam M.K Thas yang mewakili Osleh pula memohon mahkamah memberikan jaminan dan mempertimbangkan jaminan pada jumlah yang berpatutan kerana anak guamnya bukan daripada golongan yang berada serta penjamin iaitu bapa saudaranya yang bekerja di sebuah firma sekuriti hanya mempunyai wang RM8,000 untuk menjaminnya.

Beliau berkata anak guamnya juga merupakan seorang yang pasif dan dengan karakter itu tidak mungkin dia boleh menakut-nakutkan mangsa kerana mangsa adalah teman wanitanya dan keluarga tertuduh turut mengenali mangsa dengan rapat.

Hakim Manira membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Feb untuk sebutan semula kes.

Mahkamah juga memerintahkan Osleh melaporkan diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali dan tertuduh dikenakan syarat iaitu tidak boleh mendekati mangsa dan keluarga serta saksi-saksi pendakwaan.

"Sekiranya tertuduh melanggar syarat-syarat berkenaan, jaminan terhadap tertuduh akan ditarik balik dengan serta-merta oleh mahkamah," kata Hakim itu.

Bapa saudara tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.- Bernama Penuntut kolej swasta didakwa cuba bunuh teman wanita - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Duda, ibu mengandung khalwat


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 17, 2012
Duda, ibu mengandung khalwat
AMPANG - Seorang duda dan pasangannya yang sarat mengandung 7 bulan ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Penguat kuasa agama mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 25 tahun memakai kemeja dan berseluar panjang ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di Pandan Indah dekat sini, kira-kira jam 3 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, pasangan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan.

“Duda itu pernah dicekup sebelum ini dan tidak hadir ke mahkamah syariah dan waran tangkap telah dikeluarkan untuknya,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, dalam operasi sama, tindakan seorang gadis menyorok di belakang pintu bagi mengelak daripada dicekup pegawai penguat kuasa agama gagal.

“Gadis berusia 25 tahun itu masih menuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi awam, manakala pasangannya juga berusia 25 tahun, hanya berseluar pendek tanpa memakai baju manakala pasangannya berpakaian lengkap,” katanya.
Duda, ibu mengandung khalwat - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Duit lebur ditipu syarikat broker rumah


IZWAN ROZLIN
January 17, 2012
S.Vealanthan
KUALA LUMPUR – Hasrat seorang pemandu teksi mahu membelikan anak sulongnya sebuah kondominium lebur apabila duit deposit pembeliannya ditipu oleh syarikat broker rumah.

Mangsa S.Vealanthan, 55 berkata, dia bertemu wanita yang merupakan wakil syarikat itu hujung tahun lalu selepas tertarik dengan iklan sebuah kondominium yang hendak dijual di Wangsa Maju.

Menurutnya dia ditawarkan untuk membeli kondominium itu dengan harga RM 255,000.

“Saya diminta untuk membayar deposit 3% daripada harga rumah iaitu dan saya menyerahkannya RM 7650. tunai,”katanya.

Katanya lagi, wanita itu kemudiannya berjanji untuk membantu saya mendapat pinjaman bank untuk membeli rumah dalam masa sebulan.

“Selepas sebulan dia gagal mengotakan janji menyebabkan saya cuba untuk membuat permohonan pinjaman bank sendiri namun bank membuat taksiran pinjaman yang dibuat hanya RM 200,000 sahaja,”katanya

Menurutnya untuk mendapatkan kepastian dia cuba mendapatkan tiga buah bank lain dan pinjaman yang ditawarkan masih sama.

“Wanita itu seperti tidak berpuas hati selepas saya memintanya menurunkan harga ke RM 200,000 dan memberitahu perjanjian pembelian rumah itu sudah ditandatangani dan duit deposit dianggap ‘hangus’ jika saya tidak jadi membelinya,”katanya

Tidak berpuas hati dengan jawapan wanita itu, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.
Duit lebur ditipu syarikat broker rumah - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pekerja binaan maut dihempap konkrit


MOHD ISKANDAR OTHMAN
January 17, 2012
buruh dihempap konkrit
BAYAN LEPAS - Seorang buruh binaan warga Indonesia terbunuh manakala seorang lagi rakannya cedera parah selepas dihempap bumbung konkrit ketika sedang menyiapkan pos kawalan keselamatan di sebuah tapak pembinaan di sini, hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.45 pagi, mangsa yang dikenali sebagai Mat Som, 37 dari Jawa, Indonesia maut di tempat kejadian selepas tersepit hampir 30 minit di bawah runtuhan bumbung itu sebelum anggota bomba tiba.
Rakannya, Dany Setiawan, 25, juga dari Jawa, Indonesia dikejarkan ke Hospital Balik Pulau (HBP) selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Difahamkan kedua-dua mangsa baru sahaja bekerja di tapak pembinaan iaitu seminggu lalu.
Sementara itu, seorang saksi kejadian yang hanya dikenali sebagai Ahmad berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang sibuk menyiapkan pos kawalan keselamatan di pintu masuk perumahan berkenaan.
“Kejadian itu berlaku terlalu pantas..ketika kejadian saya sedang melakukan kerja di kawasan berhampiran dan terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat.
“Apabila saya mendekati tempat kejadian, saya lihat banyak darah mangsa memancut keluar dan mayat mangsa juga terlipat di bawah runtuhan konkrit itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke HBP untuk bedah siasat.

Penganggur dituduh bunuh teman wanita

IPOH: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dituduh membunuh teman wanitanya di kediamannya di Panorama Lapangan Perdana pada 31 Dis lepas.
S.Manoharan, 50, dituduh membunuh Indeer Kaur a/p Jeswant Singh, 23, di rumah No 22, Lapangan Perdana 26, Panorama Lapangan Perdana, Ipoh, antara pukul 7 pagi dan 8 pagi.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Manoharan dan tertuduh tidak diwakili peguam semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Nasruddin Mohamed. - Bernama
myMetro | Penganggur dituduh bunuh teman wanita:

'via Blog this'

Bekas eksekutif akaun didakwa 61 tuduhan pecah amanah

SHAH ALAM: Seorang bekas eksekutif akaun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 61 pertuduhan pecah amanah membabitkan jumlah RM258,000.
Goh Siew Ha, 56, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.
Tertuduh yang telah diamanahkan untuk menguruskan akaun Syarikat T & G Eastern Holding Sdn Bhd didakwa melakukan pecah amanah ke atas 61 keping cek Alliance Bank berjumlah RM258,000 milik syarikat itu.

Bagi kesemua kesalahan itu, wanita terbabit didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama
myMetro | Bekas eksekutif akaun didakwa 61 tuduhan pecah amanah:

'via Blog this'

Dua janda ditahan

KOTA BHARU: Dua bekas isteri seorang ejen insurans, Wan Hussin Wan Yusof, 52, yang melecur teruk di muka dan badan akibat disiram cecair dipercayai asid, Sabtu lalu, ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng, berkata dua wanita berusia 31 dan 42 tahun itu ditahan berasingan di rumah masing-masing di Tumpat dan Kota Bharu jam 6 petang.

Katanya, dua lagi lelaki dipercayai terbabit serangan itu masih diburu, namun setakat ini motif serangan masih dalam siasatan.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Polis tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan memberi peluang kepada pasukan penyiasat menjalankan tugas.

“Keadaan mangsa kini kritikal tetapi stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis serah terima tugas kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, Superintendan Amran Ramli di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, semalam.
Sebelum ini, jawatan berkenaan dipangku Deputi Superintendan Mit a/l Emong.

Semalam, Harian Metro melaporkan, Wan Hussin baru keluar dari kereta untuk membeli rokok disiram sejenis cecair dipercayai asid sehingga melecur teruk di muka dan badan.
Dalam kejadian jam 11.30 malam di Kampung Tendong, Pasir Mas, mangsa sempat menghubungi adiknya, Wan Sulaiman, 48, memaklumkan kejadian menimpanya sebelum dibawa ke HRPZ II oleh orang ramai.
myMetro | Dua janda ditahan:

'via Blog this'

Ketua kongsi gelap mati setelah berbalas tembak dengan polis

GEORGETOWN: Ketua kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai Geng 08 mati setelah berbalas tembak dengan polis di Paya Terubung, di sini awal hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC II Zahruddin Abdullah berkata bertindak atas maklumat awam dan risikan, polis peronda mengesan lelaki berusia 52 tahun yang dikehendaki polis itu.
Ketika itu, lelaki terbabit sedang memandu di Jalan Kampung Melayu di sini pada pukul 2.30 pagi, katanya.

Beliau berkata polis mengekori lelaki berkenaan dan sebaik tiba di lampu isyarat flat Green Garden, dia memecut kenderaannya ke arah Jalan Paya Terubong apabila menyedari sedang diekori.

"Dia melanggar kereta polis sebelum keluar dari kereta dan melarikan diri ke sebuah kawasan kebun durian sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya kepada pemberita di sini.

Zahruddin berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati ketua Geng 08 itu berasal dari George Town dan dia dikehendaki polis kerana aktif melakukan jenayah pemerasan di sekitar kawasan Air Itam, di sini. -- BERNAMA
myMetro | Ketua kongsi gelap mati setelah berbalas tembak dengan polis:

'via Blog this'

Jumlah mangsa banjir di Setiu bertambah

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di daerah Setiu meningkat sedikit kepada 65 orang pagi ini berbanding 59 orang petang semalam.
Menurut portal banjir kerajaan negeri mangsa yang terdiri daripada 12 keluarga penduduk Kampung Nyatoh itu belum dibenarkan pulang.
Kesemua mereka di tempatkan di pusat pemindahan iaitu di Surau Kampung Nyatoh.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran negeri (JPS) berkata paras air sungai di semua sungai utama di negeri ini pagi ini berada pada paras biasa. -- BERNAMA
myMetro | Jumlah mangsa banjir di Setiu bertambah:

'via Blog this'

Simbah asid: 2 bekas isteri ditahan

KOTA BHARU: Dua bekas isteri seorang ejen insurans, Wan Hussin Wan Yusof, 52, yang melecur teruk di muka dan badan akibat disiram cecair dipercayai asid, Sabtu lalu, ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng, berkata dua wanita berusia 31 dan 42 tahun itu ditahan berasingan di rumah masing-masing di Tumpat dan Kota Bharu jam 6 petang.

Katanya, dua lagi lelaki dipercayai terbabit serangan itu masih diburu, namun setakat ini motif serangan masih dalam siasatan.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Polis tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan memberi peluang kepada pasukan penyiasat menjalankan tugas.

“Keadaan mangsa kini kritikal tetapi stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis serah terima tugas kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, Superintendan Amran Ramli di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, semalam.
Sebelum ini, jawatan berkenaan dipangku Deputi Superintendan Mit a/l Emong.

Semalam, Harian Metro melaporkan, Wan Hussin baru keluar dari kereta untuk membeli rokok disiram sejenis cecair dipercayai asid sehingga melecur teruk di muka dan badan.
Dalam kejadian jam 11.30 malam di Kampung Tendong, Pasir Mas, mangsa sempat menghubungi adiknya, Wan Sulaiman, 48, memaklumkan kejadian menimpanya sebelum dibawa ke HRPZ II oleh orang ramai.
myMetro | Simbah asid: 2 bekas isteri ditahan:

'via Blog this'

Berpusing masuk gaung


BANTU...orang ramai membantu menyelamatkan Nasri dan ibunya yang terperangkap dalam gaung. Gambar kecil, Nasri.
BANTU...orang ramai membantu menyelamatkan Nasri dan ibunya yang terperangkap dalam gaung. Gambar kecil, Nasri.


ALOR GAJAH: “Saya hanya terbayangkan kematian apabila kereta berpusing beberapa kali selepas dirempuh sebelum terjunam ke dalam gaung,” kata pemandu Perodua Kancil yang terbabit kemalangan di Bulatan Pengkalan, di sini, petang kelmarin.
Mangsa, Nasri Katan, 42, berkata keretanya dirempuh sebuah Proton Wira dinaiki empat sekeluarga yang datang dari Machap Umboo menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan.
“Akibat rempuhan kuat itu, kereta saya berpusing dua kali di atas jalan dan gagal dikawal lalu terjunam ke bawah gaung sedalam tujuh meter.

“Kejadian itu berlaku sekelip mata dan tiba-tiba saya menyedari kereta berada dalam gaung,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, kereta Perodua Kancil dipandu Nasri bersama ibunya Sariah Osman, 65, dirempuh sebuah Proton Wira, tetapi dua beranak itu dan empat sekeluarga yang menaiki Proton Wira itu tidak cedera.
myMetro | Berpusing masuk gaung:

'via Blog this'

Misi bawa pulang

KUALA LUMPUR: Faktor kemanusiaan menjadi agenda utama Pergerakan Pemuda Umno di dalam semua misi membawa pulang gadis Malaysia yang dilarikan dan dibawa ke Pulau Lombok kerana kebanyakan kes direkodkan membabitkan mereka di bawah umur.
Selain itu, ia juga sebahagian daripada pembelaan kepada mangsa kerana kes itu dikategorikan sebagai melarikan gadis mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan kebanyakan mereka diseludup ke sana secara haram dan ia kesalahan besar.

Pengerusi Biro Aduan dan Komunitinya, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, walaupun kes seperti itu kini seolah seperti sudah berkurangan dan tidak kritikal seperti dua tahun lalu, namun senario sebenar membuktikan keghairahan membawa pulang anak gadis tempatan tidak pernah berubah.
Katanya, sepanjang tahun lalu saja, bironya menerima 15 kes melarikan diri bersama kekasih warga asing atau lebih khusus lagi pemuda Lombok yang seakan sinonim dengan kepakaran ‘menculik’ anak gadis di bawah umur untuk dijadikan isteri.

“Bagi biro, kami mengutamakan kes membabitkan mereka di bawah umur kerana pada penilaian normal, mereka masih mentah dan tidak dapat membuat keputusan terutama berhubung masa depan.

“Mereka mungkin sedikit alpa dan terpesona dengan pelbagai janji manis dan pujuk rayu si jejaka sehingga sanggup melarikan diri meninggalkan keluarga di Malaysia walaupun masih bersekolah,” katanya ketika ditemui.
Muhd Khairun berkata, antara kes yang mendapat maklum balas orang ramai ialah membabitkan remaja perempuan Iban, Steffanie Liana anak Langka, 15, yang dilarikan dari sebuah kawasan rumah panjang di Mukah, Sarawak.

Dilarikan pada 27 Mac tahun lalu, Steffanie berdepan situasi getir selepas ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah sebelum diselamatkan Polis Indonesia dan Interpol.
“Siapa boleh bayangkan, ketika remaja lain seusianya sibuk dengan pelajaran dan kehidupan, dia terjebak dengan cinta bersama pemuda Lombok berusia 22 tahun yang mengaku hidup mewah di sana.

“Akibatnya, dia termakan pujuk rayu dan mengikut lelaki itu ke sana. Sekali lagi dia berdepan situasi ‘pelik’ apabila diarahkan memeluk Islam dengan alasan untuk berkahwin dan menjadi suami isteri yang sah tanpa tahu apa-apa,” katanya.
myMetro | Misi bawa pulang:

'via Blog this'

Gadis Melayu paling ramai hilang

KUALA LUMPUR: Biarpun menunjukkan trend penurunan sejak dua tahun lalu, kes membabitkan orang hilang di negara ini termasuk gadis dilarikan ke Lombok tetap diberi perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membendung penularan masalah berkenaan.

Statistik Bukit Aman menunjukkan 3,283 kes dilaporkan sejak 2009 dengan 1,438 daripadanya dijumpai semula dengan 2,282 yang lain masih hilang dan tidak dapat dikesan sehingga kini.


Daripada pecahan itu, kaum Melayu mencatatkan jumlah tertinggi dengan 2,356 kes manakala Cina (143), India (351) dan bangsa lain 433 orang.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah berkenaan merangkumi kes orang hilang di dalam dan luar negara yang dilaporkan kepada polis untuk tindakan susulan.


Katanya, setakat ini bagi kes yang belum dijumpai, PDRM tetap meneruskan usaha menjejaki mereka dengan siasatan dilakukan sehingga selesai dan pihaknya memerlukan maklumat orang ramai untuk membantu mengesan individu berkenaan.


“Setakat ini, kami masih menyiasat semua kes yang dilaporkan dan mengemas kini maklumat sedia ada. Walau bagaimanapun, kerjasama orang awam diperlukan untuk membantu pasukan keselamatan mencari mereka.

“Polis menerima laporan kes di dalam dan luar negara termasuk kejadian wanita dilarikan ke Lombok, Indonesia. Bagaimanapun, segala siasatan dan tindakan bergantung kepada lunas peraturan sedia ada dan jika membabitkan negara luar, aspek perundangan juga perlu diambil kira,” katanya.


Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berurusan dengan mana-mana individu terutama warga asing kerana berdepan risiko dilarikan dan terbabit dengan kegiatan menyalahi undang-undang.

Katanya, PDRM juga menasihati masyarakat terutama remaja dan wanita supaya jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu atau tawaran lumayan kerana ia berkemungkinan perangkap untuk menggunakan mereka dengan alasan perkahwinan.

myMetro | Gadis Melayu paling ramai hilang:

'via Blog this'

Dadah RM800,000 dilabel garam laut

SEPANG: Cubaan dua warga asing menyeludup dadah ke negara ini menggunakan botol berlabel garam laut gagal apabila taktik itu dapat dihidu pihak kastam sebaik mereka melalui lorong pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, kelmarin.

Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, dadah jenis syabu atau Methamphetamine dengan berat kasar 3.2 kilogram bernilai RM800,000 itu dijumpai di dalam satu peket plastik dan empat botol berlabel garam laut.


Menurutnya, suspek warga Iran dan Kazakhstan masing-masing berusia 31 dan 24 tahun yang tiba dari Almaty, Kazakhstan pada jam 8 malam juga berjaya ditahan pada hari berkenaan.

“Pegawai kastam yang melihat gelagat dua suspek terbabit bersama sebuah beg bersaiz sederhana meminta mereka untuk mengimbas dan memeriksa beg berkenaan, namun masing-masing menafikan beg itu kepunyaan mereka. “Tetapi selepas diimbas ia menunjukkan imej meragukan. Pemeriksaan rapi menemui serbuk kristal putih di dalam peket plastik dan botol berkenaan. Selepas diuji, ia dadah jenis syabu atau Methamphetamine dengan berat kasar 3.2 kilogram bernilai RM800,000,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA, di sini, semalam. Zainul Abidin berkata, pemeriksaan terhadap dokumen perjalanan mendapati kedua-dua suspek terbabit akan berada di negara ini selama empat hari dan menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur. “Seorang lelaki terbabit mendakwa dia ahli perniagaan manakala seorang lagi mengaku sebagai pelajar dan pernah datang ke negara ini pada Mac tahun lalu.


“Mereka ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori,” katanya. Sementara itu, beliau berkata enam suspek warga asing ditahan dalam tempoh dua minggu pertama tahun ini disebabkan kes penyeludupan dadah di KLIA dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

myMetro | Dadah RM800,000 dilabel garam laut:

'via Blog this'

6 jam pengsan sendirian

KUCHING: “Lebih enam jam saya pengsan akibat dipukul perompak dan terbaring di sudut sebuah pusat beli-belah di bandar ini, tanpa ada sesiapa menghulurkan pertolongan,” kata seorang mangsa jenayah samun yang kini trauma.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Sabtu lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Omar, 25, mendakwa hanya sedar pada jam 7 pagi keesokannya dalam keadaan mata yang bengkak dan pandangan kabur sebelum menggagahkan diri menunggang motosikal pulang ke rumah.


Mengimbas kembali kejadian itu, Omar berkata, sebaik menutup gerai menjual minumannya di Jalan Astana, di sini, pada jam 11 malam (Jumaat), dia pergi menikmati hidangan lewat malam di restoran makanan segera berhampiran Jalan Tunku Abdul Rahman.

“Kira-kira jam 1 pagi, saya keluar dari restoran untuk mengambil motosikal yang diletakkan di tepi sebuah pusat beli-belah sebelum dipukul dengan objek tumpul dan diarahkan melutut.


“Dalam ketakutan, saya mengikut arahan perompak itu sebelum ditendang dan dipukul berkali-kali sehingga tidak sedarkan diri,” katanya.


Omar berkata, sebaik tersedar dari pengsan kira-kira enam jam kemudian, dia mengambil motosikalnya dan mendapati dompet mengandungi RM100 yang disimpan di poket hilang.

“Saya menunggang motosikal ke rumah dan sebaik tiba di rumah, saya dibawa ke klinik oleh seorang rakan yang bimbang melihat saya mengadu sakit dada selain lebam di muka dan luka di belakang telinga,” katanya.


Menurut Omar, dia hanya membuat laporan di Balai Polis Simpang Tiga, pagi kelmarin sebelum mendapatkan pemeriksaan kesihatan susulan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti penjenayah terbabit.

myMetro | 6 jam pengsan sendirian:

'via Blog this'