Search This Blog

Wednesday, October 31, 2012

Padah berkelakuan tidak senonoh

Padah berkelakuan tidak senonohSebahagian daripada 33 warga asing yang berjaya ditahan dalam satu operasi, semalam.
IPOH – Gara-gara berkelakuan tidak senonoh, 33 warga asing termasuk 14 wanita menerima padah apabila ditahan dalam operasi Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Perak di dua lokasi berasingan, semalam.

Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (II), Irwan Zahid bersama 25 anggota itu dilakukan di lima premis kediaman masing-masing di Ipoh dan Sungai Siput (U).

Irwan berkata, semua yang ditahan dalam operasi berakhir jam 3 pagi itu berusia antara 23 hingga 57 tahun, 26 adalah warga Vietnam, sementara selebihnya Indonesia.

Menurutnya, ketiba serbuan dilakukan, didapati, salah sebuah premis berkenaan dijadikan tapak kediaman warga Vietnam.

“Kesemua warga Vietnam berkenaan didapati tinggal bersama-sama antara lelaki dan wanita, semasa pemeriksaan dijalankan, salah seorang daripada mereka dijumpai sedang bersembunyi dalam almari plastik,” katanya.

Semua warga asing berkenaan ditangkap kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan Peraturan Imigresen 1963.

Irwan berkata, operasi berkenaan dilakukan berdasarkan aduan awam yang tidak senang dengan kehadiran mereka yang mengganggu ketenteraman dan berkelakuan tidak senonoh.

Buat masa ini katanya, semua yang ditahan akan ditempatkan di Depot Imigresen Langkap untuk tempoh 14 hari bagi tujuan siasatan lanjut.

“Operasi penguatkuasaan ini akan dilakukan secara berterusan bagi mengesan individu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Beliau menyarankan kepada mana-mana warga asing yang masih berada di negara ini secara tidak sah, mengambil kesempatan dalam Program Serah Diri yang sedang dijalankan.

“Mereka bolehlah hadir ke mana-mana Pejabat Imigresen Negeri untuk menyerah diri untuk dikecualikan daripada tindakan pendakwaan di Mahkamah.

“Mereka cuma akan dikenakan kompaun sebanyak RM300 dan bayaran Pas Khas bagi tujuan pulang ke negara asal sebanyak RM100,” katanya.

No comments:

Post a Comment