Search This Blog

Thursday, October 11, 2012

Geng Surau curi motosikal tumpas

Geng Surau curi motosikal tumpas - Semasa - Sinar Harian:


Geng Surau curi motosikal tumpas
Azham (tiga, kiri) bersama anggotanya menunjukkan komponen dirampas.


KOTA BHARU – Tiga lelaki yang bergerak aktif dengan menjadikan surau dan masjid sebagai lokasi untuk kegiatan mencuri motosikal tumpas apabila ditahan polis, Isnin dan Selasa lalu.

Antara ditahan termasuk remaja berusia 16 tahun yang tidak bersekolah dan dua lagi berusia 19 tahun.

Mereka ditahan dalam tiga serbuan berasingan iaitu dua rumah di Taman Desa Peringat dan Kampung Batang Mengkali, 8 dan 9 Oktober lalu.

Asisten Komisioner Azham Othman berkata, dalam serbuan pertama pada jam 8.30 pagi, anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menahan remaja belasan tahun itu dan menjumpai pelbagai komponen motosikal yang sudah dileraikan.

Katanya, turut dijumpai satu casis motosikal di dapur rumah berkenaan.

“Hasil soal siasat, suspek membawa anggota ke sebuah rumah di taman sama sebelum merampas sebuah motosikal yang dilapor hilang di Nilam Puri, bulan lalu.

“Suspek kedua ditahan dan serbuan terakhir juga menjumpai pelbagai jenis komponen motosikal,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek mengaku mencuri 10 motosikal di dua kawasan terbabit sebelum dileraikan dan komponen serta enjinnya dijual kepada kenalan. Manakala, kerangkanya pula dibuang ke dalam tali air di Padang Kala.

Dalam perkembangan lain, Azham berkata, dua lagi lelaki berusia 21 dan 25 tahun ditahan dengan dua motosikal curi di Jalan Perol Kampung Bunot Kadok di sini, jam 5.30 pagi, 8 Oktober lalu.

“Kami percaya dengan tangkapan ini, polis berjaya selesaikan antara 16 dan 20 kes kecurian motosikal yang dilaporkan,” katanya.


'via Blog this'

No comments:

Post a Comment