Search This Blog

Thursday, December 20, 2012

Cuba sorok dalam tandas

BERKAS...suspek  ditahan polis selepas cuba larikan peralatan komputer milik sebuah syarikat guaman.
BERKAS...suspek ditahan polis selepas cuba larikan peralatan komputer milik sebuah syarikat guaman.
MELAKA Seorang penjenayah bukan saja gagal melarikan beberapa peralatan komputer milik sebuah syarikat guaman, malah turut dicekup polis ketika bersembunyi di dalam tandas, awal pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 4.30 pagi, kegiatan suspek berusia 34 tahun itu dihidu polis yang melakukan rondaan di kawasan lot kedai menempatkan pejabat syarikat itu di Plaza Mahkota, di sini.

Menurut sumber, anggota peronda yang kebetulan melalui kawasan itu curiga selepas melihat sebuah Honda EX5 diletakkan di belakang premis berkenaan.

“Curiga dengan keadaan itu, mereka kemudiannya melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan pecah masuk pada pintu premis.

“Malah, pemeriksaan di tingkat bawah premis itu menemui lelaki berkenaan yang bersembunyi di dalam tandas,” katanya, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan menjumpai kain dan tali yang diikat melalui cermin tandas premis itu dipercayai untuk digunakan suspek bagi melarikan diri.


Katanya, polis turut menemui komputer riba di dalam dua kotak dipercayai dikumpul suspek untuk dicuri serta pemutar skru.

“Panik kegiatannya dihidu, lelaki itu mengikat beberapa helai kain dan tali dipercayai digunakan untuk keluar dari premis melalui tingkap tandas namun gagal,” katanya.

Sementara it, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, malah ujian air kencing turut mendapati suspek ketika itu positif mengambil dadah jenis methamphetamin” katanya ketika dihubungi, semalam.

No comments:

Post a Comment