Search This Blog

Saturday, January 14, 2012

14 Tukang Urut Thailand Ditahan Salah Guna Pas Lawatan Sosial

MELAKA: Jabatan Imigresen Melaka menahan 14 rakyat Thailand dipercayai tukang urut dalam operasi penguatkuasaan di kompleks membeli-belah di Banda Hilir di sini, Jumaat.
Pengarahnya Kamalludin Ismail berkata mereka yang ditahan dalam operasi bermula pada paukul 4.50 petang hingga 7 malam itu terdiri daripada 12 wanita dan dua lelaki berusia antara 28 dan 53 tahun.
Beliau berkata kesemua mereka ditahan ketika sedang mengurut pelanggan di dua premis dalam kompleks berkenaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua mereka masuk menggunakan pas lawatan sosial tetapi menyalahguna pas itu dengan bekerja sebagai tukang urut," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini.
Kamalludin berkata kesemua yang ditahan itu dibawa ke Depot Tahanan Machap Umboo untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan.
Beliau berkata pihaknya sedang mengesan pemilik kedua-dua premis berkenaan bagi membantu siasatan. - BERNAMA
mStar Online : 14 Tukang Urut Thailand Ditahan Salah Guna Pas Lawatan Sosial:

'via Blog this'

Pegawai polis parah kereta langgar pokok

MARANG - Seorang pegawai polis nyaris maut setelah kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok di Kilometer 57, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Rhu Kubur di sini awal pagi tadi.
Akibat rempuhan itu, Cif Inspektor Badrulhisham Jaafar, 35, cedera parah di bahagian kaki dan kepala sebelum dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Ketika kejadian pada kira-kira pukul 1 pagi, mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut sedang memandu bersendirian dari arah Marang ke Dungun.
Kejadian itu disedari dua anggota polis peronda dari IPD Dungun yang kebetulan meronda di kawasan itu.
Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun dan Marang mengambil masa selama setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk.
Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut. - BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Pemandu, kelindan maut lori rempuh pokok

SETIU - Seorang pemandu lori dan kelindannya maut apabila lori mereka yang sarat membawa daging beku terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Kilometer 54 Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu awal hari ini.
Mohamad Noor Musa, 33, dan kelindannya, Abdul Samad Sarpo, 43, mati di tempat kejadian.
Kejadian pada pukul 6.50 pagi dalam keadaan hujan lebat itu menyebabkan Mohamad Noor yang berasal dari Jalan Parit Ibrahim, Pontian Besar, Johor dan Abdul Samad dari Kampung Penerok, Kukup, Johor tersepit dalam lori itu dan mayat
mereka terpaksa dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Supritendan Rohaizat Abd. Ami berkata, lori yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kelantan itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik serta melanggar sebatang pokok di tepi kanan jalan.
Mayat mereka dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat. - BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Pelajar lemas ketika aktiviti riadah di Pantai Cahaya Negeri

PORT DICKSON: Mayat seorang pelajar kolej swasta, Nazaruddin Bisul Rahman, 20, yang dipercayai lemas ketika mengadakan aktiviti riadah di Pantai Cahaya Negeri (Batu 4) di sini, ditemui kira-kira tiga jam selepas kejadian dilaporkan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Nizam Sapaiee, berkata bilik gerakan bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kemalangan itu jam 9.02 pagi.
"Kita kemudian melancarkan gerakan mencari dan menyelamat dengan disertai 20 anggota termasuk pasukan penyelamat di air bermula dengan pencarian di lokasi mangsa dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, operasi mencari kemudian diperluaskan ke kawasan sekitar sehingga mayat Nazaruddin ditemui kira-kira jam 12.30 tengah hari berhampiran kawasan dia dilaporkan hilang. Kemalangan itu berlaku ketika air laut sedang pasang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh, berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat.

“Mangsa datang dari Petaling Jaya bersama empat rakannya lelakinya untuk bercuti, selain dua rakan perempuan dari Seremban. Kesemua mereka adalah rakan sekolej,” katanya. - BERNAMA
Berita Harian Online | Pelajar lemas ketika aktiviti riadah di Pantai Cahaya Negeri:

'via Blog this'

Banduan larikan diri hanya berseluar dalam ditahan semula

TOKYO: Seorang lelaki yang melarikan diri dari penjara dengan hanya berseluar dalam ditahan semula, semalam, kata polis. Ia adalah insiden tahanan melarikan diri dari penjara di Jepun yang pertama sejak lebih 20 tahun lalu.
Banduan warga China yang melarikan diri itu, Li Guolin disiarkan dalam berita di televisyen berulang kali sejak kelmarin di negara yang mempunyai kadar jenayah yang rendah itu, tetapi kebimbangan terhadap penjenayah kian meluas. Penahanannya semula hanya dua kilometer dari penjara Hiroshima, di mana dia memanjat tembok setinggi lima meter itu menjadi tajuk utama berita di televisyen kebangsaan. - AFP
myMetro | Banduan larikan diri hanya berseluar dalam ditahan semula:

'via Blog this'

Derita ajal 5 minit

BENTONG: Seorang kelindan lori menempuh azab hampir lima minit sebelum meninggal dunia akibat tersepit dan cedera parah di kepala selepas lori yang dinaikinya terbabas dan terbalik ke dalam longkang di Kilometer 43.3, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Bukit Tinggi, pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, Rohizan Ujang, 42, dari Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dan cedera parah di kepala sebelum mayatnya dikeluarkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat daerah.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa bersama dua rakannya dalam perjalanan menghala ke Kuala Lipis dari Selangor dan setiba di tempat kejadian, lori membawa atap genting dan dipandu rakan mangsa, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tembok.

“Lori berkenaan terbalik ke dalam longkang mengakibatkan mangsa tersepit. Dua rakan mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti mereka yang turut cedera, berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian dan dikejarkan ke Hospital Bentong (HB).

“Jenazah Rohizan sudah dituntut ahli keluarganya selepas bedah siasat selesai dijalankan di HB, tengah hari kelmarin,” katanya di sini, semalam.
myMetro | Derita ajal 5 minit:

'via Blog this'

Nenek 69 tahun dinoda ketika kutip durian

BENTONG: Usianya sudah 69 tahun dan layak di gelar nenek, tetapi faktor itu tidak menghalang seorang lelaki berusia 30-an merogolnya ketika mangsa terbongkok-bongkok mengutip durian di kebunnya di Chamang di sini, jam 8 pagi kelmarin.
Rayuan dan air mata nenek itu langsung tidak dipedulikan lelaki durjana berkenaan sebaliknya mangsa yang tidak berupaya melawan itu tetap dirogol selepas tangannya diikat dengan kain oleh perogol terbabit.
Perogol berkenaan dipercayai memerhatikan warga emas itu mengutip durian di kebunnya dan dengan sekali sergah, wanita tua itu terperanjat dan rebah ke bumi.

Kesempatan itu digunakan perogol terbabit untuk mengikat tangan mangsa dan selepas memuaskan nafsunya, dia meninggalkan wanita berkenaan di kebun.

Mangsa yang berjaya melepaskan ikatan pada tangannya, pulang dan mengadu dirinya dirogol seorang lelaki kepada ahli keluarganya yang lain sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), jam 10 pagi kelmarin.
myMetro | Nenek 69 tahun dinoda ketika kutip durian:

'via Blog this'

Polis tahan anggota sindiket peminjam wang haram

SINGAPURA: Polis menahan 13 suspek terlibat dalam aktiviti pinjaman wang haram dalam dua operasi berasingan.
Dalam kes pertama, satu operasi besar-besaran termasuk serbuan serentak dilakukan semalam, di Henderson, Jurong East, Woodlands, Choa Chu Kang, Yishun, Tao Payoh, Bedok dan Tampines.
Polis menahan 10 lelaki dan seorang wanita, semuanya berusia antara 29 dan 52 tahun.

Siasatan awal mendapati, suspek membuka akaun bank dan memberikan nombor kad ATM dan PIN kepada sindiket pinjaman wang haram untuk memudahkan urusan pinjaman wang tidak berlesen.

Dalam operasi kedua, polis menahan dua lelaki berusia 36 dan 46 tahun yang berada di Sembawang Central.

Mereka dilihat dalam keadaan yang mencurigakan dan setelah diperiksa, mempunyai peralatan berkaitan pinjaman wang haram, termasuk telefon bimbit yang dipercayai mengandungi rekod penghutang, kad ATM dan resit transaksi bank.

Siasatan awal mendapati lelaki itu terlibat dalam pemindahan wang menggunakan kad ATM bagi pihak peminjam wang tak berlesen. - AsiaOne
myMetro | Polis tahan anggota sindiket peminjam wang haram:

'via Blog this'

Banglo Datuk pula disamun

AMPANG: Selepas kejadian samun menimpa personaliti televisyen, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, di rumahnya, kelmarin seorang lelaki berstatus Datuk dan keluarganya menempuh insiden sama menyebabkan kerugian mencecah RM50,000.
Datuk berusia 60-an itu dikejutkan dengan kehadiran empat lelaki bertopeng dan bersenjata dipercayai warga asing di banglonya di Bukit Antarabangsa, di sini, pagi semalam, dua kilometer dari rumah Wardina.

Difahamkan, dalam kejadian lebih setengah jam itu, empat lelaki terbabit dipercayai suspek sama menyamun rumah Wardina berikutan modus operandi digunakan adalah sama.
Sumber berkata, dalam kejadian jam 4 pagi itu, empat lelaki terbabit dikatakan memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang sebelum naik ke tingkat atas dan mengejutkan anak lelakinya.

“Mereka turut menyelongkar rumah mangsa untuk mencari barang berharga sebelum mengetuk kuat pintu bilik mangsa yang berkunci.

“Mangsa dan isteri yang tidur terkejut lalu segera membuka pintu namun terperanjat melihat empat lelaki bertopeng dan mengacukan pisau ke arahnya,” katanya.
Menurutnya, tangan mangsa diikat dengan wayar komputer manakala isteri dan anak lelakinya tidak diikat dan diarah masuk sebuah bilik dalam rumah itu. Sebelum itu, mangsa dipaksa menunjukkan tempat dia menyimpan barang berharga miliknya.

Katanya, selepas mangsa menunjukkan barang berharga, mereka mengambil barangan itu dan melarikan diri melalui jalan sama.
Mangsa dibantu isteri membuka ikatannya sebelum menghubungi polis yang tiba beberapa minit kemudian. untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan, mangsa mendapati barang kemas, dua komputer riba, 10 jam tangan berjenama dan wang tunai dilarikan suspek. Jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM50,000,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya sedang menmenjalankan siasatan lanjut dan belum dapat mengenal pasti sama ada suspek terbabit yang turut menyamun rumah Wardina, kelmarin.
myMetro | Banglo Datuk pula disamun:

'via Blog this'

Peragut singgah minum dicekup

KAJANG: Tindakan seorang peragut singgah minum di restoran di pekan Semenyih di sini membawa padah apabila dia ditangkap orang awam selepas mangsa ragut mengenali wajahnya, petang kelmarin.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 26 tahun dan juga seorang jururawat dikatakan dalam perjalanan pulang kerja jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata, ketika tiba di suatu kawasan sunyi, mangsa yang berjalan sendirian tiba-tiba didatangi lelaki menunggang motosikal.
“Suspek datang dari arah yang sama dan cuba meragut beg sandang dipegang mangsa, tetapi tindakannya itu gagal kerana mangsa melawan,” katanya.

Beliau berkata, ketika mangsa berjalan ke balai polis buat aduan, dia ternampak suspek duduk minum di restoran. Mangsa meminta bantuan orang awam menangkap suspek sebelum dibawa ke balai polis,” katanya.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, suspek yang berusia 33 tahun melakukan kegiatan itu bagi mendapatkan sumber kewangan membeli bekalan dadah manakala ujian air kencingnya positif heroin.
myMetro | Peragut singgah minum dicekup:

'via Blog this'

Pondan ‘antarabangsa’ ditahan dalam serbuan

KUALA LUMPUR: Kawasan sekitar Bukit Bintang yang terkenal sebagai lokasi hiburan dan kegiatan tidak bermoral pada waktu malam diserbu sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) bagi mengurangkan aktiviti tidak sihat itu, awal pagi semalam.
Serbuan yang dijalankan bermula jam 2 pagi dan berakhir dua jam kemudian menyasarkan wanita dan pondan warga asing yang giat menjalankan aktiviti menawarkan khidmat seks.

Dalam serbuan itu, 34 orang iaitu 19 wanita dan 14 pondan serta seorang pelanggan lelaki ditahan.
Daripada jumlah itu, sembilan wanita ialah warga Afrika, Kemboja (tiga), Vietnam (dua), Indonesia (dua) dan masing-masing seorang warga Filipina, Hong Kong dan Bangladesh.

Manakala 14 pondan iaitu lapan dari Filipina, Thailand (lima) dan Indonesia (satu) serta seorang lelaki Bangladesh yang juga pelanggan turut ditahan.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, berkata serbuan berkenaan diadakan di Jalan Bukit Bintang, Hotel Sabrina, Changkat Bukit Bintang dan Pub Sutera.
Katanya, ketika serbuan, beberapa wanita dan pondan terbabit menawarkan khidmat kepada orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.
myMetro | Pondan ‘antarabangsa’ ditahan dalam serbuan:

'via Blog this'

Dijual rakan untuk melacur

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan saja ‘dijual’ rakan baiknya, malah dipaksa melacur sejak empat bulan lalu.
Jika mangsa enggan melakukan perbuatan keji itu, dia akan dipukul ibu ayam berusia awal 40-an selain dikurung dan tidak diberi makan serta minum.

Mangsa yang tidak tahan menanggung derita seksaan itu terpaksa akur arahan sindiket pelacuran terbabit selain menanti peluang melarikan diri.
Remaja itu mendakwa dia dibawa ke hotel di seluruh negara mengikut permintaan pelanggan selain dibayar RM200 hingga RM500 mengikut perkhidmatan diberikannya. Selain hotel di ibu kota, mangsa pernah dibawa ke hotel di Pulau Pinang, Genting Highlands dan Johor, oleh sindiket pelacuran yang mengawasi setiap pergerakannya.

Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri daripada sindiket pelacuran itu pada jam 7 pagi, 8 Januari lalu, sebelum membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini, Rabu lalu.

Menceritakan semula kejadian berkenaan, sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Melaka meninggalkan rumahnya pada jam 8 malam, 18 Ogos tahun lalu, selepas diperdaya rakan perempuannya untuk ke ibu kota.
“Rakan baik mangsa yang berusia 20-an menawarkan pekerjaan kepada mangsa selain berjanji mengahwinkannya.

“Lelaki yang dijanjikan untuk dikahwinkan dengan mangsa dikenali mangsa kerana mereka pernah berjumpa pada majlis kenduri di Ayer Keroh, Melaka, Ogos tahun lalu,” katanya. Menurutnya, mangsa kemudian dibawa menaiki sebuah Proton Wira bersama lima wanita lain yang tidak dikenali.
“Mangsa dan beberapa wanita itu dihantar ke sebuah flet di Damansara Damai. Tiga hari kemudian, mangsa dibawa ke sebuah hotel di Jalan Ipoh sebelum diarahkan melacur.

“Tersentak dengan itu, mangsa berkeras dan cuba melawan menyebabkan dia dipukul seorang wanita dipercayai ibu ayam. Dia juga tidak diberi makanan mahupun minuman,” katanya.

Sumber itu berkata, difahamkan, selepas dua kali cubaan melarikan diri gagal, remaja terbabit mencuba sekali lagi pada 8 Januari lalu dan berjaya.

Katanya, mangsa membuat laporan polis mengenai nasib itu dan difahamkan, dia kini berlindung di rumah keluarganya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007.
myMetro | Dijual rakan untuk melacur:

'via Blog this'

Polis rampas heroin, syabu RM46,000

SHAH ALAM: Tiga lelaki dan tiga wanita membabitkan dua pasangan suami isteri, seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Myamnar dipercayai pengedar dadah aktif sekitar Lembah Klang ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah teres di Setia Alam, di sini, Isnin lalu.

Serbuan pada jam 2 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Klang Selatan yang menjalankan intipan selama sebulan itu dan merampas 600 gram dadah jenis heroin, sembilan peket syabu seberat 145 gram dan 50 pil Eramin 5 yang dianggarkan bernilai RM46,000. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata polis turut merampas peket plastik kosong, alat penimbang dan alat pembungkus dipercayai digunakan suspek untuk membungkus dadah sebelum diedarkan kepada penagih di Lembah Klang. Katanya, semua suspek berusia 19 hingga 30 tahun dan dua daripada suspek bekerja sebagai pembantu restoran berhampiran manakala empat lagi suspek tiada pekerjaan. “Heroin yang dirampas daripada suspek dipercayai boleh dijual kepada 20,000 penagih dan ini angka besar yang boleh memudaratkan orang ramai.


“Siasatan awal polis mendapati, tiga daripada suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah beberapa tahun lalu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Nordin berkata, semua suspek kini direman sehingga 16 Januari untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.


Sementara itu, dalam kes berasingan, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menyerbu sebuah apartmen di Subang Jaya dan merampas 12 ketulan mampat daun kering yang disyaki ganja, Rabu lalu.


Serbuan pada jam 2 pagi itu, polis turut menahan lima lelaki warga Nigeria di dalam rumah berkenaan dan empat daripada mereka mendakwa pelajar sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur dan seorang lagi masuk ke negara ini sebagai pelancong.

myMetro | Polis rampas heroin, syabu RM46,000:

'via Blog this'

Tinggal nuget untuk adik

TUTUP...ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan di tempat kejadian.
TUTUP...ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan di tempat kejadian.

KLANG: Seorang wanita sempat menyiapkan bekalan nuget untuk adik bongsunya beberapa jam sebelum dia maut apabila kepalanya digilis lori membawa gas dalam kemalangan di Jalan Kampung Delek, di sini, pagi semalam.

Dalam kemalangan jam 8 pagi itu, Faziatul Zainiza Mohd Fauzi, 26, yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan dan bergesel kenderaan lain menyebabkan mangsa terjatuh ke jalan raya sebelum digilis sebuah lori yang membawa gas.


Bapa arwah, Mohd Fauzi Abdul Kadir, 54, berkata, anak keempatnya itu bersikap pelik kerana memasak nuget untuk adik bongsunya sebelum ke tempat kerja dan tidak menduga itu petanda arwah pergi untuk selamanya.

“Isteri saya hairan melihat arwah bangun lebih awal dan bersungguh-sungguh menggoreng nuget. Apabila ditanya, arwah mengatakan nuget itu mahu dibekalkan kepada adik bongsunya ke tempat kerja.


“Lebih memilukan, adik bongsu arwah tidak sempat menjamah nuget digoreng arwah kerana arwah pergi dulu meninggalkan kami, tapi kami reda dengan ketentuan llahi,” katanya.


Menurutnya, sebelum meninggal dunia, arwah mendaftarkan anak sulungnya yang hilang upaya ke sebuah pusat pendidikan swasta yang terletak berhampiran rumah kerana ingin melihat anaknya itu mendapat pendidikan seperti kanak-kanak lain.

Pada kebiasaannya, ibu tunggal dua anak berusia lima tahun dan enam bulan itu akan menunggang motosikal ke rumah rakan sekerja di Kampung Sungai Sireh sebelum menaiki kereta rakannya itu untuk ke tempat kerja.


Namun, pada hari kejadian, arwah menukar fikiran dengan tidak mahu menumpang kereta rakannya, sebaliknya ingin ke tempat kerja dengan menunggang motosikal. Jenazah arwah selamat dikebumikan di Jerantut, Pahang yang juga kampung halaman datuk dan neneknya, lewat petang semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintenden Rosly Abd Rahman berkata, kejadian berlaku jam 8 pagi di Jalan Kunci Air, Jalan Kampung Delek menghala Kampung Sungai Sireh.


“Siasatan awal polis mendapati, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan bergesel sebuah kenderaan lain menyebabkan mangsa terjatuh ke jalan raya.


“Mangsa digilis sebuah lori membawa gas yang gagal mengelak sebelum melanggarnya menyebabkan mangsa parah di kepala dan maut di tempat kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987,” katanya.

myMetro | Tinggal nuget untuk adik:

'via Blog this'

Pasangan veteran terima padah


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 11, 2012

DUNGUN - Seorang warga emas berstatus duda bersama pasangannya, seorang janda nyaris bermalam di sebalik tirai besi, selepas kedua-duanya dikenakan denda RM2,500 atau tiga bulan penjara setelah mahkamah mendapati masing-masing bersalah melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan di sebuah rumah, dekat Rantau Abang oktober 2011 lalu.

Tertuduh, Muhammad Muda, 65, bersama pasangannya Norria Husain, 42, yang ditangkap sepasukan Pegawai Penguatkuasa Syariah di sebuah rumah di Kampung Rantau Abang kira-kira jam 1.45 pagi, 21 Oktober 2011 lalu, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah pagi kelmarin atas pertuduhan mengikut seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 setelah bukti yang ada berjaya mensabitkan kedua-duanya atas kesalahan dilakukan.
Dalam serbuan itu yang dilakukan pegawai berkenaan mendapati, seorang lelaki yang hanya berseluar tanpa memakai baju apabila dia membuka tingkap, lalu pegawai penguat kuasa terbabit mengarahkan lelaki itu membuka pintu belakang.
Ketika pemeriksaan dilakukan dalam rumah tersebut berhampi-ran sebuah bilik, pegawai penguat kuasa terdengar seperti ada benda jatuh dalam bilik itu.
Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita duduk bersandar dalam almari dengan hanya menutup bahagian tubuhnya dengan sehelai kain batik tidak berjahit.
Soal siasat mendapati kedua-dua pasangan yang masing-masing berasal dari Rantau Abang dan Alor Tembesu, Sura Gate itu tidak mempunyai hubungan muhrim.
Turut disita sebagai barang kes termasuk sehelai baju kurung, seluar dalam, baju dalam dan kain dalam milik pasangan perempuan.
Mengambil kira rayuan tertuduh yang membuat pengakuan bersalah dan hujah pendakwaan, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memerintahkan keduanya dikenakan denda RM2,500 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.
Kedua-dua pasangan veteran itu kemudiannya dibebaskan setelah menjelaskan denda mahkamah.
Pendakwaan dilakukan Pendakwa Syarie, Mustafar Hamzah manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Pasangan veteran terima padah - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kantoi leka beli nombor ekor


SYAMILAH ZULKIFLI
January 14, 2012
Kantoi leka beli nombor ekor

SEREMBAN- Gelagat lapan lelaki beragama Islam tanpa segan silu membeli nombor ekor memakan diri, apabila ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Mereka berumur lingkungan 20 hingga 60 tahun itu ditahan dalam Ops Cegah Judi, di sekitar Bandar Seremban, bermula jam 3 hingga 5 petang, Rabu lalu.

Ketua Operasi Bahagian Pe­nguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, berlaku sedikit pergelutan apabila mereka yang ditahan cuba melarikan diri ketika pemeriksaan.

“Mereka ditahan secara berasingan ketika leka membeli nombor ekor dan ada ditahan berada dalam premis perjudian.

“Mereka dibawa ke bahagian penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan lanjut termasuk urusan jaminan dan akan didakwa di bawah kesalahan berjudi Seksyen 79 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2004,” katanya.

Ahmad Zaki berkata, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penguatkuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.

Kantoi leka beli nombor ekor - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Leka pindahkan minyak sawit


SITI KHAIRULNISAH
January 14, 2012
Leka pindahkan minyak sawit

TELUK INTAN - Leka memindahkan minyak kelapa sawit mentah daripada sebuah lori tangki ke dalam tong dram, menyebabkan seorang lelaki dicekup sepasukan polis dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 47 tahun itu tidak sempat melarikan diri dalam satu operasi berhampiran sebuah premis di Kampung Sungai Rubana, Jalan Teluk Intan-Sitiawan, kira-kira 10.40 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, operasi yang diketuai Pegawai D7 Bukit Aman, Cif Inspektor Mohd Razali Abdullah bersama pegawai MPOB turut menahan seorang pemandu lori tangki berusia 50 tahun yang membawa muatan minyak di tempat kejadian.

Menurutnya, pihaknya turut merampas sebuah lori tangki memuatkan kira-kira 30 tan minyak, dua unit tong dram mengandungi minyak sawit mentah, sebuah unit hos sepanjang 7.62 meter, dua unit player dan satu unit serpihan rantai besi yang bersambung pada penutup lori.

“Kita turut merampas 24 unit tong dram yang telah diisi minyak sawit mentah di dalam premis ini, menjadikan jumlah keseluruhan 26 tong dram dirampas.

“Difahamkan 24 tong dram ini boleh memuatkan kira-kira 200 kilogram minyak bagi satu tong. Kesemua tong diserahkan kepada MPOB untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.

Kok Liang berkata, siasatan lanjut mendapati premis itu menjadi port kegiatan mencuri minyak kelapa sawit mentah dan pernah diserbu sebanyak empat kali sepanjang tahun 2010 serta 2011 dengan merampas 88 buah tong mengandungi cecair yang sama.

“Keempat-empat kes ini hanya melibatkan rampasan dan tiada tangkapan dilakukan. Kini MPOB dalam usaha menyita premis itu daripada terus beroperasi,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut dan siasatan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah serta hasil saringan air kencing mendapati negatif.

Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan MPOB untuk membanteras kejadian curi minyak kelapa sawit mentah terutamanya di kawasan Hilir Perak.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun, denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Leka pindahkan minyak sawit - Perak - Sinar Harian:

'via Blog this'

10 penghuni terselamat - Johor - Sinar Harian


HAFIDZUL HILMI MOHD NOOR
January 14, 2012
10 penghuni terselamat
JOHOR BAHRU - Seramai 10 penghuni yang menginap di asrama Restoran Singgah Selalu, di Batu 4, Teluk Danga, di sini, terselamat apabila asrama yang dihuni mereka terbakar dalam kejadian jam 7.35 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, seorang pekerja berusia 30-an hanya mengalami cedera ringan selepas berjaya keluar dari asrama itu apabila tersedar dari tidur setelah mendengar bunyi letupan yang kuat.

Kebakaran itu mengakibatkan kemusnahan hampir 95 peratus bangunan terbabit, selain menyebabkan kerosakan beberapa buah kenderaan mewah di pusat pameran kenderaan yang terletak kira-kira 20 meter dari tempat kejadian.

Seorang saksi, S Kumar, 28, berkata, ketika kejadian, dia sedang membersihkan pusat pameran kenderaan dan terkejut apabila mendengar satu letupan kuat.

Menurutnya, asap tebal keluar daripada asrama terbabit sejurus selepas bunyi letupan itu.

“Saya dan beberapa pekerja lain bergegas mengambil air dan cuba untuk memadamkan api kebakaran, namun usaha terbabit gagal kerana ianya semakin marak.

“Beberapa minit selepas membuat panggilan kecemasan, beberapa jentera bomba termasuk ambulans tiba. Dalam suasana panik itu, saya lihat beberapa penghuni bergegas keluar menyelamatkan diri manakala seorang daripadanya cedera,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Johor Bahru, M Vijayan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran terbabit tepat jam 7.35 malam dan tiga jentera dan 18 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.54 malam dan puncanya masih disiasat. Seorang daripada penghuni di asrama terbabit mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan.

“Jumlah kerugian masih dalam siasatan, namun anggaran awal yang diterima daripada pemilik asrama terbabit mengatakan kerugian mencecah lebih RM400,000,” katanya.

Beliau berkata, beberapa kenderaan mewah di pusat pameran kenderaan itu turut mengalami kerosakan dan pihaknya akan menyiasat segala sudut bagi mengenal pasti punca kebakaran itu.
10 penghuni terselamat - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Wanita hamil mati dibunuh - Jenayah - Sinar Harian



January 13, 2012
wanita hamil maut dibunuh
KUANTAN - Seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga enam bulan lepas ditemui mati dibunuh di rumahnya di Kg Chemang, Lipis.

Mangsa, Nornadia Abu Bakar, 21, ditemui berlumuran darah di ruang dapur rumahnya dengan beberapa kesan tikaman di badan serta kesan kelar di leher.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata mangsa ditemui suaminya kira-kira 5.40 petang semalam ketika ia pulang ke rumah.

"Hasil bedah siasat, mangsa didapati tidak dirogol atau disamun," kata Abdul Razak ketika dihubungi di sini hari ini.

Ini berdasarkan siasatan awal yang menunjukkan barang kemas mangsa tidak dilarikan.

Beliau berkata pihak polis telah menahan empat lelaki berusia 30an bagi membantu siasatan kes itu.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama
Wanita hamil mati dibunuh - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kepala hancur digilis lori


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 13, 2012
Kepala hancur digilis lori

SELAT KLANG - “Arwah sempat menyiapkan bekalan nugget pada adik bongsunya sebelum bertolak ke tempat kerja, bekalan itu hampir tertinggal, tetapi dia cepat-cepat mengambil lalu diserahkan kepada adiknya sambil tersenyum,” demikian cerita Mohd Fauzi Abdul Kadir, 54, bapa kepada Faziatul Zainiza yang maut dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Kampung Delek, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8 pagi itu, Faziatul, 26, maut setelah kepalanya hancur digilis sebuah lori ketika dalam perjalanan ke rumah rakan untuk ke tempat kerjanya di kilang Ayamas, Pelabuhan Klang.

Mohd Fauzi berkata, sikap anak keempatnya itu agak menghairankan kerana kebiasaannya tidak berperangai sedemikian.

Menurutnya, pada hari kejadian, arwah Faziatul bangun awal dan menggoreng nugget, apabila ditanya, dia memberitahu untuk dijadikan bekalan adik bongsunya ke tempat kerja.

“Namun, belum pun sempat adik bongsunya itu menjamah hidangan, arwah terlebih dahulu meninggalkan kami,” katanya sebak kepada Sinar Harian, semalam.

Difahamkan, setiap kali ke tempat kerja, Allahyarham akan menunggang motosikal seorang diri ke rumah rakan sekerja di Kampung Sungai Sireh sebelum menumpang rakannya itu menaiki kereta untuk ke tempat kerja.

Allahyarham Faziatul yang juga ibu dua kanak-kanak masing-masing berusia lima tahun dan enam bulan dalam proses perceraian dengan suami.

Mohd Fauzi berkata, sebelum ini, arwah sempat mendaftarkan anak sulungnya yang mempunyai hilang keupayaan bercakap ke sebuah pusat pendidikan swasta berhampiran rumah mereka kerana teringin melihat anaknya itu bersekolah seperti kanak-kanak lain.

“Namun apakan daya, semua hasratnya tidak kesampaian, apa yang menyedihkan kami sekeluarga, dia meninggal dalam keadaan tragis dan menyayat hati.

“Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, kami reda dengan pemergiannya,” katanya.

Jenazah selamat dikebumikan di Jerantut, Pahang yang merupakan kampung halaman datuk dan nenek arwah, lewat petang semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, insiden itu berlaku di Jalan Kunci Air, Jalan Kampung Delek menghala ke Kampung Sungai Sireh.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, motosikal ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lain menyebabkan mangsa terjatuh ke bahagian laluan jalan.

“Dia kemudiannya digilis sebuah lori yang membawa muatan gas yang dipercayai gagal mengelak menyebabkan kepala mangsa pecah.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan sehingga kini, kita masih mengumpul maklumat mengenai kejadian ngeri ini,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Kepala hancur digilis lori - Selangor & KL - Sinar Harian:

'via Blog this'

Nyaris putus dua jari


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 14, 2012
Nyaris putus dua jari

RHU RENDANG – Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila bukan sahaja ditipu ‘mat despatch’ palsu, tetapi turut diugut dengan pisau di lehernya ketika cubaan samun dua lelaki di pekarangan rumahnya di Bukit Kor di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa, Latifah Othman, 51, daripada kawasan perumahan berdekatan tanah perkuburan Islam di Jalan Bukit Kor ke Bukit Payong nyaris putus dua jari apabila memegang pisau diacukan ke lehernya.

Latifah yang juga kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Marang tinggal seorang diri di rumah itu berkata, ketika kejadian tiada sesiapa di kawasan kejiranan berdekatan kerana masing-masing ke masjid.

“Saya bersendirian dan kebetulan waktu itu baru lepas mandi sebelum didatangi seorang suspek berumur 20-an yang berdiri di luar pagar rumah.

“Dia (suspek) memberi salam sebelum saya diberitahu ada surat yang hendak diserahkan kepada saya,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudiannya menghampirinya dan dia mengambil sampul surat itu tetapi apabila dibuka sampul surat itu kosong.

“Selepas menyedari saya ditipu saya terus berlari ke arah rumah semula,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, katanya, suspek terbabit mengejar dan berjaya menangkapnya.

Pada masa sama, suspek terus meletakkan pisau di leher dan cuba menutup mulutnya. Namun, dengan kekuatan yang ada dia meronta dan menjerit sekuat hatinya.

“Suspek juga memberi amaran akan mencederakan saya tetapi saya terus menjerit sambil tangan erat memegang pisau yang diacukan di leher sehingga jari mula berlumuran darah.

“Suspek akhirnya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta,” katanya.

Latifah berkata, selepas suspek terbabit melarikan diri dia terus menjerit meminta tolong dan jeritannya itu kemudiannya disedari jiran sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan Marang untuk menerima rawatan dan kemudiannya ke HSNZ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan kejadian itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Mazlan meminta orang ramai agar sentiasa berhati-hati dengan kehadiran individu tidak dikenali ke rumah mereka terutama pada waktu malam kerana penjenayah menggunakan pelbagai tipu helah dalam melakukan aktiviti mereka.

Nyaris putus dua jari - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Dua pasangan suami isteri ditahan


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 14, 2012
Dua pasangan suami isteri ditahan

SHAH ALAM - Polis melumpuhkan dua sindiket pe­ngedaran dadah bernilai kira-kira RM80,000, dengan tertangkapnya 11 suspek termasuk dua pasang suami isteri serta lima warga Nigeria dalam serbuan di Subang Jaya dan Setia Alam, di sini.

Dalam serbuan yang dijalankan kira-kira jam 2 petang di sebuah rumah di Setia Alam, Isnin lalu, polis menahan tiga lelaki dan tiga wanita termasuk seorang wanita warga Myanmar yang disyaki terbabit dalam kegiatan membungkus serta mengedar dadah secara kecil-kecilan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, dua daripada mereka adalah pasa­ngan suami isteri warga tempatan, manakala dua lagi masing-masing bujang.

Beliau berkata, pemeriksaan dalam premis menemui empat plastik berisi 600 gram (g) dadah heroin, sembilan peket dadah syabu seberat 145 g dan 50 biji pil erimin 5 yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM46,000.

“Turut dirampas plastik-plastik kosong, satu alat penimbang dan satu unit sealer dipercayai digunakan untuk kerja-kerja membungkus dadah.

“Siasatan menunjukkan heroin dirampas boleh dipecah­kan menjadi 20,000 tiub dan satu tiub boleh diisi sebanyak 0.03 gram dadah untuk diedarkan secara kecil-kecilan bagi mendapat keuntungan lebih,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.

Menurutnya, suspek warga Myanmar dikenal pasti bekerja sebagai pembantu restoran dan polis sedang menyiasat kemungkinan sama ada dia turut mengedar dadah di tempatnya bekerja termasuk port pengedaran lain yang dijadikan sasaran kumpulan tersebut.

Nordin berkata, hasil soal siasat menunjukkan premis itu disewa oleh satu daripada pasangan suami isteri terbabit, sebelum mereka kemudiannya menyewakan bilik di rumah itu kepada empat lagi suspek lain yang ditahan.

Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah heroin dan syabu. Semakan menunjukkan, tiga daripada suspek itu dikesan memiliki rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Beliau berkata, semua suspek berusia antara 19 hingga 31 tahun itu direman seminggu sehingga 16 Januari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dua pasangan suami isteri ditahan - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'