Search This Blog

Tuesday, January 3, 2012

Empat penyamun larikan isteri

PETALING JAYA: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas dibelasah dan ditetak sekumpulan empat penyamun yang turut bertindak melarikan isteri dan kereta miliknya dalam kejadian di Kampung Baru Subang, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, isterinya yang enggan dikenali dan berusia 43 tahun ditinggalkan di tepi jalan di Paya Jaras dua jam kemudian selepas dicampak keluar dari kereta Proton Persona yang dilarikan penyamun itu.


Mangsa, Zainudin Bakar, 48, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 pagi ketika dia dan isterinya sedang nyenyak tidur dalam rumah kontena yang disewa mereka.

“Tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi ketukan yang sangat kuat dan isteri saya terus membuka pintu selepas menyangkakan ia jiran yang selalu mengejutkan kami untuk bersiap ke tempat kerja.


“Tanpa sempat berbuat apa-apa, empat lelaki bersenjatakan parang terus meluru ke arah kami dan meletakkan parang di leher kami.


“Pada mulanya suspek hanya menyelongkar barangan milik kami, namun mereka tiba-tiba menjadi agresif dengan memukul dan menumbuk isteri saya,” katanya.

Menurutnya, tidak tahan dengan perbuatan mereka, dia cuba melawan dan ketika itulah seorang daripada mereka menetaknya dan cuba menikamnya di perut.


“Melihat kami sudah berlumuran darah, suspek mengheret isteri dan melarikannya menaiki kereta kami.

“Selain kereta, mereka turut melarikan beg berisi dokumen penting serta dompet saya yang mempunyai wang sebanyak RM100,” katanya.


Zainudin berkata, selepas dua jam kejadian, dia menerima panggilan daripada seorang pekerja kontrak yang menyatakan menemui isterinya di tepi jalan di Paya Jaras sebelum bergegas membawanya ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Beliau dan isterinya masing-masing menerima sembilan dan 15 jahitan di tangan akibat ditetak penyamun terbabit.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan sedang dijalankan.myMetro | Empat penyamun larikan isteri:

'via Blog this'

Rumah haram diroboh


Oleh : NORHAFIZA MUSA
Tarikh : January 3, 2012
anak

KUALA TERENGGANU – Kesemua rumah yang didirikan secara haram di Kampung Geliga Besar, Kemaman termasuk 14 buah yang terjejas teruk akibat kejadian ombak besar baru-baru ini akan dirobohkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya juga akan memastikan tidak ada lagi penduduk yang akan dibiarkan tinggal di situ dan tapak serta rumah baru akan dibina untuk mereka berpindah.

“Sebelum ini ada sesetengah penduduk yang kita bagi tanah tetapi mereka jual. Ada juga yang berpindah tapi rumah sedia ada mereka sewakan. Tetapi selepas ini kita akan pastikan tidak akan ada lagi penempatan di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat kanak-kanak mangsa langgar lari di Kampung Kebor Besar, Manir dekat sini, semalam.

Sementara itu, menurutnya, tindakan sama turut dilakukan kepada 46 keluarga yang menetap di Kuala Besut, Besut yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

“Bezanya mereka tinggal di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan kita akan pindahkan mereka ke sebuah rumah flat yang mempunyai 50 unit rumah bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.

Namun katanya, projek pembinaan itu mungkin mengambil masa enam hingga lapan bulan untuk disiapkan.

Dalam pada itu, menurut Ahmad, mengenai keadaan jalan di kawasan peranginan Teluk Lipat, Dungun yang rosak akibat kejadian sama jelasnya, peruntukan sebanyak RM350 juta diperlukan bagi membina benteng pemecah ombak.

“Sebelum kejadian ini, perancangan dan kajian telah dibuat namun kerajaan negeri tidak mampu dan terpaksa bergantung pada kerajaan pusat. Apabila keadaan ini berlaku, kita perlu ambil tindakan segera.

“Mungkin ada projek terpaksa dikorbankan,” katanya.

Beliau juga melahirkan kerisauan jika kejadian itu merebak hingga ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun.

Namun jelasnya, kerja-kerja penambakan sedang dilakukan namun ia melibatkan peruntukan kecil yang tidak dapat membaik pulih keselu­ruhan kerosakan tersebut.

umah haram diroboh - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Runtuh dilanda air deras


Oleh : ALAUDIN MA
Tarikh : January 3, 2012
Jambatan-kayu-balak-yang-menjadi-perhubungan-utama-penduduk-Orang-Asli-runtuh-petang-semalam

GUA MUSANG - Seramai 2,000 penduduk Orang Asli di 30 kampung sekitar Pos Balar dan Hau dekat sini, terputus hubungan apabila jambatan kayu balak yang menjadi perhubungan penting mereka runtuh, petang semalam.

Kejadian jambatan kayu balak yang runtuh kira-kira jam 4 petang itu berhampiran Kampung Lambok, Kuala Betis mengakibatkan penduduk sekitar Pos Balar, Hau, Dakoh, Belatin, Cherok, dan Sampadek berdepan dengan banyak masalah.

Berikutan kejadian itu seramai 20 guru Sekolah Kebangsaan Balar, termasuk guru besarnya yang berkonvoi motosikal dan lima kenderaan terkandas di situ.

Selain jambatan, beberapa kejadian bukit runtuh yang hampir menutup laluan jalan ke pos terbabit juga berlaku di sepanjang jalan itu hingga mengalang sebarang kenderaan melaluinya akibat daripada hujan lebat berterusan sejak seminggu lalu.

Guru Besar SK Balar, Zakaria Mustapha berkata, beliau pertama kali menunggang motosikal bersama guru lain untuk memulakan tugas di sekolah itu sesi buka sekolah esok, tetapi berdepan kejadian jambatan runtuh.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu, beliau bersama 19 lagi guru dan 16 murid anak Orang Asli yang dalam perjalanan ke sekolah berkenaan terpaksa berpatah balik untuk bermalam di bandar ini.

Katanya, beliau yang mula lapor diri untuk bertugas di sekolah tersebut November tahun lalu dan ketika itu menaiki kenderaan pacuan empat roda walaupun berdepan dengan kejadian jalan rosak teruk.

Menurutnya, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gua Musang dan terpaksa menunggu pembaikan jambatan itu untuk meneruskan perjalanan.

“Kami terkejut melihat jambatan kayu balak itu runtuh tiba-tiba, tetapi bernasib baik tidak kebetulan rombongan kami berada di atas jambatan terbabit jika tidak tak tahulah apa yang terjadi.

Seorang penduduk Orang Asli, Along Uda, 38, berkata kejadian jambatan kayu balak yang runtuh itu pertama kali berlaku di jalan berkenaan dan selama ini hanya berlaku kerosakan jalan sahaja.

Katanya, memang jalan ke 30 kampung pendalaman itu berdepan risiko kerana bukan sahaja jambatan yang runtuh, sebaliknya banyak tempat lagi runtuh yang jejas laluan.Runtuh dilanda air deras - Kelantan - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kurung 10 jam

LEBAM...kesan dera di belakang badan mangsa.
LEBAM...kesan dera di belakang badan mangsa.

GEORGETOWN: Hanya kerana bermain dompet bapanya, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun diperlakukan dengan kejam apabila dipukul dan dikurung bapanya di sebuah rumah di Jalan Perak, Jelutong, di sini, awal pagi semalam.

Kanak-kanak malang itu ditinggalkan bersendirian dalam rumah itu hampir 10 jam.

Kejadian itu hanya terbongkar apabila tangisan kanak-kanak itu didengari jiran yang kemudiannya menghubungi polis dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jiran berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia mendengar tangisan kanak-kanak terbabit yang sesekali turut merayu meminta tolong sejak jam 3 petang hingga 1 pagi, semalam.


“Mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku, saya dan beberapa lagi jiran menghubungi polis kerana tangisan kanak-kanak itu tidak berhenti walaupun sudah menjangkau ke awal pagi,” katanya.

myMetro | Kurung 10 jam:

'via Blog this'

Sarapan peluru

MALANG...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital.
MALANG...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital.

JOHOR BAHRU: Seorang pengurus pengebumian tidak sempat menghidupkan api rokok apabila ditembak hingga mati sejurus selesai bersarapan bersama dua rakan di sebuah kedai kopi di Jalan Nakhoda, Taman Ungku Tun Aminah (Tuta) di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi itu, mangsa, Ong Chin Loo, 48, bersarapan di kedai kopi kegemaran sebelum didatangi seorang lelaki yang memakai topi keledar separa berpenutup.

Mangsa yang sedang menghidupkan rokok ditembak lebih dua das di bahagian badan dari jarak dekat menyebabkannya terjatuh ke lantai dan mati di tempat kejadian sambil tangannya masih lagi memegang pemetik api.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, suspek dikatakan datang berseorangan menunggang motosikal sebelum meletakkan kenderaannya di belakang kedai kopi itu.


“Mangsa dan dua rakannya duduk dalam kedai sebelum suspek menghampiri mangsa lalu melepaskan beberapa das tembakan.

myMetro | Sarapan peluru:

'via Blog this'

Derita patah paha

SAKIT...Mohamad Hafiz (hadapan) dan Mohamad Fahmi (belakang) terbaring sambil meraung menahan kesakitan.
SAKIT...Mohamad Hafiz (hadapan) dan Mohamad Fahmi (belakang) terbaring sambil meraung menahan kesakitan.
BANTU...anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tenteramkan  mangsa sebelum dibawa ke hospital.
BANTU...anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tenteramkan mangsa sebelum dibawa ke hospital.

ALOR GAJAH: “Pemboncengnya melambung melepasi kenderaan sementara penunggangnya melekat di pintu kiri sebelah belakang dengan separuh badannya terperosok dalam cermin kereta yang pecah,” kata Rahmad Azlan, 33, seorang saksi kemalangan di Jalan Baru Solok Duku-Tanjung Bidara, dekat sini, kelmarin.

Kemalangan jam 6.30 petang itu membabitkan motosikal Honda Ex-5 dengan sebuah kereta Perodua Kembara.


Dalam kemalangan itu mangsa, Mohamad Hafiz Shaari, 23, dari kampung Ayer Paabas, dekat sini, cedera parah di muka dan patah paha kiri manakala rakannya Mohamad Fahmi Abdul Wahab, 20, dari Taman Seri Aman, Masjid Tanah turut patah kaki kiri selepas motosikal dinaiki mereka merempuh Perodua Kembara yang melintang jalan.

Sebelum kejadian Mohamad Hafiz yang juga pelajar Kolej Risda, Ayer Paabas, dekat sini, baru selesai berkelah di Pantai Tanjung Bidara ke Masjid Tanah bersama beberapa rakan yang menunggang tiga motosikal lain.


Rahmad berkata, dia yang berada dalam jarak dua kenderaan di belakang mangsa tergamam melihat perlanggaran itu yang berlaku sekelip mata.


Katanya, dia melihat motosikal dinaiki mangsa gagal mengelak kenderaan terbabit yang secara tiba-tiba melintang di tengah jalan dipercayai hendak membelok ke kanan tanpa memberi lampu isyarat kanan.

“Saya memandu tidak jauh di belakang motosikal mangsa bersama tiga motosikal lain di hadapan dan mangsa ketika itu cuba mengejar sebuah motosikal ditunggang rakannya sebelum terbabit kemalangan.


“Selepas memberhentikan kereta di bahu jalan, saya berlari dapatkan penunggang motosikal yang masih melekat dengan kepalanya menembusi cermin pintu sebelah kiri manakala kaki sebelah kiri terlipat dua,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Fahmi berkata, ketika tiba di tempat kejadian mereka menyangkakan kereta berkenaan akan terus masuk ke simpang jalan namun meleset apabila pemandunya memperlahankan kenderaannya ketika berada di tengah jalan.


“Rakan saya (Mohamad Hafiz) tidak dapat mengelak ke kanan jalan sebab ada beberapa kenderaan dari arah bertentangan manakala di sebelah kiri pula jalannya tidak rata dan terus merempuh kereta itu,” katanya.


Pemandu kereta, Ghani Abd Wahid, 55, pula berkata dia dalam perjalanan ke rumah seorang rakan berhampiran tempat kejadian sebelum kemalangan.


“Tak tahu nak cakap apa, tengah gemuruh sekarang ini, benda sudah berlaku siapapun tidak dapat menduga cuma saya sangkakan kenderaan dari Tanjung Bidara masih jauh lagi,” katanya.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.

myMetro | Derita patah paha:

'via Blog this'

Pelacur, ibu ayam dicekup


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : January 3, 2012
Deputi-Superitendan-Wan-Mohd-Zahari-Wan-Busu

CAMERON HIGHLANDS- Kegiatan satu sindiket pelacuran melibatkan wanita warga asing dilumpuhkan polis berikutan tertangkapnya tujuh individu termasuk ibu ayam dan dua pelanggan warga tempatan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Tanah Rata, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, berdasarkan maklumat awam, pihaknya menyerbu sebuah rumah di Taman Royal Lily, Tanah Rata, Cameron Highlands kerana disyaki digunakan untuk kegiatan pelacuran.

Menurutnya, hasil serbuan kira-kira jam 11.30 malam, 31 Disember lalu, pihaknya menahan empat wanita warga asing disyaki pelacur.

“Dalam serbuan itu, kita turut menahan dua lelaki tempatan dipercayai pelanggan bagi membantu siasatan,” katanya.

Wan Zahari berkata, beberapa barangan termasuk kondom yang sudah dan belum digunakan ditemui dalam rumah tersebut turut dirampas untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal, pihak kami berjaya menjejaki dan menahan seorang lagi wanita warga asing disyaki ibu ayam dan dalang kegiatan itu di sebuah bistro, Jalan Royal Lily di sini kira-kira jam 12.10 tengah malam, 1 Januari lalu,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas wang tunai RM320 dipercayai wang hasil kegiatan pelacuran yang ditemui dalam poket seluar dipakai wanita tersebut.

“Hasil ujian air kencing ke atas wanita itu mendapati dia juga positif dadah jenis Methamphetamine,”katanya.

Wan Zahari berkata, semua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Enekmen Hiburan 1993.

Pelacur, ibu ayam dicekup - Pahang - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pelajar Politeknik maut nahas jalan raya


03/01/2012 1:59pm

KUANTAN - Seorang pelajar Politeknik Kuantan di sini maut selepas motosikal yang ditunggang beliau bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 37 Jalan Kuantan-Segamat, malam tadi.

Ishak Sidek, 23, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Pahang, Asisten Supritendan Zainal Abidin Othman berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 8.14 malam itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Segamat menuju ke Kuantan.

"Setibanya di tempat kejadian, mangsa yang tinggal di Felda Keratong 5, Bandar Pusat Jengka itu telah terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan.

"Mangsa kemudiannya bertembung dengan lori treler tanpa muatan,” katanya.

Pemandu lori terbabit, D. Nadarajah, 54, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zainal Abidin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Buruh diberkas lima jam selepas gagal ragut


03/01/2012 3:32pm

KUALA TERENGGANU — Seorang buruh diberkas lima jam selepas cubaan ragut ke atas seorang guru tadika bersama anaknya di Kampung Rajawali, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek yang berumur 26 tahun ini diberkas kira-kira pukul 6.30 petang semalam semasa bersembunyi di rumah abang iparnya di Kampung Rhu Batil, di sini.

Katanya, polis mengesan suspek berdasarkan motosikal yang didaftarkan atas nama adiknya, ditinggalkannya semasa melarikan diri selepas cubaan meragut mangsa gagal.

Dalam serbuan itu, suspek didapati cedera di bahagian kaki dan tangan serta pakaian yang dipakainya kotor ekoran kejadian itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurut Manoharan, suspek yang berasal dari Kuala Abang, Dungun itu juga mempunyai empat rekod jenayah berkaitan pecah rumah dan menyimpan barang curi.

Katanya, hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini. - BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Penjara sebulan curi seluar dalam


03/01/2012 3:43pm

KUALA LUMPUR — Seorang pemandu lori dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah kerana mencuri dua kotak seluar dalam di sebuah kompleks membeli-belah dan gagal menunjukkan kad pengenalannya, dua hari lepas.

Majistret Mohd Azali Ibrahim memerintahkan M. Tharmalingan, 29, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada Ahad lepas.

Tharmalingan mencuri dua kotak seluar dalam jenama Alain Delon bernilai RM30 di UO Shopping Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada pukul 2.47 petang, 1 Jan lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Dia juga dituduh kerana kegagalan menunjukkan kad pengenalannya ketika diminta berbuat demikian oleh polis pada pukul 3 petang di tempat dan tarikh yang sama.

Ketika membuat rayuan, peguam Farkhana Omar, yang mewakili Tharmalingan berkata kliennya itu memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan.

Timbalan Pendakwa raya Loh Wei Dhin mengendalikan pendakwaan. - BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

36 GRO ditahan di Johor


03/01/2012 4:05pm

JOHOR BAHARU — Jabatan Imigresen Johor menahan 36 wanita rakyat Thailand dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Abdullah Tahir, di sini, awal pagi ini.

Timbalan Penolong Pengarah II Jabatan Imigresen Johor, Amzari Abdul Jalil berkata, turut ditahan seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun yang dipercayai penjaga premis berkenaan dalam serbuan pada pukul 1 pagi itu.

"Ada di antara wanita itu cuba melarikan diri dengan menggunakan pintu rahsia, bagaimanapun, mereka gagal kerana semua pintu keluar sudah dikepung pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amzari berkata, kesemua wanita berusia 21 hingga 34 tahun itu yang bekerja tanpa dokumen sah dihantar ke Depoh Tahanan Pekan Nenas, Pontian, untuk tindakan. — BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Mangsa ke-enam kereta terjunam ditemui


03/01/2012 6:33pm

LAHAD DATU - Mangsa ke-enam kereta terjunam ke dalam sungai di Kilometer 30, Jalan Lahad Datu-Sandakan di sini semalam ditemui pagi ini, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supritendan Shamsudin Mat.

Beliau berkata, mayat bayi perempuan berusia 12 hari, Dhiaamanina Zahirah Mohd. Shahril Azman dijumpai pada pukul 7 pagi tadi, kira-kira 300 meter dari lokasi kereta berkenaan dijumpai.

Bayi itu yang merupakan anak pasangan Mohd. Shahril Azman Lajahamad dan Nurhidayah Chin Abdullah yang turut maut dalam nahas itu, dijumpai tersangkut pada timbunan kayu oleh pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada anggota bomba dan polis.

Beliau berkata, operasi mencari disambung pagi tadi setelah anggota keluarga mangsa memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa masih ada mangsa yang masih hilang selain mayat lima beranak yang telah ditemui semalam.

Lima mangsa yang ditemui semalam ialah Mohd. Shahril Azman, 24, pemandu kereta, isterinya Nurhidayah,21, anak perempuan mereka Nuramani Zafirah berusia setahun, ibu mentua Mohd. Shahril, Rosmina Ritwan, 45, dan adik Nurhidayah, Majelin Chin, 7.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi semalam, kereta yang dipandu Mohd. Shahril Azman gagal dikawal lalu terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras sejauh kira-kira 200 meter.

Kejadian berlaku dalam keadaan hujan lebat dan kesemua mangsa mati lemas akibat terperangkap di dalam kereta. - BERNAMA

Kosmo! Online - Terkini:

'via Blog this'

Kegiatan sembunyi DVD lucah terbongkar


Oleh : NURUL FATIHAH SULAINI
Tarikh : January 3, 2012
Zainal-Abidin-Othman-(dua-kanan)-bersama-anggota-penguatkuasa-melihat-DVD-yang-dirampas

ALOR SETAR - Taktik seorang peniaga menyembunyikan cakera video digital (DVD) lucah dalam bilik khas di belakang premis kedai, akhirnya terbongkar sebelum sempat diedar kepada pelanggan tetap.

Ketua Cawangan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kedah/Perlis, Zainal Abidin Othman berkata, kegiatan berkenaan dipercayai sudah beroperasi sejak empat tahun lalu.

Menurutnya, sewaktu serbuan dibuat oleh 13 anggota penguatkuasa KDN Kedah/Perlis termasuk tujuh dari Johor mendapati suspek lelaki berumur 21 tahun sedang menjaga premis sewa berkenaan di Taman Semarak, Kulim, sekitar jam 5.30 petang pada 2 Januari 2012.

“Ketika operasi "cross border" itu, kita berjaya merampas 780 keping DVD lucah dengan anggaran nilai pasaran RM11,700 yang mengandungi pelbagai tajuk pada bahagian kulit depannya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 (2) dengan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya kepada media di pejabat KDN Kedah/Perlis, di sini semalam.

Zainal Abidin berkata, tindakan menyerbu premis berkenaan dibuat sebagai salah satu cara membanteras pengedaran DVD dalam kalangan pelajar sekolah serta mengurangkan gejala sosial terhadap mereka.

“Dalam operasi yang sama, kita merampas 7280 DVD yang tidak mempunyai kelulusan perakuan atau sijil B pada salinan kedua bagi tujuan pengedaran dengan nilai pasaran keseluruhan bernilai RM36,400.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 (1) Akta Penapisan Filem 2002, jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 18 (4) dengan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Zainal berkata, mereka yakin kegiatan pengedaran DVD berkenaan sering menyasarkan kelompok remaja lingkungan 21 tahun untuk menjadi pengedar bagi mengelakkan dikenakan hukuman berat di mahkamah.

“Kita juga percaya sindiket pengedaran ini mempunyai rangkaian dengan beberapa pengedar DVD lain di pasar malam sekitar negeri ini. Kerkemungkinan DVD itu dicetak sendiri atau diperolehi dari pengedar lain.

“Premis ini turut menggunakan rak berpintu yang boleh dilipat untuk menyusun DVD di bahagian hadapan serta belakang bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod terdahulu premis itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini dan tindakan tegas turut dikenakan terhadap pemiliknya.

“Suspek yang ditahan sudah dilepaskan dengan jaminan polis dan kita masih meneruskan siasatan untuk mengesan pemilik premis sebelum pertuduhan dilakukan di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya.

Kegiatan sembunyi DVD lucah terbongkar - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Selatan Thai pula tenggelam


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : January 3, 2012
Selatan Thai pula tenggelam

HAT YAI - Hujan lebat dan banjir kilat mencetuskan huru-hara di selatan Thailand semasa tahun baru, kelmarin, dengan seorang penduduk dikhuatiri maut, lapan orang hilang dan arahan berpindah dikeluarkan kerajaan.

Di Hat Yai, pelancong asing terperangkap di hotel mereka selepas jalan raya terputus hubungan akibat banjir kilat sementara di Narathiwat, penduduk terpaksa menggunakan bot selepas jalan raya dibanjiri.

Ramalan cuaca menunjukkan banjir kilat itu mungkin akan menjejaskan enam wilayah di Thailand, negara yang sedang pulih daripada banjir berpanjangan sejak Julai lalu.

Pihak berkuasa tempatan Hat Yai mengarahkan penduduk berpindah selepas hujan lebat melanda kawasan tersebut selain menyebabkan banjir kilat di 12 daerah di Songkhla dan kawasan lain di selatan Thailand.

Menurut stesen meteorologi Yala, cuaca buruk dan hujan lebat di selatan negara itu disebabkan kesan gabungan angin monsun di Teluk Siam dan angin tekanan rendah di utara Malaysia.

Selatan Thai pula tenggelam - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Bapa dera anak direman 4 hari


Oleh : GOKINA MORGANAN
Tarikh : January 3, 2012
bapa-kurung-anak

GEORGETOWN - Seorang lelaki yang dipercayai mengurung dan mendera anak perempuannya tiga hari lalu, direman selama empat hari mulai semalam.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret, Ziana Azib untuk membolehkan polis menjalankan siasatan mengenai kes itu.

Suspek tiba di mahkamah dengan van kira-kira jam 2.30 petang sebelum dibawa masuk ke bilik reman untuk mendapatkan perintah berkenaan.

Suspek direman empat hari sehingga Jumaat ini untuk untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera kanak-kanak itu.

Semalam Sinar Harian dalam laporan muka depannya memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai menangis lebih 10 jam selepas ditinggalkan seorang diri di rumahnya di Jelutong, kira-kira jam 11.45 malam, Isnin lalu.

Bapa mangsa dipercayai memukul dan mengurung anaknya kerana bermain dengan dompetnya. Tangisan dan rayuan minta tolong kanak-kanak malang itu didengari jiran yang kemudiannya menghubungi polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kemudian, polis berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu yang berada dalam keadaan trauma kerana ditinggalkan seorang diri.

Difahamkan, bapa mangsa itu dilihat jiran berada di kawasan perumahan berkenaan tetapi melarikan diri sejurus menyedari kehadiran anggota polis.

Bapa dera anak direman 4 hari - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lelaki ditemui mati dalam kereta


Oleh : BERNAMA
Tarikh : January 3, 2012

KUANTAN - Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi Jalan Kuantan-Gebeng, dekat Pelabuhan Kuantan di sini, hari ini.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Daerah Kuantan, DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata, mangsa yang belum dikenali itu berusia lingkungan 30an ditemui kira-kira 9 pagi oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan.

"Mangsa dilihat berkeadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta berkenaan tetapi didapati sudah meninggal dunia semasa polis memeriksa," katanya ketika dihubungi.

Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan punca kematian masih disiasat, katanya.

Lelaki ditemui mati dalam kereta - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lima sekeluarga dibunuh kejam di Sibu


Oleh : BERNAMA
Tarikh : January 3, 2012

SIBU - Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak ditemui dibunuh dengan kejam di rumah mereka di RTM Road Lane 13B1 di sini kira-kira 7 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata mangsa dikenal pasti sebagai wanita warga emas berusia 80 tahun, anak lelakinya yang merupakan ahli perniagaan berusia 36 tahun serta tiga anaknya iaitu seorang perempuan berumur 10 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia lapan dan tujuh tahun.

"Anak yang bongsu meninggal dunia dunia di Hospital Sibu sejurus selepas tiba untuk rawatan akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Shafie berkata polis percaya pelaku lebih daripada seorang dan mereka menggunakan objek tumpul dan objek tajam untuk membunuh mangsa.

Satu sidang media akan diadakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Law Hong Soon petang ini berhubung kes itu, katanya.

Lima sekeluarga dibunuh kejam di Sibu - Jenayah - Sinar Harian:

'via Blog this'