Search This Blog

Friday, November 9, 2012

Wartawan ketujuh mati ditembak di Filipina

myMetro | Wartawan ketujuh mati ditembak di Filipina: "MANILA: Seorang wartawan radio mati ditembak di negara ini semalam, kata polis dan menjadikannya wartawan ketujuh dibunuh tahun ini di sebuah daripada negara paling berbahaya di dunia untuk petugas media.

Lelaki bersenjata yang menunggang motosikal membunuh Julius Cauzo, 51, di Cabanatuan, bandar di utara Filipina, di mana dia bertugas sebagai hos rancangan temu bual dan juga wartawan untuk stesen radio persendirian, DWJJ. Pegawai polis tempatan, Fernando Cacayorin berkata, sementara motif pembunuhan belum dikenal pasti, Cauzo dikatakan seorang yang lantang bersuara mengenai isu sensitif politik tempatan dan mengkritik beberapa ahli politik dalam rancangannya di radio. Cauzo turut mengkritik amalan rasuah di kawasan itu, kata Pengerusi Pemerhati Media Kesatuan Wartawan Kebangsaan Filipina, Nestor Burgos. Kumpulan hak asasi kemanusiaan dan organisasi media berkata, Filipina adalah sebuah daripada negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan. - Manila Times"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment