Search This Blog

Sunday, December 23, 2012

Dua lagi kejadian tembakan di Amerika


Penduduk berkongsi simpati selepas kejadian tembakan di Pennsylvania, menyusuli tragedi di Connecticut. - Foto REUTERS

Penduduk berkongsi simpati selepas kejadian tembakan di Pennsylvania, menyusuli tragedi di Connecticut. - Foto REUTERS
Philadelphia: Dua lagi kejadian tembakan berlaku di Amerika Syarikat menyebabkan enam kematian, menyusuli tragedi di Connecticut.

Di pedalaman barat Pennsylvania, seorang lelaki yang bersenjatakan pistol menembak mati tiga orang kelmarin, sebelum ditembak mati polis ketika cuba melarikan diri dengan trak pikap.
Di Birmingham, Alabama, dua orang mati ditembak dalam sebuah kelab malam, kata pegawai polis.

Kapten Jim Coker berkata, dua mangsa tembakan maut di tempat kejadian pada 11.30 malam waktu tempatan.

Sementara itu, dalam kejadian di Pennsylvania, tiga anggota polis turut cedera dalam pertembungan dengan penyerang di Frankstown, kira-kira 160 kilometer ke timur Pittsburgh, sejurus selepas jam 9.00 pagi waktu tempatan.

Kejadian di Pennsylvania berlaku ketika ramai rakyat Amerika mengingati 20 kanak-kanak dan enam dewasa yang ditembak mati oleh lelaki bersenjata di sekolah rendah di Newtown, Connecticut.

Penembak terbabit, Adam Lanza, 20, dipercayai menembak mati ibunya di rumah mereka sebelum mengamuk di sekolah itu yang berakhir selepas dia membunuh diri dan mencetuskan perbahasan berhubung kawalan senjata.
Pelobi pro senjata, Persatuan Raifal Kebangsaan menyambut kejadian kelmarin itu dan menggesa pengawal bersenjata ditempatkan di sekolah di seluruh negara.
Sehingga petang kelmarin, penyiasat masih mengumpul maklumat mengenai kejadian di Pennsylvania.

“Kami tidak percaya ia punca perbalahan domestik tetapi kami juga tidak tahu motifnya, kerana penembak tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mangsa,” kata jurucakap polis negeri, David McGarvey, beberapa jam selepas kejadian itu.

Dalam kejadian itu, penyerang menembak mati seorang wanita di dalam gereja, kemudian menembak dua lelaki di rumah mangsa.

Semua mangsa tinggal berdekatan antara satu sama lain, sebelum suspek cuba lari dengan trak pikap.

Beliau melepaskan dua tembakan ke arah kereta peronda polis yang bergegas ke tempat kejadian ketika melepasi mereka di jalan raya dua laluan dan bertembung dengan kereta peronda ketiga.

Penyerang maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di tempat kemalangan, kata McGarvey.

Identiti penyerang dan mangsa dirahsiakan sehingga anggota keluarga mereka diberitahu, katanya.
REUTERS 

No comments:

Post a Comment