Search This Blog

Tuesday, November 27, 2012

Keluar kereta kena tumbuk

KUALA LUMPUR: Bukan saja kereta Nissan X-Trail majikannya dilarikan tiga lelaki, malah pemandu kereta itu turut ditumbuk serta dipijak ketika dia berada dalam kereta menunggu majikannya berhampiran sebuah hotel di Jalan Lumut, Chow Kit, di sini, Sabtu lalu, menyebabkan kerugian dianggar RM60,000.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun sedang menunggu majikannya di dalam kereta terkejut apabila tiga lelaki tidak dikenali mengetuk cermin tingkap dan mengarahkannya keluar.


Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa, keluar dari kereta sebelum lelaki terbabit menumbuk mukanya beberapa kali.

“Belum sempat melawan, mereka sekali lagi memukulnya sehingga terjatuh sebelum badannya dipijak beberapa kali,” katanya.

No comments:

Post a Comment