Search This Blog

Tuesday, January 10, 2012

Tikam 15 kali: Pengawal keselamatan didakwa bunuh teman wanita



January 10, 2012

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini atas tuduhan membunuh teman wanitanya dengan menikam wanita itu sebanyak 15 kali di Kepong, bulan lepas.

Muhammad Faizul Mohd Ali, 27, didakwa bersama rakannya Muhammad Zal Haziq, 23, membunuh kerani bank, Rozana Mohd Yusak, 36, di rumah kedai No. B-010-15F, Jalan Puncak Desa 2, Kepong, antara 12 tengah malam hingga 1.15 pagi pada 21 Disember lepas.

Mereka berdepan hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama jika disabitkan.

Tiada pengakuan direkodkan dan kedua-dua tertuduh hanya menganggukkan kepala tanda faham apabila tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Md Noor.

Mahkamah menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat serta laporan kimia dan forensik.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili.

Media sebelum ini melaporkan Rozana ditemui berlumuran darah dengan sekurang-kurangnya 15 kesan tikaman kira-kira 1.30 pagi pada 21 Disember lepas, dan

disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.Tikam 15 kali: Pengawal keselamatan didakwa bunuh teman wanita - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lelaki ditemui mati ditembak di luar Plaza Sentosa

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki ditemui mati ditembak di luar perkarangan Plaza Sentosa di Taman Sentosa di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaacob berkata lelaki berusia 30-an itu mati di tempat kejadian selepas terkena satu das tembakan di bahu kiri.

"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.50 pagi. Polis sedang menyiasat motif kejadian dan akan meneliti kamera litar tertutup di premis berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zainuddin berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk bedah siasat.


Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menghubungi polis bagi membantu siasatan.


Seorang pengawal keselamatan di premis berkenaan, Azman Mohd Nor, 32, ketika ditemui berkata dia sedang membuat rondaan di tingkat empat apabila terdengar bunyi letupan.

"Saya sangkakan bunyi tayar lori yang pecah dan apabila saya turun ke tingkat bawah, polis sudah sampai," katanya. - BernamamyMetro | Lelaki ditemui mati ditembak di luar Plaza Sentosa:

'via Blog this'

Puluhan sisa kapal Rena terdampar di pantai


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 10, 2012
Puluhan sisa kapal Rena terdampar di pantai

WELLINGTON - Puluhan guni susu tepung dan serpihan kayu dari kapal kargo, Rena yang terbelah dua dilaporkan telah hanyut ke tepi sebuah pantai terkenal di New Zealand, menurut pihak berkuasa maritim, semalam.

Jurucakap pihak berkuasa maritim, Bruce Fraser berkata, sekurang-kurangnya lima kontena turut ditemui di pantai Waihi, di mana lokasi utama tumpuan pelancong ke negara itu.

“Sedikit sisa minyak dipercayai turut merebak sejauh tiga kilometer dari terumbu Astrolabe di Tauranga dan ia turut mencemari pulau dan pantai sekitar,” menurutnya lagi.

Polis memaklumkan mereka telah menutup pantai Waihi kepada orang ramai untuk sementara waktu.

Kapal itu yang dilaporkan terkandas di perairan New Zealand tersebut sejak 5 Oktober lalu turut menyebabkan pencemaran maritim selepas sisa tumpahan minyak merebak ke pesisir pantai.Puluhan sisa kapal Rena terdampar di pantai - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Budak 8 tahun bawa pistol ke sekolah


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 10, 2012

MESA - Seorang budak berumur lapan tahun di Mesa, Arizona, semalam didakwa membawa sepucuk pistol ke sekolah dan melepaskan tembakan secara tidak sengaja ke arah 30 kanak-kanak lain di dalam sebuah bas, namun dia bernasib baik kerana tidak mencederakan rakannya.

Hasil siasatan awal polis mendapati budak itu menyembunyikan pistol tersebut di dalam beg sekolahnya tanpa disedari sesiapa termasuk guru di Franklin Elementary School.

Pihak berkuasa kini sedang menyoal siasat kanak-kanak tersebut untuk mengetahui di mana dia mendapatkan pistol berisi peluru penuh ituBudak 8 tahun bawa pistol ke sekolah - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Perisik CIA dijatuhi hukuman mati


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 10, 2012
Perisik CIA dijatuhi hukuman mati

TEHERAN - Warga Amerika Syarikat (AS) yang menjadi perisik untuk Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah di Iran, menurut media tempatan, semalam.

Bekas tentera laut AS, Amir Mirzaei Hekmati, 28, didakwa bersalah kerana mengintip Kementerian Perisikan bagi mendapatkan maklumat rahsia negara itu.

Di bawah undang-undang Iran, Hekmati dibenarkan untuk membuat rayuan dalam tempoh 20 hari.

Dalam satu kenyataan, bapa Hekmati yang juga seorang profesor di Kolej Komuniti di Flint, Michigan menyatakan anaknya bukan perisik CIA dan tujuan dia ke Iran sebenarnya adalah untuk melawat neneknya.

Hukuman itu dijatuhkan di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak selepas negara tersebut dikenakan sekatan lebih ketat.Perisik CIA dijatuhi hukuman mati - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Bayi hilang dalam sistem pembetung


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 10, 2012

MOSCOW - Pasukan penyelamat Rusia sedang berhempas-pulas untuk mencari bayi berumur 18 bulan yang didakwa terjatuh ke dalam sistem pembetungan di bandar Bryansk, menurut juru cakap anggota pencari dan penyelamat, semalam.

Bayi malang itu dipercayai terjatuh dari kereta sorong yang ditolak ibunya selepas laluan pejalan kaki di dataran utama bandar tersebut runtuh secara tiba-tiba.

Agensi berita RIA Novosti melaporkan kira-kira 70 pe-nyelamat menyertai operasi melalui sistem pembetungan sepanjang beberapa kilometer itu tetapi mereka masih gagal menemui bayi itu.

Sistem paip air panas bawah tanah di Rusia kadang kala pecah akibat suhu tinggi melampau sehingga menghasilkan kesan retak pada jalan di bahagian permukaan.Bayi hilang dalam sistem pembetung - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lelaki ditemui mati ditembak



January 10, 2012

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki ditemui mati ditembak di luar perkarangan Plaza Sentosa di Taman Sentosa di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaacob berkata lelaki berusia 30an itu mati di tempat kejadian selepas terkena satu das tembakan di bahu kiri.

"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi. Polis sedang menyiasat motif kejadian dan akan meneliti kamera litar tertutup di premis berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zainuddin berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk bedah siasat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Seorang pengawal keselamatan di premis berkenaan, Azman Mohd Nor, 32, ketika ditemui berkata dia sedang membuat rondaan di tingkat empat apabila terdengar bunyi letupan.

"Saya sangkakan bunyi tayar lori yang pecah dan apabila saya turun ke tingkat bawah, polis sudah sampai," katanya.Lelaki ditemui mati ditembak - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Terpengaruh hasutan rakan, anak halau ibu


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 10, 2012
Terpengaruh hasutan rakan, anak halau ibu

KUALA TERENGGANU- Dek kerana terlalu terpengaruh dengan hasutan rakan, seorang anak sanggup menghalau ibu kandungnya dari rumah dengan mengugut akan menggunakan ‘minyak mati bunuh’ sekiranya enggan.

Zulkefly Muhamad, 22, yang tidak memiliki sebarang pekerjaan itu bertindak sedemikian selepas tidak berpuas hati apabila permintaannya untuk mendapatkan sedikit wang daripada ibunya yang bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan tidak dihiraukan.

Bagaimanapun, dia yang turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Hukuman berkenaan dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah dengan sengaja telah mendatangkan ketakutan terhadap ibunya, Gayah Embong, 50, di kediaman mereka di Kampung Titian Baru, Pengadang Buloh, di sini, pada 20 Disember tahun lalu kira-kira jam 8 malam.

Dengan itu, dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun sama yang memperuntukkan penjara dalam tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa berada di rumah dan tertuduh telah mengamuk dengan merosakkan harta benda di dalam rumah disebabkan mangsa enggan memberikan wang yang diminta tertuduh.

Susulan kejadian itu dan sehinggalah sekarang, mangsa terpaksa lari dari rumah dan tinggal bersama anak perempuannya di Kampung Batu Rakit kerana bimbang sekiranya tertuduh akan mencederakannya sekeluarga.

Mangsa syak perbuatan tertuduh yang sanggup mengugut akan menggunakan ‘minyak mati bunuh’ terhadap mereka sekeluarga adalah kerana termakan hasutan rakannya dengan panggilan ‘Zali’.

Susulan laporan polis dibuat, tertuduh ditahan di rumahnya pada 5 Januari lalu kira-kira jam 3.30 petang.Terpengaruh hasutan rakan, anak halau ibu - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pasangan kekasih didakwa memiliki dadah


SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
January 10, 2012
Pasangan kekasih dihukum gantung

AYER KEROH - Sepasang kekasih didakwa mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah, boleh membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika didapati bersalah.

Tertuduh, Mohd Khairi Pungut, 29, dan kekasihnya Rosmini Othman, 28, dituduh di Mahkamah Tinggi, di sini semalam bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan disabitkan ke atas mereka.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didapati bersama-sama mengedar 30.54 gram heroin dan 9.21 gram monoacetylmorphines di sebuah rumah beralamat Batu 22 1/2, Kampung Kemunting, Pengkalan Balak, Alor Gajah kira-kira jam 12.45 tengah hari pada 12 Ogos 2011.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didapati bersama-sama memiliki dadah kanabis seberat 50.94 gram di tempat, masa dan tarikh sama.

Mereka juga dituduh memiliki 4.37 gram methamphetamine pada tarikh, tempat dan masa sama dan melakukan kesalahan di bawah Seskyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.Pasangan kekasih didakwa memiliki dadah - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

APMM Kuala Perlis patahkan penyeludupan ganja



10/01/2012 2:54pm

ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Perlis mematahkan cubaan menyeludup masuk ketulan mampat daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja ketika menjalankan operasi penguatkuasaan di perairan Kedah/Perlis semalam.
Dalam operasi pukul 12.20 tengah hari itu, APMM menahan empat lelaki dengan dua daripadanya warga Thailand.
Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Utara Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata ketika rondaan, bot rondaan APMM mengesan dua vesel tanpa nombor pendaftaran kira-kira 200 meter dari perairan Kuala Jerlun dalam keadaan berhimpit dan mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan vesel yang pertama, kita menjumpai 10 ketulan mampat daun-daun kering disyaki ganja disimpan dalam guni berwarna putih. Dalam vesel tersebut, terdapat dua lelaki iaitu seorang rakyat tempatan dan seorang warganegara asing disyaki dari Thailand,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

Kastam KLIA kesan syabu dalam botol bedak



10/01/2012 3:42pm

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menggagalkan cubaan seorang wanita warga Iran menyembunyikan dadah jenis syabu seberat 6.05 kilogram bernilai RM1.5 juta termasuk di dalam botol bedak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Rabu lepas.
Pengarah Kastam KLIA, Datuk M. Govinden berkata, apabila pegawai kastam bertugas memeriksa dua buah beg yang dibawa wanita berusia 57 tahun itu dan setelah diimbas, mendapati ia menunjukkan imej meragukan.
"Setelah diperiksa, didapati di dalamnya mengandungi dadah jenis syabu yang mana disorokkan antaranya di dalam botol bedak, bekas makanan dan juga peket serbuk minuman,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA

Kontraktor dituduh rasuah, ubah wang haram



10/01/2012 3:46pm

MELAKA - Seorang kontraktor pembekal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram antara 2006 dan 2010.
T. Gauthaman, 43, menghadapi lapan tuduhan menerima suapan berjumlah RM341,922 daripada Ghang Min Goo sebagai upah bagi membantu Syarikat Soo Min Inc mendapatkan tawaran kerja membekal dan membaiki peralatan Bellos di BP Chemical (M) Sdn.1 Bhd.
Dia juga berdepan 13 pertuduhan melibatkan diri dalam penggubahan wang haram dan menggunakan wang hasil aktiviti haram untuk membayar deposit membeli sebuah kereta dan polisi insurans hayat.
Gauthaman didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Maybank dan HSBC Jalan Hang Tuah di sini dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad cawangan Melaka di Plaza Mahkota antara 3 Februari 2006 dan 6 Mei 2010.
Hakim Ahmad Sazali Omar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan 10 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan Gauthaman melantik peguam.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Heikal Ismail daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - BERNAMA

Dua wanita maut, motosikal rempuh pikap



10/01/2012 4:37pm

JITRA - Dua wanita maut apabila motosikal ditunggang mereka merempuh sebuah pikap yang terbabas di atas jambatan lebuh raya jalan Jitra-Bukit Wang di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Ibrahim Mohamad Yusof berkata, kejadian berlaku ketika mangsa Fatimah Dali, 48, dan rakan sekampungnya Ariza Daud, 36, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di kampung Padang Panjang, Malau dekat sini dari pekan Jitra pada jam 11.20 pagi.
"Ketika sampai di tempat kejadian motosikal mangsa terlanggar bahagian pintu penumpang depan pikap yang terbabas kerana jalan licin. Pikap itu datang dari arah bertentangan dan termasuk ke laluan mangsa.
"Kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala kerana topi keledar tertanggal dan pemandu pikap (lelaki, umur tidak dinyatakan) tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. - BERNAMA

40 bilik rumah kongsi di PJ terbakar


10/01/2012 4:39pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 40 bilik rumah kongsi yang didiami pekerja kontrak warga asing di tapak kawasan pembinaan di Jalan 224, Seksyen 51A, Petaling Jaya, musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.

Ketua Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya Seksyen 7, Azman Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 8.10 pagi dan sebaik tiba di tempat kejadian api sedang marak kerana rumah berkenaan diperbuat daripada papan lapis.

Dianggarkan 80 peratus daripada jumlah bilik yang ada di situ hangus sepenuhnya manakala yang lain tidak terbakar, katanya.

Azman berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semasa kejadian kesemua penghuni keluar bekerja. - BERNAMAKosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Pelajar IPTS kena jalani khidmat masyarakat 240 jam


SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
January 10, 2012
Mencuri
Mencuri

AYER KEROH - Tiga pelajar perempuan sebuah pusat pengajian tinggi swasta (IPT) ditegur majistret selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini atas kesalahan mencuri barangan sebuah pasar raya, tahun lalu.

Majistret Syajaratudur Abdul Rahman menegur ketiga-tiga tertuduh, Aina Mardiah Mohd Khairi, 19, Nor Atikah Alem Abd Halim, 19, dan Nur Ira Natasha Abdul Kadir, 19, bahawa mereka sebagai mahasiswa perlu tahu bezakan perlakuan baik atau buruk.

Syajaratudur memutuskan ketiga tertuduh dilepaskan dengan bon berkelakuan baik bercagar RM2,000 serta memerintahkan mereka menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam bagi tempoh dua tahun.

“Asalnya nak berseronok, tapi akhirnya jadi begini. Orang-orang yang dapat peluang masuk universiti adalah golongan bijak dan sepatutnya kamu sebagai pelajar universiti sudah boleh fikir baik dan buruk sesuatu perkara itu sebelum melakukannya," katanya sebelum menjatuhkan hukuman, semalam.

Terdahulu, ketiga-tiga sahabat tersebut yang faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah mengaku bersalah, semalam pada hari sebutan semula bagi mendengar laporan sosial disediakan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berdasarkan pertuduhan, Aina Mardiah didapati dengan niat curang mencuri sehelai baju-T wanita jenama Depi Corp, selain dua baju-T jenama Goggles, sebuah beg alat solek, dan beberapa alat solek kesemuanya bernilai RM291.90 kepunyaan pasaraya Aeon Jusco tanpa kerelaannya.

Nor Atikah Alem juga melakukan kesalahan sama iaitu dengan mencuri sehelai baju-T jenama Dolly dan Ti-Zed, selain pembayang mata jenama Maybelline Newyork kesemuanya bernilai RM146.80 kepunyaan pasaraya yang sama.

Sementara itu, Nur Ira Natasya didapati mencuri sebatang maskara, dua pek topeng muka jenama Nivea Visage, penanggal alat solek jenama Maybelline, tiga produk penjagaan muka, selain dua kameja T Depi Corp dan sehelai seluar jeans Goggles.

Ketiga-tiga tertuduh melakukan kesalahan di bahagian Ladies, tingkat satu dan bahagian Kosmetik tingkat bawah di dalam Pasaraya Aeon Jusco Bandaraya, Jalan Panglima Awang kira-kira 7.45 malam pada 20 September lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Selepas meneliti fakta kes dan laporan sosial serta mendengar hujah dan rayuan oleh kedua-dua belah pihak, Syajaratudur kemudian memutuskan ketiga tertuduh dilepaskan dengan bon berkelakuan baik bercagar RM2,000 dan memerintahkan mereka menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam bagi tempoh dua tahun.Pelajar IPTS kena jalani khidmat masyarakat 240 jam - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Dua beranak maut ketika ke sekolah


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 10, 2012
Dua beranak maut ketika ke sekolah

KERDAU – Dua beranak maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dipercayai ketika seorang bapa menghantar anak perempuan­nya ke sebuah sekolah berhampiran kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor berkata, mangsa yang mati dikenali Fauzil Harun, 56, seorang pesara dan anak perempuannya Nur Fatihah Fauzil 10, murid pendidikan khas orang kurang upaya (OKU) sebuah sekolah di sini.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila Fauzil menunggang motosikal dari arah Temerloh ke Jerantut dan apabila tiba di simpang Kampung Jenderak mangsa memperlahankan motosikal untuk membelok ke kanan.

“Ketika itu, datang sebuah Perodua Alza dari arah belakang dipandu lelaki gagal mengelak lalu merempuh motosikal dinaiki kedua-dua beranak itu mengakibatkan mereka tercampak di atas jalan bertentangan.

“Kedua-dua mangsa kemudian dirempuh pula sebuah kereta Honda dari arah Jerantut yang dipandu seorang lelaki.

“Akibat kecederaan parah di kepala, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian­,” katanya kepada media semalam.

Mohd Nor berkata, kedua-dua pemandu kereta yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan, pemandu kereta yang merempuh mangsa dari belakang ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kemalangan maut.

Sementara itu, Mohd Nor menasihati penunggang motosikal yang menggunakan jalan Temerloh–Jerantut supaya sentiasa berhati-hati kerana kerap kali berlaku kemalangan maut di jalan berkenaan.Dua beranak maut ketika ke sekolah - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

Jual sijil lahir anak

TAWAU: Kurangnya kesedaran sivik dan pentingkan diri sendiri menyebabkan ada sebahagian ayah menjual sijil kelahiran anak mereka kepada pendatang tanpa izin.

Ramnan Salleh, 57 berkata tindakan itu biasanya dilakukan oleh individu yang kesempitan hidup dan terbabit penagihan dadah.


“Disebabkan gian untuk menagih dadah, miskin dan tidak bekerja, individu itu menjual sijil kelahiran anak kepada pendatang asing semata-mata untuk mendapatkan wang.

“Anak mereka akhirnya tidak boleh membuat kad pengenalan disebabkan tiada sijil lahir itu. Ia bertambah rumit apabila si ayah menghilangkan diri dan berpindah keluar serta gagal dijejaki,” katanya.


Berbeza pula dengan seorang remaja yang hanya ingin dikenali sebagai Amran, 19, apabila dia mendakwa ditipu ayah kandungnya ketika hendak melakukan urusan permohonan kad pengenalan.


“Sejak kecil, ayah meninggalkan kami sekeluarga. Akibat kesempitan hidup, saya diserahkan kepada keluarga angkat sebelum ibu berhijrah ke Indonesia,” katanya.myMetro | Jual sijil lahir anak:

'via Blog this'

Kes curi: Tiga pelajar IPTS diperintah berkelakuan baik



Tiga pelajar IPT(menutup muka) diperintahkan berkelakuan baik oleh Mahkamah Majistret Melaka, semalam.


MELAKA 9 Jan. - Gara-gara ingin berfesyen dan kelihatan cantik, tiga gadis yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini yang mengaku bersalah atas tuduhan mencuri, diperintah berkelakuan baik dengan bon jaminan bercagar RM2,000 setiap seorang.

Gadis terbabit yang berusia 18 tahun itu juga dikehendaki menjalani aktiviti khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh dua tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Syajaratudur Abd. Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Aina Mardiah Mohd. Khairi, Nor Atikah Alem Abd. Halim dan Nur Ira Natasha Abdull Kadir.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di tingkat satu bahagian wanita dan tingkat bawah bahagian kosmetik pasar raya Jusco, Pusat Membeli Belah AEON Bandaraya pada pukul 7.45 malam, 20 September tahun lalu.

Aina Mardiah mengaku mencuri tiga helai kemeja wanita pelbagai jenama, sebuah beg alat solek, dua pek Anti Shadow, Anti Cernes dan enam pek topeng muka jenama Garnier yang kesemuanya bernilai RM291.90.

Nor Atikah pula didapati mencuri barangan bernilai RM146.80 iaitu dua helai kemeja wanita dan satu pek pembayang mata jenama Maybelline.

Nur Ira Natasha pula mengaku mencuri sebatang maskara, produk penjagaan muka Maybelline termasuk penanggal solekan dan krim penegang wajah, produk penjagaan wajah jenama Nivea Visage termasuk topeng muka, penyegar dan krim pemutih wajah, dua helai kemeja-t jenama Depi Corp dan sehelai seluar jeans pendek jenama Goggles yang kesemuanya bernilai RM392.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mereka terlepas daripada hukuman berat setelah mahkamah mempertimbangkan laporan akhlak tertuduh yang merupakan pelajar pintar selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Pengurus syarikat dipenjara sehari, denda RM50,000 kerana rasuah


KUALA LUMPUR 9 Jan. - Seorang pengurus syarikat makanan sejuk beku dihukum penjara sehari dan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan merasuah pegawai Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Mei tahun lalu.

Cheah Peck Hiok, 40, dari syarikat Piau Kee Live & Frozen Seafoods Sdn. Bhd. didakwa melakukan perbuatan itu dengan memberi suapan wang tunai RM25,000 kepada Pengurus Kanan Unit Siasatan dan Risikan TNB, Rumaizi Mohd. Amin.

Tertuduh mengaku memberi suapan itu sebagai dorongan agar TNB tidak mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat makanan sejuk beku tersebut atas kesalahan mencuri bekalan elektrik.

Lelaki terbabit mengaku melakukan perbuatan itu di Restoran Fresh Room Sdn. Bhd., aras bawah, Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof di sini pada pukul 5.40 petang, 24 Mei 2011.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wong Poi Yoke mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana yang lebih tinggi.

Hakim Rosbiahanin Arifin memerintahkan tertuduh terbabit yang diwakili peguam bela, R. Babu Naidu, dipenjara enam bulan jika gagal bayar denda.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

5 cedera dalam tiga letupan bom



Seorang mangsa letupan diberi rawatan selepas tiga letupan berlaku berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 9 Jan. - Polis mengesahkan lima orang termasuk seorang peguam cedera dalam tiga kejadian letupan dipercayai bom buatan sendiri yang berlaku di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini, semasa penghakiman kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan hari ini.

Empat daripada mangsa masing-masing dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka, badan dan kaki akibat terkena serpihan galas bebola (ball-bearing) daripada bom berkenaan, manakala seorang lagi mengadu mengalami kesakitan di dada.

Namun, semua mangsa yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hanya mengalami cedera ringan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, letupan pertama berlaku pukul 10.20 pagi di Jalan Khidmat Usaha terletak kira-kira 300 meter dari pintu A kompleks mahkamah berkenaan.

Beliau berkata, letupan dipercayai bom buatan sendiri yang disembunyikan di bawah kon polis bagi melarang kenderaan diletakkan di tepi jalan itu telah mencederakan masing-masing seorang peguam dan orang awam.

"Kejadian letupan kedua berlaku pukul 10.45 pagi di kawasan kafetaria mahkamah yang mana bom diletakkan berhampiran motosikal dan van menjual minuman serta makanan.

"Ia diikuti kejadian ketiga pada pukul 10.55 pagi apabila satu lagi bahan letupan yang diletak bawah kon polis di tengah pembahagi jalan meletup," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurut Mohmad, letupan kedua mengakibatkan tiga lagi orang awam mengalami kecederaan serta memecahkan cermin sebuah lori dan dua motosikal.

Beliau berkata, letupan ketiga tidak mencederakan orang ramai tetapi terdapat empat kereta yang diletak di kiri dan kanan mengalami kerosakan.

Mohmad berkata, orang ramai bagaimanapun dinasihatkan agar tidak panik dengan insiden itu kerana polis masih menjalankan siasatan secara terperinci.

"Kita percaya letupan berpunca daripada bom buatan sendiri yang diletakkan oleh individu tidak bertanggungjawab kerana siasatan Unit Pemusnah Bom di tempat kejadian menemui bateri, wayar, jam jangka dan galas bebola.

"Bagaimana bom itu dibawa masuk ke tempat kejadian, siapa suspek meletakkannya dan apa bahan-bahan sebenar digunakan untuk menghasilkannya masih dalam siasatan," katanya sambil memberitahu tiada sebarang tangkapan berkaitan perhimpunan dan letupan dilakukan oleh polis setakat ini.

Beliau berkata, meskipun tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, namun polis akan melihat semula rakaman video yang diambil oleh anggotanya sepanjang perhimpunan untuk membantu siasatan di bawah Akta Bahan Letupan 1957.

Mengulas mengenai perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 yang diadakan di tempat letak kereta kompleks mahkamah hari ini, Mohmad berkata, dianggarkan 4,500 penyokong Ketua Pembangkang itu hadir menyertai perhimpunan tersebut dan ia tidak termasuk mereka yang berhimpun di kawasan sekitar.

Menurutnya, meskipun perhimpunan tersebut berlangsung dalam keadaan agak huru-hara, namun pihak polis berjaya mengawal situasi keselamatan dengan baik.

"Saya rasa tuan-tuan boleh tengok apa yang berlaku (di Kompleks Mahkamah Jalan Duta). Memang pada dasarnya kita katakan perhimpunan aman tetapi apa berlaku tuan-tuan tengoklah sendiri, saya tidak mahu komen.

"Tapi pada dasarnya, polis berjaya mengawal keadaan daripada berlaku situasi lebih huru-hara dan kelam kabut. Saya rasa kawalan hari ini berjaya memastikan perhimpunan berjalan dengan baik," ujarnya.

Mohmah berkata, pihaknya akan terus menempatkan pegawai dan anggota memantau situasi keselamatan di kawasan mahkamah berkenaan sehingga sampai waktu ditetapkan nanti.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

3 letupan gemparkan orang ramai



Pegawai forensik memeriksa kawasan yang terkena bahan letupan ketika mahkamah memperdengarkan keputusan pertuduhan liwat Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 9 Jan. – Tiga letupan yang berlaku selepas Mahkamah Tinggi memberi keputusan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggemparkan orang ramai yang berada di kawasan kompleks berkenaan hari ini.

Letupan pertama berlaku berhampiran bangunan Matrade semasa Ketua Pembangkang itu keluar dari bangunan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini dan memberi ucapan ringkas kepada penyokongnya.

Orang ramai pula bergegas ke arah bunyi letupan yang berlaku kira-kira 150 meter dari kawasan mahkamah itu yang menyebabkan Anwar terpaksa menamatkan ucapannya lebih awal.

Saksi, Naraza Muda, 38 yang berasal dari Terengganu berkata, kejadian berlaku semasa empat lelaki menghampiri kereta mereka jenis Perodua Kembara.

Katanya, namun ketika salah seorang daripada mereka membuka pintu kereta, satu letupan berlaku mengakibatkan seorang cedera di bibir.

“Tiga lagi rakannya dilihat membantu mangsa dan meletakkannya di bahu jalan sebelum menunggu bantuan ambulans,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Di hadapan kenderaan mangsa terdapat sebuah kereta Toyota Camry dipercayai milik salah seorang Exco negeri Selangor.

Difahamkan, pemeriksaan awal polis menemui sebilah pisau dan parang di dalam sebuah kereta berhampiran kenderaan Exco tersebut.

Selang 30 minit kemudian, letupan kedua berlaku di pusat penjaja tidak jauh dari lokasi letupan pertama dan mencederakan seorang peniaga lelaki di bahagian lengan.

Orang ramai sekali lagi gempar apabila berlaku letupan ketiga di belakang kawasan medan selera berhampiran tempat letak kereta, pintu C mahkamah.

Dalam kejadian itu, sebanyak lima buah kereta termasuk milik salah seorang wartawan portal berita Free Malaysia Today mengalami kerosakan.

Difahamkan, siasatan awal mendapati ketiga-tiga letupan berpunca daripada sejenis bahan letupan yang diletakkan di bawah kon polis.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'