Search This Blog

Sunday, October 28, 2012

New York isytihar darurat menjelang Taufan Sandy



NEW YORK - Gabenor New York, Andrew Cuomo mengisytiharkan darurat menjelang ketibaan Taufan Sandy yang kini sedang menghala ke pantai timur Amerika Syarikat dari kepulauan Caribbean dan Bahamans.

“Kami melaksanakan pelan bersepadu dan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan, agensi Persekutuan dan negeri turut memantau pergerakan taufan ini,” katanya.

Jabatan Metodologi New York melaporkan, taufan itu dijangka bertukar menjadi ribut petir serta hujan lebat bermula Isnin atau Selasa ini.

Sementara itu, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg berkata, penduduk di kawasan pantai dipindahkan dan operasi kereta api dan bas ditutup, sekiranya perlu.

“Taufan ini bakal mencecah kelajuan angin sehingga 62 kilometer sejam dan amat bahaya kepada penduduk," katanya.

Di Port-Au-Prince, Caribbean, angka korban akibat taufan ini meningkat kepada 38 orang dengan 26 daripadanya dari Haiti diikuti 11 maut di Cuba dan  seorang di Jamaica, sejakJumaat lalu. -AP

No comments:

Post a Comment