Search This Blog

Wednesday, October 31, 2012

Stok makanan bertahan lima hari



NUR AMIRAH (kiri) bersama Suraida dan Farah Nadia (kanan) menikmati sarapan di pangsapuri mereka di New York semalam.


KUALA LUMPUR - Taufan Sandy bukan sahaja memberi impak kepada warga Amerika Syarikat di New York tetapi juga menguji ketabahan kira-kira 2,700 rakyat Malaysia yang terpaksa berkurung di dalam kegelapan di rumah berikutan bekalan elektrik terputus sejak kelmarin manakala jalan raya pula digenangi air.
Daripada 2,700 rakyat Malaysia yang menetap di New York, seramai 1,200 orang adalah pelajar.
Antaranya ialah Nabilah Fahana Yahya, 21, pelajar Sistem Informasi di Institut Teknologi Stevens yang menetap di sebuah pangsapuri bersama tiga lagi rakannya, Nur Amirah RahimSuraida Aliasdan Farah Nadia Muhammad Sabri.
Mereka kini bimbang mengenai bekalan air bersih serta stok makanan yang cuma bertahan lima hari.
"Kami tidak sempat untuk menyimpan stok air bersih yang secukupnya kerana terputus bekalan elektrik dan tidak menyangka taufan menjadi seteruk ini," kata Nabilah yang juga anak kelahiran Selangor menerusi e-mel kepada Kosmo! semalam.
Untuk hidangan semalam, dia hanya sempat memasak nasi dengan berlaukkan telur goreng.
Seorang lagi pelajar tahun ketiga jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari Institut Teknologi Stevens,Muhammad Hazim Ab. Fatah pula menceritakan, dia serta rakannya yang lain menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan kenalan di New York serta keluarga di Malaysia.
Katanya, ia disebabkan bekalan elektrik di kediaman mereka di New Jersey telah terputus sejak pukul 10 malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment