Search This Blog

Thursday, December 20, 2012

Bot ikut jalan ‘tikus’





         
KOTA TINGGI: Bot dinaiki mangsa tragedi bot karam yang setakat petang semalam mengorbankan sembilan nyawa dikatakan berlepas dari Bandar Penawar dekat sini melalui laluan ‘tikus’ menuju Batam, Indonesia.

Difahamkan, bot menggunakan tiga enjin dengan kekuatan 900 kuasa kuda itu membawa lebih 15 penumpang dipercayai warga Indonesia sebelum karam di luar perairan Bandar Penawar, kira-kira lima kilometer dari lokasi mereka berlepas.


Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, mangsa dipercayai berlepas Isnin lalu.

“Sehingga jam 4 petang (semalam), pasukan mencari dan menyelamat dengan bantuan penduduk tempatan berjaya menemui sembilan mayat yang terdampar di pantai Teluk C, berhampiran Bandar Penawar.


“Mayat terakhir ditemui setakat ini ialah seorang wanita yang dikesan pada jam 4.30 pagi (semalam) menjadikan jumlah mangsa ditemui sembilan orang iaitu lima lelaki dan empat wanita,” katanya.

No comments:

Post a Comment