Search This Blog

Monday, January 16, 2012

Empat rancang seludup syabu


16/01/2012 5:50pm

TAWAU - Polis menahan empat lelaki rakyat asing yang disyaki merancang menyeludup keluar 52 gram syabu dengan nilai pasaran RM20,000 ke negara jiran dalam serbuan di Sabindo, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata, tiga daripada lelaki berumur antara 21 hingga 29 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta pada pukul 4.20 petang manakala seorang lagi ditahan selepas dikejar apabila cuba melarikan diri.

"Sebaik mengenal pasti sasaran, polis menyerbu kereta itu, seorang daripada lelaki yang berada di dalam kereta terus melarikan diri tapi berjaya diberkas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ibrahim berkata, syabu itu dipercayai dibawa dari Lahad Datu, kira-kira 198 kilometer dari sini untuk dipasarkan ke negara jiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ibrahim berkata, sepanjang tahun lepas, seramai 1,198 individu dijatuhi hukuman berkaitan kesalahan dadah dan sebanyak 1.17 kilogram dadah bernilai RM408,422 dirampas di Tawau. — BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Empat rancang seludup syabu

TAWAU - Polis menahan empat lelaki rakyat asing yang disyaki merancang menyeludup keluar 52 gram syabu dengan nilai pasaran RM20,000 ke negara jiran dalam serbuan di Sabindo, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata, tiga daripada lelaki berumur antara 21 hingga 29 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta pada pukul 4.20 petang manakala seorang lagi ditahan selepas dikejar apabila cuba melarikan diri.
"Sebaik mengenal pasti sasaran, polis menyerbu kereta itu, seorang daripada lelaki yang berada di dalam kereta terus melarikan diri tapi berjaya diberkas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ibrahim berkata, syabu itu dipercayai dibawa dari Lahad Datu, kira-kira 198 kilometer dari sini untuk dipasarkan ke negara jiran.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Ibrahim berkata, sepanjang tahun lepas, seramai 1,198 individu dijatuhi hukuman berkaitan kesalahan dadah dan sebanyak 1.17 kilogram dadah bernilai RM408,422 dirampas di Tawau. — BERNAMA

Dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes simbah asid

KOTA BAHARU: Polis Kelantan menahan dua wanita dipercayai boleh membantu polis dalam siasatan kes seorang duda disimbah asid di Kampung Tendong, Pasir Mas pada Sabtu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata kedua-dua wanita itu dipercayai bekas isteri duda terbabit ditahan di dua tempat berasingan di Tumpat di sini, semalam.
"Kedua-dua wanita itu ditahan reman hari ini untuk membantu siasatan kes tersebut, dan dengan penahanan kedua-dua wanita itu, pihak polis percaya dapat menyelesaikan kes tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan (IPK) di sini, hari ini.

Lai berkata dalam kejadian Sabtu lepas, mangsa Wan Hussin Wan Yusoff, 52, cedera parah di muka akibat disimbah sejenis cecair dipercayai asid, dan kini dirawat di wad rawatan rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II dalam keadaan kritikal, tetapi stabil. - Bernama

Duda didakwa bakar rumah janda

SHAH ALAM - Seorang duda anak dua dikenakan dua tuduhan menghantar mesej ugutan dan membakar kediaman jandanya yang tinggal di Seksyen 16 di sini, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Murad Abd Ghani, 41, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap kedua-dua pertuduhan.

Murad didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu mengugut Zulaiha Yaacob, 41, menerusi SMS berbunyi "Aku bagi kau tempoh setengah jam. Telefon aku balik sebelum aku bakar rumah itu."

Sementara itu, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Slamat Yahya, Murad yang bekerja sendiri didakwa melakukan khianat dengan membakar kediaman milik bekas isterinya itu.

Dia didakwa berbuat demikian di satu unit di Pangsapuri Sri Rasau, Jalan Batu Tiga Lama, Seksyen 16 di sini, kira-kira jam 12.30 tengahari pada 25 November 2010.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Dalira Din memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM15,000, namun Murad yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan hanya berpendapatan sekitar RM1,000 sebulan.

Katanya, dia juga perlu menjaga dua anaknya yang masih bersekolah. Slamat kemudian membenarkan Murad diikat jamin RM8,000 dengan syarat tambahan perlu menjauhi Zulaiha dan dikehendaki melapor diri di balai polis berdekatan pada Sabtu pertama setiap bulan.

Mahkamah juga menetapkan kes itu disebut semula pada 16 Februari depan.

Kastam rampas dadah bernilai RM4.87 juta di KLIA dari 1-15 Januari

PUTRAJAYA: Sebanyak 19.5 kilogram dadah bernilai RM4.87 juta berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi tempoh 1 Januari sehingga semalam.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib, berkata enam warga asing terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita turut ditahan sepanjang tempoh tersebut.
"Keadaan seperti ini jelas menimbulkan kerisauan kepada pihak Kastam kerana hampir setiap hari berlaku penyeludupan dadah di KLIA, oleh itu kami sangat berharap supaya orang ramai dapat bekerjasama dan membantu kami dalam memberikan maklumat bagi menangani perkara ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Zainul berkata, kira-kira 8 pagi semalam, dadah jenis Syabu seberat 3.2 kilogram bernilai RM800,000 yang diletakkan di dalam empat botol Sea Salt dirampas daripada lelaki warga Iran dan Kazakhstan, masing-masing berusia 24 tahun.

Katanya, anggota Kastam yang melihat kedua-dua suspek membawa sebuah beg bersaiz sederhana dan apabila diminta untuk diimbas serta diperiksa, mereka menafikan beg itu milik mereka.

"Selepas diimbas ia menampakkan imej yang meragukan dan hasil pemeriksaan anggota Kastam kemudian mendapati terdapat empat botol Sea Salt dan satu bungkus plastik berisi dadah jenis syabu," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mereka kini ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Kastam turut merampas dadah seberat 16.07 kilogram dalam kes berasingan membabitkan penahanan tiga lelaki warga Turki pada 1 Januari dan seorang wanita warga Iran pada 7 Januari lalu, katanya. - BERNAMA 

Amah maut ditimpa pintu pagar 200kg

JOHOR BAHRU: Seorang pembantu rumah warga Indonesia maut dihempap pintu pagar seberat 200 kilogram ketika mencuci lantai di luar kediaman majikannya dekat Jalan Raja Udang, Larkin Jaya, di sini, tengah hari semalam.

Kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari ketika mangsa dikenali sebagai Oneh, 50-an, sedang membersihkan kawasan depan rumah itu sebelum dipercayai tergelincir akibat lantai licin.
Dalam keadaan cemas, mangsa dipercayai bertindak memaut pintu pagar terbabit untuk mengelak daripada terjatuh, tetapi bahan binaan besi itu tumbang menghentak kepala serta menghempap badan mangsa.
Anak majikan mangsa, Shahrul Hassan, 41, berkata ahli keluarganya yang berada dalam rumah ketika itu, terkejut dengan dentuman kuat daripada arah luar rumah itu sebelum bergegas keluar meninjau.

“Kami terkejut mendapati bibik (Oneh) sudah terbaring berlumuran darah di bawah pintu pagar yang tumbang. Kami bergegas mengalihkan pintu pagar terbabit kerana ketika itu mendapati bibik masih lagi bernyawa.

“Namun belum sempat mendapatkan bantuan kecemasan, beberapa minit kemudian, dia menghembus nafasnya yang terakhir di hadapan kami sekeluarga,” katanya yang sedih mengenangkan kejadian menimpa pembantu rumah yang dianggap bagaikan ahli keluarga sendiri itu.

Shahrul berkata, keluarganya bersedih dengan kejadian menimpa mangsa yang bekerja sebagai pembantu di rumahnya sejak empat tahun lalu dan menganggapnya seorang pekerja setia dan dedikasi dalam menjalankan tugasan dengan baik.
“Walaupun menerima kejadian ini sebagai suatu takdir namun kami bersedih mengenangkan bibik tidak mempunyai ahli keluarga dan hidup sebatang kara.

“Malah, gajinya disimpan kerana dia berhajat menunaikan ibadah haji bersama kami,” katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, yang mengesahkan kejadian itu mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

Katanya, siasatan polis mangsa sedang membersihkan persekitaran rumah majikannya sebelum tergelincir dan dihempap pintu pagar itu yang dipautnya ketika mengelak daripada terjatuh.

“Mangsa meninggal akibat kecederaan parah di bahagian kepala, muka dan beberapa anggota.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat, sebelum diserahkan kembali kepada majikannya untuk dikebumikan,” katanya.

Pelajar hilang dipercayai dilarikan kawan


pix_gal0KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dilaporkan hilang hampir tiga minggu lalu dipercayai dilarikan rakan perempuan yang baru dikenalinya di sebuah siber kafe di Jalan Ipoh, di sini.

Norish Aunie Niesa Mohd Nizam, 13, dilaporkan keluar rumah pada 29 Disember tahun lalu untuk ke kafe siber bersama adik lelakinya sebelum didatangi rakan yang dikenali sebagai Ija dan beberapa lelaki lain sebelum mereka menghilangkan diri.
Ibu mangsa, Nor Salinda Salleh, 33, berkata, anak sulung daripada dua beradik itu sehingga kini gagal dikesan dan percaya rakan perempuan yang baru dikenali anaknya menjadi dalang utama kehilangan Norish Aunie.
“Lebih mengejutkan, pada hari kehilangan Norish Aunie, rakan karib saya menerima panggilan daripada seorang perempuan yang memperkenalkan diri sebagai Ija, namun menggunakan nombor telefon Norish Aunie yang memaklumkan beliau membawa keluar anak saya untuk menyambut tahun baru di ibu negara.

“Ketika kawan saya meminta untuk bercakap dengan Norish Aunie sendiri, perempuan berkenaan tidak membenarkan dengan alasan takut dimarahi sebelum memutuskan talian.

“Hati saya kuat mengatakan ada sesuatu perkara buruk berlaku kerana selama ini Norish Aunie tidak pernah keluar bersama rakannya,” katanya. 

Juruterbang lemas memancing di Dubai

KUALA LUMPUR: Seorang juruterbang warga Malaysia lemas, manakala empat lagi rakan senegaranya terselamat selepas bot pancing dinaiki mereka terbalik dipukul ombak besar di Perairan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum dihanyutkan arus deras selama tujuh jam awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi (waktu tempatan) itu, Saipul Mushi Shaari, 41, juruterbang Etihad Airways sejak sejak tiga tahun lalu dikatakan keluar memacing dari Pelabuhan Mina, Abu Dhabi bersama tiga rakan setugasnya dan seorang sepupu rakannya, menggunakan bot laju dipercayai miliknya.
Bagaimanapun, sebaik tiba di tengah laut, angin kencang berserta ombak besar menyebabkan bot mereka terumbang-ambing lalu terbalik, mengakibatkan kesemua mangsa tercampak ke laut sebelum dihanyutkan selama tujuh jam dalam cuaca buruk hingga ke laluan perkapalan antarabangsa.
Ketua Canseri Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi, Abdullah Ma’amor Ibrahim ketika mengesahkan kejadian, berkata semua mangsa ditemui berpaut pada boya penanda laluan perkapalan antarabangsa itu kira-kira jam 8 pagi (waktu tempatan) oleh sekumpulan pemancing yang secara kebetulan melalui perairan itu sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan Pengawal Pantai UAE.

“Semua mangsa ditemui agak jauh dari lokasi bot dilaporkan terbalik, berdasarkan maklumat diperoleh, mereka tidak sempat membuat sebarang panggilan kecemasan ketika kejadian berlaku. Mujur ada kumpulan pemancing melalui kawasan itu dan terlihat mereka sebelum menghubungi Pengawal Pantai UAE. Jika tidak, sudah tentu mereka dihanyutkan lebih jauh.

“Dalam operasi menyelamat itu, seorang mangsa dilaporkan ditemui sudah meninggal dunia, manakala empat lagi mangsa ditemui dalam keadaan tidak bermaya kerana kesejukan dan terlalu lama berendam dalam air,” katanya ketika dihubungi semalam.

Selain Allahyarham, mangsa terselamat dikenali sebagai Taslem Shabudin yang juga seorang juruterbang di Etihad Airways; dua jurutera penyelenggara pesawat, Azrul Azam Bakar dan Siva Pragathesewaran Veeriah, selain sepupu Siva, Shri Kumaran Rajendran yang dikatakan baru tiba dari Kuala Lumpur untuk bercuti di bandar raya itu.
Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Sheikh Khalifah, Abu Dhabi, dengan dua daripadanya sehingga semalam masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan susulan, manakala dua lagi sudah dipindahkan ke wad biasa, namun keadaan mereka dilaporkan stabil.

“Hasil siasatan mendapati juruterbang itu meninggal dunia akibat lemas. Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas jenazahnya bagi mengenal pasti punca sebenar kematian, malah pihak kedutaan akan menguruskan pengebumiannya secepat mungkin sebaik Jabatan Polis Abu Dhabi membenarkan mayatnya dituntut, ” katanya.

Abdullah berkata, pihaknya sudah memaklumkan tragedi menimpa juruterbang terbabit kepada keluarganya di Pulau Pinang. 

Cinta 3 segi punca pelajar dibunuh

JOHOR BAHRU: Cinta tiga segi dan cemburu dipercayai menjadi punca pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kempas yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mati dibunuh dalam rumahnya dekat Taman Kempas di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek utama kes pembunuhan anak seorang pengendali mesin berusia 18 tahun itu hasil siasatan yang dijalankan.
Katanya, polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya bagi pendakwaan.
“Sebelum ini, kita sudah mendapatkan perintah reman selama seminggu bermula Khamis lalu terhadap dua pemuda berusia 19 tahun dan seorang lelaki berusia 49 tahun bagi membantu siasatan.

“Di antara tiga suspek yang ditahan itu, polis berhasil mengenal pasti suspek utama berdasarkan siasatan yang dijalankan pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Pelajar cemerlang, adik rentung

TAWAU: Kegembiraan Andi Herah Andi Muddah, 19, untuk mendaftar di Kolej Perubatan MAHSA di Kota Kinabalu akhir bulan ini tidak kesampaian apabila pelajar cemerlang itu ditemui rentung bersama seorang adiknya dalam kebakaran yang memusnahkan lapan rumah di Blok 5, Kampung Titingan di sini, awal pagi semalam.

Mayat anak kedua daripada lima beradik itu ditemui rentung dalam keadaan berpelukan dengan adiknya, Andi Putri Intan, 6, dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi.
Andi Herah dijadualkan melapor diri di Kolej MAHSA pada 28 Januari ini. Kebakaran itu turut menyebabkan 74 penghuni daripada 23 keluarga tinggal sehelai sepinggang.
Kedua-dua mangsa tinggal bersama ibu bapa dan dua beradik lagi di tingkat bawah rumah manakala 11 saudara termasuk nenek mereka menetap di tingkat atas.

Difahamkan, bapa mangsa, Andi Muddah Manawang, 51, cuba menendang pintu bilik untuk menyelamatkan kedua-dua anaknya tetapi tidak berjaya kerana terkunci rapat manakala api semakin marak.

Nenek mangsa, Rahmah Beddu Rahman, 65, berkata beliau nyenyak tidur bersama tiga cucu berusia satu, tiga dan enam tahun sebelum menyedari kediaman mereka dijilat api.

“Saya tersedar apabila terdengar jeritan di luar rumah disusuli letupan kuat. Saya bingkas bangun dan menarik ketiga-tiga cucu sebelum membawa mereka turun secara mengengsot melalui tangga dapur,” katanya di sini, semalam
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek, ketika dihubungi Berita Harian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 pagi dan menghantar dua jentera bersama 21 anggota ke lokasi kebakaran.

“Api marak terlalu cepat berikutan kedudukan rumah yang rapat dan struktur papan memudahkan kebakaran merebak. Kita berjaya mengawal kebakaran pada jam 4.52 pagi,” katanya sambil menambah kebakaran turut memusnahkan sebuah kereta dan lori milik penduduk. 

Tukang cat miliki 1.5kg ketamin

KUANTAN — Seorang tukang cat ditahan polis dipercayai memiliki dadah jenis ketamin seberat 1.5 kilogram di Lorong Seri Teruntum, Jalan Kampung Tengah di sini, tengah malam semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supritendan Yap Toon Khuan berkata, berpandukan maklumat sepasukan anggota polis telah menahan seorang lelaki, 42, dipercayai sedang menunggu pelanggan di lokasi kejadian pada 12.15 tengah malam semalam.
"Satu pergelutan berlaku ketika polis cuba menahan suspek yang ketika itu sedang memegang kotak bertulis ”Haier DVD Player”.
"Setelah ditahan, polis mendapati kotak yang dipegang suspek mengandungi dua bungkus butiran lutsinar dipercayai dadah jenis ketamin seberat 1.5 kilogram yang dibungkus dalam plastik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, bekalan dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk dari negeri jiran dan dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM180,000 mengikut harga runcit.
Polis juga turut merampas sejumlah wang tunai mata wang tempatan dan asing yang bercampur-campur berjumlah RM2,530 dan telefon bimbit suspek.
Suspek ditahan reman sehingga Ahad ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — BERNAMA

UPP Kedah kesan taktik baru

BUKIT KAYU HITAM — Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah mengesan taktik baru penyeludupan menggunakan kenderaan awam setelah menahan sebuah teksi yang cuba menyeludup masuk mercun dalam satu operasi pada Ahad.
Timbalan Komander UPP Kedah, Noor Mohamed Shaik Alaudin berkata, teksi itu ditahan dalam sekatan jalan raya di Km 1.3 Lebuhraya Utara-Selatan pada pukul 8.30 malam.
"Selepas memeriksa sebuah teksi yang menghala ke Changlun, UPP menemui 80 bungkus mercun papan bernilai RM480 diletakkan di bahagian penumpang belakang dan bonet kereta.
"Ini merupakan modus operandi baru penyeludupan yang kita kesan iaitu menggunakan teksi,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata, pemandu teksi iaitu seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barang larangan. — BERNAMA

4 beradik tauke loteri haram

SHAH ALAM — Polis menahan empat beradik dalam satu serbuan di sebuah rumah di Tanjung Karang, Kuala Selangor, dekat sini, semalam kerana disyaki menjalankan kegiatan loteri haram.
Serbuan itu dilakukan pegawai dan anggota bahagian Risikan dan Operasi Bidang Keutamaan Keberhasilan Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kira-kira 6 petang.
Empat beradik termasuk seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 30 dan 50 tahun itu diberkas selepas polis melakukan risikan selama dua minggu.
Menurut jurucakap polis hari ini, selain wang tunai berjumlah RM19,000, polis turut merampas beberapa mesin faks dan dokumen yang dipercayai digunakan untuk tempahan nombor pertaruhan.
Difahamkan, sindiket yang bergiat aktif sejak dua tahun itu, mampu mengaut keuntungan sehingga mencecah RM1.5 juta dalam tempoh sebulan.
Menurut jurucakap polis, ketika serbuan itu, kesemua suspek sedang menunggu keputusan loteri dan tidak menyedari kehadiran polis.
"Mereka cuba untuk meloloskan diri tetapi gagal kerana premis terbabit sudah dikepung (polis),” katanya.
Siasatan awal mendapati sindiket terbabit melantik ejen bagi mencari pelanggan dan setiap nombor pertaruhan yang dipilih akan ditempah melalui mesin faks.
Ejen yang mendapatkan pelanggan juga akan diberi komisen 20 sen bagi setiap nombor yang dibeli dan mereka mampu meraih pendapatan antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan bergantung kepada jumlah nombor yang ditempah oleh kaki judi (pelanggan).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi hari ini mengesahkan penangkapan itu dan kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
— BERNAMA

Anggota Rela maut kemalangan

BESUT — Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) maut manakala tiga lagi cedera parah apabila dua buah kereta bertembung dalam kemalangan di Kilometer 15 Jalan Jerteh-Kuala Terengganu dekat Kampung Gong Penaga, Jabi pagi tadi.
Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Saarani Mat Yunus, 50, yang merupakan penumpang hadapan kereta Perodua Kancil yang dipandu anak tirinya Mohamad Shahrul Azlizan Burhan, 29, yang cedera parah di bahagian kepala dan badan.
Turut cedera ialah seorang ahli keluarga Saarani serta pemandu kereta yang sebuah lagi iaitu Wafiuddin Mohd Noor, 23.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Zakaria dalam kemalangan kira-kira pukul 9 pagi itu, kereta yang dipandu Mohamad Shahrul dari arah Kuala Terengganu dipercayai terbabas sebelum bertembung dengan kereta Nissan Sunny itu.
“Mohamad Shahrul yang berasal dari Jalan Maran, Temerloh dilaporkan cuba mengelak lubang besar menyebabkan kereta itu hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu Wafiuddin,” katanya.
Saarani meninggal di tempat kejadian manakala mereka yang cedera dikejarkan ke Hospital Daerah Besut.
Difahamkan ketika kejadian, Mohamad Shahrul dalam perjalanan ke Jerteh dari Temerloh bersama ayah tirinya dan dua lagi ahli keluarganya manakala Wafiuddin yang berkerja sebagai pendawai bersama dua rakan sekerjanya dalam perjalanan ke tempat kerja di Kampung Renek dekat sini. — BERNAMA

Pengganas dipercayai berlegar dalam Bangkok

BANGKOK - Sebanyak 11 kedutaan luar negara mengeluarkan amaran perjalanan ke Thailand berikutan suspek pengganas dipercayai masih berada di Bangkok.

Jumaat lalu, pihak polis mengeluarkan lakaran wajah lelaki dipercayai pengganas yang melancarkan serangan, memasuki Thailand.

Lakaran tersebut disiarkan sejam selepas seorang lelaki Lebanon-Sweden, Atris Hussein disyaki berkaitan dengan kumpulan militan Hezbollah, ditangkap polis di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Menurut polis, suspek lain dipercayai masih berada di Bangkok, dan anggota polis di kawasan pelancongan seperti Pattaya dan beberapa wilayah selatan diarah memerhati serta mengesan suspek di kawasan tersebut.

Tahap keselamatan dibeberapa kedutaan tertentu di Bangkok diperketat.

Kedutaan asing termasuk Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Australia mengeluarkan amaran bahawa pengganas asing mungkin merancang serangan terhadap pelancong sekitar Bangkok kelak. Pengganas dipercayai berlegar dalam Bangkok - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pecah rumah makin berleluasa


Pecah rumah makin berleluasa

GOMBAK – Kejadian pecah rumah pada waktu siang yang berlaku di Pangsapuri Laksamana semakin menjadi-jadi sejak kisah orang minyak tersebar di kawasan itu.

Pengerusinya Persatuan Penduduknya, Shafiq Abdul Aziz berkata, setakat ini sebanyak enam laporan diteri­manya berhubung kejadian pecah rumah di kawasan itu.

“Semua kejadian pecah rumah yang berlaku di pangsapuri ini melibatkan rumah yang ditinggalkan kosong kerana penghuninya keluar bekerja,” katanya ketika ditemui dekat sini.

Menurutnya, terbaru pencuri terbabit semakin berani apabila melarikan sebuah televisyen 42 inci dari sebuah rumah di situ.

“Lima kes berlaku menggunakan kaedah sama iaitu membuka mangga pintu rumah menggunakan asid dan melarikan barangan berharga seperti komputer riba, telefon bimbit dan barangan berharga dari rumah mangsa,” katanya.

Bagi mengatasi masalah itu menurutnya, badan pengurusan bersama (JMB) bercadang mengadakan pengawal keselamatan berbayar, memasang palang di pintu keluar masuk serta memasang kamera litar tertutup di setiap blok bangunan di situ dengan syarat penduduk dapat memberi komitmen dalam membayar wang penyelenggaraan bulanan.

Jelasnya lagi, kawasan itu dahulunya sering terjadi kes kehilangan motosikal namun semenjak rondaan dibuat penduduk dan tempat letak motosikal diterangi lampu, masalah itu mula berkurangan.

Sementara itu, mangsa pecah rumah, Noorfadzly Musiran, 29, berkata, dia hanya menyedari rumahnya di pecah masuk selepas pulang bekerja jam 10.30 malam.

“Pencuri terbabit menggeledah semua bilik dan almari di dalam rumah, mujur dia hanya sempat ambil barangan yang kecil sahaja,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Selayang, Bukit Idaman dekat sini.

Berhubung masalah itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, polis akan menyiasat laporan kes pecah di pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, kerjasama penduduk untuk melaporkan perkara itu jika terserempak dengan orang yang dicurigai amat diperlukan bagi membolehkan suspek terlibat diberkas. Pecah rumah makin berleluasa - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Padah halang tugas penjawat awam


okt

KUALA TERENGGANU - Tindakan melulu seorang lelaki membaling topi keledar terhadap seorang anggota polis mengundang padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Tertuduh, Muhammad Abd Rahman Yusof didakwa menggunakan kekerasan terhadap Lans Koperal Kamaruddin Wahab dengan membaling topi keledar berwarna putih ketika anggota itu sedang menjalankan tugas.

Atas kesalahan itu dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama, iaitu penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut pertuduhan, Muhammad didakwa bertindak demikian ketika Kamaruddin menyerbu sebuah rumah di Kampung Duyung Besar, Pulau Ketam, dekat sini kira-kira jam 7.45 malam, 11 Januari lalu.

Bagaimanapun, tertuduh berusia 40 tahun yang memakai pakaian lokap berwarna ungu itu mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.

Majistret Abdul Hayyi Salim kemudiannya menetapkan 11 Mac ini sebagai tarikh sebutan dan serah dokumen kes selain membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan. Padah halang tugas penjawat awam - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Dipuji tangkap penyogok


Dipuji tangkap penyogok

TELUK INTAN - “Amaran telah saya berikan berulang kali namun tidak diendahkan, malahan suspek yang berusia 38 tahun, cuba menambah nilai sogokan daripada RM100 ke RM150 saya dan rakan setugas tidak menyamannya.”

Cerita anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, Koperal Radzuan Mohd Wazir, 49, mengenang kembali cubaan suspek merasuahnya ketika menjalankan tugas rondaan pada Jumaat lalu.

Menurut Radzuan, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 1 pagi semasa dia bersama anggota CPJ IPD Hilir Perak membuat rondaan di sekitar sini.

“Sebaik sahaja kami tiba di Kilometer 1 jalan raya Teluk Intan-Changkat Jong, kami melihat sebuah kereta dipandu laju dari bertentangan dan telah memasuki susur keluar yang tidak dibenarkan.

“Saya telah mengejar dan berjaya menahan kereta terbabit serta memaklumkan kesalahan yang telah dilakukan suspek yang menaiki kereta itu bersama dua penumpang berusia 24 dan 23 tahun, setelah memperkenalkan diri saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Setelah dimaklumkan kesalahannya, cerita Radzuan, suspek telah bertindak mengeluarkan wang RM100 dengan tujuan memberi rasuah agar tidak disaman.

Katanya, dia telah memberi amaran berulang kali supaya tidak berbuat demikian, namun tidak diendahkan sehingga memaksa Radzuan menahannya.

“Suspek telah dibawa ke IPD Hilir Perak sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Teluk Intan untuk siasatan lanjut.

“Sepanjang 31 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), ini merupakan kali keempat saya berhadapan dengan cubaan rasuah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang menyatakan rasa bangga dengan integriti yang ditunjukkan Radzuan.

“Ketegasan Radzuan sekali gus telah menganggkat martabat PDRM dan IPD Hilir Perak di mata masyarakat dan di peringkat lebih tinggi dan bagi saya dia membuat tindakan paling tepat. Dipuji tangkap penyogok - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Gementar diekori harimau empat jam

KUALA KANGSAR – Dua beranak, Rohani Osman, 50, dan Mastura Kamaruddin, 16, berdepan detik mencemaskan apabila terserempak dan diekori seekor harimau belang ketika keluar menoreh getah di kawasan Padang Ragut, Kampung Changkat Jambu di sini, semalam.

Bagaimanapun, pak belang yang mengekori mereka selama kira-kira empat jam sehingga ke dalam hutan itu, ditembak mati anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang menyertai operasi menyelamat dua beranak itu.

Rohani berkata, dia ditemani anaknya tiba di kebun getah pada jam 8 pagi dan ketika mula menoreh pokok pertama, dia terkejut apabila ternampak seekor harimau sedang memerhatikan mereka hanya dalam jarak tujuh meter sahaja.

Menurutnya, kerana terlalu takut, dia dan anaknya cuba menjauhi harimau berkenaan, tetapi diekori sehinggalah tiba di puncak bukit.

“Saya ditemani anak menunggang motosikal dari rumah di kampung Chuar Hilir dan memang rutin harian saya bersama suami menoreh getah di kebun berhampiran kawasan Padang Ragut.

“Ketika mula menoreh pokok pertama, saya ternampak seekor harimau dengan ketinggian sehingga paras pinggang berada tidak jauh dari lokasi kami menoreh.

“Saya memberitahu anak saya dan kami mula bergerak secara berundur dan menyorok di sebalik pokok, tetapi harimau itu tetap tidak mahu berganjak.

“Setiap kali kami bergerak, harimau itu akan turut bergerak dan memerhatikan kami dan kadangkala saya membaling apa sahaja yang boleh dicapai dengan tangan termasuk ranting kayu serta batu.

“Kami melarikan diri sehinggalah tiada tempat lagi untuk dituju dan berasa sangat penat kerana sudah berjalan beberapa jam tanpa henti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Katanya, mereka bernasib baik kerana anaknya membawa telefon bimbit dan sempat menelefon salah seorang anak saudara untuk meminta bantuan.
“Nasib baik harimau itu tidak menerkam, walaupun berada dalam jarak dekat dan kami berasa sangat takut melihat mulutnya sentiasa ternganga memandang ke arah kami.
“Kami sudah lari terlalu jauh dan sudah tidak tahu di mana kami berada sehinggalah tiba di puncak bukit.
“Kami lega apabila harimau itu akhirnya ditembak mati dan kami diselamatkan orang kampung serta pasukan penyelamat,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.
Manakala, Mastura berkata, pada awalnya dia tidak mahu menemani ibunya pergi menoreh getah tetapi memandangkan bapanya tidak sihat dia terpaksa akur.

“Sebelum ini saya memang tidak pernah menemani ibu menoreh getah tetapi hari ini (semalam) ibu memujuk untuk menemaninya kerana bapa tidak sihat dan memandangkan hari cuti sekolah saya mengikutinya.

“Memang tidak sangka kejadian menakutkan ini akan berlaku dan sebelum ini hanya mendengar cerita mengenai ada harimau di kawasan ini tetapi orang kampung tidak pernah terserempak.

“Kali ini kami sendiri melihat harimau dari jarak dekat, bahkan diekori binatang liar ini dan keadaan itu amat mencemaskan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Negeri, Mohd Nawayai Yasak mengesahkan seekor harimau belang betina dengan berat 70 kilogram telah ditembak mati di Changkat Jambu, Liman Kati.

“Pada jam kira-kira 10 pagi, pihak kami di cawangan Sungai Siput dan Selama menerima panggilan kecemasan mengatakan terdapat dua penoreh getah terserempak dengan seekor harimau belang.

“Difahamkan salah seorang daripada mereka membawa telefon bimbit dan telah menghubungi orang kampung untuk meminta bantuan,” katanya.

Mohd Nawayai berkata, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian tetapi dimaklumkan harimau berkenaan telah ditembak mati oleh salah seorang anggota Rela di kampung itu.

“Sebelum ini, pihak kami pernah menerima aduan mengenai kewujudan harimau belang di sekitar kawasan itu dan sudah membuat siasatan serta pemantauan di beberapa buah kampung.

“Khabar angin juga mengatakan masih terdapat seekor lagi harimau masih berkeliaran tetapi pihak kami masih menjalankan siasatan bagi memastikan kesahihannya,” katanya.

Menurutnya, pemantauan berterusan akan dibuat di lokasi kejadian serta kampung berhampiran demi keselamatan penduduk.

“Kalau boleh kita tidak mahu langkah mudah diambil memandangkan haiwan ini adalah spesies dilindungi,” katanya.

Ketua Wanita Umno Cawangan Chuar Hilir, Nor Hasifah Zamri berkata, sebelum ini beberapa kejadian binatang peliharaan penduduk di baham harimau pernah berlaku di sekitar kawasan itu.

“Sebelum ini memang ada kejadian lembu dan kerbau dibaham oleh pak belang tetapi tidak pernah terserempak dengan pen­duduk.

“Sehinggalah kejadian ini berlaku menyebabkan penduduk takut untuk keluar menoreh.

“Sebaik sahaja mendengar tentang kejadian menimpa dua beranak ini, kami terus bergegas ke lokasi kejadian dan membawa mereka untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Kangsar,” katanya.
Gementar diekori harimau empat jam - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

9 paket Heroin dirampas

KEMAMAN – Sebanyak sembilan paket dadah jenis Heroin seberat 153 gram berjaya dirampas polis susulan penangkapan tiga individu selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Titian Berayun, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam.

Dengan rampasan dadah sebanyak itu, suspek yang ditangkap boleh dihukum gantung mandatori jika disabitkan kesalahan. Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, dua lelaki masing-masing berusia 30 dan 47 tahun dicekup ketika sedang membungkus dadah ke dalam plastik lutsinar.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bertindak atas risikan, polis menyerbu rumah di Kampung Titian Berayun dan sebelum itu polis mengetuk pintu rumah terbabit beberapa kali dan pintu dibuka oleh seorang wanita berusia 32 tahun.

Menurutnya, gara-gara terkejut dengan kehadiran polis, wanita itu bertindak melarikan diri ke dalam sebuah bilik sebelum menguncinya menyebabkan polis terpaksa menendang pintu rumah, sebelum mendapati terdapat dua lagi lelaki berada dalam bilik itu sambil kesemua mereka cuba meloloskan diri melalui tingkap.

Bagaimanapun, kecekapan dan kepantasan polis berjaya menghalang mereka daripada lolos dan berlaku pergelutan sebelum suspek berjaya ditahan.

“Sebanyak sembilan paket Heroin seberat 153 gram ditemui dalam bilik itu bersama alat timbang digital dan plastik lutsinar kosong.

“Setelah diperiksa juga sebiji pil kuda ditemui pada suspek berusia 30 tahun. Hasil ujian air kencing turut mendapati kedua-dua suspek lelaki positif dadah,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. 9 paket Heroin dirampas - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Jaim serbu lubuk pondan


Jaim serbu lubuk pondan

ALOR GAJAH - Taktik seorang pondan mengangkat kain hingga ke paras peha untuk menggoda anggota penguat kuasa sebelum melarikan diri gagal apabila dia akhirnya berjaya ditangkap tidak jauh dari lokasi serbuan di Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru, dekat sini, awal pagi semalam.

Tangkapan itu dilakukan susulan tinjauan dan rondaan yang dijalankan anggota penguat kuasaan Majlis Perban­daran Alor Gajah (MPAG) bermula jam 10.30 malam, kelmarin bersama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) sebelum menemui suspek dalam sebuah bilik kecil kira-kira 2.15 pagi, semalam.

Operasi yang diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaim, Zurul Iman Zakaria bersama 16 anggotanya dibantu sepasukan­ anggota bahagian penguat kuasa MPAG diketuai Setiausaha MPAG, Shadan Othman mendapati lokasi terbabit menjadi ‘port’ golongan pondan dan lelaki normal dari luar melampiaskan nafsu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, semasa operasi, suspek yang berada dalam bilik itu seorang diri sedang berbaring di atas sebuah tilam nipis tidak menyahut panggilan anggota yang mengetuk pintu bilik berkenaan.

Menurutnya, kemudian pihaknya cuba meninjau dari tingkap jaring di tepi bilik kecil itu dan mendapati suspek sedang berbaring dengan hanya berpakaian kain batik serta baju singlet wanita.

“Ketika itu, dia hanya berdiam diri walaupun sedar kehadiran kami, namun enggan memberi kerjasama.

“Kira-kira 15 minit selepas itu, anggota meminta suspek keluar, namun enggan hingga memaksa kami memecahkan pintu bilik yang dibina daripada papan nipis,” katanya.

Suspek lari, bersembunyi

Rahimin berkata, namun cubaan itu gagal kerana pintu berkenaan berkunci dari dalam dan anggota cuba masuk melalui bahagian yang pecah.

“Sebaik anggota berjaya memasuki bilik ini, suspek keluar dan diperiksa. Namun secara perlahan-lahan suspek menyelak kain batik yang dipakai sehingga ke paras peha sebelum melarikan diri dengan meredah zink karat dan timbunan sampah yang terdapat di tepi bilik kecil itu.

“Kemudian suspek cuba melarikan diri ke arah kawasan rumah penduduk kira-kira 300 meter dari bilik berkenaan dan menyembunyikan diri di belakang sebatang pokok pisang sebelum masuk ke bawah pangkin rumah penduduk dalam keadaan kain batik yang dipakainya sudah hampir tercabut,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun selepas anggota MPAG mengepung kawasan sekitar, suspek berjaya ditangkap walaupun dia meronta-ronta dan cuba melawan.

“Dipercayai tempat ini sudah lama dijadikan ‘port’ golongan berkenaan untuk melepaskan nafsu serakah ter­masuk warga emas,” katanya.

Katanya, difahamkan ada lagi beberapa pondan yang menjadikan bilik itu sebagai persinggahan berikutan penemuan timbunan pakaian wanita di atas rak.

“Terima kasih kepada media dan orang ramai yang menyalurkan maklumat berhubung gejala tidak bermoral ini sehingga tangkapan berjaya dilaksanakan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 72 atas kesalahan syariah Jabatan Agama Islam Melaka 1991 lelaki berlagak seperti wanita,” katanya.

Kawasan panas akan dibersihkan

Sementara itu, Shadan Othman berkata, pihaknya akan membersihkan keseluru­han tempat itu selepas mendapat pengesahan bahawa lokasi panas berkenaan adalah tanah rezab kerajaan.

Menurutnya, dipercayai golongan berkenaan hanya menggunakan pelita untuk melampiaskan nafsu dan melayan pelanggan mereka.

“Hasil tinjauan mendapati kawasan ini gelap dan pihak kami akan mengambil tindakan dalam masa terdekat untuk merobohkan bilik kecil ini.

“Malah memasang lampu awam supaya aktiviti berke­naan­ tidak lagi berulang selain pemantauan akan terus dijalankan,” katanya.

Katanya, difahamkan aktiviti ini sudah dijalankan sejak dua tahun lalu.

Dalam tinjauan pada malam itu, pihak MPAG turut menjalankan pemeriksaan ke atas tiga kedai makan yang menyediakan hiburan karaoke di jalan baru Tanjung Bidara-Solok Duku, Taman Rekreasi Bukit Beringin dan di kawasan perindustrian Londang.

Namun mendapati kesemuanya mempunyai lesen yang disahkan MPAG. Jaim serbu lubuk pondan - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Ahli perniagaan diberkas cuba rasuah Pegawai Kementerian

SIBU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dari Sarikei kerana cuba merasuah seorang pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Penolong Penguasa SPRM Muhammad Firdaus Omar berkata suspek berusia 43 tahun itu ditahan pada 13 Jan lepas ketika operasi bersama SPRM dan kementerian terbabit.

"Dia dikatakan cuba merasuah pegawai itu sebanyak RM10,000 agar pegawai berkenaan tidak mengambil tindakan ke atas syarikatnya yang membekalkan barangan bersubsidi ke bahagian terbabit," katanya.

Lelaki itu yang direman selama enam hari sejak 14 Jan, merupakan yang ketiga ditahan atas kesalahan berkaitan pengangkutan atau pembekalan barangan bersubsidi di negeri ini.

SPRM menahan dua suspek di Miri minggu lepas kerana membuat tuntutan palsu terhadap bayaran pengangkutan tahunan berjumlah RM105 juta yang diberi kerajaan kepada penyedia pengangkutan, pembekal dan ahli perniagaan yang terbabit dalam penghantaran barangan bersubsidi ke pedalaman Sarawak.

Seorang daripada mereka diberkas kerana cuba merasuah pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Miri. - Bernama Ahli perniagaan diberkas cuba rasuah Pegawai Kementerian - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tipu sampai jadi pengarah

KUALA LUMPUR: Seorang doktor wanita bergelar Datuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dengan jenayah pemalsuan dokumen bagi membolehkannya beberapa kali naik pangkat dalam tempoh singkat.
Bekas pengarah sebuah agensi kerajaan itu dikatakan memalsukan dokumen kenaikan pangkat bermula dari Gred 48 (memangku) hingga ke Gred 52 dan ke Gred 54 dalam tempoh cuma tiga tahun iaitu dari 2009 hingga 2011.
Temberang Datuk berusia 39 tahun itu pecah apabila siasatan melalui profil perkhidmatannya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati surat terakhir yang dikeluarkan bagi perjawatannya hanya setakat pegawai Gred 48 (memangku) saja.

Menurut sumber, Datuk itu yang bertugas di sebuah negeri dikatakan memberi salinan dokumen berbentuk pengesahan lantikan pegawai Gred 48 hingga ke Gred 52, yang kononnya dikeluarkan JPA kepada kerani pejabatnya bagi proses pembayaran emolumen mengikut kelayakan.

“Pada 2009, Datuk berkenaan mendakwa menerima surat daripada ibu pejabatnya di Putrajaya yang memaklumkan dia dinaikkan pangkat dan disahkan jawatan ke Gred 48 serta mengarahkan pegawai di bahagian pentadbiran membuat perubahan gaji.

“Sekali lagi pada tahun sama, dia mendakwa menerima surat daripada ibu pejabat yang memaklumkan dia diarahkan memangku jawatan Gred 52 Khas Untuk Penyandang (KUP) berkuatkuasa Januari 2010,” katanya.
myMetro | Tipu sampai jadi pengarah:

'via Blog this'

Mengundur 2km elak dibaham harimau

KUALA KANGSAR: Detik menakutkan terpaksa dilalui dua beranak apabila terpaksa berjalan mengundur sejauh hampir dua kilometer selepas diekori dan cuba dibaham dua harimau.
Kejadian kira-kira jam 8 pagi semalam, mangsa, Rohani Osman, 50, dan anaknya, Mastura Kamarudin, 16, terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan dua harimau dewasa ketika menoreh getah berhampiran Kampung Chuar Hulu, Kati di sini.
Rohani berkata, dia leka menoreh getah berhampiran kawasan jirat Cina lama tergamam apabila melihat dua ekor ‘pak belang’ muncul sebelum merenung ke arah mereka.

“Saya pucat lesi dan tidak tahu apa yang harus dilakukan apabila harimau berjalan ke arah kami.

“Ketika itulah saya teringat petua orang tua bahawa harimau akan menyerang mangsanya daripada belakang terutama di bahagian tengkuk. Saya menyuruh anak bertenang dan jalan mengundur sambil mengadap harimau berkenaan,” katanya
myMetro | Mengundur 2km elak dibaham harimau:

'via Blog this'

Sikap ramah remaja undang kematian

JOHOR BAHRU: Sikap ramah seorang remaja berusia 18 tahun hingga menyebabkan tiga lelaki jatuh hati kepadanya, dipercayai menjadi punca dia (remaja) dibunuh kejam dengan lehernya dikelar selain ditikam dalam kejadian di rumahnya di Taman Kempas di sini, Rabu lalu.
Difahamkan lelaki berkenaan dipercayai ke rumah remaja itu bagi mendapatkan kepastian, sebelum disyaki berlaku kejadian tidak diingini hingga menyebabkan remaja terbabit dikelar dan ditikam.

Difahamkan, mangsa mengenali suspek sejak beberapa bulan lalu dan dipercayai sikap peramahnya disalah erti hingga menyebabkan tiga lelaki berkenaan cemburu sesama mereka sebelum disyaki menyalahkan remaja berkenaan kerana beranggapan mereka dipermainkan.
Bagaimanapun, mereka kini berdepan hukuman berat apabila siasatan polis mengenal pasti suspek utama kes berkenaan dan menahan tiga lelaki itu pada hari kejadian bagi membantu siasatan. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff (gambar) berkata, pihaknya kini di peringkat akhir bagi melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum diserahkan kepada pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak cinta dan cemburu sebagai motif utama kejadian hingga menyebabkan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kempas yang kini menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dibunuh.

‘Tiga lelaki iaitu dua remaja berusia 19 tahun manakala seorang lagi berusia 49 tahun ditahan reman seminggu,” katanya.
Mayat C Sivaranjini, 18, ditemui bapanya bapanya sejurus tiba di rumah di Jalan Dataran 4/5 Taman Kempas pada kira-kira jam 10 pagi, Rabu lalu.

myMetro | Sikap ramah remaja undang kematian:

'via Blog this'

Keluar kereta disiram asid

TUMPAT: Seorang ejen insurans melecur teruk di muka dan badan akibat disimbah sejenis cecair dipercayai asid oleh seorang lelaki di Kampung Tendong, dekat Pasir Mas, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa, Wan Hussin Wan Yusof, 52, dikatakan baru keluar dari kereta untuk ke kedai runcit bagi membeli rokok.
Kakak mangsa, Wan Zaharah, 58, berkata, sebelum kejadian, Wan Hussin mempelawa adiknya, Wan Sulaiman, 48, keluar minum di sebuah kedai kopi berhampiran rumah, namun adiknya itu menolak pelawaan terbabit.

“Wan Hussin kemudian keluar seorang diri menaiki kereta untuk membeli rokok di kedai runcit berhampiran rumah. Tidak lama kemudian, Wan Sulaiman menerima panggilan telefon daripadanya memaklumkan dia disimbah asid dan dibawa orang ramai ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Saya dan Wan Sulaiman segera ke HRPZ II untuk melihat keadaan mangsa yang melecur teruk di muka dan badan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
myMetro | Keluar kereta disiram asid:

'via Blog this'

RM100 habuan sambut mercun

PADANG BESAR: Upah RM100 untuk lambung. Itu habuan beberapa peniaga bunga api dan mercun di Padang Besar, Thailand, dekat sini, kepada peniaga tempatan yang bersedia membantu menyeludup bahan terlarang itu masuk ke Malaysia.

Mereka yang berminat diberi upah membawa kotak mercun ke pagar sempadan sebelum melambungnya melepasi pagar sempadan untuk disambut wakil pembeli yang membuat pesanan di Malaysia.


Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis, Deputi Superintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, aktiviti penyeludupan cara berkenaan didapati semakin menjadi-jadi menjelang Tahun Baru Cina yang disambut minggu depan.

“Taktik itu dikesan UPP selepas menyerbu sebuah rumah yang dipercayai dijadikan pusat transit bahan letupan berkenaan sebelum diedarkan ke beberapa lokasi,” katanya.


Menurutnya, dalam serbuan jam 7.45 malam Rabu lalu, UPP merampas 60 kotak mercun pelbagai jenis yang dipercayai diseludup menggunakan taktik ‘lambung’ melepasi pagar sempadan di Kampung Melayu, di sini.


Katanya, mercun bernilai hampir RM60,000 itu ditemui di dalam sebuah stor di sebuah rumah di Kampung Kok Mak, di sini, sebelum menahan seorang lelaki berusia 22 tahun.

“Lelaki berkenaan mengaku menyeludup semua bahan letupan berkenaan dari Thailand dan membawanya melalui pintu pagar sempadan dengan bantuan peniaga negara jiran itu.


“Dua pikap digunakan bagi membawa 60 kotak mercun berkenaan ke rumah lelaki terbabit selepas kotak mercun berkenaan dilempar melalui pagar sempadan,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa perlu membayar upah RM100 bagi setiap kotak yang dilempar ke negara ini.


Semua mercun berkenaan dirampas dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda tidak lebih RM10,000.

myMetro | RM100 habuan sambut mercun:

'via Blog this'

Wanita Indonesia maut tak sempat jumpa suami

SHAH ALAM: Seorang pejalan kaki wanita warga Indonesia maut selepas dirempuh sebuah kereta Proton Savvy dalam kemalangan di kilometer 15.2 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, pagi semalam.

Kemalangan kira-kira jam 7.45 pagi itu turut menyebabkan beribu liter air memancut setinggi lebih 30 meter kerana kereta yang sama kemudian melanggar saluran paip air milik Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan sebuah kotak elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Mangsa berusia 30-an yang berjalan kaki menuju ke perhentian bas berhampiran dipercayai mahu bertemu suaminya di Klang cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum merempuh mangsa, kereta Proton Savvy dipandu seorang lelaki yang dalam perjalanan ke Klang hilang kawalan selepas dilanggar sebuah kereta jenis Mazda dari belakang lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri lebuh raya. Proton Savvy itu kemudian merempuh mangsa sebelum melanggar saluran paip air utama sebesar 42 inci milik Syabas dan kotak elektrik milik TNB, seterusnya terhumban ke dalam longkang. Pancutan air setinggi lebih 30 meter ke udara boleh dilihat dari jarak satu kilometer dari tempat kejadian. Selepas melanggar kereta Proton Savvy, kereta Mazda dinaiki dua lelaki berusia 20-an itu turut hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan lebuh raya, tetapi hanya cedera ringan. Pemandu Proton Savvy berusia 28 tahun itu cedera parah dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam untuk rawatan lanjut dan pemandu dan penumpang kereta Mazda bagaimanapun hanya cedera ringan.


Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk dibedah siasat.

myMetro | Wanita Indonesia maut tak sempat jumpa suami:

'via Blog this'

Tertembak muka sendiri

KUCHING: Seorang pekerja kuari cedera parah di muka akibat terkena tembakan pistol milik bapanya, seorang anggota trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, semalam.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku di rumah mangsa di kuarters IPD Kota Samarahan apabila mangsa berusia 24 tahun dikatakan secara tidak sengaja tertekan picu senjata api jenis revolver .38 berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Asisten Superintendan Abdul Rahman Ahmad, berkata mangsa dipercayai bermain dengan pistol milik bapanya sebelum secara tidak sengaja tertembak tepat di bahagian dagu hingga menembusi hidungnya.

“Ketika kejadian, bapa mangsa tidak bertugas dan hanya menyedari kejadian itu sebaik mendengar bunyi tembakan dari arah bilik mangsa.


“Mangsa terkena tembakan peluru senjata berkenaan dan kini mengalami pendarahan di dagu dan leher. Keadaan mangsa belum dapat dipastikan kerana masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.


Beliau berkata, kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 309 kerana cuba melakukan kesalahan membunuh diri.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu termasuk mengambil keterangan ibu bapa mangsa,” katanya.

myMetro | Tertembak muka sendiri:

'via Blog this'

Suami lumpuh rentung

PARIT: Seorang isteri hanya mampu menangis hiba apabila mendapati suaminya yang lumpuh ditemui rentung selepas rumah papan mereka musnah dijilat api pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, mangsa, Abdul Manaf Panjang Kolah, 85, tinggal bersendirian di rumahnya di Kampung Layang-Layang Kiri, di sini, manakala isterinya, Zabedah Nordin, 67, keluar berniaga.


Zabedah yang berniaga menjual kuih dan nasi lemak di pasar sehari Layang-layang Kiri, dekat sini, berkata, ketika kejadian suaminya tinggal bersendirian di rumah manakala seorang anak lelakinya, Abdul Rafar, 36, keluar kerana mempunyai urusan di Titi Gantong.

Menurutnya, arwah memang tidak boleh berjalan sejak dua tahun lalu kerana mengalami strok dan hanya terbaring di katil sahaja.


“Saya biasanya akan berniaga di pekan sehari pada Ahad sahaja manakala hari lain berada di rumah untuk menjaga suami.


“Sebelum keluar berniaga, saya sempat menyediakan sarapan nasi lemak dan juga kuih-kuih terutamanya kuih cucur badak dan karipap kerana itu adalah kuih kegemaran arwah suami,” katanya sambil berlinangan air mata.

Menurutnya, dia tidak menyangka itu adalah sarapan terakhir yang dapat disediakan untuk suami kerana pada pagi kejadian suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan.


Sementara itu jiran mangsa, Roslan Ibrahim, 50, berkata, dia menyedari kejadian itu apabila melihat asap berkepul-kepul di sekitar rumah mangsa.

“Pada masa itu , saya sedang menghantar kuih ke pekan sehari kerana emak saya turut berniaga bersama dengan isteri mangsa.


“Apabila melihat asap hitam itu, saya mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku dan jangkaan saya tepat apabila api sudah marak membakar rumah. “Saya segera memberitahu isteri arwah selain menelefon bomba serta ambulans untuk mendapatkan bantuan,” katanya.


Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Parit, Amir Ahmad berkata, pihak bomba dan penyelamat Parit menerima panggilan pada jam 8.53 pagi dan tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.


“Apabila tiba di tempat kejadian kami mendapati api sudah memusnahkan 95 peratus rumah mangsa.


“Daripada maklumat awal yang kami terima ada mangsa seorang lelaki berumur 80-an yang lumpuh berada dalam rumah,” katanya.


Katanya, api dapat dikawal lima minit kemudian. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi disiasat.

myMetro | Suami lumpuh rentung:

'via Blog this'

2 beradik mati berpelukan

TAWAU: Akrab hingga ke akhir hayat. Itulah gambaran tragedi membabitkan dua beradik yang mati rentung dalam keadaan berpelukan apabila rumah mereka di Kampung Titingan di sini, terbakar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, tujuh rumah musnah membabitkan 23 keluarga dan 74 penghuni, termasuk 35 kanak-kanak yang dipercayai berpunca litar pintas.


Kedua-dua mangsa, Andi Hera Andi Muddah, 19, dan adiknya, Putri Intan Andi Muddah, 6, ditemui rentung dalam bilik tidur mereka dipercayai terperangkap.

Menurut nenek mangsa, Rahmah Bedurahman 65, ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang lena dan hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar suara orang ramai berteriak supaya menyelamatkan diri.


Selepas keluar dari rumah, katanya, mereka menyedari kedua-dua mangsa masih belum keluar hingga memaksa seorang daripada anaknya masuk semula ke rumah untuk cuba menyelamatkan mereka.


“Pintu bilik mereka terkunci dari dalam menyebabkan anak saya cuba menendang pintu, tetapi gagal kerana api semakin marak membakar rumah.

“Cucu sulung saya itu bercita-cita menjadi jururawat dan bakal melanjutkan pengajian ke sebuah kolej swasta pada 28 Januari ini,” katanya yang masih sedih dengan kejadian itu.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Rudy Fredzek berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa dipercayai tidur dan tidak menyedari kejadian berkenaan.

“Orang ramai cuba menyelamatkan mangsa dengan masuk ke dalam rumah berkenaan, tetapi gagal. Anggota bomba menemui kedua-duanya rentung dalam keadaan berpelukan sejurus api dipadamkan,” katanya ketika dihubungi, semalam. Rudy berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu jam 3.50 pagi seterusnya mengerahkan dua jentera serta empat kenderaan utiliti bersama 21 anggota ke tempat kejadian.


Sebaik sampai di tempat kejadian, keadaan begitu kelam-kabut dengan orang ramai cuba membantu memadamkan kebakaran dan menyelamatkan harta-benda.


“Apabila bomba sampai di tempat kejadian, rumah itu sudah hampir 70 peratus musnah.

myMetro | 2 beradik mati berpelukan:

'via Blog this'

Cemburu SMS bawa padah

KUALA LUMPUR: Gara-gara SMS, seorang isteri berusia 26 tahun teruk dibelasah suami yang cemburu di rumah mereka di Setapak, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, suami mangsa yang berusia 30-an itu terbaca SMS dalam telefon bimbit isterinya yang dihantar seorang rakan perempuan.


Sumber polis berkata, dalam SMS dihantarnya rakan itu bertanya hubungan mangsa dengan seseorang lelaki dan ia amat mengejutkan suami mangsa.

Menurutnya, suspek mengejut mangsa yang tidur sebelum berlaku pertengkaran.


“Mangsa menafikan ada hubungan dengan lelaki lain dan dan memberitahu semua itu hanya salah faham namun suspek masih tidak berpuas hati dan mendakwa isterinya curang.


“Suspek naik angin dan menumbuk muka mangsa beberapa kali tanpa mempedulikan rayuan mangsa menyebabkan mangsa cedera di muka dan lebam seluruh badan,” katanya.

Menurutnya, lebih kejam, lelaki terbabit duduk di atas badan dan menarik rambut mangsa sebelum keluar rumah.


Tidak tahan dengan sikap panas baran suami, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Jinjang.

myMetro | Cemburu SMS bawa padah:

'via Blog this'

Dipijak enggan lunas RM5,000

RAKAM...rakaman CCTV menunjukkan dua suspek sebelum menculik mangsa.
RAKAM...rakaman CCTV menunjukkan dua suspek sebelum menculik mangsa.
SAKIT...Mohd Akhtar menunjukkan luka pada lengannya.
SAKIT...Mohd Akhtar menunjukkan luka pada lengannya.

KUALA LUMPUR: “Kepala saya dipijak bertubi-tubi, badan saya dipukul dan tangan kanan digores dengan pisau,” kata pekerja restoran, Mohd Akhtar, 20 yang diculik sekumpulan gengster selama tiga jam kerana majikannya enggan membayar wang perlindungan RM5,000.

Detik ngeri Mohd Akhtar bermula jam 3 pagi Sabtu lalu selepas terpedaya helah dua ahli kumpulan gengster terbabit yang meminta pertolongannya, kononnya kenderaan pacuan empat roda milik mereka yang diletakkan depan restoran di Jalan Ipoh, di sini, rosak.


“Saya mengekori mereka ke kereta, tapi sebaik sampai, saya ditolak masuk ke dalam kereta. Ada seorang wanita dalam kereta itu dan mungkin dia ketua mereka.

“Mereka mengacukan pisau dan memberitahu mahu membunuh saya jika majikan tidak mahu membayar wang perlindungan,” katanya ketika ditemui, semalam.


Menurutnya, dia diarah menghubungi majikannya yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Ramzan, 35, selain diberi tempoh lima minit untuk menyerahkan wang. “Sekiranya gagal mereka akan membunuh saya, tapi majikan enggan memberikan wang menyebabkan mereka memecut kereta dan membawa saya ke sebuah rumah.


“Selepas lebih tiga jam diseksa, mereka menarik saya masuk ke dalam kereta sebelum mencampak saya di depan sebuah pusat beli-belah di Kepong pada jam 6 pagi,” katanya. Mohd Akhtar meminta bantuan seorang lelaki yang berada di kawasan berhampiran menghubungi Mohd Ramzan.

Sementara itu, Mohd Ramzan berkata, kumpulan terbabit datang ke restorannya pada petang Jumaat dan memeras ugut supaya dia membayar wang perlindungan.


“Bagaimanapun, saya enggan menyebabkan berlaku pertengkaran antara kami sebelum mereka beredar. Sangkaan saya perkara itu selesai namun tidak menyangka mereka datang lagi dan menculik pekerja saya.

“Bimbang mereka mengapa-apakan Mohd Akhtar, saya bersama isteri membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi,” katanya.


Mohd Ramzan berkata, tidak lama selepas itu, kumpulan terbabit sekali lagi menghubunginya.


“Saya berkeras dan memberitahu sudah membuat laporan polis, malah memberitahu wajah mereka sudah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mereka mematikan talian,” katanya.

myMetro | Dipijak enggan lunas RM5,000:

'via Blog this'

Pelajar USM ditahan ugut letup helikopter PM




Inilah blog yang menyiarkan ugutan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas Perdana Menteri.


PULAU PINANG 15 Jan. - Polis menahan seorang pelajar jurusan kejuruteraan dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Nibong Tebal di sini berikutan kenyataan berbaur ugutan dalam laman sosial Facebook miliknya.
Pelajar lelaki berusia 24 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada kira-kira pukul 1.30 petang hari ini bagi membantu siasatan.
Dalam status laman sosialnya, pelajar berkenaan menyebut 'Najib is coming to our campus...lets bomb his helicopter' [Najib (Perdana Menteri) akan datang ke kampus kita...mari kita letupkan helikopternya].
Kenyataan pelajar itu kemudiannya disiarkan di sebuah blog, http://dhanyaraam.blogspot.com.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
"Kita telah menahan pelajar itu. Sidang akhbar mengenai perkara ini akan diadakan esok," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan ugutan jenayah.

Cemburu mungkin punca pembunuhan Sivaranjini




Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (beruniform) beramah mesra dengan orang ramai pada majlis Kempen Rumah Selamat dan Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2012 di Kulaijaya, semalam.



KULAIJAYA 15 Jan. - Kes pembunuhan kejam seorang remaja perempuan yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Taman Kempas di sini Rabu lalu dipercayai bermotifkan perhubungan cinta dan cemburu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya telah mengenal pasti suspek utama kes pembunuhan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kempas, C. Sivaranjini, 18, daripada tiga suspek yang ditahan.
"Kita sedang siapkan kertas siasatan dan akan serahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk mendakwa mereka. Perintah reman lanjutan terhadap tiga suspek ini, dua pemuda berusia 19 tahun dan seorang lelaki berumur 49 tahun juga sudah difailkan.
"Pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal berjaya mengenal pasti suspek utama kes ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Rumah Selamat dan Keselamatan Jalan Raya di Pasaraya TJ Mart di sini semalam.
Rabu lalu, mangsa ditemui bapanya dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik tidurnya dan dengan kesan kelar di leher.
Ketika kejadian, pelajar itu bersendirian di rumah sementara ibu bapanya keluar bekerja di Singapura dan dua lagi adik lelakinya sedang belajar di sekolah yang sama.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'