Search This Blog

Thursday, December 20, 2012

235 mangsa banjir kena pindah





         
KLUANG: Seramai 235 mangsa banjir dipindahkan ke empat pusat penempatan sementara banjir sekitar daerah ini akibat hujan lebat sejak Isnin lalu.

Empat pusat penempatan sementara itu ialah Balai Raya Kampung Kolam Air, Balai Raya Kampung Sungai Linau, Sekolah Kebangsaan Sri Kencana dan Balai Raya Kampung Paya Palembang. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kluang, Lina Mohd Razalan berkata, semua mangsa banjir dipindahkan secara berperingkat bermula pada 18 Disember hingga semalam. “Mangsa dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini (semalam) kerana air mulai surut.


“Namun, jika hujan berterusan, jumlah mangsa dijangka meningkat dan lebih banyak pusat penempatan dibuka,” katanya, semalam.

Menurutnya, semua mangsa terdiri 56 keluarga yang tinggal sekitar Simpang Renggam, Sungai Linau dan Sungai Machap. Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan mangsa bagi memastikan keperluan mereka dipenuhi.


“Kami berusaha mendapatkan potongan bayaran bil air bagi setiap keluarga mangsa untuk mengurangkan beban mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment