Search This Blog

Wednesday, October 31, 2012

Jumpa kondom dalam sampah

Jumpa kondom dalam sampah
Antara barangan yang disita penguat kuasa MPS, semalam.

BATU CAVES - Tiga pusat urut yang beroperasi secara haram di rumah diserbu anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS), petang semalam.

Sebuah premis menggunakan tiga warga Indonesia yang diupah dengan kadar bayaran RM50 sejam antara yang ditemui dalam operasi kelmarin sedang melayan pelanggan.

Salah seorang daripadanya yang dikenali sebagai Effa berkata, baru dua hingga tiga kali datang ke rumah urut berkenaan untuk memberikan perkhidmatan itu selepas diperkenalkan rakannya.

Jumpa kondom dalam sampah
Anggota penguat kuasa MPS menyoal siasat pekerja rumah urut.
Dia yang berasal dari Medan dan bersuamikan lelaki warga tempatan memaklumkan kegiatannya tidak diketahui suami.

Effa menafikan memberikan khidmat urutan batin sebaliknya hanya memberikan urutan biasa.

Namun operasi semalam menemui dua kondom yang telah digunakan pada bungkusan sampah di dapur.

Difahamkan, pelanggan yang datang ke rumah berkenaan membuat temujanji melalui panggilan telefon yang diperoleh daripada ruangan iklan akhbar tempatan.

Sementara itu, Ketua Operasi MPS, Ahmad Faisal Badiuzaman berkata, operasi dibuat hasil laporan orang ramai dan siasatan selama seminggu.

“Sebanyak enam premis rumah urut dikenal pasti namun hanya tiga daripadanya berjaya dikesan melibatkan kawasan Central Point di sini.

“Sitaan dibuat di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan (2007) dan sebanyak RM1,000 dikenakan atas kesalahan itu,” katanya.

Dalam operasi sama, sebanyak tiga pusat siber membabitkan 50 set komputer disita atas kesalahan beroperasi tanpa permit.

Satu kedai makan turut dikenakan tindakan atas kesalahan sama menyebabkan barangan perniagaan seperti dapur, gas, meja dan kerusi turut dirampas.

No comments:

Post a Comment