Search This Blog

Sunday, October 28, 2012

Warga emas dibunuh, mayat disorok bawah tilam



SHAH ALAM 27 Okt.- Seorang wanita warga emas Teh Kin Geok, 60, ditemui mati di rumah teres dua tingkat di Jalan Spektrum U16/22 , Bukit Subang di sini dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disorokkan di bawah timbunan baju dan tilam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata ,polis mendapat maklumat kira-kira pukul 1.30 petang tadi, selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anak saudara mangsa.
Beliau berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap bawah timbunan baju dan tilam dengan tiga kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul dengan menggunakan dumbel.
"Anak saudara mangsa ada menghubungi mangsa pagi tadi namun panggilan tidak dijawab, ekoran risau tentang keadaan warga emas itu, anak saudaranya ke rumah mangsa untuk mendapatkan kepastian.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121028/je_02/Warga-emas-dibunuh-mayat-disorok-bawah-tilam#ixzz2AXZn7i8w
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment