Search This Blog

Saturday, January 7, 2012

Wartawan ditembak mati

MANILA: Seorang pengulas radio yang juga penerbit akhbar ditembak mati oleh penyerang yang menunggang motosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumah lewat malam semalam, di selatan Filipina, menjadikan wartawan pertama ditembak mati di negara itu, tahun ini.

Christopher Guarin, 41, hos rancangan bual radio dan penerbit akhbar di Bandar General Santos, ditembak enam kali di kepala dan badan ketika memandu pulang bersama isteri dan anak perempuan yang berusia sembilan tahun, menurut laporan penyelaras eksekutif Kesatuan Wartawan Kebangsaan Filipina (NUJP), Rowena Paraan.

Freddie Solinap, pengurus “Tatak”, akhbar komuniti di mana Guarin adalah editornya berkata, isteri Guarin turut cedera dalam serangan itu dan anak perempuannya masih terperanjat kerana menyaksikan pembunuhan bapanya.

“Saya rasa ia berkaitan dengan akhbar dan tugasnya sebagai editor,” katanya.


Freddie berkata, Guarin sering menerima panggilan ugutan bunuh.


“Dia juga membacakan mesej ugutan itu di program radionya,” katanya. - Manila TimesmyMetro | Wartawan ditembak mati:

'via Blog this'

myMetro | Wanita menyamar lelaki pecah masuk rumah jiran

SALT LAKE CITY: Polis berkata seorang wanita tempatan memakai misai palsu untuk menyamar sebagai lelaki ketika mencuri di kediaman jirannya.

Polis berkata, wanita berusia 31 tahun itu didakwa dengan dua tuduhan pecah rumah dan satu tuduhan mencuri, semalam.


Salt Lake Tribune melaporkan jiran wanita itu mendapati wang tunai ribuan dolar hilang dari kediamannya dalam beberapa kejadian berasingan.

Kenyataan mahkamah melaporkan pasangan itu kemudian memasang perangkap melalui kamera keselamatan dan meletakkan wang tunai sebagai umpan. Kamera kemudian menunjukkan suspek yang memakai baju lelaki, topi dan misai palsu itu adalah jiran mangsa. - APmyMetro | Wanita menyamar lelaki pecah masuk rumah jiran:

'via Blog this'

Syabu dalam periuk nasi

KUALA LUMPUR: Dua periuk nasi berisi syabu ditemui dalam peti sejuk di kediaman seorang lelaki warga Iran dalam serbuan polis di Solaris Dutamas, di sini, petang Rabu lalu.

Selain itu, polis turut menemui beberapa bungkusan lagi dadah jenis sama yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM5.5 juta.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dua anggota polis bantuan yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan terhadap lelaki berusia 22 tahun itu menemui 12 bungkusan plastik berisi syabu dalam beg dibawanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, hasil tindakan susulan selepas sejam penahanan suspek, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menyerbu unit kondominium di kawasan berhampiran dan membuat beberapa rampasan lagi semuanya dianggarkan seberat 20 kilogram (kg).


“Rampasan pertama membabitkan syabu dianggarkan seberat 10.75 kg, manakala serbuan di unit kondominium di Solaris Dutamas, menemui syabu seberat 723.75 gram atas dua kertas untuk proses pengeringan.


“Polis turut menemui dua bekas periuk nasi mengandungi bahan mentah syabu seberat 8,700 gram dalam peti sejuk selain 10 botol plastik dua liter mengandungi sejenis cecair digunakan untuk membersihkan syabu menjadi dadah berkualiti sebelum dijual,” katanya di sini, semalam.myMetro | Syabu dalam periuk nasi:

'via Blog this'

Jiran tak tahan leteran belasah warga emas

KUALA LIPIS: Perangainya yang sering berleter setiap kali melihat orang melalui depan rumahnya membawa padah kepada seorang wanita warga emas apabila dibelasah oleh jirannya menyebabkan hidungnya patah selain cedera di kepala dan dada dalam kejadian di Kampung Tanjung, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.15 malam itu, wanita berusia 65 tahun itu dikatakan dibelasah seorang pelajar kolej berusia 18 tahun yang juga jirannya mengakibatkan hidung mangsa berdarah dan remaja yang gagal mengawal kemarahannya turut memijak dada dan kepala mangsa sebaik dia terjatuh akibat tidak tahan ditumbuk.


Difahamkan, mangsa sering memarahi remaja terbabit yang perlu melalui depan rumahnya setiap kali mahu ke jalan besar dan wanita berkenaan dipercayai tidak suka dengan bunyi bising motosikal remaja berkenaan yang tinggal kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata remaja terbabit dikatakan tidak tahan mendengar leteran mangsa setiap kali melalui depan rumah warga emas itu.


Menurutnya, remaja berkenaan kemudian menghampiri mangsa dan memarahinya sambil mempersoalkan tindakan wanita itu yang didakwa turut menghina keluarganya.


Katanya, siasatan awal mendapati remaja itu tidak dapat menahan kemarahan kerana dihina sebelum terus menumbuk hidung mangsa beberapa kali hingga warga emas itu tersungkur.

“Tidak cukup dengan itu, dia memijak dada dan kepala mangsa beberapa kali sebelum perkelahian itu dileraikan suami mangsa berusia 75 tahun serta seorang anak perempuannya berusia 30 tahun.


“Remaja terbabit kemudian beredar dari tempat kejadian sebelum mangsa dibantu anak perempuannya dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk rawatan akibat patah hidung dan cedera di kepala serta dada,” katanya di sini, semalam.myMetro | Jiran tak tahan leteran belasah warga emas:

'via Blog this'

2 hari lapar wang RM150 dihanyut banjir

PASIR PUTEH: Seorang warga emas terpaksa mengikat perut selama dua hari selepas dibenarkan pulang ke rumahnya di Gong Ara, Kampung Nara, dekat sini, dari pusat pemindahan sementara banjir, Selasa lalu apabila wang simpanannya dihanyutkan dalam banjir kilat, Ahad lalu.

Minah Awang Besar, 69, sedih sebaik mendapati wang disimpannya dalam bungkusan plastik hilang dipercayai dihanyutkan selepas rumahnya dinaiki air ketika dia dan anaknya, Norashaikin Nasir, 39, sedang tidur.


“Terkejut melihat air memenuhi ruang rumah, saya dan anak terus keluar menyelamatkan diri dengan membawa sehelai dua baju tanpa sempat mengambil wang RM150 yang disimpan.

“Apabila pulang ke rumah, Selasa lalu, saya terkejut apabila mendapati wang itu hilang dihanyutkan hingga terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kerana ketiadaan wang membeli barangan dapur,” katanya.


Menurutnya, lebih menyedihkan, anaknya yang bekerja buruh dan menerima gaji harian kehabisan wang selepas tidak bekerja kerana hujan.


“Nasib baik, ketika pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Puteh, Khamis lalu, saya diberikan pendahuluan wang bantuan berjumlah RM80 yang sepatutnya diterima minggu depan.

“Dengan wang itu, saya membeli satu kilogram beras dan setengah kilogram ikan kembung serta sedikit barangan keperluan dapur lain,” katanya ketika ditemui di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil, di sini, semalam.


Ibu tunggal kepada dua anak itu terharu dan bersyukur sebaik menerima bantuan daripada konvoi Tabung Bencana The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan Media Prima (NSTP-Media Prima), semalam, yang turut menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir lain.

myMetro | 2 hari lapar wang RM150 dihanyut banjir:

'via Blog this'

Bekas gengster buka cerita

ALOR SETAR: “Kehidupan saya kini diselubungi ketakutan dan tertekan sejak cuba menjauhkan diri daripada kumpulan ini sebaik mengetahui kegiatan sebenar mereka.”

Begitu kata seorang lelaki mahu dikenali sebagai Rizal, 25, yang menetap di negeri ini apabila mendakwa pernah mengenali dan berkawan rapat dengan beberapa individu yang disyaki turut terbabit dalam kegiatan gengster. Rizal berkata, anggota kumpulan berkenaan pernah dua kali bertindak agresif terhadap dirinya berlaku pada 23 Ogos 2010 apabila cermin tingkap rumah keluarganya dipecahkan.


Dalam kejadian terbaru pada Isnin lalu, katanya, cermin kereta keluarganya juga dipecahkan sekumpulan lelaki menaiki motosikal termasuk bertopi keledar dipercayai sebagai tanda amaran atau ugutan selepas dia cuba menjauhkan diri.

“Akibat itu, adik perempuan saya berusia 12 tahun yang turut menyaksikan kejadian terbabit kini trauma setiap kali mendengar bunyi deruman motosikal ataupun salakan anjing kerana dia akan menangis dan lari bersembunyi di bilik.


“Saya ada membuat laporan di Balai Polis Alor Setar berhubung dua kejadian yang menimpa keluarga kami kerana amat bimbang keselamatan keluarga jika anggota kumpulan terbabit bertindak lebih agresif,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.


Berikutan itu, Rizal turut menyatakan laporan akhbar ini berhubung ‘Salam Gangster’ dilaporkan beberapa hari lalu memang benar kerana dia pernah menyaksikan anggota kumpulan berkenaan menggunakan simbol atau bersalaman cara tertentu.

Menurutnya, anggota kumpulan itu ada mengajarnya teknik berjabat tangan berkenaan.myMetro | Bekas gengster buka cerita:

'via Blog this'

Belasah bekas isteri guna lampu kalimantang

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup membelasah bekas isterinya malah, membaling lampu kalimantang gara-gara cemburu wanita terbabit menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, wanita terbabit berusia 34 tahun datang ke rumah bekas suaminya di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul untuk mengambil anak dan menghantarnya ke sekolah.


Menurut sumber, mangsa yang tiba di rumah itu terkejut apabila tiba-tiba bekas suaminya mengamuk dan menendangnya sehingga terjatuh sebelum memukul beberapa kali.

“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa meminta penjelasan sebelum mengetahui puncanya disebabkan perasaan cemburu bekas suami yang mengetahui hubungannya dengan orang lain.


“Mangsa menjelaskan hubungan antara mereka sudah berakhir dan lelaki itu tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusannya. Malah, tanpa berlengah mangsa terus mengambil anak dan menuju ke lif,” katanya.


Sumber berkata, tindakan itu menyebabkan bekas suami mangsa itu yang masih tidak berpuas hati mengambil lampu kalimantang yang berada di luar rumah sebelum mengejar dan membalingnya hingga terkena badan mangsa.

“Terkejut dengan tindakan itu, mangsa bersama anak terus melarikan diri sebelum membuat laporan di Balai Polis Sentul,” katanya.myMetro | Belasah bekas isteri guna lampu kalimantang:

'via Blog this'

Penyamun mengaku polis Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Empat lelaki bersenjatakan pistol dan pisau melarikan wang tunai RM30,500 dalam kejadian samun di Pantai Dalam, di sini pagi semalam.

Difahamkan, suspek turut mengacukan pistol di kepala mangsa berusia 28 tahun yang keluar dari bilik selepas terdengar bunyi bising di ruang tamu rumahnya.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi itu, mangsa dikatakan mahu bersiap untuk keluar bekerja di pasar borong seperti biasa manakala empat rakan serumahnya masih tidur di dalam bilik masing-masing.

Menurut sumber, sebaik membuka pintu biliknya, mangsa ternampak empat suspek sedang menggeledah ruang tamu dan mengumpul beberapa peralatan rumah untuk dibawa lari. Seorang suspek yang ternampak mangsa terus mengacukan pistol dan memberitahu mereka adalah anggota polis dari Bukit Aman.


“Mangsa bertanyakan kepada mereka alasan rumah mereka digeledah, namun suspek hanya mengarahkan mangsa menurut semua arahannya,” katanya.


Suspek merampas wang tunai yang disimpan dalam beg mangsa bernilai RM2,500 bersama sebuah telefon bimbit manakala tiga suspek lain meluru masuk ke dalam bilik penghuni lain sebelum lari bersama duit RM28,500.

“Tiga suspek terbabit turut merampas wang tunai berjumlah RM28,500, empat telefon bimbit dan dua keping kad bank.


“Difahamkan, sebahagian wang tunai dan dua kad bank yang dicuri itu adalah milik majikan seorang mangsa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.myMetro | Penyamun mengaku polis Bukit Aman:

'via Blog this'

Remaja, ibu dicekup

SIBU: Polis yakin siasatan ke atas kes pembunuhan kejam empat sekeluarga di sebuah rumah di Jalan RTM, di sini, pada 3 Januari lalu, selesai berikutan penahanan pasangan ‘anak-beranak’ yang juga jiran keluarga malang berkenaan, kelmarin.
Seorang remaja 17 tahun ditahan 10.30 malam, manakala ibunya 44 tahun ditahan dua jam kemudian, di rumah mereka selepas polis menemui bukti kukuh bagi mensabitkan mereka dengan pembunuhan empat sekeluarga terbabit.

Difahamkan, pada hari kejadian remaja yang bekerja sebagai kelindan lori itu dipercayai menceroboh rumah keluarga terbabit melalui bumbung rumah teres dua tingkat berkenaan sebelum membunuh mangsanya seorang demi seorang.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon berkata, dengan penahanan dua beranak terbabit, polis menyifatkan kes pembunuhan empat sekeluarga terbabit sudah selesai.

“Untuk makluman, kes berlaku pada Selasa lalu, diselesaikan. Suspek dikenal pasti dan kini dalam tahanan kami.

“Sekarang kami menyiasat bagi mendapatkan keterangan diperlukan menyelesaikan kes serta mengemas kini kertas siasatan sebelum dirujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sibu, di sini, semalam. Mengulas lanjut, beliau berkata, polis sudah mendapat kebenaran mahkamah bagi menahan reman kedua-dua suspek bagi tempoh tujuh hari.
Dalam kejadian Selasa lalu, empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak ditemui mati bergelimpangan, masing-masing di dapur dan bilik tidur dengan tiga daripada mereka didapati pecah di kepala dan kesan kelar di leher.

Ketika kejadian, keluarga malang terbabit dikatakan baru bangun tidur sebelum diserang dengan objek tajam dan tumpul.
Mangsa yang maut, seorang ahli perniagaan, Ling Tong Hock, 36, dua anaknya iaitu Amy Ling Zi Ju, 7; David Lung Chei Qi, 10, serta ibunya, Leong Nyuk Lan, 76.

Seorang lagi anak Tong Hock, Kelvin Ling Chei You, 8, terselamat dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat parah di kepala.

Law berkata, pada masa sama, siasatan polis mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki rekod jenayah dan polis akan menjalankan ujian air kencing ke atas mereka.

“Pada masa sama, wanita berusia 28 tahun yang juga isteri ahli perniagaan dibebaskan selepas dia tiada kaitan dengan kejadian ini. Apa yang pasti, polis turut menemui kesan ceroboh pada rumah mangsa sebelum kejadian itu berlaku,” katanya sambil meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

Mayat lelaki cuba selamatkan pelajar ditemui


07/01/2012 1:49pm

KUCHING – Mayat lelaki, yang dilaporkan hilang ketika cuba menyelamatkan seorang pelajar perempuan yang jatuh ke dalam parit di Jalan Rock di sini pagi Khamis lepas, ditemui pagi ini di Sungai Maong Ulu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong berkata, mayat Herman Sihas, 28, berasal dari Lundu dijumpai anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) pada 8.45 pagi ini, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.

Gerakan mencari pelajar Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kerajaan Batu Lintang itu, Kho Ying Gi, 19, masih diteruskan oleh pasukan mencari dan menyelamat, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi Khamis lepas, Herman dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan pelajar itu yang terjatuh ke dalam parit ketika hujan lebat dan banjir kilat melanda kawasan tersebut.

Susulan itu, gerakan mencari dan menyelamat kedua-dua mereka telah dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan JPAM. – BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Lelaki warga Thai hilang di Sungai Golok



07/01/2012 3:07pm

TUMPAT - Seorang lelaki dipercayai warga Thai dilaporkan hilang selepas terjatuh dari bot yang dinaikinya di Sungai Golok berdekatan Kampung Simpangan di sini hari ini.
Orang awam melihat mangsa terkapai-kapai di dalam sungai itu sebelum tidak lagi kelihatan pada kira-kira pukul 10 pagi.
"Gerakan mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan bantuan penduduk kampung.
Usaha mencari mungkin mengambil masa berikutan air sungai yang deras,” kata Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Ahmad Mazdan Jusoh. - BERNAMA
Kosmo! Online - Terkini:

Dua pekerja ladang warga Indonesia mati lemas


07/01/2012 7:33pm

LUNDU - Dua pekerja ladang kelapa sawit di Felda Sempadi dekat sini yang dilapor hilang di Sungai Sibuluh Khamis lepas, ditemui mati lemas hari ini.

Mayat Herman Ariwibowo, 22, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 11.30 pagi, kira-kira 30 meter dari tempat dia dilapor hilang manakala mayat Franstya Eka Putra, 21, ditemui pada pukul 4.45 petang.

Ketua Polis Daerah Lundu, Sarawak, Deputi Supritendan Wong Chee Keong berkata, dua pekerja rakyat Indonesia itu dibawa arus deras ketika meredah sungai itu untuk pulang ke rumah pekerja di Felda Sampadi.

Beliau berkata, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan dibantu pekerja ladang berkenaan.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang Khamis lalu, dua pekerja itu dikatakan cuba meredah Sungai Sibuluh untuk pulang ke rumah pekerja di ladang itu ketika paras air sungai tinggi dan arus deras ekoran hujan lebat sebelum itu. - BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Mayat tertiarap dalam parit


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 7, 2012
Mayat tertiarap dalam parit

MUAR – “Saya nampak basikal, lalu menghampiri parit dan terkejut lihat seorang lelaki tertiarap dalam parit ini,” kata saksi kejadian penemuan mayat seorang warga emas dalam parit di Jalan Sungai Abong, berhadapan Lembaga Hasil Da­lam Negeri (LHDN) di sini, kelmarin.

Lee Boon Tong, 50, berkata, dia menyedari kejadian itu pada jam 6.05 petang semasa dalam perjalanan dari rumahnya di Lorong Jelawat, Jalan Sungai Abong menuju ke Bandar Muar.

Menurutnya, setibanya di persim­pangan berhampiran tempat kejadian, dia ternampak sebuah basikal berada dalam parit.

“Saya musykil dan tergerak hati untuk menghampiri parit itu dan terkejut mendapati seorang lelaki berada dalam parit yang mengandungi air.

“Lelaki itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan mukanya tersembam dalam air parit,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di tempat kejadian.

Boon Tong berkata, dia segera menjerit meminta pertolongan orang ramai dan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ahmad membantunya dengan menghubungi polis.

Jelasnya, dia menghampiri parit tersebut pada jarak lebih dekat dan mendapati lelaki berkenaan sudah tidak lagi bernafas dan terdapat kesan luka pada bahu kirinya.

Dia menjadi lebih terkejut apabila mengetahui lelaki dalam parit itu adalah rakannya, Gan Kim San, 60,

“Kim San sering menggunakan basikal untuk pergi ke mana-mana dan sebelum kejadian dipercayai dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah kedai berhampiran.

“Dia belum berkahwin dan tinggal bersama-sama kedua ibu bapanya yang sudah uzur,” katanya.

Namun katanya, lebih menyedihkan Kim San menemui ajal dalam keadaan yang menyayat hati dan kejadian berlaku hanya pada jarak 100 meter dari rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, kematian mangsa dipercayai akibat lemas disebabkan keadaan mukanya yang tersembam dalam air parit itu.

“Insiden itu tiada kaitan dengan langgar lari berdasarkan tiada kesan pelangga­ran pada basikal mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), sebelum dituntut keluarganya,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di talian 06-9526222,” katanya.

Mayat tertiarap dalam parit - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Muka diserang kudis kerana anak kucing


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 7, 2012
Muka diserang kudis kerana anak kucing

KUALA KRAI - Keseronokan seorang murid Tahun Satu sebuah sekolah kebangsaan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Mengkebang, dekat sini, untuk belajar pada hari ketiga persekolahan, semalam, terbantut selepas dia terpaksa dibawa pulang untuk rawatan kerana sakit kudis yang teruk.

Sharifa Sofea Hanim Azman, 7, dibawa pulang ibunya, Che Ragayah Che Yaacob setelah dinasihatkan seorang guru kelas anaknya supaya mendapatkan rawatan lanjut.

Che Ragayah, 31, berkata, dia membawa anak sulungnya itu ke klinik swasta untuk rawatan selepas muka dan badannya mula berkudis kecil, Isnin lalu, namun keadaannya bertambah teruk.

“Saya juga ada dapatkan air penawar tetapi kudis makin banyak terutama pada muka anak saya. Saya akan bawa dia jumpa pakar kulit di sebuah klinik di Pasir Mas,” katanya, di sini, semalam.

Che Ragayah berkata, disebabkan penyakit itu, anaknya yang sulung daripada dua beradik itu juga sering terjaga ketika tidur malam kerana simptom gatal dan pedih.

“Selain muka, kudis kecil juga tumbuh di badan seperti bawah ketiak dan atas belakang. Adik dia pun kena tetapi tak banyak,” katanya yang mempunyai seorang lagi anak, Muhammad Syakir Irfan, 6, juga murid Pra Sekolah di sekolah sama.

Che Gayah berkata, dia cuba menasihatkan Sharifa Sofea Hanim supaya tidak pergi ke sekolah semalam sejak mula tetapi anaknya tetap berkeras nak ke sekolah.

“Dia beria-ia sangat nak pergi sekolah kerana katanya seronok belajar di Tahun Satu dan memang pun saya rancang nak bawa dia pergi ke klinik di Pasir Mas selepas waktu sekolah,” katanya.

Menurutnya, dia percaya penyakit kudis di badan kedua anaknya itu berpunca daripada seekor anak kucing bernama Muching yang baru dibawa pulang oleh suaminya sejak dua minggu lalu.

“Saya nak buang rasa tak sampai hati sebab mereka berdua sayang sangat Muching sampai tidur pun bersama. Suami pula kata kucing bukan punca kudis kerana kami berdua tak kena,” katanya.

Muka diserang kudis kerana anak kucing - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

Ibu hilang bersama dokumen


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 6, 2012
Ibu hilang bersama dokumen

BAHAU - Ketika kanak-kanak sebayanya sedang gembira menjalani alam persekolahan, seorang kanak-kanak di sini terpaksa melupakan seketika impian untuk ke sekolah berikutan tiada sijil kelahiran.

Ira Abdullah, 6, terpaksa hidup tanpa pengenalan diri selepas ibunya, seorang warga Indonesia berusia 20-an melarikan diri bersama dokumen pengenalan diri kanak-kanak berkenaan, tahun lalu.

Neneknya, Zahariah Hussin, 57, berkata, sebelum ini Ira sudah mempunyai dokumen kelahiran yang dimiliki menerusi bantuan seorang kenalan pada Disember 2010.

“Segalanya hampir selesai. Bagaimanapun, ibunya tiba-tiba menghilangkan diri dan lesap bersama dokumen anaknya pada tahun lalu.

“Sehingga kini, kami tidak tahu di mana dia dan ada sumber memaklumkan bahawa dia telah pulang ke negara asalnya,” katanya.

Zahariah berkata, kira-kira 10 bulan lalu, kenalannya ada menerima panggilan daripada ibu Ira yang dikenali sebagai Villa Barokah Seth.

“Bagaimanapun, nombor telefon yang tertera dalam telefon bimbit itu seperti nombor luar negara,” katanya.

Zahariah berkata, Villa ada memberitahu kenalannya itu bahawa dia akan memasukkan Ira ke sekolah sekiranya memberikannya wang untuk belanja tiket penerbangan ke negara ini.

“Namun, saya tidak mampu membantu Villa dan buntu memikirkan nasib cucunya itu kerana tidak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan salinan dokumen itu.

“Risau juga, sebab saya khuatir jika pihak berkaitan tidak percaya kata saya untuk mendapatkan salinan dokumen itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, kelmarin.

Zahariah berkata, ibu dan bapa Ira sebenarnya sudah lama berpisah dan setelah cucunya itu dilahirkan, masing-masing tinggal secara berasingan.

“Ayahnya pula tidak tahu di mana dan pulang tidak tentu masa,” katanya.

Berikutan itu, Zahariah amat mengharapkan sekiranya ada pihak datang membantu.

“Saya amat menghargai kerana ianya membabitkan masa depan Ira,” katanya.

Ibu hilang bersama dokumen - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Ibu dirayu pulang


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 7, 2012

SABAK BERNAM- Seorang ibu enam anak dirayu pulang ke pangkuan keluarga kerana menghilangkan diri sejak 2 Julai lalu dipercayai kerana perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Noor Mushar Mohamad berkata, pihaknya berusaha mencari dan mengesan P Mageswari, 35, selepas dilaporkan hilang oleh suaminya, Lim Liang Hock, 37.
“Kita sudah menghubungi saudara mara mangsa dan kenalannya, namun masing-masing tidak mengetahui di mana mangsa berada.

“Mangsa disedari hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas ­memberitahu anaknya, Lim Thenmoli, 9, hendak menyusul suaminya yang menghantar anak ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Sinar Harian diberitahu, sebelum kehilangannya, mangsa bersama anaknya, berada di rumah jiran dan dia meminta Thenmoli pulang ke rumah sendirian kerana dia mahu ke hospital.

“Seorang anak jirannya berusia 14 tahun membantu menghantar Mageswari ke pintu keluar ladang apabila dia menahan motosikal yang dinaikinya.

“Sejak itu, Mageswari tidak pulang ke rumah, walaupun pada Deepavali lalu, mangsa turut membawa bersama dokumen pengenalan diri dan keluar sehelai sepinggang,” katanya.

Hasil daripada maklumat yang diperolehi dari Liang Hock, berlaku perselisihan faham antara dia dan isterinya yang berpunca daripada kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka yang dibina sejak 18 tahun lalu.
Mageswari dipercayai melarikan diri mengikut teman lelaki warganegara asing yang sama-sama bekerja di sebuah ladang di sini.

Difahamkan, dua anaknya sudah berkahwin dan masing-masing mengikut suami yang berada di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, manakala empat lagi berada dalam jagaan Liang Hock yang bekerja sebagai nelayan.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai lokasi Mageswari diminta tampil ke balai polis berdekatan,” katanya.

Ibu dirayu pulang - Selangor & KL - Sinar Harian:

'via Blog this'

Ibu dirayu pulang


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 7, 2012

SABAK BERNAM- Seorang ibu enam anak dirayu pulang ke pangkuan keluarga kerana menghilangkan diri sejak 2 Julai lalu dipercayai kerana perselisihan faham.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Noor Mushar Mohamad berkata, pihaknya berusaha mencari dan mengesan P Mageswari, 35, selepas dilaporkan hilang oleh suaminya, Lim Liang Hock, 37.
“Kita sudah menghubungi saudara mara mangsa dan kenalannya, namun masing-masing tidak mengetahui di mana mangsa berada.

“Mangsa disedari hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas ­memberitahu anaknya, Lim Thenmoli, 9, hendak menyusul suaminya yang menghantar anak ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Sinar Harian diberitahu, sebelum kehilangannya, mangsa bersama anaknya, berada di rumah jiran dan dia meminta Thenmoli pulang ke rumah sendirian kerana dia mahu ke hospital.

“Seorang anak jirannya berusia 14 tahun membantu menghantar Mageswari ke pintu keluar ladang apabila dia menahan motosikal yang dinaikinya.

“Sejak itu, Mageswari tidak pulang ke rumah, walaupun pada Deepavali lalu, mangsa turut membawa bersama dokumen pengenalan diri dan keluar sehelai sepinggang,” katanya.

Hasil daripada maklumat yang diperolehi dari Liang Hock, berlaku perselisihan faham antara dia dan isterinya yang berpunca daripada kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka yang dibina sejak 18 tahun lalu.
Mageswari dipercayai melarikan diri mengikut teman lelaki warganegara asing yang sama-sama bekerja di sebuah ladang di sini.

Difahamkan, dua anaknya sudah berkahwin dan masing-masing mengikut suami yang berada di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, manakala empat lagi berada dalam jagaan Liang Hock yang bekerja sebagai nelayan.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai lokasi Mageswari diminta tampil ke balai polis berdekatan,” katanya.

Ibu dirayu pulang - Selangor & KL - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tukang masak nyaris maut ditembak



WARTAWAN SINAR HARIAN
January 7, 2012
Salah-seorang-pekerja-restoran-menceritakan-kejadian-yang-berlaku-kepada-pegawai-polis-di-tempat-kej
KOTA BHARU - Seorang tukang masak, Mohd Shari Yusof, 32, nyaris maut apabila satu daripada tiga das tembakan rambang menembusi lengan kirinya dalam kejadian di hadapan sebuah kedai makan di Kedai Mulong, hari ini.

Mangsa warga negara Thailand yang berlumuran darah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) oleh rakan dan majikannya selepas kejadian kira-kira jam 10.45 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan angkara dendam dan perselisihan faham berhubung perniagaan ikan.

Menurutnya, sebelum kejadian majikan kepada mangsa bersama pekerjanya yang lain menyedari terdapat sebuah kereta jenis Proton wira dinaiki tiga lelaki mengekori mereka dari Tunjong ketika dalam perjalanan balik ke kedainya.

“Kereta terbabit dikatakan terus mengekori kenderaan majikan yang berusia 26 tahun itu sehingga sampai di kedainya di Mulong.

“Ketika majikan bersama pekerjanya sibuk menurunkan barangan daripada kenderaannya tiba-tiba, tiga das tembakan dilepaskan secara rambang daripada kereta tersebut dan salah satunya mengena tangan kiri mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jalaluddin berkata, pihaknya kini sudah mengenal pasti ketiga-tiga lelaki berkenaan dan gerakan memburu dijalankan bagi membantu siasatan untuk mengetahui individu yang melepaskan tembakan terbabit.

“Polis juga mendapati suspek menggunakan Revolver.38 berdasarkan kepala peluru yang ditemui di tempat kejadian.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana niat cuba menyebabkan kematian dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.

Tragedi angpau tahun baru Cina


RAIHAM MOHD SANUSI
January 7, 2012
Tragedi angpau tahun baru Cina

CHUKAI – Hasrat seorang warga emas lelaki keluar rumah bagi mendapatkan ang pau Tahun Baru Cina bertukar menjadi kisah duka bagi keluarganya apabila dia maut ketika menyeberang jalan pagi semalam.

Dalam kejadian di Kilometer 155 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan, di hadapan Stesen Minyak Petronas Jakar itu, mangsa, Cheong Theng Lai, 79, terbunuh di tempat kejadian setelah dirempuh sebuah Perodua Viva ketika sedang menunggang basikal melintas jalan tersebut menuju ke Pesama Timber Corporation.

Nahas kira-kira jam 8.15 pagi itu mengakibatkan mangsa yang beralamat di Kampung Fikri, dekat sini, terpelanting bersama-sama basikalnya ke cermin depan kereta sebelum tercampak sejauh beberapa meter.

Gara-gara rempuhan itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan kaki kanan serta tulang rusuknya patah.

Bagaimanapun, pemandu kereta Viva yang beralamat di Kawasan Perpindahan Kampung Jaya dan dalam perjalanan menuju Bandar Chukai tidak mengalami sebarang kecederaan.

Namun, kereta itu remuk teruk di bahagian depan sementara basikal yang ditunggang mangsa turut rosak.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat yang mengesahkan kes itu berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga pada tengah hari semalam.

Suasana sedih juga menyelubungi keluarga mangsa kerana terpaksa menerima hakikat kematian bapa tersayang ketika sambutan Tahun Baru Cina tinggal hanya dua minggu lagi, apatah lagi difahamkan mangsa keluar rumah kerana mahu menerima ang pau Tahun Baru Cina.

Tragedi angpau tahun baru Cina - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

“Nasib saya baik masih hidup”


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 7, 2012
“Nasib saya baik masih hidup”

KOTA BHARU - Mangsa letupan belon di Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Jertih Souq, Terengganu, Yap Che Keong, 30, bernasib baik kerana masih hidup walaupun letupan kuat tersebut mampu mengorbankan nyawanya.

Menurutnya, semasa letupan berlaku, dia ditugaskan melakukan kerja pendawaian elektrik kira-kira dua meter dari kawasan belon itu dipasang.

“Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.15 malam (kelmarin) itu begitu pantas dan saya hanya sempat menahan muka saya dari letupan itu dengan dua belah tangan.

“Akibat percikan yang begitu kuat, kedua belah lengan dan muka turut melecur terkena serpihan letupan belon itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.

Che Keong berkata, semasa letupan tersebut, dia sempat melarikan diri, namun tidak dapat mengelak dari terkena letupan dan menyebabkan dia mendapat kecederaan hampir 17 peratus.

“Saya bernasib baik kerana selamat tetapi masih terkejut dengan kejadian ini,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi mangsa, Mohd Hanif, 16, berkata ketika kejadian, dia sedang sedang mengisi gas ke dalam belon terbabit bersama rakannya yang dikenali Kalidasan sebelum belon tersebut tiba-tiba meletup.

“Saya rasa nak mati apabila terkena serpihan letupan belon secara serta-merta yang menyebabkan keseluruhan muka, tangan dan bahagian badan melecur hampir 80 peratus akibat percikan api dari belon terbabit.

“Panas sehingga ke kulit dan rasa seperti nak tercabut, namun saya gagahkan diri meminta pertolongan orang ramai di kawasan tapak karnival terbabit,” katanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

“Nasib saya baik masih hidup” - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

Seorang remaja Thailand dikhuatiri lemas


WARTAWAN SINAR HARIAN
January 7, 2012

TUMPAT - Seorang remaja warganegara Thailand dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika menahan pukat di Sungai Golok pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, mangsa Osman Ngoling,17, terjatuh dari bot selepas diserang penyakit sawan.

Seorang remaja Thailand dikhuatiri lemas - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

Parah ditikam teman lelaki


NORDIANA JOHARI, SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
January 7, 2012
Parah ditikam teman lelaki

AYER KEROH – Seorang gadis parah ditikam teman lelakinya, di belakang sebuah restoran di Lebuh Ayer Keroh di sini, malam kelmarin, dipercayai akibat cemburu.

Norzila Alismadi, 22, pekerja restoran makanan segera, ditikam dua kali di perut dengan pisau selepas diacukan senjata tajam itu di leher dan ditendang, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam.

Lelaki yang berusia 23 tahun itu dipercayai mencederakan dirinya sendiri selepas menikam mangsa. Dia cedera di betis kiri. Mangsa ditemui berlumuran darah di situ.

Kejadian berlaku selepas mangsa berjumpa dengan suspek di belakang restoran itu sebelum memulakan kerja.

Suspek dipercayai cemburu kerana Norzila mempunyai kawan lelaki lain.

Ibu mangsa yang tidak mahu dikenali berkata, dia mengetahui anak kelima daripada enam beradik itu ditikam selepas adik mangsa, Suzila, 21, yang juga pekerja restoran berkenaan, memaklumkan kepadanya mengenai kejadian itu.

“Ketika itu, saya baru lepas berjumpa doktor kerana demam. Pada jam 5 petang tadi (kelmarin), suspek ada datang ke rumah dan masuk tanpa memberi salam.

“Masa itu kami sedang menonton televisyen dan dia ambil telefon bimbit anak saya yang sedang dicaj dan terus keluar,” katanya.

Menurutnya, dia mengejutkan anaknya yang sedang tidur masa itu untuk memaklumkan tindakan suspek mengambil telefonnya.

“Anak saya cuba menghubungi suspek, tetapi panggilannya tidak berjawab.

“Saya tidak sangka kejadian ini berlaku kerana suspek tidak pernah kurang ajar dan selalu mengambil serta menghantar anaknya pulang bekerja,” katanya.

Sementara itu, Suzila berkata, dia diberitahu seorang rakan sekerja, kakaknya ditemui berlumuran darah di belakang restoran terbabit.

“Kakak dan suspek berkawan hampir lapan bulan dan kakak pernah beritahu, dia mahu memutuskan hubungan dua bulan lalu dengan alasan, teman lelakinya, duda anak satu, sering menyusahkannya.

“Kakak kata, dia terpaksa menanggung kehidupan teman lelakinya dan membayar wang ansuran kereta suspek yang menganggur,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Sallehudin Abd Rahman, yang mengesahkan kejadian itu berkata, suspek sudah direman sehingga 12 Januari ini untuk membantu siasatan.

Katanya, polis percaya motif kejadian adalah cemburu.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Melaka.

Parah ditikam teman lelaki - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'