Search This Blog

Monday, January 9, 2012

Bagaikan di negara asing


SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
January 9, 2012
Bagaikan di negara asing

BANDARAYA MELAKA - Lambakan warga asing yang melepak menghabiskan masa hujung minggu di Terminal Melaka, dekat sini ternyata membimbangkan rakyat tempatan.

Biarpun warga asing terbabit tidak melakukan sebarang kegiatan jenayah, namun kewujudan mereka beramai-ramai sehingga memenuhi setiap ruang terminal bas itu ternyata merimaskan.

Situasi itu turut menyebabkan orang ramai yang berada di Melaka Sentral seolah-olah merasakan mereka berada di negara asing dengan riuhan gelagat warga asing daripada Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Myanmar itu.

Dipercayai kesemua warga asing terbabit bekerja di negeri ini dan mengambil peluang menghabiskan cuti hujung minggu atau cuti umum di bandar dan menjadikan pengangku-tan awam sebagai kenderaan mereka untuk ke sana-sini.

Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi, Nursuraya Zulkifli, 24, berkata, dia rimas dengan kewujudan warga asing terbabit.

Menurutnya, terminal bas yang menjadi perantara dia mendapatkan bas untuk balik ke kampus di Shah Alam dan ke kampungnya di Jasin seolah-olah berubah jadi ‘perkampungan antarabangsa'.

“Wajah mereka ini memang menakutkan dan tidak dinafikan saya agak takut berdepan dengan mereka kerana kes jenayah yang berlaku sering mengaitkan warga asing.

“Selain itu, warga asing ini juga tidak menitik beratkan kebersihan sehingga menimbulkan bau kurang menyenangkan setiap kali terpaksa berkongsi bas dengan warga asing ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Melaka Sentral, dekat sini semalam.

Bagi seorang lagi pelajar rakyat tempatan. Tyson Edmund Den, 24, dianggarkan kira-kira 60 peratus pengunjung di Melaka Sentral pada hujung minggu adalah warga asing.

“Keadaaan ini rasanya sudah lima tahun lalu berlaku dan masih tidak berubah. Walaupun kini saya jarang menggunakan perkhidmatan bas, tetapi sering mendengar rungutan rakan-rakan yang tidak boleh menerima keadaan terminal dikuasai warga asing,” katanya.

Tyson turut meminta pihak berkuasa mencari jalan mengatasi lambakan warga asing ini untuk mengelakkan kemungkinan masalah seperti jenayah atau mencemarkan imej bandar.Bagaikan di negara asing - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pemandu dan kelindan lori sayur maut dalam kemalangan di Kuantan



January 8, 2012

KUANTAN - Seorang pemandu lori dan kelindannya maut apabila lori sayur yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori lain di kilometer 14 Jalan Kuantan- Bypass di sini, awal pagi tadi.

Pemandu lori Kaswadi Jusoh, 51, dan kelindannya, Khairol Amirol Sollah, 19, kedua-duanya berasal dari Kemaman, Terengganu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 6.45 pagi itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Kemaman menuju ke Kuantan.

"Lori yang dipandu Kaswadi melanggar bahagian belakang sebuah lori yang bergerak dari arah yang sama. Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk mereka," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mayat mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.- BERNAMAPemandu dan kelindan lori sayur maut dalam kemalangan di Kuantan - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

Gagal cari jalan pulang


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 9, 2012
Gagal cari jalan pulang

KUALA KANGSAR – Akibat gagal mencari jalan pulang, seorang lelaki yang memburu di dalam hutan terperangkap lebih 12 jam kawasan hutan Bukit berapit, di sini, semalam.

Mangsa, Rosli Osman, 42, pada awalnya memasuki hutan berkenaan untuk memburu bersama dua lagi rakan tetapi berpecah ketika tiba di dalam hutan.

Bagaimanapun, mangsa berjaya ditemui pasukan Jabatan Pertahanan Awam (Jpam) Kuala Kangsar dan Sungai Siput, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Bukit Gantang, kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Ketua operasi mencari dan menyelamat, Leftenan A Balasubramaniem berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.25 malam dan terus memulakan operasi.

Menurutnya, mangsa sendiri membuat panggilan kecemasan melalui telefon bimbit tetapi tidak tahu di mana lokasi dia berada.

“Mangsa yang berasal dari Trong, Taiping masuk ke dalam hutan untuk memburu bersama dua lagi rakan tetapi kemudiannya berpecah membawa haluan ma­­sing-masing.

“Dia tidak berjaya menemui jalan keluar dan tersesat, manakala dua rakannya selamat pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Kangsar selepas menghantar mangsa, di sini, semalam.

Beliau berkata, operasi mencari mencari dijalankan sehingga jam 4 pagi dan sepanjang masa itu pihaknya berhubung dengan mangsa dari semasa ke semasa.

Jelasnya, pada jam 4 pagi, mangsa memberitahu sangat penat dan ingin mematikan talian telefon bimbit bagi mengelak kehabisan bateri.

“Mangsa ditemui tidak jauh dari kawasan R&R Bukit Gantang dan dalam keadaan sangat lemah.

“Selepas menghentikan operasi pada jam 4 pagi, ia disambung semula pada jam 7 pagi dan ketika itu mangsa sudah mengaktifkan semula talian telefon,” katanya.

Beliau difahamkan mangsa berjalan sejauh 13 hingga 15 kilometer dari lokasi tersesat sehingga ditemui berhampiran kawasan R&R itu.

“Seramai 20 anggota Jpam dari Kuala Kangsar dan Sungai Siput terlibat dalam operasi ini,” katanya.Gagal cari jalan pulang - Perak - Sinar Harian:

'via Blog this'

Rumah disimbah petrol


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 9, 2012
Rumah disimbah petrol

MUAR - “Saya tidak tahu siapa yang buat dan apa motifnya,” kata Zukri Abu Bakar, 45, selepas kediamannya disimbah minyak petrol dan dibakar pada pagar rumah di Taman Sri Pagoh, Pagoh di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, dia menyedari kejadian itu selepas menerima panggilan telefon daripada anak lelaki sulungnya, Mohd Amir, 15, pada kira-kira jam 11 malam.

“Ketika kejadian saya tiada di rumah kerana menghadiri mesyuarat di surau taman ini yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah.

“Saya sangat terkejut dan bergegas pulang ke rumah tanpa menunggu mesyuarat berakhir,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Zukri berkata, pada ketika itu dia hanya teringatkan keluarga dan bimbang keselamatan isteri dan tiga anaknya yang berada di rumah.

Menurutnya, setibanya di rumah, pada bahagian terbakar itu ketara berbau minyak petrol dan ada beberapa bahagian lain rumahnya turut ada tompokan minyak petrol.

“Tindakan pantas Mohd Amir berjaya memadamkan api yang marak terbakar pada bahagian pagar dan lantai hadapan rumah.

“Mujur api tidak merebak pada kereta Proton Saga Iswara yang terletak hanya 0.5 meter dari tempat kejadian,” katanya.

Zukri berkata, jika tidak, dia tidak dapat membayangkan nasib yang menimpa keluarganya itu.

“Pada mulanya, Mohd Amir yang sedang menonton televisyen terdengar bunyi letupan seperti mercun di bahagian hadapan luar rumah.

“Anak saya berasa tidak sedap hati dan segera ke hadapan rumah dan terkejut melihat api pada bahagian pagar dan lantai rumah,” katanya.

Menurutnya, Mohd Amir segera memadamkan api dengan air paip yang turut dibantu isteri, Marziah Sukahar, 44, dan dua anak yang lain.

“Lazimnya, setiap malam di blok ini pasti riuh kerana penduduk duduk bersembang di luar rumah masing-masing.

“Tetapi, pada malam kejadian tiada penduduk yang bersembang dan mungkin individu terbabit mengambil peluang untuk melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Zukri berkata, dia tidak tahu siapa yang melakukan perkara berkenaan dan tidak pasti sama ada ia bersifat peribadi atau sebaliknya.

“Saya juga tidak pasti siapa sasaran sebenar dan telah membuat laporan di Balai Polis Pagoh pagi ini (semalam),” katanya.Rumah disimbah petrol - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Wanita jadi hamba seks


ROSMIZA KASIM
January 9, 2012
Wanita jadi hamba seks

KOTA BHARU -Tindakan seorang wanita warganegara Indonesia melarikan diri daripada majikan akhirnya membawa padah apabila dia terpaksa menjadi hamba seks kepada pengutip kotak yang ditemuinya tujuh bulan lalu.

Perbuatan sumbang lelaki warga emas yang mempunyai isteri itu akhirnya terbongkar dan dia dicekup pihak berkuasa Rabu lalu.

Suspek yang berusia 61 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari bermula Khamis lalu selepas ditangkap dalam serbuan di sebuah pondok usang dekat sini.

Lelaki terbabit ditahan selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 24 tahun itu kerana tidak tahan dengan perbuatan suspek bertindak mengurungnya selain mengadakan hubungan seks bagi memuaskan nafsunya.
Difahamkan, sebelum suspek merogol mangsa, dia terpaksa menelan pil atau minum minuman keras untuk menguatkan nafsu seksnya.

Lebih kejam, warga emas terbabit merogolnya empat kali seminggu dan dikatakan melampiaskan nafsu serakahnya di dalam sebuah bangsal uzur terletak berhampiran kubur untuk mengelak diketahui isterinya. Mangsa yang dipercayai melarikan diri daripada majikannya di Wakaf Bharu, Tumpat, mengadu dirogol berkali-kali oleh warga emas terbabit sejak Jun tahun lalu.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan mahu menyerahkan diri di pejabat Imigresen di Jalan Telipot dan terserempak dengan suspek yang mengutip kotak di kawasan itu sebelum dibawa ke beberapa buah rumahnya di sekitar Kota Bharu sejak Jun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd. Rafar ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan menahan suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

“Mangsa yang tidak mempunyai sebarang dokumen itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen dan kini ditahan di rumah Perlindungan Imigresen,” katanya.Wanita jadi hamba seks - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

Ugut pukul mak kerana RM15


RUBIAH OMAR
January 9, 2012
Ugut pukul mak kerana RM15

KUALA TERENGGANU - Gara-gara gagal mendapat RM15, seorang anak sanggup mengugut akan memukul dan meragut barang kemas yang dipakai ibu kandungnya.

Namun, tindakan tidak berperikemanusiaan Sani Baba, 26, itu akhirnya terbalas apabila dijatuhi hukuman penjara selama sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh, dari Kampung Kubang Parit, di sini, mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan cedera kepada ibu kandungnya, Rahmah Embong, 54, dengan niat menyebabkannya berasa cemas.

Tertuduh mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu pada 3 Januari lalu kira-kira jam 12 tengah hari di kediaman mereka di Kampung Kubang Parit, di sini.

Dengan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor L Rathna di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada 3 Januari lalu lebih kurang jam 12 tengah hari, tertuduh telah meminta wang tetapi mangsa menyatakan dia tidak mempunyainya.

Jawapan yang diberikan itulah menyebabkan tertuduh naik angin dan telah mengugut akan memukul mangsa serta meragut barang kemas yang dipakai mangsa sekiranya masih berdegil tidak mahu memberikan wang.

Bimbang akan keselama-tan dirinya, mangsa terus melarikan diri masuk ke dalam bilik dan meminta menantu lelakinya yang secara kebetu-lan berada di rumah menghubungi pihak polis.

Susulan panggilan telefon yang dibuat, tiga jam kemu-dian, polis datang ke rumah mangsa dan menahan tertuduh yang masih lagi berada di kediaman itu untuk dibawa ke Balai Polis Chabang Tiga, di sini.

Hasil siasatan, tertuduh mengaku telah marah dan mengamuk sehingga menyebabkan cermin kabinet televisyen pecah, langsir ruang tamu koyak dan cermin almari baju pecah.

Tertuduh yang turut positif morfin hasil ujian saringan awal air kencing mengaku mengugut akan memukul dan meragut barang kemas yang dipakai ibunya sekiranya tidak mahu memberikan wang RM15 dengan tujuan membeli dadah jenis itu.Ugut pukul mak kerana RM15 - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Dua remaja maut nahas motosikal


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 9, 2012
Dua remaja maut nahas motosikal

BUKIT MERTAJAM – Dua remaja berusia 17 tahun maut dan tiga lagi cedera dalam dua kemalangan berasingan di kilometer 132.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala utara dan di kilometer 143.3 Lebuhraya sama menghala selatan, awal pagi kelmarin.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1.15 pagi, apabila mangsa, Muhamad Nasir Masri, 17, maut di tempat kejadian selepas bergesel dengan sebuah motosikal lain.

Saksi kejadian, Mohd Nasir Mohd Shariff berkata, kemalangan berlaku selepas seorang daripada mereka cuba mengelak motosikal Honda EX5 yang menunggang amat perlahan dan tidak mempunyai lampu belakang.

“Motosikal yang membawa seguni hampas soya itu dipotong lalu kedua mereka bertembung dan terjatuh.

“Sebuah treler yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa. Treler itu tidak memberhentikan kenderaan, sebaliknya meneruskan perjalanan ke arah utara,” katanya.

Mohd Nasir berkata, dia segera mendapatkan mangsa yang ketika itu sudah nyawa-nyawa ikan dan mengajar mangsa untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Namun, ia sudah terlambat kerana mangsa didapati meninggal dunia sejurus kemudian di tepi pembahagi jalan.

Ambulans tiba kira-kira 15 minit kemudian dan membawa mayat dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang remaja juga berusia 17 tahun meninggal dunia selepas motosikal jenis Kawasaki 150RR yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ.

Kejadian menyebabkan mangsa, Muhamad Samir Sareh yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS) terjatuh di laluan tengah lebuh raya dan meninggal dunia sejurus kemudian.

Dalam pada itu, rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ijan, 22, berkata, mereka sempat menjamu selera bersama-sama rakan yang lain di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bagan Ajam sebelum kejadian berlaku.

Menurutnya, mangsa mengajak mereka pulang selepas selesai makan, dan mangsa menunjukkan kelainan apabila bersikap lebih ramah, selain suka tersenyum.

“Kami semua sedih dengan pemergiannya kerana dia seorang rakan yang baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Asisten Superintendan S Manogaran ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan.Dua remaja maut nahas motosikal - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Hangus sekelip mata


SHARIFAH HAZIRAH AL-JEFFREY
January 8, 2012
hangus terbakar

KUANTAN - “Harta yang saya ada sekarang ini hanyalah kad pengenalan sahaja, manakala yang lain-lain hangus dijilat api,” kata Fatimah Abdullah, 61, ekoran kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang berlaku petang kelmarin di Kampung Seri Mahkota.

Menurut Fatimah, ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana menemani cucunya di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan sejak lima hari lepas.

“Semalam (5 Januari), saya ada singgah di ­rumah untuk mengambil baju, ­bagaimanapun, hari ini (6 Januari) saya lihat ­rumah sudah menjadi ­arang. Tiada satu barang pun yang mampu diselamatkan.

“Saya sudah tinggal di sini sejak 30 tahun lepas dan rumah ini banyak menyimpan sejarah hidup saya, namun kini hanya tinggal kenangan sahaja,” katanya.

Selain itu, bahagian belakang ­rumahnya pula dijadikan rumah sewa yang turut musnah dalam ­kejadian kebakaran itu.

Penyewa, Ady Noriman Zamri, 32, bersama isteri dan seorang anaknya juga tidak ada di rumah ketika ­insiden berlaku.

Menurut Ady yang sudah dua tahun menyewa di sini, dia keluar ­rumah bersama keluarganya dan ­terkejut apabila dimaklumkan ­rumahnya terbakar.

“Niat saya mahu keluar sekejap sahaja membawa anak dan isteri bersiar-siar, tetapi terkejut setelah dimaklumkan rumah kami terbakar.

“Seingat saya, sebelum keluar rumah, saya sudah pastikan semuanya dalam keadaan selamat, tetapi malang tidak berbau dan kami juga tinggal sehelai sepinggang,” katanya.

Seterusnya, bagi seorang saksi kejadian, Muhammad Syafiq Zaini, 17, berkata, sebelum itu dia baru ­sahaja pulang ke rumah yang terletak bersebelahan dengan rumah mangsa.

“Saya duduk di luar rumah dan terlihat asap dari bahagian belakang rumah ini. Pada awalnya, saya menyangka ada orang sedang bakar sampah, tetapi lama kelamaan terdengar bunyi tingkap pecah dan ­kelihatan asap berkepul-kepul ­dengan api yang marak.

“Ketika itu saya bergegas memberitahu ibu dan dia terus menelefon bomba. Bagaimanapun akibat api yang terlalu marak, rumah ini ­hangus tidak sampai 10 minit,” katanya.


Terima bantuan RM5,000

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lepar, Mohd Sohaimi Jusoh berkata, dia bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas dimaklumkan penduduk.

“Saya harap kedua-dua keluarga ini bersabar dengan dugaan yang menimpa mereka dan bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Mereka akan menerima ­bantuan kerajaan sebanyak RM5,000 dan pihak saya akan berusaha membantu keluarga ini sebaik mungkin dengan peruntukan yang sesuai.

Hadir sama Pegawai Daerah, Datuk Norhayad Ahmad.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hasaan berkata, sebanyak dua jentera bomba dari Balai Bomba Taman Tas dan Kuantan tiba untuk memadam kebakaran.

Menurutnya, kerugian mangsa dan punca kebakaran masih lagi ­dalam siasatan pihak bomba.Hangus sekelip mata - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kastam rampas gading gajah bernilai RM2.4j


09/01/2012 8:27pm

PELABUHAN KLANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menumpaskan cubaan satu sindiket antarabangsa menyeludup kira-kira 492.4kg gading gajah bernilai RM2.4 juta di Pelabuhan Barat di sini.

Pengarahnya, Datuk Azis Yacub berkata, gading berkenaan berasal dari Cape Town, Afrika Selatan, ditemui dalam sebuah kontena yang telah ditahan oleh bahagian penguat kuasa jabatan itu menerusi satu sistem pengesan, Jumaat lalu.

"Dagangan dalam kontena itu diikrar sebagai ”Polyester and Nylon Strand Matting” dan apabila diperiksa dengan teliti pihak kami menemui bungkusan gading gajah yang dimuatkan dalam 14 buah kotak yang diletakkan di bahagian belakang kontena bersama dengan muatan tayar terpakai,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Azis berkata, siasatan awal mendapati gading itu dari Pelabuhan Cape Town, menuju ke destinasi terakhir iaitu Pelabuhan Klang.

"Pihak kami berjaya memintas barang-barang tersebut di Pelabuhan Barat,” katanya.

Beliau berkata, belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(g) Akta Kastam 1967 iaitu dengan tipu daya bagi tujuan untuk menyeludup barang-barang larangan Kastam. – BERNAMAKosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Rasuah: Pengurus kanan dipenjara, didenda


09/01/2012 7:46pm

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus pemasaran sebuah syarikat makanan sejuk beku dipenjara sehari dan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM25,000 kepada pegawai Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Menurut kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, Hakim Rosbiahanin Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap Cheah Peck Hiong, 40, yang berkhidmat di Syarikat Piau Kee Live & Frozen Seafoods Sdn Bhd dan jika gagal membayar denda itu, dia boleh dipenjara 6 bulan.

Peck Hiong, didakwa telah memberi rasuah wang tunai sebanyak RM25,000 itu kepada pengurus kanan bahagian siasatan dan risikan TNB, Rumaizi Mohd Amin sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas premis makanan sejuk beku itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Fresh Room Sdn Bhd, Ground Floor, Bangsar Shopping Centre 285, Jalan Maarof, di sini pada 24 Mei tahun lepas, pukul 5.40 petang. – BERNAMAKosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Diesel subsidi bernilai RM27,000 dirampas


09/01/2012 8:10pm

SEREMBAN – Pihak penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan merampas 4,000 liter diesel bersubsidi bernilai RM27,000 dari sebuah stor di Taman Seremban Selatan dekat sini hari ini.

Tiga lelaki berumur sekitar 30-an turut ditahan berhubung rampasan itu pada tengah hari tadi.

Pengarah KPDNKK Negeri Sembilan, Mohd Talal Abu Bakar berkata, minyak tersebut ditemui di simpan di dalam beberapa tong drum di stor tersebut.

"Stor itu dipercayai digunakan untuk penyimpanan dan urusan jual beli minyak diesel bersubsidi.

“Dalam serbuan itu terdapat juga sebuah lori tangki dengan muatan 10,920 liter yang sedang memindahkan diesel bersubsidi untuk dihantar kepada pihak ketiga,” katanya.

Beliau berkata, rampasan itu dilakukan hasil intipan pihaknya sejak seminggu lalu. – BERNAMAKosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Tiga warga Indonesia ditahan bantu siasatan


09/01/2012 8:13pm

PASIR PUTEH – Polis Pasir Puteh menahan tiga lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan kes samun bersenjata yang membabitkan sebuah keluarga di Kampung Raja, Limbungan di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata, dua daripada lelaki yang dipercayai dari Riau itu ditahan di Kampung Wakaf Bunut dan seorang lagi ditahan di perhentian teksi di sini.

"Mereka yang berumur antara 27 dan 29 tahun dipercayai cuba melarikan diri selepas kejadian itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini, hari ini.

Pada kejadian pukul 3 pagi itu, ketiga-tiga lelaki yang memecah masuk rumah kediaman keluarga terbabit, bertindak mengikat mangsa dan mengacu pisau di leher serta memaksa mereka menyerahkan wang dan barang berharga.

Mohd Kamal berkata, polis melancarkan gerakan mengesan suspek menerusi pasukan khas yang ditubuh selepas menerima aduan daripada keluarga berkenaan.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya ketiga-tiga lelaki itu polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes samun yang sering berlaku sebelum itu di beberapa kampung di daerah tersebut. – BERNAMAKosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Mercun, bunga api dirampas di sempadan


09/01/2012 8:15pm

RANTAU PANJANG – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai kira-kira RM250,000 termasuk cukai, dalam satu serbuan di pangkalan haram Terusan di sini, semalam.

Panglima Markas Lapan Briged Infantri, Brig Jen Datuk Mohamad Zaki Hamzah berkata, dalam rampasan pukul 1.30 pagi itu, dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan barang terlarang itu melarikan diri.

"Mercun dan bunga api itu dimasukkan ke dalam 36 buah kotak besar yang setiap satu dianggarkan bernilai lebih RM2,400,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Zaki berkata, sekumpulan pegawai dan anggota tentera yang membuat rondaan melihat sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok sebelum menghampiri mereka dan pemeriksaan dalam kotak-kotak itu mendapati pelbagai jenis mercun dan bunga api, dipercayai diseludup dari negara jiran.

Beliau berkata, semua rampasan itu akan diserahkan kepada Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan untuk tindakan lanjut.

Mohamad Zaki berkata, sepanjang tahun lepas, barang bernilai kira-kira RM3 juta dirampas ATM dalam Ops Merpati dan Ops Wawasan sepanjang sempadan Kelantan-Thailand. – BERNAMAKosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Khalwat: Timbalan KSU didenda RM3,000



January 9, 2012

GEORGETOWN - Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan hari ini dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Ferringhi, April tahun lalu.

Hakim Syarie Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya turut menjatuhi hukuman sama terhadap wanita terbabit yang juga bekas pembantu peribadi kepada Salim, Nur Diayana Norslan, 30.

Kedua-dua tertuduh membayar denda itu.

Nik Bukhari Hashimy dalam penghakimannya berkata setelah menilai semua faktor dan aspek dan walaupun tertuduh sebelum ini telah mengaku bersalah, mahkamah juga melihat kepada keseriusan jenayah yang dilakukan.

Katanya kedua-dua tertuduh adalah penjawat awam dan mereka seharusnya menunjukkan contoh baik kepada masyarakat.

Beliau berkata perlakuan tertuduh telah mencemarkan imej perkhidmatan awam dan mahkamah perlu mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai langkah pencegahan dan memberikan kesedaran kepada masyarakat serta mengelakkan orang lain terpengaruh dan mempunyai niat yang sama.

Salim, 51, dan Nur Diayana pada awal sebutan kes 19 April tahun lepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu, namun mereka menukar pengakuan kepada bersalah selepas kedua-dua peguam syarie yang mewakili mereka menarik diri pada November tahun lepas.

Salim, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Ferringhi, 16 April lepas, pada kira-kira jam 5 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana mengikut Seksyen 27 enakmen yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz. - BernamaKhalwat: Timbalan KSU didenda RM3,000 - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Hampir putus kaki ditetak


OTHMAN YAHAYA
January 9, 2012
Serang

BUTTERWORTH - Macam dalam filem Amuk, itulah yang dapat disimpulkan oleh sebahagian pelanggan yang sedang menikmati sarapan di sebuah restoran di Jalan Raja Uda di sini awal pagi semalam apabila mereka menyaksikan seorang remaja hampir maut ditetak oleh tiga lelaki berparang.

Kejadian pada jam 4.15 pagi itu bukan sahaja mengejutkan bahkan dilihat amat menyedihkan kerana mangsa ditetak berulang kali di bahagian dua belah kakinya hingga menyebabkan kaki kanannya hampir putus.
Lebih dahsyat, tiga suspek berkenaan masih sempat memastikan mangsa mereka itu benar-benar cedera parah sebelum berhenti menetaknya dan selamba meninggalkan lokasi kejadian tanpa sedikit pun merasa belas kasihan melihat mangsa mengerang kesakitan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias yang dihubungi berkata, mangsa, remaja berusia 20 tahun itu minum berseorangan ketika diserang oleh tiga lelaki bersenjatakan parang yang tiba-tiba muncul menaiki dua kereta.
“Tiga penyerangnya dikatakan terus meluru ke arah mangsa yang duduk di dalam restoran berkenaan sambil menetaknya bertalu-talu menggunakan tiga bilah parang yang dibawa mereka tanpa sepatah pun mengeluarkan suara.
“Pelanggan lain yang berada di dalam restoran berkenaan tidak berani menolong malah mengambil keputusan lari menyelamatkan diri masing-masing selepas mendapati tiga lelaki berkenaan sukar dikawal dan bertindak kejam seolah-olah dirasuk,” katanya.
Beliau berkata, suspek hanya berhenti menetak selepas mendapati mangsa yang rebah mengalami kecederaan parah termasuk hampir putus kaki kanannya sebelum selamba berjalan menuju ke kereta yang diletakkan di hadapan restoran dan berlalu pergi.
“Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah dan separuh sedar kemudiannya dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya oleh orang ramai.
“Pihak kita difahamkan mangsa masih belum sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami kecederaan parah dan kehilangan darah yang banyak,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan parah dan berdasarkan siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungki-nan kejadian itu bermotifkan balas dendam.
Zulkifli turut meminta saksi yang melihat kejadian itu tampil membantu pihaknya mengesan suspek terlibat dengan menghubunginya terus atau membuat laporan di mana-mana balai polis terdekat.Hampir putus kaki ditetak - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Bayi digilis lori


BAHDIN
January 9, 2012
Bayi digilis lori

KEMAMAN –“Sejak tiga hari lepas Syakir kerap nangis, saya pelik juga sebab dia bukan budak mudah nangis dan waktu bawa pergi pasar minggu dia tiba-tiba muntah.

“Pagi semalam (kelmarin) pula dia makan nasi goreng banyak sangat dan turut ambil nasi dalam pinggan abangnya, kemudian lepas makan dia terus naik ke dalam bakul motosikal abahnya sebelum abahnya sempat naik motor,” luah Zuriah Ismail, 36, mengimbas kembali keletah berlainan anak bongsunya sebelum menerima berita buruk anaknya itu maut digilis lori.

Muhammad Syakir Zufayri Mohd Asri yang manja dipanggil Syakir bakal menyambut ulang tahun kelahiran kedua pada 26 Februari depan maut serta merta di tempat kejadian selepas motosikal yang dinaiki bersama bapanya, Mohd Asri Nawi, 36, dirempuh lori hantu yang sedang mengundur dan tidak sedar akan kehadiran mereka dalam kejadian di Kuari Terengganu Tengah Sdn Bhd, Ibok, Kijal, kelmarin.

Zuriah yang masih lesu kerana terlalu terkejut dengan musibah itu berkata, ketika duduk di dalam bakul motosikal untuk mengikut suaminya keluar ke kawasan kuari Syakir tidak banyak bercakap dan lebih banyak berdiam diri sementara kakak dan abang Syakir, Nor Anis Farhana, 7, dan Muhammad Luqman Rafiqin, 5, tidak ikut.


“Adik jangan tinggal ibu”

Kata ibu tiga anak ini, suaminya ketika itu hanya memakai seluar pendek dan tidak memakai baju kerana hanya mahu pergi sekejap sahaja ke kawasan kuari itu untuk me-ngambil minyak gris kerana mahu membaiki motosikal yang rosak dan dua beranak itu keluar rumah kira-kira jam 8.40 pagi.

“Syakir memang suka mengikut jika abahnya nak ke mana-mana. Saya menerima berita malang kejadian ini selepas dikejutkan dari tidur oleh abang ipar yang datang memberitahu kerana semalam saya demam, namun waktu sampai tempat kejadian orang ramai tak bagi saya lihat dari dekat keadaan anak yang masih berada di bawah tayar belakang lori dan suruh saya balik,” luahnya ketika dikunjungi Sinar Harian di rumah ibunya di Batu 9, Ibok, semalam.
Sejak Syakir baru dilahirkan, Zuriah juga mengakui naluri keibuannya terdetik bahawa anaknya tidak panjang umur tambahan lagi Syakir juga kerap tidak sihat kerana menghidap asma menyebabkannya memiliki fizikal yang kecil dan berat badannya tidak sampai sembilan kilogram.

“Dan saya pernah cakap padanya…adik jangan tinggal ibu…,” kata Zuriah dengan air mata laju mengalir.

Katanya, kehilangan Syakir amat dirasai dan kesedihan tidak dapat diluahkan dengan kata-kata tambahan lagi anaknya itu masih menyusu badan.

Menurutnya, apa yang paling tidak dapat dilupakan karakter anaknya yang agak istimewa iaitu gemar bermain dengan ayam dan kucing berbanding bermain dengan alat permainan serta pandai bercakap dalam loghat Besut seperti memanggil aye (ayam) dan ike (ikan) meskipun suaminya sendiri yang berasal dari Besut loghatnya tidak sepekat itu.


Lihat anak digilis tayar lori

Tragedi menyayat hati itu berlaku tanpa diduga sehingga Mohd Asri yang melihat sendiri Syakir digilis lori dan darah memercik meraung kesedihan sambil cuba mahu mengalihkan anaknya itu yang berada di bawah tayar lori hantu penuh dengan muatan batu kuari.

Bagaimanapun, cubaan Mohd Asri untuk mengalihkan anaknya yang telah kaku untuk dihantar ke hospital dihalang penduduk yang datang memenuhi kawasan kejadian kerana keadaan bayinya itu yang tersepit bersama motosikal di bawah tayar lori itu.

Zuriah berkata, sebelum musibah itu terjadi sebenarnya suaminya sudah mahu pulang ke rumah kerana sudah mengambil minyak tetapi bapa saudaranya, Mohamad Daud, 36, yang bekerja di kuari itu datang ke arah suaminya yang ketika itu berada di atas motosikal kerana mahu bermain dengan Syakir.

Namun, walau Mohamad puas mencuit, Syakir hanya mendiamkan diri sebelum Mohamad dan Mohd Asri terkejut melihat lori mengundur laju ke arah mereka.

“Ketika itu motosikal Honda EX5 yang dinaiki suami saya enjinnya masih hidup tapi walau pedal minyak telah ditekan motosikal tidak bergerak dan dalam keadaan panik itu, suami sempat mencapai tangan Syakir sambil melompat dari motor tapi kata suami yang cerita kejadian itu kepada saya, tangan Syakir licin seperti minyak,” katanya

Bila berpaling lihat anak, Mohd Asri yang sudah jatuh ke depan sedikit hanya mampu melihat percikan darah anaknya.

Akibat musibah itu, kepala bayi malang itu pecah selain patah kaki manakala motosikal yang terpelosok pula terputus dua.

Jenazah Syakir dikebumikan jam 2 petang kelmarin bersebelahan pusara neneknya di Tanah Perkuburan Batu 9.


Otak bertaburan

“Ya Allah Ya Tuhanku apalah salah budak sebesar ini,” itu yang terdetik di hati Safiah Mamat, 71, ketika tersentak melihat Syakir yang juga merupakan cicit saudaranya terpelosok bawah tayar lori.

Ketika tiba di tempat kejadian polis masih lagi belum sampai dan hatinya luluh apabila melihat keadaan otak yang bertaburan sebelum orang ramai kemudian kutip otak dan letakkan dalam plastik.

Sementara itu, kakak Syakir, Nor Anis yang sudah mengerti apa yang berlaku ketika ditanya ke mana adik bongsunya berkata, “Adik tak dok, adik mati”.Bayi digilis lori - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'