Search This Blog

Saturday, October 6, 2012

Maghribi sekat kapal aktivis hak gugur janin

Penduduk wanita Maghribi mengadakan protes   membantah kehadiran kapal yang membawa aktivis hak pengguguran bayi di  pelabuhan Smir. - Foto APPenduduk wanita Maghribi mengadakan protes membantah kehadiran kapal yang membawa aktivis hak pengguguran bayi di pelabuhan Smir. - Foto AP Kumpulan mahu sebar kempen cara pengguguran selamat

Rabat: Maghribi melarang aktivis hak asasi pengguguran janin melabuhkan kapal mereka untuk menyebarkan kempen mengenai cara pengguguran yang selamat di sebuah negara Islam yang melarang amalan itu.
Aktivis Women on Waves minggu lalu mengumumkan hasratnya menghantar kapal ke pelabuhan Smir di Maghribi selepas lawatan ke negara Roman Katolik, Sepanyol, Portugal dan Ireland atas undangan kumpulan wanita tempatan.

Tingkat kesedaran

Kumpulan itu berkata, mereka mahu meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan pil bagi pengguguran dan akan menjalankan pengguguran kehamilan di atas kapal mereka sendiri di perairan antarabangsa.

Terdahulu pada Khamis, seorang doktor dari Women on Waves, Marlies Schellekens, berkata bahawa pelabuhan Smir dihalang oleh kapal perang, jadi tiada sesiapa boleh memasukinya, sehari selepas Rabat berkata kumpulan aktivis akan dihalang daripada tiba dari jalan laut.

Bagaimanapun, sumber Maghribi berkata, Women on Waves sebenarnya menghantar sebuah kapal layar ke Smir beberapa hari lalu berbanding kapal besar yang digunakan untuk kempen utama selepas mengetahui bahawa Maghribi tidak akan membuka jalan kepada mereka.
Kapal berpatah balik

“Kapal layar itu kini meninggalkan Smir dan pulang semula. Ia adalah satu aksi untuk mendapatkan publisiti,” kata satu sumber rasmi.

“Penganjur membawa semua orang menaikinya. Mereka (di dalam kapal) masih di sana dan tidak melengkapkan prosedur imigresen yang akan membolehkan mereka memasuki wilayah Maghribi.”

Women on Waves diundang kumpulan hak asasi tempatan Maghribi, Alternative Movement for Individual Freedoms (MALI).

Di Maghribi, seperti juga negara Islam lain, pengguguran adalah haram dan mereka yang didapati melakukannya boleh dipenjara hingga 20 tahun. Namun, beratus-ratus pengguguran haram dilakukan setiap hari di klinik atau menggunakan perubatan herba, kadang kala sehingga membawa kecederaan atau kematian.

Setiap tahun beratus-ratus ibu tunggal Maghribi dipaksa membiarkan bayi mereka untuk dijadikan anak angkat disebabkan stigma yang mengaitkan pengguguran dan kehamilan pramatang. - Reuters

No comments:

Post a Comment