Search This Blog

Wednesday, December 19, 2012

Satu keluarga dikenakan denda RM300 seorang



BALING - Sebuah keluarga dari Kampung Dara, Sungai Tawar didenda sebanyak RM300 seorang ataupun 14 hari penjara oleh Mahkamah Majistret kerana bergaduh sesama sendiri.

Punusamy Maniam, 48, Krishna Muniandy, 39, Raja Muthaloo, 46, Kumaravel Subramaniam, 47, bersama tiga remaja berusia bawah 18 tahun melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Kampung Dara pada 23 November lalu.

Mengikut pertuduhan, semua mereka merusuh dengan menggunakan parang dan rotan yang boleh menyebabkan kematian hanya disebabkan masalah peribadi.

Semua mereka mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan dan semua mereka dihukum di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

No comments:

Post a Comment